SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
1
SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN ISU KEDAULATAN
TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN
1.0 PENGENALAN
Pelbagai persoalan timbul mempersoalkan kerapuhan struktur pertahanan
negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana kelewatan mengesan kemasukan
angkatan bersenjata sehingga membolehkan mereka menawan Kampung Tanduo
dan Felda Sahabat 17 di Sabah.
Pencerobohan Lahad Datu ini juga telah memberikan satu kejutan kepada
Malaysia kerana ia melibatkan aktor negara dari negara asing, iaitu sekumpulan
angkatan bersenjata rakyat Filipina yang mendakwa penyokong kuat Kesultanan
Sulu, Jamalul Kiram III. Malah pencerobohan yang melibatkan rakyat Filipina ini turut
memberi impak terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. Walau
bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan Filipina telah menafikan penglibatan mereka
malah laporan media Filipina bertindakbalas dengan menyatakan perisikan Filipina
mendapati individu dalam pembangkang negara ini adalah dalang kepada isu
pencerobohan Lahad Datu (Sinar Harian, 3 Mac 2013).
Malah Presiden Aquino juga mengarahkan ‘Sultan Sulu’ untuk memanggil
semula pengikut mereka untuk menyerah diri bagi membincangkan tuntutan yang
dilakukan (Poling et al., 2013). Presiden Aquino menyatakan bahawa tindakan yang
dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu (TKS) ini antara lainnya adalah untuk
memalukan beliau dan kerajaan pimpinan beliau di samping bersetuju dengan
andaian yang menyatakan ianya sebagai satu cubaan untuk merosakkan perjanjian
damai yang sedang diusahakan antara Malaysia-Filipina dengan Bangsamoro ketika
itu. Tindakan yang dilakukan oleh Kiramini telah meletakkan kedudukan rakyat Filipina
di Sabah ketika itu, termasuk lebih kurang 800,000 orang-Suluk, berada dalam
keadaan tidak selamat. Dalam hal ini pihak polis telah dikerahkan pada peringkat awal
pencerobohan untuk menanganinya sebelum ianya diambil alih oleh pihak tentera
(Khor, 2013).
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
2
Dalam usaha melindungi keselamatan dan kedaulatan negara, seramai lebih
kurang 8,000 anggota keselamatan dikerahkan di bawah misi Ops Daulat. Operasi
yang dilakukan juga menahan seramai hampir 600 orang termasuk 31 orang yang
telah dibicarakan. Kejadian yang berlaku telah mengorbankan seramai 72 orang di
mana 56 daripadanya adalah dari pihak TKS, sepuluh anggota keselamatan Malaysia
dan enam orang awam (Goh, 2013; Gomez, 2013; Katharason et al., 2013; Mazwin
et al., 2013). Peristiwa tersebut boleh ditelusuri melalui susunan kronologi berikut.
Jadual 1 : Kronologi peristiwa Lahad Datu, Sabah
TARIKH
2013
PERISTIWA
9 Feb • Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot
pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17,
Kampung Tanduo, Lahad Datu
11 Feb • Lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api dikesan
berkampung di Kampung Tandou. Laporan polis dibuat oleh nelayan
tempatan yang mengesan kehadiran kumpulan ini pada waktu malam.
12 Feb • Kumpulan penceroboh berpecah di beberapa lokasi di Kampung Tandou
- di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan di rumah penduduk
tempatan.
14 Feb • Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir
pantai Lahad Datu, sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu'
16 Feb • Menteri Dalam Negeri mengesahkan kumpulan tersebut penyokong
'Kesultanan Sulu'.
24 Feb • Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal untuk membawa pulang 180
‘tentera diraja’ termasuk 30 pengawal bersenjata.
26 Feb • Tempoh pengusiran tamat. Namun, rundingan masih dijalankan
28 Feb • Agbimuddin Kiram menggesa Kerajaan Malaysia mengadakan rundingan
secara terus dengan abangnya, Jamalul Kiram III di Manila agar 180
'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17,
1 Mac • Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan penceroboh
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
3
• Dua anggota polis terkorban, tiga lagi cedera dan 12 penceroboh
terbunuh.
2 Mac • Pertempuran berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna
• Seramai 12 orang terbunuh, termasuk enam anggota polis.
4 Mac • Presiden Benigno Aquino III berjanji menyelesaikan pencerobohan di
Sabah melalui jalan keamanan.
5 Mac • Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke
Kampung Tanduo. Perdana Menteri mengumumkan ‘Ops Daulat’ bagi
menjaga maruah dan kedaulatan negara.
6 Mac • 13 mayat penceroboh ditemui di Kampung Tanduo. Sembilan daripada
mayat ditemui dalam sebuah kubur.
• Empat lelaki ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan
penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.
7 Mac • Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata. Namun, Perdana
Menteri menolak gesaan gencatan senjata dan penceroboh meletakkan
senjata tanpa syarat
• Perdana Menteri juga mengumumkan pembentukan sebuah kawasan
keselamatan meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.
• Seramai 52 orang penceroboh terbunuh.
8 Mac • Lebih 50 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012.
9 Mac • Seorang penceroboh ditembak mati pada jam 8 pagi.
• Pasukan keselamatan menahan seramai 27 suspek
• Jamalul Kiram III, meminta diadakan ‘perbincangan’ tetapi tawaran’ini
ditolak.
• Seramai 53 orang penceroboh ditembak mati dan 79 suspek ditangkap.
10 Mac • Seorang remaja lelaki ditembak mati dan seorang lelaki dewasa cedera
• Di Semporna, enam orang ditahan dalam dua kejadian yang berasingan.
• Di Tanjung Batu, dua anggota pasukan keselamatan telah cedera
11 Mac • Gerakan operasi ‘mopping-out’ giat diperhebat di kawasan Kampung
Tanjung Batu dan Sungai
Bilis.
• Seramai 54 penceroboh Sulu telah terbunuh, 97 orang telah ditahan
12 Mac • Seorang tentera Malaysia terkorban dan tiga penceroboh ditembak mati.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
4
13 Mac • Pesuruhjaya Polis Sabah percaya ketua kumpulan penceroboh militan
Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi.
• Dua mayat penceroboh ditemui.
• Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa masuk helikopter dari
Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai
14 Mac • Seorang lelaki ditahan bersama dua bilah pedang samurai serta tiga
parang panjang.
• Seramai 35 pengikut waris Jamalul Kiram III ditahan di Filipina.
• Malaysia bercadang menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau
membuka kertas putih bagi menyiasat
• Kementerian Pertahanan kini menjaga perairan timur Sabah yang
sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).
15 Mac • Ketua kumpulan penceroboh, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan
ke tempat asalnya di Selatan Filipina.
• Anggota keselamatan menjumpai tiga kubur baru di Kampung Tanduo
yang mengandungi 15 mayat
• 61 orang penceroboh telah ditembak mati.
16 Mac • Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan segera bagi
menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
• Anggota keselamatan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai
penceroboh Sulu di kawasan
Felda Sahabat 17
17 Mac • Anggota keselamatan telah berjaya ditembak mati
• Seramai 104 orang telah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-langkah khas)
2012 (SOSMA) manakala 241 orang lagi telah ditahan
18 Mac • Pasukan keselamatan telah bertempur dengan saki baki penceroboh Sulu
di kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22,
• Sebanyak 17 kenderaan perisai jenis 'armoured personnel carrier' (APC)
Adnan tiba di Lahad Datu dan 17 trak tentera yang dipenuhi anggota
tentera.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
5
• Jumlah tangkapan seramai 104 dan jumlah musuh yang telah ditembak
mati seramai, 62. Ops Daulat telah mengorbankan sembilan anggota
keselamatan negara, manakala sembilan lagi cedera.
20 Mac • Satu mayat musuh telah ditemui
• Seorang anggota ATM tercedera
21 Mac • Seorang musuh dibunuh dan seorang wanita ditangkap
• Lapan warga Filipina berdepan dengan hukuman mati dan penjara
seumur hidup kerana melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan
Agong dan menjadi ahli kumpulan penceroboh
22 Mac • Jumlah penceroboh yang ditewaskan seramai 63 orang. Jumlah anggota
keselamatan negara yang gugur seramai 10 orang.
Sumber: Astroawani (9 Mac 2013) “Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah”
Paparan kronologi menunjukkan pencerobohan aktor bukan negara rakyat
Filipina telah menggugat kedaulatan dan keselamatan negara kerana ia melibatkan
kehilangan nyawa dan ketidakselamatan rakyat dan juga negara. Menjadi persoalan
di sini ialah, bagaimanakah kehadiran penceroboh ini pada peringkat awalnya tidak
dapat dikesan? Pihak ATM dan APMM sendiri tidak menyedari akan pendudukan
tersebut sehinggalah kejadian ini dilaporkan oleh rakyat tempatan yang sangsi dengan
kehadiran mereka (Temubual dengan penduduk tempatan, 20 Ogos 2013).
Pencerobohan ini juga gagal dikesan oleh pihak polis sedangkan Kampung Tanduo
terletak berhampiran dengan Balai Polis Felda Sahabat 16 (Khor, 2013).
2.0 ISU-ISU KONFLIK LAHAD DATU
Konflik merupakan satu perselisihan atau pertentangan yang terjadi antara kumpulan
atau masyarakat dengan tujuan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan dengan cara
saling menentang dengan menggunakan kekerasan. Di Malaysia, Sabah merupakan
salah sebuah negeri yang tidak terkecuali daripada isu serangan, rompakan dan
pencerobohan. Hal ini kerana kedudukan geografinya yang terletak berasingan
daripada semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara-negara jiran
merupakan salah satu faktor dan sebab berlakunya isu-isu tersebut.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
6
Antara isu konflik yang terdapat di Lahad Datu, Sabah :-
2.1 Isu Pencerobohan (Perebutan Kawasan).
Konflik yang berlaku di Lahad Datu adalah isu pencerobohan Tentera
Kesultanan Sulu memasuki Sabah disebabkan oleh perebutan kawasan. Kumpulan
penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu
Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira
200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. Kumpulan ini
diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul
Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk
jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.
Pada 9 Februari 2013, Tentera DiRaja Kesultanan Sulu ini telah mencerobohi
kawasan perairan negari Sabah dengan menggunakan bot pancung dan berkumpul
secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Sebahagian
daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu
malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki
berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
Kumpulan penceroboh ini tetap tidak mahu berundur dan berganjak walaupun
rundingan telah dilakukan pada peringkat awal. Manakala, sasaran kumpulan ini tetap
sama iaitu untuk mendapatkan kedaulatan ke atas wilayah Sabah bagi mewujudkan
semula kerajaan Kesultanan Sulu yang mutlak dan berdaulat. Kerajaan Malaysia
digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila
untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan
selama lebih tiga minggu.
Rajah 1 : Pencerobohan di Lahad Datu
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
7
2.2 Tuntutan Bertindih.
Isu tuntutan terhadap Sabah ini bukanlah kali pertama ditimbulkan. Hal ini
dapat dibuktikan dengan mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah Borneo
Utara.
2.2.1 SEJARAH RINGKAS BORNEO UTARA
Rajah 2 : Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16
Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa
kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) pada tahun
600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara
kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu. Penempatan Cina dikatakan
berada di kawasan Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi seperti seramik yang
di temui di kawasan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti petukaran
barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku.
Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai tiga bentuk
sistem politik iaitu :-
1) Sistem politik kesukuan.
Terdapat di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan di huni oleh
kaum-kaum Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan
kumpulan lain atas factor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai dan
jeram.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
8
2) Sistem politik Kesultanan.
Sistem ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan
bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di tadbir oleh
wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam system Kesultanan Brunei tanah dan
rakyat terletak di bawah kuasa mutlak Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum
bangsawan Brunei di beri hak ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan
tanah-tanah di Pantai Barat terpecah kepada 3 iaitu :-
a) Tanah milik para Pengiran
b) Tanah Kuripan
c) Tanah Sultan
3) Sistem Politik Kuasa Bebas.
Sistem ini wujud kerana keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat
mencabar kuasa Sultan. Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan kewibawaan
mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa-
kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada ketua-ketua yang mempunyai
pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh-
tokoh ini adalah seperti Sharif Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830-
1840.
2.2.2 KESULTANAN SULU DAN SABAH.
Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila
perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan
Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan
pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya,
Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur
Borneo) kepada Sultan Sulu.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
9
2.2.3 PERTAPAKAN KUASA BARAT KE ATAS SABAH
Rajah 3 : Peta kemorosotan kuasa Brunei dan Sulu
British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander
Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan
perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-
kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau
Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di
Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun
1805.
Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk
menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan
Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta
meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan British sehingga tahun 1907,
apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.
Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat
perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan
Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada
pedagang AS di Hong Kong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
10
Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual
haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang
bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun
1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di
Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun.
Rajah 4 : Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British
Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk
menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada
Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran
$ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu
terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan,
pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat
yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan “SULU MENYERAHKAN BORNEO
UTARA” kepada British.
Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British
kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan
senjata api dan ubat bedil. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada
Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut
yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga
tidak ada matahari dan bulan”.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
11
Walaubagaimanapun British telah mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah
apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa
meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British
bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja
yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria
terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent.
Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana
kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah
pengaruh British. Sepanjang pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak
pembangunan telah di lakukan. Walaupun pemerintahan British aman, masih terdapat
juga beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan
penentangan Rundum oleh kaum murut pada tahun 1915.
Pihak British North Borneo Company ( BNBC) berupaya memerintah Borneo
Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera
Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia
dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun
1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran
Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila
kerajaan sivil disambung semula.
Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana
BNBC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang
Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah
menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua
dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah
sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBC. Pembinaan semula dan
pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
12
Rajah 5 : Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963
Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga
tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti
yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat
ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya,
Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan
Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan
nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara
telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada
tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
13
2.2.4 FILIPINA MENUNTUT SABAH
Rajah 6 : Presiden Diasdado Macapagal
Pada 12 September 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado
Macapagal, Wilayah Borneo Utara telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang
memerintah ketika itu, kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E.
Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina
kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina
telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan
dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada
tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka
demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang
terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk
menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk
dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro
Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
14
2.3 Penolakkan Perundingan Secara Pendamaian.
Dalam konteks negara Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang
dicerobohi perlu mengambil inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Sabah
daripada jatuh ke tangan kumpulan penceroboh. Walaupun isu ini dianggap tidak
relevan kerana penyelesaian terhadap peralihan wilayah Sabah kepada Malaysia
telah dilakukan sejak beberapa tahun dahulu bersama British North Borneo Company
(BNBC), kerajaan Malaysia harus bersikap profesional dalam menyelesaikan isu
berkenaan melalui toleransi dan perundingan secara aman bagi mempertahankan
Sabah kerana ia adalah milik negara Malaysia.
Wakil daripada Malaysia iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
telah melakukan sebuah perundingan terlebih dahulu dengan Kesultanan Sulu
(Agbimuddin Kiram) supaya berundur dari Lahad Datu,Sabah secara damai. Namun,
Agbimudin Kiram telah memberitahu bahawa abangnya , Jamalul Kiram III tidak mahu
berundur dan menolak perdamaian yang cuba dilakukan. Jamalul Kiram III telah
berkata, “Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka
(rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di
Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah
kami”. Agbimudin Kiram telah menggesa Kerajaan Malaysia membuat rundingan
secara terus dengan abangnya di Manila jika hendak menamatkan konflik perebutan
kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Hal ini
demikian kerana hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’
meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
15
Rajah 7 : Sultan Jamalul Kiram
Namun, perkara ini telah dibubarkan oleh kerajaan Filipina yang baru pada
tahun 1989 dengan menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula
hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang,
Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan
Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah
melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina.
2.4 Pertempuran.
Rajah 8 : Kemasukkan Tentera Kesultanan Sulu
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
16
Kesultanan Sulu ini menceroboh kawasan perairan Sabah kerana faktor
kerjasama di antara kerajaan Filipina dan kerajaan Malaysia tanpa kerjasama
melibatkan Kesultanan Sulu dalam proses pendamaian di antara kerajaan Filipina
dan Moro Islamic LiberationFront (MILF). Oleh hal yang demikian, pihak Kesultanan
Sulu menganggap bahawa kerjasama baik di antara kerajaan Malaysia dan Filipina di
bawah pimpinan Benigno Aquino akan menggugat proses pengambilan wilayah
Sabah seterusnya perkara tersebut tidak akan dihiraukan oleh kerajaan Filipina. Oleh
itu, pihak Kesultanan Sulu telah memainkan peranan secara bersendirian untuk
menuntut wilayah Sabah tanpa mendapatkan bantuan daripada kerajaan Filipina
dengan cara menceroboh perairan Sabah.
Apabila perundingan secara damai gagal dilaksanakan, pertempuran telah
tercetus di antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil daripada kumpulan
penceroboh ketika mereka cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo,
menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera
pada 1 Mac. Keesokkannya, ATM dan PDRM meningkatkan langkah berjaga-jaga di
sekitar Lahad Datu dan kawasan berdekatan. Pada jam 1830, dikhabarkan terdapat
serangan hendap oleh sebuah kumpulan bersenjata di Semporna terhadap
sepasukan polis yang sedang membuat serbuan. Seterusnya, PDRM mengesahkan
5 lagi anggotanya mati ketika diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul,
Semporna, Sabah sementara 2 orang dari kumpulan bersejata terbunuh.
2.5 Lambakan Pendatang Asing.
Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan isu kewarganegaraan di Sabah
sudah menjadi duri dalam daging dan membengkak sehingga bernanah. Isu ini perlu
ditangani dengan bijaksna dan kesungguhan politik yang tinggi. Kita tidak boleh
menyoroknya di bawah karpet atau berpura-pura ia tidak wujud. Sebab, lagi lama
masalah ini kita biarkan, lagi mudarat untuk masa depan Sabah dan negara ini. Orang
Sabah perlu dibela.
Kebanjiran PATI di Sabah bukan saja boleh menimbulkan masalah dari segi
kedaulatan negara pada jangka panjang, tetapi boleh mencetuskan masalah sosial,
politik, ekonomi dan keselamatan. Ia boleh menjadi bom jangka yang bakal meledak
pada bila-bila masa. Penduduk Sabah hanya 651,304 orang pada tahun 1970, dan
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
17
meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Hanya dalam tempoh dua dekad
selepas 1980, penduduk negeri itu naik 1.5 juta, dan mencecah 2,468,246 menjelang
tahun tahun 2000. Dalam tempoh tiga dekad, antara tahun 1970-2000, mengikut
laporan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja mengenai pendatang asing, peningkatan
penduduk Sabah adalah 301 peratus, berbanding Sarawak 106 peratus, dengan
peningkatan terbesar sebanyak 78 peratus pada tahun 1991. Media melaporkan sejak
tahun 2010, jumlah itu mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak
27 peratus atau 889,799 orang.
Rajah 9 : Pendatang Tanpa Izin yang Memasuki Perairan Sabah
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
18
2.6 Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Rajah 10 : Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)
Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke
Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang
menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari
ini. "Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir
dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata
Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF.
"Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran)
walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana,"
katanya. Beliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi
kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah
menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu,
yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram. Majlis Perintah Islam MNLF menyelia
semua pasukan tentera MNLF, untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian
daripada perjanjian damai 1996 tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya. Hashim berkata
walaupun pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar
ke Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut Sabah.
"Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut. Jadi ia lebih daripada
satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras serangan terhadap saudara kami dari
Sulu." Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
19
besaran semalam selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu
di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya
27 orang terbunuh.Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan
Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara.
2.7 Tahap Keselamatan.
Tiga tahun sudah berlalu, namun ancaman pengganas Sulu berikutan insiden
pencerobohan kumpulan berkenaan pada awal februari 2013 di Kampung Tanduo,
Lahad Datu masih wujud hingga ke hari ini.
Tarikh 9 Februari 2013 menjadi detik hitam sejarah negara apabila kira-kira 150
penceroboh dari selatan Filipina dikesan mendarat secara berperingkat di Kampung
Tanduo, sebelum kehadiran mereka dilaporkan kepada polis oleh penduduk tempatan
pada 12 Februari 2013.
Kehadiran kumpulan bersenjata itu menimbulkan ketegangan dan
mencetuskan perempuran berdarah dengan pasukan keselamatan selepas rundingan
meminta mereka meninggalkan Kampung Tanduo gagal. Kerapuhan struktur
pertahanan negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengesan kemasukan Tentera
Kesultanan Sulu (TKS) telah menunjukkan bahawa pertahanan negara Malaysia tidak
berada pada kedudukan yang maksimum. Malah, Keselamatan Khas Pantai Timur
Sabah ( ESSCom) belum wujud pada ketika itu.
Hal ini menyebabkan seramai 10 anggota pasukan keselamatan dilaporkan
terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, selain dalam
Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac di gugusan Labian, Lahad Datu.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
20
Rajah 11 : Kawalan Kemasukkan Diperketatkan
3.0 FAKTOR-FAKTOR SERANGAN DI LAHAD DATU
3.1 Penglibatan keluarga Jamalul Kiram III dan penduduk tempatan.
Pendudukan TKS di Kampung Tanduo sebenarnya telah berlaku secara
berperingkattanpa dapat dikesan oleh penduduk tempatan.
“The group enters Malaysian waters in a boat and begins to gather in stages at Felda
Sahabat 17, Kampung Tanduo in Lahad Datu” [...] The group breaks into a smaller
groups to enter several locations in the village, namely Sungai Bakau village, village
surau and the house of one of the villagers, Ahmad Malandi” (AsiaOne, 2 Mac 2013)
Kehadiran pencerobohan ini, berjaya dikaburi dengan kaedah penyamaran
yang melibatkan golongan wanita dan warga tua. Hal ini dapat dilihat pada kenyataan
yang dikeluarkan oleh Bunn (2013) yang menyifatkan, “...as a decoy, some of them
were elderly men and women, but they were armed with automatic weapons and with
handguns provided by locals, a plan that fooled the authorities here”.
Malah, penglibatan anak bekas ketua Kampung Tanduo sebagai penyelaras
tempatan bagi gerakan bersenjata Sulu di Sabah turut sama memainkan peranan
penting dalam menjawab persoalan mengapakah kegiatan mereka ini tidak dapat
dikenal pasti di peringkat awal (Bunn, 2013; Lee, 2013). Terdapat ramai penduduk
tempatan yang tinggal adalah terdiri dari mereka yang berketurunan Filipina (Bunn,
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
21
2013; Supriyanto, 2013). Malah, aktiviti migrasi penduduk Filipina di Sabah juga
merupakan satu perkara ‘kebiasaan’ di tiga kawasan utama Sabah iaitu di Lahad Datu,
Sandakan dan Tawau (Ramli et al., 2003; Sadiq, 2005). Kewujudan penduduk
masyarakat keturunan Suluk dari Filipina ini telah menyebabkan migrasi rantaian
berlaku sehingga kehadiran mereka di Sabah berterusan. Ini turut membabitkan kaum
keluarga dan sahabat terdekat Kiram yang tinggal di beberapa kawasan di Sabah dan
Semenanjung Malaysia.
Selain itu, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Star umpamanya,
menyatakan bahawa abang kepada Raja Muda Aghimuddin Kiram, iaitu Raja
Azzimudie Kiram, turut sama terlibat dalam menyediakan pelbagai bentuk keperluan
dan kemudahan yang diperlukan oleh TKS sebelum dan sewaktu pencerobohan ini
dilakukan (The Star,12 Mac 2013). Sebagai seorang nelayan yang telah lama
menetap di kawasan Lahad Datu (Semporna), bersama-sama dengan keluarga
mereka, beliau mahir tentang perkembangan politik tempatan, selok belok kawasan
Lahad Datu, kekuatan dan kelemahan kawalan serta perairan negara. Penglibatan
ahli keluarga penceroboh dalam gerakan bersenjata Lahad Datu telah menjadikan
pecerobohan dan pendudukan TKS sukar untuk dikesan. Ditambah pula dengan
keadaan perairan negara yang besar (struktur fizikal Sabah), penjagaan keselamatan
yang kurang ketat serta jarak antara Malaysia dan kepulauan Filipina yang terlalu
dekat (geostrategik Sabah dengan Filipina) (Temubual dengan ESSCOM, 20 Ogos
2013).
Rajah 12 : Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan
Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan
Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah
pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang
diiktiraf oleh kerajaan Filipina.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
22
3.2 Kepatuhan pada titah perintah Jamalul Kiram III
Pendudukan ini turut berlaku ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III
pada 1 November 2012. Ia mengarahkan pengikut beliau menduduki semula Sabah
(Thayer 2013). Arahan ini telah membuatkan seramai hampir 100 orang rakyat
Filipina, lengkap bersenjata, mendarat di kawasan pantai Lahad Datu dan menawan
Kampung Tanduo. Pencerobohan ini dilakukan untuk kembali semula ke tanah asal
tinggalan Sultan Sulu, iaitu Sabah (yang didakwa hak mereka) yang telah ‘dipajakkan’
kepada kerajaan Malaysia.
Adalah dipercayai Sultan Sulu tidak pernah memberikan kemerdekaan kepada
Sabah (Borneo Utara). Sebaliknya, Sabah mengikut perjanjian yang dimenterai antara
Alfred Dent dan Baron von Overback dengan Sultan Sulu pada tahun 1878 hanya
dipajakkan dengan bayaran sejumlah RM5,000. Bayaran ini bagaimanapun telah
ditingkatkan kepada RM5,300 mengikut persetujuan yang ditandatangani dalam
Perjanjian Confirmation of Cession Certain Islandspada tahun 1903 (Bunn, 2013).
Ada kemungkinan “kembali semula” yang dimaksudkan adalah untuk
mendapatkan semula Sabah dari pegangan Malaysia. Hal ini jelas dapat dilihat pada
kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Muda Sulu, Raja Muda Agbimuddin dalam sesi
temubual yang dilakukan dengan wakil media Filipina, Inquirer Global Nation. Menurut
beliau (Cruz, 2013);
“...the government appeared to have neglected the heirs and ignored their stand that
their claim to Sabah was an “integral and essential” aspect of any peace agreement
with any armed group in Mindanao. Abraham JulpaIdjirani, secretary general and
spokesperson of the Sultanate of Sulu, said the decision to show not just physical
presence but actual occupation of Sabah came late last year, shortly after the Aquino
administration signed a Framework Agreement on the Bangsamoro with the MILF [...]
They are not interested, this government and the previous governments, so we
decided to act on our own.”
Terdapat kemungkinan yang menjelaskan pencerobohan ini adalah sebagai
satu langkah memboikot proses damai antara MNLFdengan Manila yang ketika itu
sedang digerakkan oleh kerajaan Malaysia ketika itu.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
23
Rajah 13 : Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan
Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa
politik di Sabah.
3.3 Kedudukan geostrategik dan geofizikal Sabah
Ruang perairan yang luas, iaitu sepanjang 1,400 km adalah antara faktor. Perkara
yang sama turut menjadi isu dalam membicarakan tentang tanggungjawab agensi
keselamatan negara seperti APMM dalam mengawal rapi struktur keselamatan dan
kedaulatan di kawasan perairan negara. Di Sabah, hampir dua pertiga batas
sempadannya dikelililngi oleh laut. Berbeza dengan batas sempadan darat, yang
disempadani dengan tembok tinggi yang memisah dua negara, bukaan ruang perairan
yang luas ini telah menyebabkan agensi penguatkuasaan maritim dan tentera laut
negara sukar untuk mengenakan penjagaan rapi ataupun melakukan pengawasan
ketat terhadap perkara-perkara yang berlaku di kawasan perairan berkenaan (Berita
Harian Online, 18 Febuari 2013).
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
24
Rajah 14 : Ruang perairan yang luas (1400km)
3.4 Ketidakcukupan anggota keselamatan dan aset
Kekurangan anggota dalam APMM, pemilikan jumlah aset dan jumlah peruntukan
yang sedikit bagi tujuan penyelenggaraan, pembelian aset dan kekurangan pos
kawalan keselamatan di kawasan perairan turut menjadi faktor. Permasalahan yang
dihadapi ini dapat dilihat pada kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penguatkuasa
APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim,
Karunanithi A/L Munusamy, di mana menurut beliau adalah [satu] perkara yang
mustahil bagi kira-kira 750 anggota APMM untuk mengawal keseluruhan perairan di
negeri ini meskipun diberi bantuan oleh agensi penguatkusaan lain (Ruzaini, 2013).
Hal ini turut ditambahkan lagi dengan kedudukan Sabah yang terletak berdekatan
dengan kepulauan Sulu dan Tawi-tawi. Menurut Ketua Pengarah APMM (Bernama, 2
Mac 2013);
“...di kawasan Lahad Datu sahaja, panjang pesisir pantai di kawasan berkenaan
adalah lebih 100 km dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dalam mengawal perairan
itu. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu, jarak sempadan perairan dengan
Filipina hanyalah “10 minit” menerusi perjalanan bot”.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
25
APMM turut menghadapi permasalahan seperti kekurangan aset yang mampu
digunakan dalam memperkukuhkan keselamatan perairan negara. Sebagai contoh,
dari 35 buah kapal peronda yang dimiliki oleh APMM di Malaysia, tiga daripadanya
ditempatkan di kawasan Lahad Datu, untuk mengawal kawasan perairan sepanjang
100 km dengan keluasan sebesar 640,000 km persegi.
Rajah 16 : Sempadan Sabah dan Filipina
Rajah 15 : Tan Sri Ismail Omar dan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd
Zin, menerajui kepimpinan tertinggi agensi keselamatan negara,
nadi utama penggerak benteng kedaulatan negara tercinta
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
26
Rajah 17 : Rondaan APMM diperairan Sabah
3.5 Perang persepsi menjelang PRU13
Sebelum PRU13, satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja di Sabah bagi
merungkai dan menyiasat dakwaan yang menyatakan wujud perkaitan antara
kerajaan dengan pemberian status kewargangeraan bagi maksud politik yang
diusahakan atas arahan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Mahathir
Mohamad di bawah nama “Projek IC” (Frank, 2006; Sadiq, 2005). Berdasarkan
laporan awal testimoni yang diberikan terhadap siasatan suruhanjaya ini, hujah yang
diberikan oleh Khor (2013) dan Poling et al. (2013) umpamanya, menerangkan
terdapat banyak testimoni yang diberikan oleh saksi ketika itu telah mengaitkan
pemberian hak warganegara ini dengan pemimpin tertinggi parti Barisan Nsional.
Testimoni yang diberikan telah membuatkan banyak pihak terutamanya ‘rakyat
Malaysia’ berketurunan etnik Suluk, sedikit sebanyak merasakan kedudukan mereka
tergugat apabila ia berkait rapat dengan masa depan dan berkemungkinan ditangkap
serta dihukum atau dihantar pulang ke negara asal mereka, Filipina. Perkembangan
yang berlaku ini, secara tidak langsung akan turut sama mengundang masa depan
yang gelap kepada masyarakat Suluk yang lain khususnya bagi mereka dalam proses
untuk mendapatkan hak yang sama seperti saudara mara mereka yang lain di Sabah.
Ini ditambah lagi dengan perang persepsi yang wujud ketika itu menampakkan seolah-
olah keputusan dan sokongan rakyat pada PRU13 lebih cenderung kepada
pembangkang.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
27
4.0 KESAN-KESAN SERANGAN LAHAD DATU
4.1 SOSIAL
Dari segi sosial, disebabkan berlakunya pencerobohan tersebut, penduduk
yang berada di kawasan Lahad Datu dan sekitar tempat yang terkena tempias merasa
terancam di kawasan mereka sendiri sehingga mereka dipindahkan ke kawasan yang
lebih selamat. Perintah berkurung (Darurat),telah diisytiharkan di tiga kawasan iaitu
Lahad Datu, Semporna, juga daerah kecil iaitu Kunak yang dipercayai sebanyak 10
orang lelaki bersenjata dan mempunyai kaitan dalam rancangan pencerobohan itu di
jumpai di Kg Long Malong dan Kg Dasar Lama, dan Pulau Sipadan iaitu juga salah
satu tempat terjadinya penculikan sama ada orang tempatan mahupun pelancong
luar, dikenakan Perintah Berkurung selama 48 jam bagi pasukan keselamatan
memastikan bahawa saki baki penceroboh dapat diberkas justeru dapat mengelakkan
daripada terjadinya lagi insiden penculikan tidak kira penduduk tempatan ataupun
pelancong luar Negara. Tidak lupa juga kepada daerah Sandakan yang juga dekat
dengan perairan kawasan terjadinya pencerobohan tersebut di beri notis perintah
berkurung selama 12 jam bagi memastikan anasir-anasir yang terbabit dengan kes
pencerobohan di Lahad Datu tersebut dapat diberkas serta merta.
Para nelayan yang biasanya mencari nafkah di tempat mereka, tidak berani
untuk turun ke laut dalam tempoh masa 10 hari berturut-turut berkenaan dengan
pencerobohan tersebut. Mereka tidak di benarkan untuk melakukan aktiviti harian
mereka di kawasan perairan Tungku kerana yakni tempat tersebut merupakan
kawasan operasi dan dibenarkan untuk menjalani aktiviti harian mereka di kawasan
kuala sahaja yang berdekatan dengan kawasan aktiviti harian mereka. Semua
nelayan (daripada Kunak sehingga Semporna) dikehendaki berlabuh di jeti Ko-
Nelayan.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
28
Rajah 18 : Kawasan berwarna di atas merupakan kawasan
yang dikenakan Perintah Berkurung selama 48 jam.
4.2 EKONOMI
Dari segi ekonomi pula, ia melibatkan empat perkara iaitu perikanan, hasil
jualan, pelancongan dan industri agro. Dalam perikanan, didapati hasil tangkapan
hasil laut berkurangan dan ia menjadikan harga borong biasa meningkat daripada
yang biasa dan permintaan juga akan berkurang. Dalam hasil jualan, barangan seperti
makanan-makanan kering, makanan ringan berasaskan hidupan laut, kraftangan hasil
jualan mereka berkurangan justeru memberi kesan kepada keluarga yang mencari
nafkah hanya melalui jualan mereka seharian kerana jualan mereka tidak laku.
Selepas itu, dari segi pelancongan pula tempat-tempat tumpuan pelancong luar
seperti Pulau Sipadan, Mabul, kawasan-kawasan persisiran pantai yang dijadikan
tempat makan sambil menikmati pemandangan juga kurang mendapat kunjungan
disebabkan oleh pencerobohan tersebut kerana pelancong luar takut akan
keselamatan mereka. Dari segi industri agro pula, Felda Sahabat 16 tidak aktif dalam
jangka masa darurat tersebut berikutan dengan sekumpulan lelaki yang dikhuatiri
bersenjata telah di kesan berada dalam kawasan tersebut.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
29
Rajah 19 : Kawasan berwarna di atas merupakan kawasan
yang mengalami kegawatan ekonomi dan sosial.
4.3 POLITIK
Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu meninggalkan kesan yang mendalam
kepada penduduk Malaysia terutamanya penduduk di negeri Sabah yang mana
secara tidak langsung telah menjadi mangsa kepada pencerobohan tentera Sulu yang
di arahkan oleh Sultan Jamalul Kiram III. Pencerobohan ini bukan sahaja memberi
impak kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada hubungan diplomasi diantara dua
negara iaitu Malaysia dan Filipina. Isu pemilikan ke atas wilayah Sabah yang juga di
kenali sebagai Borneo Utara telah menghantui hubungan di antara kedua-dua negara
selama 50 tahun yang mana juga telah menjejaskan hubungan erat dua negara
berjiran dan semangat pakatan ASEAN.
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Filipina (KemLu) mendesak agar
Malaysia menjelaskan laporan yang menyebut bahawa warga Filipina yang memasuki
kawasan Sabah telah dilakukan dengan semena-mena. Imbauan dari Filipina turut di
dukung oleh HRW (Human Right Watch). Menurut HRW, Malaysia harus memberikan
informasi mengenai kondisi di Sabah kepada Filipina termasuk mengenai beberapa
warga Filipina yang telah di tahan. Filipina juga meminta Malaysia untuk memberikan
akses penuh terhadap warga Filipina yang telah di tahan. Salah seorang daripada
calon Presiden Filipina telah membuat ancaman untuk mahu meneruskan tuntutan
terhadap Sabah sekiranya menang dalam pilihan raya dan beliau mendapat reaksi
keras daripada rakyat Malaysia kerana ancaman tersebut tidak boleh di pandang
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
30
serong dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai konflik baru yang akan menjejaskan
hubungan kedua-dua negara ini.
Dalam pada itu, kerajaan Malaysia menjelaskan pendiriannya bahawa
Malaysia tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah. Ini
kerana, Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia semenjak 16
September 1963. Wilayah terbabit terdiri daripada Residensi Pantai Barat,
Pendalaman, Sandakan dan Tawau yang disebut dalam pemberian dan dalam tauliah
Sultan Mumin, Temenggong Brunei dan Sultan Al-Alam Sulu kepada Gustavus Baron
de Overbeck dan Alfred Dent bersama-sama waris dan rakan mereka. Wilayah itu
juga meliputi Pulau Banggi dan Pulau Balembangan serta wilayah yang kemudian
diperolehi oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British semasa Pemberian dan
Penyerahan Wilayah 1884. Disebabkan konflik dan tuntutan terbabit, hubungan
diplomatic diantara Malaysia dan Filipina pernah terputus. Namun, disambung semula
pada 16 Disember 1969.
Rajah 20 : Kawasan Pertempuran
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
31
Rajah 21 : Borneo Utara
Rajah 22 : Kawasan Yang Dikenakan Perintah Berkurung
5.0 LANGKAH MENGATASI / CARA PENYELESAIAN
1) Penubuhan Eastern Sabah Security Command (Esscom) Dikuatkuasakan
Di Kawasan Eastern Sabah Security Zone (Esszone).
ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan
kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah
bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013. Tujuan ianya diwujudkan adalah
bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan
dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang
kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah. Datuk Ismail Sabri Yaacob juga telah
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
32
memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan
perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu
menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur
Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing. Fungsi dan peranan Esscom juga
adalah memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,
memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama,
memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur Perjalanan
secara bebas, tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau
kumpulan orang seterusnya membantu menjana perkembangan dan kestabilan sosio
ekonomi dalam jangka masa panjang, khususnya di Sabah. Pembangunan tidak akan
wujud dengan baik sekiranya tiada jaminan keselamatan dan keselamatan juga tidak
akan wujud tanpa ada pembangunan yang baik, maknanya, keselamatan dan
pembangunan mesti bergerak seiring. Penubuhan Esszone meliputi 10 daerah iaitu
Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak,
Semporna dan Tawau.
HALATUJU ESSCOM
VISI : Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan Timur
Sabah menjelang 2017.
MISI : Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari
sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memacu
pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
FUNGSI DAN PERANAN
(Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013)
 Memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
 Memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama.
 Memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur
Perjalanan secara bebas.
 Tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan
orang.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
33
TERAS STRATEGIK
1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu.
2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat.
3. Merancang dan menyelaras penempatan semula.
4. Memupuk semangat patriotism
5. Menyelaras pembangunan sosio ekonomi
Rajah 23 : Menunjukkan anggota Esscom membuat rondaan di perairan
TIGA ELEMEN JAMINAN KEAMANAN DI ESSCOM
Penggabungan tiga elemen utama iaitu polis, tentera dan awam akan
diperkukuhkan lagi di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM)
bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap. Pengarah ESSCOM, Datuk
Mohammad Mentek, berkata tumpuan diberikan kepada organisasi bagi memastikan
pengwujudan kawasan itu mencapai matlamat penubuhannya untuk menjamin
keamanan di kawasan kira-kira 1,400 kilometer pesisir pantai timur negeri ini.
Beliau berkata, ketiga-tiga elemen itu perlu digerakkan seiring kerana
ESSCOM bukan saja membabitkan keselamatan, tetapi juga sosioekonomi dan
pengurusan masyarakat. “Penggabungan tiga elemen utama akan diberi tumpuan dan
perlu diharmonikan bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berkesan dalam
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
34
menggalas tugas serta tanggungjawab yang diberikan,” katanya. Mohammad yang
juga Pengarah Imigresen Sabah telah dilantik sebagai Pengarah ESSCOM pada 29
Mac 2013.
Daerah Lahad Datu dijadikan pusat pemerintahan ESSCOM dan pada masa
sekarang, pejabat sementara ditempatkan di Pangkalan Pasukan Gerakan Marin
(PGM) dengan menggunakan kabin sebelum ibu pejabat ESSCOM dibina.
Mohammad berkata, beliau tidak berseorangan dalam menggerakkan ESSCOM
kerana mendapat bantuan dan kerjasama rapat rakan dari agensi lain antaranya
Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri.
Rajah 24 : Menunjukkan carta organisasi ESSCOM
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
35
Rajah 25 : Menunjukkan Penubuhan ESSZONE meliputi 10 daerah di Sabah
2) INTEGRITI ANGGOTA HARUS DIPERBAIKI
Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting
dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan
negara. Justeru, pembudayaanetika dan integriti mestilah pada setiap masa
diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaantugas dan tanggungjawab sektor ini.
Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada
gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan
dan menjadi amalan berterusan. Ke arah ini, kerajaan telah memperkenal dan
melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai
murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau
bagaimanapun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980an.
Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep'Bersih, Cekap danAmanah',
'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod EtikaKerja', 'Piaggam
Pelanggan' dan 'ISO 9000'.
Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah,
penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan
Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption
Ordinance 1950.Dalam tahun 1967, BadanPencegah Rasuah (SPR) telah ditubuhkan
bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dansalahguna kuasa. Dengan
mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
36
disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta
Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah
memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti
pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya
rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Program motavasi perlu dilaksanakan
dan mewajibkan setiap anggota menghadiri program tersebut. Anugerah hendaklah
disediakan kepada anggota yang paling berintegriti supaya anggota tersebut rasa
dihargai dan anggota lain dapat mencontai anggota tersebut.
Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah
satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai
salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam.
Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi
memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil danaset Kerajaan dilaksanakan secara
berhemah mengikut undangundang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan
Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain,
sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam
yang moden, cekap dan berkesan.
Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah
membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
(JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan
sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B.
Perdana Menteri. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan
pembentukan JawatankuasaKeutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan,
negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani
isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat
sehingga ke peringkat akar umbi.
3) KERJASAMA SERANTAU
Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan dengan dibantu
oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi
dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM). Kementerian bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Dasar Pertahanan
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
37
Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan serta sumber-sumber yang
disediakan kepada Angkatan Tentera (AT) untuk mempertahankan negara.
Dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat negara untuk
mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara
keselamatan negara. Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu
kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep
pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan
strategik negara yang stabil dan aman.
Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, tidak
dapat dielakkan kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian
yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini,
keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara-negara
anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke
atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada
Malaysia. Dengan demikian sewajarnya, Malaysia memberi keutamaan kepada
kerjasama serantau.
Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan
terhadap mengwujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan
negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan
negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina keyakinan
dan menggalakkan ketelusan. Seiring dengan pendekatan ini, Malaysia akan
menggalak dan menyumbang ke arah membangunkan suatu kesatuan ASEAN yang
teguh dan berkesan untuk memastikan Asia Tenggara yang aman.
Malaysia melihat penubuhan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional
Forum – ARF) sebagai satu perkembangan penting ke arah kesinambungan
keamanan dan kestabilan serantau. Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa
bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan yang
melibatkan kepentingan bersama. Proses dialog yang dilaksanakan terbukti
merupakan mekanisme penting ke arah membina keyakinan. Aktiviti-aktiviti ARF akan
dapat mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik
di kalangan peserta ARF.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
38
Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari
perlunya untuk mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan
tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan,
pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah
mengambil langkah untuk menjalin dan meningkatkan hubungan pertahanan dengan
negara-negara luar rantau. Sungguh pun negara bertanggungjawab terhadap prinsip
Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), ini tidak seharusnya
mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada sumber-sumber di luar
rantau apabila diperlukan.
4) PERTAHANAN LIMA NEGARA (FPDA)
Ini terutamanya apabila tahap ancaman adalah melebihi keupayaan angkatan
tempatan untuk menghadapinya. Malaysia menganggap peraturan Pertahanan Lima
Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New
Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk memperolehi bantuan luar. FPDA
merupakan satu-satunya peraturan pertahanan bentuk formal yang melibatkan
Malaysia dengan negara-negara kuasa luar rantau. Di peringkat awal penubuhan
FPDA, negara menyedari bahawa dasar keupayaan berdikari memerlukan jangka
masa tertentu untuk dicapai.
Lantaran itu, FPDA telah menjadi saluran kepada Malaysia untuk membangun
keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan yang telah sekian lama
menjalinkan hubungan pertahanan dengan Malaysia. Corak mekanisme perundingan
FPDA membuka ruang kepada negara untuk mendapat bantuan luar dan juga jaminan
keselamatan. Malaysia adalah komited dengan pendirian bahawa FPDA masih
relevan. Walau bagaimanapun, berdasarkan senario strategik semasa dan
peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peranan FPDA telah
disusun semula untuk mencerminkan keperluan semasa.
Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif.
Sehubungan dengan ini, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan
prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan
perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
39
mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara berdepan dengan musuh sejauh
mungkin di luar wilayah Malaysia. Konsep cegah rintang bertujuan untuk
menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan dasar-dasar yang bertentangan
dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Ini memerlukan pelaksanaan
strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah
angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi
peperangan. Ia juga dapat memastikan negara mempunyai keupayaan bagi
menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan.
5) PERTAHANAN MENYELURUH
Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang total dan
bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan, agensi bukan Kerajaan, sektor swasta
dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan
kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya
oleh Angkatan Tentera.
Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab
pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan
mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional. Menyedari betapa
pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia yakin bahawa dasar
keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan negara.
Sehubungan ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah meningkat dan
membangunkan keupayaan ATM di samping menggalakkan kesedaran pertahan dan
semangat patriotik di kalangan rakyat jelata.
Bajet 2017
Operasi ESSZONE / Keselamatan Negara
 Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323j diperuntukkan utk
penugasan anggota di sempadan kwsn Timur Sabah
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
40
 Mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan
Operasi Hadapan Helikopter. Tmpatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA
8×8
 Kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, pnempatan skuadron psawat pejuang
Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pgkln Udara Labuan
 RM12.8b utk KDN termasuk RM8.7b utk PDRM. Antaranya bina 12 ibu
pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dan lain-lain
6) MENGADAKAN PROGRAM MENGENAI ISU PENCEROBOHAN
Di samping itu, pihak kerajaan mahupun pihak bukan kerajaan hendaklah
megadakan program mengenai isu pencerobohan agar rakyat Malaysia tahu cara
untuk mengelakkan isu ini berlaku, apa perlu buat jika isu ini berlaku dan isu ini
berlaku. Program yang melibatkan negara serantau menjalinkan hubungan yang baik.
Konklusinya, gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat dan pihak berkuasa
perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara daripada dibolosi oleh anasir-anasir
luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat
di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin
keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana kelekaan
dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neo-
kolonialisme. Oleh itu, soal mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara
merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat.
Rajah 26 : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat senjata anggota
Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal kawasan Kampung Tandou di
Lahad Datu
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
41
6.0 KESIMPULAN
Peristiwa di lahad datu, Sabah merupakan salah satu tragedi yang terburuk
yang pernah melanda bukan sahaja untuk rakyat Sabah tetapi untuk seluruh rakyat
Malaysia. Kejadian initelah membuka mata rakyat Malaysia bahawa keamanan di
Negara kita pada bila-bila masa boleh diragut jika kita terus leka dengan kesenangan
yang ada. Tragedi ini telah menunjukkan bahawasanya sistem pertahanan di kawasan
sempadan Negara kita lemah dan mudah dicerobohi oleh anasir-anasir jahat yang
boleh mengancam keselamatan dan keamanan Negara kita. Oleh itu, kerajaan
Malaysia telah mengambil langkah proaktif dan progresif dalam membendung
masalah ini dari berlaki pada masa hadapan. Antara langkahnya ialah penubuhan
kawasan ESSCOM. Akhir sekali, anasir-anasir jahat boleh menembusi dari pelbagai
aspek untuk menggugat keamanan Negara. Oleh itu, mari kita berganding bahu tak
kira bangsa, agama, dan ideology bagi mengusir anasir-anasir jahat dari merosakkan
keamanan Negara kita.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
42
7.0 RUJUKAN
1) AsiaOne. Sulu Group Cornered within smaller area after Shootout [Article on
the Internet] 2 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:
http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/Story/A1Story20130
302-405728.html.
2) Astroawani. Ada apa dengan Sabah? [Article on the Internet] 21 June 2014.
[Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/ada-apa-dengan-sabah-38111.
3) Astroawani. Filipina siap kajian tuntutan ke atas Sabah [Article on the Internet]
25 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/filipina-siap-kajian-tuntutanke-
atas-sabah-10743.
4) Astroawani. Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah [Article on the
Internet] 9 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohanpantai-
timur-sabah-9460.
5) Bernama. APMM Pertingkat Kawalan di Perairan Lahad Datu. [Article on the
Internet] 2 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sbm&id=93
1566.
6) Bunn Negara (2013) A foreign problem that became Sabah's. [Article on the
Internet] 3 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from:
http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/behindtheheadlines/2013/03/03
/a-foreign-problem-that-became-sabahs/.
7) Buzan B (1991) New Patters of Global Security in the Twenty-First Century.
International Affairs 67, 431-451.
8) Cruz AD (2013) Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own.
Inquirer Global Nation [Article on the Internet] 16 February 2013. [Cited5 June
2015]. Available from: http://globalnation.inquirer.net/64577/heirs-of-sultan-of-
sulu-pursue-sabah-claim-on-their-own.
9) Franco J (2013) The Sabah-Sulu crisis: Time to revisit the Sulu zone. RSIS
Commentaries 44, 1-2.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
43
10)Frank S (2006) Project Mahathir: 'Extraordinary’ populatian growth in Sabah.
Sudostasien actuell pp.7180.
11)Mazwin Nik Anis, Khoo S, Vanar M (2013) Lahad Datu: PM confirms two
commandos killed: Regrets bloodshed. The Star Online [Article on the Internet]
1 March 2013. [Cited 11 June 2015]. Available from:
http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/03/01/lahad-datu-pm-confirms-
two-commandoskilled-regrets-bloodshed/.
12)Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana P, Marja Azlima Omar
(2003) Pendatang Filipina di Sabah: Satu pemerhatian dari sudut keselamatan.
Jati 8, 217-240.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
44
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
45
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
46
Rajah 27 : Keratan Akhbar 1
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
47
Rajah 28 : Keratan Akhbar 2
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
48
Rajah 29 : Keratan Akhbar 3
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
49
Rajah 30 : Keratan Akhbar 4
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
50
Rajah 31 : Keratan Akhbar 5
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
51
Rajah 32 : Keratan Akhbar 6
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
52
Rajah 33 : Keratan Akhbar 7
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
53
Rajah 34 : Keratan Akhbar 8
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
54
Rajah 35 : Keratan Akhbar 9
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
55
Rajah 36 : Pasukan Unit Tindak Khas (kiri) dan PGA melakukan
tinjauan pembersihan di Kampung Sri Jaya , Simunul
Rajah 37 : 5 Mac 2013: 3 buah F/A-18D Hornet bertindak menggugurkan bom
pintar panduan laser Paveway II manakala 5 buah BAE Hawk Mk.208 bertindak
menggugurkan bom tanpa panduan 500-1500lb . Kawasan sasaran meliputi
kawasan seluas 4km persegi di samping 10km persegi yang dikhaskan sebagai
kawasan penampan / selamat
Rajah 38 : Serangan diteruskan lagi dengan kemaraan lebih 1000+ pegawai dan
anggota melibatkan pasukan khas seperti Gerup Gerak Khas (GGK) , VAT 69 ,
Briged 10 PARA , PGA dan lain-lain . Formasi ini turut dibantu dengan kemaraan
4 buah kereta perisai Condor APC
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
56
Rajah 39 : Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit
Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di
kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan
ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. –
BERNAMA
Rajah 40 : Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri
untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi
tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh
bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. – BERNAMA
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
57
Rajah 41 : Anggota polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia
di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan
pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di
kampung Tandou pagi ini. – BERNAMA
Rajah 42 : Pertempuran di perkampungan air Sri Jaya menjadikan jumlah
keseluruhan anggota keselamatan terkorban sebanyak 8 orang
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
58
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
59
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
60
Rajah 43 : Dokumen Gob. Abdulsakur Tan yang diserahkan kepada YM Datu
Albi. Menurut Datu Albi, Council of Royal Datus tidak bersetuju Malaysia
membayar kepada hanya 9 Waris.
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
61
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
62
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
63
Rajah 44 : Perbincangan Bersama Ahli Kumpulan di Perpustakaan
Tun Aminah, UTHM pada 15 Oktober 2016
UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8
64
Rajah 45 : Perbincangan Bersama Prof Hj Shamsaadal Sholeh B. Hj Saad
selepas waktu kuliah pada 20 Oktober 2016

More Related Content

What's hot

Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Jeya Kumar
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiafiro HAR
 
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)farliza
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkorfiro HAR
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsafiro HAR
 
Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1World wide
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Jenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelanconganJenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelanconganmarybelle87
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3Dg Suhaili
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme firo HAR
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 

What's hot (20)

Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
 
ASEAN+3
ASEAN+3ASEAN+3
ASEAN+3
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Gerakan islah
Gerakan islahGerakan islah
Gerakan islah
 
PENGAJIAN AM VIVA
PENGAJIAN AM VIVAPENGAJIAN AM VIVA
PENGAJIAN AM VIVA
 
Dasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysiaDasar2 luar malaysia
Dasar2 luar malaysia
 
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
 
Prjnjian pangkor
Prjnjian pangkorPrjnjian pangkor
Prjnjian pangkor
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsaHubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa
 
Media Antarabangsa
Media AntarabangsaMedia Antarabangsa
Media Antarabangsa
 
Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Jenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelanconganJenis jenis pelancongan
Jenis jenis pelancongan
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 

More from Fina Finaie

Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanLaporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanFina Finaie
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahFina Finaie
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Fina Finaie
 
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapBab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapFina Finaie
 
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapBab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapFina Finaie
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAFina Finaie
 
Full report campfire charger
Full report campfire chargerFull report campfire charger
Full report campfire chargerFina Finaie
 

More from Fina Finaie (7)

Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatanLaporan montaj ergonomik dan kesihatan
Laporan montaj ergonomik dan kesihatan
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21 Pembelajaran abad ke 21
Pembelajaran abad ke 21
 
Bab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind mapBab 2 PEDAGOGY mind map
Bab 2 PEDAGOGY mind map
 
Bab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind mapBab 1 PEDAGOGY mind map
Bab 1 PEDAGOGY mind map
 
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIAUWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
UWS 110103: KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA
 
Full report campfire charger
Full report campfire chargerFull report campfire charger
Full report campfire charger
 

Recently uploaded

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 

Recently uploaded (6)

Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

LAPORAN BERKUMPULAN: SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN

  • 1. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 1 SERANGAN LAHAD DATU MENAMPAKKAN ISU KEDAULATAN TIDAK BOLEH DIPINGGIRKAN 1.0 PENGENALAN Pelbagai persoalan timbul mempersoalkan kerapuhan struktur pertahanan negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana kelewatan mengesan kemasukan angkatan bersenjata sehingga membolehkan mereka menawan Kampung Tanduo dan Felda Sahabat 17 di Sabah. Pencerobohan Lahad Datu ini juga telah memberikan satu kejutan kepada Malaysia kerana ia melibatkan aktor negara dari negara asing, iaitu sekumpulan angkatan bersenjata rakyat Filipina yang mendakwa penyokong kuat Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III. Malah pencerobohan yang melibatkan rakyat Filipina ini turut memberi impak terhadap hubungan diplomatik antara Malaysia dan Filipina. Walau bagaimanapun, dalam hal ini kerajaan Filipina telah menafikan penglibatan mereka malah laporan media Filipina bertindakbalas dengan menyatakan perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang negara ini adalah dalang kepada isu pencerobohan Lahad Datu (Sinar Harian, 3 Mac 2013). Malah Presiden Aquino juga mengarahkan ‘Sultan Sulu’ untuk memanggil semula pengikut mereka untuk menyerah diri bagi membincangkan tuntutan yang dilakukan (Poling et al., 2013). Presiden Aquino menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Tentera Kesultanan Sulu (TKS) ini antara lainnya adalah untuk memalukan beliau dan kerajaan pimpinan beliau di samping bersetuju dengan andaian yang menyatakan ianya sebagai satu cubaan untuk merosakkan perjanjian damai yang sedang diusahakan antara Malaysia-Filipina dengan Bangsamoro ketika itu. Tindakan yang dilakukan oleh Kiramini telah meletakkan kedudukan rakyat Filipina di Sabah ketika itu, termasuk lebih kurang 800,000 orang-Suluk, berada dalam keadaan tidak selamat. Dalam hal ini pihak polis telah dikerahkan pada peringkat awal pencerobohan untuk menanganinya sebelum ianya diambil alih oleh pihak tentera (Khor, 2013).
  • 2. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 2 Dalam usaha melindungi keselamatan dan kedaulatan negara, seramai lebih kurang 8,000 anggota keselamatan dikerahkan di bawah misi Ops Daulat. Operasi yang dilakukan juga menahan seramai hampir 600 orang termasuk 31 orang yang telah dibicarakan. Kejadian yang berlaku telah mengorbankan seramai 72 orang di mana 56 daripadanya adalah dari pihak TKS, sepuluh anggota keselamatan Malaysia dan enam orang awam (Goh, 2013; Gomez, 2013; Katharason et al., 2013; Mazwin et al., 2013). Peristiwa tersebut boleh ditelusuri melalui susunan kronologi berikut. Jadual 1 : Kronologi peristiwa Lahad Datu, Sabah TARIKH 2013 PERISTIWA 9 Feb • Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu 11 Feb • Lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api dikesan berkampung di Kampung Tandou. Laporan polis dibuat oleh nelayan tempatan yang mengesan kehadiran kumpulan ini pada waktu malam. 12 Feb • Kumpulan penceroboh berpecah di beberapa lokasi di Kampung Tandou - di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan di rumah penduduk tempatan. 14 Feb • Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' 16 Feb • Menteri Dalam Negeri mengesahkan kumpulan tersebut penyokong 'Kesultanan Sulu'. 24 Feb • Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal untuk membawa pulang 180 ‘tentera diraja’ termasuk 30 pengawal bersenjata. 26 Feb • Tempoh pengusiran tamat. Namun, rundingan masih dijalankan 28 Feb • Agbimuddin Kiram menggesa Kerajaan Malaysia mengadakan rundingan secara terus dengan abangnya, Jamalul Kiram III di Manila agar 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, 1 Mac • Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan penceroboh
  • 3. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 3 • Dua anggota polis terkorban, tiga lagi cedera dan 12 penceroboh terbunuh. 2 Mac • Pertempuran berlaku di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna • Seramai 12 orang terbunuh, termasuk enam anggota polis. 4 Mac • Presiden Benigno Aquino III berjanji menyelesaikan pencerobohan di Sabah melalui jalan keamanan. 5 Mac • Pada jam 7 pagi, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke Kampung Tanduo. Perdana Menteri mengumumkan ‘Ops Daulat’ bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara. 6 Mac • 13 mayat penceroboh ditemui di Kampung Tanduo. Sembilan daripada mayat ditemui dalam sebuah kubur. • Empat lelaki ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna. 7 Mac • Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata. Namun, Perdana Menteri menolak gesaan gencatan senjata dan penceroboh meletakkan senjata tanpa syarat • Perdana Menteri juga mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau. • Seramai 52 orang penceroboh terbunuh. 8 Mac • Lebih 50 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan 2012. 9 Mac • Seorang penceroboh ditembak mati pada jam 8 pagi. • Pasukan keselamatan menahan seramai 27 suspek • Jamalul Kiram III, meminta diadakan ‘perbincangan’ tetapi tawaran’ini ditolak. • Seramai 53 orang penceroboh ditembak mati dan 79 suspek ditangkap. 10 Mac • Seorang remaja lelaki ditembak mati dan seorang lelaki dewasa cedera • Di Semporna, enam orang ditahan dalam dua kejadian yang berasingan. • Di Tanjung Batu, dua anggota pasukan keselamatan telah cedera 11 Mac • Gerakan operasi ‘mopping-out’ giat diperhebat di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis. • Seramai 54 penceroboh Sulu telah terbunuh, 97 orang telah ditahan 12 Mac • Seorang tentera Malaysia terkorban dan tiga penceroboh ditembak mati.
  • 4. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 4 13 Mac • Pesuruhjaya Polis Sabah percaya ketua kumpulan penceroboh militan Agbimuddin Kiram masih terkepung di kawasan operasi. • Dua mayat penceroboh ditemui. • Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa masuk helikopter dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 12 kereta perisai 14 Mac • Seorang lelaki ditahan bersama dua bilah pedang samurai serta tiga parang panjang. • Seramai 35 pengikut waris Jamalul Kiram III ditahan di Filipina. • Malaysia bercadang menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat • Kementerian Pertahanan kini menjaga perairan timur Sabah yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM). 15 Mac • Ketua kumpulan penceroboh, Azzimudie Kiram dipercayai telah melarikan ke tempat asalnya di Selatan Filipina. • Anggota keselamatan menjumpai tiga kubur baru di Kampung Tanduo yang mengandungi 15 mayat • 61 orang penceroboh telah ditembak mati. 16 Mac • Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan segera bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara. • Anggota keselamatan telah menahan seorang lelaki yang dipercayai penceroboh Sulu di kawasan Felda Sahabat 17 17 Mac • Anggota keselamatan telah berjaya ditembak mati • Seramai 104 orang telah ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) manakala 241 orang lagi telah ditahan 18 Mac • Pasukan keselamatan telah bertempur dengan saki baki penceroboh Sulu di kampung Tanjung Batu, Felda Sahabat 22, • Sebanyak 17 kenderaan perisai jenis 'armoured personnel carrier' (APC) Adnan tiba di Lahad Datu dan 17 trak tentera yang dipenuhi anggota tentera.
  • 5. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 5 • Jumlah tangkapan seramai 104 dan jumlah musuh yang telah ditembak mati seramai, 62. Ops Daulat telah mengorbankan sembilan anggota keselamatan negara, manakala sembilan lagi cedera. 20 Mac • Satu mayat musuh telah ditemui • Seorang anggota ATM tercedera 21 Mac • Seorang musuh dibunuh dan seorang wanita ditangkap • Lapan warga Filipina berdepan dengan hukuman mati dan penjara seumur hidup kerana melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan penceroboh 22 Mac • Jumlah penceroboh yang ditewaskan seramai 63 orang. Jumlah anggota keselamatan negara yang gugur seramai 10 orang. Sumber: Astroawani (9 Mac 2013) “Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah” Paparan kronologi menunjukkan pencerobohan aktor bukan negara rakyat Filipina telah menggugat kedaulatan dan keselamatan negara kerana ia melibatkan kehilangan nyawa dan ketidakselamatan rakyat dan juga negara. Menjadi persoalan di sini ialah, bagaimanakah kehadiran penceroboh ini pada peringkat awalnya tidak dapat dikesan? Pihak ATM dan APMM sendiri tidak menyedari akan pendudukan tersebut sehinggalah kejadian ini dilaporkan oleh rakyat tempatan yang sangsi dengan kehadiran mereka (Temubual dengan penduduk tempatan, 20 Ogos 2013). Pencerobohan ini juga gagal dikesan oleh pihak polis sedangkan Kampung Tanduo terletak berhampiran dengan Balai Polis Felda Sahabat 16 (Khor, 2013). 2.0 ISU-ISU KONFLIK LAHAD DATU Konflik merupakan satu perselisihan atau pertentangan yang terjadi antara kumpulan atau masyarakat dengan tujuan untuk mencapai sesuatu yang diinginkan dengan cara saling menentang dengan menggunakan kekerasan. Di Malaysia, Sabah merupakan salah sebuah negeri yang tidak terkecuali daripada isu serangan, rompakan dan pencerobohan. Hal ini kerana kedudukan geografinya yang terletak berasingan daripada semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan negara-negara jiran merupakan salah satu faktor dan sebab berlakunya isu-isu tersebut.
  • 6. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 6 Antara isu konflik yang terdapat di Lahad Datu, Sabah :- 2.1 Isu Pencerobohan (Perebutan Kawasan). Konflik yang berlaku di Lahad Datu adalah isu pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu memasuki Sabah disebabkan oleh perebutan kawasan. Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II. Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina. Pada 9 Februari 2013, Tentera DiRaja Kesultanan Sulu ini telah mencerobohi kawasan perairan negari Sabah dengan menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu. Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou. Kumpulan penceroboh ini tetap tidak mahu berundur dan berganjak walaupun rundingan telah dilakukan pada peringkat awal. Manakala, sasaran kumpulan ini tetap sama iaitu untuk mendapatkan kedaulatan ke atas wilayah Sabah bagi mewujudkan semula kerajaan Kesultanan Sulu yang mutlak dan berdaulat. Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Rajah 1 : Pencerobohan di Lahad Datu
  • 7. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 7 2.2 Tuntutan Bertindih. Isu tuntutan terhadap Sabah ini bukanlah kali pertama ditimbulkan. Hal ini dapat dibuktikan dengan mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah Borneo Utara. 2.2.1 SEJARAH RINGKAS BORNEO UTARA Rajah 2 : Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16 Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu. Penempatan Cina dikatakan berada di kawasan Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi seperti seramik yang di temui di kawasan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti petukaran barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku. Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai tiga bentuk sistem politik iaitu :- 1) Sistem politik kesukuan. Terdapat di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan di huni oleh kaum-kaum Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan kumpulan lain atas factor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai dan jeram.
  • 8. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 8 2) Sistem politik Kesultanan. Sistem ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di tadbir oleh wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam system Kesultanan Brunei tanah dan rakyat terletak di bawah kuasa mutlak Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum bangsawan Brunei di beri hak ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan tanah-tanah di Pantai Barat terpecah kepada 3 iaitu :- a) Tanah milik para Pengiran b) Tanah Kuripan c) Tanah Sultan 3) Sistem Politik Kuasa Bebas. Sistem ini wujud kerana keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat mencabar kuasa Sultan. Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan kewibawaan mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa- kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada ketua-ketua yang mempunyai pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh- tokoh ini adalah seperti Sharif Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830- 1840. 2.2.2 KESULTANAN SULU DAN SABAH. Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagaian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.
  • 9. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 9 2.2.3 PERTAPAKAN KUASA BARAT KE ATAS SABAH Rajah 3 : Peta kemorosotan kuasa Brunei dan Sulu British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira- kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805. Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan British sehingga tahun 1907, apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat. Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hong Kong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.
  • 10. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 10 Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. Rajah 4 : Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan “SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA” kepada British. Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil. Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.
  • 11. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 11 Walaubagaimanapun British telah mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent. Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British. Sepanjang pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak pembangunan telah di lakukan. Walaupun pemerintahan British aman, masih terdapat juga beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan penentangan Rundum oleh kaum murut pada tahun 1915. Pihak British North Borneo Company ( BNBC) berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula. Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.
  • 12. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 12 Rajah 5 : Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963 Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
  • 13. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 13 2.2.4 FILIPINA MENUNTUT SABAH Rajah 6 : Presiden Diasdado Macapagal Pada 12 September 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.
  • 14. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 14 2.3 Penolakkan Perundingan Secara Pendamaian. Dalam konteks negara Malaysia, Malaysia merupakan sebuah negara yang dicerobohi perlu mengambil inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Sabah daripada jatuh ke tangan kumpulan penceroboh. Walaupun isu ini dianggap tidak relevan kerana penyelesaian terhadap peralihan wilayah Sabah kepada Malaysia telah dilakukan sejak beberapa tahun dahulu bersama British North Borneo Company (BNBC), kerajaan Malaysia harus bersikap profesional dalam menyelesaikan isu berkenaan melalui toleransi dan perundingan secara aman bagi mempertahankan Sabah kerana ia adalah milik negara Malaysia. Wakil daripada Malaysia iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan sebuah perundingan terlebih dahulu dengan Kesultanan Sulu (Agbimuddin Kiram) supaya berundur dari Lahad Datu,Sabah secara damai. Namun, Agbimudin Kiram telah memberitahu bahawa abangnya , Jamalul Kiram III tidak mahu berundur dan menolak perdamaian yang cuba dilakukan. Jamalul Kiram III telah berkata, “Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”. Agbimudin Kiram telah menggesa Kerajaan Malaysia membuat rundingan secara terus dengan abangnya di Manila jika hendak menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Hal ini demikian kerana hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
  • 15. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 15 Rajah 7 : Sultan Jamalul Kiram Namun, perkara ini telah dibubarkan oleh kerajaan Filipina yang baru pada tahun 1989 dengan menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina. 2.4 Pertempuran. Rajah 8 : Kemasukkan Tentera Kesultanan Sulu
  • 16. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 16 Kesultanan Sulu ini menceroboh kawasan perairan Sabah kerana faktor kerjasama di antara kerajaan Filipina dan kerajaan Malaysia tanpa kerjasama melibatkan Kesultanan Sulu dalam proses pendamaian di antara kerajaan Filipina dan Moro Islamic LiberationFront (MILF). Oleh hal yang demikian, pihak Kesultanan Sulu menganggap bahawa kerjasama baik di antara kerajaan Malaysia dan Filipina di bawah pimpinan Benigno Aquino akan menggugat proses pengambilan wilayah Sabah seterusnya perkara tersebut tidak akan dihiraukan oleh kerajaan Filipina. Oleh itu, pihak Kesultanan Sulu telah memainkan peranan secara bersendirian untuk menuntut wilayah Sabah tanpa mendapatkan bantuan daripada kerajaan Filipina dengan cara menceroboh perairan Sabah. Apabila perundingan secara damai gagal dilaksanakan, pertempuran telah tercetus di antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil daripada kumpulan penceroboh ketika mereka cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera pada 1 Mac. Keesokkannya, ATM dan PDRM meningkatkan langkah berjaga-jaga di sekitar Lahad Datu dan kawasan berdekatan. Pada jam 1830, dikhabarkan terdapat serangan hendap oleh sebuah kumpulan bersenjata di Semporna terhadap sepasukan polis yang sedang membuat serbuan. Seterusnya, PDRM mengesahkan 5 lagi anggotanya mati ketika diserang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah sementara 2 orang dari kumpulan bersejata terbunuh. 2.5 Lambakan Pendatang Asing. Isu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan isu kewarganegaraan di Sabah sudah menjadi duri dalam daging dan membengkak sehingga bernanah. Isu ini perlu ditangani dengan bijaksna dan kesungguhan politik yang tinggi. Kita tidak boleh menyoroknya di bawah karpet atau berpura-pura ia tidak wujud. Sebab, lagi lama masalah ini kita biarkan, lagi mudarat untuk masa depan Sabah dan negara ini. Orang Sabah perlu dibela. Kebanjiran PATI di Sabah bukan saja boleh menimbulkan masalah dari segi kedaulatan negara pada jangka panjang, tetapi boleh mencetuskan masalah sosial, politik, ekonomi dan keselamatan. Ia boleh menjadi bom jangka yang bakal meledak pada bila-bila masa. Penduduk Sabah hanya 651,304 orang pada tahun 1970, dan
  • 17. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 17 meningkat kepada 929,299 sedekad kemudian. Hanya dalam tempoh dua dekad selepas 1980, penduduk negeri itu naik 1.5 juta, dan mencecah 2,468,246 menjelang tahun tahun 2000. Dalam tempoh tiga dekad, antara tahun 1970-2000, mengikut laporan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja mengenai pendatang asing, peningkatan penduduk Sabah adalah 301 peratus, berbanding Sarawak 106 peratus, dengan peningkatan terbesar sebanyak 78 peratus pada tahun 1991. Media melaporkan sejak tahun 2010, jumlah itu mencecah 3.12 juta, dengan rakyat asing meningkat sebanyak 27 peratus atau 889,799 orang. Rajah 9 : Pendatang Tanpa Izin yang Memasuki Perairan Sabah
  • 18. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 18 2.6 Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF). Rajah 10 : Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dari Filipina, menuju ke Sabah untuk mengukuhkan kedudukan pengikut Sultan Sulu yang berjuang menentang pasukan keselamatan Malaysia, dakwa seorang pemimpin mereka hari ini. "Ramai telah meloloskan diri daripada pasukan keselamatan. Mereka sudah mahir dengan kawasan tersebut kerana mereka dilatih di sana pada masa lalu," kata Muhajab Hashim, pengerusi Majlis Perintah Islam MNLF. "Kami menjangka lebih ramai daripada mereka akan menyertai (pertempuran) walaupun jika arahan rasmi kita adalah supaya mereka mengelak pergi ke sana," katanya. Beliau tidak pasti berapa ramai pejuang MNLF telah berjaya melepasi kawalan tentera laut Filipina dan Malaysia, tetapi berkata sebelum ini, "ribuan" telah menyatakan hasrat mereka untuk menyertai kira-kira 200 pengikut kesultanan Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram. Majlis Perintah Islam MNLF menyelia semua pasukan tentera MNLF, untuk melucutkan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian damai 1996 tetapi tidak dipatuhi sepenuhnya. Hashim berkata walaupun pemimpin MNLF tidak secara rasmi mengarahkan pengikut mereka belayar ke Malaysia, tetapi mereka menyokong penuh usaha Sultan Sulu menuntut Sabah. "Pejuang MNLF taat kepada sultan, kita adalah pengikut. Jadi ia lebih daripada satu pakatan," katanya. "Kami menentang keras serangan terhadap saudara kami dari Sulu." Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ofensif besar-
  • 19. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 19 besaran semalam selepas tiga minggu pengikut sultan Sulu Jamalul Kiram III berkubu di situ dan keganasan meletus minggu lalu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.Tetapi pembantu sultan berkata di Manila bahawa kumpulan Azzimudie terselamat daripada serangan, termasuk serangan udara. 2.7 Tahap Keselamatan. Tiga tahun sudah berlalu, namun ancaman pengganas Sulu berikutan insiden pencerobohan kumpulan berkenaan pada awal februari 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu masih wujud hingga ke hari ini. Tarikh 9 Februari 2013 menjadi detik hitam sejarah negara apabila kira-kira 150 penceroboh dari selatan Filipina dikesan mendarat secara berperingkat di Kampung Tanduo, sebelum kehadiran mereka dilaporkan kepada polis oleh penduduk tempatan pada 12 Februari 2013. Kehadiran kumpulan bersenjata itu menimbulkan ketegangan dan mencetuskan perempuran berdarah dengan pasukan keselamatan selepas rundingan meminta mereka meninggalkan Kampung Tanduo gagal. Kerapuhan struktur pertahanan negara dan kegagalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mengesan kemasukan Tentera Kesultanan Sulu (TKS) telah menunjukkan bahawa pertahanan negara Malaysia tidak berada pada kedudukan yang maksimum. Malah, Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCom) belum wujud pada ketika itu. Hal ini menyebabkan seramai 10 anggota pasukan keselamatan dilaporkan terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013, selain dalam Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac di gugusan Labian, Lahad Datu.
  • 20. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 20 Rajah 11 : Kawalan Kemasukkan Diperketatkan 3.0 FAKTOR-FAKTOR SERANGAN DI LAHAD DATU 3.1 Penglibatan keluarga Jamalul Kiram III dan penduduk tempatan. Pendudukan TKS di Kampung Tanduo sebenarnya telah berlaku secara berperingkattanpa dapat dikesan oleh penduduk tempatan. “The group enters Malaysian waters in a boat and begins to gather in stages at Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo in Lahad Datu” [...] The group breaks into a smaller groups to enter several locations in the village, namely Sungai Bakau village, village surau and the house of one of the villagers, Ahmad Malandi” (AsiaOne, 2 Mac 2013) Kehadiran pencerobohan ini, berjaya dikaburi dengan kaedah penyamaran yang melibatkan golongan wanita dan warga tua. Hal ini dapat dilihat pada kenyataan yang dikeluarkan oleh Bunn (2013) yang menyifatkan, “...as a decoy, some of them were elderly men and women, but they were armed with automatic weapons and with handguns provided by locals, a plan that fooled the authorities here”. Malah, penglibatan anak bekas ketua Kampung Tanduo sebagai penyelaras tempatan bagi gerakan bersenjata Sulu di Sabah turut sama memainkan peranan penting dalam menjawab persoalan mengapakah kegiatan mereka ini tidak dapat dikenal pasti di peringkat awal (Bunn, 2013; Lee, 2013). Terdapat ramai penduduk tempatan yang tinggal adalah terdiri dari mereka yang berketurunan Filipina (Bunn,
  • 21. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 21 2013; Supriyanto, 2013). Malah, aktiviti migrasi penduduk Filipina di Sabah juga merupakan satu perkara ‘kebiasaan’ di tiga kawasan utama Sabah iaitu di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau (Ramli et al., 2003; Sadiq, 2005). Kewujudan penduduk masyarakat keturunan Suluk dari Filipina ini telah menyebabkan migrasi rantaian berlaku sehingga kehadiran mereka di Sabah berterusan. Ini turut membabitkan kaum keluarga dan sahabat terdekat Kiram yang tinggal di beberapa kawasan di Sabah dan Semenanjung Malaysia. Selain itu, laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Star umpamanya, menyatakan bahawa abang kepada Raja Muda Aghimuddin Kiram, iaitu Raja Azzimudie Kiram, turut sama terlibat dalam menyediakan pelbagai bentuk keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh TKS sebelum dan sewaktu pencerobohan ini dilakukan (The Star,12 Mac 2013). Sebagai seorang nelayan yang telah lama menetap di kawasan Lahad Datu (Semporna), bersama-sama dengan keluarga mereka, beliau mahir tentang perkembangan politik tempatan, selok belok kawasan Lahad Datu, kekuatan dan kelemahan kawalan serta perairan negara. Penglibatan ahli keluarga penceroboh dalam gerakan bersenjata Lahad Datu telah menjadikan pecerobohan dan pendudukan TKS sukar untuk dikesan. Ditambah pula dengan keadaan perairan negara yang besar (struktur fizikal Sabah), penjagaan keselamatan yang kurang ketat serta jarak antara Malaysia dan kepulauan Filipina yang terlalu dekat (geostrategik Sabah dengan Filipina) (Temubual dengan ESSCOM, 20 Ogos 2013). Rajah 12 : Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.
  • 22. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 22 3.2 Kepatuhan pada titah perintah Jamalul Kiram III Pendudukan ini turut berlaku ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Jamalul Kiram III pada 1 November 2012. Ia mengarahkan pengikut beliau menduduki semula Sabah (Thayer 2013). Arahan ini telah membuatkan seramai hampir 100 orang rakyat Filipina, lengkap bersenjata, mendarat di kawasan pantai Lahad Datu dan menawan Kampung Tanduo. Pencerobohan ini dilakukan untuk kembali semula ke tanah asal tinggalan Sultan Sulu, iaitu Sabah (yang didakwa hak mereka) yang telah ‘dipajakkan’ kepada kerajaan Malaysia. Adalah dipercayai Sultan Sulu tidak pernah memberikan kemerdekaan kepada Sabah (Borneo Utara). Sebaliknya, Sabah mengikut perjanjian yang dimenterai antara Alfred Dent dan Baron von Overback dengan Sultan Sulu pada tahun 1878 hanya dipajakkan dengan bayaran sejumlah RM5,000. Bayaran ini bagaimanapun telah ditingkatkan kepada RM5,300 mengikut persetujuan yang ditandatangani dalam Perjanjian Confirmation of Cession Certain Islandspada tahun 1903 (Bunn, 2013). Ada kemungkinan “kembali semula” yang dimaksudkan adalah untuk mendapatkan semula Sabah dari pegangan Malaysia. Hal ini jelas dapat dilihat pada kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Muda Sulu, Raja Muda Agbimuddin dalam sesi temubual yang dilakukan dengan wakil media Filipina, Inquirer Global Nation. Menurut beliau (Cruz, 2013); “...the government appeared to have neglected the heirs and ignored their stand that their claim to Sabah was an “integral and essential” aspect of any peace agreement with any armed group in Mindanao. Abraham JulpaIdjirani, secretary general and spokesperson of the Sultanate of Sulu, said the decision to show not just physical presence but actual occupation of Sabah came late last year, shortly after the Aquino administration signed a Framework Agreement on the Bangsamoro with the MILF [...] They are not interested, this government and the previous governments, so we decided to act on our own.” Terdapat kemungkinan yang menjelaskan pencerobohan ini adalah sebagai satu langkah memboikot proses damai antara MNLFdengan Manila yang ketika itu sedang digerakkan oleh kerajaan Malaysia ketika itu.
  • 23. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 23 Rajah 13 : Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah. 3.3 Kedudukan geostrategik dan geofizikal Sabah Ruang perairan yang luas, iaitu sepanjang 1,400 km adalah antara faktor. Perkara yang sama turut menjadi isu dalam membicarakan tentang tanggungjawab agensi keselamatan negara seperti APMM dalam mengawal rapi struktur keselamatan dan kedaulatan di kawasan perairan negara. Di Sabah, hampir dua pertiga batas sempadannya dikelililngi oleh laut. Berbeza dengan batas sempadan darat, yang disempadani dengan tembok tinggi yang memisah dua negara, bukaan ruang perairan yang luas ini telah menyebabkan agensi penguatkuasaan maritim dan tentera laut negara sukar untuk mengenakan penjagaan rapi ataupun melakukan pengawasan ketat terhadap perkara-perkara yang berlaku di kawasan perairan berkenaan (Berita Harian Online, 18 Febuari 2013).
  • 24. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 24 Rajah 14 : Ruang perairan yang luas (1400km) 3.4 Ketidakcukupan anggota keselamatan dan aset Kekurangan anggota dalam APMM, pemilikan jumlah aset dan jumlah peruntukan yang sedikit bagi tujuan penyelenggaraan, pembelian aset dan kekurangan pos kawalan keselamatan di kawasan perairan turut menjadi faktor. Permasalahan yang dihadapi ini dapat dilihat pada kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penguatkuasa APMM Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim, Karunanithi A/L Munusamy, di mana menurut beliau adalah [satu] perkara yang mustahil bagi kira-kira 750 anggota APMM untuk mengawal keseluruhan perairan di negeri ini meskipun diberi bantuan oleh agensi penguatkusaan lain (Ruzaini, 2013). Hal ini turut ditambahkan lagi dengan kedudukan Sabah yang terletak berdekatan dengan kepulauan Sulu dan Tawi-tawi. Menurut Ketua Pengarah APMM (Bernama, 2 Mac 2013); “...di kawasan Lahad Datu sahaja, panjang pesisir pantai di kawasan berkenaan adalah lebih 100 km dan ia bukanlah sesuatu yang mudah dalam mengawal perairan itu. Malah terdapat di kawasan-kawasan tertentu, jarak sempadan perairan dengan Filipina hanyalah “10 minit” menerusi perjalanan bot”.
  • 25. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 25 APMM turut menghadapi permasalahan seperti kekurangan aset yang mampu digunakan dalam memperkukuhkan keselamatan perairan negara. Sebagai contoh, dari 35 buah kapal peronda yang dimiliki oleh APMM di Malaysia, tiga daripadanya ditempatkan di kawasan Lahad Datu, untuk mengawal kawasan perairan sepanjang 100 km dengan keluasan sebesar 640,000 km persegi. Rajah 16 : Sempadan Sabah dan Filipina Rajah 15 : Tan Sri Ismail Omar dan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, menerajui kepimpinan tertinggi agensi keselamatan negara, nadi utama penggerak benteng kedaulatan negara tercinta
  • 26. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 26 Rajah 17 : Rondaan APMM diperairan Sabah 3.5 Perang persepsi menjelang PRU13 Sebelum PRU13, satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja di Sabah bagi merungkai dan menyiasat dakwaan yang menyatakan wujud perkaitan antara kerajaan dengan pemberian status kewargangeraan bagi maksud politik yang diusahakan atas arahan mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad di bawah nama “Projek IC” (Frank, 2006; Sadiq, 2005). Berdasarkan laporan awal testimoni yang diberikan terhadap siasatan suruhanjaya ini, hujah yang diberikan oleh Khor (2013) dan Poling et al. (2013) umpamanya, menerangkan terdapat banyak testimoni yang diberikan oleh saksi ketika itu telah mengaitkan pemberian hak warganegara ini dengan pemimpin tertinggi parti Barisan Nsional. Testimoni yang diberikan telah membuatkan banyak pihak terutamanya ‘rakyat Malaysia’ berketurunan etnik Suluk, sedikit sebanyak merasakan kedudukan mereka tergugat apabila ia berkait rapat dengan masa depan dan berkemungkinan ditangkap serta dihukum atau dihantar pulang ke negara asal mereka, Filipina. Perkembangan yang berlaku ini, secara tidak langsung akan turut sama mengundang masa depan yang gelap kepada masyarakat Suluk yang lain khususnya bagi mereka dalam proses untuk mendapatkan hak yang sama seperti saudara mara mereka yang lain di Sabah. Ini ditambah lagi dengan perang persepsi yang wujud ketika itu menampakkan seolah- olah keputusan dan sokongan rakyat pada PRU13 lebih cenderung kepada pembangkang.
  • 27. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 27 4.0 KESAN-KESAN SERANGAN LAHAD DATU 4.1 SOSIAL Dari segi sosial, disebabkan berlakunya pencerobohan tersebut, penduduk yang berada di kawasan Lahad Datu dan sekitar tempat yang terkena tempias merasa terancam di kawasan mereka sendiri sehingga mereka dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Perintah berkurung (Darurat),telah diisytiharkan di tiga kawasan iaitu Lahad Datu, Semporna, juga daerah kecil iaitu Kunak yang dipercayai sebanyak 10 orang lelaki bersenjata dan mempunyai kaitan dalam rancangan pencerobohan itu di jumpai di Kg Long Malong dan Kg Dasar Lama, dan Pulau Sipadan iaitu juga salah satu tempat terjadinya penculikan sama ada orang tempatan mahupun pelancong luar, dikenakan Perintah Berkurung selama 48 jam bagi pasukan keselamatan memastikan bahawa saki baki penceroboh dapat diberkas justeru dapat mengelakkan daripada terjadinya lagi insiden penculikan tidak kira penduduk tempatan ataupun pelancong luar Negara. Tidak lupa juga kepada daerah Sandakan yang juga dekat dengan perairan kawasan terjadinya pencerobohan tersebut di beri notis perintah berkurung selama 12 jam bagi memastikan anasir-anasir yang terbabit dengan kes pencerobohan di Lahad Datu tersebut dapat diberkas serta merta. Para nelayan yang biasanya mencari nafkah di tempat mereka, tidak berani untuk turun ke laut dalam tempoh masa 10 hari berturut-turut berkenaan dengan pencerobohan tersebut. Mereka tidak di benarkan untuk melakukan aktiviti harian mereka di kawasan perairan Tungku kerana yakni tempat tersebut merupakan kawasan operasi dan dibenarkan untuk menjalani aktiviti harian mereka di kawasan kuala sahaja yang berdekatan dengan kawasan aktiviti harian mereka. Semua nelayan (daripada Kunak sehingga Semporna) dikehendaki berlabuh di jeti Ko- Nelayan.
  • 28. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 28 Rajah 18 : Kawasan berwarna di atas merupakan kawasan yang dikenakan Perintah Berkurung selama 48 jam. 4.2 EKONOMI Dari segi ekonomi pula, ia melibatkan empat perkara iaitu perikanan, hasil jualan, pelancongan dan industri agro. Dalam perikanan, didapati hasil tangkapan hasil laut berkurangan dan ia menjadikan harga borong biasa meningkat daripada yang biasa dan permintaan juga akan berkurang. Dalam hasil jualan, barangan seperti makanan-makanan kering, makanan ringan berasaskan hidupan laut, kraftangan hasil jualan mereka berkurangan justeru memberi kesan kepada keluarga yang mencari nafkah hanya melalui jualan mereka seharian kerana jualan mereka tidak laku. Selepas itu, dari segi pelancongan pula tempat-tempat tumpuan pelancong luar seperti Pulau Sipadan, Mabul, kawasan-kawasan persisiran pantai yang dijadikan tempat makan sambil menikmati pemandangan juga kurang mendapat kunjungan disebabkan oleh pencerobohan tersebut kerana pelancong luar takut akan keselamatan mereka. Dari segi industri agro pula, Felda Sahabat 16 tidak aktif dalam jangka masa darurat tersebut berikutan dengan sekumpulan lelaki yang dikhuatiri bersenjata telah di kesan berada dalam kawasan tersebut.
  • 29. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 29 Rajah 19 : Kawasan berwarna di atas merupakan kawasan yang mengalami kegawatan ekonomi dan sosial. 4.3 POLITIK Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penduduk Malaysia terutamanya penduduk di negeri Sabah yang mana secara tidak langsung telah menjadi mangsa kepada pencerobohan tentera Sulu yang di arahkan oleh Sultan Jamalul Kiram III. Pencerobohan ini bukan sahaja memberi impak kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada hubungan diplomasi diantara dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Isu pemilikan ke atas wilayah Sabah yang juga di kenali sebagai Borneo Utara telah menghantui hubungan di antara kedua-dua negara selama 50 tahun yang mana juga telah menjejaskan hubungan erat dua negara berjiran dan semangat pakatan ASEAN. Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Filipina (KemLu) mendesak agar Malaysia menjelaskan laporan yang menyebut bahawa warga Filipina yang memasuki kawasan Sabah telah dilakukan dengan semena-mena. Imbauan dari Filipina turut di dukung oleh HRW (Human Right Watch). Menurut HRW, Malaysia harus memberikan informasi mengenai kondisi di Sabah kepada Filipina termasuk mengenai beberapa warga Filipina yang telah di tahan. Filipina juga meminta Malaysia untuk memberikan akses penuh terhadap warga Filipina yang telah di tahan. Salah seorang daripada calon Presiden Filipina telah membuat ancaman untuk mahu meneruskan tuntutan terhadap Sabah sekiranya menang dalam pilihan raya dan beliau mendapat reaksi keras daripada rakyat Malaysia kerana ancaman tersebut tidak boleh di pandang
  • 30. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 30 serong dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai konflik baru yang akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara ini. Dalam pada itu, kerajaan Malaysia menjelaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak akan mengiktiraf dan melayan sebarang tuntutan ke atas Sabah. Ini kerana, Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia semenjak 16 September 1963. Wilayah terbabit terdiri daripada Residensi Pantai Barat, Pendalaman, Sandakan dan Tawau yang disebut dalam pemberian dan dalam tauliah Sultan Mumin, Temenggong Brunei dan Sultan Al-Alam Sulu kepada Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent bersama-sama waris dan rakan mereka. Wilayah itu juga meliputi Pulau Banggi dan Pulau Balembangan serta wilayah yang kemudian diperolehi oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British semasa Pemberian dan Penyerahan Wilayah 1884. Disebabkan konflik dan tuntutan terbabit, hubungan diplomatic diantara Malaysia dan Filipina pernah terputus. Namun, disambung semula pada 16 Disember 1969. Rajah 20 : Kawasan Pertempuran
  • 31. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 31 Rajah 21 : Borneo Utara Rajah 22 : Kawasan Yang Dikenakan Perintah Berkurung 5.0 LANGKAH MENGATASI / CARA PENYELESAIAN 1) Penubuhan Eastern Sabah Security Command (Esscom) Dikuatkuasakan Di Kawasan Eastern Sabah Security Zone (Esszone). ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013. Tujuan ianya diwujudkan adalah bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku baru-baru ini dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah. Datuk Ismail Sabri Yaacob juga telah
  • 32. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 32 memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing. Fungsi dan peranan Esscom juga adalah memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama, memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur Perjalanan secara bebas, tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang seterusnya membantu menjana perkembangan dan kestabilan sosio ekonomi dalam jangka masa panjang, khususnya di Sabah. Pembangunan tidak akan wujud dengan baik sekiranya tiada jaminan keselamatan dan keselamatan juga tidak akan wujud tanpa ada pembangunan yang baik, maknanya, keselamatan dan pembangunan mesti bergerak seiring. Penubuhan Esszone meliputi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. HALATUJU ESSCOM VISI : Peneraju kepada keselamatan demi kesejahteraan rakyat di Kawasan Timur Sabah menjelang 2017. MISI : Mengekal dan meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah dari sebarang ancaman melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan bagi memacu pembangunan dan kesejahteraan rakyat. FUNGSI DAN PERANAN (Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013)  Memastikan dan mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.  Memastikan kesejahteraan hidup, kesihatan awam dan kewujudan bersama.  Memastikan, memelihara dan memudahkan di kawasan Kawasan Timur Perjalanan secara bebas.  Tindakan yang sewajarnya untuk menempatkan semula orang atau kumpulan orang.
  • 33. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 33 TERAS STRATEGIK 1. Mengukuhkan kawalan keselamatan secara bersepadu. 2. Meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat. 3. Merancang dan menyelaras penempatan semula. 4. Memupuk semangat patriotism 5. Menyelaras pembangunan sosio ekonomi Rajah 23 : Menunjukkan anggota Esscom membuat rondaan di perairan TIGA ELEMEN JAMINAN KEAMANAN DI ESSCOM Penggabungan tiga elemen utama iaitu polis, tentera dan awam akan diperkukuhkan lagi di bawah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) bagi mewujudkan sebuah organisasi yang mantap. Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek, berkata tumpuan diberikan kepada organisasi bagi memastikan pengwujudan kawasan itu mencapai matlamat penubuhannya untuk menjamin keamanan di kawasan kira-kira 1,400 kilometer pesisir pantai timur negeri ini. Beliau berkata, ketiga-tiga elemen itu perlu digerakkan seiring kerana ESSCOM bukan saja membabitkan keselamatan, tetapi juga sosioekonomi dan pengurusan masyarakat. “Penggabungan tiga elemen utama akan diberi tumpuan dan perlu diharmonikan bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berkesan dalam
  • 34. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 34 menggalas tugas serta tanggungjawab yang diberikan,” katanya. Mohammad yang juga Pengarah Imigresen Sabah telah dilantik sebagai Pengarah ESSCOM pada 29 Mac 2013. Daerah Lahad Datu dijadikan pusat pemerintahan ESSCOM dan pada masa sekarang, pejabat sementara ditempatkan di Pangkalan Pasukan Gerakan Marin (PGM) dengan menggunakan kabin sebelum ibu pejabat ESSCOM dibina. Mohammad berkata, beliau tidak berseorangan dalam menggerakkan ESSCOM kerana mendapat bantuan dan kerjasama rapat rakan dari agensi lain antaranya Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri. Rajah 24 : Menunjukkan carta organisasi ESSCOM
  • 35. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 35 Rajah 25 : Menunjukkan Penubuhan ESSZONE meliputi 10 daerah di Sabah 2) INTEGRITI ANGGOTA HARUS DIPERBAIKI Kerajaan menyedari bahawa sektor awam merupakan instrumen terpenting dalam pengurusan dan pentadbiran, penyampaian perkhidmatan dan pembangunan negara. Justeru, pembudayaanetika dan integriti mestilah pada setiap masa diterjemahkan dalam semua aspek pelaksanaantugas dan tanggungjawab sektor ini. Penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni serta bersih daripada gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa perlu sentiasa diperkukuhkan dan menjadi amalan berterusan. Ke arah ini, kerajaan telah memperkenal dan melancarkan pelbagai program bagi memantap dan mempertingkatkan nilai-nilai murni dan integriti perkhidmatan awam sejak kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, usaha yang lebih terfokus dilaksanakan sejak tahun-tahun 1980an. Tumpuan diberikan kepada penghayatan konsep'Bersih, Cekap danAmanah', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam', 'Budaya Kerja Berkualiti', 'Kod EtikaKerja', 'Piaggam Pelanggan' dan 'ISO 9000'. Di samping itu, bagi memastikan penguatkuasaan usaha pencegahan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa, Kerajaan melalui Parlimen telah meluluskan Akta Pencegah Rasuah, 1961, bagi menggantikan The Prevention of Corruption Ordinance 1950.Dalam tahun 1967, BadanPencegah Rasuah (SPR) telah ditubuhkan bertujuan menghapuskan rasuah, penyelewengan dansalahguna kuasa. Dengan mengambil kira perkembangan dalam negeri dan antarabangsa, Akta ini kemudian
  • 36. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 36 disemak pada tahun 1971 dan seterusnya dimansuhkan serta digantikan dengan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sejak penubuhannya sehingga kini, BPR telah memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah, memelihara integriti pentadbiran Kerajaan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Program motavasi perlu dilaksanakan dan mewajibkan setiap anggota menghadiri program tersebut. Anugerah hendaklah disediakan kepada anggota yang paling berintegriti supaya anggota tersebut rasa dihargai dan anggota lain dapat mencontai anggota tersebut. Kerajaan juga telah menubuhkan Biro Pengaduan Awam (SPA) sebagai salah satu mekanisme dan saluran bagi orang ramai mengemukakan aduan mengenai salah tadbir, salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perkhidmatan awam. Jabatan Audit Negara dibentuk untuk mengaudit Penyata Akaun Awam bagi memastikan pengurusan perbelanjaan, hasil danaset Kerajaan dilaksanakan secara berhemah mengikut undangundang dan peraturan. Manakala Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ditubuhkan, antara lain, sebagai peneraju pembaharuan pentadbiran dalam mewujudkan perkhidmatan awam yang moden, cekap dan berkesan. Bagi memantapkan keutuhan pengurusan dan pentadbiran, Kerajaan telah membentuk Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK), dengan meletakkan isu keutuhan atau integriti pengurusan Kerajaan sebagai fokus utamanya. Pada masa ini Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri. Langkah di peringkat Kerajaan Pusat ini telah disusuli dengan pembentukan JawatankuasaKeutuhan Pengurusan (JKP) di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Dengan demikian keutuhan pengurusan bukan sahaja menangani isu integriti peringkat teratas, tetapi juga jentera pentadbiran pelbagai peringkat sehingga ke peringkat akar umbi. 3) KERJASAMA SERANTAU Kementerian Pertahanan dipimpin oleh Menteri Pertahanan dengan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan mengandungi dua perkhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kementerian bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Dasar Pertahanan
  • 37. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 37 Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan serta sumber-sumber yang disediakan kepada Angkatan Tentera (AT) untuk mempertahankan negara. Dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat negara untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara. Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan konsep pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan kepentingan strategik negara yang stabil dan aman. Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia Tenggara, tidak dapat dielakkan kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan ini, keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara-negara anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman kepada Malaysia. Dengan demikian sewajarnya, Malaysia memberi keutamaan kepada kerjasama serantau. Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan terhadap mengwujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina keyakinan dan menggalakkan ketelusan. Seiring dengan pendekatan ini, Malaysia akan menggalak dan menyumbang ke arah membangunkan suatu kesatuan ASEAN yang teguh dan berkesan untuk memastikan Asia Tenggara yang aman. Malaysia melihat penubuhan Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum – ARF) sebagai satu perkembangan penting ke arah kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau. Inisiatif ASEAN ini telah berjaya membawa bersama ahli-ahli untuk berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan yang melibatkan kepentingan bersama. Proses dialog yang dilaksanakan terbukti merupakan mekanisme penting ke arah membina keyakinan. Aktiviti-aktiviti ARF akan dapat mengwujudkan kerjasama yang lebih akrab serta persefahaman yang lebih baik di kalangan peserta ARF.
  • 38. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 38 Bagi melengkapi usaha-usaha kerjasama serantau, Malaysia juga menyedari perlunya untuk mendapat bantuan luar dari negara-negara luar rantau. Bantuan tersebut meliputi sokongan moral dan fizikal, kemudahan-kemudahan latihan, pemindahan teknologi dan bekalan peralatan. Ke arah usaha ini, Malaysia telah mengambil langkah untuk menjalin dan meningkatkan hubungan pertahanan dengan negara-negara luar rantau. Sungguh pun negara bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), ini tidak seharusnya mengenepikan keperluan untuk meminta bantuan daripada sumber-sumber di luar rantau apabila diperlukan. 4) PERTAHANAN LIMA NEGARA (FPDA) Ini terutamanya apabila tahap ancaman adalah melebihi keupayaan angkatan tempatan untuk menghadapinya. Malaysia menganggap peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk memperolehi bantuan luar. FPDA merupakan satu-satunya peraturan pertahanan bentuk formal yang melibatkan Malaysia dengan negara-negara kuasa luar rantau. Di peringkat awal penubuhan FPDA, negara menyedari bahawa dasar keupayaan berdikari memerlukan jangka masa tertentu untuk dicapai. Lantaran itu, FPDA telah menjadi saluran kepada Malaysia untuk membangun keupayaan pertahanan dengan bantuan negara-negara rakan yang telah sekian lama menjalinkan hubungan pertahanan dengan Malaysia. Corak mekanisme perundingan FPDA membuka ruang kepada negara untuk mendapat bantuan luar dan juga jaminan keselamatan. Malaysia adalah komited dengan pendirian bahawa FPDA masih relevan. Walau bagaimanapun, berdasarkan senario strategik semasa dan peningkatan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), peranan FPDA telah disusun semula untuk mencerminkan keperluan semasa. Komitmen tegas Malaysia terhadap Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu memerlukan negara berpegang kepada pendirian pertahanan yang bercorak defensif. Sehubungan dengan ini, dasar pertahanan telah menggubal strategi berdasarkan prinsip cegah rintang dan pertahanan menyeluruh. Dasar ini juga menggariskan perlunya mengelakkan terjadinya konflik dalam wilayah sendiri, sama ada dengan
  • 39. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 39 mencegahnya dari berlaku, atau melalui cara berdepan dengan musuh sejauh mungkin di luar wilayah Malaysia. Konsep cegah rintang bertujuan untuk menghindarkan bakal musuh dari mengamalkan dasar-dasar yang bertentangan dengan langkah penyelesaian konflik secara aman. Ini memerlukan pelaksanaan strategi pencegahan di samping usaha-usaha untuk membangunkan sebuah angkatan tentera yang memiliki keupayaan yang mantap untuk menghadapi peperangan. Ia juga dapat memastikan negara mempunyai keupayaan bagi menghalang sebarang tindakan kekerasan atau keganasan oleh pihak lawan. 5) PERTAHANAN MENYELURUH Konsep pertahanan menyeluruh berkait dengan usaha yang total dan bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan, agensi bukan Kerajaan, sektor swasta dan rakyat jelata dalam mempertahankan negara. Pemeliharaan keutuhan dan kedaulatan Malaysia memerlukan komitmen semua lapisan rakyat, dan tidak hanya oleh Angkatan Tentera. Sungguhpun tugas mempertahankan negara merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan, kewajipan untuk memastikan bahawa pasukan berkenaan mampu menghadapi cabaran adalah tanggungjawab nasional. Menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan bantuan luar, Malaysia yakin bahawa dasar keupayaan berdikari seharusnya terus menjadi tonggak pertahanan negara. Sehubungan ini, Malaysia akan terus berusaha ke arah meningkat dan membangunkan keupayaan ATM di samping menggalakkan kesedaran pertahan dan semangat patriotik di kalangan rakyat jelata. Bajet 2017 Operasi ESSZONE / Keselamatan Negara  Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323j diperuntukkan utk penugasan anggota di sempadan kwsn Timur Sabah
  • 40. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 40  Mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Tmpatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8×8  Kenderaan perisai 4×4 di Lahad Datu, pnempatan skuadron psawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pgkln Udara Labuan  RM12.8b utk KDN termasuk RM8.7b utk PDRM. Antaranya bina 12 ibu pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69 dan lain-lain 6) MENGADAKAN PROGRAM MENGENAI ISU PENCEROBOHAN Di samping itu, pihak kerajaan mahupun pihak bukan kerajaan hendaklah megadakan program mengenai isu pencerobohan agar rakyat Malaysia tahu cara untuk mengelakkan isu ini berlaku, apa perlu buat jika isu ini berlaku dan isu ini berlaku. Program yang melibatkan negara serantau menjalinkan hubungan yang baik. Konklusinya, gandingan mantap seluruh jiwa raga rakyat dan pihak berkuasa perlu dalam konteks menjaga kedaulatan negara daripada dibolosi oleh anasir-anasir luar yang boleh merobek kedaulatan serta keharmonian adat dan budaya masyarakat di Malaysia. Rakyat perlu berganding bahu dan bersatu hati dalam menjamin keselamatan negara sentiasa berada dalam tahap yang optima kerana kelekaan dalam soal mempertahankan benteng negara akhirnya boleh membawa kepada neo- kolonialisme. Oleh itu, soal mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara merupakan tanggungjawab kolektif seluruh rakyat. Rajah 26 : Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melihat senjata anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal kawasan Kampung Tandou di Lahad Datu
  • 41. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 41 6.0 KESIMPULAN Peristiwa di lahad datu, Sabah merupakan salah satu tragedi yang terburuk yang pernah melanda bukan sahaja untuk rakyat Sabah tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Kejadian initelah membuka mata rakyat Malaysia bahawa keamanan di Negara kita pada bila-bila masa boleh diragut jika kita terus leka dengan kesenangan yang ada. Tragedi ini telah menunjukkan bahawasanya sistem pertahanan di kawasan sempadan Negara kita lemah dan mudah dicerobohi oleh anasir-anasir jahat yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan Negara kita. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah proaktif dan progresif dalam membendung masalah ini dari berlaki pada masa hadapan. Antara langkahnya ialah penubuhan kawasan ESSCOM. Akhir sekali, anasir-anasir jahat boleh menembusi dari pelbagai aspek untuk menggugat keamanan Negara. Oleh itu, mari kita berganding bahu tak kira bangsa, agama, dan ideology bagi mengusir anasir-anasir jahat dari merosakkan keamanan Negara kita.
  • 42. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 42 7.0 RUJUKAN 1) AsiaOne. Sulu Group Cornered within smaller area after Shootout [Article on the Internet] 2 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from: http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia/Story/A1Story20130 302-405728.html. 2) Astroawani. Ada apa dengan Sabah? [Article on the Internet] 21 June 2014. [Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.astroawani.com/berita- malaysia/ada-apa-dengan-sabah-38111. 3) Astroawani. Filipina siap kajian tuntutan ke atas Sabah [Article on the Internet] 25 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/filipina-siap-kajian-tuntutanke- atas-sabah-10743. 4) Astroawani. Kronologi pencerobohan pantai timur Sabah [Article on the Internet] 9 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kronologi-pencerobohanpantai- timur-sabah-9460. 5) Bernama. APMM Pertingkat Kawalan di Perairan Lahad Datu. [Article on the Internet] 2 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=sbm&id=93 1566. 6) Bunn Negara (2013) A foreign problem that became Sabah's. [Article on the Internet] 3 March 2013. [Cited 5 June 2015]. Available from: http://www.thestar.com.my/opinion/columnists/behindtheheadlines/2013/03/03 /a-foreign-problem-that-became-sabahs/. 7) Buzan B (1991) New Patters of Global Security in the Twenty-First Century. International Affairs 67, 431-451. 8) Cruz AD (2013) Heirs of Sultan of Sulu pursue Sabah claim on their own. Inquirer Global Nation [Article on the Internet] 16 February 2013. [Cited5 June 2015]. Available from: http://globalnation.inquirer.net/64577/heirs-of-sultan-of- sulu-pursue-sabah-claim-on-their-own. 9) Franco J (2013) The Sabah-Sulu crisis: Time to revisit the Sulu zone. RSIS Commentaries 44, 1-2.
  • 43. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 43 10)Frank S (2006) Project Mahathir: 'Extraordinary’ populatian growth in Sabah. Sudostasien actuell pp.7180. 11)Mazwin Nik Anis, Khoo S, Vanar M (2013) Lahad Datu: PM confirms two commandos killed: Regrets bloodshed. The Star Online [Article on the Internet] 1 March 2013. [Cited 11 June 2015]. Available from: http://www.thestar.com.my/news/nation/2013/03/01/lahad-datu-pm-confirms- two-commandoskilled-regrets-bloodshed/. 12)Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana P, Marja Azlima Omar (2003) Pendatang Filipina di Sabah: Satu pemerhatian dari sudut keselamatan. Jati 8, 217-240.
  • 44. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 44
  • 45. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 45
  • 46. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 46 Rajah 27 : Keratan Akhbar 1
  • 47. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 47 Rajah 28 : Keratan Akhbar 2
  • 48. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 48 Rajah 29 : Keratan Akhbar 3
  • 49. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 49 Rajah 30 : Keratan Akhbar 4
  • 50. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 50 Rajah 31 : Keratan Akhbar 5
  • 51. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 51 Rajah 32 : Keratan Akhbar 6
  • 52. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 52 Rajah 33 : Keratan Akhbar 7
  • 53. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 53 Rajah 34 : Keratan Akhbar 8
  • 54. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 54 Rajah 35 : Keratan Akhbar 9
  • 55. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 55 Rajah 36 : Pasukan Unit Tindak Khas (kiri) dan PGA melakukan tinjauan pembersihan di Kampung Sri Jaya , Simunul Rajah 37 : 5 Mac 2013: 3 buah F/A-18D Hornet bertindak menggugurkan bom pintar panduan laser Paveway II manakala 5 buah BAE Hawk Mk.208 bertindak menggugurkan bom tanpa panduan 500-1500lb . Kawasan sasaran meliputi kawasan seluas 4km persegi di samping 10km persegi yang dikhaskan sebagai kawasan penampan / selamat Rajah 38 : Serangan diteruskan lagi dengan kemaraan lebih 1000+ pegawai dan anggota melibatkan pasukan khas seperti Gerup Gerak Khas (GGK) , VAT 69 , Briged 10 PARA , PGA dan lain-lain . Formasi ini turut dibantu dengan kemaraan 4 buah kereta perisai Condor APC
  • 56. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 56 Rajah 39 : Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. – BERNAMA Rajah 40 : Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. – BERNAMA
  • 57. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 57 Rajah 41 : Anggota polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini. – BERNAMA Rajah 42 : Pertempuran di perkampungan air Sri Jaya menjadikan jumlah keseluruhan anggota keselamatan terkorban sebanyak 8 orang
  • 58. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 58
  • 59. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 59
  • 60. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 60 Rajah 43 : Dokumen Gob. Abdulsakur Tan yang diserahkan kepada YM Datu Albi. Menurut Datu Albi, Council of Royal Datus tidak bersetuju Malaysia membayar kepada hanya 9 Waris.
  • 61. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 61
  • 62. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 62
  • 63. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 63 Rajah 44 : Perbincangan Bersama Ahli Kumpulan di Perpustakaan Tun Aminah, UTHM pada 15 Oktober 2016
  • 64. UWS 10103 : KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MUKTAHIR MALAYSIA | Kumpulan 8 64 Rajah 45 : Perbincangan Bersama Prof Hj Shamsaadal Sholeh B. Hj Saad selepas waktu kuliah pada 20 Oktober 2016