Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
PENULISAN DAPATAN KAJIAN
1. Tajuk : Penulisan dapatan kajian E- Learning
Tema : Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan
Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran-pembelajaran di sekolah
melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah
membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Keadaan di mana para pelajar
tidak memberi tumpuan dalam peroses P&P adalah wujudnya pertentangan minat mereka
disebabkan kebergantungan guru sepenuhnya terhadap kurikulum yang telah ditentukan
untuk diajar kepada para pelajar di peringkat-peringkat tertentu sehingga usaha para guru
tertumpu kepada menghabiskan sukatan pelajaran dan mengabaikan proses pengajaran
yang sepatutnya (Atan Long, 1982).
Ledakan teknologi pengkomputeran dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan
sebahagian daripada faktor yang turut menyumbang ke arah kemajuan dan prestasi di
kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan
dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang, Y.K Yap dan Y.M. Tam, 1992). Jelas bahawa
penggunaan komputer secara meluas telah memudahkan kerja-kerja mentadbir dan
mengurus bahkan sebagai instrumen yang dapat membantu ke arah mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Proses pengajaran dengan mengaplikasikan teknologi komputer seperti power point,
internet, online, website dan sebagainya dapat membantu para guru untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran disamping dapat membantu mempertingkatkan
keberkesanan pembelajaran sekiranya ia dilaksanakan dengan teliti dan terancang . justeru,
kebolehan guru dalam mengaplikasikan teknologi ini akan memberi nafas baru terhadap
proses pembelajaran pelajar yang akan meningkatkan dan meluaskan pemerolehan ilmu
pengetahuan di kalangan mereka.
Menurut Gross (1992), mendefinisi motivasi adalah sama sukar seperti mendefinisi
psikologi. Ini adalah disebabkan kajian motivasi melibatkan faktor pendorong dan faktor
penghalang dari segi biologi, sosial, ataupun psikologi dalam usaha mengatasi kemalasan
dan mendorong kita secara diingini ataupun tidak diingini kepada tindakan yang
2. dikehendaki (Miller, 1962 dalam Gross, 1992). Kajian terkini terhadap kesan TMK telah
menunjukkan peningkatan minat dan komitmen pelajar terhadap pembelajaran; di samping
peningkatan keseronokan untuk belajar, keyakinan diri, keberdikarian dan konsep kendiri
(Cox, 1997; 1999). Kajian Gardner, J, Morrison, H, Jarman, R, Reilly, C dan McNally, H. (1994)
berkenaan dengan penggunaan komputer riba di kalangan 235 orang pelajar dari sekolah
rendah dan menengah dalam satu kalender persekolahan merupakan salah satu kajian yang
relevan. Penyelidik tersebut mendapati bahawa majoriti guru melaporkan tahap motivasi
pelajar telah meningkat dan pelajar telah memperoleh sikap yang lebih positif untuk belajar
apabila komputer riba digunakan.
RUJUKAN
http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/4.%20PERANAN%20TEKNOLOGI%20MAKLUMAT
%20TERHADAP%20PENINGKATAN%20MOTIVASI.pdf
https://hidayatinur.files.wordpress.com/2009/03/penggunaan-komputer-dlm-belajar5.pdf
http://www.ukm.my/jurfpend/jurnal%202012/JP36(1)%20Chap%203new.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/445/1/Zurina_Yasak_(Dekan2010).pdf
http://eprints.utm.my/10521/1/Penggunaan_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunikasi.pdf