SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT
RUKUN NEGARA
 Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas
berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.
 Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
 Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
 Memelihara cara hidup demokratik
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati secara adil dan saksama
 Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden:
Ikrar
 Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:
 Kepercayaan kepada Tuhan
 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA
 Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh
kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan
bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang
warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
 Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Negara.
 Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut
Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-
Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
 Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.
Keluhuran Perlembagaan
 Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya
untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia
dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum
dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak
sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-
mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan
pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.
Kedaulatan Undang-Undang
 Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat
sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi
semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan
stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-
hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh
Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada
dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
 Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan
Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun
dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi
membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta
bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang
harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan
yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.
Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni
 DASAR EKONOMI BARU
 Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu
program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein.
 Matlamat :
 untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
 membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum.
 mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi.
 digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991.
Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti
secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.
 Latar belakang
 Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan
perpaduan masyarakat diTanah Melayu.
 Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza
mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri
daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
 Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar
bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina
menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja
sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India
kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh,
secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara
satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13
Mei 1969.
 Dasar Pecah dan Perintah
 Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering
dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah
Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:
 1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan
menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan
terhadap penjajahan.
 2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta
mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan
makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk
pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan
aktiviti pertanian.
 Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai
matlamat integrasi nasional
 . Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang
menganggur.
 2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan
antara kawasan (bandar dan luar bandar).
 3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain
 Kesan Dasar Pecah dan Perintah
 . Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk
mengerjakan sektor pertanian tradisional.
 2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti
perniagaan dan perlombongan.
 3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.
 Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka
tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah
melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap
kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.
 RASIONAL
 Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di
Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari
jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14%
di kawasan bandar.
Jabatan Perpaduan Negara
Pengenalan;
Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada tahun 1969 bertujuan untuk
menangani isu-isu perkauman. Mulai Oktober 1990, Jabatan ini diletakkan di
bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.
Jabatan ini dipertanggungjawabkan dengan lima (5) fungsi, iaitu:
Hubungan Kaum
Program Perpaduan Negara
Penyelidikan Etno-Sosial
Rukun Tetangga (RT)
Integrasi Negara
Objektif
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi
penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang
menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum
serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar
Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Ekonomi Baru
Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan
‘Rukun Negara’ sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi
mengurangkan tindak-tanduk politik boleh memecahbelahkan rakyat
menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’. Sebagai tindakan susulan dalam
memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa
Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar
Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.
Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020
seperti berikut:
Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-
mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai
kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial,
ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu
kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga
dan keyakinan akan bangsa sendiri.’
Menjelang tahun 2020
Malaysia harus menjadi negara yang bersatupadu, mempunyai masyarakat
yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara
demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai
penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.
Strategi Politik
* Menggalakkan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional;
* Menerapkan Nilai-nilai Kewarganegaraan ke arah pembentukan satu
bangsa Malaysia yang bersatupadu;
* Mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah;
* Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan
masyarakat; serta
* Menyelaras program / aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi Kerajaan,
Swasta dan lain-lain.
Strategi Ekonomi
sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan
sosiobudaya. Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri ...
rakyat menerima permuafakatan dan kerjasama melalui Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang terus relevan lebih-lebih menerusi Misi Nasional RMK-9 ...
Kaum Cina yang berjaya harus bekerjasama dengan kaum Melayu dan India
untuk membantu membina ahli perniagaan baru yang tulen. Kesepakatan
dalam pelbagai usaha niaga harus digalakkan. Orang Melayu tidak
sepatutnya mengharapkan sokongan kerajaan semata-mata dalam
memajukan ekonomi mereka. Jika benar semangat kesetiakawanan wujud,
kaum Cina harus menghulurkan tangan membantu secara jujur.
Kita merencanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang prinsipnya buta kaum
kerana matlamatnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat tanpa mengira kaum. Kebetulan yang paling ramai miskin ialah
Bumiputera, maka sasaran utamanya tentulah pada kelompok ini, tanpa
sebarang niat merompak hak orang lain. Itulah semangat sebenar DEB.
Strategi Pendidikan
Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan
program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-
kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika
Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar
terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan
untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu
tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa
kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi
kesefahaman diantara mereka.
Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun
1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula
diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta
Pendidikan 1996
Strategi Pembangunan Kawasan
Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu
dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
- Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan
Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.
- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta
Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
Strategi Perpaduan Kaum
PERPADUAN tidak boleh diambil mudah dalam sebuah negara pelbagai
kaum seperti Malaysia. Maka itu rakyat negara ini harus terus memupuk dan
memelihara sikap muafakat, bertolak-ansur, bersatu serta saling menghargai
satu sama lain. “Sesungguhnya Malaysia ini bukan milik mana-mana individu
atau kaum, tetapi adalah milik kita bersama setiap rakyat Malaysia,” demikian
antara amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) bertujuan
supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat.
Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas
pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih
serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang
mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut
keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun
sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi
negara. Matlamat KPM ialah
* Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
* Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan
dan sejahtera.
* Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
* Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia
Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar
bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau
agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan
bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang
sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh
disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan
persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada
pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam
pelbagai aktiviti.
Tuju* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-
bagai bangsa dan latar belakang
* Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
* Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan
persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu
* Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga
sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-
aktiviti lain di sekolah
* Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan
an dan matlamat Sekolah Wawasan
Terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu
* Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
* Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah
* Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
* Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
* Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak
Program Latihan Khidmat Negara
Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Keamanan yang
dikecapi dan keharmonian hidup pelbagai kaum di bumi bertuah ini
menjadikan Malaysia ikon terbaik dan dihormati
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang
berakhlak dan berperibadi mulia.
OBJEKTIF
Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan
kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.
Menyatupadukan kanan-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan
tenaga kerja
Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Strategi :
Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya.
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Kurikulum yg sama.
Sistem peperiksaan yg sama.
Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
Pendidikan yg menyeluruh,seimbang dan bersepadu.
Peluang pendidikan asas selama 9 tahun.
Mendemokrasikan pendidikan.
Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM.
Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik,
Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat
Universiti.
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib
dan memberi peluang yg sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain.
Menggalakkan aktiviti kokurikulum.
DASAR WAWASAN NEGARA
1.01 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-
2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka
Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Dasar
Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan
arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMKe-8
menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai
objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan
ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.
Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan
yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.
DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang
menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju
sepenuhnya menjelang 2020.
1.05 Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha
pembangunan yang lepas
Tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan
makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian
yang saksama.
Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah
negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan
diberi kepada membina negara yang berdaya tahan danberdaya saing serta
masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan
dan kestabilan sosial.
Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikalseperti
berikut:
membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan,
menyemarakkan
semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat
supaya lebih
bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta
meningkatkan
kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian
kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam
kumpulan etnik serta wilayah;
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan
sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi
makro;
mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan
liberalisasi;
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah
strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran rakyat;
mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga
kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan dan meneruskan
pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan
jangka panjang.
Dasar Pembangunan Nasional
Strategi Pelaksanaan
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki
ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan
menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah
bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang
yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat
pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama
ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan;
(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan
ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan
saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan
saksama untuk semua rakyat Malaysia;
(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan
mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;
(v)Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai
sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan
cintakan negara;
(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja
yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi
menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya
kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula
masyarakat;
vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses
membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan
viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi
perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan
ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan
negara dapat dikekalkan secara berterus
21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat

More Related Content

What's hot

Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politikMaizatul Akmal
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4Muhammad Fansuri
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduandka1a2015
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiDhani Ahmad
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHansyitake
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAmohd admee
 
Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikDanial Najdmi
 
Apa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaApa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaAi Peng Chong
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Norlina Rawina
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)almadinasakinah
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanmothy
 

What's hot (20)

Bab 5 permuafakatan politik
Bab 5   permuafakatan politikBab 5   permuafakatan politik
Bab 5 permuafakatan politik
 
skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4skema soalan sejarah form 4
skema soalan sejarah form 4
 
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan PerpaduanPengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
Pengajian Malaysia Bab 5:Kemasyarakatan dan Perpaduan
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasiBab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
Bab 6 he ke arah masyarakat berintegrasi
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Kontrak sosial
Kontrak sosialKontrak sosial
Kontrak sosial
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnikHalangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
Halangan halangan perpaduan kaum dalam hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
Pengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnikPengenalan hubungan etnik
Pengenalan hubungan etnik
 
Apa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaApa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysia
 
Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru
Kontrak Sosial Dan Artikel 153 BaruKontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru
Kontrak Sosial Dan Artikel 153 Baru
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
 
Perlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysiaPerlembagaan malaysia
Perlembagaan malaysia
 
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
Hubungan etnik sumbangan kerajaan & masyarakat (1)
 
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduanProgram dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
Program dalam malaysia untuk bentuk perpaduan
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 

Similar to 21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat

Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Khai Khai
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiWanBK Leo
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Fatin Asyiqin
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1su ana
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 
Malaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku HarapanMalaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku HarapanRalph Yew
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1NikHaris1
 
Isu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaIsu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaSherly Jewinly
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01jasfida
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukSharifahNurAbu
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanAswa Nina
 

Similar to 21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat (20)

Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2Prinsip rukun negara p2
Prinsip rukun negara p2
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat BerintegrasiHubungan Etnik Bab 8   Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
Hubungan Etnik Bab 8 Hubungan Etnik Ke Arah Masyarakat Berintegrasi
 
Esei 1
Esei 1Esei 1
Esei 1
 
Nota pengakap
Nota pengakapNota pengakap
Nota pengakap
 
Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1Perlembagaan persekutuan 1
Perlembagaan persekutuan 1
 
BAB_1.pptx
BAB_1.pptxBAB_1.pptx
BAB_1.pptx
 
Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1Hubungan etnik-di-malaysia-1
Hubungan etnik-di-malaysia-1
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Malaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku HarapanMalaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
Malaysia Pakatan Harapan Buku Harapan
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Ideologi
IdeologiIdeologi
Ideologi
 
Isu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysiaIsu perpaduan etnik malaysia
Isu perpaduan etnik malaysia
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmukTopik 5 pembinaan masyarakat majmuk
Topik 5 pembinaan masyarakat majmuk
 
Kuliah 7
Kuliah 7Kuliah 7
Kuliah 7
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduanUsaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
Usaha yang dirangka oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan
 

21 hubungan etnik-peranan-kerajaan-dan-masyarakat

  • 1. HUBUNGAN ETNIK: SUMBANGAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT RUKUN NEGARA  Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.  Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:  Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya  Memelihara cara hidup demokratik  Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama  Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak  Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden: Ikrar  Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  Kepercayaan kepada Tuhan  Kesetiaan kepada Raja dan Negara  Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-undang  Kesopanan dan Kesusilaan
  • 2. PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA  Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara  Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.  Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di- Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.  Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Keluhuran Perlembagaan  Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak
  • 3. sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana- mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Kedaulatan Undang-Undang  Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak- hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Kesopanan dan Kesusilaan  Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni
  • 4.  DASAR EKONOMI BARU  Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein.  Matlamat :  untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:  membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.  mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi.  digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.  Latar belakang  Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat diTanah Melayu.  Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3Teks kod rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.  Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.  Dasar Pecah dan Perintah  Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:  1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.  2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.  Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional
  • 5.  . Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.  2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).  3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain  Kesan Dasar Pecah dan Perintah  . Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.  2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.  3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.  Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.  RASIONAL  Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Jabatan Perpaduan Negara Pengenalan; Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan pada tahun 1969 bertujuan untuk menangani isu-isu perkauman. Mulai Oktober 1990, Jabatan ini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Jabatan ini dipertanggungjawabkan dengan lima (5) fungsi, iaitu: Hubungan Kaum Program Perpaduan Negara Penyelidikan Etno-Sosial Rukun Tetangga (RT) Integrasi Negara Objektif Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang
  • 6. menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan ‘Rukun Negara’ sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik boleh memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut: Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata- mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.’ Menjelang tahun 2020 Malaysia harus menjadi negara yang bersatupadu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing. Strategi Politik * Menggalakkan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional; * Menerapkan Nilai-nilai Kewarganegaraan ke arah pembentukan satu bangsa Malaysia yang bersatupadu; * Mencegah konflik antara kaum, masyarakat dan wilayah; * Memantau, mengesan dan menilai perhubungan antara kaum dan masyarakat; serta * Menyelaras program / aktiviti perpaduan dengan agensi-agensi Kerajaan, Swasta dan lain-lain. Strategi Ekonomi sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan sosiobudaya. Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri ... rakyat menerima permuafakatan dan kerjasama melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang terus relevan lebih-lebih menerusi Misi Nasional RMK-9 ...
  • 7. Kaum Cina yang berjaya harus bekerjasama dengan kaum Melayu dan India untuk membantu membina ahli perniagaan baru yang tulen. Kesepakatan dalam pelbagai usaha niaga harus digalakkan. Orang Melayu tidak sepatutnya mengharapkan sokongan kerajaan semata-mata dalam memajukan ekonomi mereka. Jika benar semangat kesetiakawanan wujud, kaum Cina harus menghulurkan tangan membantu secara jujur. Kita merencanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang prinsipnya buta kaum kerana matlamatnya untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. Kebetulan yang paling ramai miskin ialah Bumiputera, maka sasaran utamanya tentulah pada kelompok ini, tanpa sebarang niat merompak hak orang lain. Itulah semangat sebenar DEB. Strategi Pendidikan Program Tabika Perpaduan pula diperkenalkan pada tahun 1976 merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak- kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Tabika Perpaduan dibuka di taman-taman perumahan dan kawasan pinggir bandar terutamanya di kawasan yang mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu tabika perpaduan juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan Di Malaysia bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa penghantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi diwartakan dalam Perlembagaan Persekutuan, sementara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa penghantar ilmu pula diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian dalam Akta Pendidikan 1996 Strategi Pembangunan Kawasan Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi : - perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4) - ekonomi : Perkara 153 (6)
  • 8. - pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4) - Kedudukan Istemewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu. - Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971). Strategi Perpaduan Kaum PERPADUAN tidak boleh diambil mudah dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia. Maka itu rakyat negara ini harus terus memupuk dan memelihara sikap muafakat, bertolak-ansur, bersatu serta saling menghargai satu sama lain. “Sesungguhnya Malaysia ini bukan milik mana-mana individu atau kaum, tetapi adalah milik kita bersama setiap rakyat Malaysia,” demikian antara amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (rendah dan menengah) bertujuan supaya sekolah-sekolah tersebut menjadi sekolah pilihan utama masyarakat. Sehubungan itu, sekolah kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas pendidikan yang mencukupi dan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih serta kemudahan ICT. Sekolah juga akan dibekalkan guru terlatih yang mencukupi mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah membangun sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Matlamat KPM ialah * Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu. * Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera. * Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. * Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia Sekolah Wawasan Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan
  • 9. kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way). Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti. Tuju* Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai- bagai bangsa dan latar belakang * Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran * Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu * Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti- aktiviti lain di sekolah * Untuk menjayakan dan merealisasikan Wawasan an dan matlamat Sekolah Wawasan Terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan iaitu * Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak * Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Alor Setar, Kedah * Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang * Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor * Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Seri Manjung, Perak Program Latihan Khidmat Negara Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Keamanan yang dikecapi dan keharmonian hidup pelbagai kaum di bumi bertuah ini menjadikan Malaysia ikon terbaik dan dihormati Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia.
  • 10. OBJEKTIF Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Menyatupadukan kanan-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja Melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Strategi : Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Kurikulum yg sama. Sistem peperiksaan yg sama. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan. Pendidikan yg menyeluruh,seimbang dan bersepadu. Peluang pendidikan asas selama 9 tahun. Mendemokrasikan pendidikan. Menyediakan Pendidikan Rendah KBSR dan Pendidikan Menengah KBSM. Memperluaskan Pendidikan Vokasional dan Teknik, Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat Universiti. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin. Menjadikan Bahasa kebangsaan dan B Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan memberi peluang yg sempurna bagi pembelajaran bahasa2 lain. Menggalakkan aktiviti kokurikulum.
  • 11. DASAR WAWASAN NEGARA 1.01 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001- 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001-2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3 akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21. RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. 1.05 Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang lepas Tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada membina negara yang berdaya tahan danberdaya saing serta masyarakat yang bersatu padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikalseperti berikut: membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi;
  • 12. menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah; mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro; mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi; membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran rakyat; mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang. Dasar Pembangunan Nasional Strategi Pelaksanaan DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut: (i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama; (ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan; (iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
  • 13. (iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar; (v)Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara; (vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat; vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterus