SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
SULIT
PEJABAT PELAJARAN
DAERAH HILIR PERAK
AGRESIF KE ARAH A REALITI (AKAR)
LATIH TUBI AKAR 1
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011
(Set Latih Tubi Tahun Enam – Fasa Satu)
50 minit Lima puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang
telah disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawaban yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi hanya 12 halaman bercetak.
011 © 2013 Hak Cipta PPD Hilir Perak [Lihat halaman sebelah
SULIT
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 2 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
Soalan 1 – 18
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “Jika mahu memenangi pertandingan bicara berirama ini, ________ perlu berlatih dengan
bersungguh-sungguh,” kata Farah Asyikin kepada kawan-kawan sekelasnya.
A kita
B kami
C kamu
D kalian
2 ________ menitahkan agar Hang Jebat dan kawan-kawannya menggempur lanun-lanun
yang bermaharajalela di Selat Melaka ketika itu.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3 Aiman Hafizi ________ bola itu dengan kuat dan terus menjunam ke gelanggang lawan.
A menahan
B menyekat
C menampar
D menampan
4 Borang aku janji yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ________ kepada guru kelas.
A awal
B segera
C dahulu
D lambat
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 3 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
5 “Hang Tuah amat setia ________ kepada tuanku,” kata Bendahara kepada Sultan Melaka.
A mengabdikan diri
B menjalinkan kasih
C merangkaikan budi
D merafakkan sembah
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai
yang dipenuhi sampah sarap.
A hulu
B kuala
C tebing
D lembah
7 Pihak polis telah ________ undang-undang melarang orang ramai membakar mercun pada
musim perayaan.
A memartabatkan
B melipatgandakan
C menguatkuasakan
D mengemaskinikan
8 Walaupun semua cucunya telah kembali semula ke kota, riuh-rendah tawa mereka masih
________ di telinga Pak Hamid.
A terjerit-jerit
B teringat-ingat
C terngiang-ngiang
D terbayang-bayang
9 Ibu mengusap-usap rambut adik ________ menasihatinya agar sentiasa berkelakuan baik
dan mendengar nasihat guru.
A agar
B sejak
C tetapi
D seraya
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 4 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
10 Abang saya pernah bekerja ________ syarikat itu setelah dia menamatkan pengajiannya.
A di
B ke
C untuk
D daripada
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11 Pemandu lori itu memandu secara berbahaya ________ kerana memotong di selekoh tajam.
A agak
B sekali
C terlalu
D paling
12 Madu lebah yang dipungut oleh orang asli dari sarang lebah tualang ________ dalam hutan
itu dijual ________ harga yang tinggi.
A di ... demi
B dari ... pada
C pada ... antara
D daripada ... dengan
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13 Penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia itu mengambil masa selama lima puluh minit
untuk menyelam sampai ke ________ laut.
A dasar
B dalam
C bawah
D tengah
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 5 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
14 Pelancong Mesir itu berada di pantai ________ subuh ________ dapat melihat matahari
terbit di ufuk timur.
A apabila ... bagi
B tatkala ... untuk
C sebelum ... agar
D selepas ... supaya
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15 Ayah terpaksa memperlahankan keretanya kerana ibu berasa pening semasa melalui jalan
yang ________ dari Tapah ke Cameron Highlands.
A licin-licau
B lekak-lekuk
C lintang-pukang
D bengkang-bengkok
16 Baru-baru ini Jawatankuasa Lawatan Sekolah Kebangsaan Kiat telah berjaya ________
lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang ________ oleh empat puluh orang murid.
A diadakan ... disertai
B keadaan ... disertakan
C mengadakan ... disertai
D pengadaan ... disertakan
17 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______ pisang
emas pula ialah lapan ringgit.
A sebiji ... sesisir
B sebutir ... sesikat
C sesisir ... setandan
D sebutir ... setandan
18 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah banglo Datin Zawiyah.
A dipagari
B memagari
C dipagarkan
D memagarkan
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 6 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
19 Nuralisya Salbila berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan ijazah yang
dimilikinya itu.
Berikan perkataan seerti bagi perkataan setimpal.
A sebaik
B sesuai
C secocok
D seimbang
20 Perjalanan amat sukar dan mencabar di kawasan lereng bukit yang curam serta sempit bagi
para pendaki tersebut.
Perkataan berlawan bagi curam ialah ________.
A rata
B lurus
C landai
D gondol
Soalan 21 – 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21 I Jalan itu terdapat banyak lubang selepas banjir melanda kawasan tersebut.
II Budak-budak dilarang mandi di lubang sungai itu kerana airnya terlalu dalam.
III Budak lelaki itu menangis kesakitan kerana lubang telinganya dimasuki serangga.
IV Oleh sebab lubang jarum itu terlalu sempit, ibu masih terkial-kial untuk memasukkan
benang tersebut.
A
B
C
D
I dan III
II dan IV
I, II dan IV
I, III dan IV
22 I Puan Afifah mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Serdang.
II Encik Bakhtiar membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya.
III Banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita mengamalkan sikap jimat-cermat dan
suka menabung.
IV Mereka menggunakan faedah yang mudah dan cepat untuk menyelesaikan masalah
Matematik tersebut.
A
B
C
D
I dan III
II dan III
I, II dan III
II, III dan IV
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 7 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu?
A Menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ amat rumit.
B Saya telah menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu.
C Laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu masih dalam penilaian.
D Projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu dilaporkan secara lintas langsung.
24 Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan di bawah.
Saya sudah serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farahliza untuk disemak semula.
A Di manakah Cikgu Farahliza letakkan buku karangan kamu itu?
B Bilakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farahliza?
C Siapakah yang mengambil buku karangan itu daripada Cikgu Farahliza?
D Mengapakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farahliza?
Soalan 25 – 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 “Jemputlah ke majlis hari lahir saya pada minggu hadapan,” kata Yatie kepada Suzie.
A Yatie telah mempelawa Suzie ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
B Yatie merayu Suzie agar datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
C Yatie meminta Suzie bertandang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
D Yatie mengarahkan Suzie datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.
26 Pak Ali berasa gembira akan kejayaan anak-anaknya kerana dapat melanjutkan pelajaran
hingga ke menara gading.
A Kejayaan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke universiti kegembiraan Pak Ali.
B Kejayaan anak-anak Pak Ali melanjutkan pelajaran ke universiti suatu kegembiraan.
C Kejayaan Pak Ali melanjutkan pelajaran ke universiti menggembirakan anak-anaknya.
D Kejayaan anak-anak Pak Ali melanjutkan pelajaran ke universiti menggembirakannya.
Soalan 27 – 28
Pilih ayat yang betul.
27 A Kami sampai di kawasan rehat dan rawat itu lebih awal dari mereka.
B Pemandu bas ekspres itu menafikan dia memotong garisan berkembar.
C Siapatah yang gemar membuang sampah sarap di dalam sungai tersebut.
D Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukaneka.
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 8 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
28 I Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja.
II Pasukan kastam berjaya melakukan rampasan terbesar beras siam petang semalam.
III Emak mengkhaskan lauk-pauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah.
IV Kamus ekabahasa yang baru diterbitkan itu dijual dengan harga yang amat berpatutan.
A
B
C
D
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Soalan 29 – 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29 Kami berasa amat kagum sekali melihat ________ pekerja kurang upaya di Pusat Latihan
Perindustrian dan Pemulihan itu.
A air tangan
B kerja tangan
C lepas tangan
D campur tangan
30 Banyak pelanggan yang terpedaya dengan tipu helah peniaga yang menjual barang tiruan
pada harga yang tinggi, perbuatannya itu __________.
A seperti gergaji dua mata
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti anjing menyalak bukit
D seperti lintah menghisap darah
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 9 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
Soalan 31 – 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu Ahmad
Kamal, dan rakan seperjuangan sekalian.
Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu yang
terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya berasa
hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang sangat saya
hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenarnya dan sukar untuk dijelaskan
dengan kata-kata.
Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang pada
hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada
minggu hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah ini
mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya akan
memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini.
Hadirin yang dihormati,
Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa
dalam ingatan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Kamal kerana segala
bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan tunjuk ajar
beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak disenangi oleh
pelajar. Saya tahu niat mereka murni untuk membimbing pelajar yang dikasihi.
Saya mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk mengucapkan selamat berjaya
kepada rakan-rakan dalam pelajaran mereka. Akan tetapi, kita harus sedar matlamat untuk
menginginkan kecemerlangan dalam bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan
aktiviti kokurikulum sama sekali.
Hadirin yang budiman,
Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengadakan
majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada semua, saya berharap agar kita dapat
terus berhubung antara satu sama lain melalui surat ataupun telefon demi kebaikan bersama.
Akhir kata, penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan
maaf daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata dan tingkah laku saya yang tidak
menyenangkan selama ini.
Sekian, terima kasih.
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 10 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
31 Mengapakah majlis tersebut diadakan?
A Untuk meraikan penulis
B Untuk meraikan Cikgu Ahmad Kamal
C Untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu
D Untuk mengadakan majlis perpisahan kepada penulis
32 Mengapakah penulis berasa sedih pada hari tersebut?
A Kerana dia akan berpindah ke tempat baharu
B Kerana dia akan berpisah dengan kawan-kawannya
C Kerana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya
D Kerana dia akan meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-guru
33 Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya?
A Dia tidak pernah tinggal di Pahang.
B Dia belum pernah bersekolah di Pahang.
C Dia akan keseorangan di tempat baharu itu.
D Dia hanya mengetahui tentang Pahang daripada bahan bacaan.
34 Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya?
A Sentiasa berhubung antara satu sama lain
B Belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka berjaya
C Mengekalkan hubungan baik antara guru dengan para pelajar
D Jangan benci akan guru-guru yang banyak membimbing para pelajar.
35 Frasa menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan
A menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan
B menggenggam erat kedua-dua belah tapak tangan
C meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain
D mempertemukan tapak tangan kanan dengan tapak tangan kiri
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 11 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
Soalan 36 – 40
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
15, Pesona Lahat Baru 2,
Bandar Baru Lahat,
31500 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
24 Februari 2013.
Ke hadapan kakanda Saidi Nazman yang berada di Sarawak, adinda doakan semoga kakanda
berada dalam keadaan sejahtera.
Kakanda Saidi Nazman yang disayangi,
Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda di Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
Adinda, bonda dan ayahanda semuanya dalam keadaan sihat. Tujuan adinda menulis surat ini
adalah untuk bertanya khabar tentang kakanda.
Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar tentang kejayaan adinda dalam
pertandingan Pidato Diraja peringkat daerah yang telah adinda sertai. Adinda telah menyertai
pertandingan Pidato Diraja yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara.
Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga
bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri.
Kini, adinda sibuk membuat latihan dan persiapan untuk menghadapi pertandingan
peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang. Adinda berharap agar kakanda
dapat membalas surat ini dengan segera dan memberikan panduan serta tip yang berguna untuk
adinda menghadapi pertandingan itu nanti. Kakanda juga boleh menghantar panduan serta tip
tersebut ke alamat e-mel adinda, iaitu emynatasha@yahoo.com pada bila-bila masa.
Setakat ini dahulu coretan adinda. Doakan semoga adinda mencapai kejayaan dalam
pertandingan pidato peringkat negeri. Semoga kakanda juga mencapai kejayaan cemerlang
dalam peperiksaan akhir semester nanti. Salam sayang daripada adinda dan anggota keluarga di
sini untuk kakanda.
Sekian, terima kasih.
Adindamu yang benar,
Emy Natasha
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 12 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
36 Apakah tujuan utama penulis mengutus surat kepada abangnya?
A Bertanya khabar tentang abangnya di perantauan
B Memaklumkan kejayaannya dalam pertandingan pidato
C Meminta panduan dan tip untuk menyertai pertandingan pidato
D Mengharapkan abangnya berjaya dalam pengajiannya di universiti
37 Apakah harapan dan doa penulis untuk abangnya dalam bahagian akhir surat tersebut?
A Kejayaan sebagai mahasiswa cemerlang
B Kejayaan menjadi seorang jurutera binaan
C Kejayaan memperoleh biasiswa pendidikan
D Kejayaan dalam peperiksaan akhir semester
38 Selain melalui surat, penulis juga memohon supaya abangnya menghantar panduan dan tip
tentang pidato melalui
A Mesin faks
B Laman web
C Alamat e-mel
D Pesanan ringkas
39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas.
A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit.
B Penulis dan keluarganya tinggal di Bandar Baru Lahat, Ipoh.
C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri.
D Penulis telah menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat negeri.
40 Perkataan coretan dalam petikan surat tersebut merujuk
A gambaran secara ringkas
B panduan cepat dan pantas
C huraian maklumat terancang
D ringkasan maklumat keluarga
KERTAS SOALAN TAMAT
MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 13 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI
MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013
DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK
JAWABAN KERTAS MODUL “AKAR” – SET LATIH TUBI
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (KERTAS 011) – 2013 (FASA 1)
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
A D C B A B C C D A
11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
B B A D D C C B D A
21 22 23 24 25 26 27 28 29 30
D B B D A D C C B D
31 32 33 34 35 36 37 38 39 40
A D C B C C D C B A
*Taburan Jawaban : A = 8 B = 10 C = 11 D = 11
BARISAN PANEL PENGGUBAL “AKAR” BAHASA MELAYU 011/1 – 2013
BIL NAMA GURU SEKOLAH
1 TUAN HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN
(KETUA BM PEMAHAMAN – 011/1)
SK KAMPONG BAHAGIA, KM,7 JALAN SUNGAI MANIK,
36000 TELUK INTAN, PERAK.
2 ENCIK AMENUDDIN BIN ABDUL AZIZ
(KETUA BM PENULISAN – 012/1)
SK HUTAN MELINTANG, JALAN BESAR,
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK.
3 PUAN NOR AZLIN BINTI ABDUL AZIZ
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – Grafik)
SK KAMPONG BAHAGIA, KM,7 JALAN SUNGAI MANIK,
36000 TELUK INTAN, PERAK.
4 PUAN FARAHLIZA BINTI AHMAD RADZUAN
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1)
SK SULTAN ABDUL AZIZ,
36000 TELUK INTAN, PERAK.
5 TUAN HAJI ARIFIN BIN MUSMAN
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1)
SK BAGAN PASIR,
36200 SELEKOH, PERAK.
6 ENCIK MOHD PUAD BIN SAMSUDIN
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1 & Grafik)
SK SUNGAI TUKANG SIDIN,
36750 CHIKUS, PERAK.
7 CIK AZIMA BINTI ABDUL AZIZ
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1)
SK CONVENT,
36000 TELUK INTAN, PERAK.
8 PUAN NOOR HAYATI BINTI TAMZIS
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1)
SK TELUK BULOH,
36400 HUTAN MELINTANG, PERAK.
9 PUAN HALIJAH BINTI MUSTAFA
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1)
SK SUNGAI BATANG,
36200 SELEKOH, PERAK.
10 ENCIK HARRIS BIN ABDUL RAZAK
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 012/1)
SK KAMPUNG BAHARU, BATU 16, JALAN SUNGAI DULANG,
36300 SUNGAI SUMUN, PERAK.
11 PUAN NORLIZA BINTI BIDIN
(Anggota Jawatankuasa Penggubal – 012/1)
SK KAMPONG BAHAGIA, KM,7 JALAN SUNGAI MANIK,
36000 TELUK INTAN, PERAK.

More Related Content

What's hot

Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMSiti Aminah Ramlan
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5PAKLONG CIKGU
 
Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016guru
 
Latih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuLatih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuKathleen Ong
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak maknaTeoh Kwan
 
Bm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakBm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakSiti Mariam
 
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1ar-rifke.com
 
011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9zalinatina
 

What's hot (14)

Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBMModul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
Modul BM UPSR Tn Hj Ramli Sabran GCBM
 
Adjektif
AdjektifAdjektif
Adjektif
 
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5Soalan Penanda wacana - BMthn 5
Soalan Penanda wacana - BMthn 5
 
Bhn upsr 20175 6078103718614532104
Bhn upsr 20175 6078103718614532104Bhn upsr 20175 6078103718614532104
Bhn upsr 20175 6078103718614532104
 
Sinonim
SinonimSinonim
Sinonim
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016Modul latihan upsr 2016
Modul latihan upsr 2016
 
Latih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantuLatih tubi kata_bantu
Latih tubi kata_bantu
 
Kata penguat
Kata penguatKata penguat
Kata penguat
 
Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4Latihan pemahaman sjk set 4
Latihan pemahaman sjk set 4
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Bm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawakBm pemahaman sarawak
Bm pemahaman sarawak
 
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
102199883 percubaan-upsr-2012-png-bm1
 
011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9011 bm pemahanan n9
011 bm pemahanan n9
 

Viewers also liked

klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2fadhramli
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaMd Ramli Sabran
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Md Ramli Sabran
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialMd Ramli Sabran
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1fadhramli
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1fadhramli
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2fadhramli
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2fadhramli
 
Point Faedah aktiviti kokurikulum
Point  Faedah aktiviti kokurikulumPoint  Faedah aktiviti kokurikulum
Point Faedah aktiviti kokurikulumYee Cheah
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangannashahrin
 

Viewers also liked (20)

klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1
 
BM "MAMPU"
BM "MAMPU"BM "MAMPU"
BM "MAMPU"
 
TACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_CTACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_C
 
Bahagian012 C
Bahagian012 CBahagian012 C
Bahagian012 C
 
TACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_ATACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_A
 
TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2
 
Bahagian012 A
Bahagian012 ABahagian012 A
Bahagian012 A
 
Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1
 
B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2B3 skema percubaan-bm011_2
B3 skema percubaan-bm011_2
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2
 
Point Faedah aktiviti kokurikulum
Point  Faedah aktiviti kokurikulumPoint  Faedah aktiviti kokurikulum
Point Faedah aktiviti kokurikulum
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 

Similar to AKAR UPSR

Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapananissofia17
 
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapanFasyah Tutor
 
Latih tubi kata penguat
Latih tubi kata penguatLatih tubi kata penguat
Latih tubi kata penguatKathleen Ong
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Muhammad Sufian
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Ruslaili Ibrahim
 

Similar to AKAR UPSR (7)

Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
36 soalan-kata-penguat-berserta-jawapan
 
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapanLatih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
Latih tubi tatabahasa kata penguat-berserta-jawapan
 
Latih tubi kata penguat
Latih tubi kata penguatLatih tubi kata penguat
Latih tubi kata penguat
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3Pemahaman sk set 3
Pemahaman sk set 3
 

More from Md Ramli Sabran

More from Md Ramli Sabran (6)

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato diraja
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 

AKAR UPSR

  • 1. SULIT PEJABAT PELAJARAN DAERAH HILIR PERAK AGRESIF KE ARAH A REALITI (AKAR) LATIH TUBI AKAR 1 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 (Set Latih Tubi Tahun Enam – Fasa Satu) 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang telah disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawaban, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawaban yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi hanya 12 halaman bercetak. 011 © 2013 Hak Cipta PPD Hilir Perak [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 2. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 2 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Soalan 1 – 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 “Jika mahu memenangi pertandingan bicara berirama ini, ________ perlu berlatih dengan bersungguh-sungguh,” kata Farah Asyikin kepada kawan-kawan sekelasnya. A kita B kami C kamu D kalian 2 ________ menitahkan agar Hang Jebat dan kawan-kawannya menggempur lanun-lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka ketika itu. A Beta B Patik C Tuanku D Baginda Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah. 3 Aiman Hafizi ________ bola itu dengan kuat dan terus menjunam ke gelanggang lawan. A menahan B menyekat C menampar D menampan 4 Borang aku janji yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ________ kepada guru kelas. A awal B segera C dahulu D lambat
  • 3. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 3 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 5 “Hang Tuah amat setia ________ kepada tuanku,” kata Bendahara kepada Sultan Melaka. A mengabdikan diri B menjalinkan kasih C merangkaikan budi D merafakkan sembah Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah. 6 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai yang dipenuhi sampah sarap. A hulu B kuala C tebing D lembah 7 Pihak polis telah ________ undang-undang melarang orang ramai membakar mercun pada musim perayaan. A memartabatkan B melipatgandakan C menguatkuasakan D mengemaskinikan 8 Walaupun semua cucunya telah kembali semula ke kota, riuh-rendah tawa mereka masih ________ di telinga Pak Hamid. A terjerit-jerit B teringat-ingat C terngiang-ngiang D terbayang-bayang 9 Ibu mengusap-usap rambut adik ________ menasihatinya agar sentiasa berkelakuan baik dan mendengar nasihat guru. A agar B sejak C tetapi D seraya
  • 4. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 4 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 10 Abang saya pernah bekerja ________ syarikat itu setelah dia menamatkan pengajiannya. A di B ke C untuk D daripada Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. 11 Pemandu lori itu memandu secara berbahaya ________ kerana memotong di selekoh tajam. A agak B sekali C terlalu D paling 12 Madu lebah yang dipungut oleh orang asli dari sarang lebah tualang ________ dalam hutan itu dijual ________ harga yang tinggi. A di ... demi B dari ... pada C pada ... antara D daripada ... dengan Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah. 13 Penyelam dari Tentera Laut Diraja Malaysia itu mengambil masa selama lima puluh minit untuk menyelam sampai ke ________ laut. A dasar B dalam C bawah D tengah
  • 5. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 5 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 14 Pelancong Mesir itu berada di pantai ________ subuh ________ dapat melihat matahari terbit di ufuk timur. A apabila ... bagi B tatkala ... untuk C sebelum ... agar D selepas ... supaya Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah. 15 Ayah terpaksa memperlahankan keretanya kerana ibu berasa pening semasa melalui jalan yang ________ dari Tapah ke Cameron Highlands. A licin-licau B lekak-lekuk C lintang-pukang D bengkang-bengkok 16 Baru-baru ini Jawatankuasa Lawatan Sekolah Kebangsaan Kiat telah berjaya ________ lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur yang ________ oleh empat puluh orang murid. A diadakan ... disertai B keadaan ... disertakan C mengadakan ... disertai D pengadaan ... disertakan 17 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______ pisang emas pula ialah lapan ringgit. A sebiji ... sesisir B sebutir ... sesikat C sesisir ... setandan D sebutir ... setandan 18 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah banglo Datin Zawiyah. A dipagari B memagari C dipagarkan D memagarkan
  • 6. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 6 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 19 Nuralisya Salbila berusaha untuk mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan ijazah yang dimilikinya itu. Berikan perkataan seerti bagi perkataan setimpal. A sebaik B sesuai C secocok D seimbang 20 Perjalanan amat sukar dan mencabar di kawasan lereng bukit yang curam serta sempit bagi para pendaki tersebut. Perkataan berlawan bagi curam ialah ________. A rata B lurus C landai D gondol Soalan 21 – 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 21 I Jalan itu terdapat banyak lubang selepas banjir melanda kawasan tersebut. II Budak-budak dilarang mandi di lubang sungai itu kerana airnya terlalu dalam. III Budak lelaki itu menangis kesakitan kerana lubang telinganya dimasuki serangga. IV Oleh sebab lubang jarum itu terlalu sempit, ibu masih terkial-kial untuk memasukkan benang tersebut. A B C D I dan III II dan IV I, II dan IV I, III dan IV 22 I Puan Afifah mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Serdang. II Encik Bakhtiar membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya. III Banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita mengamalkan sikap jimat-cermat dan suka menabung. IV Mereka menggunakan faedah yang mudah dan cepat untuk menyelesaikan masalah Matematik tersebut. A B C D I dan III II dan III I, II dan III II, III dan IV
  • 7. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 7 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 23 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu? A Menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ amat rumit. B Saya telah menyiapkan laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu. C Laporan projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu masih dalam penilaian. D Projek usahawan belia ‘Satu Desa Satu Produk’ itu dilaporkan secara lintas langsung. 24 Pilih soalan yang sesuai bagi jawapan di bawah. Saya sudah serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farahliza untuk disemak semula. A Di manakah Cikgu Farahliza letakkan buku karangan kamu itu? B Bilakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farahliza? C Siapakah yang mengambil buku karangan itu daripada Cikgu Farahliza? D Mengapakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farahliza? Soalan 25 – 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. 25 “Jemputlah ke majlis hari lahir saya pada minggu hadapan,” kata Yatie kepada Suzie. A Yatie telah mempelawa Suzie ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. B Yatie merayu Suzie agar datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. C Yatie meminta Suzie bertandang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. D Yatie mengarahkan Suzie datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. 26 Pak Ali berasa gembira akan kejayaan anak-anaknya kerana dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. A Kejayaan anak-anak yang melanjutkan pelajaran ke universiti kegembiraan Pak Ali. B Kejayaan anak-anak Pak Ali melanjutkan pelajaran ke universiti suatu kegembiraan. C Kejayaan Pak Ali melanjutkan pelajaran ke universiti menggembirakan anak-anaknya. D Kejayaan anak-anak Pak Ali melanjutkan pelajaran ke universiti menggembirakannya. Soalan 27 – 28 Pilih ayat yang betul. 27 A Kami sampai di kawasan rehat dan rawat itu lebih awal dari mereka. B Pemandu bas ekspres itu menafikan dia memotong garisan berkembar. C Siapatah yang gemar membuang sampah sarap di dalam sungai tersebut. D Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukaneka.
  • 8. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 8 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 28 I Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. II Pasukan kastam berjaya melakukan rampasan terbesar beras siam petang semalam. III Emak mengkhaskan lauk-pauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. IV Kamus ekabahasa yang baru diterbitkan itu dijual dengan harga yang amat berpatutan. A B C D I dan II I dan III II dan IV III dan IV Soalan 29 – 30 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. 29 Kami berasa amat kagum sekali melihat ________ pekerja kurang upaya di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan itu. A air tangan B kerja tangan C lepas tangan D campur tangan 30 Banyak pelanggan yang terpedaya dengan tipu helah peniaga yang menjual barang tiruan pada harga yang tinggi, perbuatannya itu __________. A seperti gergaji dua mata B seperti tikus jatuh ke beras C seperti anjing menyalak bukit D seperti lintah menghisap darah
  • 9. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 9 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK Soalan 31 – 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu Ahmad Kamal, dan rakan seperjuangan sekalian. Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu yang terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya berasa hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang sangat saya hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenarnya dan sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang pada hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada minggu hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah ini mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya akan memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini. Hadirin yang dihormati, Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa dalam ingatan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Kamal kerana segala bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan tunjuk ajar beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak disenangi oleh pelajar. Saya tahu niat mereka murni untuk membimbing pelajar yang dikasihi. Saya mengambil kesempatan dalam majlis ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada rakan-rakan dalam pelajaran mereka. Akan tetapi, kita harus sedar matlamat untuk menginginkan kecemerlangan dalam bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan aktiviti kokurikulum sama sekali. Hadirin yang budiman, Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada semua, saya berharap agar kita dapat terus berhubung antara satu sama lain melalui surat ataupun telefon demi kebaikan bersama. Akhir kata, penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan maaf daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata dan tingkah laku saya yang tidak menyenangkan selama ini. Sekian, terima kasih.
  • 10. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 10 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 31 Mengapakah majlis tersebut diadakan? A Untuk meraikan penulis B Untuk meraikan Cikgu Ahmad Kamal C Untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu D Untuk mengadakan majlis perpisahan kepada penulis 32 Mengapakah penulis berasa sedih pada hari tersebut? A Kerana dia akan berpindah ke tempat baharu B Kerana dia akan berpisah dengan kawan-kawannya C Kerana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya D Kerana dia akan meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-guru 33 Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya? A Dia tidak pernah tinggal di Pahang. B Dia belum pernah bersekolah di Pahang. C Dia akan keseorangan di tempat baharu itu. D Dia hanya mengetahui tentang Pahang daripada bahan bacaan. 34 Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya? A Sentiasa berhubung antara satu sama lain B Belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka berjaya C Mengekalkan hubungan baik antara guru dengan para pelajar D Jangan benci akan guru-guru yang banyak membimbing para pelajar. 35 Frasa menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan A menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan B menggenggam erat kedua-dua belah tapak tangan C meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain D mempertemukan tapak tangan kanan dengan tapak tangan kiri
  • 11. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 11 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK Soalan 36 – 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 15, Pesona Lahat Baru 2, Bandar Baru Lahat, 31500 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 24 Februari 2013. Ke hadapan kakanda Saidi Nazman yang berada di Sarawak, adinda doakan semoga kakanda berada dalam keadaan sejahtera. Kakanda Saidi Nazman yang disayangi, Apa khabar kakanda sekarang? Bagaimana dengan pengajian kakanda di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Adinda berharap semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Adinda, bonda dan ayahanda semuanya dalam keadaan sihat. Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanya khabar tentang kakanda. Selain itu, adinda juga ingin memaklumkan khabar tentang kejayaan adinda dalam pertandingan Pidato Diraja peringkat daerah yang telah adinda sertai. Adinda telah menyertai pertandingan Pidato Diraja yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri. Kini, adinda sibuk membuat latihan dan persiapan untuk menghadapi pertandingan peringkat negeri yang akan dijalankan dua bulan dari sekarang. Adinda berharap agar kakanda dapat membalas surat ini dengan segera dan memberikan panduan serta tip yang berguna untuk adinda menghadapi pertandingan itu nanti. Kakanda juga boleh menghantar panduan serta tip tersebut ke alamat e-mel adinda, iaitu emynatasha@yahoo.com pada bila-bila masa. Setakat ini dahulu coretan adinda. Doakan semoga adinda mencapai kejayaan dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Semoga kakanda juga mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan akhir semester nanti. Salam sayang daripada adinda dan anggota keluarga di sini untuk kakanda. Sekian, terima kasih. Adindamu yang benar, Emy Natasha
  • 12. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 12 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK 36 Apakah tujuan utama penulis mengutus surat kepada abangnya? A Bertanya khabar tentang abangnya di perantauan B Memaklumkan kejayaannya dalam pertandingan pidato C Meminta panduan dan tip untuk menyertai pertandingan pidato D Mengharapkan abangnya berjaya dalam pengajiannya di universiti 37 Apakah harapan dan doa penulis untuk abangnya dalam bahagian akhir surat tersebut? A Kejayaan sebagai mahasiswa cemerlang B Kejayaan menjadi seorang jurutera binaan C Kejayaan memperoleh biasiswa pendidikan D Kejayaan dalam peperiksaan akhir semester 38 Selain melalui surat, penulis juga memohon supaya abangnya menghantar panduan dan tip tentang pidato melalui A Mesin faks B Laman web C Alamat e-mel D Pesanan ringkas 39 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan surat di atas. A Penulis menghubungi abangnya melalui telefon bimbit. B Penulis dan keluarganya tinggal di Bandar Baru Lahat, Ipoh. C Penulis mewakili sekolah ke pertandingan pidato peringkat negeri. D Penulis telah menyertai pertandingan Pidato Diraja peringkat negeri. 40 Perkataan coretan dalam petikan surat tersebut merujuk A gambaran secara ringkas B panduan cepat dan pantas C huraian maklumat terancang D ringkasan maklumat keluarga KERTAS SOALAN TAMAT
  • 13. MODUL AKAR UPSR (PPD HILIR PERAK) – 2013 13 KERTAS PEMAHAMAN (011) – SET LATIH TUBI MODUL AKAR UPSR BAHASA MELAYU : KERTAS PEMAHAMAN (011/1) – SET LATIH TUBI (FASA SATU) – 2013 DISEDIAKAN OLEH ANGGOTA JAWATANKUASA PENGGUBAL MODUL AKAR BAHASA MELAYU PPD HILIR PERAK JAWABAN KERTAS MODUL “AKAR” – SET LATIH TUBI BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (KERTAS 011) – 2013 (FASA 1) 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 A D C B A B C C D A 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 B B A D D C C B D A 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 D B B D A D C C B D 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 A D C B C C D C B A *Taburan Jawaban : A = 8 B = 10 C = 11 D = 11 BARISAN PANEL PENGGUBAL “AKAR” BAHASA MELAYU 011/1 – 2013 BIL NAMA GURU SEKOLAH 1 TUAN HAJI MD. RAMLI BIN SABRAN (KETUA BM PEMAHAMAN – 011/1) SK KAMPONG BAHAGIA, KM,7 JALAN SUNGAI MANIK, 36000 TELUK INTAN, PERAK. 2 ENCIK AMENUDDIN BIN ABDUL AZIZ (KETUA BM PENULISAN – 012/1) SK HUTAN MELINTANG, JALAN BESAR, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK. 3 PUAN NOR AZLIN BINTI ABDUL AZIZ (Anggota Jawatankuasa Penggubal – Grafik) SK KAMPONG BAHAGIA, KM,7 JALAN SUNGAI MANIK, 36000 TELUK INTAN, PERAK. 4 PUAN FARAHLIZA BINTI AHMAD RADZUAN (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1) SK SULTAN ABDUL AZIZ, 36000 TELUK INTAN, PERAK. 5 TUAN HAJI ARIFIN BIN MUSMAN (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1) SK BAGAN PASIR, 36200 SELEKOH, PERAK. 6 ENCIK MOHD PUAD BIN SAMSUDIN (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1 & Grafik) SK SUNGAI TUKANG SIDIN, 36750 CHIKUS, PERAK. 7 CIK AZIMA BINTI ABDUL AZIZ (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1) SK CONVENT, 36000 TELUK INTAN, PERAK. 8 PUAN NOOR HAYATI BINTI TAMZIS (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1) SK TELUK BULOH, 36400 HUTAN MELINTANG, PERAK. 9 PUAN HALIJAH BINTI MUSTAFA (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 011/1) SK SUNGAI BATANG, 36200 SELEKOH, PERAK. 10 ENCIK HARRIS BIN ABDUL RAZAK (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 012/1) SK KAMPUNG BAHARU, BATU 16, JALAN SUNGAI DULANG, 36300 SUNGAI SUMUN, PERAK. 11 PUAN NORLIZA BINTI BIDIN (Anggota Jawatankuasa Penggubal – 012/1) SK KAMPONG BAHAGIA, KM,7 JALAN SUNGAI MANIK, 36000 TELUK INTAN, PERAK.