SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Assalamualaikaum dan salam perpaduan
Sejambak kasih titipan khas buat Pengerusi Majlis,
Yang berusaha, ayahanda Tuan Pengetua Cikgu Hj. Ithnin Bin YUsof
Yang dihormati Guru penolong kanan, Cikgu Hj Amir Hamzah Bin Yunos
Yang dihormati, ayahanda Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru
SMK Tengku Mahmud Iskandar, En. Azhar Bin Abu BAkar
Barisan Guru Penolong Kanan, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
barisan kaunselor,guru-guru yang dihormati,
dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan
khusus kepada pihak pengurusan Majlis Restu Ilmu SPM 2019, kerana
memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan
sepatah dua kata dalam majlis ‘keramat’ yang dianjurkan khusus buat
kami yang akan menduduki pepriksaan SPM tidak lama lagi.
Ayahanda pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan.
Meskipun saban tahun majlis seumpama ini diadakan, namun, setiap
penganjuran majlis tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Walaupun majlis kali ini agak sederhana, tetapi motif dan matlamatnya
tetap sama, iaitu upacara merestui segala ilmu dan pengalaman yang
para guru curahkan kepada kami. Dalam pada itu, majlis pengijazahan
ilmu ini juga merupakan bukti keikhlasan dan komitmen para guru dalam
menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jentera pendidikan dalam
menyampaikan ilmu dan pengajaran demi masa hadapan anak bangsa.
Guru-guru yang kami sanjungi,
Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti
kami, guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan
cabaran, ada yang menyakitkan hati, ada yang menghampakan
harapan, ada yang menggembirakan, ada yang melucukan, dan ada
yang menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan
penuh sabar, sehingga kami dapat merasakan bahawa guru-guru di
sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah adakalanya berperanan
sebagai ibu dan bapa kepada kami, sakit pening kami dan kebajikan
kami sentiasa diambil berat, kemajuan akademik kami dan keterampilan
sahsiah kami sentiasa diberi perhatian, kerja rumah, modul, folio, kerja
kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan diperiksa.
Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan guru-guru
sekalian. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami
untuk meleraikan kekusutan dan segala macam perkara, termasuklah
perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru adalah segala-
galanya buat kami, terima kasih cikgu!
Cikgu, maafkan kami atas segala kebiadapan. Kami tahu kami bukanlah
yang terbaik. Cikgu, maafkan kami juga atas segala kesusahan cikgu
untuk membenamkan ilmu ke dada kami. Maafkan kami kerana cikgu tak
jenuh membetulkan sikap, sahsiah dan keperibadian kami. Maafkan
kami juga kerana seringkali menipu, membohong, kurang ajar,
menidakkan sesuatu, tidak belajar dengan bersungguh-sungguh dan
leka dibuai arus dunia.
Cikgu, restukanlah semua ilmu yang cikgu sampaikan. Di dalam kelas
mahupun di luar kelas. Secara terus ataupun yang tersembunyi.
Restukanlah perjuangan kami semua bermula 22 februari ini. Berkatilah
dan halalkanlah ilmu yang cikgu berikan. Suluh budiman yang sinarnya
akan terus digunakan ke akhir hayat.
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah
kami hargai dan sanjungi.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi guru-guru rasa nak junjung.
Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang
dikongsikan. Restuilah kami dan doakanlah kejayaan kami dalam
peperiksaan SPM
Rakan – rakan sekalian, berikanlah yang terbaik dari apa yang kalian
termampu untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan komuniti kita ini.
Marilah kita saling bermaafan dan berlapang dada. Moga jejak kita
mendapat keberkatan Allah juga. Ingatlah setinggi-tinggi puncak gunung,
tinggi lagi harapan ayah bonda melihat kejayaan kita. Jangan hampakan
harapan ibubapa jangan musnahkan impian ibubapa, bahagiakan
mereka seperti mana mereka bahagiakan kita.
Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan
Pengerusi Majlis, saya selaku wakil pelajar sekali lagi ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para
guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di
hari muka. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami
balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.
Dirunduk hanyalah padi
Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
Dikenang hanyalah jasa.
Budi bahasa tak jual beli,
, Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
Orang memberi kita merasa
Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta
kepada yang ada dan bertanya kepada yang tahu
Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.

More Related Content

What's hot

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahanLaila Wati Johari
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanSuryadi Lagga
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapatSalasiah Hassan Bahari
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmNorazelin Mat Isa
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiSalahhuddin Salleh
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Norazelin Mat Isa
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6sklunyingsebuyau
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Nurulhuda Sharif
 
Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6Alinah Tamat
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsJay Atin
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
What's hot (20)

Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara  majlis penutupan perkhemahanTeks pengacara  majlis penutupan perkhemahan
Teks pengacara majlis penutupan perkhemahan
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Teks ucapan wakil pelajar
Teks ucapan wakil pelajarTeks ucapan wakil pelajar
Teks ucapan wakil pelajar
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan tahun 6
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6
 
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrsBahasa hukuman kawad kaki tkrs
Bahasa hukuman kawad kaki tkrs
 
Ucapan perpisahan
Ucapan perpisahanUcapan perpisahan
Ucapan perpisahan
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Similar to Restu Ilmu SPM 2019

Teks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayangTeks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayanghafisah262
 
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.docTeks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.docshikyatim
 
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkanPidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkanOperator Warnet Vast Raha
 
Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6
Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6
Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6Zamri Ghani
 
pidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docxpidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docxmeyanda1
 
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docxTeks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docxSMarSeden1
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxSHAHRIMANBINHUSSINMo
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahanMiz Jieha
 
Ucapan wakil murid hari guru
Ucapan wakil murid hari guruUcapan wakil murid hari guru
Ucapan wakil murid hari guruNur Auni Syafiah
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraanikin5474
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bmKumar Vello
 
Similar to Restu Ilmu SPM 2019 (20)

Ucapan murid
Ucapan muridUcapan murid
Ucapan murid
 
ucapan wakil murid.docx
ucapan wakil murid.docxucapan wakil murid.docx
ucapan wakil murid.docx
 
Teks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayangTeks progrm pnyayang
Teks progrm pnyayang
 
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.docTeks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
Teks Ucapan Hari Guru Ketua Pengawas 2023.doc
 
Pidato perpisahan
Pidato perpisahanPidato perpisahan
Pidato perpisahan
 
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkanPidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
 
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkanPidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
Pidato kesan dan pesan dari siswa yang meninggalkan
 
Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6
Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6
Teks ucapan-wakil-murid-graduasi-tahun-6
 
pidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docxpidato perpisahan.docx
pidato perpisahan.docx
 
Teks ucapan hari guru
Teks ucapan hari guruTeks ucapan hari guru
Teks ucapan hari guru
 
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docxTeks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
Teks ucapan wakil murid hari guru 2.docx
 
Karangan ucapan 1
Karangan ucapan 1Karangan ucapan 1
Karangan ucapan 1
 
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docxdokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
dokumen.tips_teks-pengacaraan-majlis-perpisahan.docx
 
ucapan-perpisahan
 ucapan-perpisahan ucapan-perpisahan
ucapan-perpisahan
 
Ucapan wakil murid hari guru
Ucapan wakil murid hari guruUcapan wakil murid hari guru
Ucapan wakil murid hari guru
 
Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
Isi ringkas karangan 2
Isi ringkas karangan 2Isi ringkas karangan 2
Isi ringkas karangan 2
 
Teks pengacaraan
Teks pengacaraanTeks pengacaraan
Teks pengacaraan
 
Contoh karangan bm
Contoh karangan bmContoh karangan bm
Contoh karangan bm
 
Contoh pidato
Contoh pidatoContoh pidato
Contoh pidato
 
More from ridzwanali

FAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdf
FAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdfFAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdf
FAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdfridzwanali
 
appi.ajp-rj.2016.110103.pdf
appi.ajp-rj.2016.110103.pdfappi.ajp-rj.2016.110103.pdf
appi.ajp-rj.2016.110103.pdfridzwanali
 
490-882-1-SM.pdf
490-882-1-SM.pdf490-882-1-SM.pdf
490-882-1-SM.pdfridzwanali
 
1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf
1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf
1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdfridzwanali
 
TENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdf
TENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdfTENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdf
TENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdfridzwanali
 
theories_twa.pdf
theories_twa.pdftheories_twa.pdf
theories_twa.pdfridzwanali
 
594 article text-1435-1-10-20201201
594 article text-1435-1-10-20201201594 article text-1435-1-10-20201201
594 article text-1435-1-10-20201201ridzwanali
 
Laporan slb stmi
Laporan slb stmiLaporan slb stmi
Laporan slb stmiridzwanali
 
Ucapan persaraan
Ucapan persaraanUcapan persaraan
Ucapan persaraanridzwanali
 
Rooming list for 63 person
Rooming list for 63 personRooming list for 63 person
Rooming list for 63 personridzwanali
 
Student leaders board
Student leaders boardStudent leaders board
Student leaders boardridzwanali
 
More from ridzwanali (12)

FAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdf
FAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdfFAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdf
FAKTORPENYEBABSKIZOFERNIA.pdf
 
appi.ajp-rj.2016.110103.pdf
appi.ajp-rj.2016.110103.pdfappi.ajp-rj.2016.110103.pdf
appi.ajp-rj.2016.110103.pdf
 
490-882-1-SM.pdf
490-882-1-SM.pdf490-882-1-SM.pdf
490-882-1-SM.pdf
 
1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf
1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf
1003-Article Text-2490-5-10-20210917.pdf
 
TENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdf
TENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdfTENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdf
TENTATIF LAWATAN KE SABAH.pdf
 
theories_twa.pdf
theories_twa.pdftheories_twa.pdf
theories_twa.pdf
 
Mt0000000208
Mt0000000208Mt0000000208
Mt0000000208
 
594 article text-1435-1-10-20201201
594 article text-1435-1-10-20201201594 article text-1435-1-10-20201201
594 article text-1435-1-10-20201201
 
Laporan slb stmi
Laporan slb stmiLaporan slb stmi
Laporan slb stmi
 
Ucapan persaraan
Ucapan persaraanUcapan persaraan
Ucapan persaraan
 
Rooming list for 63 person
Rooming list for 63 personRooming list for 63 person
Rooming list for 63 person
 
Student leaders board
Student leaders boardStudent leaders board
Student leaders board
 
Recently uploaded

Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Recently uploaded (20)

Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Restu Ilmu SPM 2019

  • 1. Assalamualaikaum dan salam perpaduan Sejambak kasih titipan khas buat Pengerusi Majlis, Yang berusaha, ayahanda Tuan Pengetua Cikgu Hj. Ithnin Bin YUsof Yang dihormati Guru penolong kanan, Cikgu Hj Amir Hamzah Bin Yunos Yang dihormati, ayahanda Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Tengku Mahmud Iskandar, En. Azhar Bin Abu BAkar Barisan Guru Penolong Kanan, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran barisan kaunselor,guru-guru yang dihormati, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak pengurusan Majlis Restu Ilmu SPM 2019, kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ‘keramat’ yang dianjurkan khusus buat kami yang akan menduduki pepriksaan SPM tidak lama lagi. Ayahanda pengetua, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan. Meskipun saban tahun majlis seumpama ini diadakan, namun, setiap penganjuran majlis tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun majlis kali ini agak sederhana, tetapi motif dan matlamatnya tetap sama, iaitu upacara merestui segala ilmu dan pengalaman yang para guru curahkan kepada kami. Dalam pada itu, majlis pengijazahan ilmu ini juga merupakan bukti keikhlasan dan komitmen para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jentera pendidikan dalam menyampaikan ilmu dan pengajaran demi masa hadapan anak bangsa. Guru-guru yang kami sanjungi, Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran, ada yang menyakitkan hati, ada yang menghampakan harapan, ada yang menggembirakan, ada yang melucukan, dan ada yang menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar, sehingga kami dapat merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah adakalanya berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami, sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa diambil berat, kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian, kerja rumah, modul, folio, kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan diperiksa. Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan guru-guru sekalian. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan kekusutan dan segala macam perkara, termasuklah
  • 2. perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru adalah segala- galanya buat kami, terima kasih cikgu! Cikgu, maafkan kami atas segala kebiadapan. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik. Cikgu, maafkan kami juga atas segala kesusahan cikgu untuk membenamkan ilmu ke dada kami. Maafkan kami kerana cikgu tak jenuh membetulkan sikap, sahsiah dan keperibadian kami. Maafkan kami juga kerana seringkali menipu, membohong, kurang ajar, menidakkan sesuatu, tidak belajar dengan bersungguh-sungguh dan leka dibuai arus dunia. Cikgu, restukanlah semua ilmu yang cikgu sampaikan. Di dalam kelas mahupun di luar kelas. Secara terus ataupun yang tersembunyi. Restukanlah perjuangan kami semua bermula 22 februari ini. Berkatilah dan halalkanlah ilmu yang cikgu berikan. Suluh budiman yang sinarnya akan terus digunakan ke akhir hayat. Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan sanjungi. Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek mudik ke tanjung; Hati terkenang mulut menyebut, Budi guru-guru rasa nak junjung. Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan SPM Rakan – rakan sekalian, berikanlah yang terbaik dari apa yang kalian termampu untuk diri sendiri, keluarga, sekolah dan komuniti kita ini. Marilah kita saling bermaafan dan berlapang dada. Moga jejak kita mendapat keberkatan Allah juga. Ingatlah setinggi-tinggi puncak gunung, tinggi lagi harapan ayah bonda melihat kejayaan kita. Jangan hampakan harapan ibubapa jangan musnahkan impian ibubapa, bahagiakan mereka seperti mana mereka bahagiakan kita. Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis, saya selaku wakil pelajar sekali lagi ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk membalasnya.
  • 3. Dirunduk hanyalah padi Diendang sigadis desa; Yang baik hanyalah budi, Dikenang hanyalah jasa. Budi bahasa tak jual beli, , Orang berbudi kita berbahasa; Pekerti mulia pakaian diri, Orang memberi kita merasa Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang ada dan bertanya kepada yang tahu Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.