SlideShare a Scribd company logo
FALSAFAH, DASAR DAN AKTA
  NEGARA SERTA IMPLIKASINYA
TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT
    DAN KOMUNIKASI DALAM
         PENDIDIKAN
                              1.0 Pengenalan

                              Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah
                              satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan
                              ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut
                              beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk
                              lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya,
                              ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara
                              tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk
                              menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai
                              satu teknologi yang berkesan.

                              Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada
                              tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk
                              berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses
                              globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya,
                              seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi
                              maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan
                              untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama
                              maklumat yang berbentuk digital.

                              Usaha-usaha kerajaan untuk memaklumatkan penduduknya juga
                              menandakan proses globalisasi semakin melebarkan pengaruhnya
                              terhadap gaya hidup masyarakat Malaysia memandangkan teknologi
                              maklumat tidak dapat dipisahkan dengan globalisasi.

                              Melalui proses globalisasi, alam dan manusia berada di bawah satu
                              komponen yang tidak dibatasi oleh sempadan atau ruang geografi
                              sesebuah negara atau kawasan. Dunia seseorang menjadi terbuka luas
                              untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang mudah didapati
                              menerusi medium komunikasi seperti internet, media elektronik dan
                              lain-lain lagi. Pelaburan dalam ICT telah meningkat pada kadar 9.2
                              peratus setahun daripada RM3.8 bilion pada tahun 1995 kepada
                              RM5.9 bilion pada tahun 2000. Penggunaan teknologi maklumat
                              berkembang dengan pantas sekali seperti yang dilaporkan dalam
                              Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7). Begitu juga yang dijangka
                              sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8).

                              Walaubagaimanapun perkembangan ini memerlukan pengawalan dan
                              penyeliaan yang berterusan dan terjamin. Oleh itu, pihak kerajaan
                              telah melaksanakan beberapa dasar atau polisi serta meluluskan
                              beberapa akta untuk melindungi para pelabur, pengguna dan
                              kerajaan. Langkah-langkah ini diambil terutamanya apabila Koridor
                              Raya Multimedia atau MSC menjadi salah satu daripada agenda
                              besar negara untuk mencapai Wawasan 2020.

                              2.0 Rasional Falsafah Pendidikan Negara

                              Malaysia mahu melahirkan warga yang bertanggungjawab untuk
memimpin dirinya dan masyarakatnya berdasarkan nilai-nilai yang
terpuji. Saluran yang terbaik untuk merealisasikan kehendak ini
adalah melalui satu sistem pendidikan yang memenuhi dengan
seimbang tuntutan rohani, jasmani, emosi dan intelek seseorang
manusia.

Oleh kerana itu, menyedari sistem pendidikan memerlukan satu
strategi yang mantap untuk mendidik warga Malaysia ke arah bangsa
yang berkualiti, pada tahun 1987 Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Falsafah ini
menghayati konsep sepadu dan mempunyai prinsip-prinsip yang
mantap untuk menghasilkan warganagara yang berkualiti dan berjaya
(Tajul Ariffin, 2002). Sehingga kini FPN ini menjadi panduan utama
untuk menggubal dan melaksanakan kurikulum bagi mana-mana
subjek di sekolah-sekolah mahupun di institusi-institusi pendidikan
lain di Malaysia.

Antara frasa yang penting dalam FPN ialah "Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".
Petikan ini selanjutnya menjadi tulang belakang kepada penggubalan
kurikulum pendidikan di Malaysia.

Berdasarkan FPN, negara mengkehendaki keseimbangan
pembangunan diri antara jasmani, intelek, emosi dn rohani. Untuk
jasmani, fizikal individu haruslah cergas dan mudah bekerja dengan
gigih. Pembangunan inteleknya pula fapat menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi supaya dapat membentuk
etika yang baik. Dari segi emosi pula pendidikan yang diberi perlu
membolehkan pelajar mengawal perasaan terhadap sesuatu kegiatan
secara seimbang dan tidak prejudis sementara dari sudut
pembangunan rohaninya seseorang itu hendaklah berpegang kuat dan
patuh kepada agama supaya berakhlak dan bermoral tinggi. Patuh
kepada agama dan berakhlak ini sebenarnya menjadi landasan
terhadap sistem pendidikan bersepadu kebangsaan kerana ia selari
dengan kehendak dan tabii seseorang manusia iaitu pengisian
terhadap batin dan zahir perlulah seimbang.

3.0 Dasar dan Akta Teknologi Maklumat Negara

Tempoh RMKe-7 telah menyaksikan berbagai infrastruktur dan
persekitaran disediakan untuk keperluan pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Semua pelaburan ini telah menjana
negara untuk memasuki era teknologi maklumat dengan lebih pantas.
Menurut Laporan RMK-8, Agenda Teknologi Maklumat Negara atau
NITA yang digubal pada tahun 1996 telah menyediakan kerangka
pembangunan negara yang lebih terancang untuk menjadi sebuah
masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020.
Ini menunjukkan tahap komitmen negara untuk serius bersama-sama
bersaing dengan dunia luar dalam hal teknologi maklumat dan
komunikasi. Demikian jugalah dengan penubuhan Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang menjadi salah satu aplikasi wawasan negara
untuk mempastikan Malaysia menjadi negara maju bila mencapai
tahun 2020.

Untuk memantapkan lagi prasarana teknologi maklumat di Malaysia,
negara turut menggubal beberapa akta yang bertujuan untuk
menggalakkan peraturan yang lebih liberal, memperkemas prosedur
dan kategori perlesenan serta mewujudkan pasaran yang lebih
terbuka kepada persaingan (RMKe-8). RMKe-8 menetapkan untuk
membuat usaha yang lebih bersepadu dengan menggunakan ICT
demi mendorong pembangunan. Oleh itu, menurut laporan tersebut,
tumpuan akan diberikan kepada pembangunan sumber manusia dan
rangkaian infrastruktur supaya masyarakat Malaysia memperolehi
manfaat yang maksimum daripada kepesatan pembangunan
teknologi.

3.1 Dasar Atau Polisi

Dasar berkenaan dengan teknologi maklumat dan multimedia untuk
negara ini bermula dengan pembentukan National IT Council (NITC)
yang telah dilancarkan pada bulan Disember 1996 (NITC, 2001).
Selepas penubuhannya NITC ini berfungsi sebagai penasihat dan
konsultan utama kepada kerajaan mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan Teknologi Maklumat dalam pembangunan nasional
negara. Ia adalah badan yang menggabungjalin, mengkoordinasi,
memantau dan menilai operasi rangka kerja polisi NITC. Selain dari
itu Strategic Thrusts Agenda yang telah dilancarkan oleh NITC pada
tahun 1998 juga bermatlamat untuk membawa rakyat Malaysia dan
institusi-institusinya kepada dunia elektronik atau e-world.

Untuk mencapai matlamat ini, dasar-dasar yang dirangka telah
berfokus kepada pembangunan sumber manusia, infrastruktur dan
pembentukan nilai yang memberi peluang yang sama rata kepada
semua rakyat Malaysia untuk turut memajukan diri dalam era
teknologi maklumat ini.

Badan tersebut juga telah mengatur dasr-dasar yang strategik di
dalam membawa Malaysia kepada e-world yang melibatkan lima
bidang kritikal iaitu E-Komuniti, E-Perkhidmatan Awam, E-
Pendidikan, E-Ekonomi Dan E-Kedaulatan

Umumnya dasar-dasar yang telah dijalankan dalam RMK-7 iaitu
mengenai

                 Penggunaan ICT,
                 Agenda IT Negara,
                 Pembangunan Koridoraya Multimedia,
                 Aplikasi Perdana MSC,
                 Pembangunan Infrastruktur Komunikasi,
                 Perdagangan Elektronik,
                 Pembangunan Sumber Manusia ICT dan
Dana Untuk Industri ICT

akan diteruskan dan diperkemaskan lagi dalam RMK-8. Jika RMK-7
telah menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang menggalakkan
bagi pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi, RMK-8 pula memberikan prospek yang akan
memperkukuhkan lagi keupayaan sumber manusia dan infrastruktur.
Ia juga akan mewujudkan kumpulan kritikal untuk perusahaan kecil
dan sederhana dan pengguna Internet. Semua ini bertujuan untuk
menjana kemajuan Malaysia untuk menjadi negara maju yang
mempunyai masyarakat berpengetahuan.

Sehubungan itu, beberapa dasar atau teras yang strategik dalam
RMK-8 telah diatur untuk pembangunan ICT. Ia meliputi:

.

3.11 Menempatkan Malaysia Sebagai Hub ICT dan Multimedia Di
Peringkat Global

                 Usaha yang bersepadu akan dibuat untuk
                 melaksanakan dasar ini.
                 Tumpuan akan diberi dari sudut mutu
                 perkhidmatan yang mampu dibayar dan produktif
                 dalam pada masa yang sama ia adalah bertaraf
                 dunia.
                 Dalam dasar ini ICT dijadikan jentera penting
                 terutamanya dalam sektor kritikal seperti
                 perbankan dan kewangan, logistik, pembuatan dan
                 perkhidmatan penting.
                 Kerangka dasar yang baru akan dilaksanakan
                 sebagai langkah lanjut untuk mencapai prestasi
                 yang bertaraf dunia. Kerangka ini berasaskan
                 kepada perubahan yang pesat ke arah persaingan
                 penuh.
                 Langkah awal untuk mewujudkan kerangka
                 persaingan ini adalah apabila Akta Komunikasi dan
                 Multimedia 1998 mula berkuatkuasa.
                 Akta ini menjadikan faktor persaingan sebagai
                 dasar bagi pencapaian prestasi tinggi.
                 Selain dari itu, langkah tambahan lain untuk
                 melaksanakan dasar ini adalah seperti pelaksanaan
                 dasar perlesenan yang jelas, ringkas dan praktikal
                 serta meminimumkan keperluan perlesenan untuk
                 perkhidmatan baru.
                 Langkah-langkah seperti mendirikan pusat
                 penyelidikan dan menjadi peneraju dalam forum
                 antarabangsa juga akan diambil selaras dengan
                 matlamat menjadikan Malaysia sebagai hub di
                 peringkat global.

.

3.12 Menaik Taraf Dan Menambahkan Infrastruktur Komunikasi
Untuk Meningkatkan Kebolehcapaian Di Seluruh Negara Dengan
Tujuan Merapatkan Jurang Digital

               Dalam tempoh RMKe-8, pelaburan akan dibuat
               untuk meningkatkan rangkaian komunikasi selaras
               dengan kemajuan teknologi.
               Rangkaian teknologi penghantaran yang
               berkelajuan lebih tinggi dan dalam jarak yang lebih
               jauh akan digunakan dan dipertingkatkan.
               Teknologi internet mudah alih turut diberi tumpuan
               bagi menggalakkan lagi perkembangan e-dagang
               dan penggunaan berasaskan Internet di kalangan
               penduduk.
               Dasar ini juga menekankan perluasan infrastruktur
               ICT ke kawasan luar bandar seperti yang dilakukan
               oleh Program Pembekalan Khidmat Sejagat dan
               latihan serta pendedahan ICT seperti yang
               dilakukan oleh Program Infodesa dan Program
               Internet Desa.
               Untuk mempastikan jurang digital yang berlaku
               dalam masyarakat Malaysia akibat revolusi ICT
               dapat dikurangkan, dasar komprehensif yang
               merangkumi empat aspek penting iaitu
               infrastruktur ICT untuk capaian sejagat,
               pembangunan kandungan tempatan, capaian yang
               saksama bagi produk dan perkhidmatan ICT yang
               berpatutan dan capaian kepada peluang
               pembelajaran sepanjang hayat akan diberikan
               penekanan.

.

3.13 Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia Dalam Bidang
ICT Bagi Menambah Bekalan Tenaga Manusia Yang Berkemahiran
Tinggi Dan Berpengetahuan

               Dijangkakan permintaan untuk pekerja dalam
               bidang utama ICT akan meningkat daripada
               108,000 pada tahun 2000 kepada 181,600 pada
               tahun 2005.
               Kajian mengenai Keperluan Sumber Tenaga Bagi
               Menyokong Aplikasi dan Perluasan ICT di
               Malaysia pula menunjukkan kepakaran teknikal
               amat diperlukan.
               Oleh itu, bagi memenuhi permintaan pekerja ICT,
               usaha akan dijalankan untuk memperbaiki dan
               memperluaskan pendidikan ICT terutamanya
               dalam sektor pendidikan.
               Langkah-langkah seperti membekalkan kemudahan
               komputer, membangunkan bahan pengajaran dan
               pembelajaran bantuan komputer, meluaskan
               capaian internet, menyediakan komunikasi satelit
               untuk sekolah yang sukar menerima capaian
               internet dan pendedahan teradap kod etika
penggunaan internet yang baik akan dilakukan.
               Objektifnya adalah untuk meningkatkan kadar
               celik komputer di kalangan pelajar di samping
               mendedahkan mereka kepada faedah Internet
               Disamping itu, lebih banyak kursus ICT dan
               kejuruteraan yang berkaitan akan diperkenalkan di
               institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
               Latihan untuk ICT akan terus diberi penekanan
               yang berterusan. Firma-firma juga akan digalakkan
               menghantar pekerja mengikuti latihan ICT bagi
               memperolehi kemahiran terkini yang boleh
               meningkatkan pengeluaran dan produktiviti
               mereka.

.

3.14 Menggalakkan E-Dagang Dan Meningkatkan Penggunaannya
Bagi Membolehkan Malaysia Bersaing Dengan Lebih Berkesan
Dalam Pasaran Global;

               Dasar ini akan memberi tumpuan khas untuk
               mempromosi dan menggalakkan penggunaan e-
               dagang secara meluas sebagai satu cara baru
               menjalankan perniagaan melalui rangkaian digital.
               Penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap
               undang-undang dan mekanisme yang telah
               diwujudkan akan diberi perhatian. Langkah-
               langkah bagi membina kepercayaan dan keyakinan
               dalam e-dagang seperti keselamatan, kerahsiaan
               pengguna, sokongan rangkaian, sistem
               pembayaran, logistik, program-program
               pelaksanaan akan turut disediakan dengan meluas
               disektor awam dan swasta bagi meningkatkan
               pembangunan e-dagang.

.

3.15 Memupuk Keupayaan Tempatan Dlm Mencipta Pembangunan
Kandungan

               Untuk memupuk keupayaan tempatan ini antara
               langkah-langkah akan diambil adalah seperti untuk
               mengurangkan pengawalan ke atas pengeluaran
               kandungan bagi televisyen dan filem bagi
               meningkatkan penyertaan dalam pasaran.
               Bantuan kewangan dan insentif lain akan juga
               diberi untuk menggalakkan pengeluaran dan
               pengedaran kandungan ciptaan tempatan
               terutamanya kandungan multimedia kreatif yang
               berasaskan budaya tempatan.
               Sehubungan dengan itu, peraturan yang jelas
               tentang hak harta intelek juga akan
               diperlengkapkan dan dikuatkuasakan dengan lebih
               berkesan bagi memerangi cetak rompak.
Dasar memupuk keupayaan tempatan ini juga
                memberi penekanan kepada pembangunan
                kemahiran yang juga menggalakkan sektor swasta
                dan kerjasama asing agar pemindahan pengetahuan
                kepada rakyat Malaysia berlaku.
                Selanjutnya pembangunan industri kandungan
                yang kreatif di Malaysia akan diperkukuhkan
                dengan pelaksanaan inisiatif E-Village yang bakal
                menjadi pusat serantau bagi multimedia dan
                pembangunan kandungan.

.

3.16 Meluaskan Pelaksanaan Aplikasi Perdana MSC Bagi
Meningkatkan Lagi Momentum Pembangunan MSC;

                Berdasarkan aplikasi perdana MSC dalam RMK-7,
                pembangunan gelombang pertama akan
                diperluaskan lagi dalam tempoh RMKe-8 bagi
                mengatasi masalah jurang digital.
                Antara perluasan tersebut merangkumi perluasan
                konsep sekolah bestari bagi sekolah rendah dan
                menengah, perlaksanaan telekesihatan di pusat
                penjagaan kesihatan dan klinik desa dan projek E-
                Perkhidmatan.
                Aplikasi perdana gelombang kedua juga akan
                dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada
                usaha untuk menarik minat pencipta teknologi
                terkini menyertai pembangunan MSC dan
                menggalakkan pemindahan teknologi serta P&P.
                Ia juga akan mengatasi isu seperti penyepaduan
                aplikasi bagi memperbaiki projek perintis aplikasi
                perdana gelombang pertama sebelum ianya
                diperluaskan.
                Pembangunan aplikasi perdana gelombang kedua
                adalah usaha berterusan yang akan mengambil kira
                perubahan terkini dalam persekitaran
                pelaksanaannya.

.

3.17 Memupuk Pembentukan Kumpulan Kritikal PKS Yang
Berasaskan ICT;

                Beberapa inisiatif bagi kumpulan kritikal
                perindustrian kecil dan sederhana (PKS) yang
                berasaskan ICT akan terus dilaksanakan bagi
                menjamin pembangunan ekonomi yang berasaskan
                pengetahuan.
                Penyediaan sumber kewangan dengan penubuhan
                dana ICT beserta beberapa garis panduan, latihan
                dan promosi mengenainya akan diusahakan.
                Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat PKS
                menggunakan aplikasi e-dagang kempen
kesedaran, kursus latihan, bengkel dan program
                 penganugerahan akan juga giat diadakan.
                 sepanjang tempoh RMKe-8 ini.

.

3.18 Menggalakkan Kegiatan P&P Ke Atas Faktor Bukan
Perkakasan Bagi Kemajuan ICT Dan Era Maklumat Yang Akan
Memberi Manfaat Kepada Individu, Pertubuhan Dan Masyarakat.

                 Penyelidikan ke atas elemen bukan perkakasan
                 dalam pembangunan ICT seperti pemantauan dan
                 penilaian kesan ICT, profil penggunaan Internet,
                 perubahan budaya kerja dan lain-lain akan
                 dilakukan.
                 Ini adalah untuk mempastikan ia adalah selaras
                 dengan pengertian sektor maklumat.

3.2 Akta-Akta

Untuk mempastikan agenda teknologi maklumat negara berjaya dan
menjamin industri multimedia dan komunikasi, pihak kerajaan telah
menggubal beberapa akta untuk menggalakkan perkembangan,
pelaburan, perniagaan dan pengunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam negara.

Tiga akta telah digubal pada tahun 1997 (Mampu, 2002) di bawah
peruntukan Akta Hakcipta 1997. Akta-akta tersebut ialah

. 3.21 Akta Tandatangan Digital 1997

Ia menyediakan satu sistem pengesahan di mana tandatangan digital
boleh diterima sebagai bersamaan dengan tandatangan bertulis, cap
jari atau pengenalan lain bagi pengesahan sesuatu transaksi
elektronik.

.

3.22 Akta Jenayah Komputer 1997
Ia adalah untuk rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan-
kesalahan yang berkaitan sama ada ia berlaku di dalam atau di luar
negara.

.

3.23 Akta Teleperubatan 1997
Ia adalah untuk penyeliaan dan pengawalan terhadap aplikasi
teleperubatan dalam Malaysia.

Dalam tahun 1998 dua lagi akta telah diluluskan iaitu Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini
menggabungkan penyiaran dan komunikasi yang menggantikan Akta
Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Dengan tergazetnya
akta ini, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah
ditubuhkan (Abd Razak Hamdan et al, 2000).

.

3.24 Akta 588 : Akta Komunikasi & Multimedia 1998
Ia adalah suatu akta yang mengadakan peruntukan tentang industri
komunikasi dan multimedia yang menjurus ke arah percantuman dan
perkara-perkara yang bersampingan dengannya (KTKM, 2002).

Akta ini merupakan perundangan terpenting yang telah diwartakan
pada 30 March 1999 oleh Dato Leo Moggie sebagai Menteri Tenaga,
komunikasi dan Multimedia dan mula dikuatkuasakan pada 1 April
1999 (Banoo, 1999). Perundangan ini menyediakan dasar dan
kerangka kerja bagi menyelaraskan percantuman industri-industri
telekomunikasi, penyiaran dan komputer.

Matlamat Akta ini adalah untuk

                 menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi
                 industri komunikasi dan multimedia;
                 mewujudkan rangka kerja pelesenan dan
                 pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar
                 kebangsaan bagi industri komunikasi dan
                 multimedia;
                 mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya
                 Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan
                 mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran
                 Akta ini

Matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia
pula ialah

                 menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan
                 utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi,
                 maklumat dan kandungan multimedia;
                 menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang
                 dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat
                 mencambahkan dan memupuk sumber maklumat
                 dan perlambangan budaya tempatan
                 mengawal selia bagi faedah jangka panjang
                 pengguna akhir;
                 menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang
                 tinggi dalam penyampaian perkhidmatan
                 mempastikan penyediaan perkhidmatan sama rata
                 yang mampu dibayar melalui infrastruktur
                 kebangsaan yang sentiasa ada;
                 mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi
                 pengguna akhir;
                 memudahkan pengagihan secara berkesan sumber
                 seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan
                 dan aset kebangsaan;
                 menggalakkan pembinaan keupayaan dan
kecekapan dalam industri percantuman Malaysia;
                 dan
                 menjamin keselamatan maklumat,
                 kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

3.25 Akta 589 : Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia
Malaysia 1998
Ia adalah satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai
kuasa untuk menyelia, mengawal dan menguatkuasakan undang-
undang komunikasi dan multimedia di Malaysia bagi aktiviti-aktiviti
komunikasi, multimedia dan perkara-perkara lain yang berkaitan
dengannya di Malaysia.

Kuasa dan fungsi suruhanjaya yang dipertanggungkan ke atasnya di
bawah undang-undang komunikasi dan multimedia adalah seperti
berikut;

                 menasihati Menteri tentang perkara-perkara
                 berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi
                 aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia;
                 melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan-
                 peruntukan undang-undang komunikasi dan
                 multimedia;
                 mengawal selia segala perkara yang berhubungan
                 dengan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia
                 yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang
                 komunikasi dan multimedia;
                 menimbangkan dan mengesyorkan reformasi-
                 reformasi kepada undang-undang komunikasi dan
                 multimedia;
                 mengawasi dan memantau aktiviti-aktiviti
                 komunikasi dan multimedia;
                 menggalakkan dan meningkatkan pembangunan
                 industri komunikasi dan multimedia termasuk
                 dalam bidang penyelidikan dan latihan;
                 menggalakkan dan meningkatkan pengawalan
                 sendiri dalam industri komunikasi dan multimedia;
                 memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua
                 orang yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa
                 di bawah undang-undang komunikasi dan
                 multimedia;
                 memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk
                 kepada, dan untuk menggalakkan kerjasama dan
                 penyelarasan di kalangan, orang yang terlibat
                 dalam aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia;
                 dan
                 menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana
                 undang-undang bertulis sebagaimana yang
                 ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan
                 yang disiarkan dalam Warta.

Seterusnya kerajaan juga memperkenalkan beberapa lagi akta
berkaitan seperti Akta Perlindungan Data, Akta Penyepaduan
Multimedia dan Akta Kerajaan Elektronik bagi memudahkan
pelaksanaan projek MSC dan aplikasi perdananya serta memberi
perlindungan kepada perniagaan di era teknologi maklumat (CMC,
1999).

4.0 Implikasi Falsafah, Dasar dan Akta Terhadap Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan

Senario cara hidup moden yang berasaskan kepada teknologi
diperkenalkan setelah arus pembangunan melanda negara dengan
begitu pantas.Cara hidup yang moden ini semakin menjadi satu
realiti bagi majoriti penduduk Malaysia setelah pelbagai usaha dan
strategi berkaitan dengan teknologi maklumat sentiasa dirancang,
dikemaskini, dimantapkan dan dilaksanakan secara berterusan.

Walaubagaimanapun, dalam pada masa yang sama pengaliran masuk
maklumat tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa dipastikan
kehadirannya membawa kesan yang berfaedah yang besar kepada
negara dan rakyat terbanyak dengan membuat penilaian yang telus
dan bertanggungjawab untuk menentukan maklumat yang diterima
adalah berkualiti dari segi nilainya serta manfaatnya. Penentu kualiti
tersebut tidak lain dan tidak bukan akan bermula dengan kurikulum
pendidikan dan pelaksananya adalah warga pendidik. Seterusnya
mekanisma yang akan menggerakkan dan menapis kualiti tersebut
adalah para pelajar yang menjadi pengguna dan kemungkinan besar
penyumbang perkembangan teknologi maklumat. Peranan yang
dimainkan oleh para pelajar ini akan bertambah besar dan penting
apabila mereka memasuki alam kerjaya.

Dengan kesedaran tentang ikatan aliran tersebut, ia membawa
implikasi bahawa sektor pendidikan umumnya dan institusi-institusi
pendidikan di Malaysia ini khasnya mempunyai peranan yang amat
besar lagi penting untuk memandu hala tuju generasi pelapis
pemimpin ini agar lebih bersedia bukan sahaja dari segi intelek dan
jasmaninya tetapi juga dari segi emosi dan rohaninya untuk
mempastikan kecemerlangan pembangunan dan kemajuan yang
bersepadu, seimbang dan adil dapat dicapai. Oleh itu sektor
pendidikan perlu berdepan dengan satu cabaran untuk menghasilkan
sumber tenaga manusia yang terdidik peribadinya dan tinggi
pengetahuan serta kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasinya.

Sebelum itu untuk bersedia menghadapi cabaran tersebut, KPM perlu
menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk
membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling
tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan (KPM 2001). Ini
juga adalah implikasi dari dasar ICT negara yang mahu
memperkukuhkan lagi keupayaan sumber manusia dan infrastruktur
berkaitan ICT dengan tujuan untuk menjadi negara maju yang
mempunyai masyarakat berpengetahuan. Andainya ini tercapai, ia
berpotensi untuk membawa perubahan besar kepada sistem
pendidikan negara dan seterusnya mengangkat kualiti pendidikan
dalam dan luar negara.

Pendidikan teknologi maklumat pada dasarnya adalah subjek yang
mendidik tentang teknologi. Menurut KPM (2001) teknologi
maklumat dalam pendidikan dimaksudkan sebagai penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras
dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. Dua komponen
utama dapat dilihat bergabung di sini iaitu komponen pendidikan
serta komponen teknologi. Umumnya komponen pendidikan lebih
bertumpu kepada aspek falsafah dan nilai dan manakala komponen
teknologi menjurus terus kepada aspek-aspek teknikal,
perkembangannya dan potensinya. Jika kedua-dua komponen ini
diberikan perhatian dengan sempurna, berkesan dan seimbang maka
sudah tentunyalah kesannya terhadap dunia teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) negara menjadi begitu mantap dan menarik sekali.

Seterusnya, dari definisi ICT dalam pendidikan tadi, dapat dilihat
tiga dasar utama yang digariskan oleh kementerian mengenai ICT
dalam pendidikan iaitu tentang

                  literasi ICT untuk semua
                  peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan
                  alat p&p
                  penggunaan ICT untuk meningkatkan
                  produktiviti.

Ketiga-tiga dasar ini jika diteliti sebenarnya adalah implikasi dari
dasar dan akta ICT negara yang berfokus kepada

                  pembangunan sumber manusia
                  pembentukan nilai
                  dan pembangunan infrastruktur

Ini adalah kerana untuk menyediakan pembangunan sumber manusia,
ia akan bermula dengan mempastikan mereka terlebih dahulu celik
teknologi. Akses kepada celik teknologi memerlukan infrastuktur
yang mencukupi. Seterusnya untuk menjadikan mereka bukan sahaja
sumber manusia yang celik teknologi tetapi juga mempunyai nilai-
nilai yang murni, peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat
p&p penting untuk memupuk budaya yang sihat. Apabila asas ini
sudah tersemat dalam setiap individu, seterusnya pembangunan
infrastruktur yang pada mulanya untuk membuka jalan terhadap
mendidik pembangunan manusia, akan dapat diterus
diperkembangkan lagi untuk tujuan-tujuan yang lebih kompetitif dan
inovatif.

Ringkasnya dasar-dasar negara mengenai ICT dan akta-akta yang
digubal untuk menjamin dasar-dasar tersebut sememangnya
membawa impak yang menyeluruh terhadap sistem pendidikan
negara. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.0, strategi-strategi
yang telah diatur sememangnya membawa ke arah penyebatian ICT
dalam masyarakat. Ia juga adalah kerana matlamat pembangunan
pendidikan bagi 2001 hingga 2010 mengambil kira dasar Wawasan
Negara yang antaranya bertujuan untuk membina bangsa yang
berdaya tahan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi
persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan dan memperkukuhkan pembangunan sumber manusia.
Kesemua cabaran ini menggunakan mekanisma yang sama untuk
mencapainya iaitu penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Dengan itu implikasi yang dibawa bersama-sama gelombangnya
amat mempengaruhi perjalanan rancangan pembangunan pendidikan
untuk tahun 2000 hingga 2010. Perancangan yang menyeluruh dari
setiap aspek pentadbiran dan perlaksanaan dari peringkat bawahan
hingga atasan telah dibuat oleh kementerian. Ia menyentuh tentang
projek-projek ICT dari sekolah rendah hingga universiti (seperti yang
dilihat dari Jadual 2.0), pembangunan infrastruktur, akses dan ekuiti
kepada kemudahan ICT, pengintegrasian ICT dalam P&P,
peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT, penggunaan ICT
dalam pengurusan pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan
ICT.

5.0 Rumusan

Falsafah Pendidikan Negara sebenarnya berhasrat untuk membina
negara yang mempunyai identiti nasional yang mantap. Konsep
membina negara ini amat berkait rapat dengan pendidikan kerana
pendidikan merupakan agen yang berkesan terhadap perubahan
sosial. Oleh itu jika agenda negara mengkehendaki pakar-pakar
teknokrat dan birokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan
negara dan mentadbir organisasi serta masyarakat, pakar-pakar yang
dikehendaki tersebut haruslah dilahirkan melalui sistem pendidikan
yang berpayungkan dasar-dasar dalam FPN.

Perkara demikian adalah untuk mempastikan selain dari melahirkan
warga yang mempunyai kepakaran atau kemahiran mengurus dan
mentadbir, mereka juga harus mendokong aspirasi negara untuk
melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir dan
mampu mengembangkan ilmu-ilmu yang diperolehinya dengan
penuh bertanggungjawab. Perkara ini perlu terutamanya untuk
menjamin negara tidak akan kekurangan pemikir-pemikir dan
pemimpim-pemimpin yang berwibawa terutama di alaf baru ini.

Di sinilah dilihat gabungan ICT dan pendidikan saling membawa
peranan yang besar. ICT adalah salah satu aspek yang penting yang
membantu pencapaian kemajuan negara manakala pendidikan adalah
aspek yang penting untuk menentukan pencapaian kemajuan negara
itu adalah didasari dengan nilai-nilai yang diterima oleh budaya
tempatan. Sebenarnya pendidikan boleh menjadi 'akta' atau 'polisi'
yang paling berkesan dan berpengaruh terhadap agenda dan
perkembangan ICT negara. Nilai-nilai yang tersirat dalam dasar dan
akta negara mengenai teknologi maklumat seperti bertanggungjawab,
rajin berusaha, hormat-menghormati, adil dan lain-lain lagi
menentukan perkembangan dan kemajuan yang mahu dicapai negara
adalah cemerlang dalam ertikata sebenarnya.
RUJUKAN

    1.   A. Razak et al. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia:
         McGraw-Hill (Malaysia).
    2.   Banoo, S. 1999. All Multimedia Laws in Place By 1 April.
         News Straits Times, 23 Februari.
    3.   CMC. 1999. Malaysia Communication and Multimedia
Commission. http://www.cmc.gov.my/ (3 Ogos 2002).
4.  KPM. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala
    Lumpur: KPM.
5. KTKM. 2002. Communications and Multimedia.
    http://www.ktkm.gov.my (21 Julai 2002).
6. Mampu. 2002. Undang-Undang Siber.
    http://www.mampu.gov.my/ICT/Cyberlaws.htm (21 Julai
    2002).
7. NITC. 2001. National IT Agenda.
    http://www.nitc.org.my/nita/index.shtml (21 Julai 2002).
8. Rancangan Malaysia Kelapan. 2001. Kuala Lumpur:
    Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
9. Ros Alinda Alias. 2000. Teknologi dan Sistem Maklumat.
    Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia).
10. Senn, James A. 1998. Information Technology In Business:
    Principles, Practices and Opportunities. Second Ed. New
    Jersey: Prentice Hall.
11. Tajul Ariffin. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia.
    Pendekatan Bersepadu. Bangi: As-Syabab Media

More Related Content

What's hot

Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologi
haralhaj
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bank
Nur Az
 
Unit 5 elektrokimia
Unit 5 elektrokimiaUnit 5 elektrokimia
Unit 5 elektrokimia
Muhammad Helmy Rani
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Syahira Md Desa
 
Formula imbangan akaun
Formula imbangan akaunFormula imbangan akaun
Formula imbangan akaun
Mohammad Hafiz Bin Hamzah, M. Sc.
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Siti Rafhanah
 
Prinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & Mukadimah
Prinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & MukadimahPrinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & Mukadimah
Prinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & Mukadimah
Khairi Aiman
 
Protokol montreal
Protokol montrealProtokol montreal
Protokol montreal
Saravana Sundari K
 
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanKesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanMohd Shukri Suib
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierharalhaj
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)
Fathmalyn Abdullah
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomihusnuzan84
 
Hujan Asid
Hujan AsidHujan Asid
Hujan Asid
Shaylen Murali
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Weiss Lee
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaRodiyah Sulaiman
 

What's hot (20)

Penebangan hutan
Penebangan hutanPenebangan hutan
Penebangan hutan
 
Sistem ekologi
Sistem ekologiSistem ekologi
Sistem ekologi
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bank
 
Unit 5 elektrokimia
Unit 5 elektrokimiaUnit 5 elektrokimia
Unit 5 elektrokimia
 
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan EkonomiBab 1 Pengenalan Ekonomi
Bab 1 Pengenalan Ekonomi
 
Formula imbangan akaun
Formula imbangan akaunFormula imbangan akaun
Formula imbangan akaun
 
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam SekitarPemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Prinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & Mukadimah
Prinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & MukadimahPrinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & Mukadimah
Prinsip perakaunan tinkatan 4 bab 7 Part 1 - Pelarasan & Mukadimah
 
Protokol montreal
Protokol montrealProtokol montreal
Protokol montreal
 
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatanKesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
Kesan penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan
 
Sektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertierSektor ekonomi tertier
Sektor ekonomi tertier
 
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perhutanan dan impak terhadap alam sekitar
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)Contoh Huraian Jurnal :)
Contoh Huraian Jurnal :)
 
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomiUnit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
Unit 12 faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
 
Hujan Asid
Hujan AsidHujan Asid
Hujan Asid
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Imbangan dagangan
Imbangan daganganImbangan dagangan
Imbangan dagangan
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 

Viewers also liked

Demonstrator Application Grant Scheme, Malaysia
Demonstrator Application Grant Scheme, MalaysiaDemonstrator Application Grant Scheme, Malaysia
Demonstrator Application Grant Scheme, Malaysia
N S
 
Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi
Sakeena Nordin
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputermihahsayang
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
Letchumi Perumal
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasilailihjdaud
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaranisuict12
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Venessa Joseph Sagar Singh
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
Naveen Segaran
 

Viewers also liked (9)

Demonstrator Application Grant Scheme, Malaysia
Demonstrator Application Grant Scheme, MalaysiaDemonstrator Application Grant Scheme, Malaysia
Demonstrator Application Grant Scheme, Malaysia
 
Teknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasiTeknologi maklumat dan komunikasi
Teknologi maklumat dan komunikasi
 
Pekeliling12013
Pekeliling12013Pekeliling12013
Pekeliling12013
 
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
keberkesanan-kaedah-pengajaran-berbantukan-komputer
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
 
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan PembelajaranPenggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran
 
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
Buku Garis Panduan Penulisan Disertasi/Tesis 2015
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 

Similar to Dasar ict negara oleh abdul murad abd hamid

Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012
Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012
Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012Ir. Zakaria, M.M
 
fakta wiguna
fakta wigunafakta wiguna
fakta wiguna
Fakta Wiguna
 
Audiasls
AudiaslsAudiasls
Audiasls
audiasls
 
makalah vagina
makalah vaginamakalah vagina
makalah vagina
Tri Rahmadi
 
Makalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiMakalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiYadhi Muqsith
 
Analisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi Daerah
Analisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi DaerahAnalisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi Daerah
Analisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi Daerah
Andino Maseleno
 
Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...
Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...
Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...
mfikriooo
 
Buku putih tik
Buku putih tikBuku putih tik
Buku putih tik
Iswandi Iswandi
 
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanPhotoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanMuhammad Lukman Alhakim
 
Perkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesiaPerkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesianandaeka
 
Naskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisi
Naskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisiNaskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisi
Naskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisi
Wijaya Kusumah
 
Nurfani purnawan tugas (tik)
Nurfani purnawan tugas (tik)Nurfani purnawan tugas (tik)
Nurfani purnawan tugas (tik)
nurfanipurnawan1
 
ICT
ICTICT
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict14061993
 
Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Integrasi TIK dalam Pembelajaran Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Uwes Chaeruman
 
Kebijakan Pengembangan Tik Dalam Pembangunan
Kebijakan Pengembangan Tik Dalam PembangunanKebijakan Pengembangan Tik Dalam Pembangunan
Kebijakan Pengembangan Tik Dalam Pembangunanabd syahid
 

Similar to Dasar ict negara oleh abdul murad abd hamid (20)

Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012
Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012
Modul 1 strategi dan kebijakan ti -2012
 
fakta wiguna
fakta wigunafakta wiguna
fakta wiguna
 
Audiasls
AudiaslsAudiasls
Audiasls
 
makalah vagina
makalah vaginamakalah vagina
makalah vagina
 
Makalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologiMakalah dampak teknologi
Makalah dampak teknologi
 
Buku Panduan Relawan TIK
Buku Panduan Relawan TIKBuku Panduan Relawan TIK
Buku Panduan Relawan TIK
 
Analisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi Daerah
Analisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi DaerahAnalisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi Daerah
Analisis Penerapan Teknologi Informasi Dalam Otonomi Daerah
 
Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...
Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...
Sim 2, mochamad fikri octavian, hapzi ali, sim berbasis ict dalam mengembangk...
 
Buku putih tik
Buku putih tikBuku putih tik
Buku putih tik
 
perkembangan teknologi-informasi
perkembangan teknologi-informasiperkembangan teknologi-informasi
perkembangan teknologi-informasi
 
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanPhotoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
 
Perkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesiaPerkembangan tik di indonesia
Perkembangan tik di indonesia
 
Naskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisi
Naskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisiNaskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisi
Naskah akademik-pentingnya-mapel-tik-di-masukan-dalam-kurikulum-2013-revisi
 
ICT for education
ICT for educationICT for education
ICT for education
 
Nurfani purnawan tugas (tik)
Nurfani purnawan tugas (tik)Nurfani purnawan tugas (tik)
Nurfani purnawan tugas (tik)
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
peran ICT dalam pendidikan
peran ICT dalam pendidikanperan ICT dalam pendidikan
peran ICT dalam pendidikan
 
Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Integrasi TIK dalam Pembelajaran Integrasi TIK dalam Pembelajaran
Integrasi TIK dalam Pembelajaran
 
Kebijakan Pengembangan Tik Dalam Pembangunan
Kebijakan Pengembangan Tik Dalam PembangunanKebijakan Pengembangan Tik Dalam Pembangunan
Kebijakan Pengembangan Tik Dalam Pembangunan
 

More from amuradhamid edidik edu my

Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihanSelawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
amuradhamid edidik edu my
 
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
amuradhamid edidik edu my
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
amuradhamid edidik edu my
 
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih SemaianLatihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
amuradhamid edidik edu my
 
Latihan asas tanaman
Latihan asas tanamanLatihan asas tanaman
Latihan asas tanaman
amuradhamid edidik edu my
 
Analisis tugasan tanaman hiasan puding
Analisis tugasan tanaman hiasan pudingAnalisis tugasan tanaman hiasan puding
Analisis tugasan tanaman hiasan puding
amuradhamid edidik edu my
 
Analisis tugasan jualan jagung asas masakan
Analisis tugasan jualan jagung asas masakanAnalisis tugasan jualan jagung asas masakan
Analisis tugasan jualan jagung asas masakan
amuradhamid edidik edu my
 
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHASANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
amuradhamid edidik edu my
 
Pendidikan khas
Pendidikan khasPendidikan khas
Pendidikan khas
amuradhamid edidik edu my
 
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIAPanduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
amuradhamid edidik edu my
 
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 muradSoalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
amuradhamid edidik edu my
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamidSoalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
amuradhamid edidik edu my
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2 Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
amuradhamid edidik edu my
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
amuradhamid edidik edu my
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
amuradhamid edidik edu my
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
amuradhamid edidik edu my
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamidRph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
amuradhamid edidik edu my
 
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamidPengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
amuradhamid edidik edu my
 
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemasSKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
amuradhamid edidik edu my
 

More from amuradhamid edidik edu my (20)

Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihanSelawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
 
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih SemaianLatihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
 
Latihan asas tanaman
Latihan asas tanamanLatihan asas tanaman
Latihan asas tanaman
 
Analisis tugasan tanaman hiasan puding
Analisis tugasan tanaman hiasan pudingAnalisis tugasan tanaman hiasan puding
Analisis tugasan tanaman hiasan puding
 
Analisis tugasan jualan jagung asas masakan
Analisis tugasan jualan jagung asas masakanAnalisis tugasan jualan jagung asas masakan
Analisis tugasan jualan jagung asas masakan
 
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHASANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
 
Pendidikan khas
Pendidikan khasPendidikan khas
Pendidikan khas
 
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIAPanduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
 
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 muradSoalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamidSoalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2 Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
 
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    pengurusan diri  kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph pengurusan diri kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamidRph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
 
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamidPengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
 
Pk01 3 format laporan
Pk01 3 format laporanPk01 3 format laporan
Pk01 3 format laporan
 
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemasSKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
 

Dasar ict negara oleh abdul murad abd hamid

  • 1. FALSAFAH, DASAR DAN AKTA NEGARA SERTA IMPLIKASINYA TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENDIDIKAN 1.0 Pengenalan Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat. Salah satunya menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan. Seterusnya, jika pengetahuan untuk menggunakan komputer ada tetapi tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan kini. Dengan itu, umumnya, seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat terutama maklumat yang berbentuk digital. Usaha-usaha kerajaan untuk memaklumatkan penduduknya juga menandakan proses globalisasi semakin melebarkan pengaruhnya terhadap gaya hidup masyarakat Malaysia memandangkan teknologi maklumat tidak dapat dipisahkan dengan globalisasi. Melalui proses globalisasi, alam dan manusia berada di bawah satu komponen yang tidak dibatasi oleh sempadan atau ruang geografi sesebuah negara atau kawasan. Dunia seseorang menjadi terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang mudah didapati menerusi medium komunikasi seperti internet, media elektronik dan lain-lain lagi. Pelaburan dalam ICT telah meningkat pada kadar 9.2 peratus setahun daripada RM3.8 bilion pada tahun 1995 kepada RM5.9 bilion pada tahun 2000. Penggunaan teknologi maklumat berkembang dengan pantas sekali seperti yang dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7). Begitu juga yang dijangka sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (RMK-8). Walaubagaimanapun perkembangan ini memerlukan pengawalan dan penyeliaan yang berterusan dan terjamin. Oleh itu, pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar atau polisi serta meluluskan beberapa akta untuk melindungi para pelabur, pengguna dan kerajaan. Langkah-langkah ini diambil terutamanya apabila Koridor Raya Multimedia atau MSC menjadi salah satu daripada agenda besar negara untuk mencapai Wawasan 2020. 2.0 Rasional Falsafah Pendidikan Negara Malaysia mahu melahirkan warga yang bertanggungjawab untuk
  • 2. memimpin dirinya dan masyarakatnya berdasarkan nilai-nilai yang terpuji. Saluran yang terbaik untuk merealisasikan kehendak ini adalah melalui satu sistem pendidikan yang memenuhi dengan seimbang tuntutan rohani, jasmani, emosi dan intelek seseorang manusia. Oleh kerana itu, menyedari sistem pendidikan memerlukan satu strategi yang mantap untuk mendidik warga Malaysia ke arah bangsa yang berkualiti, pada tahun 1987 Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia. Falsafah ini menghayati konsep sepadu dan mempunyai prinsip-prinsip yang mantap untuk menghasilkan warganagara yang berkualiti dan berjaya (Tajul Ariffin, 2002). Sehingga kini FPN ini menjadi panduan utama untuk menggubal dan melaksanakan kurikulum bagi mana-mana subjek di sekolah-sekolah mahupun di institusi-institusi pendidikan lain di Malaysia. Antara frasa yang penting dalam FPN ialah "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini ialah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara". Petikan ini selanjutnya menjadi tulang belakang kepada penggubalan kurikulum pendidikan di Malaysia. Berdasarkan FPN, negara mengkehendaki keseimbangan pembangunan diri antara jasmani, intelek, emosi dn rohani. Untuk jasmani, fizikal individu haruslah cergas dan mudah bekerja dengan gigih. Pembangunan inteleknya pula fapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi supaya dapat membentuk etika yang baik. Dari segi emosi pula pendidikan yang diberi perlu membolehkan pelajar mengawal perasaan terhadap sesuatu kegiatan secara seimbang dan tidak prejudis sementara dari sudut pembangunan rohaninya seseorang itu hendaklah berpegang kuat dan patuh kepada agama supaya berakhlak dan bermoral tinggi. Patuh kepada agama dan berakhlak ini sebenarnya menjadi landasan terhadap sistem pendidikan bersepadu kebangsaan kerana ia selari dengan kehendak dan tabii seseorang manusia iaitu pengisian terhadap batin dan zahir perlulah seimbang. 3.0 Dasar dan Akta Teknologi Maklumat Negara Tempoh RMKe-7 telah menyaksikan berbagai infrastruktur dan persekitaran disediakan untuk keperluan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Semua pelaburan ini telah menjana negara untuk memasuki era teknologi maklumat dengan lebih pantas. Menurut Laporan RMK-8, Agenda Teknologi Maklumat Negara atau NITA yang digubal pada tahun 1996 telah menyediakan kerangka pembangunan negara yang lebih terancang untuk menjadi sebuah masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020. Ini menunjukkan tahap komitmen negara untuk serius bersama-sama
  • 3. bersaing dengan dunia luar dalam hal teknologi maklumat dan komunikasi. Demikian jugalah dengan penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjadi salah satu aplikasi wawasan negara untuk mempastikan Malaysia menjadi negara maju bila mencapai tahun 2020. Untuk memantapkan lagi prasarana teknologi maklumat di Malaysia, negara turut menggubal beberapa akta yang bertujuan untuk menggalakkan peraturan yang lebih liberal, memperkemas prosedur dan kategori perlesenan serta mewujudkan pasaran yang lebih terbuka kepada persaingan (RMKe-8). RMKe-8 menetapkan untuk membuat usaha yang lebih bersepadu dengan menggunakan ICT demi mendorong pembangunan. Oleh itu, menurut laporan tersebut, tumpuan akan diberikan kepada pembangunan sumber manusia dan rangkaian infrastruktur supaya masyarakat Malaysia memperolehi manfaat yang maksimum daripada kepesatan pembangunan teknologi. 3.1 Dasar Atau Polisi Dasar berkenaan dengan teknologi maklumat dan multimedia untuk negara ini bermula dengan pembentukan National IT Council (NITC) yang telah dilancarkan pada bulan Disember 1996 (NITC, 2001). Selepas penubuhannya NITC ini berfungsi sebagai penasihat dan konsultan utama kepada kerajaan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dalam pembangunan nasional negara. Ia adalah badan yang menggabungjalin, mengkoordinasi, memantau dan menilai operasi rangka kerja polisi NITC. Selain dari itu Strategic Thrusts Agenda yang telah dilancarkan oleh NITC pada tahun 1998 juga bermatlamat untuk membawa rakyat Malaysia dan institusi-institusinya kepada dunia elektronik atau e-world. Untuk mencapai matlamat ini, dasar-dasar yang dirangka telah berfokus kepada pembangunan sumber manusia, infrastruktur dan pembentukan nilai yang memberi peluang yang sama rata kepada semua rakyat Malaysia untuk turut memajukan diri dalam era teknologi maklumat ini. Badan tersebut juga telah mengatur dasr-dasar yang strategik di dalam membawa Malaysia kepada e-world yang melibatkan lima bidang kritikal iaitu E-Komuniti, E-Perkhidmatan Awam, E- Pendidikan, E-Ekonomi Dan E-Kedaulatan Umumnya dasar-dasar yang telah dijalankan dalam RMK-7 iaitu mengenai Penggunaan ICT, Agenda IT Negara, Pembangunan Koridoraya Multimedia, Aplikasi Perdana MSC, Pembangunan Infrastruktur Komunikasi, Perdagangan Elektronik, Pembangunan Sumber Manusia ICT dan
  • 4. Dana Untuk Industri ICT akan diteruskan dan diperkemaskan lagi dalam RMK-8. Jika RMK-7 telah menyediakan infrastruktur dan persekitaran yang menggalakkan bagi pertumbuhan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, RMK-8 pula memberikan prospek yang akan memperkukuhkan lagi keupayaan sumber manusia dan infrastruktur. Ia juga akan mewujudkan kumpulan kritikal untuk perusahaan kecil dan sederhana dan pengguna Internet. Semua ini bertujuan untuk menjana kemajuan Malaysia untuk menjadi negara maju yang mempunyai masyarakat berpengetahuan. Sehubungan itu, beberapa dasar atau teras yang strategik dalam RMK-8 telah diatur untuk pembangunan ICT. Ia meliputi: . 3.11 Menempatkan Malaysia Sebagai Hub ICT dan Multimedia Di Peringkat Global Usaha yang bersepadu akan dibuat untuk melaksanakan dasar ini. Tumpuan akan diberi dari sudut mutu perkhidmatan yang mampu dibayar dan produktif dalam pada masa yang sama ia adalah bertaraf dunia. Dalam dasar ini ICT dijadikan jentera penting terutamanya dalam sektor kritikal seperti perbankan dan kewangan, logistik, pembuatan dan perkhidmatan penting. Kerangka dasar yang baru akan dilaksanakan sebagai langkah lanjut untuk mencapai prestasi yang bertaraf dunia. Kerangka ini berasaskan kepada perubahan yang pesat ke arah persaingan penuh. Langkah awal untuk mewujudkan kerangka persaingan ini adalah apabila Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mula berkuatkuasa. Akta ini menjadikan faktor persaingan sebagai dasar bagi pencapaian prestasi tinggi. Selain dari itu, langkah tambahan lain untuk melaksanakan dasar ini adalah seperti pelaksanaan dasar perlesenan yang jelas, ringkas dan praktikal serta meminimumkan keperluan perlesenan untuk perkhidmatan baru. Langkah-langkah seperti mendirikan pusat penyelidikan dan menjadi peneraju dalam forum antarabangsa juga akan diambil selaras dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hub di peringkat global. . 3.12 Menaik Taraf Dan Menambahkan Infrastruktur Komunikasi
  • 5. Untuk Meningkatkan Kebolehcapaian Di Seluruh Negara Dengan Tujuan Merapatkan Jurang Digital Dalam tempoh RMKe-8, pelaburan akan dibuat untuk meningkatkan rangkaian komunikasi selaras dengan kemajuan teknologi. Rangkaian teknologi penghantaran yang berkelajuan lebih tinggi dan dalam jarak yang lebih jauh akan digunakan dan dipertingkatkan. Teknologi internet mudah alih turut diberi tumpuan bagi menggalakkan lagi perkembangan e-dagang dan penggunaan berasaskan Internet di kalangan penduduk. Dasar ini juga menekankan perluasan infrastruktur ICT ke kawasan luar bandar seperti yang dilakukan oleh Program Pembekalan Khidmat Sejagat dan latihan serta pendedahan ICT seperti yang dilakukan oleh Program Infodesa dan Program Internet Desa. Untuk mempastikan jurang digital yang berlaku dalam masyarakat Malaysia akibat revolusi ICT dapat dikurangkan, dasar komprehensif yang merangkumi empat aspek penting iaitu infrastruktur ICT untuk capaian sejagat, pembangunan kandungan tempatan, capaian yang saksama bagi produk dan perkhidmatan ICT yang berpatutan dan capaian kepada peluang pembelajaran sepanjang hayat akan diberikan penekanan. . 3.13 Meningkatkan Pembangunan Sumber Manusia Dalam Bidang ICT Bagi Menambah Bekalan Tenaga Manusia Yang Berkemahiran Tinggi Dan Berpengetahuan Dijangkakan permintaan untuk pekerja dalam bidang utama ICT akan meningkat daripada 108,000 pada tahun 2000 kepada 181,600 pada tahun 2005. Kajian mengenai Keperluan Sumber Tenaga Bagi Menyokong Aplikasi dan Perluasan ICT di Malaysia pula menunjukkan kepakaran teknikal amat diperlukan. Oleh itu, bagi memenuhi permintaan pekerja ICT, usaha akan dijalankan untuk memperbaiki dan memperluaskan pendidikan ICT terutamanya dalam sektor pendidikan. Langkah-langkah seperti membekalkan kemudahan komputer, membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer, meluaskan capaian internet, menyediakan komunikasi satelit untuk sekolah yang sukar menerima capaian internet dan pendedahan teradap kod etika
  • 6. penggunaan internet yang baik akan dilakukan. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kadar celik komputer di kalangan pelajar di samping mendedahkan mereka kepada faedah Internet Disamping itu, lebih banyak kursus ICT dan kejuruteraan yang berkaitan akan diperkenalkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Latihan untuk ICT akan terus diberi penekanan yang berterusan. Firma-firma juga akan digalakkan menghantar pekerja mengikuti latihan ICT bagi memperolehi kemahiran terkini yang boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti mereka. . 3.14 Menggalakkan E-Dagang Dan Meningkatkan Penggunaannya Bagi Membolehkan Malaysia Bersaing Dengan Lebih Berkesan Dalam Pasaran Global; Dasar ini akan memberi tumpuan khas untuk mempromosi dan menggalakkan penggunaan e- dagang secara meluas sebagai satu cara baru menjalankan perniagaan melalui rangkaian digital. Penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap undang-undang dan mekanisme yang telah diwujudkan akan diberi perhatian. Langkah- langkah bagi membina kepercayaan dan keyakinan dalam e-dagang seperti keselamatan, kerahsiaan pengguna, sokongan rangkaian, sistem pembayaran, logistik, program-program pelaksanaan akan turut disediakan dengan meluas disektor awam dan swasta bagi meningkatkan pembangunan e-dagang. . 3.15 Memupuk Keupayaan Tempatan Dlm Mencipta Pembangunan Kandungan Untuk memupuk keupayaan tempatan ini antara langkah-langkah akan diambil adalah seperti untuk mengurangkan pengawalan ke atas pengeluaran kandungan bagi televisyen dan filem bagi meningkatkan penyertaan dalam pasaran. Bantuan kewangan dan insentif lain akan juga diberi untuk menggalakkan pengeluaran dan pengedaran kandungan ciptaan tempatan terutamanya kandungan multimedia kreatif yang berasaskan budaya tempatan. Sehubungan dengan itu, peraturan yang jelas tentang hak harta intelek juga akan diperlengkapkan dan dikuatkuasakan dengan lebih berkesan bagi memerangi cetak rompak.
  • 7. Dasar memupuk keupayaan tempatan ini juga memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran yang juga menggalakkan sektor swasta dan kerjasama asing agar pemindahan pengetahuan kepada rakyat Malaysia berlaku. Selanjutnya pembangunan industri kandungan yang kreatif di Malaysia akan diperkukuhkan dengan pelaksanaan inisiatif E-Village yang bakal menjadi pusat serantau bagi multimedia dan pembangunan kandungan. . 3.16 Meluaskan Pelaksanaan Aplikasi Perdana MSC Bagi Meningkatkan Lagi Momentum Pembangunan MSC; Berdasarkan aplikasi perdana MSC dalam RMK-7, pembangunan gelombang pertama akan diperluaskan lagi dalam tempoh RMKe-8 bagi mengatasi masalah jurang digital. Antara perluasan tersebut merangkumi perluasan konsep sekolah bestari bagi sekolah rendah dan menengah, perlaksanaan telekesihatan di pusat penjagaan kesihatan dan klinik desa dan projek E- Perkhidmatan. Aplikasi perdana gelombang kedua juga akan dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk menarik minat pencipta teknologi terkini menyertai pembangunan MSC dan menggalakkan pemindahan teknologi serta P&P. Ia juga akan mengatasi isu seperti penyepaduan aplikasi bagi memperbaiki projek perintis aplikasi perdana gelombang pertama sebelum ianya diperluaskan. Pembangunan aplikasi perdana gelombang kedua adalah usaha berterusan yang akan mengambil kira perubahan terkini dalam persekitaran pelaksanaannya. . 3.17 Memupuk Pembentukan Kumpulan Kritikal PKS Yang Berasaskan ICT; Beberapa inisiatif bagi kumpulan kritikal perindustrian kecil dan sederhana (PKS) yang berasaskan ICT akan terus dilaksanakan bagi menjamin pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Penyediaan sumber kewangan dengan penubuhan dana ICT beserta beberapa garis panduan, latihan dan promosi mengenainya akan diusahakan. Bagi menggalakkan lebih banyak syarikat PKS menggunakan aplikasi e-dagang kempen
  • 8. kesedaran, kursus latihan, bengkel dan program penganugerahan akan juga giat diadakan. sepanjang tempoh RMKe-8 ini. . 3.18 Menggalakkan Kegiatan P&P Ke Atas Faktor Bukan Perkakasan Bagi Kemajuan ICT Dan Era Maklumat Yang Akan Memberi Manfaat Kepada Individu, Pertubuhan Dan Masyarakat. Penyelidikan ke atas elemen bukan perkakasan dalam pembangunan ICT seperti pemantauan dan penilaian kesan ICT, profil penggunaan Internet, perubahan budaya kerja dan lain-lain akan dilakukan. Ini adalah untuk mempastikan ia adalah selaras dengan pengertian sektor maklumat. 3.2 Akta-Akta Untuk mempastikan agenda teknologi maklumat negara berjaya dan menjamin industri multimedia dan komunikasi, pihak kerajaan telah menggubal beberapa akta untuk menggalakkan perkembangan, pelaburan, perniagaan dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam negara. Tiga akta telah digubal pada tahun 1997 (Mampu, 2002) di bawah peruntukan Akta Hakcipta 1997. Akta-akta tersebut ialah . 3.21 Akta Tandatangan Digital 1997 Ia menyediakan satu sistem pengesahan di mana tandatangan digital boleh diterima sebagai bersamaan dengan tandatangan bertulis, cap jari atau pengenalan lain bagi pengesahan sesuatu transaksi elektronik. . 3.22 Akta Jenayah Komputer 1997 Ia adalah untuk rakyat Malaysia yang melakukan kesalahan- kesalahan yang berkaitan sama ada ia berlaku di dalam atau di luar negara. . 3.23 Akta Teleperubatan 1997 Ia adalah untuk penyeliaan dan pengawalan terhadap aplikasi teleperubatan dalam Malaysia. Dalam tahun 1998 dua lagi akta telah diluluskan iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini menggabungkan penyiaran dan komunikasi yang menggantikan Akta
  • 9. Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988. Dengan tergazetnya akta ini, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia telah ditubuhkan (Abd Razak Hamdan et al, 2000). . 3.24 Akta 588 : Akta Komunikasi & Multimedia 1998 Ia adalah suatu akta yang mengadakan peruntukan tentang industri komunikasi dan multimedia yang menjurus ke arah percantuman dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya (KTKM, 2002). Akta ini merupakan perundangan terpenting yang telah diwartakan pada 30 March 1999 oleh Dato Leo Moggie sebagai Menteri Tenaga, komunikasi dan Multimedia dan mula dikuatkuasakan pada 1 April 1999 (Banoo, 1999). Perundangan ini menyediakan dasar dan kerangka kerja bagi menyelaraskan percantuman industri-industri telekomunikasi, penyiaran dan komputer. Matlamat Akta ini adalah untuk menggalakkan matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia; mewujudkan rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaan bagi menyokong matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia; mewujudkan kuasa dan fungsi bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan mewujudkan kuasa dan tatacara bagi pentadbiran Akta ini Matlamat dasar kebangsaan bagi industri komunikasi dan multimedia pula ialah menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi, maklumat dan kandungan multimedia; menggalakkan pewujudan masyarakat madani yang dalamnya perkhidmatan berdasarkan maklumat mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir; menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian perkhidmatan mempastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada; mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir; memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal, pengetahuan dan aset kebangsaan; menggalakkan pembinaan keupayaan dan
  • 10. kecekapan dalam industri percantuman Malaysia; dan menjamin keselamatan maklumat, kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian. 3.25 Akta 589 : Akta Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia 1998 Ia adalah satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang mempunyai kuasa untuk menyelia, mengawal dan menguatkuasakan undang- undang komunikasi dan multimedia di Malaysia bagi aktiviti-aktiviti komunikasi, multimedia dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya di Malaysia. Kuasa dan fungsi suruhanjaya yang dipertanggungkan ke atasnya di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia adalah seperti berikut; menasihati Menteri tentang perkara-perkara berkenaan dengan objektif dasar kebangsaan bagi aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan- peruntukan undang-undang komunikasi dan multimedia; mengawal selia segala perkara yang berhubungan dengan aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia yang tidak diperuntukkan dalam undang-undang komunikasi dan multimedia; menimbangkan dan mengesyorkan reformasi- reformasi kepada undang-undang komunikasi dan multimedia; mengawasi dan memantau aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; menggalakkan dan meningkatkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia termasuk dalam bidang penyelidikan dan latihan; menggalakkan dan meningkatkan pengawalan sendiri dalam industri komunikasi dan multimedia; memupuk dan mengekalkan kewibawaan semua orang yang dilesenkan atau selainnya diberi kuasa di bawah undang-undang komunikasi dan multimedia; memberikan bantuan dalam apa-apa bentuk kepada, dan untuk menggalakkan kerjasama dan penyelarasan di kalangan, orang yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti komunikasi dan multimedia; dan menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta. Seterusnya kerajaan juga memperkenalkan beberapa lagi akta berkaitan seperti Akta Perlindungan Data, Akta Penyepaduan
  • 11. Multimedia dan Akta Kerajaan Elektronik bagi memudahkan pelaksanaan projek MSC dan aplikasi perdananya serta memberi perlindungan kepada perniagaan di era teknologi maklumat (CMC, 1999). 4.0 Implikasi Falsafah, Dasar dan Akta Terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan Senario cara hidup moden yang berasaskan kepada teknologi diperkenalkan setelah arus pembangunan melanda negara dengan begitu pantas.Cara hidup yang moden ini semakin menjadi satu realiti bagi majoriti penduduk Malaysia setelah pelbagai usaha dan strategi berkaitan dengan teknologi maklumat sentiasa dirancang, dikemaskini, dimantapkan dan dilaksanakan secara berterusan. Walaubagaimanapun, dalam pada masa yang sama pengaliran masuk maklumat tidak harus dibiarkan begitu sahaja tanpa dipastikan kehadirannya membawa kesan yang berfaedah yang besar kepada negara dan rakyat terbanyak dengan membuat penilaian yang telus dan bertanggungjawab untuk menentukan maklumat yang diterima adalah berkualiti dari segi nilainya serta manfaatnya. Penentu kualiti tersebut tidak lain dan tidak bukan akan bermula dengan kurikulum pendidikan dan pelaksananya adalah warga pendidik. Seterusnya mekanisma yang akan menggerakkan dan menapis kualiti tersebut adalah para pelajar yang menjadi pengguna dan kemungkinan besar penyumbang perkembangan teknologi maklumat. Peranan yang dimainkan oleh para pelajar ini akan bertambah besar dan penting apabila mereka memasuki alam kerjaya. Dengan kesedaran tentang ikatan aliran tersebut, ia membawa implikasi bahawa sektor pendidikan umumnya dan institusi-institusi pendidikan di Malaysia ini khasnya mempunyai peranan yang amat besar lagi penting untuk memandu hala tuju generasi pelapis pemimpin ini agar lebih bersedia bukan sahaja dari segi intelek dan jasmaninya tetapi juga dari segi emosi dan rohaninya untuk mempastikan kecemerlangan pembangunan dan kemajuan yang bersepadu, seimbang dan adil dapat dicapai. Oleh itu sektor pendidikan perlu berdepan dengan satu cabaran untuk menghasilkan sumber tenaga manusia yang terdidik peribadinya dan tinggi pengetahuan serta kemahiran teknologi maklumat dan komunikasinya. Sebelum itu untuk bersedia menghadapi cabaran tersebut, KPM perlu menyediakan keperluan fizikal dan bukan fizikal untuk membolehkan penggunaan ICT sebagai alat pengupaya (enabling tool) pada semua peringkat organisasi pendidikan (KPM 2001). Ini juga adalah implikasi dari dasar ICT negara yang mahu memperkukuhkan lagi keupayaan sumber manusia dan infrastruktur berkaitan ICT dengan tujuan untuk menjadi negara maju yang mempunyai masyarakat berpengetahuan. Andainya ini tercapai, ia berpotensi untuk membawa perubahan besar kepada sistem pendidikan negara dan seterusnya mengangkat kualiti pendidikan dalam dan luar negara. Pendidikan teknologi maklumat pada dasarnya adalah subjek yang
  • 12. mendidik tentang teknologi. Menurut KPM (2001) teknologi maklumat dalam pendidikan dimaksudkan sebagai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. Dua komponen utama dapat dilihat bergabung di sini iaitu komponen pendidikan serta komponen teknologi. Umumnya komponen pendidikan lebih bertumpu kepada aspek falsafah dan nilai dan manakala komponen teknologi menjurus terus kepada aspek-aspek teknikal, perkembangannya dan potensinya. Jika kedua-dua komponen ini diberikan perhatian dengan sempurna, berkesan dan seimbang maka sudah tentunyalah kesannya terhadap dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara menjadi begitu mantap dan menarik sekali. Seterusnya, dari definisi ICT dalam pendidikan tadi, dapat dilihat tiga dasar utama yang digariskan oleh kementerian mengenai ICT dalam pendidikan iaitu tentang literasi ICT untuk semua peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat p&p penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti. Ketiga-tiga dasar ini jika diteliti sebenarnya adalah implikasi dari dasar dan akta ICT negara yang berfokus kepada pembangunan sumber manusia pembentukan nilai dan pembangunan infrastruktur Ini adalah kerana untuk menyediakan pembangunan sumber manusia, ia akan bermula dengan mempastikan mereka terlebih dahulu celik teknologi. Akses kepada celik teknologi memerlukan infrastuktur yang mencukupi. Seterusnya untuk menjadikan mereka bukan sahaja sumber manusia yang celik teknologi tetapi juga mempunyai nilai- nilai yang murni, peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum dan alat p&p penting untuk memupuk budaya yang sihat. Apabila asas ini sudah tersemat dalam setiap individu, seterusnya pembangunan infrastruktur yang pada mulanya untuk membuka jalan terhadap mendidik pembangunan manusia, akan dapat diterus diperkembangkan lagi untuk tujuan-tujuan yang lebih kompetitif dan inovatif. Ringkasnya dasar-dasar negara mengenai ICT dan akta-akta yang digubal untuk menjamin dasar-dasar tersebut sememangnya membawa impak yang menyeluruh terhadap sistem pendidikan negara. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.0, strategi-strategi yang telah diatur sememangnya membawa ke arah penyebatian ICT dalam masyarakat. Ia juga adalah kerana matlamat pembangunan pendidikan bagi 2001 hingga 2010 mengambil kira dasar Wawasan Negara yang antaranya bertujuan untuk membina bangsa yang berdaya tahan, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan
  • 13. pengetahuan dan memperkukuhkan pembangunan sumber manusia. Kesemua cabaran ini menggunakan mekanisma yang sama untuk mencapainya iaitu penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi. Dengan itu implikasi yang dibawa bersama-sama gelombangnya amat mempengaruhi perjalanan rancangan pembangunan pendidikan untuk tahun 2000 hingga 2010. Perancangan yang menyeluruh dari setiap aspek pentadbiran dan perlaksanaan dari peringkat bawahan hingga atasan telah dibuat oleh kementerian. Ia menyentuh tentang projek-projek ICT dari sekolah rendah hingga universiti (seperti yang dilihat dari Jadual 2.0), pembangunan infrastruktur, akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT, pengintegrasian ICT dalam P&P, peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT, penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan ICT. 5.0 Rumusan Falsafah Pendidikan Negara sebenarnya berhasrat untuk membina negara yang mempunyai identiti nasional yang mantap. Konsep membina negara ini amat berkait rapat dengan pendidikan kerana pendidikan merupakan agen yang berkesan terhadap perubahan sosial. Oleh itu jika agenda negara mengkehendaki pakar-pakar teknokrat dan birokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan negara dan mentadbir organisasi serta masyarakat, pakar-pakar yang dikehendaki tersebut haruslah dilahirkan melalui sistem pendidikan yang berpayungkan dasar-dasar dalam FPN. Perkara demikian adalah untuk mempastikan selain dari melahirkan warga yang mempunyai kepakaran atau kemahiran mengurus dan mentadbir, mereka juga harus mendokong aspirasi negara untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir dan mampu mengembangkan ilmu-ilmu yang diperolehinya dengan penuh bertanggungjawab. Perkara ini perlu terutamanya untuk menjamin negara tidak akan kekurangan pemikir-pemikir dan pemimpim-pemimpin yang berwibawa terutama di alaf baru ini. Di sinilah dilihat gabungan ICT dan pendidikan saling membawa peranan yang besar. ICT adalah salah satu aspek yang penting yang membantu pencapaian kemajuan negara manakala pendidikan adalah aspek yang penting untuk menentukan pencapaian kemajuan negara itu adalah didasari dengan nilai-nilai yang diterima oleh budaya tempatan. Sebenarnya pendidikan boleh menjadi 'akta' atau 'polisi' yang paling berkesan dan berpengaruh terhadap agenda dan perkembangan ICT negara. Nilai-nilai yang tersirat dalam dasar dan akta negara mengenai teknologi maklumat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, hormat-menghormati, adil dan lain-lain lagi menentukan perkembangan dan kemajuan yang mahu dicapai negara adalah cemerlang dalam ertikata sebenarnya. RUJUKAN 1. A. Razak et al. 2000. Teknologi Maklumat. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia). 2. Banoo, S. 1999. All Multimedia Laws in Place By 1 April. News Straits Times, 23 Februari. 3. CMC. 1999. Malaysia Communication and Multimedia
  • 14. Commission. http://www.cmc.gov.my/ (3 Ogos 2002). 4. KPM. 2001. Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: KPM. 5. KTKM. 2002. Communications and Multimedia. http://www.ktkm.gov.my (21 Julai 2002). 6. Mampu. 2002. Undang-Undang Siber. http://www.mampu.gov.my/ICT/Cyberlaws.htm (21 Julai 2002). 7. NITC. 2001. National IT Agenda. http://www.nitc.org.my/nita/index.shtml (21 Julai 2002). 8. Rancangan Malaysia Kelapan. 2001. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad. 9. Ros Alinda Alias. 2000. Teknologi dan Sistem Maklumat. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia). 10. Senn, James A. 1998. Information Technology In Business: Principles, Practices and Opportunities. Second Ed. New Jersey: Prentice Hall. 11. Tajul Ariffin. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Pendekatan Bersepadu. Bangi: As-Syabab Media