SlideShare a Scribd company logo
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat
menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing, En. Zakaria Bin Mohd Arif kerana membimbing
saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan
kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang
membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda
semua tidak saya lupakan.
Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan
kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi
satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang
sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya
agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa
proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang benar,
Mohammad Falakhuddin Bin Haron
(1P5D-MT/PJ/BM)

1
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat
pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh
dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan
India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di
Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan.

Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri
kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai
kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula
wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan
keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan
suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga
memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan
menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam
masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi
mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya
membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang
demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara
kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkan
kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasi
muda.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat
perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian
budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana
budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari
daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang.

2
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA KAUM INDIA DI DALAM
BILIK DARJAH BERDASARKAN ARTIKEL/JURNAL

1.0

PENDAHULUAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia. Malaysia merupakan

salah satu negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dan
tenteram. Antara tiga kaum yang utama terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan
India. Bagi kaum Cina dan India ini, mereka telah pun menetap di tanah ini selama 5
abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80
kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan
Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain lagi. Terdapatnya kepelbagaian kaum di
Negara ini telah melahirkan kepelbagaian sosio budaya.

2.0

KAUM INDIA
Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan

daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di
Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun
yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak
merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya
semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negerinegeri Selat, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun
1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri
daripada buruh, pedagang dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang

3
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun,
penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah
Melayu menyusul semasa peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu
yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomi
perladangan getah yang kemudian. Kebanyakan penduduk India di Tanah Melayu
dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri daripada orang dewasa lelaki yang
mana mereka meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu,
dengan kedatangan dan kepulangan mereka, pola bilangan penduduk India menjadi
naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negerinegeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.
Menjelang tahun 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah
Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang
Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah
sehingga pada tahun 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa
pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan
kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih
kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

3.0

ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA BANGSA INDI DI DALAM
BILIK DARJAH
Pendudukan etnik tersebut di Negara ini telah memberikan implikasi kepada

proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat,
kelas sosial, kepercayaan, bahasa, dan adat resam.

4
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
Menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran,
Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, konsep bangsa atau
nasional mempunyai maksud yang lebih meluas dan terbentuk berasaskan gagasan
ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun
manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama
mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) pula merupakan sekumpulan orang yang
mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya,
konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa
sifat-sifatnya. Bangsa juga memberi maksud kumpulan manusia yang sama asalusulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar,1993). Kesimpulan daripada
kesemua maksud yang diberikan, maka dapat dinyatakan bahawa bangsa
merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang
bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut.
Oleh itu, jelaslah bahawasanya kita semua tidak boleh meminggirkan mana-mana
pihak sama ada kaum Cina ataupun India walaupun pada dasarnya majoriti
penduduk di Negara ini adalah kaum Melayu kerana kaum etnik tersebut juga
tergolong dalam bangsa Malaysia yang mana dalam konteks Negara kita, bangsa
Malaysia sebagai „bangsa idaman‟ yang kita kehendaki. Maka, kepelbagaian sosial
ini telah memberikan implikasi dalam sistem pendidikan. Jika diperhatikan dari aspek
bangsa, semua pihak sama ada guru, murid, sekolah dan juga kurikulum tersirat
perlu memastikan bahawa mereka tidak menyentuh usul-usul yang sensiti bagi
mana-mana bangsa. Sebagai contoh di dalam kelas, guru berperanan untuk
mengelakkan daripada bersikap lebih kepada perkauman yang mana kedudukan
murid dan aktiviti yang dijalankan hanya bertumpukan kepada sesuatu kaum.
5
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
Janganlah disebabkan murid itu berbangsa India, maka guru terbabit memberikan
tanggapan negatif hanya kerana bangsanya. Tidak memberikan peluang yang sama
untuk mereka berjaya. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk mengajar
kepada murid-muridnya bahawa dalam kalangan mereka adalah sama walaupun
mereka

daripada

golongan

kaum

yang

berbeza.

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf. Pada masa yang masa
guru boleh menerapkan konsep 1Malaysia dalam diri murid-muridnya seperti yang
disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Dato‟ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd
Razak . “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan
rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang
seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” Secara tidak langsung, murid
lain akan belajar untuk menghormati murid-murid yang berbangsa lain. Mereka akan
bergaul sesama mereka tanpa memandang kepada bangsa. Manakala bagi pihak
sekolah pula, mereka berperanan untuk membuka peluang yang luas terutamanya
kaum India ini untuk sama-sama menuntut ilmu di sekolah kebangsaan. Usaha ini
adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan.
http://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan.
Dari aspek struktur masyarakat atau kelas sosial bagi kaum etnik India ini
juga telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku. Kita cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan
struktur masyarakat atau kelas sosial ini. Masyarakat merupakan sekelompok besar
manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya
serta bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujud
berdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama

6
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
manusia. Masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan
berorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup.
Menurut J.S Furnivall, buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan
Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon,
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan,
agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Manakala menurut De Fleur
(1974), masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi
sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi
semua bidang tingkah laku sosial. Maka disimpulkan di sini struktur masyarakat
adalah penduduk yang mempunyai berlainan budaya serta cara hidup serta dalam
masyarakat itu sendiri terdapat taraf kedudukan yang berlainan.

Konsep kelas

sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Ia
juga boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama
dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan
dengan punca-punca pengeluaran. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas
sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu
bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu
yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta
hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima
kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan,
pertengahan bahawan, pekerja dan bawah begitu juga bagi kaum india. Guru
digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah
dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan ataupun
bawahan. Malah yang paling penting guru hendaklah mengelakkan daripada
berlakunya aspek pingggiran di dalam kelas yang diajar. Guru harus bijak dalam
7
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak
berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini
satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan
menjadi menyeronokkan. Secara langsung, murid juga akan berasa sangat seronok
untuk

meneruskan

proses

pembelajaran

mereka

kerana

tidak

terdapat

pertelingkahan antara mereka yang tercetus disebabkan mereka berbangsa lain.
Amat sensitif bagi kaum India ini terutamanya apabila kita menyentuh atau
memperkatakan mengenai struktur masyarakat mereka. Tambahan pula bagi
mereka yang bergolongan bawahan. Kita seharusnya sedar bahawa antara kita ini
tidak ada jurang yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk meminggirkan antara
satu sama lain. Manakala pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas
sosial masyarakat. Penduduk Bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum diberikan
peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya.

Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.
Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai
oleh perasaan „pasti‟ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dalam
konteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan
dengan sikap berkedudukan memihak. Kepercayaan dalam konteks agama pula,
adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Juga dikenali sebagai
akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan
menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum,
kepercayaaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turuntemurun. Bagi konteks di dalam kelas, murid-murid dapat memahami dan
mengetahui kepelbagaian kepercayaan masyarakat di Negara kita seperti

8
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oleh itu, guru sekali lagi
berperanan untuk mendedahkan kepada murid mengenai kepercayaan ini agar tidak
timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan
murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu
sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua
kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Kepercayaan dan amalan agama yang
dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya
menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses
sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Untuk menjadi
seorang murid yang cemerlang, dia bukan sahaja perlu lulus semua ujian
peperikasaan yang dijalankan malah hendaklah cemerlang dalam sikap dan tingkah
laku dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati antara
satu sama lain. http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India.
Sebagai contoh kepercayaan dalam masyarakat India, mereka percaya bahawa
pantang larang semasa kematian, gambar si mati tidak boleh digantung secara
formal tetapi tetapi terbalik dan ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3
kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Maka mereka dilarang sama sekali
untuk jadikan kepercayaan rakan mereka yang berbangsa India itu sebagai alat
untuk dipersendakan. Implikasi kepelbagaian sosial ini juga telah mengambil kira
aspek peranan sekolah iaitu menjadikannya sebagai suatu media untuk memberi
ruang kepada pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Pihak
sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama
9
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
Islam sahaja. Malah pihak sekolah boleh menerapkan unsur nilai-nilai murni yang
tidak bercanggah dalam mana kepercayaan dalam diri murid.

Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau
simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenangwenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagai
satu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti
kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawa
bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama
dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang
kompleks. Guru harus mengurangkan pengunaan bahasa dialek dan meningkatkan
dalam mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata
kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur
dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara mereka
ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkan
untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan
laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang
bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan
bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan
membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaan
aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabila
murid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidak
langsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati bahasa
ibunda dan dialek kaum lain terutamanya kaum India ini yang kita sudah sedia

10
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
maklum bahawa bahasa ibunda mempunyai banyak perbezaan dan terbalik jika
diterjemahkan dalam struktur bahasa Malaysia. Sebagai contoh ….Oleh itu, manamana pihak iaitu guru, murid dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasa
mereka kerana ini merupakan isu yang agak sensitif untuk kita bincangkan.
Akhir sekali implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek adat resam. Adat resam
adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah
diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan
kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai
kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Adat resam juga merupakan
sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat tidak kira
Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai adat resam yang tersendiri yang
diwarisi oleh nenek moyang mereka. Murid dapat mempelajari kepelbagaian adat
resam ini melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Usaha kerajaan dalam
menerapkan pengetahuan am mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysia
dengan mewujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib kepada
semua murid di peringkat sekolah rendah. Semua pihak haruslah sedar bahawa sifat
penerimaan terhadap perbezaaan yang terdapat dalam kalangan mereka adalah
amat penting. Sifat ini hendaklah diterapkan dalam diri setiap murid malah semua
warga sekolah tidak terkecuali. Seperti yang telah dinyatakan oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blog beliau,
http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html. Negara berbilang
kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika
Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan

11
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
perbezaan antara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita
perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat dan kepelbagaian adat resam yang
diamalkan oleh setiap kaum di Negara ini.
http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm. Sebagai contoh adat
resam bagi kaum India ini ialah membisikkan nama tuhan . Sebaik sahaja bayi
dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama
Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga
bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya
membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak
membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga
bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum
mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi
tersebut. Merujuk kepada adat resam ini, guru atau murid terutamanya yang
beragama Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan adat resam ini walaupun
mempunyai persamaan dengan kaum Melayu sebaik sahaja bayi dilahirkan yang
mana dilaungkan azan.

12
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
4.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat

majmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akan
menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam
masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza,
bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuat
murid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahaja
tanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Hal
ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid
tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini
harus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta
mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah.
Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai taraf
sosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripada
mereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain.
Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang
toleran ke arah memacu pembangunan negara.

13
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM
PENGAJARAN MURID YANG PELBAGAI KAUM BAGI MEWUJUDKAN
PERSEKITARAN MESRA BUDAYA

Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah merupakan wacana untuk setiap
insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat
memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini
bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi
mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan
tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik
darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan
pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa
serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan
memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran
guru. Namun, jika ini yang terjadi, sempurnakah sesuatu penyampaian pengajaran
dan pembelajaran itu? Oleh itu, semua harus memainkan peranan mereka dalam
membina dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif terutamanya
peranan seorang guru.

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik
darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan muridmurid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk
menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang
berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea,
maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat

14
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan
guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid
menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu
sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi
hambar dan membosankan.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid
begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah
pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolaholah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh
kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif
dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi
sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel
Universes", 1994).
Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang
berkenaan.

Contohnya,

guru

hanya

menumpu

murid

kaum

Melayu

dan

meminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa
mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.
Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza
ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka
berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila mereka
melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama.

15
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaan
cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx
menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang
sama dengan punca-punca pengeluaran. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu
ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan
berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru
dalam kelas.Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkan
pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat.

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai
matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.
Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah
dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi murid harus diurus
dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Merujuk kepada perkara
ini, bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai sosio budaya di dalam sesebuah
kelas amat penting untuk memastikan emosi mereka dalam keadaan yang baik.
Tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagai
sosio budaya ini adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah,
memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dan
sebagainya. Contohnya bagi kaum India, bagi adab-adab dan amalan kepercayaan
mereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku.

16
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
Dalam konteks untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
ini, murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Oleh itu, murid
harus menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik yang lain.
Jadi peranan sebagai seorang guru, mereka hendaklah mendedahkan pemikiran
murid-murid ini supaya berfokus kepada hubungan etnik di Malaysia dari segi
sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting yang lain. Misalnya
untuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakang
ekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu,
pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkan
perasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India. Guru juga boleh
mengambil peluang dalam menjayakan pembinaan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya ini dengan memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian
budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh topik berkaitan dengan perayaan di
Malaysia. Secara tidak langsung, murid-murid yang pelbagai etnik ini akan
berinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama,
penerapan nilai-nilai murni dan budaya dari etnik yang berlainan dapat diserapkan
dalam objektif pembelajaran.

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid.
Integrasi

pengetahuan,

kemahiran

asas serta

memupuk nilai

murni

bagi

perkembangan yang holistik dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan
dengan budaya yang diamalkan amat ditekankan. Aspek kepelbagaian budaya
murid perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh supaya setiap murid
tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka. Konsep kebudayaan mengikut

17
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106
konteks sosiologi adalah merupakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan
diwariskan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Sekolah
dilihat berperanan sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut
kehendak masyarakat mereka. Maka guru bertanggungjawab untuk memastikan
keperluan murid dipenuhi tanpa bersikap prejudis terhadap kepelbagaian muridmuridnya. Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi
pendidikan. Guru harus bijak memilih untuk diaplikasikan dalam pengajarannya dan
memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kelas serta relevan dengan
budaya. Sebagai contoh menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya
dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, jika
guru berada di sekolah Tamil dan mengajar Bahasa Melayu, maka guru boleh
menggunakan kaedah mengajar secara simulasi dengan memberikan dialog atau
skrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan kelas. Latihan seperti ini
mampu meningkatkan penguasaaan bahasa kebangsaan bagi kaum ini. Beberapa
pendekatan pedagogi yang relevan budaya untuk dijadikan panduan kepada guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya ialah, pendekatan
koperatif, pendekatan kolaboratif, direktif, mediatif, generative dan sebagainya.

Kesimpulannya, komunikasi guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah
yang mesra budaya ini amat penting dalam sistem pendidikan kerana terdapatnya
kepelbagaian sosio budaya yang wujud di Malaysia ini. Jadi, guru harus memainkan
peranan mereka untuk memastikan persekitaran seperti ini wujud dalam bilik darjah
yang mereka mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
bermakna kepada murid-murid.

18
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

REFLEKSI
Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu
pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan
banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya.
Dalam kerja kursus ini berfokus kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di
dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya perlu mencari satu artikel dan menulis
esei berkaitan dengan isu tersebut.. Selepas itu, saya perlu menghuraikankemahiran
komunikasi yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid kepelbagaian
kelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini tidak
dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya.
Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji isu-isu kepelbagaian budaya
serta kemahiran kominikasi yang perlu dikuasai oleh guru. Saya juga berharap saya
dapat memahami lebih banyak maklumat tentang budaya dan pembelajaran supaya
dapat menggunakannya pada pelajar-pelajar masa depan.
Semasa menerima kerja kursus ini, En. Zakaria telah memberi penerangan
yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagai
sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan pada
pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah mencari artikel
yang sesuai dengan tajuk kerja khusus yang telah diberikan.
Akhir kata, saya ingin meminta maaf

ke atas kesilapan yang saya telah

lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin
berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah En. Zakaria kerana memberi
sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.

19
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

BIBLIOGRAFI
Buku

Kamarol Baharom Mohd Rom, J.E (Ph.D), Peranan Kepimpinan Guru
Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
Dalam Iklim Bilik Darjah, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mohammad Fadzil bin Che Amat (2006), Kesan Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke Atas Pencapaian
Sains Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Malaysia Satu Analisis Prestasi UPSR
Separa Dekat, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang
Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran
Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak
diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia.

Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan
Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan
Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia

Website
http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru dalam-pembinaannegara.html

20
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

BORANG REKOD KOLABORASI
NAMA

: MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON

OPSYEN

: MT/PJ/BM

AMBILAN

: JANUARI 2010

MATA PELAJARAN

: EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

PENSYARAH PEMBIMBING

: EN. ZAKARIA BIN MOHD ARIF

TARIKH

PERKARA

CATATAN

YANG
DIBINCANGKAN
7/2/2012

 Menerima soalan tugasan
dan taklimat daripada
pensyarah mata
pelajaran daripada
pensyarah mata
pelajaran –En. Zakaria

 Tugasan perlu
dihantar
selewat –
lewatnya pada
22 Feb 2011.

9/2/2012

 Memahami kehendak
soalan tugasan

 Membuat jadual
kerja

11/2/2012
15/2/2012

 Membincangkan
persembahan slaid yang
dibuat.

 Membuat
perbincangan
bersama rakan

21

TANDATANGAN
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

16/2/2012
19/2/2012

 Membuat tugasan
mengikut jadual kerja
yang ditetepkan

 Membuat esei
 Membuat
penyusanan
slaid

20/2/2012

 Menyusun tugasan
 Membetul
 Membuat pemeriksaan
tugasan dari
terakhir terhadap tugasan
segi ejaan
 Membuat
penyusanan
tugasan

21/2/2012

 Menyiapkan tugasan

 Memeriksa
tugasan

22/2/2012

 Menjilid tugasan
 Menghantar tugasan

 Menghantar
tugasan kepada
pensyarah
pembimbing

22
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

LAMPIRAN

23
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

24
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106

25

More Related Content

What's hot

budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
mas preity
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Naim Manaf
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
Asyikin4996
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
Ahmad NazRi
 
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Pensil Dan Pemadam
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
Ahmad Fahmi
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
Praba Rajamanickam
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Nor Laily Samsinar
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106sk zainab 2
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
harithhamizan
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106FSAA Aziz
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAKementerian Pelajaran Malaysia
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaSalmah Md Amin
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Marinis Nyambong
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Sharifah Rasyidah
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3shockgadof
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaArif AirfAce
 

What's hot (20)

budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Pengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budayaPengurusan pelbagai budaya
Pengurusan pelbagai budaya
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
 
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
 
Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106Penulisan ilmiah EDU 3106
Penulisan ilmiah EDU 3106
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
Integrasi Nasional Perlu Dipupuk di Peringkat Sekolah Rendah hingga ke Tajap ...
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
Pendidikan guru dan murid, strategi pelaksanaan, kepentingan pengajaran pelba...
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 

Viewers also liked

Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Fariz Salim
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuayuakira
 
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Mohamed Naim Daipi
 
Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1
Mohamed Naim Daipi
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
CIKGU NAZARINANAWAWI
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 

Viewers also liked (6)

Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikanKaedah penyelidikan dalam pendidikan
Kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayu
 
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
Kegiatan Pembelajaran Peribahasa 2
 
Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1Peribahasa Grafik 1
Peribahasa Grafik 1
 
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
Proposal BMelayu(PENGGUNAAN HURUF BESAR)
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 

Similar to Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01

46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
NurulHazrati
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
nanipgktb
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
NurulHazrati
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
xue er tui
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
Widia Wati
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
MUHAMMADTAUFIQAKMALB
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Zulfadhli Zulpress
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanPrejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanHerRmah SYoyozz
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaSyah Nizam
 

Similar to Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01 (20)

46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Esei najwa
Esei najwaEsei najwa
Esei najwa
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Adse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosavedAdse1103 sosiologi autosaved
Adse1103 sosiologi autosaved
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docxPeranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
Peranan guru memupuk Integrasi Nasional Kearah Perpaduan sekolah.docx
 
Cadangan etnik
Cadangan etnikCadangan etnik
Cadangan etnik
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaanPrejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
Prejudis dan prasangka perkauman ialah racun perpaduan kebangsaan
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 

Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01

  • 1. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 PENGHARGAAN Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Zakaria Bin Mohd Arif kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan–rakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan – rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih. Yang benar, Mohammad Falakhuddin Bin Haron (1P5D-MT/PJ/BM) 1
  • 2. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan. Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawa Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyai kebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pula wujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkan keperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yang demikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkan kefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasi muda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang. 2
  • 3. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 ISU-ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA KAUM INDIA DI DALAM BILIK DARJAH BERDASARKAN ARTIKEL/JURNAL 1.0 PENDAHULUAN http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaum-kaum_di_Malaysia. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang harmoni dan tenteram. Antara tiga kaum yang utama terdapat di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Cina dan India ini, mereka telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun, Iban dan lain-lain lagi. Terdapatnya kepelbagaian kaum di Negara ini telah melahirkan kepelbagaian sosio budaya. 2.0 KAUM INDIA Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negerinegeri Selat, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang dan banduan yang melibatkan diri dalam bidang 3
  • 4. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 pembinaan, pertanian dagangan, pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul semasa peluasan pemerintahan British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an dan pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian. Kebanyakan penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri daripada orang dewasa lelaki yang mana mereka meninggalkan keluarga mereka di India and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, pola bilangan penduduk India menjadi naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di Negerinegeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000. Menjelang tahun 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga pada tahun 1947 disebabkan mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta). 3.0 ISU KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN BAHASA BANGSA INDI DI DALAM BILIK DARJAH Pendudukan etnik tersebut di Negara ini telah memberikan implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, dan adat resam. 4
  • 5. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, konsep bangsa atau nasional mempunyai maksud yang lebih meluas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yang lain. Bangsa menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (1999) pula merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Secara umumnya, konsep bangsa bermaksud kumpulan manusia yang sama asal-usulnya serta serupa sifat-sifatnya. Bangsa juga memberi maksud kumpulan manusia yang sama asalusulnya serta serupa sifat-sifatnya (Kamus Pelajar,1993). Kesimpulan daripada kesemua maksud yang diberikan, maka dapat dinyatakan bahawa bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawasanya kita semua tidak boleh meminggirkan mana-mana pihak sama ada kaum Cina ataupun India walaupun pada dasarnya majoriti penduduk di Negara ini adalah kaum Melayu kerana kaum etnik tersebut juga tergolong dalam bangsa Malaysia yang mana dalam konteks Negara kita, bangsa Malaysia sebagai „bangsa idaman‟ yang kita kehendaki. Maka, kepelbagaian sosial ini telah memberikan implikasi dalam sistem pendidikan. Jika diperhatikan dari aspek bangsa, semua pihak sama ada guru, murid, sekolah dan juga kurikulum tersirat perlu memastikan bahawa mereka tidak menyentuh usul-usul yang sensiti bagi mana-mana bangsa. Sebagai contoh di dalam kelas, guru berperanan untuk mengelakkan daripada bersikap lebih kepada perkauman yang mana kedudukan murid dan aktiviti yang dijalankan hanya bertumpukan kepada sesuatu kaum. 5
  • 6. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Janganlah disebabkan murid itu berbangsa India, maka guru terbabit memberikan tanggapan negatif hanya kerana bangsanya. Tidak memberikan peluang yang sama untuk mereka berjaya. Guru seharusnya mengambil peluang ini untuk mengajar kepada murid-muridnya bahawa dalam kalangan mereka adalah sama walaupun mereka daripada golongan kaum yang berbeza. http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf. Pada masa yang masa guru boleh menerapkan konsep 1Malaysia dalam diri murid-muridnya seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri Malaysia kini, Dato‟ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak . “1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” Secara tidak langsung, murid lain akan belajar untuk menghormati murid-murid yang berbangsa lain. Mereka akan bergaul sesama mereka tanpa memandang kepada bangsa. Manakala bagi pihak sekolah pula, mereka berperanan untuk membuka peluang yang luas terutamanya kaum India ini untuk sama-sama menuntut ilmu di sekolah kebangsaan. Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan sekolah kebangsaan. http://www.scribd.com/doc/21249828/Memperkasakan-Sekolah-Kebangsaan. Dari aspek struktur masyarakat atau kelas sosial bagi kaum etnik India ini juga telah sedikit sebanyak memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Kita cuba memahami apa yang dimaksudkan dengan struktur masyarakat atau kelas sosial ini. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu serta mempunyai matlamat yang sama. Perhubungan itu wujud berdasarkan satu sistem berlandaskan unsur-unsur saling berhubungan sesama 6
  • 7. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 manusia. Masyarakat ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling hubungan dari segi pelbagai aspek cara hidup. Menurut J.S Furnivall, buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa, dan adat resam yang tersendiri. Manakala menurut De Fleur (1974), masyarakat ialah sebuah pola yang sangat kompleks mengenai organisasi sosial, di mana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial. Maka disimpulkan di sini struktur masyarakat adalah penduduk yang mempunyai berlainan budaya serta cara hidup serta dalam masyarakat itu sendiri terdapat taraf kedudukan yang berlainan. Konsep kelas sosial pula berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Ia juga boleh dikatakan segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Rohand Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Terdapat lima kelas sosial yang boleh dibezakan iaitu golongan atasan, pertengahan atasan, pertengahan bahawan, pekerja dan bawah begitu juga bagi kaum india. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan ataupun bawahan. Malah yang paling penting guru hendaklah mengelakkan daripada berlakunya aspek pingggiran di dalam kelas yang diajar. Guru harus bijak dalam 7
  • 8. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Secara langsung, murid juga akan berasa sangat seronok untuk meneruskan proses pembelajaran mereka kerana tidak terdapat pertelingkahan antara mereka yang tercetus disebabkan mereka berbangsa lain. Amat sensitif bagi kaum India ini terutamanya apabila kita menyentuh atau memperkatakan mengenai struktur masyarakat mereka. Tambahan pula bagi mereka yang bergolongan bawahan. Kita seharusnya sedar bahawa antara kita ini tidak ada jurang yang boleh dijadikan sebagai alasan untuk meminggirkan antara satu sama lain. Manakala pembinaan sekolah juga mengambil kira tahap kelas sosial masyarakat. Penduduk Bandar dan luar bandar tanpa mengira kaum diberikan peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang setaraf dengannya. Kepercayaan bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan „pasti‟ atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Dalam konteks psikologi, kepercayaan bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak. Kepercayaan dalam konteks agama pula, adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Juga dikenali sebagai akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat. Seperti yang kita sedia maklum, kepercayaaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turuntemurun. Bagi konteks di dalam kelas, murid-murid dapat memahami dan mengetahui kepelbagaian kepercayaan masyarakat di Negara kita seperti 8
  • 9. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 kepercayaan masyarakat Melayu, Cina dan India. Oleh itu, guru sekali lagi berperanan untuk mendedahkan kepada murid mengenai kepercayaan ini agar tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosiaisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang, dia bukan sahaja perlu lulus semua ujian peperikasaan yang dijalankan malah hendaklah cemerlang dalam sikap dan tingkah laku dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Sebagai contoh menghormati antara satu sama lain. http://www.scribd.com/doc/25521662/Pantang-Larang-Kaum-India. Sebagai contoh kepercayaan dalam masyarakat India, mereka percaya bahawa pantang larang semasa kematian, gambar si mati tidak boleh digantung secara formal tetapi tetapi terbalik dan ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai tanda penghormatan. Maka mereka dilarang sama sekali untuk jadikan kepercayaan rakan mereka yang berbangsa India itu sebagai alat untuk dipersendakan. Implikasi kepelbagaian sosial ini juga telah mengambil kira aspek peranan sekolah iaitu menjadikannya sebagai suatu media untuk memberi ruang kepada pendidik menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama 9
  • 10. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Islam sahaja. Malah pihak sekolah boleh menerapkan unsur nilai-nilai murni yang tidak bercanggah dalam mana kepercayaan dalam diri murid. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenangwenangnya, tetapi mempunyai struktur. Kita juga menggunakan bahasa sebagai satu alat untuk menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) menyatakan bahawa bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Guru harus mengurangkan pengunaan bahasa dialek dan meningkatkan dalam mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard juga harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan sama ada berkomunikasi antara mereka ketika menjalankan aktiviti di dalam kelas ataupun di luar. Murid harus diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Pelaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Apabila murid melibatkan diri mereka di dalam aktiviti yang dilaksanakan, secara tidak langsung akan mengajar mereka untuk belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain terutamanya kaum India ini yang kita sudah sedia 10
  • 11. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 maklum bahawa bahasa ibunda mempunyai banyak perbezaan dan terbalik jika diterjemahkan dalam struktur bahasa Malaysia. Sebagai contoh ….Oleh itu, manamana pihak iaitu guru, murid dan pihak sekolah tidak boleh memperlekehkan bahasa mereka kerana ini merupakan isu yang agak sensitif untuk kita bincangkan. Akhir sekali implikasi kepelbagaian sosio-budaya dari aspek adat resam. Adat resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai kesan kepada pelaku sama ada positif atau negatif. Adat resam juga merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat tidak kira Melayu, Cina dan India. Masing-masing mempunyai adat resam yang tersendiri yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Murid dapat mempelajari kepelbagaian adat resam ini melalui topik-topik budaya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Usaha kerajaan dalam menerapkan pengetahuan am mengenai kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dengan mewujudkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan yang wajib kepada semua murid di peringkat sekolah rendah. Semua pihak haruslah sedar bahawa sifat penerimaan terhadap perbezaaan yang terdapat dalam kalangan mereka adalah amat penting. Sifat ini hendaklah diterapkan dalam diri setiap murid malah semua warga sekolah tidak terkecuali. Seperti yang telah dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blog beliau, http://dr-chedet.blogspot.com/2008/06/multi-racial-malaysia.html. Negara berbilang kaum pada kebiasaannya tidak stabil. Ketegangan kaum kerap berlaku. Jika Malaysia hendak mengelakkan konflik antara kaum ianya mesti cuba kurangkan 11
  • 12. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 perbezaan antara kaum-kaum tersebut. Kita tidak boleh menukar etnik. Jadi kita perlu menerima perbezaan etnik yang terdapat dan kepelbagaian adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum di Negara ini. http://malaysiana.pnm.my/01/01030102ind_bersalin.htm. Sebagai contoh adat resam bagi kaum India ini ialah membisikkan nama tuhan . Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik bersalin. Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut. Merujuk kepada adat resam ini, guru atau murid terutamanya yang beragama Islam tidak boleh sama sekali mempertikaikan adat resam ini walaupun mempunyai persamaan dengan kaum Melayu sebaik sahaja bayi dilahirkan yang mana dilaungkan azan. 12
  • 13. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 4.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakat majmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalam masyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza, bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuat murid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahaja tanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Hal ini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan murid tersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya ini harus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami serta mengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah. Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai taraf sosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripada mereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain. Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yang toleran ke arah memacu pembangunan negara. 13
  • 14. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG PERLU DIKUASAI OLEH GURU DALAM PENGAJARAN MURID YANG PELBAGAI KAUM BAGI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah merupakan wacana untuk setiap insan membina diri mereka dengan pengisian dari pelbagai sumber ilmu agar dapat memudahkan individu menghadapi arus kehidupan di alam ini. Pembelajaran ini bermula dengan penyediaan diri pelajar dengan pelbagai perkara bermula dari segi mental hinggalah kepada fizikal. Dalam sebuah sekolah, bilik darjah merupakan tempat yang terpenting dalam membentuk sahsiah dan pengetahuan pelajar. Bilik darjah merupakan tempat yang paling sesuai untuk penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang mempunyai suasana yang tenteram dan selesa serta ditambah dengan pelbagai bahan pengajaran atau bahan bantu mengajar akan memberi kesan yang mendalam kepada penerimaan pelajar terhadap pengajaran guru. Namun, jika ini yang terjadi, sempurnakah sesuatu penyampaian pengajaran dan pembelajaran itu? Oleh itu, semua harus memainkan peranan mereka dalam membina dan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif terutamanya peranan seorang guru. Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan muridmurid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat 14
  • 15. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolaholah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994). Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang berkenaan. Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum Melayu dan meminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja. Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila mereka melakukan aktiviti pembelajaran secara bersama. 15
  • 16. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama dengan punca-punca pengeluaran. Perbezaan kelas sosial yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjamin semua murid akan berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas.Kebijaksaan guru mengendalikan kelas sosial akan mewujudkan pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam sesuatu masyarakat. Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid ke arah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa dalam keadaan stabil untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di dalam kelas. Merujuk kepada perkara ini, bagi murid-murid yang mempunyai pelbagai sosio budaya di dalam sesebuah kelas amat penting untuk memastikan emosi mereka dalam keadaan yang baik. Tekanan yang kebiasaannya terdapat di dalam kelas yang mempunyai pelbagai sosio budaya ini adalah sikap meminggirkan mana-mana kaum, berat sebelah, memerli antara satu sama lain, menyentuh isu-isu sensitif bagi sesuatu kaum dan sebagainya. Contohnya bagi kaum India, bagi adab-adab dan amalan kepercayaan mereka merupakan isu yang sensitif untuk dibincangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. 16
  • 17. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 Dalam konteks untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini, murid disarankan mewujudkan hubungan etnik yang harmoni. Oleh itu, murid harus menambah pengetahuan mereka mengenai agama atau adat etnik yang lain. Jadi peranan sebagai seorang guru, mereka hendaklah mendedahkan pemikiran murid-murid ini supaya berfokus kepada hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek penting yang lain. Misalnya untuk kaum India ini, kita sudah sedia maklum bahawa sejarah, latar belakang ekonomi mereka ini bermula di peringkat bawah dalam sistem ekonomi kita. Oleh itu, pemahaman murid-murid dari kaum lain amat penting agar tidak menimbulkan perasaan memandang rendah terhadap murid-murid kaum India. Guru juga boleh mengambil peluang dalam menjayakan pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini dengan memilih tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh topik berkaitan dengan perayaan di Malaysia. Secara tidak langsung, murid-murid yang pelbagai etnik ini akan berinteraksi dan berbincang tentang perayaan tersebut. Dalam masa yang sama, penerapan nilai-nilai murni dan budaya dari etnik yang berlainan dapat diserapkan dalam objektif pembelajaran. Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid-murid. Integrasi pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang holistik dari kepelbagaian kebolehan murid serta relevan dengan budaya yang diamalkan amat ditekankan. Aspek kepelbagaian budaya murid perlu dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran mereka. Konsep kebudayaan mengikut 17
  • 18. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 konteks sosiologi adalah merupakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diwariskan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu. Sekolah dilihat berperanan sebagai proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka. Maka guru bertanggungjawab untuk memastikan keperluan murid dipenuhi tanpa bersikap prejudis terhadap kepelbagaian muridmuridnya. Terdapat pelbagai strategi, kaedah dan teknik dalam pedagogi pendidikan. Guru harus bijak memilih untuk diaplikasikan dalam pengajarannya dan memastikan ianya bersesuaian dengan keadaan kelas serta relevan dengan budaya. Sebagai contoh menurut buku Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Budaya dan Pembelajaran, Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, jika guru berada di sekolah Tamil dan mengajar Bahasa Melayu, maka guru boleh menggunakan kaedah mengajar secara simulasi dengan memberikan dialog atau skrip dalam Bahasa Melayu untuk dilakonkan di hadapan kelas. Latihan seperti ini mampu meningkatkan penguasaaan bahasa kebangsaan bagi kaum ini. Beberapa pendekatan pedagogi yang relevan budaya untuk dijadikan panduan kepada guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Antaranya ialah, pendekatan koperatif, pendekatan kolaboratif, direktif, mediatif, generative dan sebagainya. Kesimpulannya, komunikasi guru dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini amat penting dalam sistem pendidikan kerana terdapatnya kepelbagaian sosio budaya yang wujud di Malaysia ini. Jadi, guru harus memainkan peranan mereka untuk memastikan persekitaran seperti ini wujud dalam bilik darjah yang mereka mengajar supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi bermakna kepada murid-murid. 18
  • 19. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 REFLEKSI Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya. Dalam kerja kursus ini berfokus kepada isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. Dalam tugasan ini, saya perlu mencari satu artikel dan menulis esei berkaitan dengan isu tersebut.. Selepas itu, saya perlu menghuraikankemahiran komunikasi yang digunakan oleh guru dalam mengajar murid-murid kepelbagaian kelompok bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji isu-isu kepelbagaian budaya serta kemahiran kominikasi yang perlu dikuasai oleh guru. Saya juga berharap saya dapat memahami lebih banyak maklumat tentang budaya dan pembelajaran supaya dapat menggunakannya pada pelajar-pelajar masa depan. Semasa menerima kerja kursus ini, En. Zakaria telah memberi penerangan yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagai sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah mencari artikel yang sesuai dengan tajuk kerja khusus yang telah diberikan. Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah En. Zakaria kerana memberi sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini. 19
  • 20. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BIBLIOGRAFI Buku Kamarol Baharom Mohd Rom, J.E (Ph.D), Peranan Kepimpinan Guru Mempengaruhi Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Dalam Iklim Bilik Darjah, Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mohammad Fadzil bin Che Amat (2006), Kesan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Paradigma Behaviorism ke Atas Pencapaian Sains Sekolah-sekolah Kebangsaan Di Malaysia Satu Analisis Prestasi UPSR Separa Dekat, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia Website http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/01/peranan-guru dalam-pembinaannegara.html 20
  • 21. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 BORANG REKOD KOLABORASI NAMA : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON OPSYEN : MT/PJ/BM AMBILAN : JANUARI 2010 MATA PELAJARAN : EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH PEMBIMBING : EN. ZAKARIA BIN MOHD ARIF TARIKH PERKARA CATATAN YANG DIBINCANGKAN 7/2/2012  Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran daripada pensyarah mata pelajaran –En. Zakaria  Tugasan perlu dihantar selewat – lewatnya pada 22 Feb 2011. 9/2/2012  Memahami kehendak soalan tugasan  Membuat jadual kerja 11/2/2012 15/2/2012  Membincangkan persembahan slaid yang dibuat.  Membuat perbincangan bersama rakan 21 TANDATANGAN
  • 22. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 16/2/2012 19/2/2012  Membuat tugasan mengikut jadual kerja yang ditetepkan  Membuat esei  Membuat penyusanan slaid 20/2/2012  Menyusun tugasan  Membetul  Membuat pemeriksaan tugasan dari terakhir terhadap tugasan segi ejaan  Membuat penyusanan tugasan 21/2/2012  Menyiapkan tugasan  Memeriksa tugasan 22/2/2012  Menjilid tugasan  Menghantar tugasan  Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing 22
  • 23. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 LAMPIRAN 23
  • 24. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 24
  • 25. BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU 3106 25