Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Berusaha
Barisan pentadbir sekolah,barisan guru-guru dan juga rakan-rakan yang
dikasihi sekalian.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan
peluang untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru pada majlis
jamuan perpisahan tahun 6 2022 ini. Saya mewakili semua pelajar tahun
6B SK Endap ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih kepada semua guru kerana sudi meraikan kami dalam majlis pada hari
ini.
Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid tahun 6 yang akan menamatkan
persekolahan di sekolah yang kami sayangi ini. Betapa bangganya kami
kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah, kami telah
diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis yang belum kami rasai
sebelum ini. Sudah pastinya akan menjadi suatu memori indah buat kami.
Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi kenangan indah. Inilah
detik paling indah buat kami . Oleh itu, saya mewakili semua murid tahun
6B mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru
yang pernah mengajar kami sejak kami prasekolah hingga tahun enam.
 Terima kasih cikgu, kerana telah mengajar kami menghargai waktu
 Terima kasih cikgu kerana kalian kami dapat membuka jendela dunia.
 Ilmu yang telah kalian ajarkan adalah hadiah paling indah yang pernah
kalian berikan kepada kami.Terima kasih cikgu"
 Terima kasih cikgu kerana telah sabar mendidik kami dan tak pernah
lelah memberi ilmu kepada kami."
 Terima kasih cikgu atas bimbingan dan ilmu yang bermanfaat, semoga
amal kalian akan terus mengalir seiring dengan bermanfaatnya ilmu
yang kalian berikan."
 Terima kasih cikgu yang telah memberi kami berjuta pengalaman hidup
dan berjuta ilmu pengetahuan."
 Terima kasih atas kesabaranmu selama ini.
 Terima kasih menjadi guru yang terbaik dalam hidup.
Cikgu..
Kami tahu ucapan terima kasih kami tak akan pernah dapat memabalas jasa
guru. Hanya doa yang kami titipkan buat semua guru.Semoga segala usaha
guru-guru selama ini diberkati & diredhai Allah..
Cikgu yang kami kasihi sekalian,
Hubungan antara murid dan cikgu pasti tidak selalunya baik. Wajar jika
terjadi perselisihan faham dan puas hati yang menyebabkan cikgu terasa
hati. Maafkan kami Murid Tahun 6B cikgu. Kami sedar kenakalan dan
kedegilan kami mencetuskan kemarahan dan kesedihan dikalangan cikgu-
cikgu semua. Maafkan kami cikgu…
 Kami tidak menyedari kenakalan kami selama ini. Maaf dan terima
kasih atas kesabaran cikgu semua."
 Kami tahu, tidak ada kata maaf yang dapat menghapus kesalahan kami,
tidak ada air mata yang mampu membasuh keburukan kami, selain
kemaafan dan redha darimu cikgu."
 Maafkan kami cikgu, kami tidak pernah membaca kesedihan dari
matamu cikgu."
 Maafkan kami cikgu, kami juga tidak pernah peduli padamu yang
menghabiskan waktu, tenaga dan wang ringgit untuk memberi yang
terbaik kepada kami.
 "Cikgu! Maafkan kami yang tidak dapat melihat pengorbananmu untuk
masa depan kami yang lebih baik."
 Maafkan kami cikgu yang tak mampu membalas jasamu. Terima kasih
dari hatikami yang paling dalam atas semua kebaikanmu.
Cikgu yang kami sayangi sekalian,
Kami mohon redha segala ilmu yang diberikan kepada kami. Semoga Allah
merahmati dan melindungi kamu sepanjang usia.
Ya Allah, berikanlah para cikgu kami kesihatan, ketaatan, kesabaran,
kekuatan iman, hati yang bersih, lisan yang fasih dan fikiran yang jernih.
Jadikan mereka para syuhada dalam meraih kemuliaan-Mu. Kurniakan
mereka dan keluarganya agak selalu dalam lindungan dan ampunan-Mu.
Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami.
Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keridhaan-Mu yang agung,
di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara
penyayang.
Ya Allah,
Muliakan guru-guru kami. Kami sangat mendambakan guru-guru kami
menjadi pendidik-pendidik sejati yang dapat melahirkan ribuan orang-
orang hebat. Sosok teladan yang selalu mendidik dengan penuh kelembutan
dan kasih sayang, menebar semangat dan inspirasi sehingga terlahir orang-
orang hebat.
Terima kasih cikgu. Atas semua jerih payah, lelah, kesabaran, ketabahan
dan setiap jengkal kasih sayangmu. Sungguh tak mampu kami balas dengan
apapun. Jasa cikgu akan kami kenang buat selamanya.
Akhir kata dari saya selaku wakil murid tahun 6b sekali lagi memohon
keampunan dan kemaafan kepada semua guru khususnya guru-guru yang
mengajar tahun 6.Terkadang tindakan kami tanpa sedar dan mengucapkan
kata-kata kasar kepada cikgu.Tapi, kami bersumpah tidak bermaksud sama
sekali. Kami hanya budak nakal yang masih mentah belum matang yang
masih lagi memerlukan teguran dan bimbingan dari cikgu-cikgu semua. Kami
minta maaf cikgu.

ucapan wakil murid.docx

  • 1.
    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhdan Salam Sejahtera. Yang Berusaha Barisan pentadbir sekolah,barisan guru-guru dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana memberikan saya ruang dan peluang untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada guru pada majlis jamuan perpisahan tahun 6 2022 ini. Saya mewakili semua pelajar tahun 6B SK Endap ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi meraikan kami dalam majlis pada hari ini. Majlis ini diadakan khas untuk kami, murid tahun 6 yang akan menamatkan persekolahan di sekolah yang kami sayangi ini. Betapa bangganya kami kerana sebelum kami melangkah keluar meninggalkan sekolah, kami telah diraikan dan diberikan penghormatan dalam majlis yang belum kami rasai sebelum ini. Sudah pastinya akan menjadi suatu memori indah buat kami. Memori ini akan kami simpan baik-baik menjadi kenangan indah. Inilah detik paling indah buat kami . Oleh itu, saya mewakili semua murid tahun 6B mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar kami sejak kami prasekolah hingga tahun enam.  Terima kasih cikgu, kerana telah mengajar kami menghargai waktu  Terima kasih cikgu kerana kalian kami dapat membuka jendela dunia.  Ilmu yang telah kalian ajarkan adalah hadiah paling indah yang pernah kalian berikan kepada kami.Terima kasih cikgu"  Terima kasih cikgu kerana telah sabar mendidik kami dan tak pernah lelah memberi ilmu kepada kami."  Terima kasih cikgu atas bimbingan dan ilmu yang bermanfaat, semoga amal kalian akan terus mengalir seiring dengan bermanfaatnya ilmu yang kalian berikan."  Terima kasih cikgu yang telah memberi kami berjuta pengalaman hidup dan berjuta ilmu pengetahuan."  Terima kasih atas kesabaranmu selama ini.  Terima kasih menjadi guru yang terbaik dalam hidup. Cikgu..
  • 2.
    Kami tahu ucapanterima kasih kami tak akan pernah dapat memabalas jasa guru. Hanya doa yang kami titipkan buat semua guru.Semoga segala usaha guru-guru selama ini diberkati & diredhai Allah.. Cikgu yang kami kasihi sekalian, Hubungan antara murid dan cikgu pasti tidak selalunya baik. Wajar jika terjadi perselisihan faham dan puas hati yang menyebabkan cikgu terasa hati. Maafkan kami Murid Tahun 6B cikgu. Kami sedar kenakalan dan kedegilan kami mencetuskan kemarahan dan kesedihan dikalangan cikgu- cikgu semua. Maafkan kami cikgu…  Kami tidak menyedari kenakalan kami selama ini. Maaf dan terima kasih atas kesabaran cikgu semua."  Kami tahu, tidak ada kata maaf yang dapat menghapus kesalahan kami, tidak ada air mata yang mampu membasuh keburukan kami, selain kemaafan dan redha darimu cikgu."  Maafkan kami cikgu, kami tidak pernah membaca kesedihan dari matamu cikgu."  Maafkan kami cikgu, kami juga tidak pernah peduli padamu yang menghabiskan waktu, tenaga dan wang ringgit untuk memberi yang terbaik kepada kami.  "Cikgu! Maafkan kami yang tidak dapat melihat pengorbananmu untuk masa depan kami yang lebih baik."  Maafkan kami cikgu yang tak mampu membalas jasamu. Terima kasih dari hatikami yang paling dalam atas semua kebaikanmu. Cikgu yang kami sayangi sekalian, Kami mohon redha segala ilmu yang diberikan kepada kami. Semoga Allah merahmati dan melindungi kamu sepanjang usia. Ya Allah, berikanlah para cikgu kami kesihatan, ketaatan, kesabaran, kekuatan iman, hati yang bersih, lisan yang fasih dan fikiran yang jernih. Jadikan mereka para syuhada dalam meraih kemuliaan-Mu. Kurniakan mereka dan keluarganya agak selalu dalam lindungan dan ampunan-Mu.
  • 3.
    Ya Allah, ampunilahguru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keridhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang. Ya Allah, Muliakan guru-guru kami. Kami sangat mendambakan guru-guru kami menjadi pendidik-pendidik sejati yang dapat melahirkan ribuan orang- orang hebat. Sosok teladan yang selalu mendidik dengan penuh kelembutan dan kasih sayang, menebar semangat dan inspirasi sehingga terlahir orang- orang hebat. Terima kasih cikgu. Atas semua jerih payah, lelah, kesabaran, ketabahan dan setiap jengkal kasih sayangmu. Sungguh tak mampu kami balas dengan apapun. Jasa cikgu akan kami kenang buat selamanya. Akhir kata dari saya selaku wakil murid tahun 6b sekali lagi memohon keampunan dan kemaafan kepada semua guru khususnya guru-guru yang mengajar tahun 6.Terkadang tindakan kami tanpa sedar dan mengucapkan kata-kata kasar kepada cikgu.Tapi, kami bersumpah tidak bermaksud sama sekali. Kami hanya budak nakal yang masih mentah belum matang yang masih lagi memerlukan teguran dan bimbingan dari cikgu-cikgu semua. Kami minta maaf cikgu.