SlideShare a Scribd company logo
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?
1.0 Pendahuluan
Sekolah berkesan perlu dikaji dan dilihat serta difahami konsep, ciri dan definisinya oleh
semua warga pendidikan. Penulisan yang akan saya bentangkan ialah berkaitan dengan peranan
seorang pengetua dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada sekolah berkesan atau
keberkesanan sekolah . Walau bagaimanapun hanya empat aspek yang akan dihuraikan iaitu aspek
kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran guru dan sikap
pelajar-pelajarnya dan sebenarnya keempat-empat faktor ini adalah berkait rapat dengan peranan
pengetua.
Apabila memperkatakan tentang keberkesanan sekolah, kita tidak boleh lari dari aspek
kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974), kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan
dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Begitu juga di sekolah di mana
pembentukan organisasi sekolah berkesan itu sangat bergantung kepada kepemimpinan
pengetuanya. Ini adalah disebabkan oleh tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan akan
turut mempengaruhi suasana dan semangat subordinatnya.
Sekolah berkesan di Malaysia adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Selain faktor yang
timbul dari keberkesanan kepemimpinan pengetua, faktor efikasi guru dan demografi guru besar juga
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Ini adalah disebabkan oleh
seseorang guru besar atau pengetua itu akan melibatkan hubungannya dengan guru dan pelajar
sewaktu memimpin organisasi sekolah ke arah kecemerlangan.
Indikator kualiti yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesebuah sekolah itu
selalunya adalah yang berkaitan dengan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar,
kepemimpinan pengetua, iklim sekolah, strategi dan teknik pembelajaran, budaya dan nilai sesebuah
sekolah serta pembangunan staf (Creemers 1997). Selain itu salah satu faktor yang tidak kurang
pentingnya menyumbang kepada keberkesanan sekolah ialah keberkesanan pengajaran guru.
Kajian yang dilakukan oleh Stringfield & Teddlie (1987) telah membuktikan hubungan ini.
Kajian berkaitan sekolah berkesan telah mendapat perhatian ramai kerana individu mahupun
organisasi tertentu di dalam bidang pendidikan telah menyedari kepentingannya untuk mewujudkan
sekolah berkesan dalam kriteria akauntabiliti pendidikan. Ia juga adalah bagi memenuhi matlamat
pendidikan negara seperti yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
2.0 Definisi, konsep dan ciri sekolah berkesan
Keberkesanan sekolah bukan sahaja diukur dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi
kesaksamaan (equity), itulah apa yang didefinisikan oleh Edmonds (1979), mengenai sekolah
berkesan. Edmonds menyatakan, keberkesanan sesebuah sekolah itu boleh diukur berdasarkan
kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak dari keluarga kurang berada
sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak yang kurang berada yang boleh menguasai akademik
sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Sesebuah sekolah tidak
layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi peluang pendidikan yang sama. Berdasarkan
kriteria ini, menurutnya, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat
sedikit. Untuk memenuhi kriteria seperti yang diharapkan tidak mustahil jika keseluruhan warga
sekolah itu bekerjasama bergerak ke arah pencapaian matlamatnya.
Empat cara bagi mengenalpasti sekolah yang berkesan menurut Rowan (1983), ialah: -
(1) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih
daripada median kebangsaan.
(2) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah
meningkat dari semasa ke semasa
(3) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort
(4) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.
Namun begitu definisi yang paling biasa digunakan dalam kajian-kajian tentang keberkesanan
sekolah ialah :
Sekolah yang mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya mencapai tahap yang tinggi dalam
prestasi akademik apabila dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain.
( Cuttance 1985 ).
Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berkesan
adalah berdasarkan pendapat Edmonds (1979), iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan
dengan jelas dan menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik. Harapan yang diletakkan
kepada sekolah yang cemerlang ialah bahawa pelajar-pelajarnya akan belajar dengan baik. Sekolah
berkesan juga mempunyai iklim yang teratur dan selamat bagi menggalakkan pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai pendidik yang kukuh sebagai pengetua.
Mortimore (1995), telah memberikan sebelas ciri sekolah berkesan:-
i. kepemimpin profesional.
ii. perkongsian wawasan dan tujuan.
iii. persekitaran pembelajaran dan iklim sekolah yang baik.
iv. tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
v. Pengajaran yang bertujuan.
vi. jangkaan kejayaan yang tinggi.
vii. pengukuhan yang positif.
viii. pemantauan kemajuan.
ix. Menghormati hak dan tanggungjawab pelajar.
x. hubungan rumah dengan sekolah.
xi. organisasi pembelajaran.
Mortimore percaya berdasarkan ciri-ciri tersebut sekolah akan menunjukkan
keberkesanannya sebagai sebuah organisasi yang outputnya diukur dari pencapaian dan
keberhasilan pelajar meningkat lebih daripada apa yang diharapkan.
Shahril Marzuki ( 1997), menyatakan terdapat lima ciri sekolah untuk membina profil sekolah
berkesan di Malaysia mendapati semua faktor tersebut adalah positif . Sekolah yang berkesan
mempunyai kepimpinan dan iklim sekolah yang positif (selesa dan selamat), guru-guru menaruh
harapan guru yang tinggi terhadap penguasaan kemahiran asas pelajar, kekerapan mengadakan
penilaian, peranan persatuan ibu bapa dan guru, dan kemudahan fizikal (prasarana, kewangan)
sekolah yang baik bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Berbanding dengan sekolah tidak
berkesan mempunyai faktor-faktor tersebut tetapi pada tahap atau darjah yang rendah dan kurang
efektif untuk mempertingkatkan pencapaian murid.
Sementara itu Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak
berkesan menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel,
pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal.
3.0 Elemen- Elemen Mewujudkan Sekolah Berkesan
3.1 Peranan Kepemimpinan Pengetua
Kepemimpinan pengetua adalah antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan
sekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Alma Haris (2002), yang menyatakan sekolah berkesan
adalah hasil dari kepemimpinan pengetua yang bersifat ā€˜distributed leadershipā€™ iaitu yang berkongsi
peranan secara kolektif dengan guru-gurunya untuk kecemerlangan sekolah melalui pencapaian
matlamat yang sama. Begitu juga dengan Tay (1984, di dalam Nordin Hj Yahya 2004), yang
mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah berpunca dari kepemimpinan pengetuanya. Tay juga
berpendapat kejayaan sistem pentadbiran sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kualiti
kemudahan sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepemimpinan pengetua dan
kemahiran profesional guru-gurunya. Pembentukan organisasi sekolah yang berkesan sangat
bergantung kepada kualiti kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974) pula, kepemimpinan
yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini
adalah kerana tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu yang
akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerjanya.
Kajian yang dijalankan oleh Nordin (2004), ke atas lima buah sekolah menengah bantuan
penuh kerajaan mendapati pada keseluruhannya keberkesanan organisasi adalah selari dengan
dapatan kajian Ahmad Mohammad Shariff (1989) ke atas sekolah-sekolah vokasional seluruh negara.
Nordin mendapati terdapatnya hubungan antara tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan
sekolah berkesan. Beliau mendapati pada keseluruhannya di dalam aspek kepemimpinan pengetua,
pengetua mengamalkan kepemimpinan yang seimbang dari tingkahlaku permulaan struktur tugas
dan struktur konsiderasi. Keberkesanan organisasi sekolah pula pada keseluruhannya berada pada
tahap sederhana. Dapatan ini turut disokong oleh hasil kajian terdahulu yang dilakukan.
Kepentingan tingkahlaku dan gaya kepemimpinan pengetua di dalam mengerakkan
sekolah ke arah sekolah berkesan turut dinyatakan oleh Ahmad Zabidi
( 2003), di dalam kajiannya mengenai ciri-ciri sekolah berkesan : Implikasinya ke atas pengurusan
sekolah agama. Dapatan kajiannya mendapati kepemimpinan pengetua bukanlah merupakan faktor
terpenting berbanding kajian sekolah sebelum ini. Hasil kajian Ahmad Zabidi ini menyerupai
pandangan Abd. Hamid Othman (1992), yang mendapati kelemahan yang perlu diatasi segera di
sekolah-sekolah agama ialah kecekapan dan kelicinan pentadbirannya. Ini sepatutnya menyedarkan
pengetua-pengetua untuk meningkatkan kualiti kepemimpinannya dengan mendalami ilmu untuk
meningkatkan lagi kebekesanan sekolah kerana peranan pengetua cukup penting seperti mana
menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989), yang mengatakan peranan pemimpin sekolah amat penting
di dalam melahirkan sekolah berkesan.
Peranan pengetua di dalam memimpin guru-guru dan pelajar-pelajarnya ke arah melahirkan
sebuah sekolah berkesan juga turut dinyatakan oleh Wu (1989), di dalam kajiannya di Taiwan
berkaitan dengan sekolah berkesan. Beliau menyatakan di antara indikator sekolah berkesan itu ialah
perancangan dan iklim sekolah, kualiti pengajaran guru, tingkahlaku pelajar, komunikasi pentadbiran,
pencapaian akademik pelajar, kepuasan kerja guru, penyusunan kurikulum, hubungan ibu bapa dan
sekolah, hubungan guru-pelajar dan kepemimpinan pengetua. Ini jelas menunjukkan bagi
mewujudkan sekolah yang berkesan kepemimpinan pengetua itu adalah antara faktor yang diambil
kira dan penting.
Hussein Mahmood (1993), pula melihat pengetua atau guru besar ialah orang yang
terpenting di dalam memimpin sebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Ini jelas
menunjukkan yang sesebuah sekolah yang berkesan itu mempunyai stail atau gaya kepemimpinan
yang turut berkesan.
Sekolah-sekolah agama di Malaysia juga turut tidak ketinggalan dikaji aspek keberkesanan
sekolahnya. Hasil dari kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), telah merumuskan
sepuluh ciri sekolah menengah agama berkesan iaitu harapan yang tinggi oleh para guru, iklim
sekolah yang kondusif, pengukuhan yang positif, kepemimpinan pengetua yang professional,
pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan pelajar, perkongsian visi dan matlamat yang
jelas, program perkembangan staf, penumpuan terhadap kurikulum dan pengajaran, permuafakatan
sekolah dan rumah serta akhirnya ialah sikap pelajar yang positif. Kesemua ciri yang dinyatakan
menyamai ciri-ciri yang ditemui dalam kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sekolah awam dan
sekolah vokasional. Antara kelainannya ialah ciri sekolah menengah agama berkesan banyak
bergantung kepada sikapp kerja guru berbanding peranan yang dimainkan oleh pengetua. Ini beliau
nyatakan sebagai bukan sesuatu yang pelik kerana menurutnya sekolah-sekolah agama mempunyai
kekurangan dari aspek kecekapan pentadbiran. Beliau turut mencadangkan agar program latihan
kepengetuaan bagi pengetua-pengetua sekolah agama dan aspek yang perlu diberi penekanan ialah
aspek pembangunan diri, budaya kualiti, profil pengetua berkesan, komunikasi dan pembinaan
pasukan. Melalui latihan dan kursus sebegini dilihat akan mampu meningkatkan lagi kualiti
kepemimpinan pengetua untuk menguruskan sekolah sehingga meningkatkan kuantiti sekolah
menengah agama berkesan. Ia bersesuaian dengan pendapat Edmonds (1979), ā€œPrincipals can
make a differenceā€.
3.2 Iklim sekolah yang kondusif
Walau apa pun ciri-ciri sekolah berkesan yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji, namun
begitu, hampir kesemuanya memperkatakan tentang ciri-ciri sekolah berkesan ialah kepemimpinan
pengetua, iklim sekolah yang kondusif, peranan guru yang berkesan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran, sikap pelajar yang positif dan pemuafakatan di antara sekolah dan
rumah. Antara kajian yang memperlihatkan akan kepentingan iklim sekolah yang kondusif di dalam
mempengaruhi keberkesanan sekolah ialah Rahimah dan Zulkifli (1998) dan Mortimore& Sacknay
(1986).
Ini turut ditemui di dalam kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), di mana beliau
telah mendapatkan purata nilai min yang kedua tertinggi bagi iklim sekolah yang kondusif di dalam
ciri sekolah agama yang berkesan. Kajian beliau juga menunjukkan ciri iklim sekolah turut membantu
ke arah keberkesanan sekolah. Dengan itu, warga sekolah perlulah membentuk budaya hidup
beragama sebagai iklim sekolah agama berkesan kerana budaya hidup beragama ini bukan sahaja
mengatasi masalah disiplin bahkan ia turut membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Peranan utama perlu dimainkan oleh pengurusan sekolah agama terutamanya pengetua untuk
membentuk iklim yang bersesuaian kerana pengetua mempunyai kemampuan untuk
melaksanakannya.
Iklim sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu mewujudkan integrasi dan
keharmonian sesama pelajar-pelajarnya yang berbeza dan mengurangkan perbezaan sesama
mereka. Pengurusan sekolah agama perlu mewujudkan iklim sekolah agama yang disepadukan di
antara iklim yang bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan
komunikasi yang baik dan juga pembentukan iklim dalaman seperti penerapan nilai keagamaan di
dalam kehidupan seharian di sekolah. Melalui kesepaduan iklim-iklim ini pihak sekolah bukan sahaja
mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari
aspek akhlak dan keperibadian.
Dapatan di atas mengenai kepentingan iklim sekolah yang kondusif bagi menghasilkan
sebuah sekolah yang berkesan turut diakui oleh Creemers (1997), yang menyatakan antara kualiti
indikator mengukur sekolah berkesan ialah melalui pencapaian akademik pelajar, iklim sekolah, nilai
dan budaya sekolah, teknik pengajaran dan pembelajaran, kepemimpinan pengetua dan
perkembangan staf.
Kajian yang dijalankan oleh Wu (2005), di Taiwan turut menyatakan akan kepentingan iklim
bilik darjah dan sekolah di dalam menyumbang kepada pembentukan sekolah berkesan. Beliau
menyatakan yang iklim sekolah adalah di antara lima penentu utama sekolah berkesan di Taiwan.
Menurutnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesebuah sekolah maka penekanan perlu
diberikan terhadap kelima-lima faktor penentu yang dinyatakan termasuklah iklim sekolah yang
kondusif.
Rahimah dan Zulkifli (1996), juga telah melihat yang iklim dan kemudahan fizikal turut
menyumbang kepada sekolah berkesan. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu berasa selesa apabila
berada di sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan berada di dalam keadaan yang teratur akan
mengalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan pelajar-
pelajar yang cemerlang dan seterusnya ke arah sekolah yang berkesan.
Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan
menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan
pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal. Kajian mendapati terdapat perbezaan
yang signifikan antara sekolah-sekolah yang dikaji. Tiga daripada empat buah sekolah luar bandar
mempunyai skor yang tertinggi untuk skala Perhubungan Interpersonal. Dua daripadanya adalah dari
sekolah berkesan manakala satu daripada sekolah kurang berkesan didapati mempunyai hubungan
interpersonal yang positif berbanding dengan sekolah di kawasan bandar. Dapatan kajian juga
mendapati bahawa pelajar-pelajar serta guru-guru yang berada di dalam sekolah yang berkesan
sentiasa positif tentang pembelajaran di sekolah serta persekitaran di sekelilingnya. Dengan kata lain
sekolah berkesan berkaitan rapat dengan semua staf di dalamnya samada sentiasa ingin maju dan
sentiasa memandang ke hadapan atau sentiasa berfokus tentang pembelajaran, sentiasa peka
terhadap keperluan pelajarnya dan sentiasa berwawasan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melihat sekolah-sekolah yang dipilih menunjukkan
keberkesanan dalam pencapaian samada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri. Jika diteliti dari kriteria
yang digunakan keberkesanan sekolah itu mementingkan;
i. Outcome dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum.
ii. ā€˜Prosesā€™ bagi mencapai kecemerlangan akademik
iii. Pengurusan dan pentadbiran sekolah
iv. Iklim sekolah
v. Penglibatan PIBG (ibu bapa)
Pelajar dan guru di sekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di
perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur.
Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong
untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada
keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan perasaan
atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah
tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1966), di sekolah yang dapat memberikan rasa suasana yang
selesa dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan dapat diperhatikan :-
1. Guru merasa selesa, yakin dan puas.
2. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru.
3. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil.
4. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka.
5. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing
kakitangannya serta memperkembang potensi mereka.
6. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka.
Iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya
membantu pelajar-pelajar memperoleh pencapaian yang baik dan guru-guru lebih puas untuk
bekerja. Iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Ini dikuatkan lagi melalui dapatan
kajian oleh Shahril (1997), yang mengatakan iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana
sekolah itu aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Banguanan sekolah turut dijaga
dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia penting untuk mempengaruhi
psikologi dan emosi warga sekolah itu.
Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan sekolah berkesan. Namun begitu
untuk mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan gambaran yang lebih lengkap
mengenai sekolah tersebut dan juga pemerhatian jangka panjang serta pemantauan yang kerap
terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara
yang tidak tetap dan berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa.
3.3 Keberkesanan Pengajaran Guru
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap
orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah
sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan
ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil
persekolahan (pencapaian akademik dan bukan akaemik) yang juga pencapaiannya lebih daripada
apa yang diharapkan. Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur keberkesanan sekolah
misalnya aspek pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.
Keberkesanan pengajaran guru ini adalah penting kerana melalui teknik pengajaran yang
berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Ini disokong oleh kenyataan oleh Rotter (1996), di
mana lokus kawalan adalah faktor yang dominan yang mana guru-guru mempengaruhi pencapaian
pelajar-pelajar. Guru-guru yang boleh mengawal tindakan mereka untuk mencapai kejayaan akan
mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Teori yang dinyatakan oleh Bandura (1977), yang
mengenalpasti efikasi guru sebagai salah satu efikasi kendiri berdasarkan perspektif kongnitif
sosialnya. Setiap manusia mampu membentuk kepercayaan untuk membuat yang terbaik.
Kepercayaan inilah yang akan menghasilkan usaha untuk berjaya dan akan mendorong guru-guru
untuk berusaha dengan lebih ke arah pengajaran yang berkesan bagi menghasilkan pelajar yang
cemerlang dan akhirnya sekolah yang berkesan.
Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan kajian Sazali Yusoff (2004 ), yang dapat
mencungkil satu faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan sesebuah sekolah. Kajian
menunjukkan yang pencapaian akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh efikasi kolektif guru-
guru. Efikasi kolektif guru ini merupakan peramal yang kuat kepada kejayaan akademik murid.
Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka pengajaran guru akan lebih berkualiti dan
pencapaian pelajar-pelajar akan meningkat di samping menyumbang kepada keberkesanan sekolah.
Wu (2005), juga mendapati dari hasil kajiannya kadar keberkesanan pengajaran guru adalah
sederhana tinggi di mana hubungan guru-pelajar yang akrab merupakan yang tertinggi. Kajian juga
telah mendapati yang umur, jantina, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, jenis sekolah,
latarbelakang sekolah dan sejarah sekolah signifikan dengan keberkesanan sekolah manakala tahap
pendidikan dan jawatan tidak mempunyai perhubungan dengan keberkesanan sekolah. Lebih tinggi
keberkesanan pengajaran guru maka akan tinggilah keberkesanan sekolah. Penyelidik juga telah
mendapati terdapat lima cara untuk mengesan keberkesanan sekolah iaitu jantina, jenis sekolah,
efikasi guru, penggunaan bahan pengajaran yang sistematik dan iklim bilik darjah.
Sekolah yang berkesan sepatutnya memberikan penekanan yang lebih kepada
keberkesanan pengajaran guru yang akhirnya akan membawa kepada keberkesanan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Nordin (2004), mendapati tekanan kerja yang dialami
oleh guru tiada kaitan dengan keberkesanan sekolah. Ini adalah kerana beban yang diberikan tiada
kaitan dengan produktiviti guru. Oleh itu beliau mencadangkan beban tugas yang tiada kaitan dengan
peningkatan keberkesanan sekolah hendaklah dikurangkan. Sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada
peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih
kepada menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pengetua sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin
pengajaran dengan membimbing dan memudah cara kepada guru bagi meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru perlu diberi peluang untuk meningkatkan
perkembangan diri melalui penguasaan kemahiran terkini.
Begitu juga kepentingan keberkesanan pengajaran guru ini turut diakui oleh Ahmad Zabidi
(2003), di dalam kajiannya terhadap ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan. Hasil kajiannya
mendapati ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada sikap kerja guru-
guru berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh pengetua serta pelajarnya. Ini jelas
menunjukkan yang kekuatan guru-guru melalui pengajaran yang berkesan mampu menyumbang
kepada keberkesanan sekolah. Penumpuan terhadap kurikulum dan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah penting di dalam mewujudkan sekolah menengah agama yang berkesan.
Dapatan ini menyamai dapatan-dapatan sebelumnya yang melihat keberkesanan pengajaran guru
antara faktor keberkesanan sekolah.
Menurut Rahimah Hj Ahmad (1998), guru merupakan faktor paling penting yang menjadi
tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan ā€˜techniciansā€™ yang bertanggungjawab
terhadap ā€˜core business of schoolsā€™ khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan
bimbingan. Pengajaran guru yang berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang
gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang perlu dititikberatkan ialah
kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan
bertindak secara orang-orang professional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak
mudah patah semangat dan kreatif di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya
untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan.
3.4 Sikap pelajar-pelajar.
Menurut Hussein (1993), keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi
kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan kerja
dalam sesebuah sekolah itu. Bagaimanapun, sekolah yang berkesan bukan sahaja sek olah yang
dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi tetapi juga sekolah yang kurang menghadapi
masalah disiplin seperti kerosakan harta benda sekolah, ponteng dan keciciran, di samping mendapat
kepercayaan di kalangan masyarakat setempat dan guru-gurunya pula mendapat kepuasan bekerja.
Walaupun begitu penekanan lebih tertumpu kepada pencapaian akademik kerana secara relatifnya
pencapaian akademiknya mudah diukur melalui ujian kognitif berbanding dengan aspek-aspek lain
khususnya aspek afektif.
Mengikut pandangan murid, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mempunyai guru-
guru yang boleh mengajar dengan berkesan supaya pelajarnya jadi bijak, kreatif, sekolah yang
persekitarannya cantik dan bersih serta sekolah yang cemerlang. Namun begitu secara umumnya
boleh dirumuskan bahawa keberkesanan sekolah diukur berdasarkan hasilannya (seperti pencapaian
akademik, moral, personel dan jasmani), keadaannya (persekitaran teratur) dan prosesnya
(pengajaran guru, penglibatan ibu bapa dan sistem pentadbiran).
Kajian oleh Ahmad Zabidi ( 2003 ), turut memperlihatkan yang sikap pelajar yang positif
adalah perlu untuk membentuk sekolah menengah agama yang berkesan. Walaupun ia merupakan
ciri terendah dari senarai ciri sekolah menengah agama berkesan kajian sebelum ini
mennggambarkan sikap pelajar turut mempengaruhi pencapaian mereka. Untuk mewujudkan
kecemerlangan dan sekolah berkesan, sikap pelajar yang baik juga ialah mereka yang bukan sahaja
menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata sebaliknya juga perlu aktif di dalam
kegiatan kokurikulum. Pencapaian akademik yang tinggi di dalam suatu mata pelajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Memandangkan
keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan pencapaian dan akhlak pelajar, maka
pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pengurusan sekolah. Sekiranya sekolah hanya
mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dari aspek intelek, sudah tentu ia tidak berjaya
memenuhi matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.
Sesebuah sekolah yang berjaya adalah sekolah yang mempunyai kadar keciciran kosong, di
mana tidak ada pelajar yang tidak tahu membaca, menulis atau mengira. Begitu juga tidak ada sistem
diskriminasi, setiap pelajar mendapat layanan yang adil dari sekolah dan guru. Kemampuan sekolah
yang berkesan mengesan kemajuan murid secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu
setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif
pengajaran. Di sekolah berkesan murid digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan
kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka.
Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Kepentingan diletakkan
terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh
untuk berjaya. Setiap murid yang berjaya akan diberi penghargaan serta maklum balas yang cepat
dan berterusan terhadap prestasi murid mereka.
Murid memainkan peranan yang penting berbanding guru diamalkan di sesebuah sekolah
yang bekesan. Sekolah memberi keyakinan kepada murid mereka bertanggung jawab sepenuhnya
terhadap pelajaran mereka. Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkifli dan Rahimah (1998), mereka
telah menjawab persoalan apakah yang telah digunakan sebagai ukuran kepada keberkesanan
sekolah. Melalui dapatan kajian, mereka berpendapat bahawa keberkesanan sekolah selalunya
diukur dari segi output atau hasil persekolahan yang lazimnya dikaitkan dengan pencapaian
akademik pelajar.
Apabila memperkatakan tentang sikap pelajar , aspek disiplin tidak boleh dipandang ringan.
Disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa
dan harmoni. Sesebuah sekolah yang berkesan mempunyai disiplin yang teratur tanpa perlu
peraturan ketat, selesa dan tenang untuk suasana proses pembelajaran.
Pelajar-pelajar di sekolah berkesan perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan
membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah
dapat dikurangkan. Ada sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output
sesuatu sekolah itu. Menurut kajian, sekolah yang berkesan adalah sekolah yang kurang mengalami
masalah disiplin dan ponteng sekolah di samping mempunyai pencapaian akademik yang baik serta
konsisten.
Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin,
ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Masalah disiplin
yang dialami disekolah disusuli dengan prestasi pencapaian pelajar yang kurang memuaskan
terutamanya di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej
dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan.
4.0 Kesimpulan
Kewujudan sesebuah sekolah berkesan banyak dimainkan oleh pengetuanya. Daripada apa
yang telah saya bincangkan tadi, elemen-elemen dalam mewujudkan sekolah berkesan ialah
kepimpinan pengetuanya dan disokong oleh iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran
guru dan sikap pelajar itu sendiri. Sebenarnya ketiga-tiga elemen tadi adalah berkait rapat dengan
kepimpinan pengetua. Ketiga-ketiga elemen ini sebenarnya didorong oleh kepimpinan pengetua itu
sendiri. Maka saya membuat kesimpulan bahawa elemen yang mewujudkan sekolah berkesan
adalah bergantung sepenuhnya kepada gaya kepimpinan pengetua itu sendiri . Kepimpinan
pengetualah yang menentukan jatuh bangunnya sekolah tersebut. Sebagai pemimpin utama di
sekolah, pengurus sekolah berkemampuan mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk
melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang ke arah mencapai matlamat dan objektif
sekolah. Dengan kata lain, keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan kepimpinan
sekolah khususnya kepimpinan pengetuanya.

More Related Content

What's hot

TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Official : Kementerian Pelajaran Malaysia
Ā 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
Ā 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Little Butterfly
Ā 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
rosieca
Ā 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
umiefatiya
Ā 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
Arthur Jupong
Ā 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
ArifahAzlanShah2
Ā 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahNorshakirah Adnan
Ā 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
Ā 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
Ā 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Norliza Ahmad
Ā 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahnoorqaseh_ramadhan
Ā 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Noor Hafizah Abd. Rahim
Ā 
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolahKepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolahKPM
Ā 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumHerney Aqilah Kay
Ā 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuasyikin hashim
Ā 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
SurachaiAirak3
Ā 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutupSohib AlQuran
Ā 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
awin awin
Ā 

What's hot (20)

TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Ā 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
Ā 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Ā 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Ā 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
Ā 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
Ā 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
Ā 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
Ā 
Halangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolahHalangan integrasi tmk di sekolah
Halangan integrasi tmk di sekolah
Ā 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Ā 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
Ā 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Ā 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Ā 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
Ā 
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolahKepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Kepimpinan beretika dalam organisasi sekolah
Ā 
Elemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulumElemen dalam merancang kurikulum
Elemen dalam merancang kurikulum
Ā 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
Ā 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
Ā 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
Ā 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ā 

Similar to Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah

Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanKertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanMohd Khoeirul Fahmi Hamid
Ā 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
keziahutajulu
Ā 
Ganesan anandan
Ganesan anandanGanesan anandan
Ganesan anandan
Zai Muhd
Ā 
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083Fauzi Pozi
Ā 
proposal RM latest.pptx
proposal RM latest.pptxproposal RM latest.pptx
proposal RM latest.pptx
SITIFATIMAHBINTIHASS
Ā 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
Sir-attha Mohd Hatta
Ā 
Artikel 3
Artikel 3Artikel 3
Inisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahInisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolah
Azman Adnan
Ā 
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
ikhwanecdc
Ā 
Jurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIANJurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIAN
harjunode
Ā 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
mahmudi moedy
Ā 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Krishna Veeni
Ā 
makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL
makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL
makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL
GINA AMRIL
Ā 
Kebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga Pendidikan
Kebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga PendidikanKebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga Pendidikan
Kebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga Pendidikan
dadanglukmanulhakim1
Ā 
Presentasi makalah indonesia
Presentasi makalah indonesiaPresentasi makalah indonesia
Presentasi makalah indonesia
Iflakhatul Ulfa
Ā 
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptxINTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
ssusera9d49a1
Ā 
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdfKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
WongYanYan2
Ā 
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPeranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
PBK0619MohamadAkmalB
Ā 

Similar to Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah (20)

Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanKertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Ā 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
Ā 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Ā 
Ganesan anandan
Ganesan anandanGanesan anandan
Ganesan anandan
Ā 
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Ā 
proposal RM latest.pptx
proposal RM latest.pptxproposal RM latest.pptx
proposal RM latest.pptx
Ā 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
Ā 
Artikel 3
Artikel 3Artikel 3
Artikel 3
Ā 
Inisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahInisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolah
Ā 
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
24. kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi
Ā 
Jurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIANJurnal PENELITIAN
Jurnal PENELITIAN
Ā 
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur ainiMamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Mamajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-nur aini
Ā 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Ā 
makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL
makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL
makalah manajemen sekolah-GINA AMRIL
Ā 
Kebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga Pendidikan
Kebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga PendidikanKebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga Pendidikan
Kebijakan Dan Kepemimpinan Lembaga Pendidikan
Ā 
Presentasi makalah indonesia
Presentasi makalah indonesiaPresentasi makalah indonesia
Presentasi makalah indonesia
Ā 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
Ā 
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptxINTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
INTEGRITI PENDIDIKAN.pptx
Ā 
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdfKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
Ā 
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPeranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Ā 

Recently uploaded

0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
Ā 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
Ā 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
TEDYHARTO1
Ā 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
Ā 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
Ā 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
Ā 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
Ā 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
Ā 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
Ā 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
Ā 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
Ā 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
Ā 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
Ā 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
irawan1978
Ā 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
Ā 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
Ā 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
widyakusuma99
Ā 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
Ā 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
Ā 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
Ā 

Recently uploaded (20)

0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Ā 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
Ā 
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawasuntuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
untuk observasi kepala sekolah dengan pengawas
Ā 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
Ā 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Ā 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
Ā 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
Ā 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
Ā 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Ā 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Ā 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
Ā 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
Ā 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Ā 
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docxKisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Kisi-kisi soal pai kelas 7 genap 2024.docx
Ā 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
Ā 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Ā 
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
LAPORAN TUGAS TAMBAHAN PEMBINA PRAMUKA..
Ā 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
Ā 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Ā 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
Ā 

Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah

  • 1. Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah? 1.0 Pendahuluan Sekolah berkesan perlu dikaji dan dilihat serta difahami konsep, ciri dan definisinya oleh semua warga pendidikan. Penulisan yang akan saya bentangkan ialah berkaitan dengan peranan seorang pengetua dan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada sekolah berkesan atau keberkesanan sekolah . Walau bagaimanapun hanya empat aspek yang akan dihuraikan iaitu aspek kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran guru dan sikap pelajar-pelajarnya dan sebenarnya keempat-empat faktor ini adalah berkait rapat dengan peranan pengetua. Apabila memperkatakan tentang keberkesanan sekolah, kita tidak boleh lari dari aspek kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974), kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Begitu juga di sekolah di mana pembentukan organisasi sekolah berkesan itu sangat bergantung kepada kepemimpinan pengetuanya. Ini adalah disebabkan oleh tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan akan turut mempengaruhi suasana dan semangat subordinatnya. Sekolah berkesan di Malaysia adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Selain faktor yang timbul dari keberkesanan kepemimpinan pengetua, faktor efikasi guru dan demografi guru besar juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi keberkesanan sekolah. Ini adalah disebabkan oleh seseorang guru besar atau pengetua itu akan melibatkan hubungannya dengan guru dan pelajar sewaktu memimpin organisasi sekolah ke arah kecemerlangan. Indikator kualiti yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesebuah sekolah itu selalunya adalah yang berkaitan dengan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar, kepemimpinan pengetua, iklim sekolah, strategi dan teknik pembelajaran, budaya dan nilai sesebuah
  • 2. sekolah serta pembangunan staf (Creemers 1997). Selain itu salah satu faktor yang tidak kurang pentingnya menyumbang kepada keberkesanan sekolah ialah keberkesanan pengajaran guru. Kajian yang dilakukan oleh Stringfield & Teddlie (1987) telah membuktikan hubungan ini. Kajian berkaitan sekolah berkesan telah mendapat perhatian ramai kerana individu mahupun organisasi tertentu di dalam bidang pendidikan telah menyedari kepentingannya untuk mewujudkan sekolah berkesan dalam kriteria akauntabiliti pendidikan. Ia juga adalah bagi memenuhi matlamat pendidikan negara seperti yang ditekankan di dalam Falsafah Pendidikan Negara. 2.0 Definisi, konsep dan ciri sekolah berkesan Keberkesanan sekolah bukan sahaja diukur dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan (equity), itulah apa yang didefinisikan oleh Edmonds (1979), mengenai sekolah berkesan. Edmonds menyatakan, keberkesanan sesebuah sekolah itu boleh diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak dari keluarga kurang berada sehinggakan kadar bilangan kanak-kanak yang kurang berada yang boleh menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Sesebuah sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan jika tidak memberi peluang pendidikan yang sama. Berdasarkan kriteria ini, menurutnya, bilangan sekolah di Amerika Syarikat yang boleh dianggap berkesan amat sedikit. Untuk memenuhi kriteria seperti yang diharapkan tidak mustahil jika keseluruhan warga sekolah itu bekerjasama bergerak ke arah pencapaian matlamatnya. Empat cara bagi mengenalpasti sekolah yang berkesan menurut Rowan (1983), ialah: - (1) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan.
  • 3. (2) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa (3) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort (4) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya. Namun begitu definisi yang paling biasa digunakan dalam kajian-kajian tentang keberkesanan sekolah ialah : Sekolah yang mana sebahagian besar daripada pelajar-pelajarnya mencapai tahap yang tinggi dalam prestasi akademik apabila dibandingkan dengan sekolah-sekolah yang lain. ( Cuttance 1985 ). Mengikut Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berkesan adalah berdasarkan pendapat Edmonds (1979), iaitu mempunyai fokus pengajaran yang dinyatakan dengan jelas dan menggunakan penilaian serta penaksiran yang sistematik. Harapan yang diletakkan kepada sekolah yang cemerlang ialah bahawa pelajar-pelajarnya akan belajar dengan baik. Sekolah berkesan juga mempunyai iklim yang teratur dan selamat bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai pendidik yang kukuh sebagai pengetua. Mortimore (1995), telah memberikan sebelas ciri sekolah berkesan:- i. kepemimpin profesional. ii. perkongsian wawasan dan tujuan. iii. persekitaran pembelajaran dan iklim sekolah yang baik. iv. tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. v. Pengajaran yang bertujuan. vi. jangkaan kejayaan yang tinggi. vii. pengukuhan yang positif.
  • 4. viii. pemantauan kemajuan. ix. Menghormati hak dan tanggungjawab pelajar. x. hubungan rumah dengan sekolah. xi. organisasi pembelajaran. Mortimore percaya berdasarkan ciri-ciri tersebut sekolah akan menunjukkan keberkesanannya sebagai sebuah organisasi yang outputnya diukur dari pencapaian dan keberhasilan pelajar meningkat lebih daripada apa yang diharapkan. Shahril Marzuki ( 1997), menyatakan terdapat lima ciri sekolah untuk membina profil sekolah berkesan di Malaysia mendapati semua faktor tersebut adalah positif . Sekolah yang berkesan mempunyai kepimpinan dan iklim sekolah yang positif (selesa dan selamat), guru-guru menaruh harapan guru yang tinggi terhadap penguasaan kemahiran asas pelajar, kekerapan mengadakan penilaian, peranan persatuan ibu bapa dan guru, dan kemudahan fizikal (prasarana, kewangan) sekolah yang baik bagi mempertingkatkan pencapaian pelajar. Berbanding dengan sekolah tidak berkesan mempunyai faktor-faktor tersebut tetapi pada tahap atau darjah yang rendah dan kurang efektif untuk mempertingkatkan pencapaian murid. Sementara itu Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal. 3.0 Elemen- Elemen Mewujudkan Sekolah Berkesan 3.1 Peranan Kepemimpinan Pengetua
  • 5. Kepemimpinan pengetua adalah antara faktor yang menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Ini bersesuaian dengan pendapat Alma Haris (2002), yang menyatakan sekolah berkesan adalah hasil dari kepemimpinan pengetua yang bersifat ā€˜distributed leadershipā€™ iaitu yang berkongsi peranan secara kolektif dengan guru-gurunya untuk kecemerlangan sekolah melalui pencapaian matlamat yang sama. Begitu juga dengan Tay (1984, di dalam Nordin Hj Yahya 2004), yang mendapati kecemerlangan sesebuah sekolah berpunca dari kepemimpinan pengetuanya. Tay juga berpendapat kejayaan sistem pentadbiran sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kualiti kemudahan sekolah, kualiti kurikulum, sumber pengajaran, kualiti kepemimpinan pengetua dan kemahiran profesional guru-gurunya. Pembentukan organisasi sekolah yang berkesan sangat bergantung kepada kualiti kepemimpinan pengetuanya. Menurut Stoghill (1974) pula, kepemimpinan yang cekap dan berkesan akan dapat meningkatkan kemajuan dan kejayaan sesuatu organisasi. Ini adalah kerana tingkahlaku dan gaya kepemimpinan yang diamalkan oleh seorang pemimpin itu yang akan mempengaruhi suasana dan semangat kerja pekerja-pekerjanya. Kajian yang dijalankan oleh Nordin (2004), ke atas lima buah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan mendapati pada keseluruhannya keberkesanan organisasi adalah selari dengan dapatan kajian Ahmad Mohammad Shariff (1989) ke atas sekolah-sekolah vokasional seluruh negara. Nordin mendapati terdapatnya hubungan antara tingkahlaku kepemimpinan pengetua dengan sekolah berkesan. Beliau mendapati pada keseluruhannya di dalam aspek kepemimpinan pengetua, pengetua mengamalkan kepemimpinan yang seimbang dari tingkahlaku permulaan struktur tugas dan struktur konsiderasi. Keberkesanan organisasi sekolah pula pada keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dapatan ini turut disokong oleh hasil kajian terdahulu yang dilakukan. Kepentingan tingkahlaku dan gaya kepemimpinan pengetua di dalam mengerakkan sekolah ke arah sekolah berkesan turut dinyatakan oleh Ahmad Zabidi
  • 6. ( 2003), di dalam kajiannya mengenai ciri-ciri sekolah berkesan : Implikasinya ke atas pengurusan sekolah agama. Dapatan kajiannya mendapati kepemimpinan pengetua bukanlah merupakan faktor terpenting berbanding kajian sekolah sebelum ini. Hasil kajian Ahmad Zabidi ini menyerupai pandangan Abd. Hamid Othman (1992), yang mendapati kelemahan yang perlu diatasi segera di sekolah-sekolah agama ialah kecekapan dan kelicinan pentadbirannya. Ini sepatutnya menyedarkan pengetua-pengetua untuk meningkatkan kualiti kepemimpinannya dengan mendalami ilmu untuk meningkatkan lagi kebekesanan sekolah kerana peranan pengetua cukup penting seperti mana menurut Abdul Karim Mohd Nor (1989), yang mengatakan peranan pemimpin sekolah amat penting di dalam melahirkan sekolah berkesan. Peranan pengetua di dalam memimpin guru-guru dan pelajar-pelajarnya ke arah melahirkan sebuah sekolah berkesan juga turut dinyatakan oleh Wu (1989), di dalam kajiannya di Taiwan berkaitan dengan sekolah berkesan. Beliau menyatakan di antara indikator sekolah berkesan itu ialah perancangan dan iklim sekolah, kualiti pengajaran guru, tingkahlaku pelajar, komunikasi pentadbiran, pencapaian akademik pelajar, kepuasan kerja guru, penyusunan kurikulum, hubungan ibu bapa dan sekolah, hubungan guru-pelajar dan kepemimpinan pengetua. Ini jelas menunjukkan bagi mewujudkan sekolah yang berkesan kepemimpinan pengetua itu adalah antara faktor yang diambil kira dan penting. Hussein Mahmood (1993), pula melihat pengetua atau guru besar ialah orang yang terpenting di dalam memimpin sebuah sekolah bagi mencapai matlamat sekolah. Ini jelas menunjukkan yang sesebuah sekolah yang berkesan itu mempunyai stail atau gaya kepemimpinan yang turut berkesan. Sekolah-sekolah agama di Malaysia juga turut tidak ketinggalan dikaji aspek keberkesanan sekolahnya. Hasil dari kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), telah merumuskan sepuluh ciri sekolah menengah agama berkesan iaitu harapan yang tinggi oleh para guru, iklim
  • 7. sekolah yang kondusif, pengukuhan yang positif, kepemimpinan pengetua yang professional, pemantauan yang berterusan terhadap perkembangan pelajar, perkongsian visi dan matlamat yang jelas, program perkembangan staf, penumpuan terhadap kurikulum dan pengajaran, permuafakatan sekolah dan rumah serta akhirnya ialah sikap pelajar yang positif. Kesemua ciri yang dinyatakan menyamai ciri-ciri yang ditemui dalam kajian terdahulu yang dijalankan terhadap sekolah awam dan sekolah vokasional. Antara kelainannya ialah ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada sikapp kerja guru berbanding peranan yang dimainkan oleh pengetua. Ini beliau nyatakan sebagai bukan sesuatu yang pelik kerana menurutnya sekolah-sekolah agama mempunyai kekurangan dari aspek kecekapan pentadbiran. Beliau turut mencadangkan agar program latihan kepengetuaan bagi pengetua-pengetua sekolah agama dan aspek yang perlu diberi penekanan ialah aspek pembangunan diri, budaya kualiti, profil pengetua berkesan, komunikasi dan pembinaan pasukan. Melalui latihan dan kursus sebegini dilihat akan mampu meningkatkan lagi kualiti kepemimpinan pengetua untuk menguruskan sekolah sehingga meningkatkan kuantiti sekolah menengah agama berkesan. Ia bersesuaian dengan pendapat Edmonds (1979), ā€œPrincipals can make a differenceā€. 3.2 Iklim sekolah yang kondusif Walau apa pun ciri-ciri sekolah berkesan yang dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji, namun begitu, hampir kesemuanya memperkatakan tentang ciri-ciri sekolah berkesan ialah kepemimpinan pengetua, iklim sekolah yang kondusif, peranan guru yang berkesan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, sikap pelajar yang positif dan pemuafakatan di antara sekolah dan rumah. Antara kajian yang memperlihatkan akan kepentingan iklim sekolah yang kondusif di dalam mempengaruhi keberkesanan sekolah ialah Rahimah dan Zulkifli (1998) dan Mortimore& Sacknay (1986).
  • 8. Ini turut ditemui di dalam kajian yang dijalankan oleh Ahmad Zabidi (2003), di mana beliau telah mendapatkan purata nilai min yang kedua tertinggi bagi iklim sekolah yang kondusif di dalam ciri sekolah agama yang berkesan. Kajian beliau juga menunjukkan ciri iklim sekolah turut membantu ke arah keberkesanan sekolah. Dengan itu, warga sekolah perlulah membentuk budaya hidup beragama sebagai iklim sekolah agama berkesan kerana budaya hidup beragama ini bukan sahaja mengatasi masalah disiplin bahkan ia turut membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Peranan utama perlu dimainkan oleh pengurusan sekolah agama terutamanya pengetua untuk membentuk iklim yang bersesuaian kerana pengetua mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya. Iklim sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajar-pelajarnya yang berbeza dan mengurangkan perbezaan sesama mereka. Pengurusan sekolah agama perlu mewujudkan iklim sekolah agama yang disepadukan di antara iklim yang bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi yang baik dan juga pembentukan iklim dalaman seperti penerapan nilai keagamaan di dalam kehidupan seharian di sekolah. Melalui kesepaduan iklim-iklim ini pihak sekolah bukan sahaja mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik bahkan cemerlang dari aspek akhlak dan keperibadian. Dapatan di atas mengenai kepentingan iklim sekolah yang kondusif bagi menghasilkan sebuah sekolah yang berkesan turut diakui oleh Creemers (1997), yang menyatakan antara kualiti indikator mengukur sekolah berkesan ialah melalui pencapaian akademik pelajar, iklim sekolah, nilai dan budaya sekolah, teknik pengajaran dan pembelajaran, kepemimpinan pengetua dan perkembangan staf.
  • 9. Kajian yang dijalankan oleh Wu (2005), di Taiwan turut menyatakan akan kepentingan iklim bilik darjah dan sekolah di dalam menyumbang kepada pembentukan sekolah berkesan. Beliau menyatakan yang iklim sekolah adalah di antara lima penentu utama sekolah berkesan di Taiwan. Menurutnya bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesebuah sekolah maka penekanan perlu diberikan terhadap kelima-lima faktor penentu yang dinyatakan termasuklah iklim sekolah yang kondusif. Rahimah dan Zulkifli (1996), juga telah melihat yang iklim dan kemudahan fizikal turut menyumbang kepada sekolah berkesan. Guru-guru dan pelajar-pelajar perlu berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan berada di dalam keadaan yang teratur akan mengalakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi melahirkan pelajar- pelajar yang cemerlang dan seterusnya ke arah sekolah yang berkesan. Rahimah dan Zulkifli (1996), dalam meninjau sekolah berkesan dan tidak berkesan menggunakan proksi iklim sekolah yang dikaitkan dengan hubungan interpersonel, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran sekolah dan kemudahan fizikal. Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah-sekolah yang dikaji. Tiga daripada empat buah sekolah luar bandar mempunyai skor yang tertinggi untuk skala Perhubungan Interpersonal. Dua daripadanya adalah dari sekolah berkesan manakala satu daripada sekolah kurang berkesan didapati mempunyai hubungan interpersonal yang positif berbanding dengan sekolah di kawasan bandar. Dapatan kajian juga mendapati bahawa pelajar-pelajar serta guru-guru yang berada di dalam sekolah yang berkesan sentiasa positif tentang pembelajaran di sekolah serta persekitaran di sekelilingnya. Dengan kata lain sekolah berkesan berkaitan rapat dengan semua staf di dalamnya samada sentiasa ingin maju dan sentiasa memandang ke hadapan atau sentiasa berfokus tentang pembelajaran, sentiasa peka terhadap keperluan pelajarnya dan sentiasa berwawasan.
  • 10. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melihat sekolah-sekolah yang dipilih menunjukkan keberkesanan dalam pencapaian samada pelajar, guru dan sekolah itu sendiri. Jika diteliti dari kriteria yang digunakan keberkesanan sekolah itu mementingkan; i. Outcome dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum. ii. ā€˜Prosesā€™ bagi mencapai kecemerlangan akademik iii. Pengurusan dan pentadbiran sekolah iv. Iklim sekolah v. Penglibatan PIBG (ibu bapa) Pelajar dan guru di sekolah yang berkesan merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah. Persekitaran sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Sekolah yang berkesan mempunyai ruang yang mencukupi untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik. Konsep mengenai iklim sekolah telah ditakrifkan dengan pelbagai cara, tetapi pada keseluruhannya adalah dipersetujui umum bahawa iklim sesebuah sekolah itu merupakan perasaan atau gambaran suasana yang seolah-olah dapat dirasakan ketika seseorang itu berada di sekolah tersebut. Menurut Halpin dan Croft (1966), di sekolah yang dapat memberikan rasa suasana yang selesa dari segi iklim sekolahnya, perkara berikut akan dapat diperhatikan :- 1. Guru merasa selesa, yakin dan puas. 2. Guru tidak merasa tertekan atau bercelaru. 3. Pengetua mempamirkan keyakinan diri, bijaksana dan berlaku adil. 4. Pengetua mudah dibawa berbincang dan mempunyai fikiran yang terbuka. 5. Pengetua merupakan seorang pemimpin yang baik, mampu membimbing kakitangannya serta memperkembang potensi mereka. 6. Pelajar merasa bangga terhadap hasil kerja mereka dan terhadap sekolah mereka.
  • 11. Iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar-pelajar memperoleh pencapaian yang baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Ini dikuatkan lagi melalui dapatan kajian oleh Shahril (1997), yang mengatakan iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila suasana sekolah itu aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar. Banguanan sekolah turut dijaga dengan baik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Ia penting untuk mempengaruhi psikologi dan emosi warga sekolah itu. Faktor-faktor iklim sekolah di atas membantu mewujudkan sekolah berkesan. Namun begitu untuk mempastikan iklim yang bersesuaian adalah memerlukan gambaran yang lebih lengkap mengenai sekolah tersebut dan juga pemerhatian jangka panjang serta pemantauan yang kerap terhadap iklim sekolah. Ini adalah kerana faktor yang menentukan iklim yang sesuai adalah perkara yang tidak tetap dan berubah-ubah bergantung kepada keadaan semasa. 3.3 Keberkesanan Pengajaran Guru Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri. Konsep dan pengertian keberkesanan sekolah boleh diukur berasaskan output atau hasil persekolahan (pencapaian akademik dan bukan akaemik) yang juga pencapaiannya lebih daripada apa yang diharapkan. Seterusnya proses juga dianggap satu kriteria pengukur keberkesanan sekolah misalnya aspek pentadbiran sekolah, kerjasama di kalangan warga sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • 12. Keberkesanan pengajaran guru ini adalah penting kerana melalui teknik pengajaran yang berkesan akan melahirkan pelajar yang cemerlang. Ini disokong oleh kenyataan oleh Rotter (1996), di mana lokus kawalan adalah faktor yang dominan yang mana guru-guru mempengaruhi pencapaian pelajar-pelajar. Guru-guru yang boleh mengawal tindakan mereka untuk mencapai kejayaan akan mempunyai efikasi kendiri yang tinggi. Teori yang dinyatakan oleh Bandura (1977), yang mengenalpasti efikasi guru sebagai salah satu efikasi kendiri berdasarkan perspektif kongnitif sosialnya. Setiap manusia mampu membentuk kepercayaan untuk membuat yang terbaik. Kepercayaan inilah yang akan menghasilkan usaha untuk berjaya dan akan mendorong guru-guru untuk berusaha dengan lebih ke arah pengajaran yang berkesan bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan akhirnya sekolah yang berkesan. Kenyataan ini turut mempunyai persamaan dengan kajian Sazali Yusoff (2004 ), yang dapat mencungkil satu faktor dalaman sekolah yang boleh diubah demi kejayaan sesebuah sekolah. Kajian menunjukkan yang pencapaian akademik murid sangat kuat dipengaruhi oleh efikasi kolektif guru- guru. Efikasi kolektif guru ini merupakan peramal yang kuat kepada kejayaan akademik murid. Apabila efikasi kolektif guru-guru meningkat maka pengajaran guru akan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar-pelajar akan meningkat di samping menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Wu (2005), juga mendapati dari hasil kajiannya kadar keberkesanan pengajaran guru adalah sederhana tinggi di mana hubungan guru-pelajar yang akrab merupakan yang tertinggi. Kajian juga telah mendapati yang umur, jantina, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, jenis sekolah, latarbelakang sekolah dan sejarah sekolah signifikan dengan keberkesanan sekolah manakala tahap pendidikan dan jawatan tidak mempunyai perhubungan dengan keberkesanan sekolah. Lebih tinggi keberkesanan pengajaran guru maka akan tinggilah keberkesanan sekolah. Penyelidik juga telah mendapati terdapat lima cara untuk mengesan keberkesanan sekolah iaitu jantina, jenis sekolah, efikasi guru, penggunaan bahan pengajaran yang sistematik dan iklim bilik darjah.
  • 13. Sekolah yang berkesan sepatutnya memberikan penekanan yang lebih kepada keberkesanan pengajaran guru yang akhirnya akan membawa kepada keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Nordin (2004), mendapati tekanan kerja yang dialami oleh guru tiada kaitan dengan keberkesanan sekolah. Ini adalah kerana beban yang diberikan tiada kaitan dengan produktiviti guru. Oleh itu beliau mencadangkan beban tugas yang tiada kaitan dengan peningkatan keberkesanan sekolah hendaklah dikurangkan. Sebaliknya tumpuan perlu diberi kepada peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran kerana peningkatan keberkesanan sekolah lebih kepada menghasilkan pelajar yang berkualiti. Pengetua sendiri perlu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dengan membimbing dan memudah cara kepada guru bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru-guru perlu diberi peluang untuk meningkatkan perkembangan diri melalui penguasaan kemahiran terkini. Begitu juga kepentingan keberkesanan pengajaran guru ini turut diakui oleh Ahmad Zabidi (2003), di dalam kajiannya terhadap ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan. Hasil kajiannya mendapati ciri-ciri sekolah menengah agama berkesan banyak bergantung kepada sikap kerja guru- guru berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh pengetua serta pelajarnya. Ini jelas menunjukkan yang kekuatan guru-guru melalui pengajaran yang berkesan mampu menyumbang kepada keberkesanan sekolah. Penumpuan terhadap kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting di dalam mewujudkan sekolah menengah agama yang berkesan. Dapatan ini menyamai dapatan-dapatan sebelumnya yang melihat keberkesanan pengajaran guru antara faktor keberkesanan sekolah. Menurut Rahimah Hj Ahmad (1998), guru merupakan faktor paling penting yang menjadi tunjang kepada sekolah berkesan kerana guru merupakan ā€˜techniciansā€™ yang bertanggungjawab terhadap ā€˜core business of schoolsā€™ khususnya pembelajaran anak didiknya melalui pengajaran dan bimbingan. Pengajaran guru yang berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang
  • 14. gemilang dan cemerlang bukan suatu yang mustahil untuk dicapai. Yang perlu dititikberatkan ialah kesediaan dan kesanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak secara orang-orang professional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah patah semangat dan kreatif di dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarannya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan sekolah yang berkesan. 3.4 Sikap pelajar-pelajar. Menurut Hussein (1993), keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan kerja dalam sesebuah sekolah itu. Bagaimanapun, sekolah yang berkesan bukan sahaja sek olah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi tetapi juga sekolah yang kurang menghadapi masalah disiplin seperti kerosakan harta benda sekolah, ponteng dan keciciran, di samping mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat setempat dan guru-gurunya pula mendapat kepuasan bekerja. Walaupun begitu penekanan lebih tertumpu kepada pencapaian akademik kerana secara relatifnya pencapaian akademiknya mudah diukur melalui ujian kognitif berbanding dengan aspek-aspek lain khususnya aspek afektif. Mengikut pandangan murid, sekolah yang berkesan ialah sekolah yang mempunyai guru- guru yang boleh mengajar dengan berkesan supaya pelajarnya jadi bijak, kreatif, sekolah yang persekitarannya cantik dan bersih serta sekolah yang cemerlang. Namun begitu secara umumnya boleh dirumuskan bahawa keberkesanan sekolah diukur berdasarkan hasilannya (seperti pencapaian akademik, moral, personel dan jasmani), keadaannya (persekitaran teratur) dan prosesnya (pengajaran guru, penglibatan ibu bapa dan sistem pentadbiran).
  • 15. Kajian oleh Ahmad Zabidi ( 2003 ), turut memperlihatkan yang sikap pelajar yang positif adalah perlu untuk membentuk sekolah menengah agama yang berkesan. Walaupun ia merupakan ciri terendah dari senarai ciri sekolah menengah agama berkesan kajian sebelum ini mennggambarkan sikap pelajar turut mempengaruhi pencapaian mereka. Untuk mewujudkan kecemerlangan dan sekolah berkesan, sikap pelajar yang baik juga ialah mereka yang bukan sahaja menumpukan sepenuh perhatian kepada akademik semata-mata sebaliknya juga perlu aktif di dalam kegiatan kokurikulum. Pencapaian akademik yang tinggi di dalam suatu mata pelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Memandangkan keberkesanan sekolah dinilai antaranya berdasarkan pencapaian dan akhlak pelajar, maka pembentukan sikap pelajar perlu diutamakan oleh pengurusan sekolah. Sekiranya sekolah hanya mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang dari aspek intelek, sudah tentu ia tidak berjaya memenuhi matlamat pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sesebuah sekolah yang berjaya adalah sekolah yang mempunyai kadar keciciran kosong, di mana tidak ada pelajar yang tidak tahu membaca, menulis atau mengira. Begitu juga tidak ada sistem diskriminasi, setiap pelajar mendapat layanan yang adil dari sekolah dan guru. Kemampuan sekolah yang berkesan mengesan kemajuan murid secara sistematik melalui pengesanan yang teratur iaitu setiap pengetua dan guru mengawasi kemajuan murid berpandukan kepada kehendak dan objektif pengajaran. Di sekolah berkesan murid digalakkan bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan kegiatan seharian mereka seperti menjaga alat-alat kemudahan sekolah dan buku mereka. Sementara kerja rumah dan latihan diperbanyakkan dan diperiksa oleh guru. Kepentingan diletakkan terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya. Setiap murid yang berjaya akan diberi penghargaan serta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid mereka. Murid memainkan peranan yang penting berbanding guru diamalkan di sesebuah sekolah yang bekesan. Sekolah memberi keyakinan kepada murid mereka bertanggung jawab sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Dalam kajian yang telah dibuat oleh Zulkifli dan Rahimah (1998), mereka telah menjawab persoalan apakah yang telah digunakan sebagai ukuran kepada keberkesanan sekolah. Melalui dapatan kajian, mereka berpendapat bahawa keberkesanan sekolah selalunya
  • 16. diukur dari segi output atau hasil persekolahan yang lazimnya dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar. Apabila memperkatakan tentang sikap pelajar , aspek disiplin tidak boleh dipandang ringan. Disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmoni. Sesebuah sekolah yang berkesan mempunyai disiplin yang teratur tanpa perlu peraturan ketat, selesa dan tenang untuk suasana proses pembelajaran. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan perlu diterapkan dengan nilai-nilai murni. Nilai murni akan membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan. Ada sesetengah pihak yang mengukur disiplin pelajar sebagai ukuran output sesuatu sekolah itu. Menurut kajian, sekolah yang berkesan adalah sekolah yang kurang mengalami masalah disiplin dan ponteng sekolah di samping mempunyai pencapaian akademik yang baik serta konsisten. Seperti yang kita sedia maklum, selalunya jika sesebuah sekolah mengalami masalah disiplin, ini akan menjejaskan reputasi pengetua, guru-guru, pelajar dan sekolah itu sendiri. Masalah disiplin yang dialami disekolah disusuli dengan prestasi pencapaian pelajar yang kurang memuaskan terutamanya di dalam peperiksaan awam seperti SPM dan PMR. Keadaan ini akan menjejaskan imej dan kepercayaan masyarakat terhadap sekolah berkenaan. 4.0 Kesimpulan Kewujudan sesebuah sekolah berkesan banyak dimainkan oleh pengetuanya. Daripada apa yang telah saya bincangkan tadi, elemen-elemen dalam mewujudkan sekolah berkesan ialah kepimpinan pengetuanya dan disokong oleh iklim sekolah yang kondusif, keberkesanan pengajaran guru dan sikap pelajar itu sendiri. Sebenarnya ketiga-tiga elemen tadi adalah berkait rapat dengan kepimpinan pengetua. Ketiga-ketiga elemen ini sebenarnya didorong oleh kepimpinan pengetua itu
  • 17. sendiri. Maka saya membuat kesimpulan bahawa elemen yang mewujudkan sekolah berkesan adalah bergantung sepenuhnya kepada gaya kepimpinan pengetua itu sendiri . Kepimpinan pengetualah yang menentukan jatuh bangunnya sekolah tersebut. Sebagai pemimpin utama di sekolah, pengurus sekolah berkemampuan mempengaruhi semua guru dan pelajar untuk melaksanakan program dan aktiviti yang telah dirancang ke arah mencapai matlamat dan objektif sekolah. Dengan kata lain, keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan kepimpinan sekolah khususnya kepimpinan pengetuanya.