Kitab Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Takwa bermakna menjaga diri dari dosa dengan berhati-hati. Hanya orang-orang yang bertakwa dapat memahami dan mengambil manfaat dari petunjuk Al-Quran.
3. 4 #øä.uρ $YΖ≈u‹øóèÛ y7Îi/¢‘ ⎯ÏΒ y7ø‹s9Î) tΑÌ“Ρé& !$¨Β Νåκ÷]ÏiΒ #ZÏVx. χy‰ƒÍ”zs9uρ
yang bermaksud, “Dan pastinya akan semakin bertambah kepada kebanyakan dari
mereka oleh apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu di dalam
kederhakaan dan kekufuran”.
Sesungguhnya perumpamaan Al-Quran kepada seorang yang tidak bertakwa, adalah
seumpama matahari kepada seorang yang buta. Si buta itu tidak dapat melihat sinaran
cahaya matahari, tetapi matahari tetaplah menyinar cahayanya. Begitulah Al-Quran,
sifatnya sebagai petunjuk tidaklah hilang darinya walaupun orang-orang yang tidak
bertakwa tidak mengambil manfaat darinya. Di sini, lafaz petunjuk adalah di dalam
bentuk kedua yang terdapat di dalam Al-Quran yang bermaksud petunjuk, yang
membawa maksud keterangan serta penjelasan mengenai perkara yang hak, dan
penunjuk serta pembimbing kepadanya. Demikianlah juga makna yang Allah firmankan
di dalam ayat Asy-Syura 42:52,
∩∈⊄∪ 5ΟŠÉ)tGó¡•Β :Þ≡uÅÀ 4’n<Î) ü“ωöκtJs9 y7¯ΡÎ)uρ
yang bermaksud, “Dan sesungguhnya engkau benar-benar memberi petunjuk kepada
jalan yang lurus”. Dan firmanNya di dalam ayat Ar-Ra'ad 13:7,
∩∠∪ >Š$yδ BΘöθs% Èe≅ä3Ï9uρ ( Ö‘É‹ΖãΒ |MΡr& !$yϑ¯ΡÎ)
yang bermaksud, “Hanya sanya engkau adalah seorang pemberi amaran, dan bagi
setiap kaum ialah seorang yang memberi petunjuk”. Dan firmanNya di dalam ayat
Fussilat 41:17,
3“y‰çλù;$# ’n?tã 4‘yϑyèø9$# (#θ™6ystFó™$$sù öΝßγ≈oΨ÷ƒy‰yγsù ߊθßϑrO $¨Βr&uρ
yang bermaksud, “Dan adapun kaum Thamud, maka Kami memberi petunjuk kepada
mereka, lalu mereka lebih mencintai kebutaan melebihi daripada petunjuk itu”. Dan juga
firmanNya di dalam ayat Al-Balad 90:10,
∩⊇⊃∪ È⎦ø⎪y‰ô∨¨Ζ9$# çμ≈oΨ÷ƒy‰yδuρ
yang bermaksud, “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua lebuh raya”.
Sesungguhnya sekiranya seseorang itu berharap untuk mendapatkan petunjuk Al-
Quran, maka ia mestilah datang kepada Al-Quran dengan hati yang bertakwa, bersih
serta ikhlas, dan bimbang tergelincir ke dalam kesesatan. Di waktu itu, Al-Quran akan
mendedahkan rahsia-rahsianya dan memancarkan cahaya-cahayanya kepada orang
itu.
Pengertian untuk memahami makna takwa dapat difahami dari suatu riwayat,2 di mana
Umar bin Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab tentang apakah makna
takwa, dan Ubay bin Ka’ab berkata kepada Umar, “Pernahkan engkau berjalan di
2
At-Tirmizi.
4. atas laluan yang terdapat duri-duri di atasnya”. Umar menjawab, “Ya, pernah”. Ubay
bertanya lagi, “Kemudian apa yang engkau lakukan”. Umar menjawab, “Aku
singsingkan kainku dan aku berjalan dengan hati-hati dan waspada”. Ubay berkata,
“Itulah yang dinamakan takwa”. Takwa adalah umpama seseorang itu berjalan di laluan
yang terdapat pelbagai duri di atasnya, yang berupa dosa-dosa, sama ada dosa yang
kecil mahupun dosa yang besar. Maka ia berjalan dengan penuh waspada untuk
mengelak dari terkena dosa-dosa itu, dan ia tidak memandang remeh terhadap apa jua
dosa, walaupun sekecil-kecil dosa.
Perkataan takwa adalah terbitan dari satu kata akar yang membawa makna memelihara
atau menjaga diri seseorang itu supaya selamat. Orang yang bertakwa itu, hatinya
sentiasa peka dan sedar bahawa ia hendaklah sentiasa takut dan waspada dari terkena
duri di tengah laluan kehidupan ini, di mana manusia sentiasa ditarik oleh berbagai-
bagai duri nafsu keinginan, duri tamak haloba, duri angan-angan yang panjang, duri
kebimbangan, duri ketakutan terhadap mereka yang tidak berkuasa mendatangkan
manfaat ataupun mudarat, duri harapan palsu yang diberi oleh mereka yang tidak
mampu memenuhi harapan itu, dan pelbagai duri lagi. Sesungguhnya kata takwa itu
mencakup segala kebaikan. Ianya adalah wasiat Allah kepada orang-orang terdahulu
dan orang-orang yang akan datang. Dan ia adalah sesuatu yang terbaik yang dapat
dimanfaatkan).