Biodata Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas memberikan ringkasan singkat tentang latar belakang keluarga dan pendidikan awal Prof SMNA. Beliau lahir dari keluarga bangsawan dan kiyai terkenal. Mendapat pendidikan awal di sekolah-sekolah Melayu dan Arab sebelum melanjutkan pengajian tinggi di UK dan Kanada. Memulakan karier akademik di UM sebelum mengasaskan institusi pengajian Islam seperti ISTAC.
2. Kehidupan Awal dan Keluarga
● Syed Muhammad Naquib al-Attas, lahir di Bogor, Indonesia pada 5
September 1931
●
Nenek al-Attas, Ruqayyah Hanum adalah seorang bangsawan Turki
●
Datuknya, Syed Abdullah bin Muhdin al-Attas, adalah seorang kiyai
terkenal di Jawa
●
Ibunya, Sharifah Raguan al-Aydarus berasal dari Bogor, Jawa dan
berketurunan raden-raden kerabat Diraja Sunda dari Sukapura
●
Ayahnya, Syed Ali bin Abdullah al-Attas, berasal dari Johor Bahru,
yang bergaris dengan Ungku Abdul Majid, adinda Sultan Abu Bakr,
Sultan Johor yang ke-21
3. ● Prof SMNA adalah anak kedua daripada tiga
adik beradik
● Abangnya adalah Syed Hussien al-Attas yang
kemudian terkenal sebagai mantan Naib
Canselor Universiti Malaya (UM) dan
politikus(pengasas Parti Gerakan, teori
bebalisme and penulis The Myth of Lazy Natives
● Adiknya, Syed Zaid al-Attas, yang juga seorang
akademia di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
4. Pendidikan Awal
●
Mendapat pendidikan pertama daripada kedua ibubapanya
●
Sewaktu berusia 5 tahun, al-Attas dibawa ke Johor, Tanah Melayu, untuk
memulakan pendidikan rendahnya di Sekolah Ngee Hen
● Pendudukan Jepun menyebabkan al-Attas kembali semula ke Indonesia
dan belajar di Madrasah Al-`Urwatu’l-Wuthqa, di Sukabumi, Jawa
tempatnya menguasai Bahasa Arab
●
Apabila Perang Dunia Kedua berakhir, iaitu pada 1946, al-Attas ke Johor
untuk melengkapkan pendidikan menengahnya di Bukit Zahrah School dan
English College
●
Beliau banyak menghabiskan masa di perpustakaan Ungku Abdul Aziz yang
mempunyai buku yang langka dan nadir
●
Beliau mendapat pendidikan Islam tradisi di Jawa dan kesusasteraan
Melayu di Tanah Melayu
5. Karier Ketenteraan
●
Setelah tamat persekolahan menengahnya, al-Attas mendaftar
untuk memasuki Rejimen Askar Melayu Diraja sebagai pegawai
kadet
●
Beliau merupakan antara yang terpilih untuk melanjutkan latihan
ketenteraan di Britain
●
Di Britain, sepanjang 1952-1955, al-Attas menempuh pendidikan
ketenteraannya di Eton Hall, Chester, England dan seterusnya di
Royal Military Academy, Sandhurt, UK
●
Di sinilah berlaku kemalangan yang mengakibatkannya
mengalami masalah pendengaran ekoran kesan letupan
6. ● Ketika berada di Eropahlah yang menyebabkannya mula
meneliti dan menginsafi keadaan sosiobudaya masyarakat
Eropah yang telah ditelan oleh sekularisme
● Beliau juga mengambil hikmah daripada kunjungannya ke
Sepanyol dengan melihat sendiri kesan peninggalan
kerajaan Andalusia
● Beliau turut berkunjung ke Afrika Utara dan Maghribi dan
meninjau sendiri kesan tinggalan senibina Islam yang
kemudian diaplikasikan dalam pelan ISTAC
7. ●
Beliau kemudian menamatkan karier ketenteraannya dan pulang semula ke
tanah air untuk menyambung pendidikan
●
Prof mengambil ijazah pertama di Universiti Malaya pada 1957 – 1959
●
Semasa mengambil ijazah pertama inilah Prof telah menyiapkan Rangkaian
Ruba’iyyat (1959), antara karya kesusasteraan yang paling awal diterbitkan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ditulis kata pengantar oleh Pendeta
Zaaba antaranya ”menuturkan beberapa fikiran dan perasaan atau kesedaran
hambaNya menerusi permandangan batin dan dzauq pihak ruhani
sebagaimana yang terdapat pada ahli-ahli tasawwuf yang tinggi”
8. ● Selain itu buku lain yang ditulis oleh Prof
semasa pengajian ijazah pertamanya adalah
Some Aspects of Sufism as Understood and
Practised among the Malays (1963) yang
diterbitkan oleh Malaysian Sociological
Research Institute (MSRI)
● Yang menariknya beliau sempat memainkan
peranan dalam pengasasan Persatuan
Mahasiswa Islam UM (PMIUM)
9. ● Setelah menamatkan pengajian di UM, dan berdasarkan kepada mutu keilmuan yang
ditampilkannya, al-Attas ditawarkan Canada Council Fellowship di McGill University di
Montreal
● Setelah dua tahun beliau berjaya menamatkan pengajian di McGill University dengan
tesisnya Raniri and the Wujudiyyah of 17th Century Acheh (1966) yang kemudian
diterbitkan oleh Malaysian Branch Royal Asiatic Society (MBRAS) sebagai monograf
● Di McGill jugalah. iaitu di bawah bumbung Pengajian Islam, al-Attas sempat berkenalan
dengan beberapa tokoh besar dalam kajian keislaman sejagat seperti, Fazlur Rahman,
Seyyed Hossein Nasr, Hamilton Gibb dan Toshihiko Izutsu, Mukhti Ali, dll
● Prof juga menemuinya isterinya di sana iaitu Maureen yang memeluk agama Islam dan
dianugerahi empat orang anak
10. ● Kemudian al-Attas mendaftar pengajian doktoral di
bawah bimbingan A.J. Arberry dan Martin Lings di
School of Oriental And African Studies, University of
Londo
● Arberry adalah yang mempopularkan Rumi di mata
masyarakat Barat manakala Martin Lings adalah
penulis buku Muhammad: His Life Based on the
Earliest Sources yang memberi pengaruh yang
besar kepada Shaykh Hamza Yusuf dalam
pencariannya
11. ● Usai pengajiannya di London pada 1965, beliau pulang dan bekerja sebagai akademia di
Bahagian Kesusateraan, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya
● Pada 1968, beliau dinaikkan menjadi Dekan Fakulti Sastera,UM
● Tahun sama beliau menerbitkan The Origin of the Malay Sha’ir (1968)
● Tahun berikutnya beliau menerbitkan pula Preliminary Statement on a General Theory
of the Islamization of the Malay-Indonesian Archipelago (1969)
● Disebabkan dua buku inilah Hamzah Fansuri telah diangkat sebagai Bapa Kesusasteraan
Melayu berbanding Munshi Abdullah sebelum ini
12. ● Pada 1970, al-Attas berhijrah ke Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), di mana kemudiannya dilantik sebagai ketua
Jabatan Bahasa Melayu dan Kesustateraan, dan seterusnya
menjadi Dekan Fakulti Sastera
● Pada tahun 1970 jugalah, al-Attas menerusi Jabatan Muzium
Negara menyiasat dan menulis mengenai prasasti Terengganu
● Hasil daripada siasatan yang berdasarkan kepada kemahiran
Jawi klasiknya dan hitungan falak, terbitlah buku The Correct
Date of the Terengganu Inscription (1970)
13. ● Setahun kemudian, tulisannya iaitu Concluding Postscript to the Origin of the
Malay Sha’ir (1971) diterbitkan DBP sebagai penekanan tambahan daripada
bukunya sebelum itu, The Origin of the Malay Sha’ir (1968) yang mempertahankan
Hamzah Fansuri sebagai pelopor syair Melayu
●
Pada 1972, al-Attas menjadi akademia pertama menyampaikan syarahan perdana di
UKM, juga dalam Bahasa Melayu. Menerusi tajuk, ”Islam dalam Sejarah dan
Kebudayaan Melayu (1972) yang kemudian diterbitkan sebagai buku
●
Ketika 1 Disember 1972, UKM melantik al-Attas sebagai pengasas-pengarah bagi
Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang kemudian
bertukar nama menjadi Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) pada 1992
14. ● Pada 1973, al-Attas mula melisankan pandangannya
mengenai umat Islam
● Asal kepada monograf ini adalah kata-katanya di
IBKKM, yang ditranskrip dan disunting kembali
olehnya, sebelum diterbitkan lama setelah itu, iaitu
pada 2001 oleh International Institute of Islamic
Thought and Civilization (ISTAC)
● Monograf tersebut kemudian dikenali Risalah Kaum
Muslimin (2001)
15. ● Al-Attas turut berhujah dengan golongan orientalis yang mengkritik
bukunya dalam Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s
Hujjatu’l-Siddiq: A Refutation (1975).
● Dalam buku hangat tersebut, al-Attas memberi reaksi kritis kepada
makalah G.W.J. Drewes, Nur al-Din Al-Raniri’s Hujjat al-Siddiq li-daf’
al-Zindiq, Re-examined (1974) yang termuat dalam Journal of the
Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society
● Beliau terus menelusuri tema ini dengan buku berikutnya A
Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri
(1985), diterbitkan menerusi Kementerian Kebudayaan, Malaysia
16. ● Pada 1976, al-Attas menyampaikan syarahan pada
Muktamar Islam Antarabangsa anjuran Majlis Islam
Eropah di London berkenaan pandangan mengenai
Islam melalui perspektif Islam dan akhlak
● Syarahan yang berjudul Islam: The Concept of Religion
and the Foundation of Ethics and Morality (1976) itu
kemudiannya diterjemahkan al-Attas sendiri dalam
Bahasa Melayu dengan tajuk, Islam: Faham Agama dan
Asas Akhlak (1977)
17. ● Revolusi Islam di Iran pada 1970an telah memarakkan
kebangkitan Islam haraki
● Dalam kemengkalan kebangkitan Islam tersebut, dan tempias
dari bahang Ikhwanul Muslimin dan Jami’at Islami—sama ada
dari pengaruh Abul A’la Mawdudi, mahupun dari jalur Hassan al-
Banna ataupun Syed Qutb—al-Attas menyambutnya dengan
Islam and Secularism (1977) yang diterbitkan oleh ABIM
● Beberapa tahun kemudian, al-Attas memantapkan lagi
pandangannya mengenai hal yang sama dalam Islam,
Secularism and The Philosophy of the Future (1985)
18. ● Pada tahun 1977 juga, al-Attas diminta menyampaikan pandangannya di Makkah al-Mukarramah
sewaktu persidangan anjuran King Abdulaziz University berkenaan pendidikan Islam yang kemudian
disusuli dengan makalahnya yang berjudul Preliminary Thoughts on the Nature of Knowledge and the
Definition and Aims of Education yang membicarakan kepentingan adab dan universiti Islam
● Antara hasil buku lainnya dalam bidang pendidikan adalah The Concept of Education in Islam
(1980), yang asalnya adalah prosiding Second World Conference on Muslim Education pada 1980
● Tidak dilupakan juga penubuhan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) yang ditubukan oleh saintis-
saintis Malaysia yang ingin mencapai visi al-Attas
19. ● Pada 1988, al-Attas melengkap kajian mengenai
kajian ‘Aqaid an-Nasafi, sebuah manuskrip yang
dipercayainya tertua di Alam Melayu
● Kitab kepunyaan Ungku Aziz itu telah dikaji oleh
al-Attas apabila diminta oleh sepupunya
● Hasil penyelidikannya ini dimuatkan al-Attas
dalam, The Oldest Known Malay Manuscript:
A 16th Century Malay Translation of the
‘Aqa’id of al-Nasafi (1988)
20. ●
Pada 1987 hingga 2002, al-Attas diberi amanah menggalas
sebuah institut antarabangsa yang menekankan pemikiran Islam.
● Justeru, pada 1987, lahirlah International Institute of Islamic
Thought and Civilization atau akronimnya ISTAC
●
Di ISTAC beliau dibantu oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud yang
merupakan anak murid dan rakan akrabnya
●
Di ISTAClah Prof Wan menerbitkan Educational Philosophy and
Practice of Syed Muhammad Naquib Al-Atas: an expositions
of the original concept of Islamizations (1998) dan Budaya
Ilmu: Suatu Penjelasan (2007)
21. ●
Prof telah dianugerahkan kursi sepanjang-hayat Imam Al-Ghazzali di ISTAC yang bernaung di
bawah UIA oleh pengerusi ISTAC ketika itu Anwar Ibrahim
●
Kebanyakkan syarahannya telah diterbitkan sebagai makalah seperti Islam and the
Philosophy of Science (1989), The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul
(1990), On Quiddity and Essence (1990), The Intuition of Existence (1990), Islam: The
Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (1992), The Meaning and
Experience of Happiness in Islam (1993), dan The Degrees of Existence (1994)
●
Kesemua makalah ini dihimpunkan ke dalam buku Prolegomena to the Metaphysics of Islam:
An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (1995)
22. ● Pada tahun 2002 beliau telah disingkirkan daripada ISTAC akibat tempias
reformasi 1998 apatah lagi Prof agak akrab dengan Anwar Ibrahim
● Fasa selepas ISTAC Prof tidak berhenti daripada menyumbang kepada
masyarakat dengan terbitan Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan
Pandangan Alam (2007) yang diterbitkan Universiti Sains Malaysia
(USM) dan sebuah buku hasil bersama Prof Wan Mohd Nor ,The ICLIF
Leadership Competency Model: An Islamic Perspective (2007)
terbitan International Center for Leadership and Finance (ICLIF)
23. ●
Antara buku terkemudian yang diterbit adalah Historical Fact And Fiction (2011) yang menangkis hujah
orientalis Barat dan mengukuhkan hujah asal usul kedatangan Islam ke Tanah Melayu
● Malahan paling terbaru Prof telah mengeluarkan buku On Justice and the Nature of Man: A
Commentary on Surah Al-Nisa' (4):58 and Surah Al-Mu'minun (23):12-14 (2015) yang diterbitkan oleh
IBFIM untuk membicarakan perihal kekeliruan Muslim dalam perkisaran asal usul kejadian
●
Pada tahun 2015 juga, sebelum pelancaran buku On Justice and the Nature of Man; buku-buku Prof yang
terdahulu iaitu Risalah untuk Kaum Muslimin, Islam: Faham Agama & Asas Akhlak, Tinjauan Ringkas Peri
Ilmu & Pandangan Alam Islam ,Islam dalam Sejarah & Kebudayaan Melayu telah dihimpunkan menjadi
Himpunan Risalah (2015)
24. Senarai Buku dan makalah
● (1963) Some Aspects of Sufism as Understood and Practised among the Malays (Singapore: Malaysian Sociological
Research Institute).
● (1969) Raniri and the Wujudiyyah of the 17th Century Acheh (Kuala Lumpur: Monographs of the Malaysian Branch of
the Royal Asiatic Society).
● (1970) The Mysticism of Hamzah Fansuri (Kuala Lumpur: University of Malaya Press).
● (1970) The Correct Date of the Terengganu Inscription (Kuala Lumpur: Museum Department).
● (1972) Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka).
●
(1975) Comments on the Re-Examination of Al-Raniri’s Hujjatu’l Siddiq: A Refutation (Kuala Lumpur: Museum
Department).
●
(1978) Islam and Secularism (Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint, Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 1993).
●
(1980) The Concept of Education in Islam (Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM); reprint,
Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
●
(1986) A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri: Being an Exposition the Salient Points of
Distinction between the Positions of the Theologians, the Philosophers, the Sufis and the Pseudo-Sufis on the
Ontological Relationship between God and the World and Related Questions (Kuala Lumpur: Malaysian Ministry of
Culture).
● (1988) The Oldest Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of the `Aqa’id of al-Nasafi (Kuala
Lumpur: University of Malaya).
●
25. ● (1989) Islam and the Philosophy of Science (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)) (tr. into
German by Christoph Marcinkowski as Islam und die Grundlagen von Wissenschaft, Kuala Lumpur: ISTAC, 2001)
● (1990) The Nature of Man and the Psychology of the Human Soul (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and
Civilization (ISTAC)).
● (1990) On Quiddity and Essence (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
● (1990) The Intuition of Existence (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
● (1992) Islam: The Concept of Religion and the Foundation of Ethics and Morality (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought
and Civilization (ISTAC)).
● (1993) The Meaning and Experience of Happiness in Islam (tr. into Malay by Muhammad Zainiy 'Uthman as Ma'na Kebahagiaan dan
Pengalamannya dalam Islam, Kuala Lumpur: ISTAC; and into German by Christoph Marcinkowski as Die Bedeutung und das Erleben von
Glückseligkeit im Islam, Kuala Lumpur: ISTAC, 1998)
● 1994) The Degrees of Existence
● (1995) Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of Islam (Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
● (2001) Risalah untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)).
● (2007) Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam (Penang, Malaysia: Universiti Sains Malaysia).
26. Rujukan
● [Makalah ini asalnya dalam Bahasa Indonesia, dan pertama kali termuat
dalam "Ahmad Suaedy & Raja Juli Antoni (Ed). 2009. Para Pembaharu:
Pemikiran dan Gerakan Islam Asia Tenggara. Jakarta: SEAMUS."]
● Original Page: http://selak.blogspot.com/2010/10/syed-muhammad-naquib-
al-attas.html