SlideShare a Scribd company logo
“Bagaimana kanak-kanak belajar matematik”
Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan
pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori
yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori
Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan
diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme
- teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat,
memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar.
Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang
berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanakkanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini
memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran
matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!
PENGENALAN
Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir
mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila
sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut
tanpa perlu diajar kepadanya.

Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk
menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam
ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya
daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa.
Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi
pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik
melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu
kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti
padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan
aturan (ordering).
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar
pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis
matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam
perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan
Dienes.

TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland,
merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman
bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget
mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan
berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun),
pra-operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11
tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia
mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.

Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense
enjoyment of children and deep respect for their capabilities.”
"Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan
murid-murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11
tahun...Piaget"
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi
tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi
konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep
matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar
dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget
berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanakkanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea
antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting
untuk perkembangan mental.

TEORI BRUNER
Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak
menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan
falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat
tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran
secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada
satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan
pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat
teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:
1: Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip
atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti
yang konkrit.
2: Teorem Tatatanda
Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan
kognitif murid tersebut.
3: Teorem Kontras dan Variasi
Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai
supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.
4: Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan
dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.
Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih
dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan
oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan
mata pelajaran dan kemahiran

TEORI M.GAGNE
Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak
membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan
jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan
Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang
harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran,
konsep dan prinsip.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran
melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran
melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya.
Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah
penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep
dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan
masalah yang belum pernah dialami.
TEORI DIENES
Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan
pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran.
Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran
matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk
mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui
enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciriciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.
Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak
mempelajari matematik iaitu:
1: Prinsip Konstruktiviti- Pelajar haruslah memahami konsep sebelum
memahaminya dengan analisa yang logik.
2: Prinsip Perubahan Perspeptual- Kanak-kanak didedahkan pelbagai
keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.
3: Prinsip Dinamik- Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan
dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.

Konsep Konstruktivisme
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan
Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme.
Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan
pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan
pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanakkanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia
ada kanak-kanak tersebut.
Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan
eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak
bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak
langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil
daripada pembelajaran secara kendiri.
Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran
berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak
sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea
dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik,
kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda
konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan
untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan
datang.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman
dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga
dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini
bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep
dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa
yang diperlukan.

PENUTUP
Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk
memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga
berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran
pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman
dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan
eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah
seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak
dalam mempelajari sesuatu konsep.
Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan
barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada.
Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan
matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk
melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa
yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga
berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui
sebelum ini

More Related Content

What's hot

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Masitah Musa
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
Adilah Said
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatansyazwanie suhaimi
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Nur Syamimi Ahmad Othman
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahIsmail Mamat
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
Hon Shan Shan
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
Hon Shan Shan
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Rawiah Al-Adawiah
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
Hon Shan Shan
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
zamzuriajin
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainIsmail Mamat
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
FazriFMR
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
mohamad293823
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakNor Aini Mohamad
 

What's hot (20)

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatanKanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
Kanak kanak keperluan kha masalah penglihatan
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolahPenglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
Penglibatan ibu bapa dan komuniti di prasekolah
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanakTopik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
Topik 1 (bermain) dalam pendidikan awal kana-kanak
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Kajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanakKajian perkembangan kanak
Kajian perkembangan kanak
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Kaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui BermainKaedah Belajar Melalui Bermain
Kaedah Belajar Melalui Bermain
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky3.3 perkembangan kognitif vygotsky
3.3 perkembangan kognitif vygotsky
 
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanakTugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
Tugasan kumpulan 4 pendidikan sains awal kanak-kanak
 

Similar to Bagaimana kanak2 belajar matematik

Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarmahnikpt6043
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moral
echa scha
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakD'ba Rosle
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
radeanmas
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusLamino Aliya
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Adilah Said
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model muruganChekgu Veevi
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Ahmad Fuad Abdullah
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
Wan Amir Wan
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif
ArifahAzlanShah2
 
Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1latiba
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
CTL
CTLCTL
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
Janic Chew
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
Nooraidy
 

Similar to Bagaimana kanak2 belajar matematik (20)

Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moral
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni HalusKonstruktivisme Pengajaran Seni Halus
Konstruktivisme Pengajaran Seni Halus
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model murugan
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
Present
PresentPresent
Present
 
Present
PresentPresent
Present
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif
 
Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1Psy part a ringkasan 1
Psy part a ringkasan 1
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
241247671 penggunaan-peta-pemikiran-dapat-mengukuh-dan-menghasilkan-pengajara...
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 

Bagaimana kanak2 belajar matematik

  • 1. “Bagaimana kanak-kanak belajar matematik” Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanakkanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna! PENGENALAN Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu
  • 2. kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.” "Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan murid-murid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11 tahun...Piaget" Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi
  • 3. tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanakkanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental. TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu: 1: Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. 2: Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan
  • 4. kognitif murid tersebut. 3: Teorem Kontras dan Variasi Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. 4: Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran TEORI M.GAGNE Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.
  • 5. TEORI DIENES Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciriciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu: 1: Prinsip Konstruktiviti- Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. 2: Prinsip Perubahan Perspeptual- Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. 3: Prinsip Dinamik- Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep. Konsep Konstruktivisme Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanakkanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia
  • 6. ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan. PENUTUP
  • 7. Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini