Bahasa merupakan alat komunikasi penting untuk menyampaikan berbagai maksud, perasaan, dan pengetahuan antara individu dan kelompok masyarakat yang beragam di Malaysia.
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Bahasa
1. BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
Bahasa merupakan alat perhubungan yang amat penting dalam kehidupan kita.
Melalui bahasa seseorang individu itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat , pengetahuan dan seumpamanya. Semakin
baik penguasaan seseorang itu terhadap kemahiran-kemahiran berbahasa, semakin tinngi
keupayaannya untuk berkomunikasi secara berkesan samaada secara lisan, bacaan ataupun
penulisan. Walaubagaimanapun, hubungan secara lisan didapati lebih berkesan dan meluas.
Ini disebabkan keupayaan seseorang itu berhubung secara terus dan mampu mendapat
maklum balas dengan cepat asalkan penutur dan pendengar menggunakan bahasa yang sama
untuk berkomunikasi. Malaysia, mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai
kumpulan etnik maka, tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis bahasa yang dituturkan untuk
berkomunikasi.