Cerita ini menceritakan tentang Si Cicak yang suka berbohong kepada teman-temannya. Ia berbohong bahwa ia telah mengalahkan makhluk asing di planet lain. Akibatnya, ekornya hilang. Ibunya memperingatkan agar berhenti berbohong karena itu akan merugikan dirinya. Si Cicak akhirnya insaf dan berjanji tidak akan berbohong lagi. Ekornya tumbuh kembali setelah ia berhenti berbo
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
Akibat suka berbohong
1. AKIBAT SUKA BERBOHONG
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…
Salam sejahtera…
Salam satu Malaysia..
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Qistina Darlily nama diberi,
Intan payung nama ditimang….
Pada hari ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang
bertajuk
“AKIBAT SUKA BERBOHONG”
Pada suatu hari, Si Cicak bermain di kawasan lapang yang
berdekatan dengan rumahnya. Ketika sedang asyik bermain, si
cicak telah terlihat sehelai daun yang besar. Si cicak memetik daun
tersebut dan memikulnya di atas bahunya sambil berkawad ala-
ala tentera.
“ satu…dua…”
“ satu…dua…”
“ pusing kanan…”
“ pusing kiri………”
“ berhenti………..”
2. Si cicak berkawad sendirian dengan riang sekali.
( 1 )
Si Cengkerik yang sedang leka mencari makanan terdengar
bunyi suara si cicak . “ Hei Si cicak ! Wah, kamu nampak sungguh
ceria pada hari ini,” kata Si Cengkerik. “ Haha…ye ke? Saya
sungguh gembira hari ini sebab saya telah menang dalam
peperangan,” tempelak Si cicak .
“Hah, betul ke Si Cicak?” soal Si Cengkerik seakan tidak
percaya. “Betul lah! Saya baru pulang dari planet Marikh.
Tengoklah, inilah bendera planet Marikh yang saya bawa pulang.
Makhluk asing di sana habis tewas kepada
saya…hahahaha!...beritahu Si Cicak dengan nada yang angkuh.
Si Kelip-kelip yang kebetulan lalu di situ terdengar perbualan
rakan-rakannya itu.” hai Si Cicak, kenapa kamu nak kalahkan
makhluk asing itu ?” tanya Si Kelip-Kelip dengan nada sinis kerana
dia sudah tahu Si Cicak suka menipu. Si Cicak pun menjawab, “Oh,
makhluk asing itu ingin datang ke bumi dan mereka ingin makan
semua makhluk di bumi ini. Jadi, saya telah pergi ke Marikh untuk
memberi amaran kepada mereka!” Si Cicak terus berbohong
tanpa rasa bersalah.
Tiba-tiba , terdengar jeritan dari arah semak berhampiran .
“Tolong! Tolong selamatkan saya!” jerit Si Belalang sambil
melompat ke arah Si Cicak. Si Cicak yang kehairanan bertanya,
“Eh, kenapa Si Belalang?” Si Belalang sambil menangis menjawab,
“ Si katak nak makan saya! Tolong selamatkan saya,” rayu Si
3. Belalang. “Oh, jangan risau, Si Cicak boleh selamatkan
kamu,”beritahu Si Cengkerik.
( 2 )
Si Cicak berasa menyesal kerana telah membohongi rakan-
rakannya itu. Si Cicak terpaksa berpura-pura berani agar
tembelangnya tidak pecah. “Hoi, Si Katak yang hodoh, berambus
kamu dari sini!”Si Cicak menjerit kepada Si Katak. Tiba-tiba Si
Katak keluar dari semak sambil menjulurkan lidahnya yang
panjang. Mereka semua terkejut dan lari lintang-pukang .
Sesampainya di rumah, Si Cicak mendapati ekornya telah
hilang.”Mama, mama! Ekor saya sudah hilang!” Si Cicak menangis
memanggil mamanya. Mama si Cicak yang terdengar tangisan Si
Cicak segera menghampiri anaknya. “ Kenapa menangis ? Apa
yang berlaku?,” tanya mama Si Cicak. Si Cicak menceritakan
semuanya kepada mamanya.
“Ooo…itulah, lain kali jangan suka bercakap bohong. Ekor
kamu hilang sebab kamu suka berbohong. Ia akan tumbuh
semula jika kamu berhenti berbohong,”mama si Cicak
memberitahu anaknya itu. “ Oh, macam tu ye mama? Mulai hari
ini, saya tak bohong lagi!” Si Cicak berjanji dengan mamanya.
Sejak dari itu, Si Cicak tidak berani lagi berbohong. Tidak
lama kemudian, ekornya telah tumbuh semula. “Hooray! Akhirnya
ekor saya telah tumbuh semula!” jerit Si Cicak dengan gembira.
4. ( 3 )
Kawan-kawan…..kita sudahpun mendengar kisah Si Cicak.
Apakah pengajaran yang boleh kita dapati dalam cerita itu tadi?.
Bagi saya nilai pengajaran yang paling utama ialah sikap suka
berbohong akan merugikan diri sendiri. Bahkan kawan-kawan
akan mula menjauhkan diri daripada kita kerana mereka sudah
hilang kepercayaan.
Nasihat saya ..kita mestilah jujur dalam percakapan dan
perbuatan ya!!!
Bak kata pepatah,
Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri..
Demikianlah kisah Si Cicak yang suka berbohong tetapi akhirnya
telah insaf di atas perbuatannya itu….
Sekian , terima kasih….