1. TASAWWUF PERBANDINGAN
IUS 4163
PROF. MADYA DR. SYED
HAZDRULLATHFI BIN SYED OMAR
NAMA PELAJAR: NOR SHAKIRAH
BINTI IBHRAIM
NO. MATRIK: 035430
JURUSAN: ISM USULUDDIN DENGAN
KEPUJIAN (USUL 7A)
2. DEFINISI AL-QABDU DAN AL-BAST
QABDU adalah kedukaan,kesedihan dan rasa dukacita dengan sebab
tidak mendapat apa yang dihajati atau sebab-sebab lain. Perasaan yang
timbul dalam hati apabila berhadapan dengan sifat keagungan Allah.
Hati dapat merasai keperkasaanNya.Bila hati melihat keperksaan Allah
dan mengakui kelemahan dirinya, maka lahirlah prasaan takut,
gerun,kecut dan berbagai-bagai perasaan yang seumpamanya sehingga
seolah-olah berkecai tulang-belulangnya, luruh segala daging dan dia
merasai kelemahan yang amat sangat disamping Allah.
BAST pula adalah kegembiraan dan perasaan sukacita dengan sesuatu
nikmat Allah SWT. Perasaan yang timbul apabila hati berhadapan
dengan sifat keindahan Allah s.w.t. Hati melihat Allah s.w.t Yang Maha
Indah, Maha Lemah-lembut, Maha Pemurah, Maha Pengampun dan
seumpamanya, lalu terasalah pada hati akan kelazatan, kenikmatan,
kesenangan, keselasaian, kesejahteraan dan seumpamanya yang tidak
terperi.
3. Para Ahli Sufi mengatakan bahawa al-bast lawan
kepada al-qabdu.
Mereka (ahli sufi) mengatakan bahawa al-qabdu
lebih menuju ke maqam takut, manakala al-bast pula
lebih menuju ke maqam al-roja’ (harapan) dalam
hati.
Ahli sufi merasa takut dengan janji Allah itu juga
dikatakan sifat al-qabdu, manakala mengharapkan
nikmat Allah itu adalah sifat al-bast.
4. ُو نبََفَََّ ُُْْفن نلا ُذُخََْت ُطْسَْبلَاف نََ َح ُالْنبَبلال ِنَْال ِ نُج
ننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننْ ُْْفن ننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننننلل
“Semasa suka dan gembira hati (kerana ada sebab zahir atau
batin ataupun tidak ada sebab), keadaan nafsu selesa kerana
sentiasa merasa dapat habuan yang dimahukan (sebab, unsur
suka dan gembira itu sememangnya kemahuan semula jadi
nafsu). Sebaliknya semasa susah hati dan duka, keadaan nafsu
tidak selesa, kerana tidak dapat habuan yang dimahukan (sebab,
sifat semula jadi nafsu sentiasa benci dan menolak susah dan
dukacita.”
5. َْال ُبََب َكَل َحَتُْْني ْنَا َتَِْرَا اَذإَْلإ َكْم بَم ْدََْشبَ ف
فِال ُبََب َكَل َحَتُْْني ْنَا َتَِْرَااَذبَا ُْم بَم ْدََْشبَ بَجَكَْل
“Apabila anda mahu dibukakan pintu ilmu dan kefahaman
dalam akal dan ma’rifah dalam hati mengenai sifat khawuf
(rasa takut hati kepada kebesaran Allah), maka saksikanlah
dan telitilah serta renungkan ketaatan anda terhadap-Nya.”
“Apabila anda mahu dibukakan pintu ilmu dan kefahaman
dalam akal dan ma’rifah dalam hati mengenai sifat al-roja’
(sifat penuh harap dan pergantungan hati kepada rahmat Allah
yang sempurna), maka saksikanlah apakah nikmat-Nya yang
dikurniakan kepada anda.”
6. Salah satu kayu pengukur sifat khawuf ialah ketaatan kita
kepada Allah.
Jika ketaatan kian bertambah, maka meningkatlah sifat
khawuf. Jika sebaliknya, kataatan berkurangan maka sifat
khawuf kian menjadi lemah.
Kita juga wajib yakin bahawa Allah bersifat dengan
berbagai-bagai sifat kesempurnaan (sifat-sifat jamal)
seperti Ar-Rahman, Ar- Rahim, Al-Karim dan sebagainya
lagi.
Daripada keyakinan ini, maka terbentuklah sifat roja’
(hati bergantung harap kepada kesempurnaan Allah)
dalam hati. Kayu pengukurnya ialah kesedaran kita
terhadap rahmat dan nikmat yang zahir dan batin.
7. PENINGKATAN KHAWUF DAN ROJA’
Sifat khawuf dan roja’ boleh ditingkatkan ke tahap yang
tertinggi, iaitu tingkat ma’rifah secara dhawqi (rasa
rohani) dalam hati.
Caranya adalah dengan berzikir dan tafakkur,
sebagaimana firman Allah dalam surah Ali ‘Imran,
mafhumnya: ‘(Ulul albab) ialah mereka yang menyebut
dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan
semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula
memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan
benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka
peliharalah kami dari azab neraka.
8. IBARAT SEPASANG SAYAP BURUNG
Kedua-dua sifat hati tersebut tidak boleh dipisahkan
seperti dua sayap burung kiri dan kanan.
Maka begitulah juga seorang mukmin tidak boleh berjalan
dengan betul dan sebaik-baik perjalanan diatas jalan Allah
kecuali apabila hati bersifat khawuf dan roja’ yang
seimbang, serta tidak berat sebelah.
Jika sifat khawuf lebih berat, maka akan mudah berputus
asa. Sebaliknya, jika sifat roja’ lebih berat , maka banyak
suruhan dan larangan Allah yang diabaikannya.
Jika tidak ada sifat khawuf dalam diri, dan yang ada
hanya sifat roja’ sahaja, maka orang tersebut akan
meninggalkan syariat.
9. TANDA KESEIMBANGAN SIFAT KHAWUF DAN
ROJA’
Seorang mukmin yang secara zahirnya sentiasa taat
kepada Allah, melakukan segala apa jua suruhan dan
meninggalkan larangan-Nya kerana takutkan Allah.
Tetapi secara batinnya, orang tersebut tidak pula
bergantung kepada amal ibadat, tetapi tetap bergantung
harap kepada rahmat Allah yang sempurna. Maka, orang
tersebut adalah Mukmin yang mempunyai sifat khawuf
dan roja’ yang seimbang.
10. KESIMPULAN
Khawuf merupakan sifat khuatir dan takut terhadap
Allah. Takut kepada Allah yang dimaksudkan disini tidak
seperti takut kepada binatang buas.
Khawuf dan roja’ itu memiliki dan mempunyai kaitan
yang rapat, kerana orang yang roja’ itu pasti mempunyai
sifat khawuf. Disisi lain, dia sangat mengharapkan apa
yang telah diusahakannya, namun ia juga sangat khuatir
apakah dosa-dosanya akan diampuni atau tidak.