2. Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 2 Bahasa Melayu Penulisan (Kertas 012)
Ujian Percubaan – UPSR Bahasa Melayu Penulisan (012) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – GCBM 2014 – Fasa Satu
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Bahagian A
[ 10 markah ]
[ Masa dicadangkan : 15 minit ]
Gambar di bawah menunjukkan suasana di kawasan perkelahan.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kawasan perkelahan tersebut.
Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.
Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaiannya di jalan raya.
Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.
10
3. Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 3 Bahasa Melayu Penulisan (Kertas 012)
Ujian Percubaan – UPSR Bahasa Melayu Penulisan (012) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – GCBM 2014 – Fasa Satu
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Bahagian B
[ 30 markah ]
[ Masa dicadangkan : 40 minit ]
Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
1. Kamu dan kawan-kawan kamu terlibat menjayakan aktiviti gotong-royong di tempat tinggal kamu.
Ceritakan pengalaman yang kamu telah lalui semasa menjayakan aktiviti gotong-royong tersebut.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.
ATAU
2. Hampir setiap hari ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan di dada akhbar
mahupun di kaca televisyen.
Tuliskan satu karangan tentang “Cara-cara Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya”.
ATAU
3. Anda telah ditugaskan untuk membuat tinjauan berita tentang “Pesta Buah-buahan Tempatan” yang
sedang berlangsung di negara kita. Melalui tinjauan anda itu, tulis berita tentang Pesta Buah-buahan
Tempatan yang sedang berlangsung di tempat tersebut.
Tulis berita anda itu selengkapnya.
Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.
Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.
4. Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 4 Bahasa Melayu Penulisan (Kertas 012)
Ujian Percubaan – UPSR Bahasa Melayu Penulisan (012) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – GCBM 2014 – Fasa Satu
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan secara tiba-tiba.
Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.
30
5. Ujian Percubaan UPSR – MGC Negeri Perak 5 Bahasa Melayu Penulisan (Kertas 012)
Ujian Percubaan – UPSR Bahasa Melayu Penulisan (012) – Merealisasikan Sasaran Akademik (MSA) – GCBM 2014 – Fasa Satu
Disediakan Oleh Haji Md. Ramli bin Sabran – Guru Cemerlang Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Malaysia (019-5758131)
Bahagian C
[ 20 markah ]
[ Masa dicadangkan : 20 minit ]
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang sesuai
berdasarkan petikan tersebut.
Panjangnya jawaban kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawaban kamu dalam satu perenggan.
Sabtu, 8 Mac 2014
Ayah mula memandu setelah memastikan kereta dalam keadaan baik. Lebuh raya Utara-Selatan
agak sibuk ketika ini. Kami berhenti di hentian Rehat dan Rawat (RdR) Tapah. Suasana agak sesak.
Kelihatan orang ramai berebut-rebut membeli makanan. Aku hampir tersungkur dilanggar oleh
seorang lelaki ketika berbaris hendak membeli makanan. Dia segera meminta maaf. Aku hanya
mampu menganggukkan kepalaku. Kami meneruskan perjalanan. Kami tiba di rumah datuk kira-
kira pada pukul 12.30 tengah hari.
Ahad, 9 Mac 2014
Bunyi ayam berkokok mengejutkan aku. Setelah mandi dan solat aku ke dapur. Kakak sedang
menolong ibu dan nenek membuat sarapan. Hari ini Pak Ngah mengajak aku ke sungai untuk
memancing. Airnya sejuk dan jernih. Aku sungguh kagum akan suasana kampung yang menghijau
dan mendamaikan perasaan. Bunyi unggas berkicauan menenangkan hati. Pak Ngah asyik menukar
umpan. Beberapa ekor ikan telah mengisi bakul kami. Aku tetap menunggu. Setelah dua jam,
akhirnya pancingku mengena. Seekor ikan baung yang sederhana besar dapat aku naikkan. Tengah
hari itu kami berselera sekali makan ikan baung masak lemak cili padi dan ikan keli panggang.
Pada sebelah petang, aku mengikut sepupuku Hairi berbasikal sekeliling kampung. Aku
lihat sekumpulan budak sedang bermain galah panjang. Tiba-tiba namaku dipanggil. Rupa-rupanya
Azwan, Haziq dan Murad ada di situ. Walaupun jarang bertemu tetapi mereka masih mengenaliku.
Itulah keakraban yang dipupuk apabila tinggal di kampung. Aku sungguh terharu.
20