SlideShare a Scribd company logo
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Soalan 1
Apakah yang dimaksudkan perkembangan awal kanak-kanak?
Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan
(1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifat
kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi
perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang
terlebih dahulu’. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al.
(2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan
kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif.
Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit
seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun. Manakala perubahan
perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap
ke tahap yang lain, seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial. Perubahan ini
merupakan suatu proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil daripada tindakan
yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran.
Semua perkembangan, samada berbentuk fizikal, intelektual, tingkahlaku
ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang
sejagat. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum
merangkak, duduk sebelum berlari. (Rohani Abdullah, 2001).
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh
diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak-
kanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalah
perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti
perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk
menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan,
latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008).
Rujukan
Rohani Abdullah (2001). Perkembangan kanak-kanak penilaian secara portfolio.
Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Suppiah nachappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi
Pendidikan. Selangor : oxford Fajar Sdn.Bhd
Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi
Daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran-
Guru-Prasekolah-dalam-sains-awal (15 0gos 2010)
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Soalan 2
Huraikan kaedah, strategi atau gaya pengajaran guru diperingkat pendidikan awal
kanak-kanak?
Kaedah, strategi atau gaya pengajaran di dalam kelas amat penting dalam
memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh. Selain itu, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru
yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu
haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai
(Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, 2003).
Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) pendidikan prasekolah adalah
satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang
berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun
Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan
menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas,
aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan
kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi
menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Namun demikian, Pelbagai kaedah dan strategi boleh diaplikasikan oleh guru
dalam proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya
adalah sepertim Montessori, Waldorf, Head Start, HighReach Learning, High Scope,
The Creative Curriculum, Reggio Emilia approach, Bank Street dan Forest
kindergartens.
Kaedah Montessori misalnya menekankan kepada bahan pengajaran , guru
hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut
selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela.
Kaedah ini juga menegaskan bahawa matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah
bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran
memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan
pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik;
kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif;
pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan
sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, seperti kurikulum standard pra
sekolah kebangsaan kaedah montesori juga menggunakan kaedah yang sama iaitu
pembelajaran disertai dengan permainan. (http://zulky54prasekolah.blogspot.com/)
Kesimpulannya, kaedah dan pengajaran guru harus dipelbagaikan untuk menarik
minat kanak-kanak untuk terus belajar dan membantu kanak-kanak dalam penguasaan
serta pemahaman terhadap sesuatu fenomena yang belum mereka ketahui.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Rujukan
Maria Montesorri dibawah tajuk prasekolah KPLI. [online] Diperolehi daripada,
http://zulky54prasekolah.blogspot.com/ (15 ogos 2010)
Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2003) Pendidikan Prasekolah.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan
Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi
Daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran-
Guru-Prasekolah-dalam-sains-awal (15 0gos 2010)
Soalan 3
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Huraikan pengajaran dan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak?
Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan
ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa
latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses
mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan
kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji
sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji
kaji, dan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi.
Dalam pendidikan sains prasekolah , guru-guru perlu mencari kaedah yang
mudah dan paling sesuai iaitu dengan menyediakan peluang pembelajaran sains
dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan
kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah,
mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Ini
adalah untuk memudahkan guru menyampaikan maklumat apa yang perlu dan kanak-
kanak dapat menerima maklumat tersebut melalui cara yang lebih praktikal dan mudah
difahami. Contohnya menggunakan alat bantu mengajar (ABM) ketika mengajar,
menggunakan video dan audio dan membawa bahan-bahan sebenar untuk ditunjukkan
kepada kanak-kanak.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Bagi aktiviti misalnya guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai
bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur bongkah mengikut warna dan menamakan
warna itu dan memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang
dikehendaki oleh guru (Shahizan & Ahmad Shahabudin, 2006) .
Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan.
Berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak
terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan
yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan
berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak
lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang
perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu
Bakar Nordin, 2004).
Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam
sains awal penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan
mampu menarik minat murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah
yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam
minda bawah sedar.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Rujukan
Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah. Bincangkan juga pengajaran guru
Prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi daripada
http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran-Guru-
Sekolah-Dalam-Sains-Awal (14 Ogos 2010)
Lee Shok Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur :
Percetakan Season Sdn.Bhd.
Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan
Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Soalan 4
Kajian lepas berkaitan kesan pengajaran guru dibandar dan luar bandar diperingkat
awal kanak-kanak?
Pendidikan awal kanak-kanak dilihat sebagai suatu pengalaman yang penting
bagi setiap kanak-kanak di Malaysia (Ministry of education,1998). Oleh yang demikian,
MOE telah mengambil langkah yang proaktif iaitu dengan menawarkan pendidikan awal
kanak-kanak secara percuma, terutamanya dikawasan luar bandar.
Dari segi pengajaran pula, kurikulum yang digunakan di setiap sekolah tidak kira
dibandar, luar bandar, pra sekolah awam dan swasta adalah mengikut kurikulum
standard pra sekolah kebangsaan. Namun, guru-guru pra sekolah masih boleh
menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang bersesuaian dengan pembelajaran
kanak-kanak pra sekolah.
Pra sekolah yang berada di bandar rata-ratanya dibangunkan oleh pihak swasta.
Dari aspek pengajaran sememangnya sekolah swasta lebih berkesan kerana mereka
berpegang kepada kualiti pengajaran . Contohnya, pra sekolah dibandar menggunakan
bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam proses P&P dan subjek
bahasa melayu diajar sekurang-kurangnya dua jam dalam seminggu berbanding
dengan pra sekolah awam yang rata-ratanya berada diluar bandar menggunakan
bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan subjek bahasa inggeris diajar
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
sekurang-kurangnya satu jam dalam seminggu. Dari segi penguasaan bahasa inggeris
kanak-kanak yang bersekolah di bandar lebih baik daripada diluarbandar.
Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan pengajaran terhadap kanak-
kanak pra sekolah, seharusnya tidak bergantung seratus peratus kepada guru tetapi
memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa untuk menyokong
kesinambungan pencapaian dan pembangunan ke arah masyarakat yang baik dan
bertanggungjawab pada masa akan datang.
Rujukan
Abdul Halim Masnan. Malaysian Preschool Education. [online] diperolehi daripada,
http://www.scribd.com/doc/22301974/malaysia-preschool-education(15 ogos
2010)
Ministry of education (1998). Ministry of education quality of life
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Soalan 5
Kajian-kajian lepas berkaitan kesan kelayakan guru(ijazah dan bukan ijazah) dalam
pendidikan?
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak ditelan zaman dan kini
kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi. Semenjak tahun 1960an sehinggalah
tahun 1970an, profesion perguruan menjadi satu rebutan sebahagian besar kepada
lepasan sijil pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia lebih-lebih lagi jawatan tersebut
diperlukan setiap tahun. Namun, pada masa sekarang lulusan ijazah sarjana muda
dalam pendidikan merupakan syarat untuk menjadi guru, maktab-maktab perguruan
yang menawarkan diploma pendidikan juga telah dinaik taraf oleh kerajaan menjadi
ijazah pendidikan.
Kelayakan guru ijazah dan bukan ijazah sememangnya mempunyai kesan
terhadap pendidikan khususnya dimalaysia. Misalnya, guru sandaran tidak terlatih
walaupun mereka telah lama berkhidmat di sebuah sekolah tetapi mereka tidak
mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang pendidikan berbanding dengan guru
lepasan ijazah yang mempunyai pengetahuan terutamanya dalam ilmu pedagogi,
kaedah dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian,
tidak wajarlah sekiranya mengatakan mereka tidak layak untuk menjadi seorang guru,
sekiranya mereka ingin kekal dalam jawatan sebagai guru mereka seharusnya
mengikuti kursus pendidikan yang diiktiraf oleh kementerian pelajaran.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang membincangkan tentang perbezaan stail
kognitif diantara guru-guru lepasan ijazah dan bukan ijazah dalam pengkhususan
matematik, pengkaji menyatakan bahawa terdapat perbezaan stail kognitif antara guru
lepasan ijazah dan bukan ijazah (KDPM, SPM,STPM). Dimana, guru-guru lepasan
ijazah mempunyai stail kognitif yang tinggi berbanding dengan guru bukan ijazah.
(http://www.ipbl.edu.my/Bm/penyelidikan/seminarpapaers/2007/TeacherEnd/cheahIPSA
Hfp.pdf)
Menurut Messik(1970), stail kognitif merupakan kebiasaan memproses
maklumat yang mewakili gaya seseorang pelajar mempersepsi, memikir,
menyelesaikan masalah dan mengingati sesuatu. Justeru, guru yang mempunyai stail
kognitif yang tinggi akan memberi kesan yang lebih besar terhadap pencapaian pelajar
berbanding dengan guru yang mempunyai stail kognitif yang rendah.
Oleh itu, implikasi terhadap kelayakan guru amat penting dalam bidang
pendidikan terutamanya dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara untuk
melahirkan insan yang berdaya saing dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi,
intelek dan sosial.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
Rujukan
Perbandingan stail kognitif di kalangan Guru pelatih berpengkhususan matematik dan
implikasi terhadap pemilihan bakal calon guru pelatih. [online] diperolehi
daripada http://www.ipbl.edu.my/Bm/ penyelidikan/seminarpapaers/2007/
TeacherEnd/cheahIPSAHfp.pdf (16 ogos 2010)
Messick, S.(1970). The criterion problem in the evaluation of instruction : Assessing
Possible, not just intended outcomes. Learning performance and individual
Differences, Glenview, 100-116.
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
39500, TANJUNG MALIM, PERAK.
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
NAMA : MELCORRA ANNE BT JUDEH
NO. MATRIK :D20071029738
ASUHAN AWAL KANAK-KANAK
(SHV 4193)
TAJUK : KUIZ
NAMA PENSYARAH : EN. KAMARUL AZMAN B ABD.SALAN
TARIKH HANTAR : 18 OGOS 2010
SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak
D20071029738
Melcorra Anne Bt Judeh

More Related Content

What's hot

Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
mahnikpt6043
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Gabby Ee
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
Nor Saroni
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
firo HAR
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
awin awin
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
Hon Shan Shan
 

What's hot (20)

Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Etd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatanEtd 1113 strategi dan pendekatan
Etd 1113 strategi dan pendekatan
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Proses Pembelajaran
Proses PembelajaranProses Pembelajaran
Proses Pembelajaran
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 
Proses pembelajaran
Proses pembelajaranProses pembelajaran
Proses pembelajaran
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolahPerancangan aktiviti pendidikan prasekolah
Perancangan aktiviti pendidikan prasekolah
 
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
 
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanakPengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
Pengajian Kognitif dalam pendidikan awak kanak-kanak
 
teori pembelajaran
teori pembelajaranteori pembelajaran
teori pembelajaran
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Complete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaranComplete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaran
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 

Similar to Asuhan kanak kanak

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
azimahbtomar
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
Tham Mee
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
MUHAMADAIZATBINMDYUS
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
SH Loh
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Ahmad Fuad Abdullah
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Norina Mohamad Najib
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
De Zer
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
De Zer
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
muhammad
 

Similar to Asuhan kanak kanak (20)

4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
pintar cerdas
pintar cerdaspintar cerdas
pintar cerdas
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
Implikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moralImplikasi pendidikan moral
Implikasi pendidikan moral
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
5.PelaksanaanKajianKuasi-EksperimenuntukmengenalPastiTahapKemahiranLiterasiAw...
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
Aspek perkembangan
Aspek perkembanganAspek perkembangan
Aspek perkembangan
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 

Asuhan kanak kanak

  • 1. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Soalan 1 Apakah yang dimaksudkan perkembangan awal kanak-kanak? Perkembangan bermaksud perubahan tubuh badan yang bersifat kualitatif. Atan (1982) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, ‘Perubahan yang bersifat kualitatif, iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi perubahan telah nyata berlaku melihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu’. Sementara Papalia dan Olds (1979) dalam Suppiah Nachiappan et al. (2008) menjelaskan, pembelajaran tentang perkembangan kanak-kanak memfokuskan kepada perubahan kanak-kanak tersebut secara kuatitatif dan kualitatif. Perubahan kuantitatif bermaksud perubahan yang boleh diukur secara konkrit seperti ketinggian atau berat, sama ada meningkat atau menurun. Manakala perubahan perubahan kualitatif adalah satu proses perubahan yang lebih abstrak dari satu tahap ke tahap yang lain, seperti perubahan kemahiran berfikir atau bersosial. Perubahan ini merupakan suatu proses yang berlaku secara beransur-ansur, hasil daripada tindakan yang saling berkait antara kematangan dengan pembelajaran. Semua perkembangan, samada berbentuk fizikal, intelektual, tingkahlaku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berlari. (Rohani Abdullah, 2001).
  • 2. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Rumusannya, pertumbuhan adalah perubahan bersifat kuantitatif yang boleh diukur dan diperhatikan berlaku seperti berat, tinggi, saiz dan struktur badan kanak- kanak daripada satu peringkat ke satu peringkat perkembangan. Perkembagan adalah perubahan kualitatif yang boleh diperhatikan berlaku terhadap kanak-kanak seperti perubahan dalam penggunaan kata-kata atau bahasa, penggunaan perkataan untuk menerangkan sesuatu yang bertambah dari semasa ke semasa akibat kematangan, latihan dan pembelajaran (Suppiah Nachiappan et al.,2008). Rujukan Rohani Abdullah (2001). Perkembangan kanak-kanak penilaian secara portfolio. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia Suppiah nachappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi Pendidikan. Selangor : oxford Fajar Sdn.Bhd Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi Daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran- Guru-Prasekolah-dalam-sains-awal (15 0gos 2010)
  • 3. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Soalan 2 Huraikan kaedah, strategi atau gaya pengajaran guru diperingkat pendidikan awal kanak-kanak? Kaedah, strategi atau gaya pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak- kanak secara menyeluruh. Selain itu, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, 2003). Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006) pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
  • 4. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Namun demikian, Pelbagai kaedah dan strategi boleh diaplikasikan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah sepertim Montessori, Waldorf, Head Start, HighReach Learning, High Scope, The Creative Curriculum, Reggio Emilia approach, Bank Street dan Forest kindergartens. Kaedah Montessori misalnya menekankan kepada bahan pengajaran , guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Kaedah ini juga menegaskan bahawa matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, seperti kurikulum standard pra sekolah kebangsaan kaedah montesori juga menggunakan kaedah yang sama iaitu pembelajaran disertai dengan permainan. (http://zulky54prasekolah.blogspot.com/) Kesimpulannya, kaedah dan pengajaran guru harus dipelbagaikan untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar dan membantu kanak-kanak dalam penguasaan serta pemahaman terhadap sesuatu fenomena yang belum mereka ketahui.
  • 5. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Rujukan Maria Montesorri dibawah tajuk prasekolah KPLI. [online] Diperolehi daripada, http://zulky54prasekolah.blogspot.com/ (15 ogos 2010) Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2003) Pendidikan Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi Daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran- Guru-Prasekolah-dalam-sains-awal (15 0gos 2010) Soalan 3
  • 6. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Huraikan pengajaran dan pembelajaran sains diperingkat awal kanak-kanak? Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa latin, scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Dalam pendidikan sains prasekolah , guru-guru perlu mencari kaedah yang mudah dan paling sesuai iaitu dengan menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Ini adalah untuk memudahkan guru menyampaikan maklumat apa yang perlu dan kanak- kanak dapat menerima maklumat tersebut melalui cara yang lebih praktikal dan mudah difahami. Contohnya menggunakan alat bantu mengajar (ABM) ketika mengajar, menggunakan video dan audio dan membawa bahan-bahan sebenar untuk ditunjukkan kepada kanak-kanak.
  • 7. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Bagi aktiviti misalnya guru menggunakan bongkah yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Kanak-kanak mengatur bongkah mengikut warna dan menamakan warna itu dan memberikan beberapa bongkah yang sama warna seperti yang dikehendaki oleh guru (Shahizan & Ahmad Shahabudin, 2006) . Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan. Berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 2004). Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam sains awal penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar.
  • 8. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Rujukan Gaya dan kaedah pengajaran guru prasekolah. Bincangkan juga pengajaran guru Prasekolah dalam sains awal. [online] diperolehi daripada http://www.scribd.com/doc/33872926/Gaya-Dan-Kaedah-Pengajaran-Guru- Sekolah-Dalam-Sains-Awal (14 Ogos 2010) Lee Shok Mee. (1994). Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Percetakan Season Sdn.Bhd. Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh, (2006). Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah .PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
  • 9. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Soalan 4 Kajian lepas berkaitan kesan pengajaran guru dibandar dan luar bandar diperingkat awal kanak-kanak? Pendidikan awal kanak-kanak dilihat sebagai suatu pengalaman yang penting bagi setiap kanak-kanak di Malaysia (Ministry of education,1998). Oleh yang demikian, MOE telah mengambil langkah yang proaktif iaitu dengan menawarkan pendidikan awal kanak-kanak secara percuma, terutamanya dikawasan luar bandar. Dari segi pengajaran pula, kurikulum yang digunakan di setiap sekolah tidak kira dibandar, luar bandar, pra sekolah awam dan swasta adalah mengikut kurikulum standard pra sekolah kebangsaan. Namun, guru-guru pra sekolah masih boleh menggunakan kaedah atau pendekatan lain yang bersesuaian dengan pembelajaran kanak-kanak pra sekolah. Pra sekolah yang berada di bandar rata-ratanya dibangunkan oleh pihak swasta. Dari aspek pengajaran sememangnya sekolah swasta lebih berkesan kerana mereka berpegang kepada kualiti pengajaran . Contohnya, pra sekolah dibandar menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam proses P&P dan subjek bahasa melayu diajar sekurang-kurangnya dua jam dalam seminggu berbanding dengan pra sekolah awam yang rata-ratanya berada diluar bandar menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan subjek bahasa inggeris diajar
  • 10. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh sekurang-kurangnya satu jam dalam seminggu. Dari segi penguasaan bahasa inggeris kanak-kanak yang bersekolah di bandar lebih baik daripada diluarbandar. Kesimpulannya, untuk memastikan keberkesanan pengajaran terhadap kanak- kanak pra sekolah, seharusnya tidak bergantung seratus peratus kepada guru tetapi memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibubapa untuk menyokong kesinambungan pencapaian dan pembangunan ke arah masyarakat yang baik dan bertanggungjawab pada masa akan datang. Rujukan Abdul Halim Masnan. Malaysian Preschool Education. [online] diperolehi daripada, http://www.scribd.com/doc/22301974/malaysia-preschool-education(15 ogos 2010) Ministry of education (1998). Ministry of education quality of life
  • 11. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Soalan 5 Kajian-kajian lepas berkaitan kesan kelayakan guru(ijazah dan bukan ijazah) dalam pendidikan? Profesion perguruan merupakan satu profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi. Semenjak tahun 1960an sehinggalah tahun 1970an, profesion perguruan menjadi satu rebutan sebahagian besar kepada lepasan sijil pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia lebih-lebih lagi jawatan tersebut diperlukan setiap tahun. Namun, pada masa sekarang lulusan ijazah sarjana muda dalam pendidikan merupakan syarat untuk menjadi guru, maktab-maktab perguruan yang menawarkan diploma pendidikan juga telah dinaik taraf oleh kerajaan menjadi ijazah pendidikan. Kelayakan guru ijazah dan bukan ijazah sememangnya mempunyai kesan terhadap pendidikan khususnya dimalaysia. Misalnya, guru sandaran tidak terlatih walaupun mereka telah lama berkhidmat di sebuah sekolah tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang pendidikan berbanding dengan guru lepasan ijazah yang mempunyai pengetahuan terutamanya dalam ilmu pedagogi, kaedah dan strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, tidak wajarlah sekiranya mengatakan mereka tidak layak untuk menjadi seorang guru, sekiranya mereka ingin kekal dalam jawatan sebagai guru mereka seharusnya mengikuti kursus pendidikan yang diiktiraf oleh kementerian pelajaran.
  • 12. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas yang membincangkan tentang perbezaan stail kognitif diantara guru-guru lepasan ijazah dan bukan ijazah dalam pengkhususan matematik, pengkaji menyatakan bahawa terdapat perbezaan stail kognitif antara guru lepasan ijazah dan bukan ijazah (KDPM, SPM,STPM). Dimana, guru-guru lepasan ijazah mempunyai stail kognitif yang tinggi berbanding dengan guru bukan ijazah. (http://www.ipbl.edu.my/Bm/penyelidikan/seminarpapaers/2007/TeacherEnd/cheahIPSA Hfp.pdf) Menurut Messik(1970), stail kognitif merupakan kebiasaan memproses maklumat yang mewakili gaya seseorang pelajar mempersepsi, memikir, menyelesaikan masalah dan mengingati sesuatu. Justeru, guru yang mempunyai stail kognitif yang tinggi akan memberi kesan yang lebih besar terhadap pencapaian pelajar berbanding dengan guru yang mempunyai stail kognitif yang rendah. Oleh itu, implikasi terhadap kelayakan guru amat penting dalam bidang pendidikan terutamanya dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang berdaya saing dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.
  • 13. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh Rujukan Perbandingan stail kognitif di kalangan Guru pelatih berpengkhususan matematik dan implikasi terhadap pemilihan bakal calon guru pelatih. [online] diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/Bm/ penyelidikan/seminarpapaers/2007/ TeacherEnd/cheahIPSAHfp.pdf (16 ogos 2010) Messick, S.(1970). The criterion problem in the evaluation of instruction : Assessing Possible, not just intended outcomes. Learning performance and individual Differences, Glenview, 100-116.
  • 14. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 39500, TANJUNG MALIM, PERAK. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL NAMA : MELCORRA ANNE BT JUDEH NO. MATRIK :D20071029738 ASUHAN AWAL KANAK-KANAK (SHV 4193) TAJUK : KUIZ NAMA PENSYARAH : EN. KAMARUL AZMAN B ABD.SALAN TARIKH HANTAR : 18 OGOS 2010
  • 15. SHV 4193 Asuhan Awal Kanak-Kanak D20071029738 Melcorra Anne Bt Judeh