SlideShare a Scribd company logo
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
KESEPADUAN ELEMEN ANALOGI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
DALAM MODUL SAINS (e-SMART)BAGI MENERAPKAN KEMAHIRAN
BERFIKIR KREATIF MURID DI ABAD 21
KhairulHasni Binti Abdul Kadir
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
khairulhasni74@yahoo.com
Norazah Mohd Nordin
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
drnmn@ukm.edu.my
Zanaton Iksan
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
zanaton.iksan@ukm.edu.my
ABSTRAK
Pendidikan dalam bidang sains di abad ke 21 menekankan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi
membantu murid memahami konsep sains, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan
seharian. Maka, programTIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) ditubuhkan bagi mentaksir penguasaan
kemahiran kognitif pelajar dalam pembelajaran sains yang dijalankan bagi tempoh empat tahun sekali. Namun
begitu, penguasaan kemahiran kognitif subjek sains murid Malaysia menunjukkan penurunan yang ketara dalam
pentaksiran tersebut, lantas menunjukkan tahap kemahiran berfikir murid berada di bawah pencapaian purata
antarabangsa. Mereka juga kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan kurang berfikir di luar
konteks akademik. Ini disebabkan guru-guru sains kurang memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti ke arah
penerapan kemahiran berfikir murid, teknik penyoalan aras rendah serta kurang mengintegrasi teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru, menyebabkan murid tidak berpeluang menyumbang dan menjana
idea masing-masing. Justeru, kajian pembangunan modul ini bertujuan membantu guru mempelbagaikan strategi
pengajaran bagi menerapkan kemahiran berfikir khususnya pemikiran kreatif murid melalui kepelbagaian kaedah
dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kesepaduan elemen analogi dengan teknologi maklumat (ICT)
dalam modul e-SMART dapat menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan murid bagi merangsang
pemikiran kreatif mereka, di samping menerapkan nilai murni melalui aktiviti kerjasama berkumpulan. Hasil dapatan
kajian ke atas kebolehgunaan aktiviti-aktiviti dalam modul e-SMART menunjukkan bahawa berlakunya penerapan
kemahiran berfikir kreatif apabila murid dapat menjana idea, membuat hubung kait dan membuat analogi melalui
hasil kerja mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul e-SMART. Penyelidik berharap
agar kajian pembangunan modul ini dapat membantu merealisasikan salah satu objektif kementerian pendidikan iaitu
memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran bagi meningkatkan kualiti pendidikan.
Kata kunci: Kemahiran berfikir kreatif;Integrasi Teknologi Maklumat;Elemen Analogi
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
2
ABSTRACT
The teaching of science in the 21st century emphasises creative and critical thinking skills to facilitate learner
comprehension, problem solving and daily decision making. A programme called TIMSS (Trends in Mathematics
and Science Study) was carried out every four years to evaluate learners’ mastery of cognitive skill in science. In
regard to TIMSS, Malaysian students’ performance has shown a marked decline. This indicates that the learners’
thinking skills are below the average international standard besides the learners lacking in knowledge application and
the ability to think outside the academic context. The situations may partly be caused by a teaching approach which
is teacher-centred, lacking in promotion of thinking skills and use of technology besides a teacher’s tendency to
employ low-order questioning techniques. Hence this study aims at diversifying teaching strategies to generate
critical, creative thinking skills among learners through the development of e-SMART Module. The module was
developed to integrate the element of analogy and information technology (ICT) to provide a learner-centred
environment to stimulate creativity besides promoting positive values through group collaboration. The findings
from the module usability analysis have revealed improvement in learners’ creative thinking skills as reflected in
their abilities to generate new ideas, make connection in learning and create analogies while engaging in the e -
SMART module. It is hoped that the current study on module development could pave ways towards fulfilling one of
the education objectives which is to improve classroomteaching and learning for the attainment of quality education.
Keywords: Creative Thinking Skill;ICT Integration;Module;Analogy Element
PENGENALAN
Kemahiran berfikir merupakan salah satu kemahiran yang sangat diperlukan dalam pendidikan di abad ke 21
terutamanya pendidikan sains. Ia merupakan satu kemahiran wajib yang perlu ada pada setiap individu amnya dan
murid khususnya, bagi memandu mereka membuat keputusan mahupun menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir ini, maka guru berperanan dalam memberi bimbingan bagi
memudahkan dan menggalakkan pembelajaran murid berdasarkan prinsip pembelajaran berpusat agar mereka dapat
mempraktikkan kemahiran berfikir dalam konteks kehidupan sebenar (Sumalee et al 2012). Sejajar dengan
perkembangan semasa, matlamat pendidikan dalam era kebangkitan teknologi kini lebih memberi tumpuan kepada
keupayaan menyelesaikan masalah di kalangan murid dan integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum
pendidikan dapat menyediakan keperluan murid untuk mencapai matlamat tersebut (Philipp et al 2013; Kuhn 2009).
Justeru, matlamat utama kurikulum sains pendidikan di Malaysia adalah untuk membekalkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran sains serta teknologi bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian (BPK 2011). Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap murid perlu dibentuk
menjadi warganegara yang kritis, kreatif, inovatif dan menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi
masa depan melalui penerapan kemahiran berfikir.
Strategi Pengajaran Sains
Strategi dan pendekatan yang digunakan dalam P&P sains sangat dititikberatkan kerana murid perlu menguasai
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir untuk memahami konsep dipelajari agar mereka dapat mengaplikasikan
pengetahuan iaitu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh
bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) terhadap pengajaran subjek sains di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia, didapati penguasaan teknik penyoalan dan bentuk soalan yang digunakan oleh guru-guru masih kurang
berkesan untuk menerapkan pemikiran kreatif dan kritis murid. Selain daripada itu, pengajaran guru pula lebih
menekankan kepada penyampaian isi kandungan berbanding penerapan kemahiran berfikir murid yang menyebabkan
murid tidak dapat membina pengetahuan (Mohd Ali 2003). Ini dapat dilihat melalui kaedah pengajaran
konvensional yang diamalkan oleh majoriti guru sains kurang berkesan dalam meningkatkan kebolehan berfikir
murid (Zainol Budiman et al 2010) iaitu pengetahuan sedia ada murid tidak dikaitkan dengan konsep baru yang
dipelajari menjadikan proses kognitif seperti membuat penaakulan (analogical reasoning) dan membuat kesimpulan
tidak dapat dicapai (Marlina dan Shaharom 2010). Laporan kebangsaan juga mendapati, penggunaan sumber
pendidikan khususnya teknologi seperti komputer, perisian dan LCD masih belum digunakan secara optimum oleh
guru di mana peratus skor penggunaannya adalah di antara 44.70% hingga 62.14% (Jemaah Nazir KPM, 2011).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
3
Sehubungan itu, kombinasi penggunaan analogi dan teknologi maklumat (ICT) dicadangkan sebagai satu strategi
alternatif dalam pdp sains murid bagi membantu guru-guru menerapkan kemahiran berfikir murid. Malah,
pengintegrasian melebihi satu strategi dapat menggalakkan keterlibatan murid dari pelbagai gaya pembelajaran agar
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid dapat ditingkatkan.
Elemen Analogi
Mengikut kamus dewan (DBP 2010), analogi membawa makna kias, perbandingan yang memperlihatkan ciri-ciri
persamaan atau sebahagiannya. Analogi dalam pendidikan sains merujuk kepada perbandingan di antara dua benda
yang mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menerangkan sesuatu konsep abstrak sains bagi meningkatkan
keupayaan penaakulan dan kemahiran berfikir murid (Harrison & Treagust 1993; Nessel & Graham 2007).
Kemahiran menganalogi dalam spesifikasi kurikulum sains bagi murid ialah membentuk kefahaman tentang sesuatu
konsep yang kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah dan mempunyai ciri
serupa (BPK 2011). Kajian penyelidik lepas membuktikan keberkesanan penggunaan analogi dari pelbagai aspek
pemahaman sains, antaranya kajian Trey et al (2008) membuktikan penggunaan simulasi analogi telah meningkatkan
pemahaman pelajar (95%) berbanding pengajaran berasaskan teks (79%), bagi topik Prinsip Le Chatelier (Kimia)
(Aubusson 2006). Kajian dalam pengajaran subjek Fizik pula mendapati analogi dapat meningkatkan minat dan
sikap pelajar terhadap subjek fizik bagi tajuk ‘Direct Current’, di mana purata ujian pasca bagi sikap pelajar
meningkat berbanding purata ujian pra (Çıbık & Yalçın, 2011). Penggunaan analogi juga sudah termaktub dalam
kitab Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu, di mana perumpamaan ini digunakanan bagi menggambarkan sesuatu
konsep atau fenomena yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kebanyakan perumpamaan ini menyuruh manusia
untuk berfikir tentang pelbagai kurnia Allah, perintah dan larangan, jalan mengenal Allah serta segala sesuatu yang
berkaitan dengan Allah dan rasul-Nya (Syekh Abdul Aziz 2008). Malah, Allah berulang kali mengingatkan manusia
untuk mengkaji kejadian alam atau fenomena sains melalui kemahiran berfikir bagi mengenali hakikat kejadian alam
dan mengagungkan kebesaran Allah sebagai pencipta (Yazid 2011). Justeru, analogi berasaskan Al-Quran yang
diterapkan dalam proses p&p sains dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mensyukuri nikmat Allah dan
menghargai alam sekitar dengan mendalami sumber wahyu dalam konsep sains yang boleh diterokai. Menyedari
kepentingan analogi dalam pembelajaran sains, maka strategi pedagogi perlu dipertingkatkan dalam usaha
mengukuhkan pemahaman konsep sains pelajar. Peranan guru pula ialah berusaha mendalami Al-Quran serta
mengkaji perumpamaan atau analogi yang boleh menghubungkan proses sains dan kejadian alam sekitar dengan
penciptaNya bagi membentuk akhlak murid.
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensasarkan pembangunan ICT dalam bidang pendidikan melalui
Gelombang 1 (2013- 2015) dalam Pelan Tindakan Memanfaatkan ICT iaitu dengan mempertingkatkan asas ICT.
Menurut kajian UNESCO, Malaysia merupakan antara negara pertama di dunia yang mempunyai pelan strategik ICT
untuk sistem pendidikan dan terdapat pelbagai dasar serta pelan hebat yang telah dibangunkan sejak 1990 (PPPM
2013-2025). Pelan Strategik bagi Sekolah Bestari dan Dasar ICT adalah antara yang telah dilaksanakan di mana ia
bermatlamatkan untuk memanfaatkan potensi ICT khususnya dalam bidang pendidikan bagi membantu murid
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain daripada itu, Persatuan Antarabangsa Teknologi dalam
Pendidikan (International Society for Technology in Education) (ISTE) yang menyokong penggunaan ICT dalam
pdp telah menyediakan set penanda aras yang diikitiraf antarabangsa bagi membantu mengukur kecekapan integrasi
ICT dalam pendidikan (PPPM 2013-20250). Antara standard yang perlu dicapai mengikut penanda aras ISTE bagi
integrasi ICT dalam pdp ialah guru bertindak sebagai pemudahcara pembelajaran, kreativiti dan inovasi dalam
interaksi bersemuka mahupun persekitaran maya. Selain itu, guru juga perlu peka denga perkembangan teknologi
maklumat yang berfungsi sebagai model bekerja dan belajar dalam era digital dengan mempamerkan pengetahuan,
kemahiran dan proses kerja yang inovatif dalam masyarakat global serta mempunyai kemahiran tinggi dalam sistem
ICT serta peralatan digital bagi menyokong kejayaan inovasi dalam kalangan murid (Norazah & Ngau 2009).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
4
Tujuan Kajian
Berdasarkan huraian di atas, maka kajian pembangunan modul sains dalam talian (e-SMART=Electronic-5E-
Science-Module-using Analogy-infuse cReative-Thinking skill) ini bertujuan mempelbagaikan strategi pengajaran
guru bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Sasaran pengguna modul ini ialah guru sains dan murid
tingkatan 2. Aktiviti-aktiviti dalam modul ini dibangunkan berdasarkan kepada kombinasi elemen analogi dengan
teknologi ICT bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan. Kajian reka bentuk dan pembangunan modul
ini memfokuskan kepada proses pembangunan modul yang melibatkan beberapa fasa iaitu; fasa analisis keperlu an,
fasa reka bentuk dan pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian (Branch 2009). Kertas kajian ini hanya
membincangkan dapatan kajian bagi fasa penilaian sahaja.
Objektif Kajian
Terdapat dua objektif kajian yang dibentangkan dalam kajian ini:
a) Menilai kebolehgunaan aktiviti modul dalam membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid.
b) Menilai kebolehgunaan modul terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid
Pelaksanaan Kajian
Pelaksanaan kajian ini ke atas proses pembangunan modul mengambil ubahsuaian reka bentuk ADDIE (Branch
2009) yang melibatkan beberapa fasa iaitu; (i) fasa analisis, (ii) fasa reka bentuk, (iii) fasa pembangunan, (iv)
fasa pelaksanaan dan (v) fasa penilaian, di mana ia melibatkan peserta kajian yang berbeza bagi fasa- fasa
tertentu. Untuk kertas kajian ini, dapatan kajian hanya menfokus kepada fasa penilaian seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Metodologi kajian berdasarkan fasa penilaian kajian
Fasa Objektif kajian Peserta kajian Kaedah Instrumen
Penilaian
(Evaluation)
a) Menilai kebolehgunaan aktiviti modul
dalam membantu guru menerapkan
kemahiran berfikir kreatif murid.
b) Menilai kebolehgunaan modul terhadap
tahap penguasaan kemahiran berfikir
kreatif murid bagi konstruk menjana
idea, menghubungkait dan menganalogi
1 guru SM A
1 guru SM B
6 murid SM A
6 murid SM B
(baik,sederhanadan
lemah)
Refleksi guru
Hasil kerja murid
Borang refleksi
Lembaran kerja
murid
METODOLOGI
Kaedah kajian kes digunakan dalam fasa ini bagi menjawab persoalan kajian berkaitan kebolehgunaan modul
e-SMART terhadap penerapan kemahiran berfikir kreatif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pendekatan triangulasi kaedah bercampur (mix-method) digunakan bagi pengumpulan data di mana dapatan daripada
data kualitatif diperkayakan dengan dapatan dari data kuantitatif (Creswell 2009; Creswell & Plano 2011).
Pengumpulan data dalam fasa ini melibatkan pelbagai sumber yang dapat memberikan hasil kajian kes yang bagus
(Yin 2011). Kaedah untuk mendapatkan data kualitatif dalam fasa penilaian ini ialah melalui refleksi guru,
pemerhatian murid dan penilaian hasil kerja murid.
Refleksi guru dilakukan selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas di mana guru
berbincang bersama penyelidik perkara mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan. Kaedah
penilaian refleksi ini telah dilakukan oleh Zanaton dan rakan-rakan (2015) dalam kajian Lesson Study. Pemerhatian
terhadap murid pula dijalankan dengan membuat rakaman video bagi melihat bagaimana murid menjana idea iaitu
menjawab soalan yang disoal guru. Instrumen penilaian kemahiran berfikir kreatif digunakan juga semasa
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
5
pemerhatian secara terus dilakukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi penguasaan kemahiran berfikir
pula, penilaian ke atas hasil kerja murid dibuat dengan menggunakan instrumen penerapan kemahiran berfikir kreatif.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Seramai dua orang guru sains sekolah menengah dan 16 orang murid tingkatan dua yang terlibat sebagaipeserta
kajian fasa penilaian ini. Jadual 2 dan Jadual 3 menunjukkan data kajian bagi demografi responden.
Jadual 2. Profil Guru
Sekolah Guru Jantina Pengalaman
Mengajar
Kelayakan Akademik
SM1 G1 Perempuan 5 tahun Ijazah pendidikan sains
SM2 G2 Lelaki 5 tahun Ijazah pendidikan sains
Jadual 3. Profil Murid
Sekolah Murid Jantina Kategori
SM1 ML1
ML2
MS3
MS4
MP5
MP6
Perempuan
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lemah
Lemah
Sederhana
Sederhana
Pandai
Pandai
SM2 ML7
ML8
MS9
MS10
MP11
MP12
Perempuan
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Lelaki
Perempuan
Lemah
Lemah
Sederhana
Sederhana
Pandai
Pandai
Berdasarkan kepada demografi responden guru, seramai dua orang guru sains yang terlibat sebagai tenaga pengajar
yang menggunakan modul e-SMART semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa pelaksanaan dijalankan
oleh guru, data kualitatif diambil melalui rakaman video. Instrumen borang refleksi guru dan murid, senarai semak
kemahiran berfikir murid dan lembaran kerja murid digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kesemua data yang
dikumpulkan dan dibandingkan untuk dinilai kebolehgunaannya.
Refleksi guru dibahagikan kepada tiga aspek utama bagi penilaian kebolehgunaan aktiviti dalam modul iaitu
aspek aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan analogi dan penerapan kemahiran berfikir kreatif. Dapatan
kajian menunjukkan aktiviti pengajaran modul dapat membantu murid memaha mi konsep sains dan mewujudkan
pembelajaran yang efektif. Bagi aspek penggunaan analogi, kedua-dua guru berpendapat bahawa ia dapat membantu
murid membuat hubung kait antara konsep sains dipelajari dengan pengetahuan sedia ada melalui analogi yang
diberi. Aspek terakhir iaitu kemahiran berfikir kreatif dapat diterapkantelah berlaku di mana, murid dapat
menghasilkan buku skrap dan reka cipta dengan cara tersendiri. Manakala soalan-soalan bentuk terbuka pula dapat
merangsang murid berfikir di aras tinggi serta dapat menggunakan pemikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah
yang wujud dalam kehidupan seharian. Jadual 4 menunjukkan pendapat guru berkaitan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran modul e-SMART.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
6
Jadual 4. Refleksi guru berkaitan aktiviti modul e-SMART
Aspek penilaian Refleksi Guru 1 Refleksi Guru 2
Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran modul
Secara keseluruhan aktiviti dalammodul
ini membantu pelajar menguasai konsep,
aspek atau komponen dengan lebih
mendalam. Pelajar menerima pelajaran
lebih cepat daripada yang lain
Komponen aktiviti dalampembelajaran
modul dapat membantu murid melalui satu
pengalaman pembelajaran yang efektif dan
murid dapat memahami aktiviti yang
dijalankan
Penggunaan analogi Aktiviti menganalogi dapat mengaitkan
apa yang pelajar lihat dengan lebih jelas
memandangkan analogi dalammodul
adalah aktiviti harian pelajar memberi
gambaran mental teori yang sukar
difahami.
Analogi dapat membantu murid memahami
permulaan konsep sains yang diperkenalkan
guru. Video analogi lantunan bola dapat
membantu murid memahami pergerakan
zarah-zarah udara. Pastikan analogi yang
digunakan guru harus bersifat universal di
mana semua murid dapat memahaminya
bagi mengelakkan miskonsepsi.
Penerapan kemahiran berfikir
kreatif
Aktiviti membuat buku skrap dan
rekacipta menggalakkan pelajar berfikir
di luar kotak dan menjadikan pelajar
lebih kreatifbagi mendapat hasil terbaik.
Memberi peluang pelajar mengaplikasi
pembelajaran mereka dengan cara yang
kreatif.
Soalan-soalan dalamaktiviti modul
berbentuk open ended yang dapat
menggalakkan murid berfikir di aras tinggi.
Aktiviti belon dan sifon dapat merangsang
pemikiran kreatif murid bagaimana untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan
seharian mereka.
Kebolehgunaan aktiviti modul terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid dinilai melalui hasil
lembaran kerja murid dan pemerhatian menggunakan instrumen kemahiran berfikir kreatif murid. Hasil rumusan
kajian boleh dilihat dalam Rajah 1 dan Rajah 2.
Rajah 1. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid SM1
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%
ML1 ML2 MS3 MS4 MP5 MP6
Analisis Pencerapan Murid SM(1)
Penglibatan murid
Objektif pembelajaran
Aktiviti modul
Penguasaan isi kandungan
Penerapan kemahiran
berfikir kreatif
Penguasaan kemahiran
berfikir kreatif
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
7
Rajah 2. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid SM2
Berdasarkan kepada Rajah 1, melalui penilaian instrumen kemahiran berfikir, didapati skor penerapan dan
penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid ialah 60% ke atas bagi sekolah menengah 1 (SM1) bagi semua kategori
murid. Manakala sekolah menengah 2 (SM2) juga menunjukkan peratus penerapan dan penguasaan kemahiran
berfikir kreatif juga berada pada skor 60% ke atas seperti ditunjukkan dalam Rajah 2. Ini menunjukkan bahawa
penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid adalah pada tahap baik mengikut standard gred menengah oleh KPM
(85-100%=cemerlang; 70-84%=kepujian; 60-69%=baik; 50-59%=memuaskan; 40-49%=mencapai tahap
minimum;0-39%=belum mencapai tahap minimum). Konstruk kemahiran berfikir kreatif yang dinilai dalam hasil
kerja murid dan pemerhatian ke atas murid merangkumi penjanaan idea oleh murid semasa sesi soal jawab, jawapan
kuiz bertulis, analogi yang diberi, buku skrap, hasil reka cipta berkumpulan dan penglibatan dalam aktiviti yang
dijalankan.
Bagi kemahiran menganalogi pula, pelajar berkebolehan untuk mencipta analogi sendiri berkaitan
pergerakan zarah-zarah udara berdasarkan contoh analogi yang dibangunkan dalam modul seperti ditunjukkan dalam
Rajah 3. Melalui analogi yang digunakan dalam kajian ini dapat membantu murid membina analogi sendiri dan
secara tidak langung pemikiran kreatif murid dapat diterapkan. Penghasilan analogi oleh murid menunjukkan
bahawa mereka dapat membuat hubung kait di antara pengetahuan atau pengalaman sedia ada dengan konsep sains
dipelajari bagi memahami konsep tersebut. Hasil dapatan kajian ini selari dengan pandangan Harrison dan Treagust
(1993), yang mengatakan bahawa penggunaan analogi dapat meningkatkan keupayaan murid me mbuat penaakulan
dan kemahiran berfikir mereka. Jadual 5 memaparkan contoh-contoh analogi yang dihasilkan murid berkaitan
pergerakan zarah-zarah gas.
Rajah 3. Penggunaan analogi dalam modul e-SMART
0.00%
20.00%
40.00%
60.00%
80.00%
100.00%
120.00%
ML7 ML8 MS9 MS10 MP11 MP12
Analisis Pencerapan Murid SM(2)
Penglibatan murid
Objektif pembelajaran
Aktiviti modul
Penguasaan isi kandungan
Penerapan kemahiran berfikir
kreatif
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
8
Jadual 5. Analogi pergerakan zarah-zarah udara
Antara Hasil Analogi Murid - pergerakan molekul udara
Bil SM 1 SM 2
1. Sekumpulan lalat berterbangan di dalambalang Manik yang diletakkan dalambekas lutsinar dan digoncangkan
2. Orang bermain squasy Seperti satu bekas biji sagu yang digoncangkan
3. Bermain bola keranjang Letakkan bola ping pong dalambekas ditutup, kemudian goncang
4. Seperti bola ditendang Bola squasy yang melantun pada dinding
5. Beberapa biji guli di dalambalang dan digoncang Melempar banyak2 bola tenis ke dalam sebuah kotak lut sinar yang besar.
Tutup dan goncang sekuatnya
KESIMPULAN
Pembangunan modul sains dalam talian (e-SMART) ini adalah berasaskan model konstruktivisme 5E dengan
kesepaduan elemen analogi sebagai pencetus pemikiran kreatif dan teknologi maklumat sebagai medium
pengyampaian maklumat. Dapatan kajian kebolehgunaan modul menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
dapat membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif mu rid di samping mengintegrasikan teknologi
maklumat dalam pdp agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Secara keseluruhannya dapatan kajian
menunjukkan modul dapat membantu pengajaran dan pembelajaran sains dari aspek penerapan kemahiran berfikir
kreatif murid dan pengembangan penguasaan kognitif murid seiring dengan kepesatan pembelajaran abad ke 21.
RUJUKAN
Aubusson,P. J., & Stephen, F. (2006). Role play as analogical modelling in science. Metaphor and analogy in
science education.Springer:Netherland.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2011). Kementerian Pelajaran Malaysia.
Branch, R. M. (2009). Instructional Design:The ADDIE Approach.Springer.
Creswell, John W. (2009). 3rd Edition. Research Design : Qualitative,Quantitative and Mix Methods Approaches.
Los Angeles:Sage Publication.
Creswell, John W., & Plano, Clark VL. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research. 2nd ed. Los
Angeles: Sage Publications.
Harrison, A. G., & Treagust, D. F. (1993). Teaching with analogies: A case study in grade-10 optics. Journal of
Research in Science Teaching,3010), 1291-1307
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuhn, D. (2009). Do students need to be taught how to reason? Educational Research Review, 4(1), 1-6.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017)
Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan
Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21
9
Laporan Kebangsaan Mata Pelajaran Sains dan Matematik. (2011). Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Marlina Ali dan Shaharom Noordin. (2010). Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian
akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi,
52(5), 45–55.
Mohd. Ali Ibrahim dan Shaharom Noordin. (2003). Perbandingan pencapaian para pelajar dalam pentaksiran kerja
amali dengan peperiksaan bertulis. Buletin persatuan pendidikan sains dan matematik Johor dalam Marlina
Ali dan Shaharom Noordin. 2010. Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian akademik
dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi,52(5), 45–55.
Nessel, D. D., & Graham, J. M. (2006). Thinking strategies for student achievement: Improving learning across the
curriculum, K-12. Corwin Press.
Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong. (2009). Pembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan web – webquest bagi mata pelajaran ICT (Development and evaluation of
webquest for information and communication technology subject ). Jurnal Pendidikan Malaysia,34(1),
111 – 129.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). (2013).
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Philipp, S., Ulrich, K., Romain, M., & Martin, B. (2013). Students'complex problem-solving abilities: their
structure and relations to reasoning ability and educational success. Intelligence,41(5), 289-305.
Syeikh Abdul Aziz Nashir Al-Jalil. (2008). Tidakkah Kalian Berpikir?. Cakrawala Publishing:Jakarta.
Sumalee, C., Issara,K., & Charuni, S. (2012). Development and efficiency improvement of the learning
innovations enhancing learners’ thinking potential. Procedia - Social and Behavioral Sciences,46, 3460-
3464.
Trey, L., & Khan, S. (2008). How science students can learn about unobservable phenomena using computer-based
analogies. Computers & Education,51(2), 519-529.
Yazid Abdul Manap. (2011). Menerokai Kegemilangan Saintis Islami. Karya Bestari: Selangor.
Yin., R.K. (2011). Applicationsof Case Study Research. Ed. ke-5. United Sates of America:Sage.
Zainol Budiman, Lilia Halim, T. Subahan Mohd Meerah dan Kamisah Osman. (2010). Modul pengurusan konflik
kognitif:konsep dan amalan. Dlm. Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Nurzatulshima Kamarudin (pnyt.). Isu
pengurusan,pengajaran & pembelajaran dalampendidikan sains. Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Zanaton H. Iksan, Aida Abdul Karim, Fariza Khalid, Rosseni Din,Effandi Zakaria, Mohd Yusoff Daud & Roslinda
Rosli. (2015). Perbandingan pelaksanaan lesson study di Jepun dan Malaysia. ASEAN Comparative
Education Research Network Conference, 7-8 October.

More Related Content

What's hot

MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
amira nurfahmida
 
Sejarah pendidikan moral
Sejarah pendidikan moralSejarah pendidikan moral
Sejarah pendidikan moralNorazah Mohamad
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
kamalslaw
 
Teori sigmund freud
Teori sigmund freudTeori sigmund freud
Teori sigmund freud
Nurul Addy
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanPengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Rosly Darasid darasid
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
Sigmund Fai
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksirancikgusuepkhas
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger spBen PHu
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanLinda Salleh
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
Fathmalyn Abdullah
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
zaidinajihah05
 

What's hot (20)

Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom WritersMasalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
Masalah Tingkah Laku berdasarkan Filem Freedom Writers
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Sejarah pendidikan moral
Sejarah pendidikan moralSejarah pendidikan moral
Sejarah pendidikan moral
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
 
Teori sigmund freud
Teori sigmund freudTeori sigmund freud
Teori sigmund freud
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanPengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
Carl roger sp
Carl roger  spCarl roger  sp
Carl roger sp
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakanTujuan dan kepentingan kajian tindakan
Tujuan dan kepentingan kajian tindakan
 
Teori Abraham Maslow
Teori Abraham MaslowTeori Abraham Maslow
Teori Abraham Maslow
 
Teori tingkah laku
Teori tingkah laku Teori tingkah laku
Teori tingkah laku
 

Similar to Analogi dalam Sains

46881-124592-1-PB (1).pdf
46881-124592-1-PB (1).pdf46881-124592-1-PB (1).pdf
46881-124592-1-PB (1).pdf
LiraAgustriani
 
16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf
16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf
16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf
Marry84
 
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
State University of Medan
 
Pembelajaran Matematika dengan Inkuiri Terbimbing
Pembelajaran Matematika dengan Inkuiri TerbimbingPembelajaran Matematika dengan Inkuiri Terbimbing
Pembelajaran Matematika dengan Inkuiri Terbimbing
srilinda_w
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Nurul Atiyah
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Farah Waheeda
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Irma Gurlz
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 
Kbat present 1
Kbat present 1Kbat present 1
Kbat present 1
intansyafika
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
Rain_Ain
 
7 1038-1-sm
7 1038-1-sm7 1038-1-sm
7 1038-1-sm
Mas Rudi
 
429032089-STEM-ppt.ppt
429032089-STEM-ppt.ppt429032089-STEM-ppt.ppt
429032089-STEM-ppt.ppt
BangMy1
 
1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajar1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajarAffan Dhafir
 
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahLaporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Nailul Hasibuan
 
JURNAL IBNU.docx
JURNAL IBNU.docxJURNAL IBNU.docx
JURNAL IBNU.docx
syamsahfitri1
 
Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
AlbertMatondang1
 
JPII 12 bhs indonesia.docx
JPII 12 bhs indonesia.docxJPII 12 bhs indonesia.docx
JPII 12 bhs indonesia.docx
Marwana7
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Noratini Mukhtar
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learningguestf6b63af
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
SUHAILA28
 

Similar to Analogi dalam Sains (20)

46881-124592-1-PB (1).pdf
46881-124592-1-PB (1).pdf46881-124592-1-PB (1).pdf
46881-124592-1-PB (1).pdf
 
16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf
16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf
16288-Article Text-21605-2-10-20211001 (3).pdf
 
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
Makalah Penuh untuk Prosiding dalam Seminar Nasional Pendidikan Matematika UN...
 
Pembelajaran Matematika dengan Inkuiri Terbimbing
Pembelajaran Matematika dengan Inkuiri TerbimbingPembelajaran Matematika dengan Inkuiri Terbimbing
Pembelajaran Matematika dengan Inkuiri Terbimbing
 
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
Penggunaan teknologi dan PdP matematik.
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Kbat present 1
Kbat present 1Kbat present 1
Kbat present 1
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
7 1038-1-sm
7 1038-1-sm7 1038-1-sm
7 1038-1-sm
 
429032089-STEM-ppt.ppt
429032089-STEM-ppt.ppt429032089-STEM-ppt.ppt
429032089-STEM-ppt.ppt
 
1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajar1 peningkatan kualitas belajar
1 peningkatan kualitas belajar
 
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis MasalahLaporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
Laporan mini riset Pembelajaran Berbasis Masalah
 
JURNAL IBNU.docx
JURNAL IBNU.docxJURNAL IBNU.docx
JURNAL IBNU.docx
 
Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
 
JPII 12 bhs indonesia.docx
JPII 12 bhs indonesia.docxJPII 12 bhs indonesia.docx
JPII 12 bhs indonesia.docx
 
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiahIsu dalam gaya pengajaran   penulisan ilmiah
Isu dalam gaya pengajaran penulisan ilmiah
 
Tesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based LearningTesis Problem Based Learning
Tesis Problem Based Learning
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
 

Recently uploaded

LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
WILDANREYkun
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
suprihatin1885
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
kinayaptr30
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
 

Recently uploaded (20)

LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
 
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogortugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
tugas pai kelas 10 rangkuman bab 10 smk madani bogor
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
 
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docxRUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
RUBRIK OBSERVASI KINERJA KEPALA SEKOLAH.docx
 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
 

Analogi dalam Sains

  • 1. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) KESEPADUAN ELEMEN ANALOGI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MODUL SAINS (e-SMART)BAGI MENERAPKAN KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF MURID DI ABAD 21 KhairulHasni Binti Abdul Kadir Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA khairulhasni74@yahoo.com Norazah Mohd Nordin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA drnmn@ukm.edu.my Zanaton Iksan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA zanaton.iksan@ukm.edu.my ABSTRAK Pendidikan dalam bidang sains di abad ke 21 menekankan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi membantu murid memahami konsep sains, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Maka, programTIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) ditubuhkan bagi mentaksir penguasaan kemahiran kognitif pelajar dalam pembelajaran sains yang dijalankan bagi tempoh empat tahun sekali. Namun begitu, penguasaan kemahiran kognitif subjek sains murid Malaysia menunjukkan penurunan yang ketara dalam pentaksiran tersebut, lantas menunjukkan tahap kemahiran berfikir murid berada di bawah pencapaian purata antarabangsa. Mereka juga kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan kurang berfikir di luar konteks akademik. Ini disebabkan guru-guru sains kurang memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti ke arah penerapan kemahiran berfikir murid, teknik penyoalan aras rendah serta kurang mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru, menyebabkan murid tidak berpeluang menyumbang dan menjana idea masing-masing. Justeru, kajian pembangunan modul ini bertujuan membantu guru mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menerapkan kemahiran berfikir khususnya pemikiran kreatif murid melalui kepelbagaian kaedah dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Selain itu, kesepaduan elemen analogi dengan teknologi maklumat (ICT) dalam modul e-SMART dapat menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan murid bagi merangsang pemikiran kreatif mereka, di samping menerapkan nilai murni melalui aktiviti kerjasama berkumpulan. Hasil dapatan kajian ke atas kebolehgunaan aktiviti-aktiviti dalam modul e-SMART menunjukkan bahawa berlakunya penerapan kemahiran berfikir kreatif apabila murid dapat menjana idea, membuat hubung kait dan membuat analogi melalui hasil kerja mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan modul e-SMART. Penyelidik berharap agar kajian pembangunan modul ini dapat membantu merealisasikan salah satu objektif kementerian pendidikan iaitu memastikan guru memberi tumpuan kepada fungsi teras pengajaran bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Kata kunci: Kemahiran berfikir kreatif;Integrasi Teknologi Maklumat;Elemen Analogi
  • 2. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 2 ABSTRACT The teaching of science in the 21st century emphasises creative and critical thinking skills to facilitate learner comprehension, problem solving and daily decision making. A programme called TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) was carried out every four years to evaluate learners’ mastery of cognitive skill in science. In regard to TIMSS, Malaysian students’ performance has shown a marked decline. This indicates that the learners’ thinking skills are below the average international standard besides the learners lacking in knowledge application and the ability to think outside the academic context. The situations may partly be caused by a teaching approach which is teacher-centred, lacking in promotion of thinking skills and use of technology besides a teacher’s tendency to employ low-order questioning techniques. Hence this study aims at diversifying teaching strategies to generate critical, creative thinking skills among learners through the development of e-SMART Module. The module was developed to integrate the element of analogy and information technology (ICT) to provide a learner-centred environment to stimulate creativity besides promoting positive values through group collaboration. The findings from the module usability analysis have revealed improvement in learners’ creative thinking skills as reflected in their abilities to generate new ideas, make connection in learning and create analogies while engaging in the e - SMART module. It is hoped that the current study on module development could pave ways towards fulfilling one of the education objectives which is to improve classroomteaching and learning for the attainment of quality education. Keywords: Creative Thinking Skill;ICT Integration;Module;Analogy Element PENGENALAN Kemahiran berfikir merupakan salah satu kemahiran yang sangat diperlukan dalam pendidikan di abad ke 21 terutamanya pendidikan sains. Ia merupakan satu kemahiran wajib yang perlu ada pada setiap individu amnya dan murid khususnya, bagi memandu mereka membuat keputusan mahupun menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir ini, maka guru berperanan dalam memberi bimbingan bagi memudahkan dan menggalakkan pembelajaran murid berdasarkan prinsip pembelajaran berpusat agar mereka dapat mempraktikkan kemahiran berfikir dalam konteks kehidupan sebenar (Sumalee et al 2012). Sejajar dengan perkembangan semasa, matlamat pendidikan dalam era kebangkitan teknologi kini lebih memberi tumpuan kepada keupayaan menyelesaikan masalah di kalangan murid dan integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam kurikulum pendidikan dapat menyediakan keperluan murid untuk mencapai matlamat tersebut (Philipp et al 2013; Kuhn 2009). Justeru, matlamat utama kurikulum sains pendidikan di Malaysia adalah untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains serta teknologi bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian (BPK 2011). Bagi mencapai matlamat tersebut, setiap murid perlu dibentuk menjadi warganegara yang kritis, kreatif, inovatif dan menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan melalui penerapan kemahiran berfikir. Strategi Pengajaran Sains Strategi dan pendekatan yang digunakan dalam P&P sains sangat dititikberatkan kerana murid perlu menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir untuk memahami konsep dipelajari agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan iaitu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) terhadap pengajaran subjek sains di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, didapati penguasaan teknik penyoalan dan bentuk soalan yang digunakan oleh guru-guru masih kurang berkesan untuk menerapkan pemikiran kreatif dan kritis murid. Selain daripada itu, pengajaran guru pula lebih menekankan kepada penyampaian isi kandungan berbanding penerapan kemahiran berfikir murid yang menyebabkan murid tidak dapat membina pengetahuan (Mohd Ali 2003). Ini dapat dilihat melalui kaedah pengajaran konvensional yang diamalkan oleh majoriti guru sains kurang berkesan dalam meningkatkan kebolehan berfikir murid (Zainol Budiman et al 2010) iaitu pengetahuan sedia ada murid tidak dikaitkan dengan konsep baru yang dipelajari menjadikan proses kognitif seperti membuat penaakulan (analogical reasoning) dan membuat kesimpulan tidak dapat dicapai (Marlina dan Shaharom 2010). Laporan kebangsaan juga mendapati, penggunaan sumber pendidikan khususnya teknologi seperti komputer, perisian dan LCD masih belum digunakan secara optimum oleh guru di mana peratus skor penggunaannya adalah di antara 44.70% hingga 62.14% (Jemaah Nazir KPM, 2011).
  • 3. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 3 Sehubungan itu, kombinasi penggunaan analogi dan teknologi maklumat (ICT) dicadangkan sebagai satu strategi alternatif dalam pdp sains murid bagi membantu guru-guru menerapkan kemahiran berfikir murid. Malah, pengintegrasian melebihi satu strategi dapat menggalakkan keterlibatan murid dari pelbagai gaya pembelajaran agar kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid dapat ditingkatkan. Elemen Analogi Mengikut kamus dewan (DBP 2010), analogi membawa makna kias, perbandingan yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan atau sebahagiannya. Analogi dalam pendidikan sains merujuk kepada perbandingan di antara dua benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menerangkan sesuatu konsep abstrak sains bagi meningkatkan keupayaan penaakulan dan kemahiran berfikir murid (Harrison & Treagust 1993; Nessel & Graham 2007). Kemahiran menganalogi dalam spesifikasi kurikulum sains bagi murid ialah membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah dan mempunyai ciri serupa (BPK 2011). Kajian penyelidik lepas membuktikan keberkesanan penggunaan analogi dari pelbagai aspek pemahaman sains, antaranya kajian Trey et al (2008) membuktikan penggunaan simulasi analogi telah meningkatkan pemahaman pelajar (95%) berbanding pengajaran berasaskan teks (79%), bagi topik Prinsip Le Chatelier (Kimia) (Aubusson 2006). Kajian dalam pengajaran subjek Fizik pula mendapati analogi dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap subjek fizik bagi tajuk ‘Direct Current’, di mana purata ujian pasca bagi sikap pelajar meningkat berbanding purata ujian pra (Çıbık & Yalçın, 2011). Penggunaan analogi juga sudah termaktub dalam kitab Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu, di mana perumpamaan ini digunakanan bagi menggambarkan sesuatu konsep atau fenomena yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kebanyakan perumpamaan ini menyuruh manusia untuk berfikir tentang pelbagai kurnia Allah, perintah dan larangan, jalan mengenal Allah serta segala sesuatu yang berkaitan dengan Allah dan rasul-Nya (Syekh Abdul Aziz 2008). Malah, Allah berulang kali mengingatkan manusia untuk mengkaji kejadian alam atau fenomena sains melalui kemahiran berfikir bagi mengenali hakikat kejadian alam dan mengagungkan kebesaran Allah sebagai pencipta (Yazid 2011). Justeru, analogi berasaskan Al-Quran yang diterapkan dalam proses p&p sains dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mensyukuri nikmat Allah dan menghargai alam sekitar dengan mendalami sumber wahyu dalam konsep sains yang boleh diterokai. Menyedari kepentingan analogi dalam pembelajaran sains, maka strategi pedagogi perlu dipertingkatkan dalam usaha mengukuhkan pemahaman konsep sains pelajar. Peranan guru pula ialah berusaha mendalami Al-Quran serta mengkaji perumpamaan atau analogi yang boleh menghubungkan proses sains dan kejadian alam sekitar dengan penciptaNya bagi membentuk akhlak murid. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensasarkan pembangunan ICT dalam bidang pendidikan melalui Gelombang 1 (2013- 2015) dalam Pelan Tindakan Memanfaatkan ICT iaitu dengan mempertingkatkan asas ICT. Menurut kajian UNESCO, Malaysia merupakan antara negara pertama di dunia yang mempunyai pelan strategik ICT untuk sistem pendidikan dan terdapat pelbagai dasar serta pelan hebat yang telah dibangunkan sejak 1990 (PPPM 2013-2025). Pelan Strategik bagi Sekolah Bestari dan Dasar ICT adalah antara yang telah dilaksanakan di mana ia bermatlamatkan untuk memanfaatkan potensi ICT khususnya dalam bidang pendidikan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain daripada itu, Persatuan Antarabangsa Teknologi dalam Pendidikan (International Society for Technology in Education) (ISTE) yang menyokong penggunaan ICT dalam pdp telah menyediakan set penanda aras yang diikitiraf antarabangsa bagi membantu mengukur kecekapan integrasi ICT dalam pendidikan (PPPM 2013-20250). Antara standard yang perlu dicapai mengikut penanda aras ISTE bagi integrasi ICT dalam pdp ialah guru bertindak sebagai pemudahcara pembelajaran, kreativiti dan inovasi dalam interaksi bersemuka mahupun persekitaran maya. Selain itu, guru juga perlu peka denga perkembangan teknologi maklumat yang berfungsi sebagai model bekerja dan belajar dalam era digital dengan mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan proses kerja yang inovatif dalam masyarakat global serta mempunyai kemahiran tinggi dalam sistem ICT serta peralatan digital bagi menyokong kejayaan inovasi dalam kalangan murid (Norazah & Ngau 2009).
  • 4. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 4 Tujuan Kajian Berdasarkan huraian di atas, maka kajian pembangunan modul sains dalam talian (e-SMART=Electronic-5E- Science-Module-using Analogy-infuse cReative-Thinking skill) ini bertujuan mempelbagaikan strategi pengajaran guru bagi menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. Sasaran pengguna modul ini ialah guru sains dan murid tingkatan 2. Aktiviti-aktiviti dalam modul ini dibangunkan berdasarkan kepada kombinasi elemen analogi dengan teknologi ICT bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan. Kajian reka bentuk dan pembangunan modul ini memfokuskan kepada proses pembangunan modul yang melibatkan beberapa fasa iaitu; fasa analisis keperlu an, fasa reka bentuk dan pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian (Branch 2009). Kertas kajian ini hanya membincangkan dapatan kajian bagi fasa penilaian sahaja. Objektif Kajian Terdapat dua objektif kajian yang dibentangkan dalam kajian ini: a) Menilai kebolehgunaan aktiviti modul dalam membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. b) Menilai kebolehgunaan modul terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid Pelaksanaan Kajian Pelaksanaan kajian ini ke atas proses pembangunan modul mengambil ubahsuaian reka bentuk ADDIE (Branch 2009) yang melibatkan beberapa fasa iaitu; (i) fasa analisis, (ii) fasa reka bentuk, (iii) fasa pembangunan, (iv) fasa pelaksanaan dan (v) fasa penilaian, di mana ia melibatkan peserta kajian yang berbeza bagi fasa- fasa tertentu. Untuk kertas kajian ini, dapatan kajian hanya menfokus kepada fasa penilaian seperti ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 : Metodologi kajian berdasarkan fasa penilaian kajian Fasa Objektif kajian Peserta kajian Kaedah Instrumen Penilaian (Evaluation) a) Menilai kebolehgunaan aktiviti modul dalam membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif murid. b) Menilai kebolehgunaan modul terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid bagi konstruk menjana idea, menghubungkait dan menganalogi 1 guru SM A 1 guru SM B 6 murid SM A 6 murid SM B (baik,sederhanadan lemah) Refleksi guru Hasil kerja murid Borang refleksi Lembaran kerja murid METODOLOGI Kaedah kajian kes digunakan dalam fasa ini bagi menjawab persoalan kajian berkaitan kebolehgunaan modul e-SMART terhadap penerapan kemahiran berfikir kreatif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pendekatan triangulasi kaedah bercampur (mix-method) digunakan bagi pengumpulan data di mana dapatan daripada data kualitatif diperkayakan dengan dapatan dari data kuantitatif (Creswell 2009; Creswell & Plano 2011). Pengumpulan data dalam fasa ini melibatkan pelbagai sumber yang dapat memberikan hasil kajian kes yang bagus (Yin 2011). Kaedah untuk mendapatkan data kualitatif dalam fasa penilaian ini ialah melalui refleksi guru, pemerhatian murid dan penilaian hasil kerja murid. Refleksi guru dilakukan selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas di mana guru berbincang bersama penyelidik perkara mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan. Kaedah penilaian refleksi ini telah dilakukan oleh Zanaton dan rakan-rakan (2015) dalam kajian Lesson Study. Pemerhatian terhadap murid pula dijalankan dengan membuat rakaman video bagi melihat bagaimana murid menjana idea iaitu menjawab soalan yang disoal guru. Instrumen penilaian kemahiran berfikir kreatif digunakan juga semasa
  • 5. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 5 pemerhatian secara terus dilakukan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bagi penguasaan kemahiran berfikir pula, penilaian ke atas hasil kerja murid dibuat dengan menggunakan instrumen penerapan kemahiran berfikir kreatif. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Seramai dua orang guru sains sekolah menengah dan 16 orang murid tingkatan dua yang terlibat sebagaipeserta kajian fasa penilaian ini. Jadual 2 dan Jadual 3 menunjukkan data kajian bagi demografi responden. Jadual 2. Profil Guru Sekolah Guru Jantina Pengalaman Mengajar Kelayakan Akademik SM1 G1 Perempuan 5 tahun Ijazah pendidikan sains SM2 G2 Lelaki 5 tahun Ijazah pendidikan sains Jadual 3. Profil Murid Sekolah Murid Jantina Kategori SM1 ML1 ML2 MS3 MS4 MP5 MP6 Perempuan Lelaki Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lemah Lemah Sederhana Sederhana Pandai Pandai SM2 ML7 ML8 MS9 MS10 MP11 MP12 Perempuan Lelaki Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lemah Lemah Sederhana Sederhana Pandai Pandai Berdasarkan kepada demografi responden guru, seramai dua orang guru sains yang terlibat sebagai tenaga pengajar yang menggunakan modul e-SMART semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Semasa pelaksanaan dijalankan oleh guru, data kualitatif diambil melalui rakaman video. Instrumen borang refleksi guru dan murid, senarai semak kemahiran berfikir murid dan lembaran kerja murid digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kesemua data yang dikumpulkan dan dibandingkan untuk dinilai kebolehgunaannya. Refleksi guru dibahagikan kepada tiga aspek utama bagi penilaian kebolehgunaan aktiviti dalam modul iaitu aspek aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan analogi dan penerapan kemahiran berfikir kreatif. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti pengajaran modul dapat membantu murid memaha mi konsep sains dan mewujudkan pembelajaran yang efektif. Bagi aspek penggunaan analogi, kedua-dua guru berpendapat bahawa ia dapat membantu murid membuat hubung kait antara konsep sains dipelajari dengan pengetahuan sedia ada melalui analogi yang diberi. Aspek terakhir iaitu kemahiran berfikir kreatif dapat diterapkantelah berlaku di mana, murid dapat menghasilkan buku skrap dan reka cipta dengan cara tersendiri. Manakala soalan-soalan bentuk terbuka pula dapat merangsang murid berfikir di aras tinggi serta dapat menggunakan pemikiran kreatif untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam kehidupan seharian. Jadual 4 menunjukkan pendapat guru berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran modul e-SMART.
  • 6. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 6 Jadual 4. Refleksi guru berkaitan aktiviti modul e-SMART Aspek penilaian Refleksi Guru 1 Refleksi Guru 2 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran modul Secara keseluruhan aktiviti dalammodul ini membantu pelajar menguasai konsep, aspek atau komponen dengan lebih mendalam. Pelajar menerima pelajaran lebih cepat daripada yang lain Komponen aktiviti dalampembelajaran modul dapat membantu murid melalui satu pengalaman pembelajaran yang efektif dan murid dapat memahami aktiviti yang dijalankan Penggunaan analogi Aktiviti menganalogi dapat mengaitkan apa yang pelajar lihat dengan lebih jelas memandangkan analogi dalammodul adalah aktiviti harian pelajar memberi gambaran mental teori yang sukar difahami. Analogi dapat membantu murid memahami permulaan konsep sains yang diperkenalkan guru. Video analogi lantunan bola dapat membantu murid memahami pergerakan zarah-zarah udara. Pastikan analogi yang digunakan guru harus bersifat universal di mana semua murid dapat memahaminya bagi mengelakkan miskonsepsi. Penerapan kemahiran berfikir kreatif Aktiviti membuat buku skrap dan rekacipta menggalakkan pelajar berfikir di luar kotak dan menjadikan pelajar lebih kreatifbagi mendapat hasil terbaik. Memberi peluang pelajar mengaplikasi pembelajaran mereka dengan cara yang kreatif. Soalan-soalan dalamaktiviti modul berbentuk open ended yang dapat menggalakkan murid berfikir di aras tinggi. Aktiviti belon dan sifon dapat merangsang pemikiran kreatif murid bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka. Kebolehgunaan aktiviti modul terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid dinilai melalui hasil lembaran kerja murid dan pemerhatian menggunakan instrumen kemahiran berfikir kreatif murid. Hasil rumusan kajian boleh dilihat dalam Rajah 1 dan Rajah 2. Rajah 1. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid SM1 0.00% 20.00% 40.00% 60.00% 80.00% 100.00% 120.00% ML1 ML2 MS3 MS4 MP5 MP6 Analisis Pencerapan Murid SM(1) Penglibatan murid Objektif pembelajaran Aktiviti modul Penguasaan isi kandungan Penerapan kemahiran berfikir kreatif Penguasaan kemahiran berfikir kreatif
  • 7. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 7 Rajah 2. Tahap penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid SM2 Berdasarkan kepada Rajah 1, melalui penilaian instrumen kemahiran berfikir, didapati skor penerapan dan penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid ialah 60% ke atas bagi sekolah menengah 1 (SM1) bagi semua kategori murid. Manakala sekolah menengah 2 (SM2) juga menunjukkan peratus penerapan dan penguasaan kemahiran berfikir kreatif juga berada pada skor 60% ke atas seperti ditunjukkan dalam Rajah 2. Ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran berfikir kreatif murid adalah pada tahap baik mengikut standard gred menengah oleh KPM (85-100%=cemerlang; 70-84%=kepujian; 60-69%=baik; 50-59%=memuaskan; 40-49%=mencapai tahap minimum;0-39%=belum mencapai tahap minimum). Konstruk kemahiran berfikir kreatif yang dinilai dalam hasil kerja murid dan pemerhatian ke atas murid merangkumi penjanaan idea oleh murid semasa sesi soal jawab, jawapan kuiz bertulis, analogi yang diberi, buku skrap, hasil reka cipta berkumpulan dan penglibatan dalam aktiviti yang dijalankan. Bagi kemahiran menganalogi pula, pelajar berkebolehan untuk mencipta analogi sendiri berkaitan pergerakan zarah-zarah udara berdasarkan contoh analogi yang dibangunkan dalam modul seperti ditunjukkan dalam Rajah 3. Melalui analogi yang digunakan dalam kajian ini dapat membantu murid membina analogi sendiri dan secara tidak langung pemikiran kreatif murid dapat diterapkan. Penghasilan analogi oleh murid menunjukkan bahawa mereka dapat membuat hubung kait di antara pengetahuan atau pengalaman sedia ada dengan konsep sains dipelajari bagi memahami konsep tersebut. Hasil dapatan kajian ini selari dengan pandangan Harrison dan Treagust (1993), yang mengatakan bahawa penggunaan analogi dapat meningkatkan keupayaan murid me mbuat penaakulan dan kemahiran berfikir mereka. Jadual 5 memaparkan contoh-contoh analogi yang dihasilkan murid berkaitan pergerakan zarah-zarah gas. Rajah 3. Penggunaan analogi dalam modul e-SMART 0.00% 20.00% 40.00% 60.00% 80.00% 100.00% 120.00% ML7 ML8 MS9 MS10 MP11 MP12 Analisis Pencerapan Murid SM(2) Penglibatan murid Objektif pembelajaran Aktiviti modul Penguasaan isi kandungan Penerapan kemahiran berfikir kreatif
  • 8. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 8 Jadual 5. Analogi pergerakan zarah-zarah udara Antara Hasil Analogi Murid - pergerakan molekul udara Bil SM 1 SM 2 1. Sekumpulan lalat berterbangan di dalambalang Manik yang diletakkan dalambekas lutsinar dan digoncangkan 2. Orang bermain squasy Seperti satu bekas biji sagu yang digoncangkan 3. Bermain bola keranjang Letakkan bola ping pong dalambekas ditutup, kemudian goncang 4. Seperti bola ditendang Bola squasy yang melantun pada dinding 5. Beberapa biji guli di dalambalang dan digoncang Melempar banyak2 bola tenis ke dalam sebuah kotak lut sinar yang besar. Tutup dan goncang sekuatnya KESIMPULAN Pembangunan modul sains dalam talian (e-SMART) ini adalah berasaskan model konstruktivisme 5E dengan kesepaduan elemen analogi sebagai pencetus pemikiran kreatif dan teknologi maklumat sebagai medium pengyampaian maklumat. Dapatan kajian kebolehgunaan modul menunjukkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu guru menerapkan kemahiran berfikir kreatif mu rid di samping mengintegrasikan teknologi maklumat dalam pdp agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan modul dapat membantu pengajaran dan pembelajaran sains dari aspek penerapan kemahiran berfikir kreatif murid dan pengembangan penguasaan kognitif murid seiring dengan kepesatan pembelajaran abad ke 21. RUJUKAN Aubusson,P. J., & Stephen, F. (2006). Role play as analogical modelling in science. Metaphor and analogy in science education.Springer:Netherland. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK). (2011). Kementerian Pelajaran Malaysia. Branch, R. M. (2009). Instructional Design:The ADDIE Approach.Springer. Creswell, John W. (2009). 3rd Edition. Research Design : Qualitative,Quantitative and Mix Methods Approaches. Los Angeles:Sage Publication. Creswell, John W., & Plano, Clark VL. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research. 2nd ed. Los Angeles: Sage Publications. Harrison, A. G., & Treagust, D. F. (1993). Teaching with analogies: A case study in grade-10 optics. Journal of Research in Science Teaching,3010), 1291-1307 Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuhn, D. (2009). Do students need to be taught how to reason? Educational Research Review, 4(1), 1-6.
  • 9. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur ( SPRiN2017) Kesepaduan Elemen Analogi Dan Teknologi Maklumat Dalam Modul Sains (e-SMART) Bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Kreatif Murid Di Abad 21 9 Laporan Kebangsaan Mata Pelajaran Sains dan Matematik. (2011). Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Kementerian Pelajaran Malaysia. Marlina Ali dan Shaharom Noordin. (2010). Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 52(5), 45–55. Mohd. Ali Ibrahim dan Shaharom Noordin. (2003). Perbandingan pencapaian para pelajar dalam pentaksiran kerja amali dengan peperiksaan bertulis. Buletin persatuan pendidikan sains dan matematik Johor dalam Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2010. Hubungan antara kemahiran berfikir kritis dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar fakulti pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi,52(5), 45–55. Nessel, D. D., & Graham, J. M. (2006). Thinking strategies for student achievement: Improving learning across the curriculum, K-12. Corwin Press. Norazah Mohd Nordin dan Ngau Chai Hong. (2009). Pembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web – webquest bagi mata pelajaran ICT (Development and evaluation of webquest for information and communication technology subject ). Jurnal Pendidikan Malaysia,34(1), 111 – 129. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). (2013). Kementerian Pelajaran Malaysia. Philipp, S., Ulrich, K., Romain, M., & Martin, B. (2013). Students'complex problem-solving abilities: their structure and relations to reasoning ability and educational success. Intelligence,41(5), 289-305. Syeikh Abdul Aziz Nashir Al-Jalil. (2008). Tidakkah Kalian Berpikir?. Cakrawala Publishing:Jakarta. Sumalee, C., Issara,K., & Charuni, S. (2012). Development and efficiency improvement of the learning innovations enhancing learners’ thinking potential. Procedia - Social and Behavioral Sciences,46, 3460- 3464. Trey, L., & Khan, S. (2008). How science students can learn about unobservable phenomena using computer-based analogies. Computers & Education,51(2), 519-529. Yazid Abdul Manap. (2011). Menerokai Kegemilangan Saintis Islami. Karya Bestari: Selangor. Yin., R.K. (2011). Applicationsof Case Study Research. Ed. ke-5. United Sates of America:Sage. Zainol Budiman, Lilia Halim, T. Subahan Mohd Meerah dan Kamisah Osman. (2010). Modul pengurusan konflik kognitif:konsep dan amalan. Dlm. Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Nurzatulshima Kamarudin (pnyt.). Isu pengurusan,pengajaran & pembelajaran dalampendidikan sains. Universiti Putra Malaysia: Serdang. Zanaton H. Iksan, Aida Abdul Karim, Fariza Khalid, Rosseni Din,Effandi Zakaria, Mohd Yusoff Daud & Roslinda Rosli. (2015). Perbandingan pelaksanaan lesson study di Jepun dan Malaysia. ASEAN Comparative Education Research Network Conference, 7-8 October.