Dokumen tersebut membahas tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa (P&P) di tingkat prasekolah. Ia menjelaskan proses membaca dan menulis, serta jenis-jenis kemahiran menulis yang perlu dikuasai anak-anak, seperti menulis mekanis dan menulis mental. Ringkasannya, dokumen tersebut memberikan panduan untuk melaksanakan sesi P&P bahasa prasekolah menggunakan pengalaman melalui
1. TAJUK SOALAN :
Topik 1 : Kaedah P & P bahasa
peringkat prasekolah
Rancang dengan lengkap dan
laksanakan satu sesi Pengajaran
Bahasa Pertama menggunakan :
- Pengalaman Melalui Bacaan
- Pengalaman Melalui Tulisan
2. Pendahuluan
Membaca boleh dianggap sebagai aktiviti
memahami pemikiran penulis atau menyedut
maklumat daripada yang telah ditulis.
Ia juga lanjutan daripada kemahiran mendengar
dan bertutur.
Membaca merupakan kemahiran yang
melibatkan deria penglihatan dan alat-alat
artikulasi.
kemahiran membaca berasaskan kemahiran
mendengar dan bertutur.
3. Definisi Membaca
Frank Smith mentakrifkan membaca sebagai
satu langkah lanjutan dalam perkembangan
pembelajaran bahasa dan memproses
perkembangan-perkembangan yang diterima.
Robert Lado mendefinisikan membaca
sebagai mengungkap pola-pola bahasa
daripada bentuk tulisannya.
Atan Long mentakrifkan membaca sebagai
satu proses melibatkan kebolehan mengenal
lambang-lambang lambang-lambang itu
semula kepada bunyi suara (bahasa).
4. Proses Membaca
• Mengecam atau mengenal lambang yang
lihat.
• Mengaitkan lambang dengan bunyi.
• Menterjemah makna perkataan.
• Mengumpul dan mencantum idea.
• Menghuraikan idea yang di dapati.
5. PENGALAMAN MELALUI TULISAN
• Merupakan kemahiran yang paling
tinggi dalam kemahiran berbahasa.
• Kemahiran ini hanya boleh dikuasai
jika seseorang itu telah menguasai
kemahiran mendengar, bertutur dan
membaca.
6. Fungsi Tulisan
• Memotivasi atau merangsang idea dan
perasaan dalam bentuk tulisan.
• Menjadikan diri mahir dalam
penguasaan tatabahasa dan
perbendaharaan kata.
• Murid berpeluang meneroka pelbagai
bidang bahasa.
• Memperluaskan pengetahuan dan
melahirkan idea.
7. JENIS KEMAHIRAN MENULIS
1. Kemahiran menulis mekanis
- kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal supaya
kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan
mudah dibaca.
- contoh aktiviti - membuat corak, menekap dan
membentuk huruf di atas kertas bergaris.
2. Kemahiran menulis mental
- bertujuan mealhirkan sesuatu untuk ditulis.
- dikuasai setelah kanak-kanak menguasai kemahiran
menulis mekanis.
- melibatkan mental – pernyataan fikiran atau pendapat.
- pernyataan perasaan
- pernayataan kehendak
- menyatakan pendapat yang asli