SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
TERHAD
TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu
(Penulisan Esei Ilmiah)
Semester 3
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh
diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia.
Manual ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2023
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
2 TERHAD
Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu
Senarai kandungan
Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman.
Penghargaan
(a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan
tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah.
(b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting
kepada yang kurang penting.
1.0 PENGENALAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.
1.1 Latar Belakang
(a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk.
(b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan
masalah atau isu kajian.
(c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1½ halaman.
1.2 Definisi Konsep
Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat
tokoh).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian)
Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
(a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan.
(b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai.
(c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja.
(d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan
Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan
mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan,
membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik,
mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya.
(e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan seterusnya.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil kajian ini adalah untuk...
(a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk
kajian).
(b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya:
(i) Untuk menambah dokumentasi
(ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan
(iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran
(c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar.
Apakah kegunaan hasil kajian?
Pernyataan objektif mesti mengandungi
ayat pendahuluan.
Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan.
Apakah yang hendak
dikaji?
TERHAD
3 TERHAD
4.0 SKOP KAJIAN
Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian.
Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal.
5.0 BATASAN KAJIAN
(a) Pernyataan tentang had data
(b) Batasan dari segi lokasi kajian
(c) Batasan dari segi tempoh/masa
(d) Batasan dari segi informan/responden/subjek:
dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan
6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar)
Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan.
6.1 Pemerolehan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan
orang Negeri Sembilan.
(a) Kaedah Lapangan
(i) Teknik pemerhatian
Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan
untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang
dikaji.
(ii) Teknik temu bual
Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah
secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam
sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat
yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal ialah temu
bual yang diadakan dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya
menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil
rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.
(iii) Teknik soal selidik
Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat
dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan calon
menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang
sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan
secara rawak kepada responden di kawasan kajian.
(iv) Teknik rakaman
Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan responden/
subjek.
(b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan
(i) Analisis teks
Analisis teks ialah suatu kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis
kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dari dokumen teks. Analisis ini
digunakan untuk memperoleh data ‘segar’ mengenai sesuatu gejala dalam masyarakat
berdasarkan pemerhatian melalui teks/kandungan sesuatu bahan. Antara contoh
dokumen teks yang biasanya menjadi data yang digunakan dalam analisis ini adalah
seperti buku, majalah, surat khabar, surat, laporan, dan risalah. Analisis boleh
dijalankan melalui kaedah manual atau melalui janaan komputer.
Apakah yang ingin dibuat dalam kajian?
Apakah had/batasan kajian?
Huraian kaedah kajian
mesti mengandungi ayat
pendahuluan.
TERHAD
4 TERHAD
(ii) Analisis kandungan
Analisis kandungan ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis
kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dan imej dari dokumen teks dan
sebarang dokumen lain yang dapat membekalkan maklumat teks, seperti filem, seni,
muzik, produk budaya, dan pelbagai media, (contohnya media sosial). Seperti analisis
teks, analisis kandungan juga boleh dijalankan melalui kaedah manual atau melalui
janaan komputer.
(c) Analisis korpus
Analisis korpus ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis kehidupan
sosial dengan mentafsirkan kata-kata dari dokumen teks berasaskan janaan komputer
secara khusus. Data diperoleh daripada pangkalan data korpus yang besar (dikenali sebagai
data raya) yang boleh didapati secara percuma ataupun secara berbayar. Antara contoh
pangkalan data korpus percuma yang boleh digunakan adalah seperti data daripada
pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, data klasik daripada pangkalan Malay
Concordance Project, data peribahasa dan pantun daripada laman web ATMA
(malaycivilization.com), serta data terbuka daripada laman web webcorp.com. Setiap
pangkalan data membekalkan berbilion kata daripada pelbagai data teks, seperti teks buku,
majalah, surat khabar, surat, laporan, dan risalah. Berbanding menggunakan kaedah
manual, kaedah analisis korpus berasaskan janaan komputer ini sangat memudahkan proses
memperoleh dan menganalisis data kerana kaedah ini membantu pengkaji mengenal pasti
data, mendapatkan data, dan menstruktur data dengan lebih mudah, untuk membantu
kerja-kerja penganalisisan data. Penggunaan data korpus akan membantu pengkaji untuk
memperoleh data yang banyak, contoh terbaik yang banyak, statistik data yang dapat
menggambarkan fenomena kebahasaan yang lebih baik, dan melancarkan proses analisis
kerana dibantu oleh data yang alami (natural) yang dapat mewakili bahasa penggunana
sebenar.
6.2 Penganalisisan Data
Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan
mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk
menganalisis data.
7.0 DAPATAN KAJIAN
Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian.
(a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian
(b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan
(c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak
8.0 RUMUSAN KAJIAN
Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar seharusnya
merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula.
9.0 PENUTUP
(a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya
(b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya
Huraian dapatan kajian mesti
mengandungi ayat pendahuluan.
TERHAD
5 TERHAD
BIBLIOGRAFI (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
(a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1).
(b) Pelajar hendaklah menyatakan sekurang-kurangnya lima rujukan.
(c) Bibliografi boleh terdiri daripada
(i) buku
(ii) artikel
(iii) e-book dan jurnal dalam talian
(d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi
(i) nama penulis/pengarang
(ii) tahun/tarikh
*Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia
NOTA AKHIR (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
LAMPIRAN (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.)
Peringatan:
Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN,
dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.
TERHAD
6 TERHAD
PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI
1 Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Bilangan jilid
(e) Edisi dan terbitan
(f) Tempat terbit
(g) Nama penerbit
Format:
Nama, Tahun. Judul buku. Tempat terbit: Penerbit.
Contoh: Oleh seorang penulis
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh dua orang penulis
Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Oleh tiga orang penulis
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and
Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited.
Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan
Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Contoh: Rujukan sekunder
Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran
Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119,
2016.
2. Karya Terjemahan
Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan.
(a) Nama penterjemah
(b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung
Contoh:
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris)
Lampiran 1
TERHAD
7 TERHAD
3. Kamus dan Ensiklopedia
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Judul
(b) Jilid
(c) Tahun
(d) Edisi dan cetakan
(e) Tempat terbit
Contoh:
Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama negeri
(b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa
(c) Tahun terbit
(d) Judul
(e) Tempat terbit
(f) Nama penerbit
Contoh:
Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi
1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Majalah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Judul majalah
(e) Bilangan keluaran
(f) Jilid
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm.
142-143, Mac 1977.
TERHAD
8 TERHAD
6. Jurnal
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya
(e) Jilid
(f) Bilangan keluaran
(g) Halaman
(h) Tarikh terbit
Contoh:
Abdullah Yusoff. “Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak”.
Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995.
Za’ba, “Modern Development” dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940.
7. Surat khabar atau Buletin
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tajuk rencana
(c) Kata singkatan “dlm.”
(d) Nama surat khabar atau buletin
(e) Tarikh terbit
Contoh:
Zaharuddin Mohd. Ali. “PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral”
dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995.
8. Monograf
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis, editor, atau penyusun
(b) Tahun terbit
(c) Judul
(d) Nama siri
(e) Jilid
(f) Bilangan
(g) Tempat terbit
(h) Penerbit
Contoh:
Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda
terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).
TERHAD
9 TERHAD
8. Latihan Ilmiah
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Peringkat pengajian
(e) Tempat
Contoh:
Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. “Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan
Meditasi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
9. Kertas Data
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Tempat
(f) Bentuk bahan dalam tanda kurung
Contoh:
Sanat Md. Nasir, 1979. “Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar
Keseringan dan Struktur”. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. (Stensilan).
10. Kertas Kerja
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama penulis
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Jenis bahan
(e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel
(f) Tempat
(g) Tarikh
Contoh:
Othman Putih, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan
Arah Masa Depan”. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua.
Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.
TERHAD
10 TERHAD
11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Nama pensyarah
(b) Tahun
(c) Tajuk
(d) Sumber nota
(e) Tempat
(f) Tarikh
Contoh:
Artwood, Joyce, 1986. “Editors in Publishing”. Kumpulan nota ceramah yang
disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986.
12. Wawancara
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Bahan berakam
Contoh:
Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka,
pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980.
(b) Bahan tidak berakam
Contoh:
Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku
Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11
pagi, 15 Disember 1980.
13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD)
Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut:
(a) Tajuk
(b) Tahun
(c) Bentuk bahan dalam tanda kurung
(d) Nama pengarah
(e) Tempat terbit
(f) Penerbit
(g) Bilangan bahan
(h) Tempoh
(i) Lokasi
Contoh:
Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS.
Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M)
Sdn. Bhd.
Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur:
EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.
TERHAD
11 TERHAD
14. Bahan Internet
Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang
berikut:
1. Nama pengarang
2. Tahun
3. Tarikh dicapai
4. Alamat laman sesawang
Contoh:
Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran
Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119,
2016. Diakses pada 27 Mac 2018, daripada http://www.mycite.my/en/advanced-
search/result
Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan
terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2):
219–242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada
http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf
15. Contoh Penulisan Bibliografi
BIBLIOGRAFI
Buku
Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua. New
Delhi: Wiley Eastern Private Limited.
Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu)
A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/Makalah dalam Jurnal:
Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa
Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 75–99.
Bahan Internet:
Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap
pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26
Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm.
sosio.nov.2010.pdf

More Related Content

Similar to 2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf

Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetTee Teh
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 anis ikhwan
 
20140913000943 ri gru 6014 (1)
20140913000943 ri  gru 6014 (1)20140913000943 ri  gru 6014 (1)
20140913000943 ri gru 6014 (1)ibufaris82
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknATANGZ
 
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5zerat88
 
6 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 46 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 4Mrkoyz Muchtar
 
taklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptxtaklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptxNorazlinMohdNor
 
Portal Perpustakaan 2013
Portal Perpustakaan 2013Portal Perpustakaan 2013
Portal Perpustakaan 2013Azlan Hamzah
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakanshare with me
 
Ceramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan Kepustakawanan
Ceramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan KepustakawananCeramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan Kepustakawanan
Ceramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan KepustakawananIta Kamis
 
Kemahiran Sumber Maklumat Tesis
Kemahiran Sumber Maklumat TesisKemahiran Sumber Maklumat Tesis
Kemahiran Sumber Maklumat Tesisukmlibrary
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativitiamiesaiful
 
Pembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitisPembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitisYant Hanume
 
Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Amy Azuha
 

Similar to 2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf (20)

LAPORAN
LAPORANLAPORAN
LAPORAN
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Kajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan InternetKajian Penyelidikan Internet
Kajian Penyelidikan Internet
 
Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112 Tugasan projek bmm3112
Tugasan projek bmm3112
 
20140913000943 ri gru 6014 (1)
20140913000943 ri  gru 6014 (1)20140913000943 ri  gru 6014 (1)
20140913000943 ri gru 6014 (1)
 
10 tajuk 4
10 tajuk 410 tajuk 4
10 tajuk 4
 
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldknPenyediaan kertas cadangan pyldkn
Penyediaan kertas cadangan pyldkn
 
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
 
Kpt6044 web
Kpt6044 webKpt6044 web
Kpt6044 web
 
6 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 46 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 4
 
taklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptxtaklimat kajian kes sejarah (2).pptx
taklimat kajian kes sejarah (2).pptx
 
Portal Perpustakaan 2013
Portal Perpustakaan 2013Portal Perpustakaan 2013
Portal Perpustakaan 2013
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
 
Ceramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan Kepustakawanan
Ceramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan KepustakawananCeramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan Kepustakawanan
Ceramah 2 Bengkel Asas Penyelidikan Kepustakawanan
 
Kemahiran Sumber Maklumat Tesis
Kemahiran Sumber Maklumat TesisKemahiran Sumber Maklumat Tesis
Kemahiran Sumber Maklumat Tesis
 
Teori kreativiti
Teori kreativitiTeori kreativiti
Teori kreativiti
 
Pembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitisPembacaan kritis dan analitis
Pembacaan kritis dan analitis
 
Soalan erc431
Soalan erc431Soalan erc431
Soalan erc431
 
Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012
 

Recently uploaded

RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDWanHaniff4
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasariffalias2
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 

Recently uploaded (8)

RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

2.2 Manual Panduan Penulisan Esei Ilmiah.pdf

  • 1. TERHAD TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Penulisan Kerja Kursus Bahasa Melayu (Penulisan Esei Ilmiah) Semester 3 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk panduan sahaja. Semua maklumat dalam manual ini tidak boleh diterbitkan semula tanpa kebenaran Majlis Peperiksaan Malaysia. Manual ini terdiri daripada 11 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2023 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
  • 2. TERHAD 2 TERHAD Panduan Penulisan Esei Ilmiah Bahasa Melayu Senarai kandungan Senarai kandungan mestilah lengkap, disusun mengikut turutan, dan menepati halaman. Penghargaan (a) Penghargaan mestilah mengandungi maklumat lengkap mengenai nama individu, badan-badan tertentu, atau pihak yang terlibat dalam proses penulisan esei ilmiah. (b) Maklumat berkenaan mestilah tersusun kemas mengikut turutan daripada yang paling penting kepada yang kurang penting. 1.0 PENGENALAN Dalam bahagian ini akan dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep. 1.1 Latar Belakang (a) Latar belakang kajian hendaklah berkaitan dengan tajuk. (b) Latar belakang kajian hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya satu pernyataan masalah atau isu kajian. (c) Panjang latar belakang kajian antara 1-1½ halaman. 1.2 Definisi Konsep Definisi konsep hendaklah diambil daripada rujukan yang berwibawa (termasuk pendapat tokoh). 2.0 OBJEKTIF KAJIAN (Setiap esei ilmiah mesti mengandungi objektif kajian) Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut: (a) Pelajar mestilah menyatakan objektif kajian, bukan objektif penulisan. (b) Objektif mestilah khusus, boleh diukur, dan boleh dicapai. (c) Pelajar mestilah memberikan dua atau tiga objektif kajian sahaja. (d) Objektif yang ditulis mestilah menggunakan kata kerja berdasarkan Taksonomi Bloom, contohnya mengenal pasti, mengumpul dan mengelaskan, menjelaskan, menghuraikan, membincangkan, membandingkan, membezakan, menilai, memberi pandangan, mengkritik, mencipta/menghasilkan, merumus, dan sebagainya. (e) Penulisan objektif kajian mestilah menggunakan sistem abjad, iaitu (a), (b), (c) dan seterusnya. 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini adalah untuk... (a) Pelajar mesti mengemukakan dua atau tiga kepentingan kajian (bergantung kepada tajuk kajian). (b) Pelajar perlu menyatakan kegunaan hasil kajian, contohnya: (i) Untuk menambah dokumentasi (ii) Untuk dijadikan sebagai sumber rujukan (iii) Untuk dijadikan panduan dalam pengajaran (c) Kepentingan kajian mestilah realistik dengan kajian pelajar. Apakah kegunaan hasil kajian? Pernyataan objektif mesti mengandungi ayat pendahuluan. Pernyataan kepentingan mesti mengandungi ayat pendahuluan. Apakah yang hendak dikaji?
  • 3. TERHAD 3 TERHAD 4.0 SKOP KAJIAN Pernyataan tentang perkara yang difokuskan dalam kajian. Contohnya: Fokus kajian adalah pada aspek vokal. 5.0 BATASAN KAJIAN (a) Pernyataan tentang had data (b) Batasan dari segi lokasi kajian (c) Batasan dari segi tempoh/masa (d) Batasan dari segi informan/responden/subjek: dari segi asal/jantina/tempat tinggal/pendidikan 6.0 KAEDAH KAJIAN (bergantung kepada tajuk dan kesediaan pelajar) Dalam bahagian ini, kaedah pemerolehan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan. 6.1 Pemerolehan Data Pelajar mestilah menjelaskan cara data dikumpulkan, contohnya: Merakamkan perbualan orang Negeri Sembilan. (a) Kaedah Lapangan (i) Teknik pemerhatian Kaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji. (ii) Teknik temu bual Kaedah ini melibatkan dua peringkat, iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan atau pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Temu bual secara tidak formal ialah temu bual yang diadakan dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya hasil rakaman itu digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut. (iii) Teknik soal selidik Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan calon menjalankan kajian mereka. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk kajian dan memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. (iv) Teknik rakaman Pelajar boleh mendapatkan data dengan cara merakam perbualan dengan responden/ subjek. (b) Kaedah Analisis Teks/Kandungan (i) Analisis teks Analisis teks ialah suatu kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dari dokumen teks. Analisis ini digunakan untuk memperoleh data ‘segar’ mengenai sesuatu gejala dalam masyarakat berdasarkan pemerhatian melalui teks/kandungan sesuatu bahan. Antara contoh dokumen teks yang biasanya menjadi data yang digunakan dalam analisis ini adalah seperti buku, majalah, surat khabar, surat, laporan, dan risalah. Analisis boleh dijalankan melalui kaedah manual atau melalui janaan komputer. Apakah yang ingin dibuat dalam kajian? Apakah had/batasan kajian? Huraian kaedah kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.
  • 4. TERHAD 4 TERHAD (ii) Analisis kandungan Analisis kandungan ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dan imej dari dokumen teks dan sebarang dokumen lain yang dapat membekalkan maklumat teks, seperti filem, seni, muzik, produk budaya, dan pelbagai media, (contohnya media sosial). Seperti analisis teks, analisis kandungan juga boleh dijalankan melalui kaedah manual atau melalui janaan komputer. (c) Analisis korpus Analisis korpus ialah kaedah penyelidikan berteraskan proses menganalisis kehidupan sosial dengan mentafsirkan kata-kata dari dokumen teks berasaskan janaan komputer secara khusus. Data diperoleh daripada pangkalan data korpus yang besar (dikenali sebagai data raya) yang boleh didapati secara percuma ataupun secara berbayar. Antara contoh pangkalan data korpus percuma yang boleh digunakan adalah seperti data daripada pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka, data klasik daripada pangkalan Malay Concordance Project, data peribahasa dan pantun daripada laman web ATMA (malaycivilization.com), serta data terbuka daripada laman web webcorp.com. Setiap pangkalan data membekalkan berbilion kata daripada pelbagai data teks, seperti teks buku, majalah, surat khabar, surat, laporan, dan risalah. Berbanding menggunakan kaedah manual, kaedah analisis korpus berasaskan janaan komputer ini sangat memudahkan proses memperoleh dan menganalisis data kerana kaedah ini membantu pengkaji mengenal pasti data, mendapatkan data, dan menstruktur data dengan lebih mudah, untuk membantu kerja-kerja penganalisisan data. Penggunaan data korpus akan membantu pengkaji untuk memperoleh data yang banyak, contoh terbaik yang banyak, statistik data yang dapat menggambarkan fenomena kebahasaan yang lebih baik, dan melancarkan proses analisis kerana dibantu oleh data yang alami (natural) yang dapat mewakili bahasa penggunana sebenar. 6.2 Penganalisisan Data Pelajar mestilah menjelaskan cara data dianalisis, contohnya: Data akan dianalisis dengan mempersembahkan perkataan-perkataan dalam jadual. Kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis data. 7.0 DAPATAN KAJIAN Dalam bahagian ini akan dihuraikan dapatan kajian. (a) Persembahan dapatan kajian mestilah berdasarkan susunan objektif kajian (b) Pernyataan tentang dapatan yang di luar objektif kajian yang ditetapkan (c) Menyatakan sama ada objektif kajian itu dicapai atau tidak 8.0 RUMUSAN KAJIAN Pelajar dikehendaki membuat kesimpulan tentang fakta daripada dapatan kajian. Pelajar seharusnya merumuskan fakta daripada dapatan kajian, bukannya menyenaraikan fakta itu semula. 9.0 PENUTUP (a) Menyimpulkan kajian secara keseluruhannya (b) Menyatakan saranan untuk kajian selanjutnya/seterusnya Huraian dapatan kajian mesti mengandungi ayat pendahuluan.
  • 5. TERHAD 5 TERHAD BIBLIOGRAFI (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.) (a) Penulisan bibliografi mestilah mengikut Gaya Dewan (rujuk Lampiran 1). (b) Pelajar hendaklah menyatakan sekurang-kurangnya lima rujukan. (c) Bibliografi boleh terdiri daripada (i) buku (ii) artikel (iii) e-book dan jurnal dalam talian (d) Pelajar boleh menggunakan sumber Internet yang berwibawa, iaitu mengandungi (i) nama penulis/pengarang (ii) tahun/tarikh *Contoh sumber Internet yang tidak berwibawa: Wikipedia NOTA AKHIR (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.) LAMPIRAN (Tajuk ini tidak perlu diberikan nombor.) Peringatan: Jika esei ilmiah calon tidak mengandungi komponen OBJEKTIF KAJIAN, METODOLOGI KAJIAN, dan DAPATAN KAJIAN, calon akan GAGAL.
  • 6. TERHAD 6 TERHAD PANDUAN PENULISAN BIBLIOGRAFI 1 Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Bilangan jilid (e) Edisi dan terbitan (f) Tempat terbit (g) Nama penerbit Format: Nama, Tahun. Judul buku. Tempat terbit: Penerbit. Contoh: Oleh seorang penulis A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh dua orang penulis Mohd Baidi Bahari dan Rahmat Awang, 1989. Panduan Mengguna Ubat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Oleh tiga orang penulis Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assigment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Contoh: Oleh lebih daripada tiga orang penulis Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Contoh: Rujukan sekunder Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119, 2016. 2. Karya Terjemahan Maklumat dan susunan adalah seperti untuk karya asli dengan tambahan. (a) Nama penterjemah (b) Keterangan bahasa teks asal dalam tanda kurung Contoh: Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) Morgan, Sally, 1992. Merunut Akar. Diterjemah oleh Ajikik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Inggeris) Lampiran 1
  • 7. TERHAD 7 TERHAD 3. Kamus dan Ensiklopedia Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Judul (b) Jilid (c) Tahun (d) Edisi dan cetakan (e) Tempat terbit Contoh: Kamus Dwibahasa, 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1, 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Karya yang diusahakan oleh Badan, Institusi, atau Jawatankuasa Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama negeri (b) Nama Badan atau Institusi atau Jawatankuasa (c) Tahun terbit (d) Judul (e) Tempat terbit (f) Nama penerbit Contoh: Malaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 1994. Laporan Ekonomi 1994/1995. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993. Laporan Tahunan 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Majalah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan “dlm.” (d) Judul majalah (e) Bilangan keluaran (f) Jilid (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-143, Mac 1977.
  • 8. TERHAD 8 TERHAD 6. Jurnal Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan “dlm.” (d) Judul jurnal atau kependekannya yang popular penggunaannya (e) Jilid (f) Bilangan keluaran (g) Halaman (h) Tarikh terbit Contoh: Abdullah Yusoff. “Fikiran, Persekitaran, dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak”. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa 39:7, hlm. 587-596, Julai 1995. Za’ba, “Modern Development” dlm. JMBRAS 12:3, hlm. 142-162, 1940. 7. Surat khabar atau Buletin Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tajuk rencana (c) Kata singkatan “dlm.” (d) Nama surat khabar atau buletin (e) Tarikh terbit Contoh: Zaharuddin Mohd. Ali. “PM: Maju Tanpa Mengorbankan Moral” dlm. Utusan Malaysia, 21 April 1995. 8. Monograf Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis, editor, atau penyusun (b) Tahun terbit (c) Judul (d) Nama siri (e) Jilid (f) Bilangan (g) Tempat terbit (h) Penerbit Contoh: Khalid M. Hussain dan N. Siahaan (ed.), 1979. Sumbangan Prof. J. Gonda terhadap Penyelidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Penerbitan Ilmiah no. 3).
  • 9. TERHAD 9 TERHAD 8. Latihan Ilmiah Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Peringkat pengajian (e) Tempat Contoh: Kamaruzzaman Abdul Kadir, 1975. “Dunia Kemala dalam Timbang Terima dan Meditasi”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Sastera. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. 9. Kertas Data Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Tempat (f) Bentuk bahan dalam tanda kurung Contoh: Sanat Md. Nasir, 1979. “Bentuk Pasif Bahasa Malaysia: Satu Kajian Polar Keseringan dan Struktur”. Kertas data. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. (Stensilan). 10. Kertas Kerja Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama penulis (b) Tahun (c) Tajuk (d) Jenis bahan (e) Nama seminar, persidangan, kursus, bengkel (f) Tempat (g) Tarikh Contoh: Othman Putih, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang: Pencapaian dan Arah Masa Depan”. Kertas kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991.
  • 10. TERHAD 10 TERHAD 11. Nota Ceramah, Kuliah, atau Syarahan Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Nama pensyarah (b) Tahun (c) Tajuk (d) Sumber nota (e) Tempat (f) Tarikh Contoh: Artwood, Joyce, 1986. “Editors in Publishing”. Kumpulan nota ceramah yang disampaikan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 20-24 Mei 1986. 12. Wawancara Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Bahan berakam Contoh: Wawancara secara rakaman antara penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. (b) Bahan tidak berakam Contoh: Wawancara secara bebas antar penulis dengan Sdr. Usman Awang selaku Setiausaha Sekretariat Anugerah Sastera Negara di pejabatnya di Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, pada jam 11 pagi, 15 Disember 1980. 13. Bahan Alat Pandang Dengar (APD) Maklumat dan susunan adalah seperti yang berikut: (a) Tajuk (b) Tahun (c) Bentuk bahan dalam tanda kurung (d) Nama pengarah (e) Tempat terbit (f) Penerbit (g) Bilangan bahan (h) Tempoh (i) Lokasi Contoh: Pentas Opera, 1989. (Pita video). Zakaria Ariffin (Pengarah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1 pita:130 min:VHS. Amok, 1995. (Filem). Adman Salleh (Pengarah). Kuala Lumpur: Nizarman (M) Sdn. Bhd. Lagu-lagu Nyanyian oleh Kumpulan Harmoni, 1981. (Pita kaset). Kuala Lumpur: EMI (Malaysia). 1 pita: 60 min.
  • 11. TERHAD 11 TERHAD 14. Bahan Internet Penulisan rujukan bahan dari sumber Internet mestilah mengandungi maklumat seperti yang berikut: 1. Nama pengarang 2. Tahun 3. Tarikh dicapai 4. Alamat laman sesawang Contoh: Hasmidar Hassan. “Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Dalam Jurnal Bahasa 16:1, 94-119, 2016. Diakses pada 27 Mac 2018, daripada http://www.mycite.my/en/advanced- search/result Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf 15. Contoh Penulisan Bibliografi BIBLIOGRAFI Buku Anderson, J., Durston, Berry H. dan Poole, Millicent, 1971. Thesis and Assignment. Edisi Kedua. New Delhi: Wiley Eastern Private Limited. Arena Wati, 1992. Wheels Within Wheels. Diterjemah oleh Hawa Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Teks asal dalam Bahasa Melayu) A. Samad Said, 1979. Dari Salina ke Langit Petang: Proses Mencipta Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim et al., 1985. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jurnal/Makalah dalam Jurnal: Noriah Mohamed dan Hasnida Chekha. 2009. Jenis dan penggunaan kata ganti nama diri dalam bahasa Urak Lawoi di Pulau Lipek, Thailand. Jurnal Bahasa 9(1): 75–99. Bahan Internet: Wan Kamal Mujani dan Noranizah Yusuf. 2010. Islam dan missionari di Sarawak: Kesan terhadap pendidikan pada zaman Crown Colony 1841–1941. Sosiohumanika 3(2): 219–242. Diakses pada 26 Mac 2012, daripada http://www.sosiohumanikajpssk.com/sh_files/File/05.wan.ukm. sosio.nov.2010.pdf