BAHAGIAN A
SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
SOALAN 2: SINTAKSIS
Ayat
•Unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya
dalam susunan tatabahasa yang mengandungi makna
yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur
klausa, frasa, dan perkataan.
1. Binaan Ayat
Mengandungi 2 bahagian utama: subjek dan predikat
•APA ITU SUBJEK?
- Perkara yang diterangkan.
- Biasanya frasa nama, kadang kala frasa adjektif atau frasa kerja.
• APA ITU PREDIKAT?
- Perkara yang menerangkan.
- Boleh jadi: frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa
adjektif.
RAMLAN SEDANG BERMAIN BOLA
FRASA NAMA FRASA KERJA
CONTOH
SUBJEK PREDIKAT
1. Encik Nasir Guru Bahasa Melayu kami.
2. Ibu Hani Menjual kuih.
3. Kereta baharu ayah itu Sungguh laju.
GOLONGAN AYAT
Seringkas-ringkas ayat yang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat
dasar (ayat inti atau ayat mudah). Ayat tunggal dapat dikembangkan
dan menjadi ayat majmuk dengan meluaskan unsur subjek atau
unsur predikat atau kedua-duanya.
AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK
1. Saya guru. 1a. Saya guru tetapi saya tidak suka mengajar.
2. Guru kelas sedangmengambil kehadiran 2a. Guru kelas sedang mengambil kehadiran sambil berdiri.
3. Guru sekolah ini rajin. 3a. Guru sekolah ini rajin serta bertanggungjawab.
4. Kereta itu siap dibaiki. 4a. Kereta yang remuk dilanggar itu siap dibaiki.
2. AYAT TUNGGAL ATAU AYAT DASAR
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola:
POLA AYAT
POLA JENIS POLA SUBJEK PREDIKAT
1. Frasa Nama + Frasa Nama [FN+FN] Encik Abu pemborong kain.
2. Frasa Nama + Frasa Kerja [FN+FK] Dia membaca buku
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif [FN+FA] Amirul sangat segak
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
[FN+FSN]
Sekolah saya di Alor Gajah
3. JENIS-JENIS AYAT
Ayat-ayat dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis menurut fungsi iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah, dan ayat seruan.
• Ayat Penyata
menyatakan maklumat atau memberi tekanan kepada maklumat itu.
Contohnya:
• 1. Rumah itu rumah papan.
• 2. Konstabel polis itu meronda.
• Ayat Tanya
menanyakan mengenai sesuatu.
Contohnya:
• 1. Berapa harga buah ini?
• 2. Dari mana tuan datang?
• Ayat Perintah
memberi arahan. Contoh:
• 1. Tolong bawa beg masing-masing.
• 2. Jangan bising.
• Ayat Seruan
menyatakan perasaan. Contohnya:
• 1. Wah, merdu sungguh suaranya!
• 2. Aduh, sakitnya kaki saya!
4. RAGAM AYAT (AYAT AKTIF & AYAT PASIF)
AYAT AKTIF AYAT PASIF
AYAT YANG MENEKANKAN ATAU
MENGUTAMAKAN SI PELAKU/PEMBUAT SEBAGAI
SUBJEK DAN AYATNYA MENGANDUNGI KATA
KERJA YANG BERAWALAN MEN- (me-, mem-
,men-,menge- dan meny-)
AYAT YANG MENEKANKAN ATAU
MENGUTAMAKAN OBJEK DAN PEMBUATNYA.
AYAT INI MENGANDUNGI KATA KERJA TANPA
AWALAN ATAU KATA KERJA YANG BERAWALAN di-
berserta dengan kata sendi oleh.
Contah ayat :
SUBJEK PREDIKAT
Saya membeli kuih.
Ibu menggoreng keropok.
Ayah mencuci keretanya.
Kucing menyelongkar almari.
Saya menggoreng telur.
Roslan mengurut kaki ibunya.
AYAT AKTIF
SUBJEK PREDIKAT
Kuih saya beli.
Keropok digoreng oleh ibu.
Kereta dicuci oleh ayah.
Almari diselongkar oleh kucing.
Telur saya goreng.
Kaki ibunya diurut oleh Roslan.
AYAT PASIF
5. SUSUNAN AYAT (SUSUNAN BIASA& SUSUNAN SONGSANG)
SUSUNAN BIASA
Dipanggil ayat biasa.
Ayat yang konstituen subjeknya
mendahului konstituen predikat.
Mempertahankan pola ayat dasar.
Subjek + Predikat.
Mengutamakan subjek.
SUSUNAN SONGSANG
Dipanggil ayat songsang.
Ayat yang mengalami proses
pendepanan predikat, iaitu predikat
mendahului subjek.
Ayat yang dibina secara songsang atau
terbalik daripada kebiasaan.
Predikat + Subjek.
Mengutamakan Predikat.
Sambungan…
AYAT BIASA
kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat.
Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
AYAT SONGSANG
1. Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek )
Berfikiran kreatif Cikgu Hanif.
2. Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a) Pendepanan Frasa Kerja
Bekerja setiap hari Ramli.
(b) Pendepanan Frasa Adjektif
Masih teguh rumah Kak Zue
(c) Pendepanan Frasa Sendi Nama
Untuk ibu rantai emas itu.
FORMULA AYAT BIASA DAN AYAT SONGSANG
Ayat Biasa : 1+2+3 [Dia/ membeli buku/ di kedai itu]
Ayat songsang:
i. 2+3+1 [Membeli buku/di kedai itu/dia]
ii. 2+1+3 [Membeli buku/dia/di kedai itu]
iii. 3+1+2 [Di kedai itu/dia/membeli buku]
iv. 3+2+1 [Di kedai itu/membeli /bukudia]
6. CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH
• CAKAP AJUK –
Penulisan ayat perbualan berdasarkan perkataan demi perkataan yang
dituturkan oleh sekurang-kurangnya dua orang penutur.
• CAKAP PINDAH -
Laporan oleh pihak ketiga tentang perbualan berkenaan dan ditulis
dalam bentuk ayat penyata.
CONTOH CAKAP AJUK
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia.
CONTOH CAKAP PINDAH
Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya
namanya kepada Felix. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya
ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia
ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. Felix
memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu
hanya semata- mata makan Mi Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan
bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.
7. AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

Sintaksis

  • 1.
    BAHAGIAN A SISTEM DANAPLIKASI BAHASA SOALAN 2: SINTAKSIS
  • 2.
    Ayat •Unit pengucapan atautulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.
  • 3.
    1. Binaan Ayat Mengandungi2 bahagian utama: subjek dan predikat •APA ITU SUBJEK? - Perkara yang diterangkan. - Biasanya frasa nama, kadang kala frasa adjektif atau frasa kerja. • APA ITU PREDIKAT? - Perkara yang menerangkan. - Boleh jadi: frasa nama, frasa kerja, frasa sendi nama dan frasa adjektif. RAMLAN SEDANG BERMAIN BOLA FRASA NAMA FRASA KERJA
  • 4.
    CONTOH SUBJEK PREDIKAT 1. EncikNasir Guru Bahasa Melayu kami. 2. Ibu Hani Menjual kuih. 3. Kereta baharu ayah itu Sungguh laju.
  • 5.
    GOLONGAN AYAT Seringkas-ringkas ayatyang kita tulis ialah ayat tunggal atau ayat dasar (ayat inti atau ayat mudah). Ayat tunggal dapat dikembangkan dan menjadi ayat majmuk dengan meluaskan unsur subjek atau unsur predikat atau kedua-duanya. AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK 1. Saya guru. 1a. Saya guru tetapi saya tidak suka mengajar. 2. Guru kelas sedangmengambil kehadiran 2a. Guru kelas sedang mengambil kehadiran sambil berdiri. 3. Guru sekolah ini rajin. 3a. Guru sekolah ini rajin serta bertanggungjawab. 4. Kereta itu siap dibaiki. 4a. Kereta yang remuk dilanggar itu siap dibaiki.
  • 6.
    2. AYAT TUNGGALATAU AYAT DASAR Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola: POLA AYAT POLA JENIS POLA SUBJEK PREDIKAT 1. Frasa Nama + Frasa Nama [FN+FN] Encik Abu pemborong kain. 2. Frasa Nama + Frasa Kerja [FN+FK] Dia membaca buku 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif [FN+FA] Amirul sangat segak 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama [FN+FSN] Sekolah saya di Alor Gajah
  • 7.
    3. JENIS-JENIS AYAT Ayat-ayatdalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis menurut fungsi iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. • Ayat Penyata menyatakan maklumat atau memberi tekanan kepada maklumat itu. Contohnya: • 1. Rumah itu rumah papan. • 2. Konstabel polis itu meronda. • Ayat Tanya menanyakan mengenai sesuatu. Contohnya: • 1. Berapa harga buah ini? • 2. Dari mana tuan datang? • Ayat Perintah memberi arahan. Contoh: • 1. Tolong bawa beg masing-masing. • 2. Jangan bising. • Ayat Seruan menyatakan perasaan. Contohnya: • 1. Wah, merdu sungguh suaranya! • 2. Aduh, sakitnya kaki saya!
  • 8.
    4. RAGAM AYAT(AYAT AKTIF & AYAT PASIF) AYAT AKTIF AYAT PASIF AYAT YANG MENEKANKAN ATAU MENGUTAMAKAN SI PELAKU/PEMBUAT SEBAGAI SUBJEK DAN AYATNYA MENGANDUNGI KATA KERJA YANG BERAWALAN MEN- (me-, mem- ,men-,menge- dan meny-) AYAT YANG MENEKANKAN ATAU MENGUTAMAKAN OBJEK DAN PEMBUATNYA. AYAT INI MENGANDUNGI KATA KERJA TANPA AWALAN ATAU KATA KERJA YANG BERAWALAN di- berserta dengan kata sendi oleh.
  • 9.
    Contah ayat : SUBJEKPREDIKAT Saya membeli kuih. Ibu menggoreng keropok. Ayah mencuci keretanya. Kucing menyelongkar almari. Saya menggoreng telur. Roslan mengurut kaki ibunya. AYAT AKTIF SUBJEK PREDIKAT Kuih saya beli. Keropok digoreng oleh ibu. Kereta dicuci oleh ayah. Almari diselongkar oleh kucing. Telur saya goreng. Kaki ibunya diurut oleh Roslan. AYAT PASIF
  • 10.
    5. SUSUNAN AYAT(SUSUNAN BIASA& SUSUNAN SONGSANG) SUSUNAN BIASA Dipanggil ayat biasa. Ayat yang konstituen subjeknya mendahului konstituen predikat. Mempertahankan pola ayat dasar. Subjek + Predikat. Mengutamakan subjek. SUSUNAN SONGSANG Dipanggil ayat songsang. Ayat yang mengalami proses pendepanan predikat, iaitu predikat mendahului subjek. Ayat yang dibina secara songsang atau terbalik daripada kebiasaan. Predikat + Subjek. Mengutamakan Predikat.
  • 11.
    Sambungan… AYAT BIASA kedudukan konstituensubjeknya adalah di hadapan konstituen predikat. Seorang guru telah memenangi hadiah itu. AYAT SONGSANG 1. Pendepanan seluruh predikat. ( Berlaku pada ayat binaan pendek ) Berfikiran kreatif Cikgu Hanif. 2. Pendepanan sebahagian daripada predikat. (a) Pendepanan Frasa Kerja Bekerja setiap hari Ramli. (b) Pendepanan Frasa Adjektif Masih teguh rumah Kak Zue (c) Pendepanan Frasa Sendi Nama Untuk ibu rantai emas itu.
  • 12.
    FORMULA AYAT BIASADAN AYAT SONGSANG Ayat Biasa : 1+2+3 [Dia/ membeli buku/ di kedai itu] Ayat songsang: i. 2+3+1 [Membeli buku/di kedai itu/dia] ii. 2+1+3 [Membeli buku/dia/di kedai itu] iii. 3+1+2 [Di kedai itu/dia/membeli buku] iv. 3+2+1 [Di kedai itu/membeli /bukudia]
  • 13.
    6. CAKAP AJUKDAN CAKAP PINDAH • CAKAP AJUK – Penulisan ayat perbualan berdasarkan perkataan demi perkataan yang dituturkan oleh sekurang-kurangnya dua orang penutur. • CAKAP PINDAH - Laporan oleh pihak ketiga tentang perbualan berkenaan dan ditulis dalam bentuk ayat penyata.
  • 14.
    CONTOH CAKAP AJUK MAWI: Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ? FELIX : Mi Pedas. MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ? FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas. MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah? FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia. CONTOH CAKAP PINDAH Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya namanya kepada Felix. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan kepastian namanya sekali lagi daripada Felix. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya semata- mata makan Mi Pedas. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja Mawi makan dahulu.
  • 15.
    7. AYAT TUNGGALDAN AYAT MAJMUK