SlideShare a Scribd company logo
1
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
NAMA PELAJAR : NUR FARALINA BINTI ASRAB ALI
NO MATRIK : D20101037415
PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS
FAKULTI : SAINS DAN MATEMATIK
SEMESTER : 1 (2010/2011)
PENSYARAH : DR HJ ZULKEFLEE BIN HJ YAACOB
2
KANDUNGAN
Pendahuluan/Latar Belakang 1
Penyataan Masalah 1
Objektif 2
Batasan 2
Definisi/Pengertian Konsep 3
Isi 3
Kesimpulan 14
Bibliografi 15
3
Pendahuluan/Latar Belakang
Za’ba (1895-1973) adalah salah seorang cendekiawan Melayu yang sangat
terkenal dikalangan masyarakat namun,pengetahuan kita terhadap tokoh ini bukanlah
datangnya dari autobiografi beliau. Za’ba berasal dari kampung yang amat perhatin
tentang berbagai masalah yang dihadapi oleh bangsanya iaitu bangsa Melayu pada
zaman tersebut. Oleh itu, pelbagai sumbangan telah diberikan untuk memajukan
bangsanya yang tercinta terutama sekali dalam bahasa Melayu. Setelah mengkaji dan
menyelidik pelbagai faktor yang mendorong Za’ba. untuk menyalurkan sumbangan.
Antara faktornya ialah dari aspek persekitaran, waktu dan masa serta faktor diri sendiri.
Sumbangan penulisan beliau terutamanya kepada bahasa Melayu pula banyak
memberi faedah bukan sahaja pada masa dahulu tetapi juga pada masa sekarang dan
yang akan datang.
Penyataan Masalah
Dalam menulis esei, pelbagai persoalan dan masalah yang timbul walaupun
hanya ketika memilih tajuk sahaja. Ketika menerima tema esei iaitu sumbangan bahasa
Melayu, masalah yang muncul ialah siapakah tokoh terdahulu yang banyak berjasa dan
memberi sumbangan kepada bahasa Melayu? Namun hanya segelintir tokoh sahaja
yang sanggup mempertahankan bahasa tercinta mereka dan tokoh paling menyerlah
yang dapat dilihat ialah Za’ba. Setelah memilih sumbangan Za’ba kepada bahasa
Melayu sebagai tajuk esei saya, persoalan seterusnya yang muncul adalah kenapa
Za’ba yang menjadi tokoh tersebut dan apakah faktor yang mendorong beliau untuk
menyalurkan sumbangan yang begitu besar kepada bahasa Melayu serta apakah
4
sumbangan yang disalurkan kepada bahasa Melayu supaya terus maju dan tidak
ketinggalan zaman?
Objektif
Terdapat beberapa objektif yang diperolehi ketika menjadikan sumbangan Za’ba
kepada bahasa Melayu sebagai tajuk esei saya. Yang pertama ialah untuk mengenali
tokoh terdahulu seperti Za’ba yang banyak memberikan sumbangan demi
menyelamatkan bahasa Melayu yang makin kecundang pada zaman penjajahan masa
itu. Yang seterusnya untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan Za’ba dapat
menyalurkan sumbangan kepada bahasa Melayu seperti faktor masa, diri sendiri dan
sebagainya. Yang terakhir pula ialah untuk mengenalpasti antara sumbangan yang
telah diberikan oleh Za’ba kepada bahasa Melayu bagi mempertahankan agar tidak
terus kecundang pada ketika itu.
Batasan
Ketika diberikan tema iaitu sumbangan bahasa Melayu oleh pensyarah, banyak
tajuk-tajuk kecil yang bermain difikiran untuk dijadikan satu kajian dalam mengarang
esei yang diberikan. Namun, sumbangan tokoh kepada bahasa Melayu menjadikan
tarikan kepada saya iaitu jika diskopkan lagi kecil saya telah memilih Za’ba sebagai
tokoh untuk dikaji dalam esei saya kerana saya tertarik ketika bejar pada zaman
sekolah menengah dalam matapelajaran Sejarah. Selain itu tajuk ini menjadi pilihan
saya supaya kita dapat melihat mengenali tokoh cendekiawan seperti Za’ba dan
mengetahui lebih lanjut mengenai sumbangan yang telah Za’ba berikan semasa
riwayat beliau masih ada.
5
Definisi/Pengertian Konsep
Menurut kamus, definisi bagi perkataan sumbangan, tokoh, bahasa dan Melayu
dapat dikenalpasti. Sumbangan memberi erti apa-apa yang diberikan sebagai bantuan
atau sebagai sokongan; pertolongan. Tokoh bermaksud orang terkemuka atau orang
kenamaan dalam sesuatu bidang manakala bahasa disini pula ialah sistem lambing
bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok
manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran serta kata-kata yang disusun menurut
tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Melayu
bermaksud nama asal bangsa yang dialami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara
serta bahasanya.
Pengenalan Tokoh
Zainal Abidin atau dikenali sebagai Za’ba diberi gelar Pendeta oleh Kongres
Bahasa dan Sastera Melayu Ketiga, dalam tahun 1956 dan dianugerahkan Tan Sri, dari
1895 hingga 1973 ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu serta merupakan ahli bahasa
yang banyak menyalurkan sumbangan. Nama sebenar beliau ialah Zainal Abidin bin
Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol,
Batu Kikir, Negeri Sembilan. Za’ba lahir daripada keturunan berkacukan iaitu ibunya,
Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau manakala ayahnya yang berketurunan
Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu-
satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi. Za'ba dikenali
sebagai seorang yang tegas. Beliau sedia menerima kebenaran serta mengakui
kesilapannya.
6
Pendidikan awal Za'ba bermula telah bermula sejak di rumahnya sendiri, iaitu
termasuk pelajaran asas agama dan tulis-menulis seperti tulisan jawi. Za'ba telah
dihantar belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia telah bersekolah
di Linggi pada bulan Julai 1907. Pada sebelah pagi, Za’ba meneruskan pendidikan
sekolah Melayu manakala di sebelah petang pula, Za'ba belajar agama dan banyak
mengetahui bahasa Arab di Masjid Linggi yang dipelajari daripada ulama terkenal di
Negeri Sembilan iaitu Abas bin Zakaria. Ketika menuntut di Linggi, Za'ba muncul
sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima.
Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki
sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di
Seremban. Daripada 265 orang calon, beliau muncul sebagai pelajar terbaik. Pada
mulanya Za'ba memilih untuk menjadi guru, tetapi akhirnya beliau memilih memasuki
sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban. Beliau telah menuntut ilmu
selama enam tahun dari 1910 hingga 1915, sehingga memperoleh sijil Senior
Cambridge. Za’ba banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya,
dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya
dalam peperiksaan tersebut.
Sebelum Za’ba memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor
Bharu iaitu pada Jun 1916, beliau ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di
sekolahnya. Za’ba juga pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada
Oktober 1918 hingga April 1923, dan pada peringkat inilah Za'ba telah lulus
peperiksaan ikhtisas perguruan iaitu pada Normal Class, pada tahun 1921, penterjemah
7
di Pejabat Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, Kuala Lumpur hampir setahun iaitu dari Mei 1923 hingga Mac 1924 dan
bermula April 1924 hingga September 1939 Za’ba memasuki Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI), Tanjung Malim. Kemudian beliau menjadi penterjemah dan juruhebah di
Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu
di Jabatan Pelajaran Singapura dari Oktober 1939 hingga Januari 1941.
Za'ba berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun,
serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo-
ka dari Mac 1942 hingga Julai 1945 iaitu semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah
Melayu,. Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba telah bertugas sebagai penterjemah
di Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur pada
September 1945 hingga Julai 1946, kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai
penterjemah kanan bahasa Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran yang
terletak di negeri Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1946 hingga bulan Ogos tahun
berikutnya, serta pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies
(SOAS), Universiti London bermula September 1947 hingga bersara pada September
1950. Za'ba telah menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian
Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura April 1953-Januari 1959. Pada
tahun 1953, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera semasa di University of London.
Sejak tahun 1920-an lagi Za'ba telah muncul sebagai cendekiawan Melayu yang
dihormati. Sepanjang kerjayanya, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan
dan berbagai-bagai kegiatan social serta politik tanah air selama hampir 40 tahun.
8
Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama
ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik
mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.
Kerajaan kolonial British sentiasa dibendung kegiatan penulisann Za’ba terutama
sepanjang dia berada di MPSI selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius
kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu, beliau tetap aktif dan banyak
tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di
Biro Penterjemahan iaitu di pejabat Karang Mengarang yang terletak di MPSI.
Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkan oleh Za’ba seperti
Ilmu Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan Jawi, Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu,
Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, dan tiga jilid dalam siri Pelita Bahasa Melayu yang
digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan
yang wujud.
Antara buku tentang agama Islam yang dihasilkan oleh Za’ba ketika beliau
terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam ialah Falsafah Takdir,
Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba,
dan Asuhan Budi Menerusi Islam. Buku kedua Za'ba itu telah diharamkan
pengedarannya di negeri Perak oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut.
Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik
tanah air. Beliau telah menggantikan Tengku Ismail dengan menjadi Yang Dipertua
Persatuan Melayu Selangor (PMS). Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946,
9
yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Za'ba
mengetuai satu lagi kongres yang penting bagi bangsa Melayu pada tahun 1956. Kali
ini ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres ini
Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Penghargaan ini diberikan kerana mengenang
jasanya yang tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun penglibatannya dalam
bidang-bidang lain tidak boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam
bidang bahasa yang paling menonjol. Za’ba mencatatkan kegigihannya menerapkan
tatabahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu yang terkandung dalam
pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya. Dengan itu, Za’ba telah
memecah rekod dengan menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian
tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam.
Atas segala khidmatnya, Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah
kehormat, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya pada tahun
1959, Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada
tahun 1973, dan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong
yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1962.
Setelah banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Za’ba kepada bangsanya,
masyarakat dan negara terutamanya dalam bidang bahasa Melayu, akhirnya Za'ba
meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 di Petaling Jaya ketika berusia 78 tahun. Bagi
mengenang jasa Za’ba, nama beliau diabadikan pada sekolah di Batu Kikir merangkap
kampungnya juga, asrama di Universiti Malaya, dan di jalan di Taman Tun Dr. Ismail,
Kuala Lumpur.
10
Faktor Sumbangan Za’ba Kepada Bahasa Melayu
Kita dapat mengatakan bahawa jenis serta tahap sumbangan kita dalam sesuatu
hal adalah amat bergantung kepada keberuntungan atau peluang yang datang kepada
kita untuk membolehkan atau memudahkan kita melakukan sumbangan tersebut
kepada yang berkenaan. Dalam kebanyakan hal, persekitaran kita adalah komponen
penting yang berkait rapat dengan keberuntungan itu. Persekitaran itu pula terdiri
daripada tempat bertugas iaitu seperti pekerjaan kita dan jenis atau bentuk tugas kita
iaitu pangkat atau posisi dalam pekerjaan, serta iklim atau alam interaksi kita dalam
persekitaran itu.
Walau bagaimanapun yang paling utama ialah faktor diri kita sendiri iaitu melihat
ke dalam diri kita sendiri iaitu sikap kita sama ada wujudnya keupayaan,
kecenderungan dan pengabdian atau komitmen kepada sesuatu ideal yang hendak kita
sumbangkan. Demikianlah yang ingin dilihat akan kehadiran faktor-faktor tersebut di
dalam diri, dan di sekitar diri Za'ba untuk dapat lebih memahami sumbangannya itu.
Penglibatan Za’ba iaitu menjadi seorang penterjemah pada era 1920-an telah
menjadi satu fakta amat menarik kerana ia mungkin sekali mempunyai kaitan rapat
dengan kegiatan beliau dalam kerjayanya selepas itu. Pendedahannya kepada
pengajaran bahasa Inggeris dan kemudiannya beralih pula ke pengajaran bahasa
Melayu yang pada ketika itu lebih merupakan pengajaran terjemahan dari bahasa
Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya, telah membuka perhatiannya kepada
sistem kedua-dua bahasa itu. Apabila beliau kemudiannya bertugas sebagai Ketua
Penterjemah, terutamanya semasa di Tanjung Malim, hal ini telah menjadi lebih kukuh.
11
Za’ba juga memberi kuliah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semasa
menjadi ketua penterjemah di Sultan Idris Training College (SITC) selain dari
melakukan tugasnya yang rasmi dengan jawatan yang disandang pada ketika itu.
Demikianlah, dapat kita katakan bahawa pengetahuannya yang cukup tentang
tatabahasa bahasa Inggeris dan kesedarannya tentang betapa tatabahasa bahasa
Melayu pada waktu itu belum terumus dengan sebaik-baiknya manakala kepekaannya
terhadap masalah yang timbul dalam penterjemahan di antara kedua-dua bahasa itu,
dan keinsafannya tentang betapa masanya telah tiba untuk tatabahasa bahasa Melayu
itu dirumuskan sebaik-baiknya. Oleh itu telah terbuka sudah hatinya untuk melakukan
sesuatu tentang bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda bangsa serta rakyat
Tanah Melayu pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, di samping faktor waktu dan tempat, faktor dirinya sendiri
harus diambil kira, iaitu hakikat bahawa beliau adalah seorang anak Melayu kampung
yang telah berjaya menjadi seorang pemikir, seorang nasionalis, seorang yang
berpengetahuan agama, dan seorang yang komited kepada perjuangan membina dan
memajukan bahasanya sendiri. Selain itu juga, beliau juga merupakan seorang rakyat
yang memperjuangkan tanah air sendiri dengan berani dan bahasa Melayu.
Sumbangan Za'ba Kepada Bahasa Melayu
Za'ba merupakan salah seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak
tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya iaitu selama hampir 40 tahun, Za'ba telah
bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta
politik tanah air. Za'ba merupakan seorang penulis rencana dan esei yang berbakat
12
istimewa dan gigih, sama ada dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu atau bahasa
Inggeris. Za’ba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di
Johor Bharu pada tahun 1916. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif.
Walau bagaimanapun, sumbangan Za’ba yang paling besar ialah dalam bidang
bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-
awal lagi. Sejak beliau berumur dua belas tahun lagi, keazamannya untuk menulis
sebuah buku tatabahasa Melayu telah mula muncul dalam fikirannya. Sewaktu bertugas
sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar iaitu pada tahun 1918,
beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi.
Di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden, matlamat
utamanya iaitu untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu tercapai
apabila Za’ba telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai
kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu
menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society". Selain itu, pada tahun 1924,
beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC)
bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek.
Za’ba yang begitu mahir dalam tatabahasa bukan sahaja dalam bahasa Melayu
tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Bakat Pendita Za’ba mula terserlah apabila
penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama,
pendidikan, ekonomi dan politik. Antara hasil karya beliau ialah artikel pertamanya yang
berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” diterbitkan sebanyak dua kali dalam
akhbar Utusan Malaya manakala buku pertamanya pula bertajuk Umbi Kemajuan
13
merupakan penulisan semula karangan rencana keagamaan yang diterbitkan pada
sekitar tahun 1932. Sumbangan Za’ba mula menyerlah apabila karyawan yang disegani
ini pernah mengarang cerpen, novel dan terutamanya buku-buku rujukan tatabahasa
dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat kita kaitkan sebagai sumbangan kerana beliau
cuba mewujudkan buku-buku tatabahasa untuk menegakkan bahasa ibundanya. Malah
ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya
menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu dengan
menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan
bahan bacaan umum.
Seperti yang kita tahu, banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Za’ba
kepada generasi akan datang terutamanya dalam bidang bahasa Melayu. Sumbangan
pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan
pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan
orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan secara meluas.
Pemikirannya mengenai pendidikan ini hanyalah sebahagian kecil sumbangannya
kepada orang Melayu dan muslim. Beliau banyak memperkatakan mengenai bahasa,
ekonomi dan politik. Pemikirannya banyak menyumbang kepada kemajuan Malaysia
masa kini. Za’ba tidak berputus asa. Pemikiran pendidikannya tetap dihebahkan melalui
media massa. Beliau menghebahkan dan menterjemahkan tulisan dan tersiar dalam
Pengasuh, Kelantan pada Mac 1919. Za’ba tidak memberikan ulasan yang panjang,
hanya menegaskan yang institusi itu tidak akan membantu bahasa dan kesusasteraan
Melayu, pendidikan Melayu dan Islam.
14
Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan
kerajaan koloni British syak. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya setelah berkahwin
dengan Fatimah Umar apabila perkahwinan pertamanya tidak berpanjangan iaitu
dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai
buku. Namun dalam masa yang sama, Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat demi
mengelak bangsanya dari terus kecundang.
Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu yang kabur ketika itu ianya
kerana Za’ba seringkali ditahan oleh penjajah pada ketika itu atas sebab memprotes
dan ingin memajukan pendidikan bangsa Melayu. Beliau menyumbang dengan lebih
lanjut apabila beliau diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah.
Banyak buku-buku teks untuk digunakan di sekolah apabila beliau telah menerapkan
tatabahasa bahasa Melayu dari tatabahasa Arab dan juga bahasa Inggeris. Apabila
cendekiawan ini telah bertugas sebagai penterjemah, banyak buku-buku bahasa
Melayu yang dikeluarkan untuk masyarakat dan menyelenggarakan penerbitan buku
bagi jabatan Pelajaran dan Agama Bunkyo-ka pada zaman penjajahan Jepun di Tanah
Melayu. Selain itu, ketika Za’ba di Biro Penterjemahan iaitu di pejabat Karang
Mengarang yang terletak di MPSI, beliau sangat aktif dan banyak tenaganya
ditumpukan kearah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum. Namun, beliau
tidak lupa memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk
memajukan bahasa Melayu. Malah beberapa buah buku penting tentang tatabahasa
telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu
bagi mengisi kekurangan dan kekosongan yang wujud.
15
Di samping itu, Za’ba telah menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan
Pengajian Melayu yang pertama di University Malaya yang terletak di Singapura ketika
itu. Dengan bantuan Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan pertubuhan bahasa
pelajar dan dua tahun kemudian Za’ba menjadi pengasas pembentukan pertubuhan
bahasa pelajar dan dua tahun berikutnya, membentuk Persekutuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya.
“Pendeta”, itulah gelaran tepat yang dianugerahkan kepada Za’ba bertujuan bagi
mengenangkan jasanya dalam bidang bahasa yang tidak terkira. Walaupun
penglibatannya dalam bidang-bidang lain seperti kebajikan masyarakat, politik,
kemajuan bangsanya dan yang lain tidak boleh dilepas pandang, namun sumbangan
dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling menonjol. Seperti yang disematkan
dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I, telah dicatatkan kegigihan beliau
menerapkan tatabahasa Arab dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Oleh yang
demikian, beliau telah menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian
mengenai tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam.
Sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di
samping sumbangan sebuah rumusan besar tatabahasa Melayu (Pelita Bahasa Melayu
(1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu
Mengarang Melayu (1951)). Ini telah menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan
kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi. Malah
ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya
sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku
16
Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah " ... hendak dibuat
daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara
ahli-ahli bahasa Melayu".
Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) telah diterbitkannya
dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya
Rahsia Ejaan Jawi sehubungan dengan kaedah ejaan jawi. Menurut Za'ba, dalam buku
Daftar Ejaan Melayu, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya itu "hanyalah
ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja".
Selari dengan itu,Za’ba memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan
Jawi pada tahun 1918. Malah pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan
sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan
Jawi sekaligus merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia
Ejaan Jawi dan manakala pada tahun 1938 beliau telah lengkap menyiapkan Daftar
Ejaan Melayu iaitu Jawi-Rumi . Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus
lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pelbagai cadangan dan pandangan yang boleh diberi
setelah menyelidik dan mengkaji mengenai sumbangan Za’ba kepada bahasa Melayu.
Yang pertama, buku mengenai Za’ba harus dikecualikan daripada tokoh-tokoh lain
supaya lebih senang untuk memahami secara mendalam mengenai tokoh ini. Selain itu,
satu laman web rasmi untuk cendekiawan ini harus dilakukan bagi mengenang jasa
17
baik yang telah dilakukan kepada kita semua. Bagi pandangan saya pula, tokoh
terkemuka seperti Za’ba harus sentiasa diingati oleh masyarakat Melayu. Oleh itu,
tokoh seperti beliau harus dimasukkan ke dalam pembelajaran supaya bangsa Melayu
sekarang tidak seperti kacang melupakan kulit.
Bibliografi
 Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). (1957) Dalam Adnan Haji Nawang. Biografi
Tokoh Pilihan Malaysia (234-237) Universiti Malaya
 Kamus Pelajar Bahasa Melayu. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka Kementerian Pedidikan Malaysia
 Za’ba. Diperolehi pada (4 Ogos 2010) http://ms.wikipedia.org/wiki/za’ba
 Sumbangan Za’ba Kepada Bahasa Melayu. Diperolehi pada (4 Ogos 2010).
http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00074&s=1
&t=toc.htm
 Faktor diri, faktor waktu, faktor tempat bertugas dalam kerjaya Za’ba. Diperolehi
pada (4 Ogos 2010).
http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00073&s=1
&t=toc.htm
 Pendita Za’ba. Diperolehi pada (10 Ogos 2010).
http://sasteramaya.tripod.com/zaba.htm
 Za’ba-perjuang kemerdekaan tanah air dan bahasa Melayu.Diperolehi pada
tarikh (14 Ogos 2010). http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=137

More Related Content

What's hot

BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
Maizatul Mansor
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
BM2062204RohaiyuBint
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
AnibintiMisran
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
RATIEQAH NAJEEHAH
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
aisya97
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fatin Ain Nabila
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
jimoh370
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
Richard Roberto Marchille
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
Demolish Wolf
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
Demolish Wolf
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
FaFai S.
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
BalqisAbdul
 

What's hot (20)

BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
GWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda WacanaGWP1092 : Penanda Wacana
GWP1092 : Penanda Wacana
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.Sastera moden, pejabat karang mengarang.
Sastera moden, pejabat karang mengarang.
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
P strategi kesantunan
P strategi kesantunanP strategi kesantunan
P strategi kesantunan
 
Bentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunanBentuk dan jenis kesantunan
Bentuk dan jenis kesantunan
 
Strategi Kesantunan
Strategi KesantunanStrategi Kesantunan
Strategi Kesantunan
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 

Similar to SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU

Pendeta zaaba
Pendeta zaabaPendeta zaaba
Pendeta zaabacikainn
 
Zaaba
ZaabaZaaba
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
MOHDFAIZALBINOTHMANM
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
Eddy Terinisip
 
Sejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaiSejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaimaliniazizan
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee newNur Kareena
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Nas Hafizah Nasrullah
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS CIKGU NAZARINANAWAWI
 
KEMAHIRAN BELAJAR.ppt
KEMAHIRAN BELAJAR.pptKEMAHIRAN BELAJAR.ppt
KEMAHIRAN BELAJAR.ppt
ANISSAKINAH5
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Ahmad NazRi
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptxSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
AyuNadhirah4
 
Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah
Alif Akram
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiabaibasir
 

Similar to SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU (20)

Pendeta zaaba
Pendeta zaabaPendeta zaaba
Pendeta zaaba
 
Zaaba
ZaabaZaaba
Zaaba
 
Pembangunan diri 2
Pembangunan diri 2Pembangunan diri 2
Pembangunan diri 2
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
Pdfslide.net bahasa melayu-moden-2
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Sejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajaiSejarah hidup ibrahim kajai
Sejarah hidup ibrahim kajai
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Nota tatabahasa
Nota tatabahasaNota tatabahasa
Nota tatabahasa
 
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERISCABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP GELOMBANG KEBANGKITAN BAHASA INGGERIS
 
Notabm
NotabmNotabm
Notabm
 
KEMAHIRAN BELAJAR.ppt
KEMAHIRAN BELAJAR.pptKEMAHIRAN BELAJAR.ppt
KEMAHIRAN BELAJAR.ppt
 
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bmTugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
Tugasan hbml 4103 sejarah perkembangan bm
 
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptxSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU.pptx
 
Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah Hikayat Abdullah
Hikayat Abdullah
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Maklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysiaMaklumat bahasa malaysia
Maklumat bahasa malaysia
 

More from nur fara

Ordinary Differential Equation
Ordinary Differential EquationOrdinary Differential Equation
Ordinary Differential Equation
nur fara
 
Poster the physiological effects of obesity on body system latest
Poster the physiological effects of obesity on body system latestPoster the physiological effects of obesity on body system latest
Poster the physiological effects of obesity on body system latest
nur fara
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
nur fara
 
Alkane Slide
Alkane SlideAlkane Slide
Alkane Slide
nur fara
 
Alkanes
AlkanesAlkanes
Alkanes
nur fara
 
Pascal Triangle
Pascal TrianglePascal Triangle
Pascal Triangle
nur fara
 
Hockey stick n odd even
Hockey stick n odd evenHockey stick n odd even
Hockey stick n odd even
nur fara
 
Assignment Discrete
Assignment DiscreteAssignment Discrete
Assignment Discrete
nur fara
 
Ammonia and Polymerasation
Ammonia and PolymerasationAmmonia and Polymerasation
Ammonia and Polymerasation
nur fara
 
PENYESUAIAN TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN TINGKAH LAKUPENYESUAIAN TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN TINGKAH LAKUnur fara
 
Pemakanan dan Stress
Pemakanan dan StressPemakanan dan Stress
Pemakanan dan Stressnur fara
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cinanur fara
 

More from nur fara (12)

Ordinary Differential Equation
Ordinary Differential EquationOrdinary Differential Equation
Ordinary Differential Equation
 
Poster the physiological effects of obesity on body system latest
Poster the physiological effects of obesity on body system latestPoster the physiological effects of obesity on body system latest
Poster the physiological effects of obesity on body system latest
 
review jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tanggareview jurnal keganasan rumah tangga
review jurnal keganasan rumah tangga
 
Alkane Slide
Alkane SlideAlkane Slide
Alkane Slide
 
Alkanes
AlkanesAlkanes
Alkanes
 
Pascal Triangle
Pascal TrianglePascal Triangle
Pascal Triangle
 
Hockey stick n odd even
Hockey stick n odd evenHockey stick n odd even
Hockey stick n odd even
 
Assignment Discrete
Assignment DiscreteAssignment Discrete
Assignment Discrete
 
Ammonia and Polymerasation
Ammonia and PolymerasationAmmonia and Polymerasation
Ammonia and Polymerasation
 
PENYESUAIAN TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN TINGKAH LAKUPENYESUAIAN TINGKAH LAKU
PENYESUAIAN TINGKAH LAKU
 
Pemakanan dan Stress
Pemakanan dan StressPemakanan dan Stress
Pemakanan dan Stress
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 

Recently uploaded

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
PusatKokurikulumTere
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
g32420007
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
MARINIDARWISHAHBINTI
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
JuhairinNiza1
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
g28423557
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
lieekipli
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
FelaminaAlbert1
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
MARINIDARWISHAHBINTI
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PamelaEstherAPPaulDe
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
SITIAMALINA17
 

Recently uploaded (10)

MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTERMODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
MODUL PELAKSANAAN GenMADANI PEMBINAAN KARAKTER
 
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docxRANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
RANCANGAN TAHUNAN PKK THN 4 - 6 2024.docx
 
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
Buku Program PIBG SK Taman Universiti 1 2024
 
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdfCONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
CONTOH BUKU PROGRAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2022.pdf
 
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAMINFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
INFO TENTANG DLP - SLIDE TENTANG DUAL LANGUAGE PROGRAM
 
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptxSUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
SUMBANGAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.pptx
 
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarangROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
ROKOK & VAPE.pptx Kesedaran keburukan penyalahgunaan bahan terlarang
 
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdfbuku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
buku program PIBG SK TAMAN UNIVERSITI 1.pdf
 
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDFAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
FAIL MEJA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
 
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTINCADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
CADANGAN AKTIVITI PIBG TAHUNAN DAN HARI KANTIN
 

SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU

  • 1. 1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU NAMA PELAJAR : NUR FARALINA BINTI ASRAB ALI NO MATRIK : D20101037415 PROGRAM : PENDIDIKAN SAINS FAKULTI : SAINS DAN MATEMATIK SEMESTER : 1 (2010/2011) PENSYARAH : DR HJ ZULKEFLEE BIN HJ YAACOB
  • 2. 2 KANDUNGAN Pendahuluan/Latar Belakang 1 Penyataan Masalah 1 Objektif 2 Batasan 2 Definisi/Pengertian Konsep 3 Isi 3 Kesimpulan 14 Bibliografi 15
  • 3. 3 Pendahuluan/Latar Belakang Za’ba (1895-1973) adalah salah seorang cendekiawan Melayu yang sangat terkenal dikalangan masyarakat namun,pengetahuan kita terhadap tokoh ini bukanlah datangnya dari autobiografi beliau. Za’ba berasal dari kampung yang amat perhatin tentang berbagai masalah yang dihadapi oleh bangsanya iaitu bangsa Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, pelbagai sumbangan telah diberikan untuk memajukan bangsanya yang tercinta terutama sekali dalam bahasa Melayu. Setelah mengkaji dan menyelidik pelbagai faktor yang mendorong Za’ba. untuk menyalurkan sumbangan. Antara faktornya ialah dari aspek persekitaran, waktu dan masa serta faktor diri sendiri. Sumbangan penulisan beliau terutamanya kepada bahasa Melayu pula banyak memberi faedah bukan sahaja pada masa dahulu tetapi juga pada masa sekarang dan yang akan datang. Penyataan Masalah Dalam menulis esei, pelbagai persoalan dan masalah yang timbul walaupun hanya ketika memilih tajuk sahaja. Ketika menerima tema esei iaitu sumbangan bahasa Melayu, masalah yang muncul ialah siapakah tokoh terdahulu yang banyak berjasa dan memberi sumbangan kepada bahasa Melayu? Namun hanya segelintir tokoh sahaja yang sanggup mempertahankan bahasa tercinta mereka dan tokoh paling menyerlah yang dapat dilihat ialah Za’ba. Setelah memilih sumbangan Za’ba kepada bahasa Melayu sebagai tajuk esei saya, persoalan seterusnya yang muncul adalah kenapa Za’ba yang menjadi tokoh tersebut dan apakah faktor yang mendorong beliau untuk menyalurkan sumbangan yang begitu besar kepada bahasa Melayu serta apakah
  • 4. 4 sumbangan yang disalurkan kepada bahasa Melayu supaya terus maju dan tidak ketinggalan zaman? Objektif Terdapat beberapa objektif yang diperolehi ketika menjadikan sumbangan Za’ba kepada bahasa Melayu sebagai tajuk esei saya. Yang pertama ialah untuk mengenali tokoh terdahulu seperti Za’ba yang banyak memberikan sumbangan demi menyelamatkan bahasa Melayu yang makin kecundang pada zaman penjajahan masa itu. Yang seterusnya untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan Za’ba dapat menyalurkan sumbangan kepada bahasa Melayu seperti faktor masa, diri sendiri dan sebagainya. Yang terakhir pula ialah untuk mengenalpasti antara sumbangan yang telah diberikan oleh Za’ba kepada bahasa Melayu bagi mempertahankan agar tidak terus kecundang pada ketika itu. Batasan Ketika diberikan tema iaitu sumbangan bahasa Melayu oleh pensyarah, banyak tajuk-tajuk kecil yang bermain difikiran untuk dijadikan satu kajian dalam mengarang esei yang diberikan. Namun, sumbangan tokoh kepada bahasa Melayu menjadikan tarikan kepada saya iaitu jika diskopkan lagi kecil saya telah memilih Za’ba sebagai tokoh untuk dikaji dalam esei saya kerana saya tertarik ketika bejar pada zaman sekolah menengah dalam matapelajaran Sejarah. Selain itu tajuk ini menjadi pilihan saya supaya kita dapat melihat mengenali tokoh cendekiawan seperti Za’ba dan mengetahui lebih lanjut mengenai sumbangan yang telah Za’ba berikan semasa riwayat beliau masih ada.
  • 5. 5 Definisi/Pengertian Konsep Menurut kamus, definisi bagi perkataan sumbangan, tokoh, bahasa dan Melayu dapat dikenalpasti. Sumbangan memberi erti apa-apa yang diberikan sebagai bantuan atau sebagai sokongan; pertolongan. Tokoh bermaksud orang terkemuka atau orang kenamaan dalam sesuatu bidang manakala bahasa disini pula ialah sistem lambing bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran serta kata-kata yang disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dalam percakapan atau tulisan. Melayu bermaksud nama asal bangsa yang dialami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya. Pengenalan Tokoh Zainal Abidin atau dikenali sebagai Za’ba diberi gelar Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Sastera Melayu Ketiga, dalam tahun 1956 dan dianugerahkan Tan Sri, dari 1895 hingga 1973 ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu serta merupakan ahli bahasa yang banyak menyalurkan sumbangan. Nama sebenar beliau ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Za’ba lahir daripada keturunan berkacukan iaitu ibunya, Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau manakala ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu- satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi. Za'ba dikenali sebagai seorang yang tegas. Beliau sedia menerima kebenaran serta mengakui kesilapannya.
  • 6. 6 Pendidikan awal Za'ba bermula telah bermula sejak di rumahnya sendiri, iaitu termasuk pelajaran asas agama dan tulis-menulis seperti tulisan jawi. Za'ba telah dihantar belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia telah bersekolah di Linggi pada bulan Julai 1907. Pada sebelah pagi, Za’ba meneruskan pendidikan sekolah Melayu manakala di sebelah petang pula, Za'ba belajar agama dan banyak mengetahui bahasa Arab di Masjid Linggi yang dipelajari daripada ulama terkenal di Negeri Sembilan iaitu Abas bin Zakaria. Ketika menuntut di Linggi, Za'ba muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima. Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban. Daripada 265 orang calon, beliau muncul sebagai pelajar terbaik. Pada mulanya Za'ba memilih untuk menjadi guru, tetapi akhirnya beliau memilih memasuki sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban. Beliau telah menuntut ilmu selama enam tahun dari 1910 hingga 1915, sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Za’ba banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, dan akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut. Sebelum Za’ba memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu iaitu pada Jun 1916, beliau ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya. Za’ba juga pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada Oktober 1918 hingga April 1923, dan pada peringkat inilah Za'ba telah lulus peperiksaan ikhtisas perguruan iaitu pada Normal Class, pada tahun 1921, penterjemah
  • 7. 7 di Pejabat Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur hampir setahun iaitu dari Mei 1923 hingga Mac 1924 dan bermula April 1924 hingga September 1939 Za’ba memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Kemudian beliau menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura dari Oktober 1939 hingga Januari 1941. Za'ba berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo- ka dari Mac 1942 hingga Julai 1945 iaitu semasa zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu,. Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba telah bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur pada September 1945 hingga Julai 1946, kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran yang terletak di negeri Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1946 hingga bulan Ogos tahun berikutnya, serta pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London bermula September 1947 hingga bersara pada September 1950. Za'ba telah menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura April 1953-Januari 1959. Pada tahun 1953, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera semasa di University of London. Sejak tahun 1920-an lagi Za'ba telah muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati. Sepanjang kerjayanya, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan social serta politik tanah air selama hampir 40 tahun.
  • 8. 8 Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Kerajaan kolonial British sentiasa dibendung kegiatan penulisann Za’ba terutama sepanjang dia berada di MPSI selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu, beliau tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan iaitu di pejabat Karang Mengarang yang terletak di MPSI. Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkan oleh Za’ba seperti Ilmu Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan Jawi, Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi, dan tiga jilid dalam siri Pelita Bahasa Melayu yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara buku tentang agama Islam yang dihasilkan oleh Za’ba ketika beliau terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam ialah Falsafah Takdir, Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba, dan Asuhan Budi Menerusi Islam. Buku kedua Za'ba itu telah diharamkan pengedarannya di negeri Perak oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut. Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik tanah air. Beliau telah menggantikan Tengku Ismail dengan menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS). Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946,
  • 9. 9 yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Za'ba mengetuai satu lagi kongres yang penting bagi bangsa Melayu pada tahun 1956. Kali ini ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Penghargaan ini diberikan kerana mengenang jasanya yang tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun penglibatannya dalam bidang-bidang lain tidak boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling menonjol. Za’ba mencatatkan kegigihannya menerapkan tatabahasa Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu yang terkandung dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya. Dengan itu, Za’ba telah memecah rekod dengan menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam. Atas segala khidmatnya, Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah kehormat, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya pada tahun 1959, Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973, dan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1962. Setelah banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Za’ba kepada bangsanya, masyarakat dan negara terutamanya dalam bidang bahasa Melayu, akhirnya Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 di Petaling Jaya ketika berusia 78 tahun. Bagi mengenang jasa Za’ba, nama beliau diabadikan pada sekolah di Batu Kikir merangkap kampungnya juga, asrama di Universiti Malaya, dan di jalan di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
  • 10. 10 Faktor Sumbangan Za’ba Kepada Bahasa Melayu Kita dapat mengatakan bahawa jenis serta tahap sumbangan kita dalam sesuatu hal adalah amat bergantung kepada keberuntungan atau peluang yang datang kepada kita untuk membolehkan atau memudahkan kita melakukan sumbangan tersebut kepada yang berkenaan. Dalam kebanyakan hal, persekitaran kita adalah komponen penting yang berkait rapat dengan keberuntungan itu. Persekitaran itu pula terdiri daripada tempat bertugas iaitu seperti pekerjaan kita dan jenis atau bentuk tugas kita iaitu pangkat atau posisi dalam pekerjaan, serta iklim atau alam interaksi kita dalam persekitaran itu. Walau bagaimanapun yang paling utama ialah faktor diri kita sendiri iaitu melihat ke dalam diri kita sendiri iaitu sikap kita sama ada wujudnya keupayaan, kecenderungan dan pengabdian atau komitmen kepada sesuatu ideal yang hendak kita sumbangkan. Demikianlah yang ingin dilihat akan kehadiran faktor-faktor tersebut di dalam diri, dan di sekitar diri Za'ba untuk dapat lebih memahami sumbangannya itu. Penglibatan Za’ba iaitu menjadi seorang penterjemah pada era 1920-an telah menjadi satu fakta amat menarik kerana ia mungkin sekali mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan beliau dalam kerjayanya selepas itu. Pendedahannya kepada pengajaran bahasa Inggeris dan kemudiannya beralih pula ke pengajaran bahasa Melayu yang pada ketika itu lebih merupakan pengajaran terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan sebaliknya, telah membuka perhatiannya kepada sistem kedua-dua bahasa itu. Apabila beliau kemudiannya bertugas sebagai Ketua Penterjemah, terutamanya semasa di Tanjung Malim, hal ini telah menjadi lebih kukuh.
  • 11. 11 Za’ba juga memberi kuliah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu semasa menjadi ketua penterjemah di Sultan Idris Training College (SITC) selain dari melakukan tugasnya yang rasmi dengan jawatan yang disandang pada ketika itu. Demikianlah, dapat kita katakan bahawa pengetahuannya yang cukup tentang tatabahasa bahasa Inggeris dan kesedarannya tentang betapa tatabahasa bahasa Melayu pada waktu itu belum terumus dengan sebaik-baiknya manakala kepekaannya terhadap masalah yang timbul dalam penterjemahan di antara kedua-dua bahasa itu, dan keinsafannya tentang betapa masanya telah tiba untuk tatabahasa bahasa Melayu itu dirumuskan sebaik-baiknya. Oleh itu telah terbuka sudah hatinya untuk melakukan sesuatu tentang bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda bangsa serta rakyat Tanah Melayu pada ketika itu. Walau bagaimanapun, di samping faktor waktu dan tempat, faktor dirinya sendiri harus diambil kira, iaitu hakikat bahawa beliau adalah seorang anak Melayu kampung yang telah berjaya menjadi seorang pemikir, seorang nasionalis, seorang yang berpengetahuan agama, dan seorang yang komited kepada perjuangan membina dan memajukan bahasanya sendiri. Selain itu juga, beliau juga merupakan seorang rakyat yang memperjuangkan tanah air sendiri dengan berani dan bahasa Melayu. Sumbangan Za'ba Kepada Bahasa Melayu Za'ba merupakan salah seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya iaitu selama hampir 40 tahun, Za'ba telah bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan seorang penulis rencana dan esei yang berbakat
  • 12. 12 istimewa dan gigih, sama ada dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Za’ba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di Johor Bharu pada tahun 1916. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Walau bagaimanapun, sumbangan Za’ba yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal- awal lagi. Sejak beliau berumur dua belas tahun lagi, keazamannya untuk menulis sebuah buku tatabahasa Melayu telah mula muncul dalam fikirannya. Sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar iaitu pada tahun 1918, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden, matlamat utamanya iaitu untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu tercapai apabila Za’ba telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society". Selain itu, pada tahun 1924, beliau menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) bersama-sama dengan pengetuanya, O.T. Dussek. Za’ba yang begitu mahir dalam tatabahasa bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam bahasa Inggeris. Bakat Pendita Za’ba mula terserlah apabila penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Antara hasil karya beliau ialah artikel pertamanya yang berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” diterbitkan sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya manakala buku pertamanya pula bertajuk Umbi Kemajuan
  • 13. 13 merupakan penulisan semula karangan rencana keagamaan yang diterbitkan pada sekitar tahun 1932. Sumbangan Za’ba mula menyerlah apabila karyawan yang disegani ini pernah mengarang cerpen, novel dan terutamanya buku-buku rujukan tatabahasa dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat kita kaitkan sebagai sumbangan kerana beliau cuba mewujudkan buku-buku tatabahasa untuk menegakkan bahasa ibundanya. Malah ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam bahasa Melayu dengan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Seperti yang kita tahu, banyak sumbangan yang telah diberikan oleh Za’ba kepada generasi akan datang terutamanya dalam bidang bahasa Melayu. Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan secara meluas. Pemikirannya mengenai pendidikan ini hanyalah sebahagian kecil sumbangannya kepada orang Melayu dan muslim. Beliau banyak memperkatakan mengenai bahasa, ekonomi dan politik. Pemikirannya banyak menyumbang kepada kemajuan Malaysia masa kini. Za’ba tidak berputus asa. Pemikiran pendidikannya tetap dihebahkan melalui media massa. Beliau menghebahkan dan menterjemahkan tulisan dan tersiar dalam Pengasuh, Kelantan pada Mac 1919. Za’ba tidak memberikan ulasan yang panjang, hanya menegaskan yang institusi itu tidak akan membantu bahasa dan kesusasteraan Melayu, pendidikan Melayu dan Islam.
  • 14. 14 Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya setelah berkahwin dengan Fatimah Umar apabila perkahwinan pertamanya tidak berpanjangan iaitu dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Namun dalam masa yang sama, Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat demi mengelak bangsanya dari terus kecundang. Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu yang kabur ketika itu ianya kerana Za’ba seringkali ditahan oleh penjajah pada ketika itu atas sebab memprotes dan ingin memajukan pendidikan bangsa Melayu. Beliau menyumbang dengan lebih lanjut apabila beliau diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah. Banyak buku-buku teks untuk digunakan di sekolah apabila beliau telah menerapkan tatabahasa bahasa Melayu dari tatabahasa Arab dan juga bahasa Inggeris. Apabila cendekiawan ini telah bertugas sebagai penterjemah, banyak buku-buku bahasa Melayu yang dikeluarkan untuk masyarakat dan menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama Bunkyo-ka pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Selain itu, ketika Za’ba di Biro Penterjemahan iaitu di pejabat Karang Mengarang yang terletak di MPSI, beliau sangat aktif dan banyak tenaganya ditumpukan kearah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum. Namun, beliau tidak lupa memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu. Malah beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu bagi mengisi kekurangan dan kekosongan yang wujud.
  • 15. 15 Di samping itu, Za’ba telah menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di University Malaya yang terletak di Singapura ketika itu. Dengan bantuan Ungku Aziz, beliau mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian Za’ba menjadi pengasas pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun berikutnya, membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. “Pendeta”, itulah gelaran tepat yang dianugerahkan kepada Za’ba bertujuan bagi mengenangkan jasanya dalam bidang bahasa yang tidak terkira. Walaupun penglibatannya dalam bidang-bidang lain seperti kebajikan masyarakat, politik, kemajuan bangsanya dan yang lain tidak boleh dilepas pandang, namun sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling menonjol. Seperti yang disematkan dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I, telah dicatatkan kegigihan beliau menerapkan tatabahasa Arab dan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Oleh yang demikian, beliau telah menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian mengenai tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam. Sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar tatabahasa Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Ini telah menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi. Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku
  • 16. 16 Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah " ... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) telah diterbitkannya dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi sehubungan dengan kaedah ejaan jawi. Menurut Za'ba, dalam buku Daftar Ejaan Melayu, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". Selari dengan itu,Za’ba memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi pada tahun 1918. Malah pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi sekaligus merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi dan manakala pada tahun 1938 beliau telah lengkap menyiapkan Daftar Ejaan Melayu iaitu Jawi-Rumi . Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Kesimpulan Secara kesimpulannya, pelbagai cadangan dan pandangan yang boleh diberi setelah menyelidik dan mengkaji mengenai sumbangan Za’ba kepada bahasa Melayu. Yang pertama, buku mengenai Za’ba harus dikecualikan daripada tokoh-tokoh lain supaya lebih senang untuk memahami secara mendalam mengenai tokoh ini. Selain itu, satu laman web rasmi untuk cendekiawan ini harus dilakukan bagi mengenang jasa
  • 17. 17 baik yang telah dilakukan kepada kita semua. Bagi pandangan saya pula, tokoh terkemuka seperti Za’ba harus sentiasa diingati oleh masyarakat Melayu. Oleh itu, tokoh seperti beliau harus dimasukkan ke dalam pembelajaran supaya bangsa Melayu sekarang tidak seperti kacang melupakan kulit. Bibliografi  Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). (1957) Dalam Adnan Haji Nawang. Biografi Tokoh Pilihan Malaysia (234-237) Universiti Malaya  Kamus Pelajar Bahasa Melayu. (1987). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kementerian Pedidikan Malaysia  Za’ba. Diperolehi pada (4 Ogos 2010) http://ms.wikipedia.org/wiki/za’ba  Sumbangan Za’ba Kepada Bahasa Melayu. Diperolehi pada (4 Ogos 2010). http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00074&s=1 &t=toc.htm  Faktor diri, faktor waktu, faktor tempat bertugas dalam kerjaya Za’ba. Diperolehi pada (4 Ogos 2010). http://www.ashtech.com.my/koleksi_digital/konvension/Display&f=jawi00073&s=1 &t=toc.htm  Pendita Za’ba. Diperolehi pada (10 Ogos 2010). http://sasteramaya.tripod.com/zaba.htm  Za’ba-perjuang kemerdekaan tanah air dan bahasa Melayu.Diperolehi pada tarikh (14 Ogos 2010). http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=137