Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Ada aku kesah
1. Mohd Mahfujah Bin Mahmud
Guru Pelatih PISMP BA Ambilan Jan 2013,
IPG Kampus Kent,
Peti Surat 02,
89207, Tuaran, Sabah
Ustazah Sabariah Binti Haji Bahrun,
Pensyarah JAPIM,
IPG Kampus Kent,
Peti Surat 02,
89207, Tuaran, Sabah 11SEPTEMBER 2014
Puan,
Ketidakhadiran ke Kuliah PIM3093 Atas Alasan dan Sebab Yang Tertentu
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.0 Saya seperti penama di atas ingin memberitahu kepada pihak Tuan sebab-
sebab mengapa saya tidak menghadirkan diri ke kuliah PIM3093 bertempat di
Bilik Aziz pada 11September 2014 bersamaan hari Khamis.
3.0 Antara sebab dan alasan yang saya kira relevan ialah;
i. Pada hari tersebut, saya telah lewat bangun sekaligus menyebabkan saya
hilang fokus dan tidak ada semangat untuk pergi ke kuliah. Tidur lepas
Subuh.
2. ii. Saya juga kurang keyakinan dan teragak-agak sama ada perlu ataupun
tidak bagi saya untuk menghadirkan diri ke kuliah kerana pada masa itu
jam menunjukkan tepat pukul 8.15 pagi. (45 minit lewat daripada masa
ataupun waktu kuliah yang sebenar iaitu tepat pada pukul 7.30 pagi)
iii. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil keputusan untuk tidak
menghadirkan diri ke kuliah disebabkan malas dan takut untuk dimarahi
oleh Ustazah Sabariah.
4.0 Justeru, saya berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan alasan-alasan dan
sebab-sebab saya tidak hadir ke kuliah yang dijalankan
.
5.0 Segala kerjasama dari pihak Tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
________________________
(Mohd Mahfujah Bin Mahmud)
PISMP BA SEM 4