Teks tersebut membahas tentang beberapa aspek penting tamadun Cina, termasuk:
1) Asal-usul tamadun Cina yang bermula sejak 2000 SM
2) Nilai-nilai Konfusianisme yang mempengaruhi masyarakat Cina
3) Sumbangan-sumbangan penting tamadun Cina seperti sistem tulisan Hanzi
Membincangkan Tamadun Islam dan Asas pembentukan Tamadun Islam secara lebih terperinci dan lengkap. Sasaran utama adalah pelajar TITAS untuk universiti tempatan.
Membincangkan Tamadun Islam dan Asas pembentukan Tamadun Islam secara lebih terperinci dan lengkap. Sasaran utama adalah pelajar TITAS untuk universiti tempatan.
Rangkuman peradaban Sungai Huang Ho dalam bentuk slideshow. Semoga membantu dalam tugas sejarahnya. Terimakasih untuk menggunakan ini sebagai referensi dan bukan dicuri :)
Peradaban Lembah Sungai Kuning adalah peradaban bangsa Cina yang muncul di lembah Sungai Kuning (Hwang Ho atau yang sekarang disebut Huang He). Sungai Hwang Ho disebut sebagai Sungai Kuning karena membawa lumpur kuning sepanjang alirannya
2. Pelajar dapat:
1. menghuraikan asas-asas dan nilai-nilai
tamadun Cina;
2. Menerangkan ciri-ciri utama tamadun Cina;
3. Mengenal pasti sumbangan-sumbangan
penting tanadun Cina kepada tamadun
dunia
2
3. 3
Antara tamadun tertua di dunia dan
berkesinambungan hingga kini.
Dikesan sejak tahun 2000 SM.
Keunikan : kekebalan dan kekentalan dari
dipengaruhi oleh tamadun-tamadun lain serta
kelahiran pelbagai aliran falsafah – Konfusianisme dan
Taoisme.
Warisan sistem nilainya memberi kesan kepada
perkembangan Tamadun Cina sehingga kini.
4. Bangsa Cina terdiri daripada 5 gabungan kaum besar dikenali
Zhonghua Minzu (bangsa Tionghua)
Peringkat awal sebagai bangsa Huaxia kemudian bertukar Han (dinasti
Han) dan Tang (dinasti Tang)
Terdiri daripada beberapa kumpulan etnik besar – Han, Hui, Manchu,
Mongol, Zang (Tibet)
Konsep negara:
◦ Zhong Guo (Tiongkok) bermaksud ‘Negara Tengah’
◦ Zhong Hua (Tionghua) – gabungan Zhong Guo dgn Hua Xia iaitu
wilayah tanah jajahan pemerintahan) dinasti Cina (Bangsa Han )yg
mengamalkan budaya Zhong Yen
◦ Negara merujuk semangat untuk ‘mengkeluargakan’ seluruh unit
kenegaraan – gabungan Guo (negara) dengan Jia (keluarga)
◦ Konsep Zhong (taat) = asas sistem kenegaraan
◦ Konsep Xiao (berbakti) = sistem kekeluargaan
◦ Sistem kekeluargaan merupakan asas kepada sistem kenegaraan.
◦ Budaya Cina semangat bangsa lebih diutamakan daripada
semangat negara.
◦ Sistem pemerintahan dinasti dijatuhkan pada tahun 1911 dan
digantikan dengan sistem Republik
4
5. Kedudukan Geografi
Ada empat batang sungai yang penting:
1. Sungai Kuning [Huang He] (Utara China)
2. Sg. Yangzi (Tengah China)
3. Sg. Xijiang (Selatan China) ke lautan Pasifik
4. Sg. Merah (di Vietnam)
Pusat pertumbuhan tamadun Cina
◦ Huang He (Sg. Kuning) – utara
◦ Chang Jiang – selatan
Tanda tamadun paling awal berdasarkan kebudayaan
masyarakat:
◦ Di Yangshao – wilayah Shanxi
◦ Di Longshan – wilayah Shandong
5
6. Tamadun Cina dipercayai bermula abad ke 6
SM.
Yangshao merujuk kepada suatu kawasan
perkampungan tradisi di provinsi Shaanxi.
Tanah yang subur dan lembab sesuai untuk
pertanian.
Bertani, memelihara babi dan membuat
tembikar.
Berkembang di bahagian tengah dan utara
China selama 5,000 tahun.
6
7. Longshan (lebih maju dr Yangshao) merujuk
kepada perkampungan tradisi di provinsi
Shandung.
Zaman Gangsa di Lembah Sg. Yangtze di
Provinsi Jiangxi dan di Sanxingdui, di provinsi
Sichuan.
Zaman Gangsa, gangsa dinilaikan sebagai
simbol elit kuasa di raja Dinasti Shang
(1600~1066 SM)
Penggunaan gangsa tersebar meluas dalam
kalangan kaum bangsawan.
7
8. Sistem kemasyarakatan Cina berasaskan sistem kekeluargaan
Sistem ini menekankan kuasa bapa, nilai dan etika masyarakat.
Dalam sistem politik, kuasa raja dianggap mutlak.
Martabat masyarakat terbahagi kepada mulia dan hina
Sistem Sangkang menekankan 3 hubungan:
◦ Raja dgn pembesar
◦ Ayah dgn anak
◦ Suami dgn isteri
Wu Chang merangkumi 5 nilai utama
◦ Ren (kemanusiaan)
◦ Yi (Kesaksamaan/keadilan)
◦ Li (Kesopanan/tatasusila)
◦ Zhi (kebijaksanaan/hikmah)
◦ Xin (amanah / kepercayaan)
Konsep Xiao (berbakti) – asas pd sistem keluarga
Konsep Zhong (taat) – asas pd sistem kenegaraan.
Fahaman Konfusianisme amat tebal dalammasyarakat Cina kuno
(masyarakat pertanian) dalam aspek kehidupan, etika, budaya,
politik , masyarakat dan negara.
8
9. Bahasa pertuturan Cina adalah pelbagai kerana
pelbagai bangsa
Pada zaman dinasti Han, bahasa pertuturan dan tulisan
diseragamkan - dikenali Hanyu (bahasa) dan Hanzi
(tulisan)
Mandarin adalah istilah digunakan oleh orang asing
kepada bahasa Cina (Hanyu)
Masa kini, ejaan bahasa Cina menggunakan sistem
Pinying = sebutan berdasarkan ejaan yg dirumikan.
9
10. Tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han)
telah dicipta berdasarkan kaedah:
i. xiang xing (lambang bergambar)
ii. zhishi (lambang petunjuk)
iii. huiyi (lambang petunjuk fikiran)
iv. xing sheng (gabungan bentuk-bunyi)
v. Zhuanzhu (mutual semantic transfer)
vi. jiajie (loan character)
dikenali sebagai liushu (six principles of writing).
Sistem tulisan Cina dibentuk berdasarkan kombinasi 3
unsur – makna, bunyi dan bentuk.
Walaupun terdapat banyak dialek (bahasa lisan) namun
hanya mempunyai satu sistem tulisan.
Tulisan Cina turut digunakan oleh bangsa lain seperti
Jepun, Vietnam dan Korea.
10
11. Konsep Tian
◦ Kepercayaan Tian dirujuk kepada langit bermaksud dewa
utama.
◦ Semasa dinasti Chou, Tian dirujuk kepada makhluk unggul
mempunyai kuasa, menguasai perjalanan hidup dan
menentukan nasib yang mendapat mandat dari syurga.
◦ Umumnya, Tian merujuk kepada 4 fahaman utama:
Tian - sumber kewujudan kepada seluruh makhluk
Tian – maha agung mengatasi segala sesuatu
Tian – kuasa penentu nasib sesebuah dinasti
Tian – penentu bahagia dan sengsara
◦ Raja-raja Chou sering dikaitkan dengan konsep Tian iaitu
sebagai wakil Tuhan.
◦ Tian mempunyai tanggungjawab menjaga keamanan,
melindungi rakyat dan menghukum pesalah.
◦ Mandat akan ditarik jika raja berlaku zalim.
◦ Menurut Konfusius, Tian – tuhan terunggul yang menentukan
nasib seseorang.
11
12. Dao/Tao
o Dalam kitab Daode Jing, Tian disamakan dengan Dao
Empat perkara utama iaitu:
i. Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan (the way);
ii. Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi
keseluruhannya (all embracing), tempat asal-usul
semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang
melahirkan serta memupuk makhluk sejagat (wanwu);
iii. Dao adalah kosep semula jadi (nature/tabii);
iv. Dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk
berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.
◦ Menurut Kung Fu-Tze – dao dianggap peraturan yang
mesti dipatuhi
◦ Berdasarkan kitab ajaran dao, dao sbg asas kepada
punca segala benda wujud.
12
13. Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing
Menurut kitab Yijing (The Books of Changes) konsep
Taiji merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate
reality).
Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji.
Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa
dwikutub (bipolar) Yin dan Yang.
Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula
menghasilkan lima unsur – air, api, tanah, kayu & logam
(wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua
benda (material).
Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur
tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau
putaran yang bersilih ganti tanpa pengakhirannya.
Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai
pergerakan Dao.
13
14. Kesepaduan Tian dengan Insan
◦ Bermaksud insan sebahagian daripada Tian.
◦ hubungan yang rapat antara insan dengan Tian
menyebabkan segala kesalahan yang dilakukan oleh
kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi
fenomena luar biasa alam semulajadi (bencana alam)
sebagai tanda kemarahan Tian dan amaran kepada
kerajaan berkenaan.
◦ Konsep ini menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang
dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme
dikemukakan oleh Dong Zhongshu (79 - 104SM),
seorang pujangga Konfusian pada zaman dinasti Han.
◦ Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran
orang Cina sehingga masa kini dalam proses
perkembangan ketamadunannya.
14
15. Prinsip Zhongyong
Prinsip kesederhanaan atau Zhongyong (The Golden Mean)
merupakan pemikiran moral asas yang bersifat sederhana,
seimbang dan bersesuaian.
Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa
pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan
keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam
semesta dan bumi ini.
Dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.
Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling
ideal ialah datong (The Grand Unity).
Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan
sebagai Jalan Agung.
Hanya dapat dicapai apabila segala objek / benda di dunia
ini dikongsi oleh semua pihak secara adil, tanpa membazir
dan digunakan demi kepentingan umum.
Termasuk juga yg tua dijaga dan yg muda dipelihara selain
tiada maksiat, mencuri, pemberontakan di dunia ini.
15
16. Falsafah & Agama T. Cina
1. Konfusianisme
2. Buddhisme
3. Daoisme
4. Moisme
5. Legalisme (Aliran Fa)
6. Islam
16
17. - Doktrin kenegaraan yang merangkumi aspek falsafah,
keagamaan dan sosio-politik yang terdapat dalam pengajaran
Konfusius (551-479 SM).
- Dalam kitab Analects (Lun Yu), pengajaran utama Konfusius
menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia,
terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan
ketaatan kepada ibubapa (xiao).
- Manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai 5 jenis sifat (Wu
Chang) yang baik iaitu:
i. Perikemanusiaan (ren)
ii. Kewajaran (yi) sikap orang yang bermoral/mulia
iii. Kesusilaan (li)
iv. Kearifan (zhi)
v. Amanah (xin)
17
KONFUSIANISME
19. - Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha di India
pada kurun ke-6 SM dan disebar ke China pada kurun
1 Masehi [dari Dinasti Han hingga ke Dinasti Tan].
- Asas pengajarannya iaitu penderitaan adalah
berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar
kepada pelbagai masalah manusia (4 Kebenaran
Mulia).
- Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti
Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan
(middle way).
- Dua cabang agama Buddha yang terkemuka iaitu:
i. Theravada /Hinayana
ii. Mahayana
19
BUDDHISME
20. - Diasaskan oleh dua orang pemikir Cina:
- Lao Zi (604 SM), dan
- Zhuang Zi (369-2865 SM)
- Penekanan kepada pemeliharaan semula jadi serta
konsep wuwei (non-action) atau melakukan
perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha
- Terbahagi kepada dua cabang utama:
i. Pemikiran falsafah dao (daojia)
ii. Aliran keagamaan dao (daojio) yang terkandung dalam kitab
Daode Jing.
20
DAOISME
21. - Diasaskan oleh Mo Tzu (Mozi) (479-381 SM).
- Konsep penting:
i. kasih sayang sejagat (jian’ai),
ii. mengecam sikap suka berperang (feigong),
iii. menyerah kepada nasib (feiming), dan
iv. mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).
- Beliau menyatakan,:
setiap orang harus mencintai semua orang spt mencintai diri sendiri dan
menekankan persamaan kerana ianya boleh mengelak jenayah.
Kerajaan harus dipimpin oleh org yg berkebolehan dan baik
Melarang hidup mewah tetapi sederhana.
Elakkan pembaziran spt adat pengkebumian secara besar-besaran.
Melarang muzik kerana melalaikan. Negara akan binasa jika raja lalai
dgn muzik.
- Konsep-konsep dalam Moisme bertentangan dengan konsep-konsep dalam
Konfusianisme.
21
MOISME
22. - Diasaskan oleh Han Fei dan dilaksanakan semasa
China di bawah pemerintahan dinasti Qin.
- Tiga cabang utama dalam sistem pemerintahan
iaitu kuasa (Shi), cara (Shu) & perundangan (Fa) -
oleh Han Fei Zi.
- Salah satu karya ajaran ini ialah Kuan Tzu.
- Aliran ini mengutamakan:
i. pemikiran sosio-politik dan kekuasaan pihak
pemerintah terhadap rakyatnya , &
ii. pemerintahan berteraskan undang-undang
adalah lebih baik daripada pemerintahan etika .
22
LEGALISME / Aliran FA
23. ◦ Antara falsafah legalis:
Menentang dunia feudal
Golongan bangsawan perlu diganti dgn hirarki
tentera
Muzik, sejarah dan falsafah dianggap racun
rosakkan masyarakat
Pertanian dan peperangan dipuji sbg asas kuasa
negara.
23
LEGALISME / Aliran FA
24. - Dibawa masuk ke negara China melalui dua jalan iaitu jalan
darat & jalan laut seawal kurun ke 7M.
- Pedagang Islam Arab & Parsi mendarat di selatan China dan
mendirikan masjid di Guangzhou & Quangzhou.
- Yang menggunakan Jalan Sutera membentuk masyarakat
Islam Cina di Xian.
- Kemuncak kegemilangan Islam di China – zaman Dinasti Yuan
(1271-1368M) (sumbangan besar tokoh2 Islam dalam bidang
astronomi, perubatan, sains & teknologi).
- Zaman Dinasti Ming (1368-1644M) – berlaku peristiwa
penting (pelayaran Zhenghe / Cheng Ho mengelilingi dunia).
24
ISLAM
25. Pemikiran politik tradisional Cina tlh terbentuk sejak
sebelum dinasti Qin (221SM-207SM).
Banyak dipengaruhi oleh aliran-aliran falsafah spt
Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme.
◦ Konfusianisme menekankan pemerintahan
berdasarkan akhlak
◦ Daoisme menekankan pemerintahan berdasarkan
kebajikan
◦ Legalisme menekankan pemerintahan berdasarkan
perundangan
◦ Daoisme menekankan pemerintahan berdasarkan
tabii(wuwei)
Sistem politik dan pemerintahan Cina adalah
berdasarkan dinasti yang bersifat feudal. Setiap
dinasti akan merujuk satu aliran falsafah.
25
26. Masyarakat Cina tradisional pentingkan konsep kekeluargaan.
. Asas sistem kekeluargaan masyarakat Cina masih memusatkan kuasa
bapa (patriachy) dan nasab kaum lelaki (patrilineal) berlanjutan sehingga
ke hari ini.
Konsep Xiao (berbakti) dan konsep Zhong (taat) merupakan asas dalam
sistem kekeluargaan dan sistem kenegaraan dalam aliran Konfusianisme
Anak2 diajar mengenai 5 hubungan asas manusia:
◦ Antara suami dan isteri
◦ Antara bapa dan anak
◦ Antara adik beradik
◦ Antara pemerintah dan rakyat
◦ Antara kawan-kawan
3 hubungan berkaitan dengan keluarga manakala 2 lagi hubungan
berkaitan dengan masyarakat
Oleh itu perhimpunan keluarga setiap tahun Baru Cina misalnya amat
bermakna. Yang tua dihormati dan yang telah meninggal dunia diingati.
Golongan tertinggi harus menjaga orang bawahan dan golongan bawah
perlu menurut perintah. Hubungan ini wujud pada 4 hubungan kecuali
antara kawan2.
Hubungan kekeluargaan yg erat dipengaruhi oleh idea Konfusius yg
menekankan pentingnya konsep ketaatan anak kpd ibubapa. Hal ini
penting bagi mengekalkan keturunan keluarga yg baik.
Tidak menjaga diri dari kecelekaan atau kesalahan seolah-olah tidak
menghormati ibubapa
26
27. ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh
sistem kekeluargaan Cina termasuklah:
i. Waris sebelah bapa.
ii.Pemerintah yang memusatkan kuasa bapa/lelaki.
iii.Kuasa suami yang tertinggi.
iv.Mementingkan anak lelaki berbanding anak
perempuan.
v.Mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat
keluarga.
27
28. Kesusasteraan
Telah berlaku sejak 3000 thn lalu.
Peranan ahli2 falsafah cina dan maharaja turut.
Maharaja Tsuan Tsung (Dinasti Tang)
misalnya, memberi naungan kpd gol sasterawan
dan beliau juga seorang penyajak dan pemuzik serta
meminati lakonan.
Antara tokoh sasterawan cina yg terkenal –
Lu Ji, Zuo Si, Li Bo, Du Fu .
Li Bo dikatakan banyak menghasilkan karya sastera
dan hanya 1800 karya yg masih ada.
Perkembangan kesusasteraan Cina yg pesat
dikaitkan dgn penciptaan mesin cetak.
28
29. Kesusasteraan
29
1. Puisi
◦ Antologi puisi terawal – Shi Jing (Classic of
Song) – mengandungi 305 nyanyian kuil,
istana dan rakyat.
◦ Wujud antara zaman Zhou Barat hingga Musim
Bunga dan Musim Luruh.
◦ Dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe.
◦ Fungsi : sastera, politik dan sosial.
◦ Chu Ci (Nyanyian Chu) – asal dari muzik dan
tarian
◦ Mewakili antologi puisi Cina awal dari
selatan di sekeliling kawasan Sg. Yangzi.
◦ Kemuncak perkembangan pada dinasti Tang.
30. Kesusasteraan
30
Ciri-ciri puisi klasik:
◦ Berkait rapat dengan muzik.
◦ Padat dan singkat.
◦ Puisi naratif (deskriptif) yang panjang sangat
kurang.
◦ Chu Ci (Nyanyian Chu) – asal dari muzik
dan tarian
◦ Fungsi sosial, politik dan sastera.
31. Kesusasteraan
31
2. Prosa
Prosa klasik (guwen)adalah dominan dalam
sastera cina klasik.
Prosa klasik berdasarkan stail karya pakar zaman
purba khasnya klasik Konfusius dan ahli falsafah
lain.
Bahasa klasik menjadi medium bg hampir semua
penulisan prosa krn ianya menjadi bahasa utk
peperiksaan rasmi.
Tujuan penulisan prosa adalah utk menyampaikan
moral dan etika.
Zhuang Zi merupakan prosa Qin yg paling indah
Shi Ji karya Sima Qian sebuah buku sejarah yg
mempunyai penulisan prosa yg terbaik zaman
dinasti Han.
32. Kesusasteraan
32
3. Drama
◦ Drama Cina bersemarak pada zaman dinasti Yuan
(1279-1368M).
◦ Drama yg paling menarik – jenis zaju.
◦ Sastera bentuk puisi yang digubah mengikut
rentak muzik tertentu
◦ Zaju bukan sahaja sbg hiburan tetapi berperanan
untuk menyatakan rasa tidak puas hati atau
sbg alat kritikan.
Misalnya, drama Dou’er Yuan (Ketidakadilan
Dou’er) karya Guan Hanqing kritik kelemahan
pegawai Mongol yang rasuah sehingga seorang suri
rumah dihukum mati tanpa sebab.
Drama Xixiang ji (Percintaan Kamar Barat) karya
Wang Shifu – cinta bebas dan menentang tradisi
lama dlm perkahwinan
33. Kesusasteraan
33
◦ menyokong nilai2 Cina tradisional spt zhong
(kesetiaan), xiao (hormat terhadap
ibubapa), jie (kesucian wanita) dan yi
(keadilan)
◦ digemari oleh golongan pujangga kerana stail
nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.
◦ Akhir kurun 18, drama rakyat dari berlainan daerah
mula berkembang dan dipentaskan di Beijing.
◦ Dari sinilah lahirnya opera cina yg digemari.
◦ Umumnya drama cina lebih menekankan nilai
moral berbanding agama seperti dlm prinsip
moral Konfusius spt tggjawab terhadap ibubapa
dan suami, taat kpd ketua. Tujuannya mendukung
kelakuan baik.
34. Kesusasteraan
34
4. Fiksyen
◦ Dlm istilah cina disebut xiaoshuo – percakapan
kecil dan percakapan sia2
◦ Gemilang pd zaman dinasti Ming (1368-1644) dan
dinasti Qing (1644-1911)
◦ Antara karya fiksyen:
Sanguo Yanyi (Roman tiga negara) – mengenani
perebutan kuasa antara 3 buah negara pd kurun ke 2
Honglou meng (mimpi loteng merah) – mengenai
kehidupan dan nasib keluarga besar pd zaman dinasti
Qing
Shuihu Zhuan (Kisah pinggir air) – menggambarkan
dunia utopia dan menyokong perubahan
Xijou ji (perjalanan ke barat) – mengenai keghaiban
35. Kesenian
35
1. Muzik Klasik
◦ sistem muzik yg paling lama dan paling
berkembang
◦ Bentuk muzik yg wujud tidak terbilang
jumlahnya dan dimainkan di istana,
perayaan rakyat dan peristiwa
berkaitan agama.
◦ Alat-alat muzik diperbuat daripada logam,
batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu,
labu dan buluh.
◦ Alatan muzik cina dlm bentuk meniup,
genderang, memetik, menggesek
◦ Buku Li Ji (Rekod Ritual) & Shi Jing
36. Kesenian
36
◦ Menurut Konfusius, muzik teragung adalah
muzik yg harmoni dgn alam sekitar dan
melaluinya dapat memulihkan keadaan dunia
fizikal.
◦ 6 jenis emosi:
kesedihan, kepuasan, kegembiraan,
kemarahan, ketaatan, kecintaan
◦ Pengaruh muzik cina dapat dilihat dalam
tamadun spt Korea dan Vietnam kesan
interaksi.
37. Kesenian
37
2. Kaligrafi
◦ Kaligrafi Cina dianggap unik dan membayangkan kualiti
seorang ahli kaligrafi dari segi personaliti.
◦ Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen
kaligrafi dari pakar akan dibukukan utk ditiru oleh
pelajar.
◦ Kaligrafi boleh dilihat dlm bentuk skrol dan pd batu
bersurat di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, pintu
gerbang, tiang bangunan dan rumah-rumah.
◦ Antara bahan membuat kaligrafi – dakwat, berus, kertas
dan sutera.
◦ Berus biasanya diperbuat daripada bulu kambing, rusa, serigala
dan tajam di hujung.
◦ Terdapat 4 stail kaligrafi yang biasa digunakan:
Kaishu (stail biasa)
Lishu (asalnya untuk kegunaan kerani)
Xingshu (stail berlari)
Caoshu (stail rumput)
Alam semula jadi – inspirasi asas kaligrafi
38. Kesenian
38
3. Seni Lukis
◦ Ianya berkait rapat dgn kaligrafi dan puisi.
◦ Kebanyakan pelukis biasanya juga pakar kaligrafi spt Su
Dongpo zaman dinasti Song.
◦ Sebuah lukisan cina – kombinasi seni puisi, kaligrafi,
lukisan dan ukir cap.
◦ Lukisan tradisional cina terbahagi 2:
Xieyi (freehand brushwork)
Gongbi (menggunakan garis halus dan teliti)
◦ Bahan lukisan adalah sama seperti kaligrafi
◦ Jenis lukisan – landskap, tumbuhan, binatang, potret
dan figura.
◦ Kebanyakan lukisan cina bersifat simbolik.
◦ Simbol popular – orkid, konfusius, bunga plum, pokok pain
tua.
◦ Sifat simbolik ini menjadikan lukisan cina sbg perantara yg
membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa
seseorang pelukis.
◦ Turut dipengaruhi tamadun lain spt seni khat Arab yg
membentuk seni khat bersifat Cina beragama Islam. Begitu
juga pengaruh agama Buddha yang mencorak seni lukis
Cina berlatarbelakangkan dewa dewi yg diambil daripada ajaran
Buddha
39. Kesenian
39
4. Seni Bina
◦ Bangunan yg dibina dalam tradisi Cina mengambilkira
kedudukan dan susunatur berpandu kpd teori fengshui
(kuasa alam)
◦ Tembok merupakan antara binaan penting bertujuan utk
pertahanan dan keselamatan. Tembok kota biasanya
mempunyai ketinggian 25 – 30 kaki, mempunyai pintu
yg dibuka pd waktu tertentu dan di atasnya terdapat
menara. Tembok kota dikelilingi parit dan dipenuhi air yg
dalam. Tembok yg terkenal – tembok besar Cina.
◦ Binaan kayu cina tradisional biasanya diperbuat drpd
kayu berkualiti dan mempunyai rangka yg berbentuk
tiang dan ambang.
◦ Bumbung binaan adalah menonjol, bercerun curam dan
melengkung. Bumbung biasanya dipasang tembikar.
◦ Antara ciri bentuk binaan – pavilion dan pagoda
◦ Seni taman berkait rapat dgn seni bina cina
40. Seni bina
40
- Ciri-ciri seni bina Cina:
- Harmoni dengan alam semesta
- Mempunyai tembok
- Bumbung binaan Cina adalah menonjol,
bercerun curam dengan cucur bumbung
yang melengkung ke atas di sudutnya
- Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk
tujuan hiasan, termasuklah pagoda
(pengaruh agama Buddha)
- Bagi orang Cina seni taman berkait rapat
dengan seni bina.
41. 41
Aspek penting dalam bidang bahasa,
kesusasteraan dan kesenian dalam
tamadun Cina:
i. Pencapaian kesusasteraan dan kesenian
Cina telah memperkayakan tamadun
Cina
ii. Penggunaan bahasa Cina menyebabkan
perkembangan sastera Cina
berterusan
tanpa gangguan.
iii. Kesusasteraan Cina mempunyai fungsi
sosial dan politik selain fungsi
sastera.
42. 42
Bidang sains & teknologi dlm tamadun Cina
menekankan – fungsi dan kepentingannya.
Merangkumi bidang pertanian, matematik, matematik,
astronomi, kalendar, farmakologi, geologi, fizik, kimia,
biologi, seni bina, perlombongan dan pelayaran.
a. Bidang astronomi:
◦ Kemampuan menyediakan katalog bintang
◦ merekod berlakunya gerhana dan komet
◦ Menghasilkan peralatan astronomi
◦ Menyelenggara rekod astronomi
◦ Memperkenalkan sistem kalendar
b. Bidang matematik:
◦ Penggunaan sempoa (abacus) pd kurun ke 2
◦ Menghasilkan karya matematik – Jiuzhang zuanshu
(sembilan bab matematik ) oleh Zhang Cang pd kurun
ke 2SM – mengandungi catatan mengenai kuantitif
negatif.
◦ Mengenal pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan.
Sains & Teknologi
43. 43
Sains & Teknologi
c. Bidang perubatan
◦ Akupuntur dan moxibustion (membakar daun
moxa) kaedah perubatan tradisional bagi
memperbetulkan peredaran darah.
◦ Penggunaan bahan ubat-ubatan daripada herba,
binatang dan sumber galian sangat meluas.
◦ Antara buku perubatan & farmokologi terkenal:
Huangdi neijing (Klasik perubatan Maharaja Kuning)
Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) oleh Li
Shizhen mengandungi 52 jilid – farmakologi Cina
teragung dan berwibawa hingga kini.
44. 44
Sains & Teknologi
D . Teknologi Cina
- Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah
tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara
membuat kalendar dan penulisan.
- Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah
menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-
strap harness).
- Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang
lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke
Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas
bagi abah kerongkong yang digunakan masa sekarang.
- Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan
tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.
45. 45
Sains & Teknologi
Pencapaian teknologi Cina –
empat penciptaan agung : teknik membuat kertas, pencetakan,
bahan letupan dan kompas
◦ Teknik membuat kertas tlh dicipta oleh Cai Lun pd tahun
105 yg diperbuat daripada fiber tumbuh-tumbuhan
◦ Teknik percetakan blok diperkenalkan pd zaman dinasti
Tang (618-906). Antara buku terawal dicetak – Jingang jing
(kitab sutera diamond). Pada tahun1045 Bi Sheng mencipta
teknik percetakan bergerak
◦ Bahan letupan mula dicipta oleh ahli kimia Daois utk
membuat bunga api. Pada tahun 906, bahan letupan mulai
diguna dlm militari.
◦ Kompas mula diperkenalkan setelah sifat-sifat magnet
diketahui antara kurun pertama dgn kurun ke 6
46. 46
Ciri-ciri Istimewa Tamadun
CinaJangka hayat panjang:
dikesan sejak 2000 SM dan mampu bertahan kira-kira 4 ribu tahun.
zaman kegemilangan semasa Dinasti Han dan Tang.
Maharaja-maharaja berwibawa dan berkebolehan seperti Shu Huang
Ti,
Han Wu Ti dalam usaha penyatuan China
Membantu memanjangkan jangka hayat tamadun
Dinamik
sentiasa berkembang sealiran dengan perkembangan pembentukan
sistem pemerintahan.
Tokoh penyatuan hevat seperti Shu Huang Ti – berjaya menyatukan
China.
Pembinaan Tembok Besar China – idea dan pemikiran beliau
47. 47
Ciri-ciri Istimewa Tamadun
Cina
Titi berat Nilai-Nilai Moral
dalam sistem pemerintahan dan budaya masyarakat Cina.
salah satu punca kestabilan tamadun – kecenderungan menghayati
dan melaksanakan nilai-nilai moral.
Nilai Konfusianisme dan Buddhisme – asas dalam [embentukan
masyarakarat
Pengaruh yang luas
sejak Dinasti Wei apabila tentera Mongolia menerima pakai adat
istiadat dan kod undang-undang Cina dalam pentadbiran mereka.
orang Cina yang memeluk Islam terus mengekalkan nama Cina dan
mengekalkan cara makan serta berpakaian.
Pengaruh ke atas negara-negara Jepun, Korea dan Vietnam ketara.
Contoh: Jepun – Maharaja Jepun mencontohi corak pemerintahan era
Dinasti Tang, ajaran Konfusianisme dan Buddhisme diserap masuk
dalam kehiduapan masyarakat.
Kewujudan China Town.
48. Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah
agak lembap, berbanding interaksinya dengan Asia
Timur.
Jalan Sutera Lama - menghubungkan antara China
dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan
Barat, serta Eropah
Jalan Sutera Maritim (Laut) yang menghubungkan China
dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika
dikenali sebagai
Kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan
terhadap rantau Asia Tenggara terutamanya melalui
pengiriman utusan atau misi diplomatik, perniagaan dan
perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi.
48
49. Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara
langsung juga menyumbang kepada interaksi antara
budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan
antaranya melalui proses amalgamasi dan akulturasi.
Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia
Tenggara mencapai zaman kemuncaknya semasa
dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi
pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433).
kedudukan yang strategik kerana terletak di
pertengahan jalan perdagangan antara dunia timur
dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah
bertembung dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara.
Malaysia merupakan satu model yang unik hasil
daripada pertembungan dan interaksi antara
tamadun di Asia Tenggara tersebut..
49
50. Interaksi tamadun Cina dan realitinya di Malaysia
boleh dilihat di dalam beberapa aspek.
Antaranya:
i. Amalan dan budaya masyarakat Cina
Malaysia
ii. Aspek Perniagaan
iii. Aspek Budaya
iv. Aspek Ilmu Pengetahuan
v. Jati diri
50
51. Perkembangan Tamadun Cina berkait rapat
dengan aliran falsafah mereka.
Aliran-aliran ini membantu pembentukan
negara dan masyarakat Cina hingga kini.
Sumbangan-sumbangan tidak ternilai
membantu kejayaan Tamadun Cina.
Meletakkan China di kemuncak
kegemilangan dan dikongsi oleh tamadun-
tamadun lain.
51
52. 52
Kementerian Pengajian Tinggi. (2009). Modul Pengajian
Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur :
Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Zaki Abd. Latiff (et.al). (2009). Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS). Shah Alam: Oxford Fajar
Afifah Abu Yazid(et.al). (2012). Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Petaling Jaya :Pearson