SlideShare a Scribd company logo
Ayat (Sintaks)
Sintaksis – kajian berkenaan binaan/struktur ayat.
Definisi
Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenai
topik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik.
Unsur/Komponen Ayat
Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada
susunan subjek diikuti oleh predikat.
Ayat → subjek + predikat
Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya.
Siti - subjek.
Membaca buku di dalam biliknya - predikat.
Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan
keterangan/penerang. Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif. Oleh itu, objek ialah
sebahagian daripada predikat.
Contoh: Ali + memukul ular itu.
Ali - subjek
Memukul ular itu - predikat
Memukul - frasa kerja transitif
Ular itu - objek
Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengah frasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap
juga ialah sebahagian daripada predikat.
Contoh: Siti + pergi ke sekolah.
Siti - subjek
Pergi ke sekolah – predikat
Pergi - frasa kerja tak transitif
Ke sekolah - pelengkap
Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua kategori
utama, iaitu keterangan subjek dan katerangan predikat. Keterangan subjek hadir sebelum/selepas
subjek dan membentuk sebahagian daripada subjek.
Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai program itu.
Seorang pelajar - subjek
Seorang - keterangan (bilangan)
Contoh: Pelajar itu + dipilih untuk menyertai program tersebut.
Pelajar itu - subjek
Itu - keterangan (ketentuan)
Contoh: Dua orang pelajar USM + dipilih untuk menyertai program itu.
Dua orang pelajar USM - subjek
Dua orang - keterangan (bilangan dan penjodoh bilangan)
USM - keterangan (pemilik)
Keterangan predikat dapat dibahagikan kepada beberapa subkategori. Antaranya adalah keterangan
frasa kerja (adverba), keterangan FN objek dan keterangan pelengkap.
(1) a. Siti menelaah bersungguh-sungguh pelajarannya..
b. Siti membaca novel kegemarannya.
c. Dia menjadi pensyarah universiti.
Dalam (1a), frasa “bersungguh-sungguh” ialah keterangan bagi frasa kerja “menelaah”. Dalam (1b), frasa
“kegemarannya” ialah keterangan bagi FN objek “novel”. Dalam (1c), frasa “universiti” ialah keterangan
frasa nama pelengkap “pensyarah”. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:
(1) a’. Siti menelaah pelajarannya..
b’. Siti membaca novel.
c’. Dia menjadi pensyarah.
Jenis-jenis Ayat
Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Ayat Dasar
Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau
pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain
(ayat terbitan).
Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).
a) FN + FN
Siti + guru.
b) FN + FAdjektif
Siti + pandai.
c) FN + FSN (sendi nama)
Siti + di dalam bilik.
d) FN + FKerja
Siti + tidur.
Ayat Terbitan
Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi
bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat
tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis.
Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.
a) Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.
Contoh: Siti guru sekolah rendah.
Siti tidur di dalam biliknya.
b) Ayat Majmuk
Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa
yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
gabungan, pancangan dan campuran.
a) Ayat majmuk gabungan
Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada
ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan
menjadi satu ayat majmuk.
1. Dia pandai menyanyi.
2. Dia pandai berlakon.
3. Dia pandai menggubah lagu.
4. Dia pandai mengarah filem.
5. Dia pandai menulis skrip.
6. Dia pandai berlawak.
Ayat majmuk: Dia pandai menyanyi, berlakon, menggubah lagu, mengarah filem,
menulis skrip dan berlawak.
b) Ayat majmuk pancangan
Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu
lagi ayat kecil / klausa).
Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan
ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya
bergantung pada kewujudan ayat induk).
Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan
klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua
jenis, iaitu komplemen dan relatif.
i) Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”, ”supaya”/”agar”)
Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.
Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan.
Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha
dan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia
menegaskan sesuatu”.
ii) Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”)
Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali.
Ayat induk : Orang meminjam buku itu.
Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali.
c) Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.
Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur
nyenyak di dalam bilik masing-masing.
Ali membaca buku. – ayat dasar.
Kawan-kawannya yang keletihan .... – ayat majmuk pancangan relatif.
Proses Penerbitan Ayat
Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan penyusunan
semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayat
yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan
frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis
perkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.
Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis
atau transformasi.
a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN
Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula urutan subjek dan
predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian unsurnya akan dipindahkan ke pangkal
ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat + subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat
(sebahagian). Oleh sebab predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau
frasa sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini.
(2) a. Berdamai juga mereka akhirnya.
b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini.
c. Di sinilah rumah saya.
Ayat (2a) bermula dengan FK ”berdamai”, ayat (2b) bermula dengan FA ”sungguh indah” dan ayat (2c)
bermula dengan FSN ”disinilah”. Ayat (2a) diterbitkan melalui pemindahan sebahagian unsur predikat
”berdamai juga akhirnya” manakala ayat (2b) dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat.
Ayat asalnya adalah seperti yang berikut:
(2) a’. Mereka berdamai juga akhirnya.
b’. Pemandangan di pantai ini sungguh indah.
c’. Rumah saya di sinilah.
Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini
berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang.
Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.
b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung
Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan. Dalam proses ini,
perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat digugurkan,
meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab
keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang
terjana akan bermula dengan jenis perkataan ini.
(3) a. Membaca meluaskan pengetahuan.
b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c. Itu menara Kuala Lumpur.
d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.
Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek. Dalam ayat (3a),
KN yang digugurkan ialah ”hobi” (daripada FN ”hobi membaca”). Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan
ialah ”warna” (daripada FN ”warna putih”).
Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan itu”). Perlu dijelaskan
bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara
Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (4a’) dan (4b’) yang dijana tidak gramatis.
(4) a. Bangunan itu sangat cantik.
a’. *Itu sangat cantik.
b. Bangunan itu di Kuala Lumpur.
b’. *Itu di Kuala lumpur.
Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis
kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (4a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (4b).
Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan yang tinggi itu”). Perlu
dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN
(”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (5a’) dan (5b’) yang dijana tidak gramatis.
(5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik.
a’. *Yang tinggi itu sangat cantik.
b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur.
b’. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur.
Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan yang tinggi itu” menyebabkan ayat yang dijana
tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (5a) dan FSN ”di Kuala Lumpur”
(5b).
Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut:
(3) a’. Hobi membaca meluaskan pengetahuan.
b’. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan.
c’. Bangunan itu menara Kuala Lumpur.
d’. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

Proses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayatProses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayat
Asri Mohad
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
nelson fredoline
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
Pihin Hassanal
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
Pihin Hassanal
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rafiza Diy
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
EdreygonAlexander
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
faizzuddinz
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasimidiewahab
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
hasila300978
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Nas Hafizah Nasrullah
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fatin Ain Nabila
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
nurul amyeza
 

What's hot (20)

Proses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayatProses penerbitan ayat
Proses penerbitan ayat
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Pola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokalPola keselarasan vokal
Pola keselarasan vokal
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negaraIsu isu global dan kaitanya terhadap negara
Isu isu global dan kaitanya terhadap negara
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (p bm pb)
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 

Similar to Ayat transformasi

Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110nissahana92
 
Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)
harisanua
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarAbdmumin Hassan
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
Ewei Voon
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa namafiro HAR
 

Similar to Ayat transformasi (13)

BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Frasa ii
Frasa iiFrasa ii
Frasa ii
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
08 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm311008 isi-pelajaran-bmm3110
08 isi-pelajaran-bmm3110
 
Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)Analisis struktur ayat (copy)
Analisis struktur ayat (copy)
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasar
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 

Ayat transformasi

  • 1. Ayat (Sintaks) Sintaksis – kajian berkenaan binaan/struktur ayat. Definisi Ayat ialah struktur (susunan perkataan) yang mengandungi topik cerita (subjek) dan cerita mengenai topik tersebut (predikat), serta mempunyai makna yang lengkap dan logik. Unsur/Komponen Ayat Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat. Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunan subjek diikuti oleh predikat. Ayat → subjek + predikat Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya. Siti - subjek. Membaca buku di dalam biliknya - predikat. Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan keterangan/penerang. Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif. Oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat. Contoh: Ali + memukul ular itu. Ali - subjek
  • 2. Memukul ular itu - predikat Memukul - frasa kerja transitif Ular itu - objek Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengah frasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialah sebahagian daripada predikat. Contoh: Siti + pergi ke sekolah. Siti - subjek Pergi ke sekolah – predikat Pergi - frasa kerja tak transitif Ke sekolah - pelengkap Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu keterangan subjek dan katerangan predikat. Keterangan subjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuk sebahagian daripada subjek. Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai program itu. Seorang pelajar - subjek Seorang - keterangan (bilangan) Contoh: Pelajar itu + dipilih untuk menyertai program tersebut. Pelajar itu - subjek Itu - keterangan (ketentuan) Contoh: Dua orang pelajar USM + dipilih untuk menyertai program itu. Dua orang pelajar USM - subjek
  • 3. Dua orang - keterangan (bilangan dan penjodoh bilangan) USM - keterangan (pemilik) Keterangan predikat dapat dibahagikan kepada beberapa subkategori. Antaranya adalah keterangan frasa kerja (adverba), keterangan FN objek dan keterangan pelengkap. (1) a. Siti menelaah bersungguh-sungguh pelajarannya.. b. Siti membaca novel kegemarannya. c. Dia menjadi pensyarah universiti. Dalam (1a), frasa “bersungguh-sungguh” ialah keterangan bagi frasa kerja “menelaah”. Dalam (1b), frasa “kegemarannya” ialah keterangan bagi FN objek “novel”. Dalam (1c), frasa “universiti” ialah keterangan frasa nama pelengkap “pensyarah”. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut: (1) a’. Siti menelaah pelajarannya.. b’. Siti membaca novel. c’. Dia menjadi pensyarah. Jenis-jenis Ayat Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat Dasar Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitu penyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur (perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanya diterbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).
  • 4. Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat). a) FN + FN Siti + guru. b) FN + FAdjektif Siti + pandai. c) FN + FSN (sendi nama) Siti + di dalam bilik. d) FN + FKerja Siti + tidur. Ayat Terbitan Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-mana proses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat di dalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya adalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru. a) Ayat Tunggal Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.
  • 5. Contoh: Siti guru sekolah rendah. Siti tidur di dalam biliknya. b) Ayat Majmuk Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkan status klausa yang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gabungan, pancangan dan campuran. a) Ayat majmuk gabungan Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf (tiada ayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkan menjadi satu ayat majmuk. 1. Dia pandai menyanyi. 2. Dia pandai berlakon. 3. Dia pandai menggubah lagu. 4. Dia pandai mengarah filem. 5. Dia pandai menulis skrip. 6. Dia pandai berlawak. Ayat majmuk: Dia pandai menyanyi, berlakon, menggubah lagu, mengarah filem, menulis skrip dan berlawak.
  • 6. b) Ayat majmuk pancangan Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat induk dan satu lagi ayat kecil / klausa). Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantung pada kewujudan ayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat (kewujudannya bergantung pada kewujudan ayat induk). Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa induk dengan klausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu komplemen dan relatif. i) Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”, ”supaya”/”agar”) Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan. Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”. Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan. Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha dan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia menegaskan sesuatu”.
  • 7. ii) Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”) Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali. Ayat induk : Orang meminjam buku itu. Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali. c) Ayat Majmuk Campuran Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis. Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur nyenyak di dalam bilik masing-masing. Ali membaca buku. – ayat dasar. Kawan-kawannya yang keletihan .... – ayat majmuk pancangan relatif. Proses Penerbitan Ayat Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan, pengguguran dan penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalam bahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayat yang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain, ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskan kerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenis perkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidak boleh mengisi posisi ini.
  • 8. Nota: Istilah yang biasa digunakan untuk proses penerbitan ayat ialah proses sintaksis atau transformasi. a) Ayat bermula dengan FK, FA dan FSN Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah penyusunan semula urutan subjek dan predikat. Dalam proses ini, seluruh predikat atau sebahagian unsurnya akan dipindahkan ke pangkal ayat, lalu mengubah pola ayat menjadi predikat + subjek atau predikat (sebahagian) + subjek + predikat (sebahagian). Oleh sebab predikat ayat mungkin terdiri daripada frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) atau frasa sendi nama (FSN), ayat yang terjana akan bermula dengan jenis frasa ini. (2) a. Berdamai juga mereka akhirnya. b. Sungguh indah pemandangan di pantai ini. c. Di sinilah rumah saya. Ayat (2a) bermula dengan FK ”berdamai”, ayat (2b) bermula dengan FA ”sungguh indah” dan ayat (2c) bermula dengan FSN ”disinilah”. Ayat (2a) diterbitkan melalui pemindahan sebahagian unsur predikat ”berdamai juga akhirnya” manakala ayat (2b) dan (2c) diterbitkan melalui pemindahan seluruh predikat. Ayat asalnya adalah seperti yang berikut: (2) a’. Mereka berdamai juga akhirnya. b’. Pemandangan di pantai ini sungguh indah. c’. Rumah saya di sinilah. Nota: Oleh sebab ayat yang melalui proses transformasi penyusunan semula ini berstruktur terbalik, iaitu predikat + subjek, ia juga dikenali sebagai ayat songsang. Proses yang menerbitkannya dikenali juga sebagai penyongsangan ayat.
  • 9. b) Ayat bermula dengan kata kerja, kata adjektif, kata tunjuk dan kata hubung Proses transformasi yang dapat menjana ayat seperti ini ialah pengguguran perkataan. Dalam proses ini, perkataan yang menjadi inti bagi FN yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat digugurkan, meninggalkan unsur keterangan bagi FN berkenaan untuk mengisi posisi subjek ayat. Oleh sebab keterangan bagi sesuatu FN boleh terdiri daripada KK, KA, kata tunjuk atau kata hubung, ayat yang terjana akan bermula dengan jenis perkataan ini. (3) a. Membaca meluaskan pengetahuan. b. Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan. c. Itu menara Kuala Lumpur. d. Yang tinggi itu menara Kuala Lumpur. Semua ayat (3a-d) telah melalui pengguguran kata nama yang menjadi inti FN subjek. Dalam ayat (3a), KN yang digugurkan ialah ”hobi” (daripada FN ”hobi membaca”). Dalam ayat (3b) KN yang digugurkan ialah ”warna” (daripada FN ”warna putih”). Dalam ayat (3c), KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (4a’) dan (4b’) yang dijana tidak gramatis. (4) a. Bangunan itu sangat cantik. a’. *Itu sangat cantik. b. Bangunan itu di Kuala Lumpur. b’. *Itu di Kuala lumpur. Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (4a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (4b).
  • 10. Dalam ayat (3d) KN yang digugurkan ialah ”bangunan” (daripada FN ”bangunan yang tinggi itu”). Perlu dijelaskan bahawa FN bentuk ini hanya boleh melalui pengguguran KN inti jika predikat ayat ialah FN (”menara Kuala Lumpur” ialah FN). Jika tidak, ayat (5a’) dan (5b’) yang dijana tidak gramatis. (5) a. Bangunan yang tinggi itu sangat cantik. a’. *Yang tinggi itu sangat cantik. b. Bangunan yang tinggi itu di Kuala Lumpur. b’. *Yang tinggi itu di Kuala lumpur. Pengguguran KN ”bangunan” daripada FN ”bangunan yang tinggi itu” menyebabkan ayat yang dijana tidak gramatis kerana predikat ayat berkenaan ialah FA ”sangat cantik (5a) dan FSN ”di Kuala Lumpur” (5b). Ayat asal bagi (3a-d) adalah seperti yang berikut: (3) a’. Hobi membaca meluaskan pengetahuan. b’. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan. c’. Bangunan itu menara Kuala Lumpur. d’. Bangunan yang tinggi itu menara Kuala Lumpur.