SlideShare a Scribd company logo
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Masyarakat dunia mempercayai bahawa pengetahuan dan kemahiran sangat
diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi cabaran di abad ke-21. Walaupun terdapat
perbezaan dari segi maksud terminalogi kemahiran abad ke-21 (21st century skills) di antara
negara-negara di dunia, namun kesemuanya memberi penekanan terhadap pengetahuan,
kemahiran dan nilai (Saavedra & Opfer, 2012). Untuk menyediakan pelajar ke arah sektor
pekerjaan dan kehidupan di abad ke-21 adalah sangat mencabar. Globalisasi, teknologi,
migrasi, persaingan antarabangsa, perubahan pasaran ekonomi, persekitaran dan politik telah
menambah keperluan negara untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan pelajar
supaya dapat mengharungi cabaran dalam konteks abad ke-21. Antara cabaran abad ke-21
adalah melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran tinggi iaitu pemikiran aras tinggi,
hasil pembelajaran yang bermakna dan kemahiran berfikir dan komunikasi secara kompleks
(Saavedra & Opfer, 2012).
Tuntutan kehidupan yang lebih kompleks dalam abad ke-21 memerlukan kita
mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif kerana kebanyakkan keperluan harian
telah diautomasikan yang membuat kita kurang berfikir dan kreatif (Duhigg, 2012).
Tambahan lagi akses kepada internet telah membuat kita hidup dalam dunia tanpa sempadan
di mana maklumat dapat dicapai pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.
Kajian kemahiran kritikal yang dijalankan oleh American Management Association
(AMA) dan Partnership for 21st Century Skills, P21 (2010) mendapati majikan memerlukan
pekerja yang boleh memenuhi permintaan keperluan industri. 97% majikan meletakkan
kemahiran kritikal sebagai kemahiran yang terpenting dalam meningkatkan ekonomi dan
syarikat diikuti 95% kemahiran komunikasi, 92% kreativiti dan inovasi dan 92% kerjasama
dalam kumpulan. Kajian yang sama juga menunjukkan 76% majikan percaya dengan adanya
kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah, komunikasi, bekerjasama dan kreatif serta
inovatif akan menjadi semakin penting dan diberi tumpuan dalam tiga ke lima tahun akan
datang. Oleh itu, pelajar bukan sahaja perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca,
menulis dan mengira malah mereka seharusnya memiliki kemahiran tinggi untuk
pembangunan ekonomi negara.
Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan
potensi rakyatnya. Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Hasnah et al., (2009) menyatakan salah satu tonggak kepada
peningkatan daya saing negara ialah melalui sistem pendidikan. Dalam menuju sebuah negara
maju, rakyat perlu memiliki ilmu dan kemahiran untuk bersaing di peringkat global. Menurut
Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran
yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Dalam menghadapi persaingan global dari sudut
pembangunan ekonomi, kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, negara yang
mempunyai rakyat yang memiliki modal budaya yang tinggi akan menikmati kemajuan
ekonomi yang tinggi.
Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global yang berasaskan inovasi,
pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangunkan modal insan berkepakaran
tinggi amat diperlukan (Low & Lay, 2013). Satu dari teras utama misi nasional dalam RMK
ke-9 adalah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi bagi memupuk
warganegara yang mempunyai minda kelas pertama (Jabatan Perdana Menteri, 2006). Perkara
ini hanya dapat dicapai melalui satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Dengan ini adalah menjadi hasrat utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya
pendidikan di negara ini adalah berkesan dan berkualiti serta mampu bersaing di peringkat
antarabangsa (Low & Lay, 2013).
Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah mengalami transformasi bagi menyediakan
pelajar untuk menghadapi cabaran di abad ke-21. Salah satu strategi bagi menghasilkan
masyarakat yang mempunyai modal insan dan intelektual yang tinggi adalah dengan
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. KPM telah
mengambil langkah menggubal satu pelan pembangunan pendidikan untuk menyediakan
sistem pendidikan yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan serta menambah baik
sistem pendidikan secara berterusan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025. Pelan pembangunan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras
pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia. Lima teras pendidikan itu
ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Laporan awal PPPM 2013-2025 menggariskan enam aspirasi yang diperlukan oleh
setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat dan semasa sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.
Pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme International Students Assesment
(PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) telah digunakan
sebagai satu kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan sistem pendidikan.
PISA dijalankan dengan tujuan untuk membanding dan memperbaiki kualiti pendidikan
nasional sebuah negara (Funke, 2013). Objektif PISA adalah untuk mengukur pencapaian
murid berumur 15 tahun dalam literasi Matematik, Sains dan Bacaan dan melihat sejauh mana
remaja telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi
masyarakat yang berjaya (KPM, 2012). Tumpuan pentaksiran bukan kepada kandungan
kurikulum tetapi keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar.
TIMSS pula merupakan pentaksiran yang dibuat berasaskan kurikulum sekolah bagi mata
pelajaran Sains dan Matematik. Ia digunakan untuk mengukur prestasi pelajar yang
merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kandungan seperti algebra dan kemahiran
kognitif seperti proses pemikiran, penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan.
Untuk berada pada landasan yang betul dalam bidang pendidikan dan pekerjaan,
pelajar perlu menunjukkan mereka mempunyai kemahiran menganalisis dan menyelesaikan
masalah yang kompleks, berkomunikasi secara berkesan, mensintesis maklumat,
mengaplikasi pengetahuan dan membuat generalisasi pembelajaran (Duncan, 2010).
Perancangan sistem pendidikan kebangsaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah salah satu cara dan bukti kesungguhan Malaysia untuk
mencapai aspirasi khususnya dari aspek kualiti untuk berada dalam kalangan negara sepertiga
teratas berdasarkan penilaian antarabangsa dalam tempoh 15 tahun dan menjadi antara negara
yang mempunyai sistem pendidikan yang paling cepat berkembang di dunia (KPM, 2012).
Kesemua perbincangan yang telah diutarakan memerlukan kita mempunyai kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT membawa maksud keupayaan yang mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Agensi Inovasi Malaysia (AIM), 2013). Penyelesaian masalah dan kreativiti juga adalah
sebahagian daripada elemen KBAT (Goodsom, Rohani & King, 1998). Justeru itu, satu usaha
perlu dilakukan bagi menggalakkan dan meningkatkan KBAT di kalangan pelajar agar
mereka dapat merealisasikan aspirasi negara.
1.2 Latar Belakang Kajian
Sistem pendidikan negara telah mengalami transformasi untuk menyediakan dan
menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabarab abad ke-
21 agar negara mampu bersaing di peringkat global. Strategi bagi menghasilkan masyarakat
yang mempunyai modal insan dan intelektual yang tinggi adalah dengan menerapkan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. Menurut Stein dan Lane (1996),
jika hendak menghasilkan pelajar yang berkemampuan untuk berfikir, menaakul dan
menyelesaikan masalah, kita perlu bermula dengan tugasan kognitif aras tinggi (high-level
cognitively complex task). Penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis atau juga
dikenali sebagai KBAT di kalangan pelajar merupakan suatu perkara penting dalam sistem
pendidikan di seluruh dunia.
Kepentingan kemahiran berfikir dapat dilihat menerusi salah satu objektif sistem
pendidikan negara iaitu untuk mempertingkatkan daya fikir di kalangan pelajar. Ia turut
digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di mana
tumpuan bukan hanya diberikan kepada pemerolehan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi juga
pembangunan KBATserta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Apakah itu KBAT?
Mengapa ia sangat diberi penekanan dan perhatian? Apakah kepentingan KBAT dalam sistem
pendidikan negara?
1.2.1 Isu Kbat Dalam Pendidikan Negara
KBAT adalah kemampuan berfikir yang bukan hanya memerlukan kepada mengingat
fakta sahaja tetapi juka kemampuan berfikir kritis, analisis dan penilaian (Bakri & Firdaus,
2013). Menurut Thomson (2008), kemahiran berfikir dalam Taksonomi Bloom meliputi
kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) iaitu pengetahuan dan pemahaman, sedangkan
kemahiran menganalisis, sintesis dan penilaian tergolong sebagai KBAT. Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013).
Dalam konteks Malaysia, kurikulum Sains sekolah Malaysia bertujuan untuk
memperkembangkan ilmu Sains dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap Sains
dalam kalangan pelajar. Sains untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk pelajar
memperolehi ilmu dan kemahiran Sains dan memperkembangkan kemahiran menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan
harian (KPM, 2013). Bagi melaksanakan KBAT di sekolah, KPM telah menggariskan tujuh
elemen iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran sumber, sokongan masyarakat, kokurikulum
dan bina upaya guru. Standard kandungan dan pembelajaran yang digariskan dalam dokumen
standard kurikulum memberi penekanan kepada keupayaan murid mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta dalam aktiviti pembelajaran mereka (Agensi Inovasi
Malaysia, 2013). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang efektif perlu
menggunakan pelbagai instrumen berfikir dan teknik penyoalan aras tinggi. Sekolah
memainkan peranan untuk menjadi hab untuk melahirkan pelajar yang mempunyai KBAT
(Alfuhaigi, 2014; Zoller et al., 2007).
Umum mengetahui bahawa pencapaian Malaysia dalam ujian antarabangsa amat
mengecewakan. Kajian antarabangsa telah menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot
berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut laporan TIMSS (2007), lebih kurang 20%
daripada pelajar Malaysia gagagl mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains
berbanding hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003 (KPM, 2012).
Keputusan PISA (2009) juga tidak memberansangkan kerana kedudukan Malaysia terletak
dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Perbezaan skor
sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara
perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong
dan China seolah-olah mempunyai 3 tahun atau lebih tahun persekolahan berbanding murid
berumur 15 tahun di Malaysia. Jika dilihat, item soalan TIMSS dan PISA lebih kepada
penyelesaian masalah yang memerlukan KBAT seperti menganalisis, menilai dan mensintesis
dan bukan sekadar aplikasi (Rosnani, 2012).
Kajian juga telah melaporkan 70% daripada graduan universiti awam, 20% daripada
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan 34% graduan daripada universiti luar negara
masih tidak mendapat tempat dalam pekerjaan (Suresh, 2006). Antara faktor yang
menyebabkan kadar pengangguran tinggi di kalangan graduan tempatan adalah kerana mereka
kurang kemahiran berfikir kritikal dan komunikasi (Ambigapathy & Aniswel, 2005). KBAT
telah menjadi satu kemahiran penting di mana ia meningkatkan pemikiran dengan mencipta
tabiat membuat refleksi dan penyoalan dalam setiap aspek kehidupan (Scriven & Paul, 2005).
1.2.2 Kurang Penekanan Pengajaran Kbat Semasa Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran (PdP)
Salah satu aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025 ialah kemahiran berfikir. Setiap
pelajar belajar cara untuk memperolehi ilmu pengetahuan ilmu pengetahuan dengan
menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini
membolehkan pelajar menghubungkan pelbagai disiplin ilmu sepanjang kehidupan mereka.
Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, amatlah penting bagi pelajar mencipta ilmu yang
baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian
masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini
kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu
pengetahuan dan berfikir secara kritis dan kreatif di luar konteks akademik (KPM, 2012).
Amalan pengajaran dalam bilik darjah kurang menekankan strategi kemahiran berfikir
seperti penyoalan, perbincangan dan inkuiri penemuan (Abd Rahim, 1999). Walaupun 90.0%
guru berpendapat bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu diajar
kepada pelajar, hanya 36.4% guru yang merasa bersedia untuk menggunakan KBKK dalam
proses pengajaran (Hayati, 2004). Oleh itu, kemahiran berfikir tidak begitu diberi penekanan
dalam PdP.
Masih ramai guru lebih selesa menggunakan pendekatan tradisional yang
memfokuskan kepada pemahaman isi kandungan semata-mata. Kajian yang dijalankan oleh
Ng (1999) mendapati masih ramai guru-guru mengamalkan strategi pengajaran yang
berpusatkan guru. Antara contoh strategi berpusatkan guru ialah strategi mengarh, laih tubi,
pemerhatian dan perbincangan. Bagi memastikan pengajaran konsep dan fakta diajar
sepenuhnya, guru lebih gemar mengutamakan pengajaran berbentuk hafalan dan kurang
penekanan kepada proses, teknik dan strategi berfikir yang berkesan. Dalam hal ini,
pembelajaran sains dianggap sebagai bertujuan untuk mengumpul semua maklumat tersebut
dengan menggunakan kaedah yang berkesan. Bentuk pengajaran sebegini menyebabkan
pelajar belajar dengan cara menghafal (Cavallo & Rozman, 2004; Tsai, 2004), bukan
menggunakan kemahiran berfikir mereka.
Rajendran (2001) dalam kajiannya mengenai pengajaran KBAT di Malaysia
mendapati 52.1% guru meluangkan 10% daripada masa PdP untuk mengajar kemahiran
berfikir. Beliau juga melaporkan hanya 19.3% guru sahaja yang meluangkan masa lebih
daripada 10% daripada masa instruksional mereka untuk mengajar kemahiran berfikir secara
penyebatian iaitu kemahiran berfikir diajar secara bersepadu dengan kandungan mata
pelajaran. Sebanyak 26% guru tidak memperuntukan masa PdP untuk mengajar KBAT.
Berdasarkan dapatan ini, ia menunjukkan situasi PdP lebih berbentuk penghafalan konsep dan
fakta Sains berbanding kemahiran berfikir. Jika proses pembelajaran ini berterusan,
implikasinya para pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif serta inovatif dan
akhirnya hasrat negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan dicapai (Low
& Lay, 2013).
Masih terdapat guru yang belum mendapat cara yang berkesan untuk mengajar teknik-
teknik berfikir kepada pelajar mereka. Kajian yang dilaksanakan oleh Hayati (2004)
mendapati walaupun semua guru (100%) bersetuju KBKK berfungsi mengembangkan daya
berfikir pelajar untuk melahirkan masyarakat berfikir, namun 63.6% guru masih ragu-ragu
untuk menggunakan KBKK dalam proses pengajaran. Guru sendiri mengakui bahawa mereka
sendiri tidak tahu cara untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar (Howe, 2004; Hayati,
2004; Rajendran, 2001). Kementerian Pendidikan Malaysia bersama International Institute for
Education Planning (IIEP) telah menjalankan satu kajian komprehensif bagi mencari
mekanisme baru dalam implimentasi pendidikan Sains peringkat menengah secara lebih
berkesan. Kajian tersebut melaporkan kegagalan guru membantu pelajar mencari hubung kait
antara sekolah dengan dunia luar dan pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada
menjadi punca utama yang menyumbang kepada kelemahan dan kekangan dalam dunia
pendidikan (Sharifah Maimunah & Lewin, 1993).
1.2.3 Kesukaran Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Terbuka
Kajian oleh Mourtos (2010) bertajuk Challenges Students Face In Solving Open-
Ended Problem mendapati antara kesukaran pelajar dalam menyelesaikan masalah ialah
mereka gagal untuk menggunakan prinsip yang telah dipelajari untuk menjawab soalan.
Mereka tidak dapat mengaitkan maklumat yang telah dipelajari untuk mengaplikasikan
prinsip tersebut dalam konteks yang baru. Selain itu Mourtos juga mendapati pelajar tidak
mahu untuk memperuntukan masa yang cukup bagi satu-satu tugasan. Pelajar tidak mahu
menulis atau mencatat idea semasa proses penyelesaian masalah berlaku. Ini disokong oleh
Laporan Pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA (KPM, 2011) yang menunjukkan
banyak soalan dalam ujian PISA yang tidak cuba dijawab oleh pelajar. Ini kerana soalan PISA
adalah dalam bentuk teks yang panjang dan memerlukan pelajar membuat intepretasi, refleksi
dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar. Sebaliknya format peperiksaan awam di
Malaysia adalah ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual. Konsep item KBAT
merupakan item-item yang mentafsir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baru untuk
menyelesaikan masalah kehidupan harian. Oleh itu, item-item KBAT menguji keupayaan
pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan
refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu (Agensi Inovasi Malaysia (AIM), 2013).
Douglas et al., (2012) pula mendapati kesukaran yang dihadapi adalah pelajar
gagal untuk melihat permasalahan secara menyeluruh. Mereka tidak dapat masuk ke ruang
masalah tersebut atau dengan kata lain mereka hanya melihat pada satu tugasan secara
ekstrem dan kurang fokus pada tugasan yang lain. Kurangnya keyakinan terhadap kebolehan
diri untuk menyelesaikan masalah terbuka juga menjadi kekangan. Apabila mereka gagal
dalam membuat pilihan bahan yang sesuai, maka terus berhenti di situ dan tidak melihat dari
aspek yang lain. Terdapat juga pelajar yang menggunakan konsep yang tidak relevan dan
tidak menilai kesesuaian terhadap konsep yang dipilih dan ini disokong oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) berdasarkan dapatan daripada Laporan Prestasi SPM 2010 di
mana pelajar menulis apa yang diketahui sahaja dan sebahagiannya adalah tidak berkaitan
dengan soalan.
Di Malaysia, pendedahan dan penerapan masalah terbuka dalam PdP masih lagi jarang
dan kuranf ditekankan (Johari et al.,2014). Hal ini bukanlah sesuatu yang baik kerana
penyoalan berbetuk aras rendah dan sederhana tidak membantu membangunkan KBAT
(Mourtos, 2010). Hakikatnya pelajar kini masih belum mampu menyelesaikan masalah yang
terbuka dan beraras tinggi (Mullis et al., 2004; Zohar & Dovi, 2003). Oleh yang demikian
adalah menjadi keutamaan untuk meningkatkan KBAT di kalangan pelajar.
Sehubungan dengan itu, KPM akan merombak peperiksaan dan pentaksiran
kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap KBAT yang termaktub dalam anjakan
satu daripada kesebelasan anjakan yang digariskan dalam PPPM 2013-2015 iaitu untuk
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa (KPM,
2012). Peperiksaan kebangsaan dan peperiksaan berasaskan sekolah akan diubahsuai untuk
menambah bilangan soalan yang menguji pemikiran tahap tinggi. Menjelang tahun 2016,
peratusan soalan berbentuk KBAT akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada
keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada
keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif
SPM. Dengan perubahan ini pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi
ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
juga memberi tumpuan untuk menguji KBAT. Oleh itu peranan guru dalam pendidikan
amatlah penting dalam melahirkan pelajar dan masyarakat yang mempunyai minda kelas
pertama. Menurut Jaafar et al., (2012) peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam
transformasi sistem pendidikan sesebuah negara dalam melahirkan generasi yang berintelek
tinggi, berdaya saing dan kompeten dalam semua aspek.
1.2.4 Strategi Meningkat KBAT Di Kalangan Pelajar
Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan
sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Menurut Hopper
(2002), kualiti seorang guru merupakan sumbangan yang paling tinggi dalam menentukan
kejayaan seseorang pelajar. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 (KPM, 2012) menunjukkan bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan
berkesan. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan pelajar
secukupnya dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus
kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi tumouan kepada KBAT.
Menurut Abdul Ghani (2009), kegagalan guru menyediakan teknik pengajaran yang berkesan
menjadikan pelajar tidak menunjukkan minar, tidak bertanya, ponteng kelas dan membuat
nakal di dalam bilik darjah. Laporan pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA (2011)
menunjukkan antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi pelajar Malaysia
adalah disebabkan oleh guru. Guru memberi keutamaan untuk menghabiskan sukatan
pelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan awam. Ini menyebabkan proses
PdP dibuat secara cepat dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami konsep.
Selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berkualiti seterusnya
menjana pembangunan ekonomi negara, PPPM 2013-2025 (KPM, 2012) menekankan
pembangunan profesional guru. Guru akan menerima sokongan yang lebih besar untuk
memberi mereka mencapai potensi penuh. Kerajaan telah merancang program latihan kepada
guru untuk meningkatkan profesional dan pembangunan diri masing-masing. Kebanyakkan
program ini akan dijalankan di peringkat sekolah kerana ianya terbukti berkesan. Latihan ini
membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap
kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru.
Pembangunan profesional guru yang sedia ada perlu dibuat penambahbaikan secara
komprehensif untuk menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan
berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan keupayaan guru,
komitmen guru, mengubah sikap guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar
(Muzirah & Nurhana, 2013). Satu program pembangunan profesional berasaskan sekolah
yang telah terbukti sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakkan negara ialah
Lesson Study. Menurut Ng, Robert Peter dan Toh (2009) salah satu pendekatan untk
Continuing Profesional Development (CPD) ialah Lesson Study.
Lesson study merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pengajaran. Ia
merupakan satu program pembangunan guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara
konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri
individu guru dan anggota kumpulan (Muzirah & Nurhana, 2013). Melalui lesson study, guru-
guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif ke arah
memperkembangkan kualiti pengajaran mereka suoaya dapat memberi impak positif terhadap
aspek pembelajaran pelajar. Justeru penggunaan strategi PdP yang efektif mampu
meningkatkan minat, motivasi dan KBAT untuk mengekalkan kualiti pembelajaran pelajar.
Ini terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh Muzirah dan Nurhana (2013) yang mendapati
terdapat hubungan yang signifikan antara amalan lesson study dengan keberkesanan
pembelajaran pelajar.
Lesson study adalah salah satu bentuk kajian tindakan (Action Research)
memandangkan ia melibatkan kitaran mengkaji, merancang, melaksanakan kajian pengajaran
dan refleksi (study, plan, do research and reflect cycle) analogi kepada kitaran rancang-
bertindak-pemerhatian-refleksi (plan-act-observe-reflect cycle) sebagaimana yang
dicadangkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Ia digunakan secara meluas sebagai model
untuk pembangunan guru dalam pendidikan Matematik dan diamalkan oleh guru-guru Jepun
lebih daripada 40 tahun. Lesson study dianggap sebagai latihan berasaskan sekolah (School-
based in-service training) (Isoda, 2008; Lim, 2008). Kini ia digunakan sebagai satu alat untuk
membina komuniti profesional secara kolaboratif, meningkatkan pengajaran dan
meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu seperti Sains, Bahasa dan
Sejarah (Ng, Robert Peter & Toh, 2009).
Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati keadah lesson study telah
meningkatkan kemahiran pengajaran dan memperkayakan perkembangan profesionalisme
guru Matematik. Guru-guru didapati lebih berkeyakinan dan reflektif. Selain itu mereka dapat
membina perhubungan kolaboratif diantara rakan sekerja (Ng, Robert Peter & Toh, 2009).
Keadah ini juga merupakan penyumbang utama pencapaian tinggi dalam Matematik di
kalangan pelajar Jepun dalam ujian TIMSS (Lim, 2008). Kajian yang dijalankan di kawasan
SEAMEO juga menunjukkan lesson study mampu untuk membantu para guru mengubah
amalan pengajaran tradisional kepada kaedah yang menghubungkan pelajar secara aktif dalam
proses PdP (White, 2005).
Berdasarkan latar belakang kajian, jelaslah menunjukkan kepentingan KBAT dalam
memacu ekonomi negara seterusnya menghasilkan modal insan yang dapat bersaing di
peringkat global. Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji kesan amalan lesson
study di kalangan guru dalam membantu meningkatkan KBAT pelajar dalam mata pelajaran
sains.
1.3 Pernyataan Masalah
Matlamat pendidikan Sains di Malaysia menekankan ke arah melahirkan masyarakat
berliterasi serta membudayakan Sains dalam setiap dimensi kehidupan. Menurut Harlen
(1996), literasi Sains yang dimiliki oleh seseorang dimanifestasikan dengan kemampuan
melihat dan mengkaji sesuatu secara sainstifik dan melihat sama ada penerangan mengenai
sesuatu fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya. Untuk mencapai tahap literasi Sains,
pelajar bukan sahaja perlu mempunyai sikap yang positif terhadap Sains agar dapat
menguasai pengetahuan Sains dengan baik, bahkan perlu memahirkan diri dengan kemahiran
saintifik dan membudayakan diri dengan nilai-nilai Sains dalam setiap dimensi kehidupan
(Harlen, 1996).
Isu kurangnya minat pelajar untuk mengikuti kursus-kursus berasaskan aliran Sains
telah lama menjadi perbualan dalam sistem pendidikan Sains negara kita. Menurut laporan
Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan
pencapaian Sains ialah Sains dianggap satu subjek yang sukar dipelajari dan membosankan
(Low & Lay, 2013). Pelajar bertanggapan bahawa Sains adalah satu mata pelajaran yang
susah dan abstrak (Subahan, 1997; Ruhizan, 1999). Menurut Zurida (2007), Sains adalah satu
bidang ilmu hasil usaha manusia mencari penerangan yang rasional berkaitan kejadian yang
berlaku dalam alam ini. Penerangan ini membentuk isi kandungan yang dikatakan
menyukarkan lagi pembelajaran Sains. Ini kerana penerangan Sains menjadi kompleks kerana
konsep Sains adalah abstrak.
Salah satu topik Sains yang dianggap abstrak dan sukar difahami ialah konsep jirim.
Berdasarkan hasil kajian Abu Hassan (2003), pencapaian pelajar dalam topik jirim adalah
sangat lemah. Hasil kajian juga mendapati kurang daripada 3% item tentang konsep jirim
berjaya dijawab dengan betul. Kefahaman konsep pepejal, cecair dan gas adalah rendah
terutama bagi pelajar sekolah rendah. Tajuk jirim ini juga penting untuk kefahaman kepada
tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Sains (Yusof & Teoh, 2010). Menurut Benzvi et al.,
(1987), kebanyakkan pelajar gagagl untuk menguasai sesuatu konsep jirim akibat kelemahan
mereka untuk memahami dunia zarah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan
memerlukan penaakulan yang tinggi untuk menggambarkannya di dalam struktur pemikiran.
Konsep jirim dikenalpasti sebagai konsep yang perlu dikuasai bagi membolehkan
pelajar memahami konsep-konsep Sains yang lain (Douglas, 1996). Ia berkait rapat dalam
kehidupan harian seperti memahami fenomena alam semulajadi (Halimaton et al., 2001).
Walau bagaimanapun konsep ini sering mengelirukan ramai pelajar dan menyebabkan pelajar
gagal untuk menguasai konsep Sains yang lebih kompleks dan abstrak (Johari, Nor Hasniza &
Yusof, 2007). Oleh yang demikian, kaedah PdP yang berkesan yang menerapkan KBAT
adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka
terhadap konsep jrim dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap Sains.
Menurut Faizah, Norfizin dan Mohd Rodhi (2004), kebanyakkan guru di sekolah
menggunakan kaedah tradisional “chalk and talk” dan transparensi adalah amat sukar untuk
menerangkan konsep-konsep abstrak kepada pelajar. Kajian daripada Ng Kim Choy (1999)
juga mendapati bahawa masih ramai guru selesa mengamalkan pendekatan yang berpusatkan
guru seperti strategi mengarah, latih tubi, pemerhatian dan perbincangan. jika proses
pembelajaran ini berterusan, implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal,
tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya hasrat negara untuk melahirkan masyarakat
berpengetahuan tidak akan tercapai.
Dalam usaha menangani isu ini, penyelidik akan membangunkan aktiviti pembelajaran
melalui lesson study dalam usaha meningkatkan KBAT di kalangan pelajar. Dalam kajian ini,
penyelidik bersama-sama beberapa guru akan mengaplikasikan pendekatan lesson study di
sekolah bagi membantu meningkatkan kompetensi guru dalam PdP seterusnya meningkatkan
KBAT pelajar. Penyelidik juga akan melaksanakan penambahbaikan lesson study dalam
usaha mendapatkan rancangan pengajaran terbaik untuk mengajar konsep jirim. Kesan amalan
lesson study ini kemudiannya akan dinilai dari aspek pencapaian pelajar dalam ujian yang
meliputi tahap penyelesaian masalah dan tahap kreativiti saintifik pelajar. Oleh itu, kajian ini
dilaksanakan bagi melihat dan mengkaji sejauh mana kesan amalan lesson study di kalangan
guru dapat membantu meningkatkan KBAT pelajar dalam mata pelajaran Sains dengan
memfokuskan kepada topik Konsep Jirim.

More Related Content

What's hot

1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaKeterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
I Wayan Redhana
 
Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)
Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)
Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)
Rusman R. Manik
 
Uji Publik Kurikulum 2013
Uji Publik Kurikulum 2013Uji Publik Kurikulum 2013
Uji Publik Kurikulum 2013Muhamad Yogi
 
kemahiran abad 21 (2)
 kemahiran abad 21 (2) kemahiran abad 21 (2)
kemahiran abad 21 (2)
Jaf Hussin
 
Pembelajaran Alaf Baru
Pembelajaran Alaf Baru Pembelajaran Alaf Baru
Pembelajaran Alaf Baru
Eow Yee Leng
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21bibahfayyadh
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasilailihjdaud
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21
Ema Tania
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiashamville
 
1. modul penyusunan soal hots pa islam
1. modul penyusunan soal hots pa islam1. modul penyusunan soal hots pa islam
1. modul penyusunan soal hots pa islam
Bank Ryan
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
muhammadakbarzahidi
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Fairus Razally
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitipoo_raman
 

What's hot (16)

Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana UndikshaKeterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
Keterampilan Abad-21 I Wayan Redhana Undiksha
 
Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)
Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)
Uji Publik Kurikulum 2013: Paparan mendikbud (BUKAN buatan rusmanik)
 
Uji Publik Kurikulum 2013
Uji Publik Kurikulum 2013Uji Publik Kurikulum 2013
Uji Publik Kurikulum 2013
 
kemahiran abad 21 (2)
 kemahiran abad 21 (2) kemahiran abad 21 (2)
kemahiran abad 21 (2)
 
Pembelajaran Alaf Baru
Pembelajaran Alaf Baru Pembelajaran Alaf Baru
Pembelajaran Alaf Baru
 
Menuju sekolah abad ke 21, 2011
Menuju sekolah abad ke 21, 2011Menuju sekolah abad ke 21, 2011
Menuju sekolah abad ke 21, 2011
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasiEmk teknologi maklumat dan komunikasi
Emk teknologi maklumat dan komunikasi
 
Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21Kepimpinan abad21
Kepimpinan abad21
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
1. modul penyusunan soal hots pa islam
1. modul penyusunan soal hots pa islam1. modul penyusunan soal hots pa islam
1. modul penyusunan soal hots pa islam
 
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
Dr. mohamad nor bin mohamad taib ipgp melaka (guru abad 21)
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 

Viewers also liked

Hbml4303
Hbml4303Hbml4303
Hbml4303
muhammad
 
KBAT Guru BM
KBAT Guru BMKBAT Guru BM
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
muhammad
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 
Sistem fail portpolio pentaksir
Sistem fail portpolio pentaksirSistem fail portpolio pentaksir
Sistem fail portpolio pentaksirnasuha79 nas
 
Sistem fail induk pengurusan pbs
Sistem fail induk pengurusan pbsSistem fail induk pengurusan pbs
Sistem fail induk pengurusan pbsnasuha79 nas
 
Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2hasmad
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72Farihah Ha
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Yong Yong Ong
 
Pengurusan fail perkembangan murid
Pengurusan fail perkembangan muridPengurusan fail perkembangan murid
Pengurusan fail perkembangan muridnasuha79 nas
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
muhammad
 
Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )
Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )
Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )nasuha79 nas
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)Herney Aqilah Kay
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalbeeeeth
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Mohd Kasman
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Hamidah Ibrahim
 
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatanPelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatanKOLEKSI BATIK SUTERA Terengganu
 
Format perancangan strategik
Format perancangan strategikFormat perancangan strategik
Format perancangan strategik
LIM TECK LONG
 

Viewers also liked (20)

Hbml4303
Hbml4303Hbml4303
Hbml4303
 
KBAT Guru BM
KBAT Guru BMKBAT Guru BM
KBAT Guru BM
 
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggiHbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
Hbhe1203 bagaimana kemahiran berfikir aras tinggi
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Pelan tindakan
Pelan tindakanPelan tindakan
Pelan tindakan
 
Ppp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasanPpp 2013 2025 ringkasan
Ppp 2013 2025 ringkasan
 
Sistem fail portpolio pentaksir
Sistem fail portpolio pentaksirSistem fail portpolio pentaksir
Sistem fail portpolio pentaksir
 
Sistem fail induk pengurusan pbs
Sistem fail induk pengurusan pbsSistem fail induk pengurusan pbs
Sistem fail induk pengurusan pbs
 
Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2Contoh rph thn 2
Contoh rph thn 2
 
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar   mohsin 2008.ms 57-72
Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar mohsin 2008.ms 57-72
 
Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)Laporan reflektif (2)
Laporan reflektif (2)
 
Pengurusan fail perkembangan murid
Pengurusan fail perkembangan muridPengurusan fail perkembangan murid
Pengurusan fail perkembangan murid
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )
Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )
Latihan dalam perkhidmatan ( ladap )
 
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
4 ciriciri kaunselor yang efektif(1)
 
Modul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesionalModul komuniti pembelajaran profesional
Modul komuniti pembelajaran profesional
 
Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21Full asiment abad ke 21
Full asiment abad ke 21
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
 
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatanPelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
 
Format perancangan strategik
Format perancangan strategikFormat perancangan strategik
Format perancangan strategik
 

Similar to Bab 1 pengenalan

Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Nurul Azzahra
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Shima Mashi
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanGayatri Gayu
 
KERTAS KERJA PROJEK.pdf
KERTAS KERJA PROJEK.pdfKERTAS KERJA PROJEK.pdf
KERTAS KERJA PROJEK.pdf
NORAZRINBABDULRAZAKM
 
3 kemahiran abad 21
3   kemahiran abad 213   kemahiran abad 21
3 kemahiran abad 21Jimmy Siow
 
24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab websiteedukasi.com
24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab   websiteedukasi.com24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab   websiteedukasi.com
24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab websiteedukasi.com
Rahmat Sujana
 
Pendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi Kepri
Pendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi KepriPendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi Kepri
Pendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi Kepri
Joko Prasetiyo
 
9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx
9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx
9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx
soparidah
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
mohdsanusisidik
 
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdfPentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
AliAbWahab1
 
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdfPentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
AliAbWahab1
 
1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf
1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf
1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf
ssuser47609c
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019
Deny HY
 
3 kemahiranabad21-140125213730-phpapp01
3 kemahiranabad21-140125213730-phpapp013 kemahiranabad21-140125213730-phpapp01
3 kemahiranabad21-140125213730-phpapp01
abdharisjohari
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
Septian Muna Barakati
 
Keselarasan kurikulum 2013 smk dengan dunia kerja web
Keselarasan kurikulum 2013  smk dengan dunia kerja webKeselarasan kurikulum 2013  smk dengan dunia kerja web
Keselarasan kurikulum 2013 smk dengan dunia kerja web
agung susanto
 
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerjaKeselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Nayantaka Husna Hartono
 
TVET
TVETTVET
Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21
MASRURI23
 

Similar to Bab 1 pengenalan (20)

Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013Kerangka dan struktur kurikulum 2013
Kerangka dan struktur kurikulum 2013
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0
 
Falsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insanFalsafah Pendidikan Modal insan
Falsafah Pendidikan Modal insan
 
KERTAS KERJA PROJEK.pdf
KERTAS KERJA PROJEK.pdfKERTAS KERJA PROJEK.pdf
KERTAS KERJA PROJEK.pdf
 
3 kemahiran abad 21
3   kemahiran abad 213   kemahiran abad 21
3 kemahiran abad 21
 
24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab websiteedukasi.com
24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab   websiteedukasi.com24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab   websiteedukasi.com
24. modul penyusunan soal hots bahasa dan sastra arab websiteedukasi.com
 
Pendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi Kepri
Pendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi KepriPendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi Kepri
Pendidikan Berkualitas, Kunci Sukses Pembangunan di Provinsi Kepri
 
9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx
9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx
9 PILAR MENINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN.docx
 
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negaraGuru masa kini merealisasikan aspirasi negara
Guru masa kini merealisasikan aspirasi negara
 
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasional
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasionalPeranan pendidikan dalam pendidikan nasional
Peranan pendidikan dalam pendidikan nasional
 
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdfPentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi small.pdf
 
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdfPentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.pdf
 
1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf
1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf
1481-Article Text-3896-4046-10-20181024.pdf
 
Tugas m1 2019
Tugas m1 2019Tugas m1 2019
Tugas m1 2019
 
3 kemahiranabad21-140125213730-phpapp01
3 kemahiranabad21-140125213730-phpapp013 kemahiranabad21-140125213730-phpapp01
3 kemahiranabad21-140125213730-phpapp01
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Keselarasan kurikulum 2013 smk dengan dunia kerja web
Keselarasan kurikulum 2013  smk dengan dunia kerja webKeselarasan kurikulum 2013  smk dengan dunia kerja web
Keselarasan kurikulum 2013 smk dengan dunia kerja web
 
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerjaKeselarasan kurtilas dengan dunia kerja
Keselarasan kurtilas dengan dunia kerja
 
TVET
TVETTVET
TVET
 
Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21Pembelajaran inovatif abad 21
Pembelajaran inovatif abad 21
 

More from nur dasima

Contoh fail meja
Contoh fail mejaContoh fail meja
Contoh fail mejanur dasima
 
Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)
Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)
Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)nur dasima
 
Borang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolah
Borang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolahBorang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolah
Borang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolahnur dasima
 
Peraturan pemarkahan ppt 2014
Peraturan pemarkahan ppt 2014Peraturan pemarkahan ppt 2014
Peraturan pemarkahan ppt 2014nur dasima
 
Kertas 2 ppt 2014
Kertas 2 ppt 2014Kertas 2 ppt 2014
Kertas 2 ppt 2014nur dasima
 
Kertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapanKertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapannur dasima
 
Kertas 1 ppt 2014
Kertas 1 ppt 2014Kertas 1 ppt 2014
Kertas 1 ppt 2014nur dasima
 
Buku terjemahan-paul-ernest
Buku terjemahan-paul-ernestBuku terjemahan-paul-ernest
Buku terjemahan-paul-ernestnur dasima
 
Bab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfur
Bab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfurBab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfur
Bab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfurnur dasima
 

More from nur dasima (11)

Contoh fail meja
Contoh fail mejaContoh fail meja
Contoh fail meja
 
Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)
Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)
Fail meja-guru-mata-pelajaran (1)
 
Borang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolah
Borang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolahBorang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolah
Borang penyertaan pertandingan kawad kaki pasukan badan beruniform sekolah
 
Peraturan pemarkahan ppt 2014
Peraturan pemarkahan ppt 2014Peraturan pemarkahan ppt 2014
Peraturan pemarkahan ppt 2014
 
Kertas 2 ppt 2014
Kertas 2 ppt 2014Kertas 2 ppt 2014
Kertas 2 ppt 2014
 
Kertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapanKertas 2 ppt 2014 jawapan
Kertas 2 ppt 2014 jawapan
 
Kertas 1 ppt 2014
Kertas 1 ppt 2014Kertas 1 ppt 2014
Kertas 1 ppt 2014
 
Buku terjemahan-paul-ernest
Buku terjemahan-paul-ernestBuku terjemahan-paul-ernest
Buku terjemahan-paul-ernest
 
Bab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfur
Bab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfurBab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfur
Bab 6.3 tindakbalas logam dengan oksigen dan sulfur
 
B1
B1B1
B1
 
B1 d1e1
B1 d1e1B1 d1e1
B1 d1e1
 

Bab 1 pengenalan

  • 1. BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Masyarakat dunia mempercayai bahawa pengetahuan dan kemahiran sangat diperlukan oleh pelajar dalam menghadapi cabaran di abad ke-21. Walaupun terdapat perbezaan dari segi maksud terminalogi kemahiran abad ke-21 (21st century skills) di antara negara-negara di dunia, namun kesemuanya memberi penekanan terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai (Saavedra & Opfer, 2012). Untuk menyediakan pelajar ke arah sektor pekerjaan dan kehidupan di abad ke-21 adalah sangat mencabar. Globalisasi, teknologi, migrasi, persaingan antarabangsa, perubahan pasaran ekonomi, persekitaran dan politik telah menambah keperluan negara untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan pelajar supaya dapat mengharungi cabaran dalam konteks abad ke-21. Antara cabaran abad ke-21 adalah melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran tinggi iaitu pemikiran aras tinggi, hasil pembelajaran yang bermakna dan kemahiran berfikir dan komunikasi secara kompleks (Saavedra & Opfer, 2012). Tuntutan kehidupan yang lebih kompleks dalam abad ke-21 memerlukan kita mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif kerana kebanyakkan keperluan harian telah diautomasikan yang membuat kita kurang berfikir dan kreatif (Duhigg, 2012). Tambahan lagi akses kepada internet telah membuat kita hidup dalam dunia tanpa sempadan di mana maklumat dapat dicapai pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Kajian kemahiran kritikal yang dijalankan oleh American Management Association (AMA) dan Partnership for 21st Century Skills, P21 (2010) mendapati majikan memerlukan pekerja yang boleh memenuhi permintaan keperluan industri. 97% majikan meletakkan kemahiran kritikal sebagai kemahiran yang terpenting dalam meningkatkan ekonomi dan syarikat diikuti 95% kemahiran komunikasi, 92% kreativiti dan inovasi dan 92% kerjasama dalam kumpulan. Kajian yang sama juga menunjukkan 76% majikan percaya dengan adanya kemahiran kritikal dan penyelesaian masalah, komunikasi, bekerjasama dan kreatif serta
  • 2. inovatif akan menjadi semakin penting dan diberi tumpuan dalam tiga ke lima tahun akan datang. Oleh itu, pelajar bukan sahaja perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira malah mereka seharusnya memiliki kemahiran tinggi untuk pembangunan ekonomi negara. Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya. Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Hasnah et al., (2009) menyatakan salah satu tonggak kepada peningkatan daya saing negara ialah melalui sistem pendidikan. Dalam menuju sebuah negara maju, rakyat perlu memiliki ilmu dan kemahiran untuk bersaing di peringkat global. Menurut Rajendran (2001), kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Dalam menghadapi persaingan global dari sudut pembangunan ekonomi, kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, negara yang mempunyai rakyat yang memiliki modal budaya yang tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang tinggi. Untuk mencapai daya saing yang tinggi di peringkat global yang berasaskan inovasi, pendekatan yang sistematik dan menyeluruh untuk membangunkan modal insan berkepakaran tinggi amat diperlukan (Low & Lay, 2013). Satu dari teras utama misi nasional dalam RMK ke-9 adalah untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi bagi memupuk warganegara yang mempunyai minda kelas pertama (Jabatan Perdana Menteri, 2006). Perkara ini hanya dapat dicapai melalui satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Dengan ini adalah menjadi hasrat utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya pendidikan di negara ini adalah berkesan dan berkualiti serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa (Low & Lay, 2013). Dewasa ini, sistem pendidikan negara telah mengalami transformasi bagi menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran di abad ke-21. Salah satu strategi bagi menghasilkan masyarakat yang mempunyai modal insan dan intelektual yang tinggi adalah dengan menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. KPM telah mengambil langkah menggubal satu pelan pembangunan pendidikan untuk menyediakan sistem pendidikan yang memenuhi keperluan negara pada masa hadapan serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pelan pembangunan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras
  • 3. pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia. Lima teras pendidikan itu ialah akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Laporan awal PPPM 2013-2025 menggariskan enam aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat dan semasa sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme International Students Assesment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) telah digunakan sebagai satu kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan sistem pendidikan. PISA dijalankan dengan tujuan untuk membanding dan memperbaiki kualiti pendidikan nasional sebuah negara (Funke, 2013). Objektif PISA adalah untuk mengukur pencapaian murid berumur 15 tahun dalam literasi Matematik, Sains dan Bacaan dan melihat sejauh mana remaja telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi masyarakat yang berjaya (KPM, 2012). Tumpuan pentaksiran bukan kepada kandungan kurikulum tetapi keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan sebenar. TIMSS pula merupakan pentaksiran yang dibuat berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Ia digunakan untuk mengukur prestasi pelajar yang merangkumi dua aspek iaitu pengetahuan dan kandungan seperti algebra dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran, penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Untuk berada pada landasan yang betul dalam bidang pendidikan dan pekerjaan, pelajar perlu menunjukkan mereka mempunyai kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah yang kompleks, berkomunikasi secara berkesan, mensintesis maklumat, mengaplikasi pengetahuan dan membuat generalisasi pembelajaran (Duncan, 2010). Perancangan sistem pendidikan kebangsaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah salah satu cara dan bukti kesungguhan Malaysia untuk mencapai aspirasi khususnya dari aspek kualiti untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas berdasarkan penilaian antarabangsa dalam tempoh 15 tahun dan menjadi antara negara yang mempunyai sistem pendidikan yang paling cepat berkembang di dunia (KPM, 2012). Kesemua perbincangan yang telah diutarakan memerlukan kita mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT membawa maksud keupayaan yang mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
  • 4. (Agensi Inovasi Malaysia (AIM), 2013). Penyelesaian masalah dan kreativiti juga adalah sebahagian daripada elemen KBAT (Goodsom, Rohani & King, 1998). Justeru itu, satu usaha perlu dilakukan bagi menggalakkan dan meningkatkan KBAT di kalangan pelajar agar mereka dapat merealisasikan aspirasi negara. 1.2 Latar Belakang Kajian Sistem pendidikan negara telah mengalami transformasi untuk menyediakan dan menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabarab abad ke- 21 agar negara mampu bersaing di peringkat global. Strategi bagi menghasilkan masyarakat yang mempunyai modal insan dan intelektual yang tinggi adalah dengan menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan pelajar. Menurut Stein dan Lane (1996), jika hendak menghasilkan pelajar yang berkemampuan untuk berfikir, menaakul dan menyelesaikan masalah, kita perlu bermula dengan tugasan kognitif aras tinggi (high-level cognitively complex task). Penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis atau juga dikenali sebagai KBAT di kalangan pelajar merupakan suatu perkara penting dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Kepentingan kemahiran berfikir dapat dilihat menerusi salah satu objektif sistem pendidikan negara iaitu untuk mempertingkatkan daya fikir di kalangan pelajar. Ia turut digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di mana tumpuan bukan hanya diberikan kepada pemerolehan ilmu pengetahuan sahaja, tetapi juga pembangunan KBATserta membangunkan pendidikan bertaraf dunia. Apakah itu KBAT? Mengapa ia sangat diberi penekanan dan perhatian? Apakah kepentingan KBAT dalam sistem pendidikan negara?
  • 5. 1.2.1 Isu Kbat Dalam Pendidikan Negara KBAT adalah kemampuan berfikir yang bukan hanya memerlukan kepada mengingat fakta sahaja tetapi juka kemampuan berfikir kritis, analisis dan penilaian (Bakri & Firdaus, 2013). Menurut Thomson (2008), kemahiran berfikir dalam Taksonomi Bloom meliputi kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) iaitu pengetahuan dan pemahaman, sedangkan kemahiran menganalisis, sintesis dan penilaian tergolong sebagai KBAT. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendefinisikan KBAT sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Dalam konteks Malaysia, kurikulum Sains sekolah Malaysia bertujuan untuk memperkembangkan ilmu Sains dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap Sains dalam kalangan pelajar. Sains untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk pelajar memperolehi ilmu dan kemahiran Sains dan memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian (KPM, 2013). Bagi melaksanakan KBAT di sekolah, KPM telah menggariskan tujuh elemen iaitu kurikulum, pedagogi, pentaksiran sumber, sokongan masyarakat, kokurikulum dan bina upaya guru. Standard kandungan dan pembelajaran yang digariskan dalam dokumen standard kurikulum memberi penekanan kepada keupayaan murid mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta dalam aktiviti pembelajaran mereka (Agensi Inovasi Malaysia, 2013). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) KBAT yang efektif perlu menggunakan pelbagai instrumen berfikir dan teknik penyoalan aras tinggi. Sekolah memainkan peranan untuk menjadi hab untuk melahirkan pelajar yang mempunyai KBAT (Alfuhaigi, 2014; Zoller et al., 2007). Umum mengetahui bahawa pencapaian Malaysia dalam ujian antarabangsa amat mengecewakan. Kajian antarabangsa telah menunjukkan prestasi pelajar Malaysia merosot berbanding dengan pelajar negara lain. Mengikut laporan TIMSS (2007), lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagagl mencapai tanda aras minimum dalam Matematik dan Sains berbanding hanya 5% dalam Sains dan 7% dalam Matematik pada tahun 2003 (KPM, 2012). Keputusan PISA (2009) juga tidak memberansangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Perbezaan skor
  • 6. sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan China seolah-olah mempunyai 3 tahun atau lebih tahun persekolahan berbanding murid berumur 15 tahun di Malaysia. Jika dilihat, item soalan TIMSS dan PISA lebih kepada penyelesaian masalah yang memerlukan KBAT seperti menganalisis, menilai dan mensintesis dan bukan sekadar aplikasi (Rosnani, 2012). Kajian juga telah melaporkan 70% daripada graduan universiti awam, 20% daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan 34% graduan daripada universiti luar negara masih tidak mendapat tempat dalam pekerjaan (Suresh, 2006). Antara faktor yang menyebabkan kadar pengangguran tinggi di kalangan graduan tempatan adalah kerana mereka kurang kemahiran berfikir kritikal dan komunikasi (Ambigapathy & Aniswel, 2005). KBAT telah menjadi satu kemahiran penting di mana ia meningkatkan pemikiran dengan mencipta tabiat membuat refleksi dan penyoalan dalam setiap aspek kehidupan (Scriven & Paul, 2005). 1.2.2 Kurang Penekanan Pengajaran Kbat Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Salah satu aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025 ialah kemahiran berfikir. Setiap pelajar belajar cara untuk memperolehi ilmu pengetahuan ilmu pengetahuan dengan menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Ini membolehkan pelajar menghubungkan pelbagai disiplin ilmu sepanjang kehidupan mereka. Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, amatlah penting bagi pelajar mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penyelesaian masalah, penaakulan dan pemikiran kreatif dan inovatif. Dalam sistem pendidikan, bidang ini kurang diberi perhatian menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis dan kreatif di luar konteks akademik (KPM, 2012). Amalan pengajaran dalam bilik darjah kurang menekankan strategi kemahiran berfikir seperti penyoalan, perbincangan dan inkuiri penemuan (Abd Rahim, 1999). Walaupun 90.0% guru berpendapat bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) perlu diajar kepada pelajar, hanya 36.4% guru yang merasa bersedia untuk menggunakan KBKK dalam
  • 7. proses pengajaran (Hayati, 2004). Oleh itu, kemahiran berfikir tidak begitu diberi penekanan dalam PdP. Masih ramai guru lebih selesa menggunakan pendekatan tradisional yang memfokuskan kepada pemahaman isi kandungan semata-mata. Kajian yang dijalankan oleh Ng (1999) mendapati masih ramai guru-guru mengamalkan strategi pengajaran yang berpusatkan guru. Antara contoh strategi berpusatkan guru ialah strategi mengarh, laih tubi, pemerhatian dan perbincangan. Bagi memastikan pengajaran konsep dan fakta diajar sepenuhnya, guru lebih gemar mengutamakan pengajaran berbentuk hafalan dan kurang penekanan kepada proses, teknik dan strategi berfikir yang berkesan. Dalam hal ini, pembelajaran sains dianggap sebagai bertujuan untuk mengumpul semua maklumat tersebut dengan menggunakan kaedah yang berkesan. Bentuk pengajaran sebegini menyebabkan pelajar belajar dengan cara menghafal (Cavallo & Rozman, 2004; Tsai, 2004), bukan menggunakan kemahiran berfikir mereka. Rajendran (2001) dalam kajiannya mengenai pengajaran KBAT di Malaysia mendapati 52.1% guru meluangkan 10% daripada masa PdP untuk mengajar kemahiran berfikir. Beliau juga melaporkan hanya 19.3% guru sahaja yang meluangkan masa lebih daripada 10% daripada masa instruksional mereka untuk mengajar kemahiran berfikir secara penyebatian iaitu kemahiran berfikir diajar secara bersepadu dengan kandungan mata pelajaran. Sebanyak 26% guru tidak memperuntukan masa PdP untuk mengajar KBAT. Berdasarkan dapatan ini, ia menunjukkan situasi PdP lebih berbentuk penghafalan konsep dan fakta Sains berbanding kemahiran berfikir. Jika proses pembelajaran ini berterusan, implikasinya para pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif serta inovatif dan akhirnya hasrat negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan dicapai (Low & Lay, 2013). Masih terdapat guru yang belum mendapat cara yang berkesan untuk mengajar teknik- teknik berfikir kepada pelajar mereka. Kajian yang dilaksanakan oleh Hayati (2004) mendapati walaupun semua guru (100%) bersetuju KBKK berfungsi mengembangkan daya berfikir pelajar untuk melahirkan masyarakat berfikir, namun 63.6% guru masih ragu-ragu untuk menggunakan KBKK dalam proses pengajaran. Guru sendiri mengakui bahawa mereka sendiri tidak tahu cara untuk meningkatkan daya pemikiran pelajar (Howe, 2004; Hayati, 2004; Rajendran, 2001). Kementerian Pendidikan Malaysia bersama International Institute for Education Planning (IIEP) telah menjalankan satu kajian komprehensif bagi mencari
  • 8. mekanisme baru dalam implimentasi pendidikan Sains peringkat menengah secara lebih berkesan. Kajian tersebut melaporkan kegagalan guru membantu pelajar mencari hubung kait antara sekolah dengan dunia luar dan pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada menjadi punca utama yang menyumbang kepada kelemahan dan kekangan dalam dunia pendidikan (Sharifah Maimunah & Lewin, 1993). 1.2.3 Kesukaran Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Terbuka Kajian oleh Mourtos (2010) bertajuk Challenges Students Face In Solving Open- Ended Problem mendapati antara kesukaran pelajar dalam menyelesaikan masalah ialah mereka gagal untuk menggunakan prinsip yang telah dipelajari untuk menjawab soalan. Mereka tidak dapat mengaitkan maklumat yang telah dipelajari untuk mengaplikasikan prinsip tersebut dalam konteks yang baru. Selain itu Mourtos juga mendapati pelajar tidak mahu untuk memperuntukan masa yang cukup bagi satu-satu tugasan. Pelajar tidak mahu menulis atau mencatat idea semasa proses penyelesaian masalah berlaku. Ini disokong oleh Laporan Pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA (KPM, 2011) yang menunjukkan banyak soalan dalam ujian PISA yang tidak cuba dijawab oleh pelajar. Ini kerana soalan PISA adalah dalam bentuk teks yang panjang dan memerlukan pelajar membuat intepretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar. Sebaliknya format peperiksaan awam di Malaysia adalah ringkas dan lebih tertumpu kepada rajah dan jadual. Konsep item KBAT merupakan item-item yang mentafsir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baru untuk menyelesaikan masalah kehidupan harian. Oleh itu, item-item KBAT menguji keupayaan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Agensi Inovasi Malaysia (AIM), 2013). Douglas et al., (2012) pula mendapati kesukaran yang dihadapi adalah pelajar gagal untuk melihat permasalahan secara menyeluruh. Mereka tidak dapat masuk ke ruang masalah tersebut atau dengan kata lain mereka hanya melihat pada satu tugasan secara ekstrem dan kurang fokus pada tugasan yang lain. Kurangnya keyakinan terhadap kebolehan diri untuk menyelesaikan masalah terbuka juga menjadi kekangan. Apabila mereka gagal dalam membuat pilihan bahan yang sesuai, maka terus berhenti di situ dan tidak melihat dari
  • 9. aspek yang lain. Terdapat juga pelajar yang menggunakan konsep yang tidak relevan dan tidak menilai kesesuaian terhadap konsep yang dipilih dan ini disokong oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berdasarkan dapatan daripada Laporan Prestasi SPM 2010 di mana pelajar menulis apa yang diketahui sahaja dan sebahagiannya adalah tidak berkaitan dengan soalan. Di Malaysia, pendedahan dan penerapan masalah terbuka dalam PdP masih lagi jarang dan kuranf ditekankan (Johari et al.,2014). Hal ini bukanlah sesuatu yang baik kerana penyoalan berbetuk aras rendah dan sederhana tidak membantu membangunkan KBAT (Mourtos, 2010). Hakikatnya pelajar kini masih belum mampu menyelesaikan masalah yang terbuka dan beraras tinggi (Mullis et al., 2004; Zohar & Dovi, 2003). Oleh yang demikian adalah menjadi keutamaan untuk meningkatkan KBAT di kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, KPM akan merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap KBAT yang termaktub dalam anjakan satu daripada kesebelasan anjakan yang digariskan dalam PPPM 2013-2015 iaitu untuk menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa (KPM, 2012). Peperiksaan kebangsaan dan peperiksaan berasaskan sekolah akan diubahsuai untuk menambah bilangan soalan yang menguji pemikiran tahap tinggi. Menjelang tahun 2016, peratusan soalan berbentuk KBAT akan ditambah sehingga merangkumi 80% daripada keseluruhan soalan UPSR, 80% dalam pentaksiran pusat untuk Tingkatan 3, 75% daripada keseluruhan soalan bagi mata pelajaran teras SPM dan 50% bagi soalan mata pelajaran elektif SPM. Dengan perubahan ini pelajar akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan. Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) juga memberi tumpuan untuk menguji KBAT. Oleh itu peranan guru dalam pendidikan amatlah penting dalam melahirkan pelajar dan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Menurut Jaafar et al., (2012) peranan guru adalah sebagai pemangkin dalam transformasi sistem pendidikan sesebuah negara dalam melahirkan generasi yang berintelek tinggi, berdaya saing dan kompeten dalam semua aspek.
  • 10. 1.2.4 Strategi Meningkat KBAT Di Kalangan Pelajar Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Menurut Hopper (2002), kualiti seorang guru merupakan sumbangan yang paling tinggi dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 (KPM, 2012) menunjukkan bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini membuktikan bahawa pengajaran mata pelajaran tidak melibatkan pelajar secukupnya dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang diajar lebih berfokus kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi tumouan kepada KBAT. Menurut Abdul Ghani (2009), kegagalan guru menyediakan teknik pengajaran yang berkesan menjadikan pelajar tidak menunjukkan minar, tidak bertanya, ponteng kelas dan membuat nakal di dalam bilik darjah. Laporan pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA (2011) menunjukkan antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi pelajar Malaysia adalah disebabkan oleh guru. Guru memberi keutamaan untuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan pelajar menghadapi peperiksaan awam. Ini menyebabkan proses PdP dibuat secara cepat dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami konsep. Selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berkualiti seterusnya menjana pembangunan ekonomi negara, PPPM 2013-2025 (KPM, 2012) menekankan pembangunan profesional guru. Guru akan menerima sokongan yang lebih besar untuk memberi mereka mencapai potensi penuh. Kerajaan telah merancang program latihan kepada guru untuk meningkatkan profesional dan pembangunan diri masing-masing. Kebanyakkan program ini akan dijalankan di peringkat sekolah kerana ianya terbukti berkesan. Latihan ini membolehkan guru terus meningkatkan tahap kemahiran mereka selaras dengan tahap kecekapan yang dijangkakan daripada seorang guru. Pembangunan profesional guru yang sedia ada perlu dibuat penambahbaikan secara komprehensif untuk menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan keupayaan guru, komitmen guru, mengubah sikap guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar (Muzirah & Nurhana, 2013). Satu program pembangunan profesional berasaskan sekolah yang telah terbukti sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakkan negara ialah
  • 11. Lesson Study. Menurut Ng, Robert Peter dan Toh (2009) salah satu pendekatan untk Continuing Profesional Development (CPD) ialah Lesson Study. Lesson study merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pengajaran. Ia merupakan satu program pembangunan guru yang membentuk sebuah komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan (Muzirah & Nurhana, 2013). Melalui lesson study, guru- guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian secara kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka suoaya dapat memberi impak positif terhadap aspek pembelajaran pelajar. Justeru penggunaan strategi PdP yang efektif mampu meningkatkan minat, motivasi dan KBAT untuk mengekalkan kualiti pembelajaran pelajar. Ini terbukti dengan kajian yang dijalankan oleh Muzirah dan Nurhana (2013) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara amalan lesson study dengan keberkesanan pembelajaran pelajar. Lesson study adalah salah satu bentuk kajian tindakan (Action Research) memandangkan ia melibatkan kitaran mengkaji, merancang, melaksanakan kajian pengajaran dan refleksi (study, plan, do research and reflect cycle) analogi kepada kitaran rancang- bertindak-pemerhatian-refleksi (plan-act-observe-reflect cycle) sebagaimana yang dicadangkan oleh Kemmis dan McTaggart (1988). Ia digunakan secara meluas sebagai model untuk pembangunan guru dalam pendidikan Matematik dan diamalkan oleh guru-guru Jepun lebih daripada 40 tahun. Lesson study dianggap sebagai latihan berasaskan sekolah (School- based in-service training) (Isoda, 2008; Lim, 2008). Kini ia digunakan sebagai satu alat untuk membina komuniti profesional secara kolaboratif, meningkatkan pengajaran dan meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu seperti Sains, Bahasa dan Sejarah (Ng, Robert Peter & Toh, 2009). Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati keadah lesson study telah meningkatkan kemahiran pengajaran dan memperkayakan perkembangan profesionalisme guru Matematik. Guru-guru didapati lebih berkeyakinan dan reflektif. Selain itu mereka dapat membina perhubungan kolaboratif diantara rakan sekerja (Ng, Robert Peter & Toh, 2009). Keadah ini juga merupakan penyumbang utama pencapaian tinggi dalam Matematik di kalangan pelajar Jepun dalam ujian TIMSS (Lim, 2008). Kajian yang dijalankan di kawasan SEAMEO juga menunjukkan lesson study mampu untuk membantu para guru mengubah
  • 12. amalan pengajaran tradisional kepada kaedah yang menghubungkan pelajar secara aktif dalam proses PdP (White, 2005). Berdasarkan latar belakang kajian, jelaslah menunjukkan kepentingan KBAT dalam memacu ekonomi negara seterusnya menghasilkan modal insan yang dapat bersaing di peringkat global. Sehubungan dengan itu, penyelidik ingin mengkaji kesan amalan lesson study di kalangan guru dalam membantu meningkatkan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains. 1.3 Pernyataan Masalah Matlamat pendidikan Sains di Malaysia menekankan ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan Sains dalam setiap dimensi kehidupan. Menurut Harlen (1996), literasi Sains yang dimiliki oleh seseorang dimanifestasikan dengan kemampuan melihat dan mengkaji sesuatu secara sainstifik dan melihat sama ada penerangan mengenai sesuatu fenomena berasaskan bukti ataupun sebaliknya. Untuk mencapai tahap literasi Sains, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai sikap yang positif terhadap Sains agar dapat menguasai pengetahuan Sains dengan baik, bahkan perlu memahirkan diri dengan kemahiran saintifik dan membudayakan diri dengan nilai-nilai Sains dalam setiap dimensi kehidupan (Harlen, 1996). Isu kurangnya minat pelajar untuk mengikuti kursus-kursus berasaskan aliran Sains telah lama menjadi perbualan dalam sistem pendidikan Sains negara kita. Menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (1993), salah satu faktor yang menyebabkan kemerosotan pencapaian Sains ialah Sains dianggap satu subjek yang sukar dipelajari dan membosankan (Low & Lay, 2013). Pelajar bertanggapan bahawa Sains adalah satu mata pelajaran yang susah dan abstrak (Subahan, 1997; Ruhizan, 1999). Menurut Zurida (2007), Sains adalah satu bidang ilmu hasil usaha manusia mencari penerangan yang rasional berkaitan kejadian yang berlaku dalam alam ini. Penerangan ini membentuk isi kandungan yang dikatakan menyukarkan lagi pembelajaran Sains. Ini kerana penerangan Sains menjadi kompleks kerana konsep Sains adalah abstrak.
  • 13. Salah satu topik Sains yang dianggap abstrak dan sukar difahami ialah konsep jirim. Berdasarkan hasil kajian Abu Hassan (2003), pencapaian pelajar dalam topik jirim adalah sangat lemah. Hasil kajian juga mendapati kurang daripada 3% item tentang konsep jirim berjaya dijawab dengan betul. Kefahaman konsep pepejal, cecair dan gas adalah rendah terutama bagi pelajar sekolah rendah. Tajuk jirim ini juga penting untuk kefahaman kepada tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Sains (Yusof & Teoh, 2010). Menurut Benzvi et al., (1987), kebanyakkan pelajar gagagl untuk menguasai sesuatu konsep jirim akibat kelemahan mereka untuk memahami dunia zarah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan memerlukan penaakulan yang tinggi untuk menggambarkannya di dalam struktur pemikiran. Konsep jirim dikenalpasti sebagai konsep yang perlu dikuasai bagi membolehkan pelajar memahami konsep-konsep Sains yang lain (Douglas, 1996). Ia berkait rapat dalam kehidupan harian seperti memahami fenomena alam semulajadi (Halimaton et al., 2001). Walau bagaimanapun konsep ini sering mengelirukan ramai pelajar dan menyebabkan pelajar gagal untuk menguasai konsep Sains yang lebih kompleks dan abstrak (Johari, Nor Hasniza & Yusof, 2007). Oleh yang demikian, kaedah PdP yang berkesan yang menerapkan KBAT adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman mereka terhadap konsep jrim dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap Sains. Menurut Faizah, Norfizin dan Mohd Rodhi (2004), kebanyakkan guru di sekolah menggunakan kaedah tradisional “chalk and talk” dan transparensi adalah amat sukar untuk menerangkan konsep-konsep abstrak kepada pelajar. Kajian daripada Ng Kim Choy (1999) juga mendapati bahawa masih ramai guru selesa mengamalkan pendekatan yang berpusatkan guru seperti strategi mengarah, latih tubi, pemerhatian dan perbincangan. jika proses pembelajaran ini berterusan, implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya hasrat negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai. Dalam usaha menangani isu ini, penyelidik akan membangunkan aktiviti pembelajaran melalui lesson study dalam usaha meningkatkan KBAT di kalangan pelajar. Dalam kajian ini, penyelidik bersama-sama beberapa guru akan mengaplikasikan pendekatan lesson study di sekolah bagi membantu meningkatkan kompetensi guru dalam PdP seterusnya meningkatkan KBAT pelajar. Penyelidik juga akan melaksanakan penambahbaikan lesson study dalam usaha mendapatkan rancangan pengajaran terbaik untuk mengajar konsep jirim. Kesan amalan lesson study ini kemudiannya akan dinilai dari aspek pencapaian pelajar dalam ujian yang
  • 14. meliputi tahap penyelesaian masalah dan tahap kreativiti saintifik pelajar. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi melihat dan mengkaji sejauh mana kesan amalan lesson study di kalangan guru dapat membantu meningkatkan KBAT pelajar dalam mata pelajaran Sains dengan memfokuskan kepada topik Konsep Jirim.