SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
JASAMU MEMAHAT GENERASI GEMILANG

Syed Muszapfar tersenyum memandang bangunan yang berdiri megah itu.Semua
telah berubah bersama pembangunan pendidikan sejajar dengan pembestarian sekolah.Di
bangunan inilah pendidik yang menjunjung amanah negara akan terus berjuang hingga
melahirkan belia dan beliawanis yang mantap mencanang aspirasi negara. Perasaannya
berbaur sedih,gembira dan lucu apabila terpandang astaka yang menggamit seribu
kenangan dalam hidupnya. Astaka Ilmu Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai. Dia
pernah berdiri di astaka itu.Dia pernah mendedikasikan sajak itu buat insan-insan yang
telah menabur jasa mendidik anak bangsa. Di astaka ini kulihat insan bernama “Guru”
menitiskan air mata bila kami meraikan Hari Guru sebagai tanda peringatan dan
penghargaan kami terhadap mereka..Luahan bicara kami melalui sajak itu membawa
nukilan hati Sasterawan Negara yang menyanjungi budi dan jasa guru.Kami turut terharu
apabila menghayati sajak itu.Maksud yang tersurat dan tersirat itu telah menyelinap ke
dalam sanubari kami.Jasa guru terlalu sukar untuk dibalas namun,budi guru hanya
mampu diadaptasikan dalam sajak cetusan hati para cendekiawan negara.Sajak itu
memberi impak yang menunjukkan betapa berharga budi guru secara menyeluruh untuk
semua insan di dunia ini. Maha kaya Allah SWT yang mencipta insan bernama guru yang
menjadi kalam untuk mengajar manusia membaca dan menulis .Sungguh menakjubkan!
Digenggamannya ada sekeping kertas yang berlipat.Ibarat amanat yang menjadi
azimat yang menguatkan ingatannya pada kenangan bersama warga SMWIP .Sekilas dia
menghela nafas panjang .Di hatinya , kalimah –kalimah kesyukuran membawa bersama
memori indah yang memaut hati dan perasaannya. Kertas yang berlipat itu dibuka.

1
Tertera “Sajak Guru Oh Guru”. Pemberian dan amanat ini akan dibawa bersama dengan
kalimah terima kasih buat insan yang bernama “Guru”. Dia mengamati satu persatu baris
sajak itu.Setiap 16 Mei ,dia pasti akan meniti baris sajak hasil karyawan Allahyarham
Sasterawan Negara Dato’Usman Awang.
Walau di mana guru berada, doanya sentiasa mengiringi insan yang banyak
berjasa mengajar anak bangsa tanpa mengira agama dan darjat itu.Keistimewaan guru
terserlah dan di kagumi apabila dia semakin dewasa dan bijak membicarakan soal hati,
perasaan , menghargai erti pengorbanan dari segi masa dan tuntutan masyarakat terhadap
insan yang bernama “Guru”.Dia mengamati sajak itu.Hatinya berdetik setiap kali satu
demi satu aksara dirangkumkan menjadi perkataan dan ayat yang menusuk ke jiwanya.
Dia membaca sajak itu.
Guru oh Guru
(Oleh Sasterawan Negara Dato' Usman Awang)
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
- Usman Awang
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

2
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada Negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang
Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam
Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989.

Air mata bergenang di pipinya Kata –kata puitis itu telah meluruhkan segala keegoaannya
Sajak ini mengembalikan semula nostalginya kepada gedung mencari ilmu iaitu Sekolah
Wawasan Ilmu Indah Permai .
“Apa cita-cita awak ?”
Senyuman gadis yang melirik itu memang tidak dapat dilupakan. Memang dia pemalu.
”Saya nak jadi tukang masak.Gadis bertocang dua itu tersipu-sipu bangun .
Kami semua ketawa. Cikgu muda itu terpaksa meminta pelajarnya berhenti ketawa
apabila dilihatnya air muka Norisha terus berubah.
”Perhatian semua.Kenapa kamu ketawakan dia?”
”Hai….Norisha….lepas SPM, awak duduk rumah jadi tukang masaklah ye….”
”Sharuddin,kenapa kamu kata begitu? Inikan cita-cita dia. Kita kena
hormatinya.Mungkin satu masa nanti dia akan jadi tukang masak professional seperti

3
Chef Wan. Betul Norisha?”
Gadis itu tunduk malu sambil mengangguk-angguk.
“Awak pula, Hashim,apa cita-cita kamu?”
Saya nak jadi juruterbang.
”Wow! Juruterbang …..Cayalah! ”Shukri menepuk-nepuk bahu Hashim.
”Awak ,Syed Muszapfar ?”
”Saya?”
Ya,awak.
Saya….saya nak jadi angkasawan.
”Ya? Alhamdulillah. Bagus tu, moga kamu berjaya sampai ke bulan dan meneroka
aeroangkasa.
”Wow,dahsyat tu!” Aizan Nur Hakimi mencelah.
Ketika itu, aku mampu tersenyum sahaja.Seolah-olah aku hanya berangan.Angkasawan?
Bukannya mudah.Namun, kata-kata itu ibarat doa apatah lagi guru memberkati niatku itu.
Shukri?
“Saya ingat nak jadi guru.”
Adam terus ketawa berdekah-dekah.
“Wow, hebat!” Ramli mencelah.
Cikgu Danial memandang Ramli.
Shukri terus memandang tepat ke muka Ramli dengan renungan penuh
makna. Ramli terus berpaling ke arah lain. Dia tahu Shukri marah dengan ejekannya.
“Saya yakin kamu semua ada cita-cita Jadi, saya nak kamu fikir ,tanpa pelajaran,
bolehkah kamu terus berjaya ? ”

4
Semua pelajar mengeleng kepala.
“Tidak .”Azuan menjerit dengan bersemangat. Semua mata tertumpu kepadanya.
”Jadi, saya harap awak faham kenapa kita kena pergi sekolah.Kenapa kita kena belajar?
Jadi, janganlah kamu ponteng sekolah.”
Sepantas kilat, kami memahami kata-kata Cikgu Danial.
Semua mata memandang tempat duduk kosong di barisan hadapan tepi tingkap kelas.
Mereka seolah-olah memahami siapa yang dimaksudkan oleh Cikgu Danial.
Cikgu Danial memandang kerusi yang kosong itu. Dia mengeleng-geleng
kepalanya. Syafiq tidak datang lagi. Hari ini adalah hari ketiga dia tidak hadir ke sekolah.
Cikgu Danial telah menghubungi dan menelefon keluarganya tetapi tiada satu panggilan
yang berjawab. Tiga hari berturut-turut dia tidak hadir. Surat amaran pertama akan
dikeluarkan .
Ternyata raut muka Cikgu Danial berubah apabila Syafiq mengetuk pintu kelas.
”Assalammualaikum, Cikgu.”
”Waalaikumsalam .”Terpancar senyuman di wajah Cikgu Danial.
”Maafkan saya Cikgu. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.Ini surat
doktor.
Cikgu Danial mengambil surat cuti sakit dari Syafiq.
”Syafiq,lain kali kalau demam atau tidak sihat, maklumkan kepada cikgu atau
rakan-rakan.Cikgu dan rakan-rakan semua risau tentang kamu.
”Baiklah cikgu.Maafkan saya. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya.
Alhamdulillah saya dah sihat sekarang.”

5
Kami semua tersenyum memandang Syafiq.Cikgu Danial tidak marah atau
menyoal Syafiq lagi.Dia tidak suka membuang masa Pengajaran berjalan lancar seolaholah tiada apa yang berlaku. Pelajaran lebih penting. Itulah guruku. Masa pengajaran
Sains Cikgu Danial telah tamat. Kami amat berpuas hati dan faham tajuk yang diajarnya.
Penggunaan komputer riba dan cakera padat pendidikan yang berkesan memantapkan
pemahaman kami. Ternyata teknologi canggih makmal maya yang dipaparkan dapat
membawa kami ke alam realiti angkasa lepas. Keistimewaan guruku.Prihatin dengan
kehendak kami. Berpradigma untuk kami jadi cemerlang,gemilang dan terbilang sejajar
dengan aspirasi pendidikan negara. Secara tidak langsung, aku dapat merasakan guruguru lain seperti Cikgu Haris, Ustaz Mikail , Puan Hasinah dan Puan Hajah Marisa
terdorong untuk membuat inovasi yang serupa dalam pendekatan pembelajaran pada
kami. Berbeza sebelum kedatangan Cikgu Danial, kami hanya mendengar sahaja
pengajaran guru,membuat latihan dan perbincangan kumpulan.Inovasi dalam pengajaran
Cikgu Danial telah membawa pembaharuan kepada kami. Guru kami membawa
komputer riba yang canggih untuk memberikan latihan yang mencabar kreativiti kami di
kelas. Cikgu Danial telah menaikkan semangat untuk kami belajar. Pengajaran guru itu
menjadikan kami tidak jemu. Aku turut terpikat akan kecanggihan teknologi yang
didedahkan oleh guru itu. Setiap hari pasti kami akan menunggu kedatangan guru yang
sentiasa ceria dan memberi komitmen yang baik untuk kami belajar. Inovasi yang
dipaparkan telah banyak meningkatkan prestasi kami.
Personaliti guru sangat penting. Kekemasan Cikgu Danial memang menjadi
kebanggaan kami.Raut mukanya tidak pernah memaparkan kemarahan kepada kami
walau kami tahu kami banyak menyakiti hati guru itu.

6
Kami juga pernah bersepakat memberi hadiah sehelai tali leher untuk Cikgu
Danial Sempena Hari Guru dengan ucapan :
“Selamat Hari Guru , Cikgu Danial”.Kekacakan dan kekemasan dirimu
memberikan inspirasi untuk kami belajar.Semoga dengan pemberian ini Cikgu
akan lebih segak, kemas dan bersemangat mengajar kami. Kami semua
menyayangimu.Terima kasih atas segala tunjuk ajarmu.
Ikhlas dari:
Pelajar Tingkatan 3 Rancangan Khas
Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai.
Melaka.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Cikgu Danial berhenti di situ.Aku suka
Cikgu Danial Hakim. Guru kelas merangkap guru disiplin Sekolah Menengah Wawasan
Indah Permai.Orangnya kacak. Belum berkahwin lagi.Baru sahaja menjadi warga guru
SMWIP awal tahun lepas. Pemegang Ijazah Sains dari Universiti Sains Malaysia.Idola
bagi guru lelaki dan perempuan lain kerana sikapnya yang rajin, kemas dan berdisiplin.
Memang layak kami jadikan guru contoh. Selalu sahaja lewat pulang ke rumah sewanya
yang terletak selang tiga pintu dari rumahku. Cikgu yang tak jemu memberi tunjuk
ajar.Walau sesi sekolah tamat pada waktu tengah hari, dia tetap akan teruskan kelas
tambahan terutama untuk pelajar-pelajar Galus yang memerlukan tunjuk ajar dari guru
muda itu. Kadangkala ada juga kulihat pelajar perempuan yang mengada-ngada sahaja
bertanyakan soalan kepada guru muda itu. Rasa meluat pula bila mereka pura-pura tidak
faham sesuatu perkara yang diajar oleh guru muda itu semasa di kelas. Masih kuingat
bagaimana Lina dan Salmi merancang untuk bertanya soalan PMR Sains tahun-tahun

7
lepas. Geram bila aku dengar mereka merancang untuk berjumpa dengan Cikgu Danial.
Bila memikirkan semua itu, aku terfikir sama ada betul ke perasaan aku terhadap kawankawan itu.. Mungkinkah aku cemburu. Aku tersenyum sendirian.Dia guru kami. Semua
orang berhak mendapat tunjuk ajar daripadanya. Mengapa pulak aku harus bersangka
buruk. Biarlah mereka mencungkil ilmu dari guru muda itu. Tanggungjawab guru
membimbing pelajarnya.Aku juga berhak mendapatkan tunjuk ajar daripadanya.
Waktu rehat itu menjadikan keadaan kelam kabut apabila Shukri buat hal lagi.
Shukri dan Ramli terpaksa mengadap pengetua. Berpeluh-peluh kulihat Adam ketakutan.
Perangai Shukri tudak berubah walau telah berkali diberi amaran.Cikgu Danial Hakim
bergegas membawa Shukri dan Ramli ke pejabat Pengetua.Semua masalah disiplin
terpaksa dihadapi oleh Cikgu Danial. Kadangkala ada pelajar yang tidak menghantar
buku, ponteng sekolah, lewat datang sekolah dan bermacam-macam lagi.Semua masalah
itu mesti dihadapi guru kami.Kami amat bangga dengan ketegasan dan keprihatinan guru.
”Shukri,Ramli… Saya malu dengan Pengetua.Kamu berdua anak didik saya. Saya
guru kelas kamu.Guru disiplin sekolah ini.Saya mengajar kamu nilai-nilai murni
yang baik untuk masa depan kamu.Kenapa kamu berdua tidak memikirkan
tentang akibatnya perbuatan awak ? Esok ,pasti bapa awak akan datang ke
sekolah,betul tak Shukri ? Bapa awak begitu mengambil berat tentang prestasi
awak. Begitu juga dengan awak,Ramli. Saya nak awak fikirkan apa yang
Pengetua kata tadi. Saya tak mahu awak dibuang sekolah tetapi tindakan tatatertib
tetap dikenakan kerana awak dah membuli orang lain. Perbuatan ini salah. Saya
mahu kamu ubah diri kamu. Jadi budak yang baik. Jadi anak yang baik .Jadilah
insan yang baik untuk agama , bangsa dan negara.

8
Shukri… tadi baru awak kata ,awak nak jadi macam saya. Awak nak jadi guru ,
bukan? ”
Shukri mengangguk. …Hatinya mula bergetar.Terasa sayu dan marah dengan sikapnya
sendiri. Dia sangat marah kepada Ramli kerana memperlinya di dalam kelas tadi.
Memang dia akui mengugut Ramli. Dia memang tidak dapat menahan kesabarannya tadi.
Tidak disangka, Johan, ketua pengawas nampak perbuatannya mencekak leher baju
Ramli di belakang bangunan Blok Cendana. Memang salah dia. Adam yang
menemaninya pun dituduh terlibat sama. Sudah dua kali surat amaran diterima kerana
menyalahi disiplin sekolah. Memang dia panas baran tapi ketegasan dan keprihatinan
Cikgu Danial yang tidak jemu menasihatinya telah melembutkan hatinya. Cikgu Danial
banyak menyentuh perasaannya . Dia tahu guru itu sentiasa mengikuti perkembangan
dirinya.Dia tahu Cikgu Danial sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk berubah
sikap. Dia tahu cikgu itu menyayanginya.
Shukri sangat terkenal dengan kenakalannya di sekolah.Walaupun begitu, dia
telah cuba untuk berubah.Namun, nasib tidak menyebelahinya.Shukri terlibat di dalam
kemalangan seminggu sebelum sambutan Perayaan Hari Guru di sekolah. Cikgu Danial
terlalu prihatin dengan Shukri.Kami sekelas turut merasa sedih atas apa yang menimpa
Shukri.Kami tahu Shukri menganggotai Geng Rempit itu.Kami sangat terperanjat apabila
ayah Shukri memberitahu Cikgu Danial bahawa Shukri terlibat di dalam kemalangan
semasa sedang berlumba aksi dengan rakan-rakannya.
Air mata kelihatan di pipi Cikgu Danial. Dia mengelap manik-manik yang jatuh
di pipi Shukri. Shukri mengalami pendarahan otak yang serius.Mesin penyambung hayat

9
akan berhenti bila-bila masa.Kulihat Shukri mengenggam erat tangan Cikgu Danial.Nafas
Shukri makin cepat.
“Mengucap Shukri.”
“Maafkan saya, Cikgu.Maafkan saya mak,ayah.Saya tidak dengar cakap cikgu.
Saya selalu bawa masalah pada Cikgu.Saya ……” nada suaranya terputus.
Kalimah Allah itu diucap dengan nada yang tersekat-sekat.Suaranya semakin
perlahan. Kudengar Cikgu Danial membisikkan kalimah Allah itu berulang-ulang kali.
Mata Shukri terus terpejam.Kami tahu dia telah pergi meninggalkan kami.Sajak ini akan
kubacakan sepertimana yang diwasiatkan oleh arwah Shukri untuk didedikasikan kepada
guru-guru kami terutamanya Cikgu Danial Hakim.Sajak ini telah diberi kepada aku
sebelum Shukri terlibat di dalam kemalangan itu.Dia memintaku membaca sempena
sambutan Hari Guru di sekolah.Sajak yang membawa kasih dan sayang buat guru –guru
kami.Sajak itu masih kusimpan sebagai azimat untuk meneruskan cita-cita ini.
Air mata mula mengalir di pipi Ramli. Dirinya rasa serba salah terhadap
perbuatannya sendiri. Dia telah insaf dan berubah. Dia berjanji kepada dirinya untuk
patuh kepada peraturan sekolah, belajar bersungguh-sungguh dan menanam nilai-nilai
murni dalam dirinya.
“Cikgu , maafkan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan saya.
Saya akan dengar nasihat cikgu.Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.”
Suasana sedih menyelubungi kelas 3RK. Cikgu Danial cuma mengangguk-anggukkan
kepalanya sambil menyambut salam Ramli. Raut wajahnya penuh kesayuan. Cikgu
Danial kesedihan Kami tahu dia menahan perasaan sedih yang melanda hatinya. Berita
pemergian Cikgu Danial untuk melanjutkan pelajaran disambut dengan perasaan sedih

10
oleh kami semua. Kami akur Cikgu Danial perlu pergi untuk melanjutkan pelajarannya
lagi. Kami akan kehilangan guru yang sangat baik dan berketrampilan.Perpisahan itu
mengubah kami,warga SMWIP. Cikgu Danial Hakim berjaya menawan hati Ramli untuk
berubah.Menawan hatiku untuk berjaya sebagai pelajar cemerlang SMWIP.Akhirnya
keegoan dan kenakalan Ramli kalah di tangan guru itu. Aku sangat bangga dan berterima
kasih kerana Cikgu Danial telah membuka ruang yang luas supaya kami sedar arah tuju
kami sebagai seorang pelajar. Wawasan diri Cikgu Danial menyuntik semangat kami
supaya menjadi individu yang berjaya ,cemerlang dan berdaya saing.
Astaka ini telah mambangkitkan semula kenangan sepuluh tahun yang
lalu.Bangunan sekolah Blok Cendana akan dirobohkan untuk digantikan dengan
bangunan baru yang dilengkapi makmal komputer, makmal sains dan pejabat sekolah.
Pembangunan dalam bidang pendidikan perlu bagi melahirkan pelajar yang celik
maklumat dengan teknologi yang terkini. Justeru itu, sempena Hari Guru, 16 Mei
membawaku bertandang ke sekolah itu untuk mengambil foto sebagai kenangan.
Berlatar belakangkan bangunan Blok Cendana yang telah separuh usang, kami bergambar
bersama .Norisha ,Johan,Adam,Ramli dan Herman.Aku bersyukur kerana dengan tunjuk
ajar guru aku mampu mengubah hidupku.Aku yakin bahawa kejayaanku adalah
berakarumbikan kepada nasihat dan tunjuk ajar guru di sekolah .Tanpa guru aku tak
mungkin berjaya.Tanpa guru aku tak mengenal huruf dan angka.Tanpa guru baris sajak
itu tak mungkin dapat kubaca.Sesungguhnya aku berterima kasih kepadamu guru.Kuakui
kebenaran bahawa guru adalah senjata bangsa yang mampu mengubah tamadun hidup
manusia .Tiada kata yang paling berharga melainkan penghargaan dan terima kasih buat
semua guru yang telah menjadikan semua pemimpin,barisan cendekiawan dan belia

11
menjadi manusia yang berilmu ,beriltizam ,cemerlang dan gemilang di persada
dunia.Semoga dirimu dirahmati Tuhan atas jasa dan baktimu sebagai pendidik.

TAMAT

12

More Related Content

What's hot

Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan bMari Govin
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrEdward Ngu
 
Karangan catatan
Karangan catatanKarangan catatan
Karangan catatanganehema
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2fadhramli
 
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Rashidah1996
 
Cerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssss
Cerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssssCerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssss
Cerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssssYudi Pujiadi
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNORINSON
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1fadhramli
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1afadhramli
 
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Rashidi Shaari
 
Kump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangiKump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangisaramah upsi
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanJeglin Siva
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guruain2101
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatanJeglin Siva
 

What's hot (20)

Karangan kumpulan b
Karangan kumpulan bKarangan kumpulan b
Karangan kumpulan b
 
Kemelut hati
Kemelut hatiKemelut hati
Kemelut hati
 
Cara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsrCara mudah menulis karangan upsr
Cara mudah menulis karangan upsr
 
Success story pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
Success story  pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasionalSuccess story  pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
Success story pengalaman menjadi guru berprestasi tingkat nasional
 
Karangan catatan
Karangan catatanKarangan catatan
Karangan catatan
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2
 
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
 
Cerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssss
Cerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssssCerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssss
Cerita fantasi zia tugas tugassssssssssssssssssssssssss
 
Catatan perjalanan guru berprestasi ke melbourne
Catatan perjalanan guru berprestasi ke melbourneCatatan perjalanan guru berprestasi ke melbourne
Catatan perjalanan guru berprestasi ke melbourne
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2
 
Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
 
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
Pembentangan laskar pelangi kumpulan 3
 
Kump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangiKump 3 laskar pelangi
Kump 3 laskar pelangi
 
Contoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatanContoh penulisan catatan
Contoh penulisan catatan
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guru
 
Contoh rangka catatan
Contoh  rangka catatanContoh  rangka catatan
Contoh rangka catatan
 
Notice
NoticeNotice
Notice
 

Similar to Jasamu memahat generasi gemilang

Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docxTeks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docxSMarSeden1
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
Soal usbn b. indonesia praktik k 2006
Soal usbn b. indonesia  praktik k 2006Soal usbn b. indonesia  praktik k 2006
Soal usbn b. indonesia praktik k 2006Agus Sugiyanto
 
PANTUN SELAMAT HARI GURU.docx
PANTUN SELAMAT HARI GURU.docxPANTUN SELAMAT HARI GURU.docx
PANTUN SELAMAT HARI GURU.docxEveClau
 
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.docUCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.docridzwanali
 
Berhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garudaBerhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garudaDelina Rahayu
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxSHAHRIMANBINHUSSINMo
 
Kumpulan 30 puisi tentang wanita
Kumpulan 30 puisi tentang wanitaKumpulan 30 puisi tentang wanita
Kumpulan 30 puisi tentang wanitaDikha Wijanarko
 
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)Siti Aminah Ramlan
 

Similar to Jasamu memahat generasi gemilang (20)

Sajak guru
Sajak guruSajak guru
Sajak guru
 
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docxTeks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
 
Teks ucapan hari guru
Teks ucapan hari guruTeks ucapan hari guru
Teks ucapan hari guru
 
Ucapan murid
Ucapan muridUcapan murid
Ucapan murid
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Para Penanti
Para PenantiPara Penanti
Para Penanti
 
Soal usbn b. indonesia praktik k 2006
Soal usbn b. indonesia  praktik k 2006Soal usbn b. indonesia  praktik k 2006
Soal usbn b. indonesia praktik k 2006
 
PANTUN SELAMAT HARI GURU.docx
PANTUN SELAMAT HARI GURU.docxPANTUN SELAMAT HARI GURU.docx
PANTUN SELAMAT HARI GURU.docx
 
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.docUCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
 
teks mc hari guru 2022.docx
teks mc hari guru 2022.docxteks mc hari guru 2022.docx
teks mc hari guru 2022.docx
 
Ucapan perpisahan
Ucapan perpisahanUcapan perpisahan
Ucapan perpisahan
 
Teks anekdot 3 bidang
Teks anekdot 3 bidangTeks anekdot 3 bidang
Teks anekdot 3 bidang
 
Berhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garudaBerhutang pada sang garuda
Berhutang pada sang garuda
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
 
Kumpulan 30 puisi tentang wanita
Kumpulan 30 puisi tentang wanitaKumpulan 30 puisi tentang wanita
Kumpulan 30 puisi tentang wanita
 
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
 
Hadiah ulang tahun ibu
Hadiah ulang tahun ibuHadiah ulang tahun ibu
Hadiah ulang tahun ibu
 
ucapan wakil murid.docx
ucapan wakil murid.docxucapan wakil murid.docx
ucapan wakil murid.docx
 
Aku bangga menjadi guru
Aku bangga menjadi guruAku bangga menjadi guru
Aku bangga menjadi guru
 
Cerita Anak-anak
Cerita Anak-anakCerita Anak-anak
Cerita Anak-anak
 

Jasamu memahat generasi gemilang

  • 1. JASAMU MEMAHAT GENERASI GEMILANG Syed Muszapfar tersenyum memandang bangunan yang berdiri megah itu.Semua telah berubah bersama pembangunan pendidikan sejajar dengan pembestarian sekolah.Di bangunan inilah pendidik yang menjunjung amanah negara akan terus berjuang hingga melahirkan belia dan beliawanis yang mantap mencanang aspirasi negara. Perasaannya berbaur sedih,gembira dan lucu apabila terpandang astaka yang menggamit seribu kenangan dalam hidupnya. Astaka Ilmu Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai. Dia pernah berdiri di astaka itu.Dia pernah mendedikasikan sajak itu buat insan-insan yang telah menabur jasa mendidik anak bangsa. Di astaka ini kulihat insan bernama “Guru” menitiskan air mata bila kami meraikan Hari Guru sebagai tanda peringatan dan penghargaan kami terhadap mereka..Luahan bicara kami melalui sajak itu membawa nukilan hati Sasterawan Negara yang menyanjungi budi dan jasa guru.Kami turut terharu apabila menghayati sajak itu.Maksud yang tersurat dan tersirat itu telah menyelinap ke dalam sanubari kami.Jasa guru terlalu sukar untuk dibalas namun,budi guru hanya mampu diadaptasikan dalam sajak cetusan hati para cendekiawan negara.Sajak itu memberi impak yang menunjukkan betapa berharga budi guru secara menyeluruh untuk semua insan di dunia ini. Maha kaya Allah SWT yang mencipta insan bernama guru yang menjadi kalam untuk mengajar manusia membaca dan menulis .Sungguh menakjubkan! Digenggamannya ada sekeping kertas yang berlipat.Ibarat amanat yang menjadi azimat yang menguatkan ingatannya pada kenangan bersama warga SMWIP .Sekilas dia menghela nafas panjang .Di hatinya , kalimah –kalimah kesyukuran membawa bersama memori indah yang memaut hati dan perasaannya. Kertas yang berlipat itu dibuka. 1
  • 2. Tertera “Sajak Guru Oh Guru”. Pemberian dan amanat ini akan dibawa bersama dengan kalimah terima kasih buat insan yang bernama “Guru”. Dia mengamati satu persatu baris sajak itu.Setiap 16 Mei ,dia pasti akan meniti baris sajak hasil karyawan Allahyarham Sasterawan Negara Dato’Usman Awang. Walau di mana guru berada, doanya sentiasa mengiringi insan yang banyak berjasa mengajar anak bangsa tanpa mengira agama dan darjat itu.Keistimewaan guru terserlah dan di kagumi apabila dia semakin dewasa dan bijak membicarakan soal hati, perasaan , menghargai erti pengorbanan dari segi masa dan tuntutan masyarakat terhadap insan yang bernama “Guru”.Dia mengamati sajak itu.Hatinya berdetik setiap kali satu demi satu aksara dirangkumkan menjadi perkataan dan ayat yang menusuk ke jiwanya. Dia membaca sajak itu. Guru oh Guru (Oleh Sasterawan Negara Dato' Usman Awang) Berburu ke padang datar, Dapat rusa belang kaki; Berguru kepalang ajar, Ibarat bunga kembang tak jadi. - Usman Awang Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia 2
  • 3. Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada Negara Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989. Air mata bergenang di pipinya Kata –kata puitis itu telah meluruhkan segala keegoaannya Sajak ini mengembalikan semula nostalginya kepada gedung mencari ilmu iaitu Sekolah Wawasan Ilmu Indah Permai . “Apa cita-cita awak ?” Senyuman gadis yang melirik itu memang tidak dapat dilupakan. Memang dia pemalu. ”Saya nak jadi tukang masak.Gadis bertocang dua itu tersipu-sipu bangun . Kami semua ketawa. Cikgu muda itu terpaksa meminta pelajarnya berhenti ketawa apabila dilihatnya air muka Norisha terus berubah. ”Perhatian semua.Kenapa kamu ketawakan dia?” ”Hai….Norisha….lepas SPM, awak duduk rumah jadi tukang masaklah ye….” ”Sharuddin,kenapa kamu kata begitu? Inikan cita-cita dia. Kita kena hormatinya.Mungkin satu masa nanti dia akan jadi tukang masak professional seperti 3
  • 4. Chef Wan. Betul Norisha?” Gadis itu tunduk malu sambil mengangguk-angguk. “Awak pula, Hashim,apa cita-cita kamu?” Saya nak jadi juruterbang. ”Wow! Juruterbang …..Cayalah! ”Shukri menepuk-nepuk bahu Hashim. ”Awak ,Syed Muszapfar ?” ”Saya?” Ya,awak. Saya….saya nak jadi angkasawan. ”Ya? Alhamdulillah. Bagus tu, moga kamu berjaya sampai ke bulan dan meneroka aeroangkasa. ”Wow,dahsyat tu!” Aizan Nur Hakimi mencelah. Ketika itu, aku mampu tersenyum sahaja.Seolah-olah aku hanya berangan.Angkasawan? Bukannya mudah.Namun, kata-kata itu ibarat doa apatah lagi guru memberkati niatku itu. Shukri? “Saya ingat nak jadi guru.” Adam terus ketawa berdekah-dekah. “Wow, hebat!” Ramli mencelah. Cikgu Danial memandang Ramli. Shukri terus memandang tepat ke muka Ramli dengan renungan penuh makna. Ramli terus berpaling ke arah lain. Dia tahu Shukri marah dengan ejekannya. “Saya yakin kamu semua ada cita-cita Jadi, saya nak kamu fikir ,tanpa pelajaran, bolehkah kamu terus berjaya ? ” 4
  • 5. Semua pelajar mengeleng kepala. “Tidak .”Azuan menjerit dengan bersemangat. Semua mata tertumpu kepadanya. ”Jadi, saya harap awak faham kenapa kita kena pergi sekolah.Kenapa kita kena belajar? Jadi, janganlah kamu ponteng sekolah.” Sepantas kilat, kami memahami kata-kata Cikgu Danial. Semua mata memandang tempat duduk kosong di barisan hadapan tepi tingkap kelas. Mereka seolah-olah memahami siapa yang dimaksudkan oleh Cikgu Danial. Cikgu Danial memandang kerusi yang kosong itu. Dia mengeleng-geleng kepalanya. Syafiq tidak datang lagi. Hari ini adalah hari ketiga dia tidak hadir ke sekolah. Cikgu Danial telah menghubungi dan menelefon keluarganya tetapi tiada satu panggilan yang berjawab. Tiga hari berturut-turut dia tidak hadir. Surat amaran pertama akan dikeluarkan . Ternyata raut muka Cikgu Danial berubah apabila Syafiq mengetuk pintu kelas. ”Assalammualaikum, Cikgu.” ”Waalaikumsalam .”Terpancar senyuman di wajah Cikgu Danial. ”Maafkan saya Cikgu. Saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.Ini surat doktor. Cikgu Danial mengambil surat cuti sakit dari Syafiq. ”Syafiq,lain kali kalau demam atau tidak sihat, maklumkan kepada cikgu atau rakan-rakan.Cikgu dan rakan-rakan semua risau tentang kamu. ”Baiklah cikgu.Maafkan saya. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya. Alhamdulillah saya dah sihat sekarang.” 5
  • 6. Kami semua tersenyum memandang Syafiq.Cikgu Danial tidak marah atau menyoal Syafiq lagi.Dia tidak suka membuang masa Pengajaran berjalan lancar seolaholah tiada apa yang berlaku. Pelajaran lebih penting. Itulah guruku. Masa pengajaran Sains Cikgu Danial telah tamat. Kami amat berpuas hati dan faham tajuk yang diajarnya. Penggunaan komputer riba dan cakera padat pendidikan yang berkesan memantapkan pemahaman kami. Ternyata teknologi canggih makmal maya yang dipaparkan dapat membawa kami ke alam realiti angkasa lepas. Keistimewaan guruku.Prihatin dengan kehendak kami. Berpradigma untuk kami jadi cemerlang,gemilang dan terbilang sejajar dengan aspirasi pendidikan negara. Secara tidak langsung, aku dapat merasakan guruguru lain seperti Cikgu Haris, Ustaz Mikail , Puan Hasinah dan Puan Hajah Marisa terdorong untuk membuat inovasi yang serupa dalam pendekatan pembelajaran pada kami. Berbeza sebelum kedatangan Cikgu Danial, kami hanya mendengar sahaja pengajaran guru,membuat latihan dan perbincangan kumpulan.Inovasi dalam pengajaran Cikgu Danial telah membawa pembaharuan kepada kami. Guru kami membawa komputer riba yang canggih untuk memberikan latihan yang mencabar kreativiti kami di kelas. Cikgu Danial telah menaikkan semangat untuk kami belajar. Pengajaran guru itu menjadikan kami tidak jemu. Aku turut terpikat akan kecanggihan teknologi yang didedahkan oleh guru itu. Setiap hari pasti kami akan menunggu kedatangan guru yang sentiasa ceria dan memberi komitmen yang baik untuk kami belajar. Inovasi yang dipaparkan telah banyak meningkatkan prestasi kami. Personaliti guru sangat penting. Kekemasan Cikgu Danial memang menjadi kebanggaan kami.Raut mukanya tidak pernah memaparkan kemarahan kepada kami walau kami tahu kami banyak menyakiti hati guru itu. 6
  • 7. Kami juga pernah bersepakat memberi hadiah sehelai tali leher untuk Cikgu Danial Sempena Hari Guru dengan ucapan : “Selamat Hari Guru , Cikgu Danial”.Kekacakan dan kekemasan dirimu memberikan inspirasi untuk kami belajar.Semoga dengan pemberian ini Cikgu akan lebih segak, kemas dan bersemangat mengajar kami. Kami semua menyayangimu.Terima kasih atas segala tunjuk ajarmu. Ikhlas dari: Pelajar Tingkatan 3 Rancangan Khas Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai. Melaka. Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.Cikgu Danial berhenti di situ.Aku suka Cikgu Danial Hakim. Guru kelas merangkap guru disiplin Sekolah Menengah Wawasan Indah Permai.Orangnya kacak. Belum berkahwin lagi.Baru sahaja menjadi warga guru SMWIP awal tahun lepas. Pemegang Ijazah Sains dari Universiti Sains Malaysia.Idola bagi guru lelaki dan perempuan lain kerana sikapnya yang rajin, kemas dan berdisiplin. Memang layak kami jadikan guru contoh. Selalu sahaja lewat pulang ke rumah sewanya yang terletak selang tiga pintu dari rumahku. Cikgu yang tak jemu memberi tunjuk ajar.Walau sesi sekolah tamat pada waktu tengah hari, dia tetap akan teruskan kelas tambahan terutama untuk pelajar-pelajar Galus yang memerlukan tunjuk ajar dari guru muda itu. Kadangkala ada juga kulihat pelajar perempuan yang mengada-ngada sahaja bertanyakan soalan kepada guru muda itu. Rasa meluat pula bila mereka pura-pura tidak faham sesuatu perkara yang diajar oleh guru muda itu semasa di kelas. Masih kuingat bagaimana Lina dan Salmi merancang untuk bertanya soalan PMR Sains tahun-tahun 7
  • 8. lepas. Geram bila aku dengar mereka merancang untuk berjumpa dengan Cikgu Danial. Bila memikirkan semua itu, aku terfikir sama ada betul ke perasaan aku terhadap kawankawan itu.. Mungkinkah aku cemburu. Aku tersenyum sendirian.Dia guru kami. Semua orang berhak mendapat tunjuk ajar daripadanya. Mengapa pulak aku harus bersangka buruk. Biarlah mereka mencungkil ilmu dari guru muda itu. Tanggungjawab guru membimbing pelajarnya.Aku juga berhak mendapatkan tunjuk ajar daripadanya. Waktu rehat itu menjadikan keadaan kelam kabut apabila Shukri buat hal lagi. Shukri dan Ramli terpaksa mengadap pengetua. Berpeluh-peluh kulihat Adam ketakutan. Perangai Shukri tudak berubah walau telah berkali diberi amaran.Cikgu Danial Hakim bergegas membawa Shukri dan Ramli ke pejabat Pengetua.Semua masalah disiplin terpaksa dihadapi oleh Cikgu Danial. Kadangkala ada pelajar yang tidak menghantar buku, ponteng sekolah, lewat datang sekolah dan bermacam-macam lagi.Semua masalah itu mesti dihadapi guru kami.Kami amat bangga dengan ketegasan dan keprihatinan guru. ”Shukri,Ramli… Saya malu dengan Pengetua.Kamu berdua anak didik saya. Saya guru kelas kamu.Guru disiplin sekolah ini.Saya mengajar kamu nilai-nilai murni yang baik untuk masa depan kamu.Kenapa kamu berdua tidak memikirkan tentang akibatnya perbuatan awak ? Esok ,pasti bapa awak akan datang ke sekolah,betul tak Shukri ? Bapa awak begitu mengambil berat tentang prestasi awak. Begitu juga dengan awak,Ramli. Saya nak awak fikirkan apa yang Pengetua kata tadi. Saya tak mahu awak dibuang sekolah tetapi tindakan tatatertib tetap dikenakan kerana awak dah membuli orang lain. Perbuatan ini salah. Saya mahu kamu ubah diri kamu. Jadi budak yang baik. Jadi anak yang baik .Jadilah insan yang baik untuk agama , bangsa dan negara. 8
  • 9. Shukri… tadi baru awak kata ,awak nak jadi macam saya. Awak nak jadi guru , bukan? ” Shukri mengangguk. …Hatinya mula bergetar.Terasa sayu dan marah dengan sikapnya sendiri. Dia sangat marah kepada Ramli kerana memperlinya di dalam kelas tadi. Memang dia akui mengugut Ramli. Dia memang tidak dapat menahan kesabarannya tadi. Tidak disangka, Johan, ketua pengawas nampak perbuatannya mencekak leher baju Ramli di belakang bangunan Blok Cendana. Memang salah dia. Adam yang menemaninya pun dituduh terlibat sama. Sudah dua kali surat amaran diterima kerana menyalahi disiplin sekolah. Memang dia panas baran tapi ketegasan dan keprihatinan Cikgu Danial yang tidak jemu menasihatinya telah melembutkan hatinya. Cikgu Danial banyak menyentuh perasaannya . Dia tahu guru itu sentiasa mengikuti perkembangan dirinya.Dia tahu Cikgu Danial sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk berubah sikap. Dia tahu cikgu itu menyayanginya. Shukri sangat terkenal dengan kenakalannya di sekolah.Walaupun begitu, dia telah cuba untuk berubah.Namun, nasib tidak menyebelahinya.Shukri terlibat di dalam kemalangan seminggu sebelum sambutan Perayaan Hari Guru di sekolah. Cikgu Danial terlalu prihatin dengan Shukri.Kami sekelas turut merasa sedih atas apa yang menimpa Shukri.Kami tahu Shukri menganggotai Geng Rempit itu.Kami sangat terperanjat apabila ayah Shukri memberitahu Cikgu Danial bahawa Shukri terlibat di dalam kemalangan semasa sedang berlumba aksi dengan rakan-rakannya. Air mata kelihatan di pipi Cikgu Danial. Dia mengelap manik-manik yang jatuh di pipi Shukri. Shukri mengalami pendarahan otak yang serius.Mesin penyambung hayat 9
  • 10. akan berhenti bila-bila masa.Kulihat Shukri mengenggam erat tangan Cikgu Danial.Nafas Shukri makin cepat. “Mengucap Shukri.” “Maafkan saya, Cikgu.Maafkan saya mak,ayah.Saya tidak dengar cakap cikgu. Saya selalu bawa masalah pada Cikgu.Saya ……” nada suaranya terputus. Kalimah Allah itu diucap dengan nada yang tersekat-sekat.Suaranya semakin perlahan. Kudengar Cikgu Danial membisikkan kalimah Allah itu berulang-ulang kali. Mata Shukri terus terpejam.Kami tahu dia telah pergi meninggalkan kami.Sajak ini akan kubacakan sepertimana yang diwasiatkan oleh arwah Shukri untuk didedikasikan kepada guru-guru kami terutamanya Cikgu Danial Hakim.Sajak ini telah diberi kepada aku sebelum Shukri terlibat di dalam kemalangan itu.Dia memintaku membaca sempena sambutan Hari Guru di sekolah.Sajak yang membawa kasih dan sayang buat guru –guru kami.Sajak itu masih kusimpan sebagai azimat untuk meneruskan cita-cita ini. Air mata mula mengalir di pipi Ramli. Dirinya rasa serba salah terhadap perbuatannya sendiri. Dia telah insaf dan berubah. Dia berjanji kepada dirinya untuk patuh kepada peraturan sekolah, belajar bersungguh-sungguh dan menanam nilai-nilai murni dalam dirinya. “Cikgu , maafkan saya. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan saya. Saya akan dengar nasihat cikgu.Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.” Suasana sedih menyelubungi kelas 3RK. Cikgu Danial cuma mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menyambut salam Ramli. Raut wajahnya penuh kesayuan. Cikgu Danial kesedihan Kami tahu dia menahan perasaan sedih yang melanda hatinya. Berita pemergian Cikgu Danial untuk melanjutkan pelajaran disambut dengan perasaan sedih 10
  • 11. oleh kami semua. Kami akur Cikgu Danial perlu pergi untuk melanjutkan pelajarannya lagi. Kami akan kehilangan guru yang sangat baik dan berketrampilan.Perpisahan itu mengubah kami,warga SMWIP. Cikgu Danial Hakim berjaya menawan hati Ramli untuk berubah.Menawan hatiku untuk berjaya sebagai pelajar cemerlang SMWIP.Akhirnya keegoan dan kenakalan Ramli kalah di tangan guru itu. Aku sangat bangga dan berterima kasih kerana Cikgu Danial telah membuka ruang yang luas supaya kami sedar arah tuju kami sebagai seorang pelajar. Wawasan diri Cikgu Danial menyuntik semangat kami supaya menjadi individu yang berjaya ,cemerlang dan berdaya saing. Astaka ini telah mambangkitkan semula kenangan sepuluh tahun yang lalu.Bangunan sekolah Blok Cendana akan dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan baru yang dilengkapi makmal komputer, makmal sains dan pejabat sekolah. Pembangunan dalam bidang pendidikan perlu bagi melahirkan pelajar yang celik maklumat dengan teknologi yang terkini. Justeru itu, sempena Hari Guru, 16 Mei membawaku bertandang ke sekolah itu untuk mengambil foto sebagai kenangan. Berlatar belakangkan bangunan Blok Cendana yang telah separuh usang, kami bergambar bersama .Norisha ,Johan,Adam,Ramli dan Herman.Aku bersyukur kerana dengan tunjuk ajar guru aku mampu mengubah hidupku.Aku yakin bahawa kejayaanku adalah berakarumbikan kepada nasihat dan tunjuk ajar guru di sekolah .Tanpa guru aku tak mungkin berjaya.Tanpa guru aku tak mengenal huruf dan angka.Tanpa guru baris sajak itu tak mungkin dapat kubaca.Sesungguhnya aku berterima kasih kepadamu guru.Kuakui kebenaran bahawa guru adalah senjata bangsa yang mampu mengubah tamadun hidup manusia .Tiada kata yang paling berharga melainkan penghargaan dan terima kasih buat semua guru yang telah menjadikan semua pemimpin,barisan cendekiawan dan belia 11
  • 12. menjadi manusia yang berilmu ,beriltizam ,cemerlang dan gemilang di persada dunia.Semoga dirimu dirahmati Tuhan atas jasa dan baktimu sebagai pendidik. TAMAT 12