SlideShare a Scribd company logo
Alatan Tangan Dalam
Kerja Kayu
ABDUL SUKUR KAMSIR
INSTITUT PERGURUAN TU HUSSEIN ONN, BATU
PAHAT
Isi Kandungan
1. Penghargaan 3
2. Pengenalan 5
3. Alatan Menanda dan merancang tanda 6
4. Alat mengapit dan menyangga 19
5. Alat memotong dan menajam 26
6. Alat menukul dan memutar 61
7. Kesimpulan 68
8. Lampiran 69
9. Rujukan 71
ALATAN TANGAN
DALAM
KERJA KAYU
1. PENGENALAN
Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu
dapat dikelompokan kepada :-
1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda
1.2. Alat mengapit dan Menyangga
1.3. Alat Memotong
1.4. Alat Memukul dan Memutar
1.5. Alat Menajam
ALAT MENANDA
DAN
MERANCANG TANDA
1.1. Alat Menanda dan Merancang
1.Pembaris Keluli
Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon
tinggi yang tahan karat dan keras.Permukaan pembaris
keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan
milimeter (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan
1000 mm.Lihat rajah 1 di sebelah :
Rajah 1 : Pembaris keluli
a)Kegunaan alat ini ialah :-
-mengukur dan memindahkan
-membina garisan lurus pada
permukaan
-menguji kerataan permukaan
b) Cara menggunakan pengukur
Keluli adalah seperti yang
berikut.Lihat.Rajah !(a),(b) ( c) di
sebelah.
Rajah 1(a) : Mengukur panjang
Rajah 1(b) : Menguji Kerataan
Rajah 1( c ) :Membina Garisan Lurus
3.Pita Pengukur
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita
pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0
meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang
pendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan
untuk memindahkan ukuran. Lihat Rajah 3 di bawah.
Rajah 3 : Pita Pengukur
4.Pisau Penanda
Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli
khas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong
dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah.
5.Pensil Tukang
Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk
segiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan
merancang tanda.
Rajah 4 : Pisau Penanda
6. Pembaris Lipat
• Pembaris lipat dibuat
daripada kayu keras yang
boleh dilipat.Rajah 5 di
sebelah.
• Hujung pembaris ini
diperkuatkan dengan loyang
supaya tahan lasak.
• Saiznya berbeza-beza
daripada 90 sm hingga 480
sm
• Pembaris lipat berfungsi
sebagai alat pengukur atau
memindahkan ukuran ke
benda kerja yang sedang
dibuat.
Rajah 5 : Pembaris Lipat
7.Aras Spirit.
Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Ia
dperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua
mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit
atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanya
diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah.
Rajah 6 : Aras Spirit
8.Sesiku Serong Boleh Laras.
Bentuk badannya serupa dengan
sesiku ‘L’ melainkan matanya tidak
dipasang tetap.Ia digunakan untuk
menadakan atau menguji sesuatu
garisan yang sudutnya lain daripada 45°
darjah dan 90° darjah.Lihat rajah 7.
9.Sesiku Bergabung
Badan dan mata diperbuat daripada
keluli.Manakala matanya boleh
dilaraskan atau diubahsuaikan
kedudukan pada badannya.Badannya
mempunyai satu muka yang bersudut
90°dan mukanya yang lain bersudut
45°dengan matanya.Lihat rajah 8.
Rajah 7 : Sesiku Serong Boleh Laras
Rajah 8 : Sesiku Bergabung
10.Tolok Penanda
Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan
dan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok
penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam
Puting(dua mata). Lihat rajah 9 di bawah.
Rajah 9 : Tolok Penanda
a)Kegunaan Tolok Penanda.
-Tolok penanda digunakan untuk
menandai ukuran tebal atau lebar kayu.
-Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai
dengan garisan selari dengan
iras kayu yang dibuat pada sisi atau
permukaan kayu.
-Garisan ini menunjukkan tebal atau
lebar kayu dalam ukuran yang
seragam.Cara menanda tebal kayu,garisan
selari dibuat pada sisi kayu Lebar
kayu,garisan selari dibuat pada permukaan
kayu
Rajah 9(a) : Tanda Tebal kayu
Rajah 9(b) : Tanda Lebar kayu
b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda.
1.Longgarkan skru tangan,Laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang
dikehendaki.Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.Lihat rajah 10
bawah.
2.Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak
rapat ke sisi atau permukaan kayu.
3.Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak.
Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk
membentuk garisan kerja
Rajah 10 : Cara menanda
11. Tolok Bersengat.
Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dan
kedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untuk
membuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung.
Rajah 11 : Tolok Bersengat
ALAT MENGAPIT
DAN
MENYANGGA
1.2.Alat Mengapit dan Menyangga
Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau
kerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit
dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya
aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat.
Peralatan ini direkebentukkan khas untuk jenis
pemasangan yang tertentu.Antara peralatan untuk kerja
mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, Apit F, Apit
panjang,Apit Rencong,Kakaktua dan lain-lain lagi.
a. Ragum Meja
1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam(Lihat Rajah 12 di bawah).
2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan
permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit.
3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium)
untuk menjaga permukaan kerja.
4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya
dikerjakan.
5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas.
Rajah 12 : Ragum Meja
b. Apit G dan Apit F
1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli.
2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian
rahang.
3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk :
-mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu.
-memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan.
4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi
permukaan benda kerja yang diapit.Lihat rajah 13 di bawah.
Rajah 12 : Apit G dan Apit F
d. Apit Panjang
Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium
dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter,
dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan
tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak
dicantum atau diglukan. Sila lihat rajah 14 di bawah.
Rajah 13 : Apit Panjang
e. Apit Rencong
Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi
tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian
kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau
dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar.
Lihat rajah 15 di bawah.
Rajah 14 : Api Rencong
f. Kakak Tua
Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku,
memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya
bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri
daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku.
Gambarajah 15 : Kakak tua
ALAT MEMOTONG
DAN
MENAJAM
1.3 : Alat Memotong dan Menajam
Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk
menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang
dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji
kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji
lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat
ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam
kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah,
dan ketam golek.
a. Jenis-jenis Ketam
Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam
bengkel.Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses
membuat kerja kayu dan perabut ialah:
1.ketam kasar
2.ketam pelicin
3.ketam golek
4.ketam lurah
5.ketam pangkas
6.ketam tetingkat
7.ketam pancaguna
8.ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
1.Ketam Kasar
a-Ketam Kasar
-Terdiri daripada jenis kayu atau logam
-Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada
saiz yang diperlukan dengan cepat
-Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam
semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat.
-Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
2.Ketam Pelicin
-Sebagaimana juga ketam kasar, badan
ketam pelicin juga ada yang
diperbuat daripada logam dan kayu.
-Badannya terdapat yang berukuran 203-
228 mm.
-mata keluli yang tajam dan lurus selebar
37 mm hingga 62 mm.
-Kegunaannya ialah untuk mengetam
permukaan kayu selepas diketam dengan
ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.
3. Ketam Tetingkat
 Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada
tepi atau hujung kepingan kayu.
 Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.
 Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti
ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata
hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
4.Ketam Pangkas
 Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu
secara melintang ira.
 Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay
kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti
menyediakan kumai serong.
 Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan
lebarnya 50 mm.
5.Ketam Lurah
 Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi
membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan
jarak yang tertentu dari tepi kayu.
 Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh
dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.
6. Ketam Golek
 Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan
kayu kecil yang cembong.
 Ketam ini diperbuat daripada logam.
 Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
7. Ketam Pancaguna
 Ketam ini besar dan berat.
 Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah
 Ketam ini diperbuat daripada logam
 Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
Jenis-jenis ketam
b.Jenis-jenis Gergaji
Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji
untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis
gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gaji
belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat.
Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk
giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari
hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa
jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah:
1. Gergaji Kerat
2. Gergaji Belah
3. Gergaji Puting
4. Gergaji Lengkung Halus
5. Gergaji Bajang
6. Gergaji Tebok
7. Gergaji Ekor Tikus
1. Gergaji Kerat
 Gergaji kerat digunakan khas untuk
mengerat kayu secara melintang ira
kayu.
 Gergaji kerat mempunyai gigi
berbentuk pisau di hujungnya dan tepi
hadapannya bersudut antara 70
darjah-80 darjah kepada garisan
giginya.
 Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi
nya antara 5 hingga 9 batang bagi
setiap 25 mm.
 Gergaji kerat biasanya panjang antara
550 mm – 700 mm.
 Lihat rajah di bawah yang
menunjukan saiz dan bilangan gigi
.
Rajah : Gergaji Kerat
2. Gergaji Belah
 Gergaji belah digunakan khas untuk
membelah kayu yang telah
digergajikan mengikut atau selari
dengan ira kayu.
 Gergaji belah mempunyai gigi yang
berbentuk serupa dengan mata pahat
dan tepi hadapannya bersudut tepat
denagn garis giginya.
 Gergaji belah mempunyai bilangan gigi
antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25
mm.
 Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu
jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis
besar
 Penggunaan gergaji ini bergantung
kepada ketebalan kayu yang hendak
dibelah.
 Panjang gergaji kerat ini ialah antara
600 mm hingga 700 mm.
Rajah : Gergaji Belah
Cara-cara menggunakan gergaji
tangan
1. Condongkan gergaji 45°daripada
benda kerja apabila mengergaji
belah.
2. Condongkan gergaji 60° daripada
benda kerja apabila mengergaji
kerat.
3. Gergaji Puting
 Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh
jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya.
 Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai
untuk memotong kayu-kayu yang kecil.
 Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan
gergaji puting.
 Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil
anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.
 Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam
seperti membuat puting dan lain-lain.
Rajah : Gergaji Putting
4.Gergaji Lengkung halus
 Gergaji ini mempunyai
mata yang sangat halus
dipasang pada bingkai
logam yang tegak.
 Panjang matanya ialah
150 mm.
 Gergaji lengkug halus ini
digunakan untuk
membuat lengkung yang
sempit pada papan nipis
pada bahagian dalam
dan luar.
5. Gergaji Bajang
 Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi
lebih kecil.
 Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.
 Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang
pemasangannya lebih ketat dan tepat
Rajah : Gergaji Bajang
6. Gergaji Tebok
 Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.
 Panjangnya 300mm hingga 450 mm.
 Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda
kerja yang lurus dan melengkung di bahagian
dalam.
7. Gergaji Ekor Tikus
 Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.
 Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.
 Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200
mm hingga 400 mm.
 Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang
lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempait.
c. Jenis-Jenis Pahat
Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat-
pahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat
sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada
keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat
daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk
Pahat-pahat tersebut ialah :
• Pahat Pelubang (Kerja Kasar)
• Pahat Parut (Kerja halus)
• Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam
• Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar
i. Pahat Pelubang dibuat dengan
matanya yang tebal supaya tahan
diketuk dengan gandin semasa
membuat lubang atau kerja-kerja
kasar.
ii. Sudut menajamkan mata
menggunakan batu asah pula
antara 30° hingga 35°.
iii. Semasa mencanai matanya mestilah
bersudut 20° hingga 25°.Lihat rajah
di sebelah
1. Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh
i. Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat
ini adalah serong pada bahagian tepinya serta
serongan itu adalah lebih panjang dan
nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan
nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan
ianya tidak sekuat pahat pelubang.
ii. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm
iii. Sudut menajamkan mata pahat ini ialah
25°.Manakala untuk menajamkan
menggunakan mesin pencanai pula ialah 20°.
iv. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut
seperti mengemaskan tanggam dan acuan
yang mempunyai pelbagai bentuk kumai.
v. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat
ini.
2. Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong
i. Pahat jenis ini biasanya
digunakan untuk mendapat
permukaan yang melengkung
ii. Pahat jenis ini bersaiz antara
3mm hingga 40 mm
3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam
3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar
i. Pahat jenis ini biasanya
digunakan untuk membuat lurah
tepat.
ii. Ia sesuai membuat lengkung
dalam kerja ukir-mengukir.
iii. Matanya bersaiz antara 3mm
hingga 40 mm.
Gambar rajah : Jenis-jenis pahat
Gambarajah : Cara mengasah pahat
ALAT MENUKUL
DAN
MEMUTAR
1.4. Alatan Menukul Dan Memutar
Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis
Alatan.Peralatan-peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada dua
Bahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan Memutar.
A. Alat Menukul :
i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
ii. Tukul Besi Warrington
iii. Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat
iv. Gandin
v. Pembenam Paku
B. Alatan Memutar :
i. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
ii. Gerudi tangan
iii. Gerudi Giarsala
A. Alatan Menukul
i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku)
-Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi
dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah
-Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg.
-Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg
-Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
ii. Tukul Besi Warrington.
 Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
 Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang
di celah jari.
 Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya
ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg
merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.
 Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta
menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan
bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit
iii.Gandin
 Gandin kayu digunakn
untuk memahat dan
memasang atau
menanggalkan tanggam.
 Kepala gandin berbentuk
selinder atau segi empat .
 Gandin diperbuat
daripada kayu keras.
B.Alat Memutar
Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang
antaradua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikut
arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru.
1.Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip
-Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear.
-Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung
samada kepala atau Philips.
-Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm.
-Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik.
-Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkan
skru.
2.Gerudi
Gerudi terdiri daripada dua jenis :
-Gerudi bergear lebih ringan
-Gerudi jenis gear sal(engkol)
Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja
melubang
Terdapat beberapa jenis mata antaranya
-Mata tengah
-Mata terlaras
-Mata paku
-Mata pulas
-Mata Froster
-Mata Pelubang benam
a. Gerudi tangan
• Gerudi tangan digunakan untuk
membuat lubang yang berdiameter
tidak melebihi 8 mm.
• Bahagian utama gerudi ialah hulu,
pemegang tepi, tangkai engkol, piring
gear, pinion, bindu, dan rahang.
• Gerudi tangan digunakan bersama
mata gerudi pintal.
• Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm
hingga 12.5mm.
• Ia boleh membiuat lubang pada kayu
dan logam.
• Semasa mengerudi logam, mata
gerudi hendaklah dibubuh minyak
untuk mengelak mata panas dan
terbakar.
b. Gerudi Engkol
• Gerudi engkol digunakan untuk
menebuk lubang pada kayu.
• Saiznya ditentukan pada hayunan
pemegangnya.
• Bahagian utamanya ialah kepala,
pemegang, rangka, cincin sesondol,
gear sehala, bindu, dan rahang.
• Gerudi engkol digunakan bersama
mata gerimit.
• Saiz mata gerimit adalah lebih besar
jika dibandingkan dengan mata gerudi
pintal.
• Ia tidak boleh membuat lubang pada
logam.
3. Senggerek
• Senggerek digunakan untuk membuat
lubang kecil pada kayu.
• Untuk membuat lubang, pusingkan mata
senggerek ke kanan dan ke kiri sambil
menekan.
1.5 Alat Menajam
1.5.1 Kikir Menajam
Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu
tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan
melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja.
Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan
yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat.
Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu.
Antaranya ialah :
a. Kikir Pipih Tirus
b. Kikr Pipih Kasar
c. Kikir Belah Rotan
d. Kikir Bulat
e. Kikir Segi Empat sama
f. Kikir Segi Tiga
g. Kikir Pipih Nipis
h. Kikir Bentuk Pisau
a. Kikir Pipih Tirus
Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan
berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.
Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar,
halus dan sangat halus.
Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi
lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk
selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus.
b. Kikir Pipih Kasar
Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.
Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan.
Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat.
Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.
c. Kikir Belah Rotan
Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah
siap.
Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik.
Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang.
d. Kikir Bulat
Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus.
Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus.
Bentuk giginya lurus dan bersilang.
Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat
dan lubang melengkung.
Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus.
Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang
yang berbentuk segi empat secara kasar.
Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi
empat.
e. Kikir Segi Empat Sama
f. Kikir Segi Tiga
Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat.
Mata gigi kikir ini bersilang.
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang
bersudut.
Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Gigi kikir ini berbentuk silang.
Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis.
Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada
keseluruhan panjang.
Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm.
g. Kikir Pipih Nipis
h. Kikir Pipih Nipis
Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus.
Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada
mata gergaji.
Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.
Rajah : Kikir
Kesimpulan.
Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberi
pendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul.
Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di
sekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahaman
yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan.
Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan
tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan
kerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama dan
fungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepada
kami tentang fungsi alat kerja tangan.
lampiran
Gambarajah :Gerimit Gambarajah : Gandin
Gambarajah : Gerudi tangan Gambarajah : Pemutar Skru
Bahan Rujukan
Asnul Dahar bin Minghat, Anuar bin Mohamad (2004). Teknologi
Kayu, Skudai : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,UTM.
Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras
dan KMT) : Sasbadi, Petaling Jaya.
Walton, John. (1971), Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Lazim Zakaria (2001). Bahan dan Binaan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.

More Related Content

What's hot

Kimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan reportKimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan report
eastsya
 
Bab 8 kimpalan gas
Bab 8 kimpalan gasBab 8 kimpalan gas
Bab 8 kimpalan gas
hasnul73
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikir
ainkamis
 
Bab 2 tambahan
Bab 2 tambahanBab 2 tambahan
Bab 2 tambahan
hasnul73
 

What's hot (20)

PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
PERALATAN TANGAN - KIKIR (FILE)
 
Kimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan reportKimpalan arka dan kimpalan report
Kimpalan arka dan kimpalan report
 
Bahan pengikat dan pencantum
Bahan pengikat dan pencantumBahan pengikat dan pencantum
Bahan pengikat dan pencantum
 
Mesin gerudi
Mesin gerudiMesin gerudi
Mesin gerudi
 
Jenis-jenis tanggam
Jenis-jenis tanggamJenis-jenis tanggam
Jenis-jenis tanggam
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegas
 
Alatan tangan dlm kerja kayu
Alatan tangan dlm kerja kayuAlatan tangan dlm kerja kayu
Alatan tangan dlm kerja kayu
 
Peralatan tangan
Peralatan tanganPeralatan tangan
Peralatan tangan
 
TUKUL KEJURUTERAAN
TUKUL KEJURUTERAANTUKUL KEJURUTERAAN
TUKUL KEJURUTERAAN
 
Bab 8 kimpalan gas
Bab 8 kimpalan gasBab 8 kimpalan gas
Bab 8 kimpalan gas
 
Nota lukisan kejuruteraan
Nota lukisan kejuruteraanNota lukisan kejuruteraan
Nota lukisan kejuruteraan
 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
 
Cutting tool
Cutting toolCutting tool
Cutting tool
 
Pengenalan kikir
Pengenalan kikirPengenalan kikir
Pengenalan kikir
 
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsinKHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
KHB TING 1 - Bab 2 (3) Alatan Tangan Dan MEsin
 
Mesin larik
Mesin larikMesin larik
Mesin larik
 
Bab 2 tambahan
Bab 2 tambahanBab 2 tambahan
Bab 2 tambahan
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
Kimpalan Arka
Kimpalan ArkaKimpalan Arka
Kimpalan Arka
 
Topik 7 gergaji kuasa
Topik 7 gergaji kuasaTopik 7 gergaji kuasa
Topik 7 gergaji kuasa
 

Viewers also liked

Perawatan pahat bubut kayu
Perawatan pahat bubut kayuPerawatan pahat bubut kayu
Perawatan pahat bubut kayu
Alen Pepa
 
La Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 Cca
La Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 CcaLa Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 Cca
La Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 Cca
Alejo P
 
Metodologia final Empresas Familiares
Metodologia final Empresas FamiliaresMetodologia final Empresas Familiares
Metodologia final Empresas Familiares
metodologia2013
 
paginas web en mexico
paginas web en mexicopaginas web en mexico
paginas web en mexico
cable9tin
 
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
MAJALAH HIDAYATULLAH
 

Viewers also liked (19)

Alat tangan 2012
Alat tangan 2012Alat tangan 2012
Alat tangan 2012
 
Perawatan pahat bubut kayu
Perawatan pahat bubut kayuPerawatan pahat bubut kayu
Perawatan pahat bubut kayu
 
Student c
Student cStudent c
Student c
 
Daftar isi fix revisi
Daftar isi fix  revisiDaftar isi fix  revisi
Daftar isi fix revisi
 
La Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 Cca
La Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 CcaLa Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 Cca
La Familia Trabajo De Computacion Alejandro Puruncajas 1 Cca
 
Hidden cost of_a_failed_manager_infographic
Hidden cost of_a_failed_manager_infographicHidden cost of_a_failed_manager_infographic
Hidden cost of_a_failed_manager_infographic
 
Caching By Nyros Developer
Caching By Nyros DeveloperCaching By Nyros Developer
Caching By Nyros Developer
 
IPv6 deployment status
IPv6 deployment statusIPv6 deployment status
IPv6 deployment status
 
Introducing PhoneGap to SproutCore 2
Introducing PhoneGap to SproutCore 2Introducing PhoneGap to SproutCore 2
Introducing PhoneGap to SproutCore 2
 
Perrilaku terpuji
Perrilaku terpujiPerrilaku terpuji
Perrilaku terpuji
 
Business communication (zayani)
Business communication (zayani)Business communication (zayani)
Business communication (zayani)
 
Yearbook concept for abankirenk creative
Yearbook concept for abankirenk creativeYearbook concept for abankirenk creative
Yearbook concept for abankirenk creative
 
Uts ppt
Uts pptUts ppt
Uts ppt
 
Metodologia final Empresas Familiares
Metodologia final Empresas FamiliaresMetodologia final Empresas Familiares
Metodologia final Empresas Familiares
 
paginas web en mexico
paginas web en mexicopaginas web en mexico
paginas web en mexico
 
Roshe Run Noir Gris
Roshe Run Noir Gris Roshe Run Noir Gris
Roshe Run Noir Gris
 
María G_Pérez _Presentación.
 María G_Pérez _Presentación. María G_Pérez _Presentación.
María G_Pérez _Presentación.
 
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah Rubrik Parenting  Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
Rubrik Parenting Jendela Keluarga Majalah Hidayatullah
 
Anti immigration laws
Anti immigration lawsAnti immigration laws
Anti immigration laws
 

Similar to Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu

Bahan kerja kayu
Bahan  kerja kayuBahan  kerja kayu
Bahan kerja kayu
Pak Sam
 
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Hamidah Hamid
 
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdfmodul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
JELAPANGMASHUR
 
Pengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siapPengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siap
Hafizi Ibrahim
 
Ava 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudiAva 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudi
zulKefli1
 
Ava 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudiAva 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudi
zulKefli1
 

Similar to Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu (20)

Bahan kerja kayu
Bahan  kerja kayuBahan  kerja kayu
Bahan kerja kayu
 
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan ProjekT1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
T1-Bab2-Reka Bentuk & Penghasilan Projek
 
Slide blog
Slide blogSlide blog
Slide blog
 
Slide blog
Slide blogSlide blog
Slide blog
 
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
Nota Alatan Kerja Kayu (Alatan Menukul dan Alatan Memutar)
 
KMT 2
KMT 2KMT 2
KMT 2
 
Slide blog
Slide blogSlide blog
Slide blog
 
Modul 4 tooling
Modul 4 toolingModul 4 tooling
Modul 4 tooling
 
Alatan menukul
Alatan menukulAlatan menukul
Alatan menukul
 
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdfmodul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
modul2cuttingtool-140130213907-phpapp02.pdf
 
34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek
34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek
34523836 nota-reka-bentuk-penghasilan-projek
 
Pengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siapPengikat dan pencantum siap
Pengikat dan pencantum siap
 
Barangan logam dan kelengkapan kump 10
Barangan logam dan kelengkapan kump 10Barangan logam dan kelengkapan kump 10
Barangan logam dan kelengkapan kump 10
 
Peralatan logam
Peralatan logamPeralatan logam
Peralatan logam
 
RBTS1104 ASAS TEKNOLOGI BAHAN & PEMBUATAN KUMP 2
RBTS1104 ASAS TEKNOLOGI BAHAN & PEMBUATAN KUMP 2RBTS1104 ASAS TEKNOLOGI BAHAN & PEMBUATAN KUMP 2
RBTS1104 ASAS TEKNOLOGI BAHAN & PEMBUATAN KUMP 2
 
Hand tools
Hand toolsHand tools
Hand tools
 
BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPANBARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
BARANGAN LOGAM DAN KELENGKAPAN
 
Ava 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudiAva 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudi
 
Ava 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudiAva 4.07 jenis2 gerudi
Ava 4.07 jenis2 gerudi
 
Reka bentuk penghasilan projek ting. 1
Reka bentuk penghasilan projek ting. 1Reka bentuk penghasilan projek ting. 1
Reka bentuk penghasilan projek ting. 1
 

Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu

  • 1. Alatan Tangan Dalam Kerja Kayu ABDUL SUKUR KAMSIR INSTITUT PERGURUAN TU HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
  • 2. Isi Kandungan 1. Penghargaan 3 2. Pengenalan 5 3. Alatan Menanda dan merancang tanda 6 4. Alat mengapit dan menyangga 19 5. Alat memotong dan menajam 26 6. Alat menukul dan memutar 61 7. Kesimpulan 68 8. Lampiran 69 9. Rujukan 71
  • 4. 1. PENGENALAN Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokan kepada :- 1.1. Alat Menanda dan Merancang Tanda 1.2. Alat mengapit dan Menyangga 1.3. Alat Memotong 1.4. Alat Memukul dan Memutar 1.5. Alat Menajam
  • 6. 1.1. Alat Menanda dan Merancang 1.Pembaris Keluli Pembaris keluli ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter (mm).Pembaris keluli ini bersaiz 300 mm dan 1000 mm.Lihat rajah 1 di sebelah : Rajah 1 : Pembaris keluli
  • 7. a)Kegunaan alat ini ialah :- -mengukur dan memindahkan -membina garisan lurus pada permukaan -menguji kerataan permukaan b) Cara menggunakan pengukur Keluli adalah seperti yang berikut.Lihat.Rajah !(a),(b) ( c) di sebelah. Rajah 1(a) : Mengukur panjang Rajah 1(b) : Menguji Kerataan Rajah 1( c ) :Membina Garisan Lurus
  • 8. 3.Pita Pengukur Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli.Panjang pita pengukur yang biasa dapat dilihat ialah antara 2.0 meter hingga 8.0 meter.Kegunaan pita pengukur ialah untuk mengukur jarak yang pendek serta panjang.Pita pengukur juga boleh digunakan untuk memindahkan ukuran. Lihat Rajah 3 di bawah. Rajah 3 : Pita Pengukur
  • 9. 4.Pisau Penanda Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.Pisau penanda digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.Lihat rajah 4 di bawah. 5.Pensil Tukang Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk segiempat tepat.Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda. Rajah 4 : Pisau Penanda
  • 10. 6. Pembaris Lipat • Pembaris lipat dibuat daripada kayu keras yang boleh dilipat.Rajah 5 di sebelah. • Hujung pembaris ini diperkuatkan dengan loyang supaya tahan lasak. • Saiznya berbeza-beza daripada 90 sm hingga 480 sm • Pembaris lipat berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat. Rajah 5 : Pembaris Lipat
  • 11. 7.Aras Spirit. Aras spirit ialah sejenis alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.Ia dperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya.Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit atau air untuk mendapatkan aras atau kepugakan.Panjang Aras Spirit biasanya diantara 300 milimeter (mm) hingga 1.5 meter (m).Lihat rajah 6 di bawah. Rajah 6 : Aras Spirit
  • 12. 8.Sesiku Serong Boleh Laras. Bentuk badannya serupa dengan sesiku ‘L’ melainkan matanya tidak dipasang tetap.Ia digunakan untuk menadakan atau menguji sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada 45° darjah dan 90° darjah.Lihat rajah 7. 9.Sesiku Bergabung Badan dan mata diperbuat daripada keluli.Manakala matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90°dan mukanya yang lain bersudut 45°dengan matanya.Lihat rajah 8. Rajah 7 : Sesiku Serong Boleh Laras Rajah 8 : Sesiku Bergabung
  • 13. 10.Tolok Penanda Tolok penanda diperbuat daripada kayu.Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.Mata terdapat pada kayu pelaras.Terdapat dua jenis tolok penanda iaitu Tolok Penanda satu paku(mata) dan Tolok Penanda Tanggam Puting(dua mata). Lihat rajah 9 di bawah. Rajah 9 : Tolok Penanda
  • 14. a)Kegunaan Tolok Penanda. -Tolok penanda digunakan untuk menandai ukuran tebal atau lebar kayu. -Tebal atau lebar kayu itu dapat ditandai dengan garisan selari dengan iras kayu yang dibuat pada sisi atau permukaan kayu. -Garisan ini menunjukkan tebal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.Cara menanda tebal kayu,garisan selari dibuat pada sisi kayu Lebar kayu,garisan selari dibuat pada permukaan kayu Rajah 9(a) : Tanda Tebal kayu Rajah 9(b) : Tanda Lebar kayu
  • 15. b) Cara-cara menggunakan Tolok Penanda. 1.Longgarkan skru tangan,Laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki.Kemudian, ketatkan skru tangan itu semula.Lihat rajah 10 bawah. 2.Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau permukaan kayu. 3.Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak. Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja Rajah 10 : Cara menanda
  • 16. 11. Tolok Bersengat. Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dan kedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.Tolok bersengat digunkan untuk membuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung. Rajah 11 : Tolok Bersengat
  • 18. 1.2.Alat Mengapit dan Menyangga Proses kerja-kerja pemasangan, samada kerja logam atau kerja kayu, alat-alat khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda-benda kerja yang berasingan supaya aktiviti amali dapat dilakukan dengan mudah dan selamat. Peralatan ini direkebentukkan khas untuk jenis pemasangan yang tertentu.Antara peralatan untuk kerja mengapit dan menyangga ialah ragum meja, apit G, Apit F, Apit panjang,Apit Rencong,Kakaktua dan lain-lain lagi.
  • 19. a. Ragum Meja 1.Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam(Lihat Rajah 12 di bawah). 2.Ragum meja dilapik dengan kayu pada kedua-dua rahangnya untuk mengelakkan permukaan benda kerja daripada rosak semasa diapit. 3.Rahang ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut (biasanya aluminium) untuk menjaga permukaan kerja. 4.Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan. 5.Perhatian- Jangan menggunakan ragum meja sebagai andas. Rajah 12 : Ragum Meja
  • 20. b. Apit G dan Apit F 1.Bahagian pemidang Apit G dan Apit F diperbuat daripada bahan keluli. 2.Saiz Apit G dan Apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang. 3.Kegunaan Apit G dan Apit F adalah untuk : -mengapit kayu ketika proses mengglukan dua kepingan kayu. -memegang kayu yang hendak digerudikan, dipahat, atau digergajikan. 4.Apit G digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja kayu untuk melindungi permukaan benda kerja yang diapit.Lihat rajah 13 di bawah. Rajah 12 : Apit G dan Apit F
  • 21. d. Apit Panjang Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjangnya ialah 0.6 meter, 0.9 meter, 1.2 meter, 1.5 meter, dan 1.8 meter.Apit panjang digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan. Sila lihat rajah 14 di bawah. Rajah 13 : Apit Panjang
  • 22. e. Apit Rencong Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong apabila hendak diglu atau dipakukan seperti dalam kerja pemasangan kerangka gambar. Lihat rajah 15 di bawah. Rajah 14 : Api Rencong
  • 23. f. Kakak Tua Kakak tua digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai, dan sebagainya.Kakak tua biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.Kakaktua terdiri daripada lengan, rivet,rahang, dan kuku. Gambarajah 15 : Kakak tua
  • 25. 1.3 : Alat Memotong dan Menajam Alat-alat dalam bahagian ini ialah untuk menyediakan kayu kepada saiz dan bentuk yang dikehendaki.Alat memotong ialah seperti gergaji kerat, gergaji belah, gergaji puting, dan gergaji lengkung halus.Manakala bagi menajamkan alat-alat ini pula ia adalah seperti ketam pelicin, ketam kasar,ketam tetingkat, ketam pangkas, ketam lurah, dan ketam golek.
  • 26. a. Jenis-jenis Ketam Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang ada di dalam bengkel.Ketam yamg sentiasa digunakan dalam proses membuat kerja kayu dan perabut ialah: 1.ketam kasar 2.ketam pelicin 3.ketam golek 4.ketam lurah 5.ketam pangkas 6.ketam tetingkat 7.ketam pancaguna 8.ketam kasar sepanjang 500-750 mm.
  • 27. 1.Ketam Kasar a-Ketam Kasar -Terdiri daripada jenis kayu atau logam -Digunakan untuk mengetam permukaan kayu secara kasar kepada saiz yang diperlukan dengan cepat -Permukaan kayu yang dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz yang tepat. -Panjang ketam kasar ini antara 355-380 mm
  • 28. 2.Ketam Pelicin -Sebagaimana juga ketam kasar, badan ketam pelicin juga ada yang diperbuat daripada logam dan kayu. -Badannya terdapat yang berukuran 203- 228 mm. -mata keluli yang tajam dan lurus selebar 37 mm hingga 62 mm. -Kegunaannya ialah untuk mengetam permukaan kayu selepas diketam dengan ketan kasar kepada saiz yang lebih tepat.
  • 29. 3. Ketam Tetingkat  Ketam ini dibina khas untuk membuat tetingkat pada tepi atau hujung kepingan kayu.  Ketam ini juga terdapat pelbagai jenis dan bentuk.  Ketam ini boleh didapati untuk kerja khas seperti ketam tetingkat berlaras, ketam tetingkat mata hujung dan ketam tetingkat mata tepi.
  • 30. 4.Ketam Pangkas  Ketam ini dibuat khas untuk mengetam penghujung atau pangkal kayu secara melintang ira.  Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja-kerja penyudah atay kerja kecil yang tidak dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.  Ketam pangkas ini bersaiz kecil, panjangnya ialah 170 mm dan lebarnya 50 mm.
  • 31. 5.Ketam Lurah  Ketam lurah ini dibina dengan dengan mata yang seumpamanya bagi membina lurah atau saluran yang selari di sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepi kayu.  Ketam lurah ini mempunyai satu penahan di bahagian tepi yang boleh dilaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya.
  • 32. 6. Ketam Golek  Ketam golek digunakan untk mengetam bahagian tepi permukaan kayu kecil yang cembong.  Ketam ini diperbuat daripada logam.  Bermata lengkung ataupun lurus untuk kerja yang berasingan
  • 33. 7. Ketam Pancaguna  Ketam ini besar dan berat.  Ketam ini digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah  Ketam ini diperbuat daripada logam  Ketam ini mempunyai mata pemotong pelbagai saiz.
  • 35. b.Jenis-jenis Gergaji Proses kerja-kerja di bengkel kerja kayu memerlukan gergaji untuk memotong atau membelah kayu.Terdapat pelbagai jenis gergaji.Proses memotong kayu mengikut urat selari memerlukan gaji belah.Memotong kayu melintang urat kayu memerlukan gergaji kerat. Perbezaan utama antara kedua –dua gergaji ini ialah pada bentuk giginya.saiz mata gergaji tangan ditentukan oleh panjang mata gergaji dari hujung ke tumit dan bilangan giginya dalam 25 mm.Terdapat beberapa jenis gergaji yang selalu digunakan, antaranya ialah: 1. Gergaji Kerat 2. Gergaji Belah 3. Gergaji Puting 4. Gergaji Lengkung Halus 5. Gergaji Bajang 6. Gergaji Tebok 7. Gergaji Ekor Tikus
  • 36. 1. Gergaji Kerat  Gergaji kerat digunakan khas untuk mengerat kayu secara melintang ira kayu.  Gergaji kerat mempunyai gigi berbentuk pisau di hujungnya dan tepi hadapannya bersudut antara 70 darjah-80 darjah kepada garisan giginya.  Gergaji kerat mempunyai bilanagn gigi nya antara 5 hingga 9 batang bagi setiap 25 mm.  Gergaji kerat biasanya panjang antara 550 mm – 700 mm.  Lihat rajah di bawah yang menunjukan saiz dan bilangan gigi . Rajah : Gergaji Kerat
  • 37. 2. Gergaji Belah  Gergaji belah digunakan khas untuk membelah kayu yang telah digergajikan mengikut atau selari dengan ira kayu.  Gergaji belah mempunyai gigi yang berbentuk serupa dengan mata pahat dan tepi hadapannya bersudut tepat denagn garis giginya.  Gergaji belah mempunyai bilangan gigi antara 3 hingga 6 bilah bagi setiap 25 mm.  Gergaji ini mempunyai tiga jenis iaitu jenis kecil, jenis sederhan, dan jenis besar  Penggunaan gergaji ini bergantung kepada ketebalan kayu yang hendak dibelah.  Panjang gergaji kerat ini ialah antara 600 mm hingga 700 mm. Rajah : Gergaji Belah
  • 38. Cara-cara menggunakan gergaji tangan 1. Condongkan gergaji 45°daripada benda kerja apabila mengergaji belah. 2. Condongkan gergaji 60° daripada benda kerja apabila mengergaji kerat.
  • 39. 3. Gergaji Puting  Gergaji puting mempunyai mata yang nipis yang terpaksa diperkuatkan oleh jalur logam ( patil keluli) di belakang matanya.  Ia merupakan gergaji kecil yang mempunyai gigi-gigi yang halus sesuai untuk memotong kayu-kayu yang kecil.  Biasanya penahan tepi digunakan semasa menggergajikan menggunakan gergaji puting.  Bentuknya hampir sama dengan gergaji kerat dan mempunyai mata kecil anta 12 hingga 14 bilah bagi setiap 25 mm.  Kegunaannya adalah untuk mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat puting dan lain-lain. Rajah : Gergaji Putting
  • 40. 4.Gergaji Lengkung halus  Gergaji ini mempunyai mata yang sangat halus dipasang pada bingkai logam yang tegak.  Panjang matanya ialah 150 mm.  Gergaji lengkug halus ini digunakan untuk membuat lengkung yang sempit pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.
  • 41. 5. Gergaji Bajang  Bentuk gergaji bajang serupa dengan gergaji puting tetapi lebih kecil.  Giginya pula lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap inci.  Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih ketat dan tepat Rajah : Gergaji Bajang
  • 42. 6. Gergaji Tebok  Gergaji tebok bermata halus dan berbentuk tirus.  Panjangnya 300mm hingga 450 mm.  Gergaji tebok digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan melengkung di bahagian dalam.
  • 43. 7. Gergaji Ekor Tikus  Mata gergaji ekor tikus lebih halus daripada mata gergaji tebok.  Terdapat tiga jenis mata yang boleh ditukar.  Gergaji ekor tikus bersaiz lebih pendek daripada gergaji tebok iaiti 200 mm hingga 400 mm.  Kegunaannya ialah untuk memotong atau mengerat benda kerja yang lurus atau melengkung di bahagian dalam yang lebih sempait.
  • 44. c. Jenis-Jenis Pahat Terdapat empat (4) jenis pahat dalam proses kerja kayu.Pahat- pahat ini mempunyai fungsi yang berlainan dalam membuat sesuatu kerja.pahat ini biasanya diperbuat daripada keluli.Manakala bahagian pemegang atau hulu pula diperbuat daripada kayu atau plasti yang tahan diketuk Pahat-pahat tersebut ialah : • Pahat Pelubang (Kerja Kasar) • Pahat Parut (Kerja halus) • Pahat Kuku Jenis Peraut-Serong Dalam • Pahat Kuku Jenis Pengukir-Serong Luar
  • 45. i. Pahat Pelubang dibuat dengan matanya yang tebal supaya tahan diketuk dengan gandin semasa membuat lubang atau kerja-kerja kasar. ii. Sudut menajamkan mata menggunakan batu asah pula antara 30° hingga 35°. iii. Semasa mencanai matanya mestilah bersudut 20° hingga 25°.Lihat rajah di sebelah 1. Pahat Pelubang atau Pahat Kukuh
  • 46. i. Pahat peraut pada kebiasaannya, mata pahat ini adalah serong pada bahagian tepinya serta serongan itu adalah lebih panjang dan nipis.Matanya tebal dibahagian tengah dan nipis pada bahagian tepi.Ini menyebabkan ianya tidak sekuat pahat pelubang. ii. Lebar matanya antara 3 mm hingga 50 mm iii. Sudut menajamkan mata pahat ini ialah 25°.Manakala untuk menajamkan menggunakan mesin pencanai pula ialah 20°. iv. Pahat peraut sesuai untuk kerja-kerja meraut seperti mengemaskan tanggam dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai. v. Gandin diperlukan semasa mengetuk pahat ini. 2. Pahat Peraut atau Pahat Tepi Serong
  • 47. i. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk mendapat permukaan yang melengkung ii. Pahat jenis ini bersaiz antara 3mm hingga 40 mm 3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Dalam 3. Pahat Kuku Jenis Peraut – Serong Luar i. Pahat jenis ini biasanya digunakan untuk membuat lurah tepat. ii. Ia sesuai membuat lengkung dalam kerja ukir-mengukir. iii. Matanya bersaiz antara 3mm hingga 40 mm.
  • 48. Gambar rajah : Jenis-jenis pahat
  • 49. Gambarajah : Cara mengasah pahat
  • 51. 1.4. Alatan Menukul Dan Memutar Proses kerja kayu di dalam bengkel kerja kayu melibatkan berbagai jenis Alatan.Peralatan-peralatan tersebut boleh di kelaskan kepada dua Bahagian iaitu Peralatan Menukul dan Peralatan Memutar. A. Alat Menukul : i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku) ii. Tukul Besi Warrington iii. Tukul Besi Kepala atau Bongkol Bulat iv. Gandin v. Pembenam Paku B. Alatan Memutar : i. Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip ii. Gerudi tangan iii. Gerudi Giarsala
  • 52. A. Alatan Menukul i. Tukul Kuku Kambing(Tukul Besi Berkuku) -Tukul kuku kambing mempunyai pemegang yang dibuat daripada kayu atau besi dan bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah -Saiznya ditentukan mengikut berat kepala biasanya antara 260 g hingga 1.2 kg. -Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg -Tukul ini digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.
  • 53. ii. Tukul Besi Warrington.  Tukul warrington mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.  Bongkol berbentuk baji ini dapat mengetuk paku halus yang dipegang di celah jari.  Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya.Saiznya ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya 0.4 kg merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am.  Bongkol berfungsi menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke temaptnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk paku di bahagian tepi perabut yang sempit
  • 54. iii.Gandin  Gandin kayu digunakn untuk memahat dan memasang atau menanggalkan tanggam.  Kepala gandin berbentuk selinder atau segi empat .  Gandin diperbuat daripada kayu keras.
  • 55. B.Alat Memutar Alat memutar adalah alat yang digunakan untuk memasang antaradua kayu dengan cara pusingan sama ada mengikut arah jam atau lawan jam dengan menggunakan skru. 1.Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip -Terdiri daripada dua jenis iaitu jenis biasa atau pub bergear. -Matanya dibuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung samada kepala atau Philips. -Panjang matanya antara 75mm hingga 300mm. -Pemegangnya dibuat daipada kayu atau plastik. -Kegunaan alat ini aialah untuk memasang atau menaggalkan skru.
  • 56. 2.Gerudi Gerudi terdiri daripada dua jenis : -Gerudi bergear lebih ringan -Gerudi jenis gear sal(engkol) Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja melubang Terdapat beberapa jenis mata antaranya -Mata tengah -Mata terlaras -Mata paku -Mata pulas -Mata Froster -Mata Pelubang benam
  • 57. a. Gerudi tangan • Gerudi tangan digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter tidak melebihi 8 mm. • Bahagian utama gerudi ialah hulu, pemegang tepi, tangkai engkol, piring gear, pinion, bindu, dan rahang. • Gerudi tangan digunakan bersama mata gerudi pintal. • Saiz mata gerudi pintal ialah 0.4mm hingga 12.5mm. • Ia boleh membiuat lubang pada kayu dan logam. • Semasa mengerudi logam, mata gerudi hendaklah dibubuh minyak untuk mengelak mata panas dan terbakar.
  • 58. b. Gerudi Engkol • Gerudi engkol digunakan untuk menebuk lubang pada kayu. • Saiznya ditentukan pada hayunan pemegangnya. • Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol, gear sehala, bindu, dan rahang. • Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit. • Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan mata gerudi pintal. • Ia tidak boleh membuat lubang pada logam.
  • 59. 3. Senggerek • Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu. • Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke kiri sambil menekan.
  • 60. 1.5 Alat Menajam 1.5.1 Kikir Menajam Sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi.Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu komponen kerja. Bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan tepat. Pelbagai jenis kikir yang terdapat di dalam bengkel kerja kayu. Antaranya ialah : a. Kikir Pipih Tirus b. Kikr Pipih Kasar c. Kikir Belah Rotan d. Kikir Bulat e. Kikir Segi Empat sama f. Kikir Segi Tiga g. Kikir Pipih Nipis h. Kikir Bentuk Pisau
  • 61. a. Kikir Pipih Tirus Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir beperanan kepada pengkelasan dred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus. Pada permukaan kikir, giginya dipotong silang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, dua pertiga panjangnya berbentuk selari dan satu pertiga panjang hujungnya berbentuk tirus. b. Kikir Pipih Kasar Gred kiki pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus. Kikir jenis ini perlu digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. Salah satu tepi kikir ini tiada gigi dan tepi ini digelar tepi selamat. Tepi selamat digunakan semasa mengikir tepi penjuru dalam.
  • 62. c. Kikir Belah Rotan Kikir ini digunakan untuk kerja-kerja penyudah bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik. Gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang. d. Kikir Bulat Kikir ini juga dikenali sebagai kikir ekor tirus. Kikir ini digred dari pada kasar hingga gred halus. Bentuk giginya lurus dan bersilang. Kikir ini digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang melengkung.
  • 63. Gred kikir ini daripada yang sangat kasar dan sangat halus. Kegunaan kikir ini ialah untuk mengikirkan atau membesarkan lubang yang berbentuk segi empat secara kasar. Kegunaan lain ialah untuk mengikir lurah atau alur yang berbentuk segi empat. e. Kikir Segi Empat Sama f. Kikir Segi Tiga Kikir ini ialah kikir untuk kerja menajamkan gergaji belah dan kerat. Mata gigi kikir ini bersilang. Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Kikir jenis ini juga digunakan untuk membersihkan pepenjuru yang bersudut. Kikir ini juga boleh mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
  • 64. Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Gigi kikir ini berbentuk silang. Kegunaan utama ialah untuk mengikir celah-celah yang nipis. Bentuk kikir ini tirus pada hujungnya tetapi tebal sama pada keseluruhan panjang. Saiz kikir ini ialah 100mm, 150mm dan 200mm. g. Kikir Pipih Nipis h. Kikir Pipih Nipis Terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Kegunaan utama ialah untuk menajamkan mata yang terdapat pada mata gergaji. Digunakan juga untuk menajamkan alat-alat pemotong.
  • 66. Kesimpulan. Penulisan tugasan ini amat berharga kerana memberi pendedahan cara penggunaan alatan tangan yang betul. Pengalaman ini akan kami gunakan nanti apabila bertugas di sekolah nanti. Penulisan ini memberi penjelasan dan pemahaman yang mantap tentang fungsi sesuatu alatan tangan. Pengalaman ini mungkin tidak dapat diulangi di waktu dan tempat yang lain. Kami juga dapat mengenali berbagai jenis alatan kerja tangan dan ada yang kami tidak mengetahui nama dan fungsinya. Penulisan kreatif ini dapat memberi kefahaman kepada kami tentang fungsi alat kerja tangan.
  • 68. Gambarajah :Gerimit Gambarajah : Gandin Gambarajah : Gerudi tangan Gambarajah : Pemutar Skru
  • 69. Bahan Rujukan Asnul Dahar bin Minghat, Anuar bin Mohamad (2004). Teknologi Kayu, Skudai : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,UTM. Shahnon Lim.Zainal A (2004), Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras dan KMT) : Sasbadi, Petaling Jaya. Walton, John. (1971), Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Lazim Zakaria (2001). Bahan dan Binaan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Editor's Notes

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 70