SlideShare a Scribd company logo
SUMBER http://yusuphashim.blogspot.my/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html
Saturday, December 2, 2006
PenggunaanTeknologi Instruksional dalam Kurikulum
dan Instruksi
ISI PENTING
Perbezaan kurikulum dan instruksi
Domain penggunaan dalam teknologi instruksional
Penggunaan model ASSURE untuk merancang dan menggunakan media dalam P & P
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat:
Menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi
Menjelaskan domain penggunaan dalam teknologi instruksional
Mengaplikasi model ASSURE untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran
dengan memberi contoh amalan di sekolah
Menjelaskan pendekatan berfokuskan media sebagai satu pendekatan instruksional menggunakan rajah.
PENGENALAN
Kertas kerja ini akan menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi dan lima domain yang
terdapat dalam bidang teknologi instruksional. Perbincangan akan bermula dengan konsep kurikulum
dan instruksi dan diikuti dengan domain penggunaan yang akan memberi tumpuan kepada model reka
bentuk ASSURE. Model ASSURE akan menerangkan proses merancang dan menggunakan media
instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN PENDIDIKAN
Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian,
pengurusan, dan instruksi (Beauchamp, 1968). Bidang yang menjadi tumpuan dalam tajuk ini ialah
instruksi dan kurikulum. Dalam bidang instruksi terdapat 5 elemen penting yang menjadi teras kepada
bidang teknologi instruksional (Rajah 2.1). Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang
pendidikan, di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ialah unit-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya, Dadah,
dan Pengurusan. Unit Instruksi tidak termasuk dalam struktur organisasi JPN. Fungsi unit ini
dilaksanakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang memainkan peranan sebagai pusat
ikhtisas dan sumber untuk meningkatkan profesionlisme guru menggunakan teknologi instruksional dan
dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) di peringkat Daerah. Manakala Pusat Sumber Sekolah (PSS)
sebagai rangkaian sumber terakhir akan melaksanakan instruksi menggunakan kaedah dan media sesuai
dalam bilik darjah. Sebelum kita membincangkan peranan domain penggunaan dalam teknologi
instruksional, sedikit penjelasan perlu dibuat tentang bidang kurikulum dan instruksi (Rajah 1)
Rajah 1: Komponen Teknologi Instruksional
PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM DAN INSTRUKSI
Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala ins truksi memberi
tumpuan utama kepada bagaimana (cara) hendak mengajar (Snelbecker,1974). Pembina kurikulum
menentukan rasional, struktur, falsafah, kandungan, nilai dan tujuan kurikulum manakala pakar
instruksional (Termasuk teknologi) mencari jalan paling baik untuk menyampaikan kandungan
kurikulum kepada pelajar. Jalan yang paling baik bermaksud apakah strategi, kaedah dan jenis
teknologi yang sesuai untuk memudahkan pelajar menguasai kandungan kurikulum (Yusup, 2000).
Dengan lain perkataan pereka kurikulum hanya menentu dan menyatakan kandungan kurikulum
manakala pereka instruksional akan menentukan cara atau proses untuk menguasai kandungan
kurikulum. Di Malaysia, kurikulum dan instruksi dirancang dan dibina di peringkat Pusat iaitu oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Pusat
Perkembangan Kurikulum (PPK) merancang dan membina kurikulum sekolah rendah dan menengah.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pula mereka bentuk, membina, melaksana, mengurus dan menilai
bahan media instruksional. Cuma kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK dari segi reka
bentuk dan pengembangan atau pembinaan instruksi. Pereka kurikulum dan pereka instruksional
kadangkala memainkan peranan yang sama seperti menghasilkan bahan kurikulum dan bahan
instruksional. Pertindihan fungsi antara kurikulum dan instruksi dapat dielakkan jika memahami
definisi, domain dan proses teknologi instruksional.
LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain
yang dimaksudkan ialah:
Reka bentuk
Pengembangan/Pembinaan
Penggunaan
Pengurusan
Penilaian
Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2).
Mereka definisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka bentuk,
pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk
pembelajaran. Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang
kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran. Dalam kertas kerja ini
saya akan membincangkan domain penggunaan iaitu salah satu daripada lima domain teknologi
instruksional
Teori
dan Amalan
Pengembangan
Penggunaan
Penilaian
Reka bentuk
Pengurusan
Rajah 2: Domain Penggunaan Dalam Teknologi Instruksional
Domain Penggunaan
Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan model RBI),
sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki atau meningkatkan suasana
pembelajaran. Ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan bahan pembelajaran dan sistem.
Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam domain penggunaan terdapat empat kategori:
1. Penggunaan media dan kaedah
2. Penyerapan atau difusi inovasi
3. Pelaksanaan dan
4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi.
1. Penggunaan media dan kaedah
Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara sistematik. Di
Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang Dunia Kedua melalui Bahagian
Alat Pandang Dengar. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in
Teaching yang memberi panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam
pengajaran. Kemudian disusul pula oleh penerbitan beberapa buah buku media yang lain seperti
Audiovisuals Instruction (Brown, et. al, 1967), Instructional Technology: Its Nature and Use (Wittich dan
Schuller, 1979), Planning and Producing Instructional Media (Kemp, 1980) dan Instructional Media and
the New Technologies of Instruction (Heinich, Molenda dan Russell, 1982). Buku-buku ini digunakan
oleh pelajar pendidikan, guru dan bakal guru dalam kursus-kursus media pendidikan atau teknologi
pendidikan di universiti dan kolej. Contohnya, model ASSURE dalam buku Heinich, et al (1982) telah
digunakan oleh guru secara meluas untuk merancang penggunaan media instructional secara sistematik.
Model ini akan dijelaskan kemudian.
Di Malaysia, seperti di Amerika usaha untuk menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar bermula
pada akhir tahun 1920an. Dalam tahun 1929, Abdul Aziz Din telah menterjemahkan s ebuah buku
bertajuk ‘Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar’ dan pada tahun 1953, Dussek dan Mohd Hashim Talib telah
menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pedoman Guru’. Kedua-dua buah buku ini memberi panduan
bagi guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College) untuk menggunakan kaedah dan alat bantuan
mengajar dalam kelas. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, alat pandang dengar mula
diperkenalkan. Pada tahun 1967 Pusat Alat Pandang Dengar Kebangsaan (APD) telah ditubuhkan untuk
menyelaras penggunaan APD di peringkat negeri dan daerah. Pusat ini telah menerbitkan Buletin APD
iaitu sebuah majalah media ulung yang menjadi rujukan utama guru yang menggunakan APD. Pada
tahun 1972 siaran TV Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian
Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk
memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan.
Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi instruksional
(Yusup, 1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum sekolah rendah dan menengah ini antara lain meng -
galakkan guru menggunakan pelbagai media semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk
menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru
(PKG), universiti tempatan dan maktab perguruan. Beberapa buah buku teknologi instruksional telah
diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, Pameran Visual (1984)
dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian
Sekolah, Transparensi dalam sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang
Teknologi Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Di samping itu sebanyak 15 buah
PSPN dan 375 PKG telah ditubuhkan untuk menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang
efektif dan cekap dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah
mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan
guru.
Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, menggubal dan
melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian. BTP menyelia penggunaan siaran radio
pendidikan (Siaran radio onair ini telah diberhentikan di Semenanjung tahun 1997), TV Pendidikan
melalui rangkaian ASTRO dan bahan multimedia CDI yang dibekalkan ke sekolah bestari. Beberapa
kajian penggunaan bahan pengajaran di sekolah telah dijalankan oleh BTP, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Nazir Sekolah dan Universiti Tempatan.
2. Difusi inovasi
Penyerapan atau difusi inovasi adalah proses komunikasi yang dirancang secara strategik untuk
mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap sesuatu perubahan. Untuk mendapatkan penerimaan
sesuatu inovasi, Rogers (1995) mengemukakan enam fasa: a. Menimbulkan kesedaran, b. Menimbulkan
minat, c. Membuat penilaian, d. Melakukan percubaan, d. Menerima inovasi, dan e. Mengintegrasi
inovasi.
Sebagai contoh inovasi penggunaan pembelajaran online di institusi pengajian tinggi. Dalam fasa
pertama, pehak pentadbir dan pensyarah universiti harus diberi kesedaran tentang kepentingan
pembelajaran online dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran boleh dicetus dengan
mengadakan ceramah atau seminar tentang pembelajaran online. Setelah kesedaran terhadap inovasi
ini dapat dicetuskan, fasa kedua ialah menimbulkan minat terhadap penggunaan inovasi ini. Minat
boleh ditimbulkan dengan menyediakan maklumat, melawat institusi yang menggunakan pembelajaran
online atau menjemput pembekal atau pakar pembelajaran online menunjukkan cara sistem
pembelajaran online dilaksanakan. Fasa ketiga ialah melakukan penilaian terhadap sistem yang akan
diperkenalkan. Beberapa pusat pengajian atau Fakulti disediakan sistem pembelajaran ini dan penilaian
dilakukan oleh pensyarah konten dan kaedah untuk mendapatkan kesan sistem ini terhadap pengajaran
dan pembelajaran. Soal selidik juga boleh diedarkan kepada pensyarah yang menggunakan sistem ini.
Fasa yang ketiga ialah mencuba inovasi ini dengan memasukkan sistem ini dalam perancangan
akademik universiti. Soal selidik dan temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dari
pensyarah hasil dari kajian percubaan ini. Pada peringkat ini, pihak pengajian tinggi boleh membuat
keputusan untuk menerima atau menolak sistem pembelajaran online. Jika diterima, usaha harus
dijalankan untuk mengintegrasi sistem pembelajaran online dalam kurikulum dan instruksi di pusat
pengajian tinggi .
3. Pelaksanaan
Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi instruksional dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Setelah inovasi diterima oleh pusat pengajian tinggi maka sistem
pembelajaran online ini akan dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk
melaksanakan sistem ini, pusat pengajian tinggi harus menyediakan infrastruktur dan peralatan
multimedia di bilik kuliah. Latihan harus diberi kepada pensyarah cara menggunakan peralatan
multimedia, keadah menggunakan pembelajaran online serta cara membina bahan online. Pelaksanaan
pembelajaran online harus dijalankan secara berperingkat mengikut kesediaan, minat dan kebolehan
pensyarah. Kajian Mohamed Hisyam (2006) menunjukkan ada lima fasa kontinum interaksi dalam talian
yang akan dilalui oleh pensyarah di IPTA.
4. Pengekalan dan Institutionalisasi
Pengekalan adalah proses untuk mengekal penggunaan teknologi instruksional berasaskan peraturan
dan polisi yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat seperti warga universiti atau masyarakat
sekolah. Setelah inovasi ini diterima dan dilaksanakan maka uasaha harus diteruskan untuk
mengekalkan atau menginstitutionalisasikan inovasi dengan menyediakan peraturan dan polisi
menggunakan sistem pembelajaran berkenaan (Contoh: Penggunaan papan tulis). Penyeliaan dan
pemantuan berterusan harus dilakukan supaya sistem pembelajaran pada akhirnya menjadi budaya dan
amalan di skolah atau pusat pengajian tinggi.
MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH
Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara
sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar
memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah
dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output
pula kepada langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan
media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE
adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu
pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah:
A = Analyse learner (Analisis pelajar).
S = State objectives (Nyatakan objektif).
S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media)
U = Use media (Gunakan media)
R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar).
E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan).
1. Analisis pelajar.
Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam kaedah, media
dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justru guru harus menganalisis pelajaranya iaitu
mengenal pasti tiga perkara berikut:
a. Mengenal pasti ciri umum pelajar
b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar (Specific entry competencies)
c. Mengenal pasti gaya pembelajaran
Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), pekerjaan,
budaya atau taraf sosio-ekonomi. Komptensi pelajar merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran
sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Manakala
mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati
serta bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio,
kinestatik dan motivasi.
Ciri umum pelajar
Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai
dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai
menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah
latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga
memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang
mempunyai budaya atau nilai tertentu.
Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang
boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang
berasaskan teknologi.
Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman
enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang
terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale.
Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman
yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan
video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk
memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu.
Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana
pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan
pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan
rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah
biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal
supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat
mereka.
Kompetensi Peringkat masuk
Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua andaian
terhadap komptensi pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas. Andaian
kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau kemahiran terhadap pelajaran yang
akan diajar. Justru guru terus memulakan pelajarnnya tanpa menganalisis kompetensi pelajar. Dalam
keadaan yang pertama, pengajaran guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau
sederhana. Hal ini biasanya berlaku dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan
pembelajaran konsep, peraturan dan prinsip. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah
empat segi jika tidak dapat menguasai konsep rajah empat segi. Dalam situasi yang kedua, pelajar
mungkin mersa bosan atau tidak berminat belajar jik apa yang diajar adalah sesuatu yang sudah
dipelajari.
Guru dikehendaki mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif
instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan melalui praujian,
temubual atau perbincangan secara formal atau tidak formal. Praujian, temubual atau perbincangan ini
dapat menentukan pra syarat untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan. Pra syarat yang telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran.
Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus
a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.
b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai,
keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.
Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat
pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas
(Kriteria/darjah pencapaian).
2. Pilih media dan bahan
Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif
pembelajaran yang ingin dicapai.
3. Gunakan alat/bahan pengajaran.
a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan.
Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.
b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan.
c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan
keperluan untuk belajar.
d. Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran.
e. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran menggunakan media?
Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus
pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)?
5. Libatkan pelajar
Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.
Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja
pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).
6. Nilai dan semak semula bahan.
Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media
itu secara menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan:
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?
d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
IMPAK TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL TERHADAP
KURIKULUM DAN INSTRUKSI
Teknologi instruksional (TI) mempunyai impak yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama
kurikulum dan instruksi. Mengikut AECT (1979), impak TI boleh diperhatikan melalui tiga cara:
1. TI mengubah peringkat membuat keputusan.
Bilakah TI mula masuk ke dalam struktur pendidikan? Adakah keputusan menggunakan TI dibuat pada
peringkat tertinggi iaitu pada peringkat penentuan kurikulum atau peringkat perancangan kurikulum?
Atau dibuat pada peringkat terendah iaitu semasa pelaksanaan dalam bilik darjah? Rajah 2.3
menunjukkan bahawa TI masuk pada peringkat perlaksanaan kurikulum. Penggunaan alat dan bahan
pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat
tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat
penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Penggubal kurikulum menganggap media tidak pen-
ting! Justeru tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa
perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah.
Guru media hanya dipanggil berbincang setelah bangunan pusat sumber sudah siap.
Dalam Rajah 2.4, keputusan menerima TI dibuat pada peringkat perancangan kurikulum. Setelah
kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka instruksional berbincang cara
merancang penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat
perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi instruksional. TI dianggap sama
pentingnya dengan kurikulum.
2. TI membentuk empat jenis pola instruksional iaitu:
2.1. Guru dengan pelajar
Dalam pola instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar (Rajah 2.5), guru mengawal sepenuhnya
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran
menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media
digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur.
Guru bertutur sepanjang masa dalam kelas dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru
dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat.
Pendekatan ini juga dikenali sekarang sebagai fokus guru atau pengajaran terarah guru.
2.2. Guru dengan media
Dalam pola yang kedua ini (Rajah 2.6), pendekatan masih terarah guru iaitu, guru berperanan sebagai
pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah, ia membuat keputusan sama ada
mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak
diintegrasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional.
Penentuan Kurikulum
Perancangan Kurikulum
Perlaksanaan Kurikulum
Teknologi instruksional
Rajah 2.3: Media dirancang Pada Peringkat Pelaksanaan Kurikulum
Penentuan Kurikulum
Perancangan Kurikulum
Perlaksanaan Kurikulum
Teknologi Instruksional
Rajah 2.4: Media dirancang Pada Peringkat Perancangan Kurikulum
2.3. Guru dengan sistem instruksional dan media
Pola ketiga ini melibatkan guru dengan sistem instruksional dan media (Rajah 2.7). Pendekatan masih
terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media
diintegrasikan dalam kurikulum dan proses instruksional. Penggunaan media dirancang secara
sistematik. Model ASSURE (Heinich, Molenda dan Russell, 1982) adalah contoh perancangan sistematik
penggunaan media dalam bilik darjah.
2.4. Media instruksional sahaja (Tiada peranan guru)
Dalam pola keempat ini, media instruksional (Rajah 2.8), mengambil alih peranan guru. Guru tidak
memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran seperti dalam pola 1 hingga 3. Dia hanya menjadi
pemudah cara, pengurus atau penasihat kepada proses instruksional. Pendekatan ini dikenali sebagai
fokus pelajar atau berpusat pelajar. Pola ini mirip dengan instruksi yang disampaikan secara jarak jauh
seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open University United Kingdom atau
Universiti Sains Malaysia. Media dibina oleh satu pasukan pembina kursus yang terdiri daripada pakar
mata pelajaran, pereka instruksional dan pakar pengeluaran. Media ini boleh digunakan oleh pelajar
secara kendiri tanpa bantuan guru. Contoh bahan instruksional kendiri ialah modul cetak, panduan
belajar, perisian pengajaran berasaskan komputer, dan hipermedia/hiperteks.
3. TI mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan.
TI boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh
menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), kepada sistem pembelajaran jarak jauh
menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang; sistem kelas terbuka menggunakan sistem
pengajaran individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar
sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan bahan Internet.
Objektif
Menentukan isi dan kaedah
Guru
Pelajar
Rajah 2.5: Pendekatan Kapur dan Tutur (Fokus Guru)
Objektif
Menentukan isi dan kaedah
Guru
Dan
Media
Pelajar
Rajah 2.6: Guru Guna Media jika Perlu
Objektif
Menentukan isi dan kaedah
Guru
Pelajar
Media
Rajah 2.7: Perancangan Media yang Sistematik
Objektif
Menentukan isi dan kaedah
Media
Pelajar
Rajah 2.8: Media Sahaja (Tanpa Guru, Fokus pelajar)
TI juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum literasi
komputer (Jadual 1.1) mempunyai strategi instruksional yang berlainan dengan strategi instruksional
konvensional. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, masa tambahan
untuk berinteraksi dengan komputer, pembinaan pengetahuan, pembelajaran koperatif, penyelesaian
masalah dan penggunaan penilaian dan strategi pengajaran penguasaan (Mastery learning). Dalam
kursus literasi komputer, pelajar perlu menguasai kemahiran asas sebelum bergerak kepada kemahiran
yang berikutnya. Sebagai contoh jika menggunakan Microsoft Word for Windows atau Internet, pelajar
harus tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci sebelum menggunakan perisian pemprosesan
perkataan Word atau Internet Explorer. Selagi pelajar belum menguasai kemahiran asas ini, adalah
sukar bagi mereka menggunakan pukal perisian komputer ini.
Jadual 1.1Rancangan Pengajaran Literasi Komputer
(Ubahsuai daripada Abdul Hamid Abdul Rahman, 1995)
Memberi arahan dan memulakan operasi komputer 10 minit
Mengulang kaji dan menyediakan set induksi 20 minit
Menyampaikan Pelajaran: Topik, Kandungan 30 minit
dan Demonstrasi (Tugasan)
Pengalaman `Hands-on' 10 minit
Kurikulum Literasi Komputer
Cadangan Perancangan Strategi Pengajaran Tutorial MengikutJadual Waktu Anjal (120 minit = Tiga
Waktu)
Aktiviti Prapengajaran (15 minit)
Persediaan dan memulakan sistem komputer
Mendapatkan perhatian (set induksi)
Mengingat semula pelajaran lepas
Persembahan pelajaran (25 minit)
Menyampaikan objektif/hasil pengajaran
Menyampaikan isi pelajaran
Memberi contoh/ panduan pelajaran
Interaksi pelajar dengan komputer (30 minit) (`Hands-on experience')
Penilaian pembelajaran (20 minutes)
Maklum balas daripada pelajar
Beri ujian /latihan
Aktiviti pengayaan (30 minit) (Pembinaan Pengetahuan)
Catitan: Pelajar perlu buat latihan sendiri di makmal komputer sekurang- kurangnya empat jam dalam
seminggu sebagai latihan tambahan kepada jadual waktu formal sekolah
Kemajuan dalam teknologi instruksional memberi kesan terhadap kurikulum dan instruksi. Institusi
pendidikan perlu distruktur semula untuk menerima dan menyesuaikan dengan pendekatan baru dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran soft technologies dan penggunaan hard technologies seperti yang
dinyatakan oleh Reigeluth (1987):
‘As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-oriented society, the
present structure of our education system will become more and more inadequate! With our entire
nation still at risk, we are forced to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the
approaches we use in teaching, and the way students learn’.
Penggunaan TI terutama teknologi komunikasi dan maklumat mungkin mengubah cara jadual waktu
dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran
adalah berpusat kepada pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru mengurus aktiviti
pembelajaran dengan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan pencarian
maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal
oleh Kementerian Pendidikan dalam tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum
dan strategi instruksional. Seperti yang disuarakan oleh seorang pengetua sekolah yang mengamalkan
jadual waktu anjal:
‘Jadual waktu anjal membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih
masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran sedangkan jumlah waktu
mengajar adalah sama’.
PENUTUP
Tajuk ini telah membincangkan definisi dan domain teknologi instruksional, perbezaan di antara
kurikulum dan instruksi dan impak teknologi instruksional terhadap pendidikan. Lima domain teknologi
instruksional seperti reka bentuk, pengembangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian dapat
memberi gambaran tentang fungsi bidang teknologi instruksional khususnya dan bidang instruksi amnya
dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang instruksi menjelaskan dan
menentukan kaedah yang paling baik untuk mengajar manakala bidang kurikulum memilih dan
menentukan kandungan kurikulum paling baik untuk diajar atau disampaikan kepada pelajar supaya
dapat membentuk dan melahirkan generasi yang berilmu, bertamadun dan berakhlak mulia.
RUJUKAN
Abd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Arts Printing
House
Abdul Hamid Abdul Rahman (1995). Perlaksanaan program literasi komputer dan kesannya ke atas
kepercayaan menggunakan komputer di kalangan pelajar sekolah menengah, Tesis Sarjana Pendidikan,
Universiti Malaya
AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT
Andrews, D. & Goodson, L. (1980). A comparative analysis of models of instructional design. Journal of
Instructional Development 3(4), 2-16
Beauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press.
Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. (Edisi ke-3). New
York: Mc Graw Hill.
Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning in the teaching
of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia
Dick,W. & Carey,L. (1999). The systematic design of instruction. (4th ed.) NewYork: Prentice-Hall.
Dussek, O. & Mohd Hashim Zainal (1929). Kitab Pedoman Guru. Singapore: Malaya Publishing House
Limited.
Euis Mariani Koswara (2005). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pengajaran dan
pembelajaran geografi. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (Edisi ke-2). New Jersey: Educational
Technology Publications
Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). New York: Holt,
Rinehart and Winston.
Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) Instructional
technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries Unlimited
Gustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.) New York:
Syracuse University
Gustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York: Syracuse
(Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan instruksi, 1999)
Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional media and the new technologies of
instruction, New York:Macmillan.
Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar sekolah menengah.
Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia
Jeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian objektif
pembelajaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.
Jonassen, D. (2004). Handbook of research on educational communications and technology. New
Jersey: Lawrence Erlbaum.
Kemp, J., Morrison, G. & Ross, S. (1994). Designing effective instruction. New York: Merrill
Leshin, C., Pollock, J., & Reigeluth, C. (1992). Instructional design strategies and tactics fo improving
learning and performance. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications.
Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education (Part 2), Educational
Media International, 34(2), 103-106
Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim (2006). Interaksi dalam talian menggunakan LMS: Satu kajian kes.
Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Projek Inspire (1977), Uinversiti Sains Malaysia
Reigeluth, C.M. (1987). The search for meaningful reform: A third wave educational system, Journal of
instructional development,10(4), 5-10
Reigeluth, C. (Editor) (1983). Instructional-design theories and models: An overview of the current
status. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.
Reigeluth, C. (Editor) (1987). Instructional theories in action: Lesson illustrating selected theories and
models. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.
Reiser, R. & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and technology. Columbus,
Ohio: Merril and Prentice Hall
Rogers, E. (1995). Diffusion innovations (Edisi ke-3). New York: Free Press
Seels, B. dan Richey, R (1994). Instructional technolog: The definition and domains of the field.
Washington DC; AECT
Smaldino, S., Russell, J, Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional Technology and media for
learning, (8th ed.) New Jersey: Pearson
Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational design. New York:
Mc Graw Hill
Tessmer, M. (1990). Environmental analysis: A neglected stage of instructional design. Educational
Technology Research & Development, 38(1,:55-64
Wittich, A. dan Schuller, C. (1979). Instructional technology; Its nature and use. New York: Harper &
Row
Yusup Hashim & Razmah Man (1993). Instructional design considerations in developing
hypermedia/hypertext in instruction.Journal of hypermedia and multimedia studies, (4(1),18-22
Yusup Hashim (1991). A study on educational media programs in Malaysian Universities and Colleges,
Disertasi Kedoktoran, Kansas State University
Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti
Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan instruksi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN
1. Definisi Teknologi
Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of scientific or other
organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang
digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu ‘total system’
pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus
menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah
disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu
distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali.
Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan
Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:
 Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang
ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu
proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan
teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
 Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil
dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan
film, (perisian) adalah hasil teknologi
2. Definisi Teknologi Pengajaran
Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga
kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa
Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002).
‘Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization,
management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan Richey,
1994, p.1)
Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi
instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan,
pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran:
a) Domain Reka Bentuk
Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka bentuk. Reka
bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan
keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang
utama iaitu:
 Reka bentuk sistem instruksional
 Reka bentuk mesej
 Strategi instruksional dan
 Ciri-ciri pelajar
Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik
untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan
instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu
atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Bidang kedua iaitu reka bentuk
mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling
berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang ketiga iaitu strategi
instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam
sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan
media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran. Bidang terakhir
dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan ke-
mahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses
pembelajaran.
b) Domain pengembangan
Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain pengembangan atau
pembinaan. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka
bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri dari bahan
cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia.
c) Domain penggunaan
Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Penggunaan
adalah tindakan menggunakan kaedah dan model instruksional, bahan dan perkakasan
media dan persekitaran untuk meningkatkan suasana pembelajaran.
d) Domain Pengurusan
Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi
instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusat
sumber/teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan tersusun dan berkesan.
e) Domain Penilaian
Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Penilaian adalah
proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pem-
belajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar, penilaian
penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan
penilaian program atau projek media pendidikan. Dalam domain penilaian terdapat
empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian
formatif dan penilaian sumatif.
Teknologi pengajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau
penggunaan alat pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran
dan bukan pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan
prestasi dalam tempat kerja, Reiser dan Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi
berikut:
‘Instructional design and technology encompasses the analysis of learning and
performance problems, and the design development, implementation, evaluation and
management of instructional and non-instructional processes and resources intended to
improve learning and performance in a variety of settings, particularly, educational
institutions and work place’
Definisi 2002 telah menampilkan beberapa konsep baru yang tidak terdapat dalam
definisi lama teknologi instruksional. Konsep baru seperti teknologi prestasi dan
penyelesaian masalah seperti suasana tempat kerja dan sebagainya untuk meningkatkan
prestasi kerja telah mempengaruhi proses reka bentuk instruksional konvensional. Ini
bererti untuk meningkatkan prestasi kerja bukan hanya bergantung kepada intervensi
reka bentuk instruksional tetapi faktor bukan instruksional seperti suasana tempat kerja
dan lain-lain faktor manusia juga dipertimbangkan. Tetapi apa yang lebih penting
mengikut Reiser (2002), definisi baru menggunakan istilah reka bentuk instruksional dan
teknologi untuk menggantikan istilah teknologi instruksional yang dikaitkan dengan alat
atau media seperti komputer, projektor overhed, television, video, CD-ROM dan lain-lain
jenis peralatan dan perisian yang dikaitkan dengan media instruksional
SUMBER : http://salmiahabdulkadir.weebly.com/
Bahan tugasan teknologi pendidikan

More Related Content

What's hot

Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004
Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004
Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004
Teguh Arie Sandy
 
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
EDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004
Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004 Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004
Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004
Ahmad Jayadi
 
Penelitian tep
Penelitian tepPenelitian tep
Penelitian tep
EDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip PembelajaranTeknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
JesicaDinna
 
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan affanash
 
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikanMateri bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
fachriadelisutia
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanSiti Zulaikha
 
Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 rofieamirasyka
 
Pengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaranPengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaran
Essy Satriani
 
Landasan garapan tep
Landasan garapan tepLandasan garapan tep
Landasan garapan tep
EDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
Kompetensi TEP s1 s2 s3
Kompetensi TEP s1 s2 s3Kompetensi TEP s1 s2 s3
Kompetensi TEP s1 s2 s3
EDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
Landasan teknologi pembelajaran
Landasan teknologi pembelajaranLandasan teknologi pembelajaran
Landasan teknologi pembelajaranDedi Yulianto
 
Kawasan Teknologi Pendidikan
Kawasan Teknologi PendidikanKawasan Teknologi Pendidikan
Kawasan Teknologi PendidikanWibowo Wisnu
 
Landasan teori management dalam teknologi pendidikan
Landasan teori management dalam teknologi pendidikanLandasan teori management dalam teknologi pendidikan
Landasan teori management dalam teknologi pendidikan
Aprilia putri
 
Kegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TP
Kegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TPKegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TP
Kegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TP
Abdul Jalil
 
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam  pembelajaranTgs.prof.tina ict dalam  pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaranlavanter simamora
 

What's hot (20)

Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004
Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004
Definisi TEP tahun 1963 sampai 2004
 
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
Ringkasan paradigma tep 1977,1994,2008
 
Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004
Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004 Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004
Definisi Teknologi Pendidikan Tahun 2004
 
Prinsip prinsip teknologi-pendidikan
Prinsip prinsip teknologi-pendidikanPrinsip prinsip teknologi-pendidikan
Prinsip prinsip teknologi-pendidikan
 
Penelitian tep
Penelitian tepPenelitian tep
Penelitian tep
 
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip PembelajaranTeknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
Teknologi Pendidikan, Teori Belajar, dan Prinsip – Prinsip Pembelajaran
 
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
Perkembangan konseptual teknologi pendidikan
 
Teknologi Pendidikan
Teknologi PendidikanTeknologi Pendidikan
Teknologi Pendidikan
 
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikanMateri bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
Materi bahan ajar e modul hakikat teknologi pendidikan
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004 Landasan dan kawasan tp 2004
Landasan dan kawasan tp 2004
 
Pengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaranPengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaran
 
Landasan garapan tep
Landasan garapan tepLandasan garapan tep
Landasan garapan tep
 
Kompetensi TEP s1 s2 s3
Kompetensi TEP s1 s2 s3Kompetensi TEP s1 s2 s3
Kompetensi TEP s1 s2 s3
 
Landasan teknologi pembelajaran
Landasan teknologi pembelajaranLandasan teknologi pembelajaran
Landasan teknologi pembelajaran
 
Kawasan Teknologi Pendidikan
Kawasan Teknologi PendidikanKawasan Teknologi Pendidikan
Kawasan Teknologi Pendidikan
 
Artikel paulina jd
Artikel paulina jdArtikel paulina jd
Artikel paulina jd
 
Landasan teori management dalam teknologi pendidikan
Landasan teori management dalam teknologi pendidikanLandasan teori management dalam teknologi pendidikan
Landasan teori management dalam teknologi pendidikan
 
Kegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TP
Kegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TPKegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TP
Kegiatan Belajar 3 - Perkembangan Konseptual TP
 
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam  pembelajaranTgs.prof.tina ict dalam  pembelajaran
Tgs.prof.tina ict dalam pembelajaran
 

Similar to Bahan tugasan teknologi pendidikan

penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Mathspenggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
Tee Teh
 
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptxTEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
alirahmankamy2
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tekKhairuddin Nisa
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dlldr2200s
 
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi PendidikanProfesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
phomie otari
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 
Perkembangan tp
Perkembangan tpPerkembangan tp
Perkembangan tp
Romi Dwi Syahri
 
Pengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaranPengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaran
Essy Satriani
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assureAlfa Lyna
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
秀珍 李
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
秀珍 李
 
hbef3103 old sample
hbef3103 old samplehbef3103 old sample
hbef3103 old sample
Eina Fazlina Mohd Saleh
 
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
AzizilMazlan
 
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptxPerancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
ssuser6e6f13
 
Power point
Power pointPower point
Power point
ikkiey
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
SYAKHIRA HUSNA ILLIAS
 

Similar to Bahan tugasan teknologi pendidikan (20)

penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Mathspenggunaan-teknologi dalam PdP Maths
penggunaan-teknologi dalam PdP Maths
 
Bab 1 eit 311
Bab 1 eit 311Bab 1 eit 311
Bab 1 eit 311
 
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptxTEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
TEKNOLOGI PENDIDIKAN (PEMBELAJARAN).pptx
 
Edu3105 bab01
Edu3105 bab01Edu3105 bab01
Edu3105 bab01
 
Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)Edu3105 bab01(1)
Edu3105 bab01(1)
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
20090227100238 kuliah 1 definisi rbi dan tek
 
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
 
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi PendidikanProfesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
Profesi dan Pendidikan Keahlian Teknologi Pendidikan
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Perkembangan tp
Perkembangan tpPerkembangan tp
Perkembangan tp
 
Pengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaranPengertian teknologi pembelajaran
Pengertian teknologi pembelajaran
 
Kajian model assure
Kajian model assureKajian model assure
Kajian model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
hbef3103 old sample
hbef3103 old samplehbef3103 old sample
hbef3103 old sample
 
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
Teknologi inivasi (dr. syaza hazwani)
 
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptxPerancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
Perancangan Pembelajaran PJOK Berbasis TPACK - Copy.pptx
 
Power point
Power pointPower point
Power point
 
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
Pola penyelidikan ict dalam pendidikan guru di malaysia
 

Recently uploaded

Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
erlita3
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
ferrydmn1999
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
nawasenamerta
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
haryonospdsd011
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
RinawatiRinawati10
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
 

Recently uploaded (20)

Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdfProgram Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
Program Kerja Kepala Sekolah 2023-2024.pdf
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
 
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
Dokumen Rangkuman Kehadiran Guru ini dipergunakan sebagai bukti dukung yang w...
 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
813 Modul Ajar KurMer Usaha, Energi, dan Pesawat Sederhana (2).docx
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
 

Bahan tugasan teknologi pendidikan

  • 1. SUMBER http://yusuphashim.blogspot.my/2006/12/penggunaan-teknologi-instruksional.html Saturday, December 2, 2006 PenggunaanTeknologi Instruksional dalam Kurikulum dan Instruksi ISI PENTING Perbezaan kurikulum dan instruksi Domain penggunaan dalam teknologi instruksional Penggunaan model ASSURE untuk merancang dan menggunakan media dalam P & P HASIL PEMBELAJARAN Setelah membaca tajuk ini pelajar dapat: Menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi Menjelaskan domain penggunaan dalam teknologi instruksional Mengaplikasi model ASSURE untuk merancang penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dengan memberi contoh amalan di sekolah Menjelaskan pendekatan berfokuskan media sebagai satu pendekatan instruksional menggunakan rajah. PENGENALAN Kertas kerja ini akan menjelaskan perbezaan antara kurikulum dan instruksi dan lima domain yang terdapat dalam bidang teknologi instruksional. Perbincangan akan bermula dengan konsep kurikulum dan instruksi dan diikuti dengan domain penggunaan yang akan memberi tumpuan kepada model reka bentuk ASSURE. Model ASSURE akan menerangkan proses merancang dan menggunakan media instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN PENDIDIKAN Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan instruksi (Beauchamp, 1968). Bidang yang menjadi tumpuan dalam tajuk ini ialah instruksi dan kurikulum. Dalam bidang instruksi terdapat 5 elemen penting yang menjadi teras kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2.1). Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) ialah unit-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya, Dadah, dan Pengurusan. Unit Instruksi tidak termasuk dalam struktur organisasi JPN. Fungsi unit ini dilaksanakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) yang memainkan peranan sebagai pusat ikhtisas dan sumber untuk meningkatkan profesionlisme guru menggunakan teknologi instruksional dan dibantu oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) di peringkat Daerah. Manakala Pusat Sumber Sekolah (PSS) sebagai rangkaian sumber terakhir akan melaksanakan instruksi menggunakan kaedah dan media sesuai dalam bilik darjah. Sebelum kita membincangkan peranan domain penggunaan dalam teknologi instruksional, sedikit penjelasan perlu dibuat tentang bidang kurikulum dan instruksi (Rajah 1)
  • 2. Rajah 1: Komponen Teknologi Instruksional PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM DAN INSTRUKSI Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala ins truksi memberi tumpuan utama kepada bagaimana (cara) hendak mengajar (Snelbecker,1974). Pembina kurikulum menentukan rasional, struktur, falsafah, kandungan, nilai dan tujuan kurikulum manakala pakar instruksional (Termasuk teknologi) mencari jalan paling baik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar. Jalan yang paling baik bermaksud apakah strategi, kaedah dan jenis teknologi yang sesuai untuk memudahkan pelajar menguasai kandungan kurikulum (Yusup, 2000). Dengan lain perkataan pereka kurikulum hanya menentu dan menyatakan kandungan kurikulum manakala pereka instruksional akan menentukan cara atau proses untuk menguasai kandungan kurikulum. Di Malaysia, kurikulum dan instruksi dirancang dan dibina di peringkat Pusat iaitu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) merancang dan membina kurikulum sekolah rendah dan menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pula mereka bentuk, membina, melaksana, mengurus dan menilai bahan media instruksional. Cuma kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK dari segi reka bentuk dan pengembangan atau pembinaan instruksi. Pereka kurikulum dan pereka instruksional kadangkala memainkan peranan yang sama seperti menghasilkan bahan kurikulum dan bahan instruksional. Pertindihan fungsi antara kurikulum dan instruksi dapat dielakkan jika memahami definisi, domain dan proses teknologi instruksional. LIMA DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL Mengikut Seels dan Richey (1994), teknologi instruksional mencakupi lima domain utama. Lima domain yang dimaksudkan ialah: Reka bentuk Pengembangan/Pembinaan Penggunaan Pengurusan Penilaian Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional (Rajah 2). Mereka definisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori ini mengandungi idea, konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk menyelesaikan masalah instruksional dan pembelajaran. Dalam kertas kerja ini saya akan membincangkan domain penggunaan iaitu salah satu daripada lima domain teknologi
  • 3. instruksional Teori dan Amalan Pengembangan Penggunaan Penilaian Reka bentuk Pengurusan Rajah 2: Domain Penggunaan Dalam Teknologi Instruksional Domain Penggunaan Domain penggunaan boleh tafsirkan sebagai tindakan menggunakan proses (kaedah dan model RBI), sumber (bahan dan perkakasan media) dan persekitaran untuk memperbaiki atau meningkatkan suasana pembelajaran. Ia melibatkan hubungan antara pelajar dengan bahan pembelajaran dan sistem. Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam domain penggunaan terdapat empat kategori: 1. Penggunaan media dan kaedah 2. Penyerapan atau difusi inovasi 3. Pelaksanaan dan 4. Proses pengekalan inovasi atau institutionalisasi. 1. Penggunaan media dan kaedah Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara sistematik. Di Amerika, usaha menggalakkan penggunaan media berlaku selepas Perang Dunia Kedua melalui Bahagian Alat Pandang Dengar. Dalam Tahun 1946 Edgar Dale telah menerbitkan buku Audiovisual Materials in Teaching yang memberi panduan dan rasional kepada guru memilih dan menggunakan media dalam pengajaran. Kemudian disusul pula oleh penerbitan beberapa buah buku media yang lain seperti Audiovisuals Instruction (Brown, et. al, 1967), Instructional Technology: Its Nature and Use (Wittich dan Schuller, 1979), Planning and Producing Instructional Media (Kemp, 1980) dan Instructional Media and the New Technologies of Instruction (Heinich, Molenda dan Russell, 1982). Buku-buku ini digunakan oleh pelajar pendidikan, guru dan bakal guru dalam kursus-kursus media pendidikan atau teknologi
  • 4. pendidikan di universiti dan kolej. Contohnya, model ASSURE dalam buku Heinich, et al (1982) telah digunakan oleh guru secara meluas untuk merancang penggunaan media instructional secara sistematik. Model ini akan dijelaskan kemudian. Di Malaysia, seperti di Amerika usaha untuk menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar bermula pada akhir tahun 1920an. Dalam tahun 1929, Abdul Aziz Din telah menterjemahkan s ebuah buku bertajuk ‘Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar’ dan pada tahun 1953, Dussek dan Mohd Hashim Talib telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Kitab Pedoman Guru’. Kedua-dua buah buku ini memberi panduan bagi guru pelatih SITC (Sultan Idris Training College) untuk menggunakan kaedah dan alat bantuan mengajar dalam kelas. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957, alat pandang dengar mula diperkenalkan. Pada tahun 1967 Pusat Alat Pandang Dengar Kebangsaan (APD) telah ditubuhkan untuk menyelaras penggunaan APD di peringkat negeri dan daerah. Pusat ini telah menerbitkan Buletin APD iaitu sebuah majalah media ulung yang menjadi rujukan utama guru yang menggunakan APD. Pada tahun 1972 siaran TV Pendidikan telah dilancarkan dan serentak dengan peristiwa itu Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP), Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan untuk memantapkan dan meluaskan lagi penggunaan media di sekolah dan maktab perguruan. Tahun 1980-an menyaksikan perkembangan yang pesat dalam penggunaan teknologi instruksional (Yusup, 1993). Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah diperkenalkan. Reformasi kurikulum sekolah rendah dan menengah ini antara lain meng - galakkan guru menggunakan pelbagai media semasa mengajar. Mereka telah diberi latihan untuk menghasilkan dan menggunakan bahan pengajaran melalui bengkel dan kursus yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG), universiti tempatan dan maktab perguruan. Beberapa buah buku teknologi instruksional telah diterbitkan seperti Teknologi Pengajaran (1984) oleh Sharifah Alwiah Alsagoff, Pameran Visual (1984) dan OHP dalam pengajaran (1984) oleh BTP, Pengurusan Pusat Sumber Sekolah (1987) oleh Bahagian Sekolah, Transparensi dalam sistem pengajaran (1993) oleh Yusup Hashim, dan Buku Prosiding tentang Teknologi Pendidikan oleh Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. Di samping itu sebanyak 15 buah PSPN dan 375 PKG telah ditubuhkan untuk menyediakan satu rangkaian penggunaan sumber yang efektif dan cekap dari peringkat negeri hingga ke peringkat daerah dan sekolah. Tiap-tiap sekolah mempunyai pusat sumber untuk menyediakan dan membekalkan bahan pengajaran untuk kegunaan guru. Bahagian Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1988 untuk merancang, menggubal dan melaksana teknologi instruksional di peringkat Kementerian. BTP menyelia penggunaan siaran radio pendidikan (Siaran radio onair ini telah diberhentikan di Semenanjung tahun 1997), TV Pendidikan melalui rangkaian ASTRO dan bahan multimedia CDI yang dibekalkan ke sekolah bestari. Beberapa kajian penggunaan bahan pengajaran di sekolah telah dijalankan oleh BTP, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Nazir Sekolah dan Universiti Tempatan. 2. Difusi inovasi Penyerapan atau difusi inovasi adalah proses komunikasi yang dirancang secara strategik untuk mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap sesuatu perubahan. Untuk mendapatkan penerimaan sesuatu inovasi, Rogers (1995) mengemukakan enam fasa: a. Menimbulkan kesedaran, b. Menimbulkan minat, c. Membuat penilaian, d. Melakukan percubaan, d. Menerima inovasi, dan e. Mengintegrasi inovasi. Sebagai contoh inovasi penggunaan pembelajaran online di institusi pengajian tinggi. Dalam fasa pertama, pehak pentadbir dan pensyarah universiti harus diberi kesedaran tentang kepentingan pembelajaran online dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran boleh dicetus dengan mengadakan ceramah atau seminar tentang pembelajaran online. Setelah kesedaran terhadap inovasi ini dapat dicetuskan, fasa kedua ialah menimbulkan minat terhadap penggunaan inovasi ini. Minat boleh ditimbulkan dengan menyediakan maklumat, melawat institusi yang menggunakan pembelajaran online atau menjemput pembekal atau pakar pembelajaran online menunjukkan cara sistem
  • 5. pembelajaran online dilaksanakan. Fasa ketiga ialah melakukan penilaian terhadap sistem yang akan diperkenalkan. Beberapa pusat pengajian atau Fakulti disediakan sistem pembelajaran ini dan penilaian dilakukan oleh pensyarah konten dan kaedah untuk mendapatkan kesan sistem ini terhadap pengajaran dan pembelajaran. Soal selidik juga boleh diedarkan kepada pensyarah yang menggunakan sistem ini. Fasa yang ketiga ialah mencuba inovasi ini dengan memasukkan sistem ini dalam perancangan akademik universiti. Soal selidik dan temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklum balas dari pensyarah hasil dari kajian percubaan ini. Pada peringkat ini, pihak pengajian tinggi boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak sistem pembelajaran online. Jika diterima, usaha harus dijalankan untuk mengintegrasi sistem pembelajaran online dalam kurikulum dan instruksi di pusat pengajian tinggi . 3. Pelaksanaan Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan atau strategi instruksional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah inovasi diterima oleh pusat pengajian tinggi maka sistem pembelajaran online ini akan dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk melaksanakan sistem ini, pusat pengajian tinggi harus menyediakan infrastruktur dan peralatan multimedia di bilik kuliah. Latihan harus diberi kepada pensyarah cara menggunakan peralatan multimedia, keadah menggunakan pembelajaran online serta cara membina bahan online. Pelaksanaan pembelajaran online harus dijalankan secara berperingkat mengikut kesediaan, minat dan kebolehan pensyarah. Kajian Mohamed Hisyam (2006) menunjukkan ada lima fasa kontinum interaksi dalam talian yang akan dilalui oleh pensyarah di IPTA. 4. Pengekalan dan Institutionalisasi Pengekalan adalah proses untuk mengekal penggunaan teknologi instruksional berasaskan peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh sesuatu kumpulan masyarakat seperti warga universiti atau masyarakat sekolah. Setelah inovasi ini diterima dan dilaksanakan maka uasaha harus diteruskan untuk mengekalkan atau menginstitutionalisasikan inovasi dengan menyediakan peraturan dan polisi menggunakan sistem pembelajaran berkenaan (Contoh: Penggunaan papan tulis). Penyeliaan dan pemantuan berterusan harus dilakukan supaya sistem pembelajaran pada akhirnya menjadi budaya dan amalan di skolah atau pusat pengajian tinggi. MODEL RBI ASSURE : MODEL TUMPUAN BILIK DARJAH Bagi melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru digalakkan merancang instruksi secara sistematik supaya teknologi dan media (alat dan bahan bantuan mengajar) yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Sistematik bermaksud tiap-tiap langkah dalam model ini akan menerima input daripada langkah-langkah sebelumnya dan akan memberi output pula kepada langkah berikutnya. Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media dan teknologi dalam instruksi (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1982, 1996). ASSURE adalah perkataan Inggeris yang direka daripada enam huruf yang membawa maksud sesuatu itu iaitu pembelajaran pasti akan berlaku: Model ini mempunyai enam langkah: A = Analyse learner (Analisis pelajar). S = State objectives (Nyatakan objektif). S = Select, modify or make media (Pilih, baiki atau buat media) U = Use media (Gunakan media) R = Require learner response (Perlukan tindak balas pelajar). E = Evaluate materials (Menilai dan menyemak semula bahan). 1. Analisis pelajar. Langkah pertama dalam model ini ialah menyesuai atau memadankan kandungan dalam kaedah, media dan bahan yang digunakan dengan ciri-ciri pelajar. Justru guru harus menganalisis pelajaranya iaitu mengenal pasti tiga perkara berikut:
  • 6. a. Mengenal pasti ciri umum pelajar b. Mengenal pasti kompetensi peringkat masuk pelajar (Specific entry competencies) c. Mengenal pasti gaya pembelajaran Mengenal pasti ciri umum pelajar mencakupi jantina, umur, kelas (tahun/ tingkatan), pekerjaan, budaya atau taraf sosio-ekonomi. Komptensi pelajar merujuk kepada pengetahuan atau kemahiran sedia ada serta sikap pelajar terhadap tajuk dan kandungan pelajaran yang akan dipelajari. Manakala mengenal pasti gaya pembelajaran merujuk kepada ciri psikologi pelajar iaitu cara pelajar mengamati serta bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan seperti kebimbangan, aptitud, visual, audio, kinestatik dan motivasi. Ciri umum pelajar Menganalisis ciri pelajar boleh membantu guru memilih media, teknologi dan kaedah yang sesuai dengan pelajar. Sebagai contoh, jika pelajar lemah dalam kemahiran membaca, adalah lebih sesuai menggunakan bahan bukan cetak. Begitu juga jika pelajar itu lemah dalam menghafal sifir, kaedah latih tubi menggunakan instruksi berbantu komputer atau CAI boleh membantu pelajar. Guru harus juga memilih media yang sesuai bagi kumpulan pelajar yang berasal dari kumpulan etnik tertentu atau yang mempunyai budaya atau nilai tertentu. Bagi pelajar yang tidak atau kurang berminat terhadap pelajaran, guru boleh memilih jenis media yang boleh merangsang pembelajaran seperti pita video, kaedah simulasi atau permainan atau aktiviti yang berasaskan teknologi. Jika guru memperkenalkan sesuatu konsep baru adalah lebih berkesan menggunakan pengalaman enaktif (pengalaman sebenar, simulasi atau lawatan) atau pengalaman ikonik (Video, CD) seperti yang terdapat dalam Kon Pengalaman Pembelajaran Dale. Bagi kumpulan heterogenus iaitu kumpulan pelajar yang mempunyai tahap kebolehan atau pengalaman yang sangat berbeza, guru boleh memilih bahan pandang dengar atau multimedia seperti persembahan video atau PowerPoint. Media dan teknologi ini dapat memberi asas kepada kumpulan berkenaan untuk memulakan perbincangan kumpulan atau belajar secara individu. Terdapat juga keadaan di mana guru tidak mempunyai masa untuk menganalisis pelajar kerana pertama kali bertemu dengan pelajar atau kumpulan itu terdiri dari pelbagai kebolehan dan pengalaman. Dalam situasi ini, guru boleh berbincang lebih awal dengan pelajar atau mendapatkan rekod akademik pelajar supaya dapat ditentukan jenis media dan kaedah yang diperlukan. Penceramah biasanya tidak dapat menganalisis penontonnya dan cara yang paling baik ialah datang lebih awal supaya dapat sedikit maklumat tentang pengetahuan, kemahiran, pengalaman, sikap atau minat mereka. Kompetensi Peringkat masuk Lazimya apabila guru merancang pelajaran dalam buku Rekod Mengajar guru membuat dua andaian terhadap komptensi pelajar. Andaian pertama, pelajar sudah mempunyai pengetahuan asas. Andaian kedua, pelajar tidak atau kurang mempunyai pengetahuan atau kemahiran terhadap pelajaran yang akan diajar. Justru guru terus memulakan pelajarnnya tanpa menganalisis kompetensi pelajar. Dalam keadaan yang pertama, pengajaran guru akan terjejas terutama bagi pelajar yang lemah atau sederhana. Hal ini biasanya berlaku dalam pelajaran matematik atau sains yang melibatkan pembelajaran konsep, peraturan dan prinsip. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh mencari luas rajah empat segi jika tidak dapat menguasai konsep rajah empat segi. Dalam situasi yang kedua, pelajar mungkin mersa bosan atau tidak berminat belajar jik apa yang diajar adalah sesuatu yang sudah dipelajari. Guru dikehendaki mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar untuk membantu ia menulis objektif instruksional atau hasil pembelajaran. Komptensi peringkat masuk boleh dikesan melalui praujian, temubual atau perbincangan secara formal atau tidak formal. Praujian, temubual atau perbincangan ini dapat menentukan pra syarat untuk membolehkan pelajar mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Pra syarat yang telah dikenal pasti harus ditulis dalam bentuk objektif pengajaran.
  • 7. Nyatakan objektif pembelajaran secara khusus a. Objektif pembelajaran mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks. b. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi atau hasilan yang ingin dicapai, keadaan dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati. Contoh: Diberi satu keratan akhbar yang mengandungi 200 patah perkataan (Keadaan/syarat pembelajaran), boleh membaca keratan akhbar tersebut (Prestasi) dengan lancar dan jelas (Kriteria/darjah pencapaian). 2. Pilih media dan bahan Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 3. Gunakan alat/bahan pengajaran. a. Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan tentukan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar. b. Sediakan media dan bahan, alat serta kemudahan yang diperlukan. c. Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar. d. Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyatakan tujuan dan objektif pembelajaran. e. Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan pelajaran menggunakan media? Sebagai penyampai utama (Tumpuan guru) atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran yang memberi tumpuan kepada pelajar (Tumpuan pelajar)? 5. Libatkan pelajar Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Kegiatan pengukuhan (Reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi sebaik sahaja pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954). 6. Nilai dan semak semula bahan. Setelah selesai pengajaran, lakukan penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan alat/bahan media itu secara menyeluruh. Dalam penilaian itu persoalan berikut harus difikirkan: a. Adakah objektif pembelajaran tercapai? b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran? c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul? d. Adakah suasana pembelajaran selesa? e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi? IMPAK TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL TERHADAP KURIKULUM DAN INSTRUKSI Teknologi instruksional (TI) mempunyai impak yang signifikan terhadap struktur pendidikan terutama kurikulum dan instruksi. Mengikut AECT (1979), impak TI boleh diperhatikan melalui tiga cara: 1. TI mengubah peringkat membuat keputusan. Bilakah TI mula masuk ke dalam struktur pendidikan? Adakah keputusan menggunakan TI dibuat pada peringkat tertinggi iaitu pada peringkat penentuan kurikulum atau peringkat perancangan kurikulum? Atau dibuat pada peringkat terendah iaitu semasa pelaksanaan dalam bilik darjah? Rajah 2.3 menunjukkan bahawa TI masuk pada peringkat perlaksanaan kurikulum. Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Penggubal kurikulum menganggap media tidak pen- ting! Justeru tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah.
  • 8. Guru media hanya dipanggil berbincang setelah bangunan pusat sumber sudah siap. Dalam Rajah 2.4, keputusan menerima TI dibuat pada peringkat perancangan kurikulum. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka instruksional berbincang cara merancang penggunaan teknologi instruksional dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi instruksional. TI dianggap sama pentingnya dengan kurikulum. 2. TI membentuk empat jenis pola instruksional iaitu: 2.1. Guru dengan pelajar Dalam pola instruksional yang melibatkan guru dengan pelajar (Rajah 2.5), guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa dalam kelas dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat. Pendekatan ini juga dikenali sekarang sebagai fokus guru atau pengajaran terarah guru. 2.2. Guru dengan media Dalam pola yang kedua ini (Rajah 2.6), pendekatan masih terarah guru iaitu, guru berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah, ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintegrasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional. Penentuan Kurikulum Perancangan Kurikulum Perlaksanaan Kurikulum Teknologi instruksional Rajah 2.3: Media dirancang Pada Peringkat Pelaksanaan Kurikulum Penentuan Kurikulum Perancangan Kurikulum Perlaksanaan Kurikulum Teknologi Instruksional Rajah 2.4: Media dirancang Pada Peringkat Perancangan Kurikulum 2.3. Guru dengan sistem instruksional dan media Pola ketiga ini melibatkan guru dengan sistem instruksional dan media (Rajah 2.7). Pendekatan masih terarah guru tetapi keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses instruksional. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE (Heinich, Molenda dan Russell, 1982) adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah. 2.4. Media instruksional sahaja (Tiada peranan guru) Dalam pola keempat ini, media instruksional (Rajah 2.8), mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran seperti dalam pola 1 hingga 3. Dia hanya menjadi pemudah cara, pengurus atau penasihat kepada proses instruksional. Pendekatan ini dikenali sebagai fokus pelajar atau berpusat pelajar. Pola ini mirip dengan instruksi yang disampaikan secara jarak jauh seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open University United Kingdom atau
  • 9. Universiti Sains Malaysia. Media dibina oleh satu pasukan pembina kursus yang terdiri daripada pakar mata pelajaran, pereka instruksional dan pakar pengeluaran. Media ini boleh digunakan oleh pelajar secara kendiri tanpa bantuan guru. Contoh bahan instruksional kendiri ialah modul cetak, panduan belajar, perisian pengajaran berasaskan komputer, dan hipermedia/hiperteks. 3. TI mengubahkan sistem atau pendekatan pendidikan. TI boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), kepada sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang; sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan bahan Internet. Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Pelajar Rajah 2.5: Pendekatan Kapur dan Tutur (Fokus Guru) Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Dan Media Pelajar Rajah 2.6: Guru Guna Media jika Perlu Objektif Menentukan isi dan kaedah Guru Pelajar Media Rajah 2.7: Perancangan Media yang Sistematik Objektif Menentukan isi dan kaedah Media Pelajar Rajah 2.8: Media Sahaja (Tanpa Guru, Fokus pelajar) TI juga boleh mengubah cara pengajaran dirancang dan disusun. Sebagai contoh, kurikulum literasi komputer (Jadual 1.1) mempunyai strategi instruksional yang berlainan dengan strategi instruksional konvensional. Dalam perancangan pengajaran, ia melibatkan penggunaan komputer, masa tambahan untuk berinteraksi dengan komputer, pembinaan pengetahuan, pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah dan penggunaan penilaian dan strategi pengajaran penguasaan (Mastery learning). Dalam kursus literasi komputer, pelajar perlu menguasai kemahiran asas sebelum bergerak kepada kemahiran yang berikutnya. Sebagai contoh jika menggunakan Microsoft Word for Windows atau Internet, pelajar harus tahu menggunakan tetikus dan papan kekunci sebelum menggunakan perisian pemprosesan perkataan Word atau Internet Explorer. Selagi pelajar belum menguasai kemahiran asas ini, adalah sukar bagi mereka menggunakan pukal perisian komputer ini. Jadual 1.1Rancangan Pengajaran Literasi Komputer (Ubahsuai daripada Abdul Hamid Abdul Rahman, 1995) Memberi arahan dan memulakan operasi komputer 10 minit Mengulang kaji dan menyediakan set induksi 20 minit Menyampaikan Pelajaran: Topik, Kandungan 30 minit
  • 10. dan Demonstrasi (Tugasan) Pengalaman `Hands-on' 10 minit Kurikulum Literasi Komputer Cadangan Perancangan Strategi Pengajaran Tutorial MengikutJadual Waktu Anjal (120 minit = Tiga Waktu) Aktiviti Prapengajaran (15 minit) Persediaan dan memulakan sistem komputer Mendapatkan perhatian (set induksi) Mengingat semula pelajaran lepas Persembahan pelajaran (25 minit) Menyampaikan objektif/hasil pengajaran Menyampaikan isi pelajaran Memberi contoh/ panduan pelajaran Interaksi pelajar dengan komputer (30 minit) (`Hands-on experience') Penilaian pembelajaran (20 minutes) Maklum balas daripada pelajar Beri ujian /latihan Aktiviti pengayaan (30 minit) (Pembinaan Pengetahuan) Catitan: Pelajar perlu buat latihan sendiri di makmal komputer sekurang- kurangnya empat jam dalam seminggu sebagai latihan tambahan kepada jadual waktu formal sekolah Kemajuan dalam teknologi instruksional memberi kesan terhadap kurikulum dan instruksi. Institusi pendidikan perlu distruktur semula untuk menerima dan menyesuaikan dengan pendekatan baru dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran soft technologies dan penggunaan hard technologies seperti yang dinyatakan oleh Reigeluth (1987): ‘As we enter deeper into a highly technological, rapidly changing information-oriented society, the present structure of our education system will become more and more inadequate! With our entire nation still at risk, we are forced to reevaluate and restructure the entire way schools operate, the approaches we use in teaching, and the way students learn’. Penggunaan TI terutama teknologi komunikasi dan maklumat mungkin mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat kepada pelajar dan berasaskan pengetahuan dan maklumat. Guru mengurus aktiviti pembelajaran dengan menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk pembelajaran. Pengenalan kepada jadual waktu anjal oleh Kementerian Pendidikan dalam tahun 1993 memberikan fleksibiliti dalam perancangan kurikulum dan strategi instruksional. Seperti yang disuarakan oleh seorang pengetua sekolah yang mengamalkan jadual waktu anjal: ‘Jadual waktu anjal membolehkan guru merancang pelajaran dengan lebih berkesan dan memberi lebih masa bagi guru menyemak buku latihan dan menangani masalah pembelajaran sedangkan jumlah waktu mengajar adalah sama’. PENUTUP Tajuk ini telah membincangkan definisi dan domain teknologi instruksional, perbezaan di antara kurikulum dan instruksi dan impak teknologi instruksional terhadap pendidikan. Lima domain teknologi instruksional seperti reka bentuk, pengembangan, pengurusan, pelaksanaan dan penilaian dapat memberi gambaran tentang fungsi bidang teknologi instruksional khususnya dan bidang instruksi amnya dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Bidang instruksi menjelaskan dan menentukan kaedah yang paling baik untuk mengajar manakala bidang kurikulum memilih dan menentukan kandungan kurikulum paling baik untuk diajar atau disampaikan kepada pelajar supaya dapat membentuk dan melahirkan generasi yang berilmu, bertamadun dan berakhlak mulia. RUJUKAN Abd. Aziz Din (1952) Kitab Pertolongan Ilmu Mengajar (Cetakan kedua). Kuala Lumpur: Arts Printing House
  • 11. Abdul Hamid Abdul Rahman (1995). Perlaksanaan program literasi komputer dan kesannya ke atas kepercayaan menggunakan komputer di kalangan pelajar sekolah menengah, Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya AECT (1977). The definition of educational technology. Washington DC: AECT Andrews, D. & Goodson, L. (1980). A comparative analysis of models of instructional design. Journal of Instructional Development 3(4), 2-16 Beauchamp, G. (1968). Curriculum theory (Edisi ke-2) Wilmette IL: Kegg Press. Brown, J., Lewis, R. & Harcleroad, F. (1967). AV instruction: Materials and methods. (Edisi ke-3). New York: Mc Graw Hill. Chang Chan Tek (1996). Effectiveness of instructional design model on mastery learning in the teaching of secondary school mathematics. Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia Dick,W. & Carey,L. (1999). The systematic design of instruction. (4th ed.) NewYork: Prentice-Hall. Dussek, O. & Mohd Hashim Zainal (1929). Kitab Pedoman Guru. Singapore: Malaya Publishing House Limited. Euis Mariani Koswara (2005). Keberkesanan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pengajaran dan pembelajaran geografi. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Fleming, M. & Levie, H. (1993). Instructional message design (Edisi ke-2). New Jersey: Educational Technology Publications Gagne’ R., Briggs, L. & Wager, W. (1992). Principles of instructional design, (5th ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston. Grabowski, B. (1991). Message design: Issues and trends. Dalam G. J. Anglin, (Editor) Instructional technology past and present.(h.222-232). Colorado: Libraries Unlimited Gustafson, K. & Branch R. (1997). Survey of instructional development models. (3rd ed.) New York: Syracuse University Gustafson, K. (1991). Survey of instructional development models. (2nd ed.) New York: Syracuse (Terjemahan Yusup Hashim & Razmah Man, Tinjaun model pengembangan instruksi, 1999) Heinich, R., Molenda, M. & Russell, J. (1982). Instructional media and the new technologies of instruction, New York:Macmillan. Ismail Md Zain (1994). Keberkesanan reka bentuk pengajaran di kalangan pelajar sekolah menengah. Tesis Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia Jeyanti, V. (1997). Kajian kesan atribut media pendidikan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Jonassen, D. (2004). Handbook of research on educational communications and technology. New Jersey: Lawrence Erlbaum. Kemp, J., Morrison, G. & Ross, S. (1994). Designing effective instruction. New York: Merrill Leshin, C., Pollock, J., & Reigeluth, C. (1992). Instructional design strategies and tactics fo improving learning and performance. Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications. Martin, B. (1997). Media and IT (Instructional Technology) as part of education (Part 2), Educational Media International, 34(2), 103-106 Mohamed Hisyam bin Mohd Hashim (2006). Interaksi dalam talian menggunakan LMS: Satu kajian kes. Tesis Ph. D, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Projek Inspire (1977), Uinversiti Sains Malaysia Reigeluth, C.M. (1987). The search for meaningful reform: A third wave educational system, Journal of instructional development,10(4), 5-10 Reigeluth, C. (Editor) (1983). Instructional-design theories and models: An overview of the current status. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. Reigeluth, C. (Editor) (1987). Instructional theories in action: Lesson illustrating selected theories and models. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum. Reiser, R. & Dempsey, V. (2002) Trends and issues in instructional design and technology. Columbus, Ohio: Merril and Prentice Hall Rogers, E. (1995). Diffusion innovations (Edisi ke-3). New York: Free Press Seels, B. dan Richey, R (1994). Instructional technolog: The definition and domains of the field. Washington DC; AECT Smaldino, S., Russell, J, Heinich, R. & Molenda, M. (2005). Instructional Technology and media for learning, (8th ed.) New Jersey: Pearson
  • 12. Snelbecker, G. (1974). Learning theory, instructional theory and psychoeducational design. New York: Mc Graw Hill Tessmer, M. (1990). Environmental analysis: A neglected stage of instructional design. Educational Technology Research & Development, 38(1,:55-64 Wittich, A. dan Schuller, C. (1979). Instructional technology; Its nature and use. New York: Harper & Row Yusup Hashim & Razmah Man (1993). Instructional design considerations in developing hypermedia/hypertext in instruction.Journal of hypermedia and multimedia studies, (4(1),18-22 Yusup Hashim (1991). A study on educational media programs in Malaysian Universities and Colleges, Disertasi Kedoktoran, Kansas State University Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Yusup Hashim (2000). Konsep dan perkembangan kurikulum dan instruksi. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
  • 13. DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1. Definisi Teknologi Mengikut Galbraith (1967) ‘technology is the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks’. Systematic application bermaksud teknik yang digunakan harus ada kerangka reka bentuk untuk menghasilkan satu ‘total system’ pengajaran-pembelajaran. Application of scientific knowledge bermaksud teknik harus menggunakan ide (teori) yang telah diuji dan didapati berjaya dan aplikasinya telah disahkan melalui ujian. Kerangka atau templat yang dihasilkan melalui ujian perlu distruktur supaya guru dapat mengggunakan pola instruksional berulang kali. Selain pandangan di atas, teknologi mengikut Finn (1960) Heinich, Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:  Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.  Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan film, (perisian) adalah hasil teknologi 2. Definisi Teknologi Pengajaran Tumpuan kepada beberapa definisi teknologi pengajaran dari tahun 1960an hingga kepada tahun 1994 yang di sarankan oleh Seels dan Richey dan Jawatan Kuasa Association for Educational Technology (1994) dan Reiser dan Dempsey (2002). ‘Instructional technology is the theory and practice of design, development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning’ (Seels dan Richey, 1994, p.1) Penjelasan lima domain dalam definisi teknologi pengajaran atau teknologi instruksional meliputi teori dan malan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran: a) Domain Reka Bentuk
  • 14. Domain yang pertama dalam teknologi instruksional adalah domain reka bentuk. Reka bentuk adalah proses untuk menentukan komponen sistem instruksional, ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran. Dalam domain reka bentuk terdapat empat bidang utama iaitu:  Reka bentuk sistem instruksional  Reka bentuk mesej  Strategi instruksional dan  Ciri-ciri pelajar Reka bentuk sistem instruksional merupakan satu tatacara yang teratur atau sistematik untuk menganalisis, mereka bentuk, membina, melaksana dan menilai bahan instruksional, satu unit pelajaran, satu kursus atau satu kurikulum agar dapat membantu atau menambahbaik pelajar belajar dan guru mengajar. Bidang kedua iaitu reka bentuk mesej melibatkan perancangan untuk menentukan cara dan format media yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Bidang ketiga iaitu strategi instruksional melibatkan proses memilih dan menyusun aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran seperti urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran. Bidang terakhir dalam domain reka bentuk ialah menganlisis ciri-ciri pelajar seperti menentukan ke- mahiran, pengetahuan, sikap yang sedia ada yang memberi kesan terhadap proses pembelajaran. b) Domain pengembangan Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain pengembangan atau pembinaan. Domain ini melibatkan proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk.untuk menghasil bahan instruksional. Bahan instruksional terdiri dari bahan cetak, bahan pandang dengar, bahan berasaskan komputer dan bahan multimedia. c) Domain penggunaan Domain ketiga dalam teknologi instruksional ialah domain penggunaan. Penggunaan adalah tindakan menggunakan kaedah dan model instruksional, bahan dan perkakasan media dan persekitaran untuk meningkatkan suasana pembelajaran. d) Domain Pengurusan
  • 15. Domain keempat iaitu domain pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan pusat sumber/teknologi pendidikan untuk membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan tersusun dan berkesan. e) Domain Penilaian Domain kelima dalam teknologi instruksional ialah domain penilaian. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pem- belajaran atau program pendidikan seperti penilaian pencapaian pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan penilaian program atau projek media pendidikan. Dalam domain penilaian terdapat empat kategori iaitu penilaian analisis masalah pengajaran, penilaian kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif. Teknologi pengajaran bukan sahaja memberi tumpuan kepada produk atau penggunaan alat pandang dengar sahaja tetapi meliputi proses reka bentuk pengajaran dan bukan pengajaran untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan prestasi dalam tempat kerja, Reiser dan Dempsey (2002) telah mengemukakan definisi berikut: ‘Instructional design and technology encompasses the analysis of learning and performance problems, and the design development, implementation, evaluation and management of instructional and non-instructional processes and resources intended to improve learning and performance in a variety of settings, particularly, educational institutions and work place’ Definisi 2002 telah menampilkan beberapa konsep baru yang tidak terdapat dalam definisi lama teknologi instruksional. Konsep baru seperti teknologi prestasi dan penyelesaian masalah seperti suasana tempat kerja dan sebagainya untuk meningkatkan prestasi kerja telah mempengaruhi proses reka bentuk instruksional konvensional. Ini bererti untuk meningkatkan prestasi kerja bukan hanya bergantung kepada intervensi reka bentuk instruksional tetapi faktor bukan instruksional seperti suasana tempat kerja dan lain-lain faktor manusia juga dipertimbangkan. Tetapi apa yang lebih penting mengikut Reiser (2002), definisi baru menggunakan istilah reka bentuk instruksional dan teknologi untuk menggantikan istilah teknologi instruksional yang dikaitkan dengan alat
  • 16. atau media seperti komputer, projektor overhed, television, video, CD-ROM dan lain-lain jenis peralatan dan perisian yang dikaitkan dengan media instruksional SUMBER : http://salmiahabdulkadir.weebly.com/