SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
PART A : Read the article “The World Needs a New Curriculum” by Marc Perensky
and write an essay summarising the main ideas.
Pendahuluan
Mark Prensky, penulis artikel yang bertajuk “The world Needs a New Curriculum” telah
mengemukakan perkara ini dengan secara terperinci. Keseluruhan artikel yang dihasilkan
oleh beliau secara amnya terbahagi kepada dua bahagian yang utama. Bahagian pertama
menjelaskan tentang kelemahan pendidikan dan kurikulum dunia yang diguna pakai pada
masa kini, seterusnya menjelaskan bahawa betapa perlunya membuat perubahan. Sementara
bahagian kedua membincangkan mengenai ciri-ciri kurikulum baru yang dianggap boleh
dijadikan sebagai pilihan terbaik bagi menggantikan kurikulum sedia ada pada masa
sekarang.
Kelemahan Kurikulum Sedia Ada
Penulis artikel ini telah membincangkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti dalam
sistem pendidikan dunia masa kini iaitu
1 Set proaksi yang telah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi pada masa kini.
2 Mentaliti dan idea kebanyakan pihak yang masih beranggapan bahawa pendidikan
menumpukan kepada kebolehan individu dalam menguasai subjek teras.
3 Fokus dan tindakan dalam membuat perubahan tehadap kurikulum pendidikan.
Penulis mendapati bahawa cabaran utama dalam sistem pendidikan masa kini ialah
teras kurikulum tersebut. Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa setiap individu itu
perlu berupaya berfikir, boleh membuat hubung kait dan bertindak untuk mencapai sesuatu
perkara secara efektif. Tetapi malang sekali kurikulum masa kini berdasarkan kepada satu
set proaksi yang telah wujud sejak turun termurun, bukannya berdasarkan kepada keperluan
pendidikan setiap individu. Keperluan pendidikan setiap individu tidak diberi penekanan
dalam kurikulum semasa, sebaliknya disampaikan secar tidak langsung.Malahan apa yang
lebih malang lagi ialah, kurikulum sedia ada tidak mengandungi set proaksi yang mendidik
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
kemahiran-kemahiran penting speperti mana yang telah dikemukakan secara langsung
kepada para pelajar.
Dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa para pelajar mempelajari pelajaran
yang bukan semuanya dapat memberi manfaat kepada mereka. Pelajar memerlukan asas
bagi membolehkan mereka lebih efektif dalam apa sahaja bidang yang ingin diceburi dan
penting kepada mereka. Suatu masa dahulu set proksi amat dikehendaki dan cukup
memadai kepada pelajar, sehingga tidak berupaya mencapai keperluan individu pada masa
sekarang. Kesannya, kebanyakan pelajar menghadapi kekecewaan terhadap kurikulum pada
masa kini kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Sebaliknya
mereka terpaksa mempelajari sesuatu mengikut keperluan negara mereka.
Penulis telah mengenal pasti kelemahan kedua dalam pendidikan masa kini ialah
tentang mentaliti orang ramai yang memikirkan bahawa erti pendidikan ialah tentang subjek
teras, misalnya subjek matematik, sains, seni bahasa dan pengajian sosial. Misalnya ujian
PISA telah berhasil mengkategorikan negara-negara di dunia dengan berpandukan skor para
pelajar yang berusia 14 tahun. Bagaimanapun ia tidak dapat membuktikan pencapaian
individu yang sebenar dalam bidang akademik.
Pada pendapat penulis, kemenjadian individu itu seperti menjadi lebih baik,
berupaya, fleksibel, kemampuan memaksimakan bakat dan mencapai matlamat sendiri ialah
erti pendidikan yang sebenar. Dengan erti kata lain, pendidikan ialah proses yang
membantu seseorang untuk menguasai empat kemahiran yang utama iaitu
1 Berfikir secara efektif.
2 Bertindak secara efektif.
3 Mempunyai hubungan yang efektif.
4 Berupaya mencapai sesuatu dengan efektif.
Sepanjang proses pendidikan ini terdapat pelbagai kemahiran lain yang akan
diperolehi. Bagaimanapun, empat kemahiran yang telah dikemukakan adalah nyata sekali
sebagai kemahiran yang utama. Kewarganegaraan, budaya, etika dan persediaan menuju ke
alam pekerjaan juga merupakan kemahiran lain yang perlu diambil kira. Oleh yang
demikian, tanggapan bahawa menguasai matematik, sains, seni bahasa dan pengajian sosial
dalam pendidikan adalah sama sekali tidak benar dan perlu diubah.Maka itu pendidikan
2
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
sepatutnya membantu pelajar menyedari kepentingan memenuhi keinginan dan keperluan
mereka sendiri., serta mengetahui apa yang diharapkan daripada mereka.
Penulis artikel ini juga membincangkan persoalan tentang “Adakah dengan
menambahkan ’Kemahiran Abad Ke 21’ dalam subjek-subjek teras boleh membantu para
pelajar menjadi seorang individu yang efektif?” Pada asasnya memang tidak dinafikan
bahawa ’kemahiran’ ini cukup membantu kerana ia merupakan ’character based’ .
Bagaimanapun kemahiran ini tidak terlaksana kerana masalah kurikulum sedia ada yang
’ovestuffed’, kurangnya kaedah menyatukan kemahiran tersebut dengan subjek teras semasa
dan para guru yang belum lagi bersedia untuk mengamalkan kemahiran ini. Maka walaupun
dengan penambahan ‘Kemahiran Abad Ke 21’, para pelajar masih tidak mampu dididik
dengan kurikulum pendidikan yang sedia ada.
Sejajar dengan itu pelbagai bentuk pedagogi pengajaran telah dicadangkan seperti
‘pembelajaran berpusatkan pelajar’ dan ‘pembelajaran berpusatkan masalah’. Pedagogi
pengajaran ini menyarankan bahawa pembelajaran secara ‘bersama-sama’ adalah lebih baik
dan boleh membantu. Bagaimanapun, ianya bukanlah suatu strategi pendidikan yang efektif
atau suatu penyelesaian untuk masa hadapan kerana teras yang disampaikan masih sama.
Selain implementasi pedagogi yang baru, pengenalan teknologi turut dianggap sebagai satu
kaedah penyampaian pendidikan yang sangat membantu. Walaupun hakikatnya teknologi
hanya akan menyekat peralihan kepada kurikulum baru atas sebab teras yang disampaikan
tidak lagi relevan kepada pelajar masa kini. Oleh yang demikian jelaslah bahawa perubahan
yang sepatutnya dilaksanakan ialah ‘apa’ yang diajar atau disampaikan, dan bukannya
‘bagaimana’ untuk menyampaikan pelajaran tersebut.
Setelah kesemua kelemahan utama dibincangkan, penulis turut mengemukakan
kurikulum baru yang mampu menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran masa
hadapan. Bahagian ini dimulakan dengan ciri-ciri asas kurikulum baru ini, kemudiannya
diikuti dengan kupasan kesemua empat subjek teras di dalamnya, serta membincangkan
fungsi guru dan teknologi di dalam implementasi kurikulum ini.
3
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Cadangan Kurikulum Baru
Penulis artikel ini telah mencadangkan kurikulum baru yang berdasarkan kepada keperluan
setiap individu untuk berjaya pada masa hadapan. Penulis menegaskan bahawa kurikulum
baru itu bukanlah hanya berasaskan tradisi atau kepada subjek teras sebelum ini yang
dihadkan dengan kemahiran abad ke 21. Namun tidak bermakna bahawa subjek teras
sebelum ini disisihkan terus kerana beberapa kemahiran masih perlu dan akan dikekalkan.
Set kurikulum baru disusun mengikut ‘key things’, di mana semuanya adalah
penting bagi menentukan kejayaan seseorang dalam apa sahaja bidang yang diceburinya.
Melibatkan 4 subjek iaitu pemikiran efektif, tindakan efektif, hubungan fektif dan
pencapaian efektif. Sesiapa sahaja boleh mencapai setiap subjek tersebut, tidak mengira
lokasi, latar belakang pekerjaan dan minat seseorang individu. Selama 13 tahun subjek ini
akan dipelajari dan setiap pelajar akan diuji berdasarkan kebolehan mereka menguasai
setiap subjek tersebut.
Dalam kurikulum baru, setiap subjek teras dibahagikan kepada beberapa sub-
kategori kecil. Sub-kategori bagi subjek pemikiran efektif ialah pemikiran secara kritikal,
pemikiran saintifik dan pemikiran kreatif. Antara sub-kategori bagi subjek tindakan efektif
ialah ‘The Habits of Highly Effective People’, innovatif dan pengurusan projek. Sub
kategori bagi subjek hubungan efektif pula adalah komunikasi dan kerjasama, empati dan
politik. Fokus utama bagi subjek pencapaian efektif adalah memupuk kebolehan individu
melaksanakan projek dalam konteks dunia sebenar. Sub-kategorinya bergantung kepada
minat dan kecenderungan pelajar sendiri, keperluan komuniti dan kemahiran yang dirasakan
penting oleh guru, untuk dikuasai dan dicapai oleh pelajar.
Matematik, seni bahasa, sains dan pengajian sosial iaitu subjek teras sebelum ini
masih dipelajari tetapi tidak menggunakan kaedah penyampaian yang lama agar setiap
pelajar dapat menerima kuantiti pelajaran yang mempunyai kelainan mengikut kekuatan,
minat dan kecenderungan pelajar sendiri. Walau bagaimanapun, setiap pelajar pada setiap
level akan diberikan empat subjek utama yang dicadangkan. Maka yang paling penting
4
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
ialah setiap pelajar akan berusaha mencapai seberapa banyak kemahiran yang mereka
mampu.
Melalui kurikulum baru ini, pelajar dapat mengenalpasti kebolehan diri sendiri, lebih
berkemahuan untuk meraih yang terbaik di kalangan rakan sebayanya.
Kurikulum ini juga tidak lagi menekankan asas terpenting iaitu kebolehan membaca
dan menulis kerana kewujudan teknologi komunikasi melalui rakaman suara dan video
sama juga sama pentingnya. Maklumat-maklumat yang penting kini boleh didapati dalam
pelbagai bentuk format, berbanding sebelumnya yang hanya terdapat dalam bentuk teks.
Kemudahan aplikasi suara ke teks dan sebaliknya menjadikan setiap orang, walau dalam
situasi apapun boleh mencari maklumat dengan pantas dan mudah. Setiap persoalan penting
mengenai kurikulum baru ini akan dijelaskan dan dihuraikan secara terperinci oleh penulis
bagi setiap subje yang disarankan iaitu pemikiran efektif, tindakan efektif, hubungan efektif
dan pencapaian efektif.
Melalui subjek pemikiran efektif, terdapat 13 kategori yang bakal diperkenalkan
kepada pelajar. Penulis menjelaskan bahawa selain daripada tiga sub-kategori (pemikiran
kritikal, pemikiran matematikal dan pemikiran saintifik), dalam kurikulum K-12 sub-
kategori yang lain sama sekali tidak diambil kira. Maknanya, sejak awal persekolahan lagi
pelajar tidak diajar berfikir secara sistematik. Menerusi subjek ini, produk akhirnya ialah
pelajar yang mampu berfikir secara efektif dalam apa juga masalah atau isu pelbagai cara.
Di samping itu pelajar juga dapat mengenalpasti jenis-jenis pemikiran yang dapat
dimanfaatkan dalam situasi tertentu. Tindakan efektif akan membimbing pelajar
mempunyai tabiat atau perlakuan seperti mana yang telah dibukukan oleh penulisnya,
Stephen Covey dalam ‘Seven habits of Highly Effective People’. Antara perlakuan yang
dibincangkan ialah bermula dengan hasilnya di minda, lakukan yang utama dahulu, menjadi
proaktif dan meneroka untuk memahami. Pemikiran positif, fleksibiliti, kesungguhan dan
keusahawanan.
Matlamat pendidikan dalam subjek hubungan efektif ialah membolehkan pelajar
mengetahui langkah mewujudkan dan mengekalkan hubungan sesama mereka dengan
efektif tanpa mengira samada di dalam keluarga, rakan sepasukan, komuniti, tempat kerja
5
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
dan di dalam talian. Kemahiran yang menjurus kepada hubungan efektif seperti etika,
empati, politik dan penyelesaian yang konflik akan dipelajari oleh pelajar.
Pencapaian efektif memberi tumpuan dari segi kebolehan mencapai sesuatu atau projek
sebenar dalam konteks dunia sebenar. Subjek ini membantu dan mendorong pelajar
melaksanakan sesuatu secara sistematik sepanjang tahun K-12.
Peranan Teknologi dan Guru Dalam Pendidikan
Dalam implementasi kurikulum, teknologi berperanan penting sebagai asas yang
menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh melaksanakan pembelajaran
kendiri bagi kempat-empat subjek yang disarankan dengan lebih cepat dan teratur, melalui
kemudahan teknologi. Pelajar menguasai pemikiran efektif, tindakan efektif, hubungan
efektif dan pencapaian efektif berasaskan dorongan teknologi. Guru sebaliknya berperanan
membantu pelajar memahami dan menganalisa contoh-contoh sebenar yang tidak dapat
dirungkai oleh teknologi. Peranan guru juga ialah memotivasi, menghormati dan
menyokong keinginan dan keperluan setiap pelajar (sebagai individu yang berbeza).
membimbing cara belajar dan mencapai potensi diri.
Rumusan
Pelbagai masalah dan cabaran melibatkan kurikulum pendidikan masa kini dikenal
pasti dan dikemukakan oleh Marc Prensky. Artikel tulisannya telah dapat membuka minda
setiap pembaca, terutama sekali golongan guru yang merupakan peneraju utama di antara
pelajar dan kurikulum itu sendiri. Beliau telah berjaya membongkar satu isu ketara yang
sangat penting berkaitan kurikulum pendidikan semasa dunia. Apa yang menjadi persoalan
selanjutnya ialah, adakah kurikulum baru yang disarankan ini akan dapat diterima dan
dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat atau sebaliknya? Namun penulis telahpun
mengemukakan dan menegaskan satu fakta yang memang tidak dapat dipertikaikan dalam
artikel ini iaitu, matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan generasi yang lebih
baik, fleksibel dan mampu menghadapi apa jua bidang yang mereka ceburi agar pada
akhirnya akan menjadikan dunia ini lebih baik untuk didiami oleh semua manusia.
6
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
PART B : Watch the TWO attached videos by Sal Khan and write an essay on the
following: “The Future of Education is the Video”.
(You are free to express your views on the topic and use other sources)
Pendahuluan
Salman Khan dilahirkan pada 11 Oktober 1976 di New Orleans, Louisiana. Dibesarkan di
Amerika oleh ayahnya Dr. Fakhrur Amir Khan, kelahiran Bangladesh dan ibunya Masuda
Khan, kelahiran Calcutta, India. Salman Khan merupakan seorang pendidik yang berbangsa
Amerika Bangladesh. Beliau juga merupakan seorang peniaga dan bekas penganalisis
pelaburan. Salman Khan mendapat pendidikan awal di Grace King High School di Metairie,
Louisiana. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah muda di Institut
Teknologi di Massachusetts. Salman Khan juga mendapat sarjana dalam bidang matematik,
kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Selain daripada itu beliau juga mempunyai ijazah
MBA dari Universiti Harvard. Pada tahun 2004, beliau memulakan tugas sebagai
penganalisis pelaburan setelah menamatkan pengajian di Massachusetts Institute of
Technology dan Harvard.
Salman Khan merupakan pengasas Khan Academy, laman web interaktif yang kini
menjadi tumpuan utama dalam proses pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah
menengah di Amerika. Beliau memulakan Khan Academy dengan aktiviti pembelajaran
matematik dan sains dalam bentuk video yang dihasilkannya dari rumah dan disebarkan
secara percuma di laman Youtube. Usaha beliau yang sungguh inovatif telah berkembang
seiring dengan keperluan pembelajaran interaktif, menjadikannya semakin terkenal dan
malahan turut dikagumi oleh Bill Gates. Sehingga 01 November 2014, Salman Khan telah
memuat naik lebih 4 300 video pembelajaran yang boleh diakses dengan mudah dan
bilangan pengunjung di saluran Youtubenya telah mencecah hampir dua juta orang. Pada
tahun 2012 Salman Khan telah tersenarai dalam 10 orang paling berpengaruh di dunia
7
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
melalui majalah Forbes yang bertemakan “$1 Trillion Opportunity”. Pada tahun 2011,
Salman Khan bersama Bill Gates (salah satu penyumbang dana utama bagi Khan Academy)
bergabung sebagai pengacara program siaran TED Talks, memperkenalkan Khan Academy
dengan mottonya “You Can Learn Anything, For Free, For Everyone, Forever”.
Definisi E-Pembelajaran
E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, di
mana pada peringkat awal ia berfungsi sebagai satu koleksi pakej pembelajaran dan
informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja
dan disampaikan secara elektronik (Dichantz, 2001). Dalam era teknologi masa kini,
penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan
perkembangan ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak
maklumat bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka.
E-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, iaitu program pendidikan yang
bersandarkan media elektronik sebagai pengantara keseluruhan pergerakan data dan
maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Berperanan
sebagai alat bantu melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang paling
efektif, dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di kelas, di
rumah atau di mana sahaja yang mempunyai kemudahan talian internet.
Komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ialah bahan
input dan outputnya. Contohnya makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian
internet, bahan pengajaran pembelajaran elektronik seperti e-modul, multimedia
courseware, nota kuliah, sumber audio video dan aplikasi sepeti power point. Sistem
pengurusan e-pembelajaran seperti Blackboard, WebCT, VLC Frog, Edmodo, Learnmate,
Lotus Learning Space serta komunikasi melalui email, forum, chat dan sms. E-pembelajaran
berupaya memberikan hasil yang positif dan impak dalam menerapkan kemahiran abad ke
21, sekiranya dimanfaatkan oleh golongan pendidik, pelajar dan ibu bapa secara optimum.
8
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Video adalah masa depan pendidikan
Berdasarkan apa yang telah ditonton dalam video Salman Khan dan melalui penerokaan
maklumat tentang Khan Academy, terdapat beberapa aspek yang boleh dikemukakan
berkaitan masa depan bidang pendidikan melalui interaksi video. Penyataan bahawa “Video
adalah masa depan pendidikan”, dalam erti kata lain menjelaskan bahawa video adalah
pemangkin kemajuan bidang pendidikan pada masa depan. Video atas talian berperanan
sebagai salah satu kaedah penyampaian dan pemindahan ilmu pengetahuan. Melalui apa
yang ditonton, kita dapat melihat dan mendengar penjelasan terus berkaitan bahan yang
ingin kita pelajari atau ketahui. Kenyataan ini amat jelas dan boleh dibuktikan melalui
laman web Khan Academy.org/. Salman Khan sebenarnya berusaha memberikan semua
hasil usaha murninya secara terbuka untuk mengubah persepsi dan kaedah lama pendidikan
agar seiring, mampu bersaing dan boleh memenuhi keperluan era pendidikan masa kini
yang semakin mencabar, melalui e-pembelajaran untuk kebaikan manusia sejagat.
Sesiapa sahaja boleh meneroka dan memuat turun bahan soalan, latihan atau video
tutor yang direka dan dimuat naik oleh Salman Khan berdasarkan pengetahuan dan
pengalamannya, dengan hanya melayari internet. Kebanyakan bahan yang dimuat naik
adalah hasil inovasi pemikiran Salman Khan sendiri. Laman web Khan Academy dicipta
khas oleh Salman Khan untuk memberikan pendidikan atas talian secara percuma kepada
semua pengunjung. Video berunsur pendidikan oleh Salman Khan boleh diakses secara atas
talian melalui alamat ini di https://www.khanacademy.org/, seterusnya mencipta akaun
baru, melalui akaun Facebook atau akaun Goggle untuk menerokai isi kandungannya. Apa
yang menakjubkan, hanya terdapat seorang guru sahaja iaitu Salman Khan sendiri yang
mengajar di laman web Khan Academy, menyediakan pelbagai bidang ilmu pengetahuan
dan maklumat seperti kalkulus, trigonometri, kimia, fizik, biologi dan malahan mengenai
ekonomi, perang Napoleon dan resepi memasak kek. Sehingga kini Salman Khan telah
menghasilkan sebanyak 1 630 tutorial dan berjaya menarik minat lebih kurang 70 ribu
pengunjung sehari, melawati laman web Khan Academy.
9
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Kelebihan Pembelajaran Melalui Video Khan Academy Di Youtube
1 Salman Khan merakam dan menunjukkan pelbagai aktiviti tutorial, panduan
dan latihan yang dilaksanakan dengan memuat naik aktiviti beliau terus ke Youtube.
Matlamat akademik Khan Academy adalah untuk menyediakan peluang pendidikan yang
berkualiti dan boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja, tanpa batasan ilmu.
2 Video Khan Academy berbeza dan biasanya tentang kaedah matematik asas.hanyalah
sebuah video panduan menjawab diikuti dengan latihan. Video tentang algebra
contohnya boleh diakses di laman ini.Tidak ada batasan ilmu, disampaikan dalam bentuk
yang mudah difahami dan tidak memberi tekanan kepada pelajar yang lemah..
Pembelajaran seperti ini dapat menyokong pembelajaran kendiri pelajar dengan maklum
balas dan peneguhan yang cepat. Pelajar boleh melakukan akses kendiri walau di mana
sahaja dengan menggunakan kemudahan internet.semasa menonton video pendidikan
Ibu bapa juga mendapati video tersebut membantu mereka untuk mengajar matematik
kepada anak-anak di rumah.
3 Selepas mendaftar secara percuma sebagai ahli, pengunjung Khan Academy akan
merasai sendiri pengalaman berada di pusat pengajian tinggi tanpa sebarang kos. Konsep
laman ini mudah, menonton video dan mendengar Salman Khan memberi penjelasan
atau kuliah untuk subjek yang sedang dipelajari. Selepas itu pelajar akan berinteraksi
dengan menjawab ujian susulan secara atas talian. Ujian tersebut dikendalikan
sepenuhnya oleh aplikasi perisian yang merekod jawapan dan mencadangkan
penyelesaian. Apabila subjek tersebut boleh dikuasai, barulah pelajar dibenarkan beralih
ke topik yang lain. Objektif dalam video pembelajaran interaktif Salman Khan ialah
memahami atau menguasai sepenuhnya subjek yang dipelajari dan melepasi ujian bagi
membolehkan pelajar beralih ke topik seterusnya.
4 Khan Academy menawarkan pelbagai subjek bidang ilmu pendidikan, pengetahuan dan
10
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
juga kemahiran secara percuma. Video di Youtube dan bahan rujukan yang terdapat
dalam laman Khan Academy ini menyediakan kemudahan sumber rujukan dengan
pemilihan pelbagai bahasa yang diterjemahkan selain bahasa inggeris, sebagai bahasa
pengantarnya yang utama. Kemudahan tersebut membolehkan para pengunjung laman
Khan Academy memilih bahasa mereka sendiri agar boleh mengaplikasikan segala
bentuk keilmuan yang disediakan
tanpa batasan. Ini kerana kemudahan memilih bahasa yang boleh difahami adalah salah
satu kriteria penting yang menjadi daya tarikan pengunjung untuk melayari laman web
tersebut.
5 Program pembelajaran dalam video youtube Khan Academy ini memberi pendidikan
bermula dari konsep mudah kepada kompleks. Warna latar antara muka (interface),
muzik latar dan animasi video menambahkan lagi kesan realistik pembelajaran yang
menarik Dasar pendidikan Khan Academy menyatakan bahawa guru memainkan peranan
sebagai fasilitator yang memantau sementara pelajar pula memainkan peranan
sepenuhnya dalam proses pembelajaran.
Kelemahan Pembelajaran Melalui E-Pembelajaran Atas Talian.
1 Menurut Hassan Mohd Ghazali (2006), terdapat kelemahan dalam penggunaan
pembelajaran berasaskan elektronik atau e-pembelajaran. Antaranya ialah, sumber
maklumat yang kurang menyakinkan kerana tiada autoriti dalam data asas.
2 Menimbulkan risiko gangguan belajar disebabkan sistem tersebut hanya mengkondisikan
pelajar untuk belajar secara akses kendiri. Ini akan menyebabkan pelajar yang malas dan
kurang berusaha hanya menerima bahan dari pelajar yang rajin mencari maklumat.
3 Kemudahan internet yang masih tidak mencukupi, terutama sekali di kawasan luar
bandar yang belum mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik.
Situasi ini menyebabkan tidak semua pelajar di Malaysia dapat mengakses e-
pembelajaran melalui video.
4 Pembelajaran tidak berlaku dalam bentuk bersekemuka dan aktiviti dalam tempoh
11
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
singkat dan hanya sedikit pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar lebih banyak
menumpukan kepada e-pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar itu sendiri.
6 Pembelajaran kendiri melalui video interaktif ini menyebabkan pelajar bersikap lebih
individulistik dan melupakan pergaulan hidup bermasyarakat kerana leka dengan bahan
e-pembelajaran atas talian. Di Malaysia, bukan semua pelajar mempunyai peluang dan
kemudahan untuk berinteraksi secara interaktif dengan video pembelajaran. Fenomena
kejutan budaya menyebabkan ada di kalangan pelajar yang mula mempertikaikan dan
memandang rendah kebolehan guru untuk mendidik mereka berbanding interaksi
pendidikan atas talian.
7 Kebanjiran dan longgokan maklumat bahan e-pembelajaran menyebabkan kebanyakan
pelajar terlalu menumpukan aspek teknologi pendidikan dan mengenepikan aspek
pendidikan sebenar yang berlaku di sekolah mereka. Keghairahan pelajar terhadap
pendidikan berbentuk video di youtube akan mewujudkan proses pembelajaran yang
banyak menumpukan aspek psikomotor, tanpa memberi perhatian kepada aspek afektif.
Ini bercanggah sekali dengan proses pembelajaran di Malaysia yang mengambil kira
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
8 Bagi negara sedang membangun seperti Malaysia, kemajuan pembangunan dari segi
kemudahan talian internet berkelajuan tinggi masih di tahap kurang memuaskan atau
tiada kemudahan internet terutama sekali di luar bandar. Situasi ini menyebabkan tidak
semua pelajar di Malaysia dapat mengakses e-pembelajaran melalui video.
Kesimpulan
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi atas talian, banyak
merujuk kepada kebolehan pelajar dan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi,
dan teknologi dalam pengajarannya. E-pembelajaran seperti mana yang disediakan oleh
Khan Academy dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran dari segi
pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, program pengukuhan
pembelajaran dan penilaian. Kemudahan e-pembelajaran dapat mengikis sikap para pelajar
yang terlalu bergantung kepada pendidik semata-mata.
12
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
PART C : Develop a course titled: “Motivating Staff in an Organisation”
KERTAS KERJA
KEM MOTIVASI & JATI DIRI
PEGAWAS SEKOLAH, KETUA KELAS
DAN PENOLONG KETUA KELAS.
“PELAJAR PROAKTIF, PEMANGKIN KECEMERLANGAN”
TARIKH:
TEMPAT:
ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING,
DENGAN KERJASAMA
UNIT DISIPLIN,
1. PENGENALAN
Kem Motivasi dan Jati Diri ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang dan
dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Unit
Disiplin ……………………………………………. Program ini melibatkan Pengawas
13
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang berjumlah 60 orang. Tujuan
utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada
bakal-bakal pemimpin sekolah ini tentang tanggungjawab dan tugas-tugas yang bakal
dilaksanakan. Pendedahan awal ini diharapkan dapat membantu pengendalian tugas dan
dijadikan sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan
tanggungjawab sebagai pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas.
Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk
berkongsi pengalaman sesama jurulatih dalam memantapkan lagi tahap profesionalisme
mereka. Wujudnya kem ini sekaligus akan dapat melahirkan bakal pemimpin sekolah
yang berdedikasi, berdikari, berdisiplin, yakin diri dan bijak membuat keputusan.
Semoga usaha ini akan memberikan manfaat dan hasil yang cemerlang dalam
menjalankan tugas murni mereka dari masa ke masa demi menjaga nama sekolah.
2. RASIONAL
Jati diri merupakan elemen yang penting dan mesti dimiliki oleh setiap invdividu.
Insan yang bermotivasi tinggi adalah insan yang bakal menyuburkan kekuatan
momentum kejayaan dan kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Alangkah bertuah
dan cemerlangnya jika sesebuah orgranisasi itu mampu membimbing semua tenaga
kerjanya untuk sama-sama bersatu hati dan menggembleng tenaga ke arah mencapai
impian dan matlamat organisasi tersebut.
Program ini telah dirancang dengan teliti dan akan dilaksanakan oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling, …………………………………….. bertujuan untuk
membina motivasi dan jati diri peserta agar cemerlang di dunia dan di akhirat. Selain
itu, kem ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi pengawas, ketua kelas dan
penolong ketua kelas yang beriman, berdisiplin, berilmu, berkeyakinan diri serta
berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah merealisasikan
matlamat Wawasan 2020. Para peserta akan diterapkan dengan erti sebenar
permuafakatan dan kerjasama dalam melaksanakan tugas menerusi ceramah dan
bengkel yang akan dijalankan. Insya Allah, dengan terlaksananya program ini,
14
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas mampu menjadi contoh yang baik,
efisyen dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harian mereka.
3. OBJEKTIF
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang
berkualiti dan cemerlang berdasarkan ilmu dan teknik yang diperoleh sepanajang
program ini berjalan. Di akhir program ini, para peserta akan dapat :
3.1 Memantapakan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan program jati diri.
3.2 Menjadi pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berkualiti dan
mempunyai kepimpinan diri yang cemerlang.
3.3 Membangunkan personaliti diri yang berdisiplin, bertanggungjawab dan
mempunyai daya komunikasi yang baik.
3.4 Membina keyakinan dan kepercayaan pada kemampuan diri bahawa dengan
persediaan yang mantap, mereka juga mampu menyumbang ke arah
peningkatan pencapaian akademik dan sahsiah diri serta rakan-rakan yang lain.
3.5 Menjana idea baru dalam melahirakan pemimpin sekolah yang berdedikasi dan
berhemah tinggi.
3.6 Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap peserta apabila
menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
3.7 Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat juang yang tinggi dalam proses
melengkapkan diri dengan modul yang dijadualkan.
4. FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM
4.1 Faedah dan kepentingan program ini adalah :
15
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
4.1.1 Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang
mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
4.1.2 Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang
bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di sekolah.
4.1.3 Memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang akan bidang
yang diceburi.
5. JANGKA MASA
5.1 Cadangan tempoh : 2 hari 1 malam
5.2 Cadangan tempat : Sekolah .............................................................
5.3 Cadangan jangka masa : Bermula dari 7.00 pagi hari Sabtu dan berakhir
pada 4.30 petang hari Ahad.
5.4 Cadangan tarikh : 27 dan 28 Februari 2016
6. SASARAN
6.1 Sasaran peserta : Semua pengawas, ketua kelas dan penolong ketua
kelas dari kelas Tahun 4 hingga Tahun 6.
6.2 Sasaran umur : 10 tahun hingga 12 tahun
6.3 Sasaran bilangan : 60 orang
7. KANDUNGAN KURSUS
7.1 Pengisian aktiviti dan kaedah pelaksanaan program.
AKTIVITI KANDUNGAN NILAI / OBJEKTIF
Pendaftaran /
Taklimat
• Pendaftaran perlu dilakukan untuk
mengetahui bilangan, nama serta tempat
peserta berkhidmat.
• Pembahagian bilik penginapan (2 orang / 4
orang / 6 orang) sebilik dilakukan.
• Sabar
• Hormat-
menghormati
• Bertimbang rasa
• Bermasyarakat
16
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
• Pembahagian kumpulan juga dibuat semasa
pendaftaran.
• Penerangan tentang peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi dan perjalanan aktiviti
selama dua hari satu malam.
Mendirikan
khemah
• Peserta diminta untuk mendirikan khemah
masing-masing mengikut kumpulan dengan
bantuan fasilitator.
• Setiap kumpulan diperuntukkan masa untuk
menyelesaikan tugas mendirikan dan
membersihkan tapak perkhemahan.
• Kerjasama
• Menghargai masa
• Menurut perintah
Rehat / Solat /
Makan
• Peruntukan masa selama dua jam akan
diberikan untuk masa rehat, solat dan
makan.
• Peserta perlu memanfaatkan masa yang
diberikan untuk melaksanakan ketiga-tiga
aktiviti ini.
• Solat akan dilakukan di ruang utama yang
disediakan secara berjemaah.
• Menghargai masa
• Mematuhi dan
mengikut arahan
• Patuh pada suruhan
agama
• Kerjasama
• Kepimpinan
AKTIVITI KANDUNGAN NILAI / OBJEKTIF
• Peserta lelaki dari setiap kumpulan perlu
melaungkan azan setiap kali masa masuk
waktu solat secara bergilir-gilir mengikut
jadual yang telah ditetapkan.
‘Ice-
breaking’
• Peserta akan memperkenalkan diri masing-
masing.
• Peserta diminta untuk berkongsi kekuatan
dan kelemahan diri.
• Peserta digalakkan untuk mengingat dan
menyebut nama rakan-rakan yang lain.
• Permainan dijalankan untuk memberi
• Keyakinan
• Keberanian
• Jujur
• Saling
mempercayai
• Kepimpinan
17
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
peluang kepada peserta untuk mengenali
dan beramah mesra antara satu sama lain.
Solat /
tazkirah
• Solat akan dilakukan secara berjemaah.
• Setiap kali masuk waktu, ahli kumpulan
lelaki secara bergilir melaungkan azan.
• Setiap kali selesai solat, sesi tazkirah akan
dijalankan.
• Bagi peserta yang bukan beragama Islam,
sesi perkongsian dan pemantapan rohani
akan dijalankan.
• Patuh pada suruhan
agama
• Kepimpinan
• Menepati masa
Senaman
• Aktiviti untuk menyihatkan badan seperti
senamrobik dan permainan akan dijalankan.
• Beberapa orang ahli dari setiap kumpulan
akan diminta ke hadapan membantu co-
ordinator senamrobik untuk mengendalikan
aktiviti.
• Gaya hidup sihat
• Kepimpinan
• Bersemangat
AKTIVITI KANDUNGAN NILAI / OBJEKTIF
Ceramah /
motivasi
• Menjalankan sesi ceramah dan sesi
motivasi mengikut jadual dan modul yang
telah ditetapkan.
• Pakar motivasi dan ustaz dijemput untuk
mengendalikan sesi ceramah dan sesi
motivasi.
• Ceramah berfokus untuk membangkitkan
semangat dan jati diri peserta
• Sesi soal jawab akan dibuat pada akhir sesi
ceramah.
• Pendekatan secara perbincangan/ perbualan
tidak formal digunakan.
• Yakin diri
• Fokus
• Tekun
• Bersemangat
18
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Latihan
dalam
kumpulan
(LDK)
• LDK dijalankan bertujuan untuk
membentuk jati diri sebagai pekerja
cemerlang.
o Main peranan
Situasi diberikan dan peserta perlu
mengawal situasi bersesuaian dengan
peranan yang diberikan.
o Pembentangan
Setiap kumpulan diberikan tajuk untuk
dibincangkan dan dibentangkan.
• Kepimpinan
• Berani
• Bersemangat
• Bertanggungjawab
• Yakin diri
• Sopan santun
Kesimpulan /
Rumusan
• Peserta diminta untuk menyatakan
pengalaman dan perubahan yang diperoleh
sepanjang program ini.
• Peserta diminta untuk mengisi borang kaji
selidik (rujuk lampiran)
• Berani
• Jujur
8. ORGANISASI PELAKSANAAN
JAWATAN KUASA INDUK
Pengerusi : .....................................................................................
(Guru Besar Cemerlang ……………………………..)
Naib Pengerusi : En Jude bin Kuagang
(Pen. Kanan Pentadbiran .............................................)
......................................................................................
(Pen. Kanan HEM ........................................................)
Setiausaha : .......................................................................................
(Guru Pembimbing)
Penolong Setiausaha : ................................ (Ketua Badan Pengawas Sekolah)
Bendahari : ......................................................................................
JAWATAN KUASA PELAKSANA
19
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Pendaftaran : Pn Noraishah Hanum Moeng
Pn Mardiana Aris
Makanan / Minuman : Pn Dg Hjh Noraine Hj Md Tajuddin
Pn Normala Abdullah
Pn Dk Norimah Hj Pg Ibrahim
Pn Jurianah Nisbah
Pn Ainon Sagong
Siaraya : En Ak Sapri Yaakob
En Ahmad Zinin
Aktiviti Gerak Kerja : En Sumarddy Mastah
En Julin Jaadin
Disiplin / Keselamatan : En Nicholas Tay Chee Han
En Mohammad Aiman Mohammad Sayuti
Cik Rosnita Abari
Pn Nordiana Abdullah
Kebersihan : Pn Siti Rohani Seman
En Maturidi Abdullah
Jurufoto / Dokumentasi : En Clement Mansin
En Mohamad Isa Bakri
Fasilitator : Kumpulan 1 - ....................................................
Kumpulan 2 - Pn Norzanah Salim
Kumpulun 3 - Cik Rohana Capla
Kumpulan 4 - Cik Wan Norkiah Wan Mohd
Kumpulan 5 - En Ak Masazwan Ak Abul
Kumpulan 6 - En Abd Adnan Taip
Penceramah : Ceramah 1 - En Jailani Jais
Ceramah 2 - Pn Zahrina Jimmy
Ceramah 3 - Cik Harizah Husin
9. TENTATIF PROGRAM
20
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
27 FEBRUARI 2016 (SABTU)
BIL MASA AKTIVITI CATATAN
1
07.00 – 07.30
Pagi
Pendaftaran Peserta AJK Pendaftaran
2
07.30 – 10.00
Pagi
Memasang Khemah Fasilitator
3
10.00 – 10.30
Pagi
Kudupan AJK Makanan / Minuman
4
10.30 – 12.30
Tgh Hari
Taklimat & Ice Breaking En Mohd Fadhiltullah
5
12.30 – 02.30
Petang
Rehat /
Makan Tengah Hari / Solat Zohor
AJK Makanan / Minuman
Ustaz Mohd Haris
6
02.30 – 04.30
Petang
Ceramah / Motivasi 1
KEYAKINAN DIRI
En Jailani
(Penceramah Jemputan)
7
04.30 – 05.00
Petang
Kudupan / Solat Asar
AJK Makanan / Minuman
Ustaz Azri
8
05.00 – 06.15
Petang
Riadah / Senamrobik Cik Charothy
9
06.15 – 08.00
Malam
Makan Malam / Solat Maghrib
/ Solat Isyak
AJK Makanan / Minuman
Ustaz Armizal
10
08.00 – 09.30
Malam
Ceramah 2
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
PENGAWAS, KETUA KELAS
Pn Zahrina Jimmy
11
09.30 – 11.00
Malam
Ceramah 3
CIRI-CIRI & PERANAN
PENGAWAS, KETUA KELAS
Cik Harizah
12
11.00 – 11.30
Malam
Kudupan AJK Makanan / Minuman
13
11.30 – 04.30
Pagi
Istirehat
28 FEBRUARI 2016 (AHAD)
BIL MASA AKTIVITI CATATAN
1
04.30 – 05.30
Pagi
Qaimullai Ustaz Mohd Haris
2 05.30 – 07.00 Solat Subuh & Kuliah Subuh Ustaz Azri
21
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
Pagi KETENANGAN JIWA
3
07.00 – 07.30
Pagi
Minum Pagi AJK Makanan / Minuman
4
07.30 – 10.00
Pagi
LDK I Fasilitator
5
10.00 – 10.30
Pagi
Kudupan AJK Makanan / Minuman
6
10.30 – 12.30
Tgh Hari
LDK II Fasilitator
7
12.30 – 02.30
Petang
Rehat & Berkemas /
Makan Tengah Hari / Solat Zohor
AJK Makanan / Minuman
AJK Kebersihan
Ustaz Armizal
8
02.30 – 04.30
Petang
Rumusan & Kesimpulan /
Majlis Penutupan
En Mohd Fadhiltullah
9
04.30 – 05.00
Petang
BERSURAI
10. ANGGARAN PERUNTUKAN
10.1 Anggaran perbelanjaan
Bagi melaksanakan dan menampung keperluan kursus seperti peralatan makan
dan minum peserta serta keperluan lain, berikut adalah anggaran perbelanjaan
yang diperlukan.
Anggaran bilangan peserta : 60 orang
Anggaran jurulatih / fasilitator : 15 orang
Jumlah : 75 orang
Bilangan hari : 2 hari 1 malam
BIL PERKARA
BILANGAN
ITEM
HARGA
SEUNIT (RM)
JUMLAH
(RM)
1 Makan dan minum
peserta
75 orang RM18.00 x
75 orang x 2 hari
2,700.00
22
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
2 Alat Tulis
Fail
Pen Marker
Kertas Mahjong
Kertas A4
Gam
Gunting
Selotape
Kertas Warna A4
60 keping
5 kotak
30 keping
1 rim
10 botol
10 pasang
5 gulung
10 paket
RM1.00
RM25.00
RM1.00
RM15.00
RM1.50
RM2.00
RM1.20
RM5.00
60.00
125.00
30.00
15.00
15.00
20.00
6.00
50.00
3 Ubat-ubatan /
Peralatan Kecemasan
1 set RM100.00 100.00
4 Luar Jangka - RM100.00 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM3,221.00
10.2 Anggaran peruntukan dan perbelanjaan
DEBIT KREDIT
BIL
ANGGARAN
PENDAPATAN
JUMLAH
(RM)
BIL
ANGGARAN
PERBELANJAAN
JUMLAH
(RM)
1 Yuran Penyertaan
(RM30 x 60 peserta)
1,800.00 1 Makan dan minum
peserta
2,700.00
2 Sumbangan UBK 921.00 2 Alat tulis 321.00
3 Sumbangan PIBG 500.00 3 Kecemasan 100.00
4 Luar Jangka 100.00
JUMLAH KESELURUHAN 3,221.00 JUMLAH KESELURUHAN 3,221.00
11. PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan ini dapat memberi pengetahuan
dan menyuntik semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai
pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Menyedari betapa pentingnya
ketrampilan dan keunggulan pengawas sekolah umumnya, serta pembentukan sahsiah
diri yang mantap dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid,
diharapkan kem ini akan memudahkan dan mampu membantu ‘polis sekolah’ ini
23
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
melaksanakan tugas mereka dengan lebih dedikasi dan sempurna. Program ini juga
diharapkan dapat mencapai objektifnya dan member manfaat serta kesan positif kepada
para peserta. Ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini diharapkan
dapat dijadikan bekalan dalam melengkapkan diri menempuh permasalahan murid di
sekolah yang kian mencabar.
Disediakan oleh :
................................................................................
(KAUNSELOR SEKOLAH)
Disemak oleh :
........................................................................................
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
Disahkan oleh :
...........................................................................................
(......................................................................................)
24
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KURSUS / LATIHAN
NAMA : _____________________________________________________
KELAS : _____________________________________________________
JAWATAN : _____________________________________________________
TARIKH MULA : _________________ TARIKH AKHIR :
_________________
TAJUK KURSUS : _____________________________________________________
TEMPAT KURSUS : _____________________________________________________
Sila gunakan skala di bawah untuk menyatakan pandangan anda terhadap perubahan yang
berlaku pada diri anda setelah menghadiri kursus (sila bulatkan pada skala yang berkenaan).
0 – TIDAK BERKENAAN 1 – AMAT TIDAK MEMUASKAN
2 – TIDAK MEMUASKAN 3 – MEMUASKAN
4 – BAIK 5 – AMAT BAIK
A
Kandungan dan kesesuaian tajuk
kursus
SEBELUM
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
SELEPAS
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
B Sikap positif terhadap kerja
SEBELUM
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
SELEPAS
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
C
Pengetahuan terhadap
perlaksanaan tugas dan
pertambahan ilmu
SEBELUM
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
SELEPAS
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
D Kemahiran dan kecekapan
SEBELUM
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
SELEPAS
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
25
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
E
Perspektif mengenai latihan yang
telah dihadiri
SEBELUM
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
SELEPAS
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
F
Impak keseluruhan perubahan
pada diri peserta
SEBELUM
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
SELEPAS
LATIHAN
0 1 2 3 4 5
G Kemudahan dan layan dari pihak pengurusan 0 1 2 3 4 5
H Penyediaan sajian 0 1 2 3 4 5
I Kesesuaian tempat kursus dan bilik seminar 0 1 2 3 4 5
Cadangan latihan lanjutan yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran diri dan kerjaya.
(Diisi oleh peserta)
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Tarikh : ______________________ Tandatangan peserta : _____________________
TERIMA KASIH DI ATAS MASA YANG DIBERIKAN
UNTUK MENGISI BORANG INI.
Rujukan atas Talian:
1 Kurikulum kebangsaan, http://www.moe.gov.my/my/kurikulum-kebangsaan
26
EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT
2 Kebaikan dan keburukan menggunakan youtube, https://prezi.com/rsh15t7-pm6p/5-
kebaikan-keburukan-menggunakan-youtube/
3 Marc Prensky, “The World Needs a New Curriculum”, 2014
4 Nota AeU Chapter 1 to Chapter 8
5 Perkembangan pendididikan di Malaysia,
http://www.slideshare.net/mdnorihk/perkembangan-pendidikan-di-malaysia
6 Khan Academy, https://www.khanacademy.org/
7 https://www.youtube.com/user/khanacademy
8 http://skpa3-bpa.blogspot.my/2013/11/pelajar-yang-berjaya-dalam-persekitaran.html
27

More Related Content

What's hot

2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
MOHDGAZALI1
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083
latiba
 
Skripx grace
Skripx graceSkripx grace
Skripx grace
Marna_Nna
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
huzaipah
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Abd Wahid
 
Pembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiPembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogi
skjap
 
Kurikulum dan pembelajaran... adit
Kurikulum dan pembelajaran... aditKurikulum dan pembelajaran... adit
Kurikulum dan pembelajaran... adit
Adhitya Ramandha
 

What's hot (20)

Tesis bab 1
Tesis bab 1Tesis bab 1
Tesis bab 1
 
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
2016 12-26 panduan pelaksanaan stem dalam pembelajaran dan pengajaran
 
9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning9 character of 21Century Learning
9 character of 21Century Learning
 
Hmef5083
Hmef5083Hmef5083
Hmef5083
 
Skripx grace
Skripx graceSkripx grace
Skripx grace
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
 
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolahMasalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
Masalah pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni disekolah
 
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifPengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
 
modul Pembelajaran jarak jauh
 modul Pembelajaran jarak jauh modul Pembelajaran jarak jauh
modul Pembelajaran jarak jauh
 
Pembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogiPembugaran pedagogi
Pembugaran pedagogi
 
Karil yuliana nim. 822177824
Karil yuliana nim. 822177824Karil yuliana nim. 822177824
Karil yuliana nim. 822177824
 
Analogi dalam Sains
Analogi dalam SainsAnalogi dalam Sains
Analogi dalam Sains
 
Contoh Reading List Jurnal
Contoh Reading List JurnalContoh Reading List Jurnal
Contoh Reading List Jurnal
 
Kurikulum dan pembelajaran... adit
Kurikulum dan pembelajaran... aditKurikulum dan pembelajaran... adit
Kurikulum dan pembelajaran... adit
 
Desain pembelajaran fisika: KURIKULUM INTERDISIPLINER
Desain pembelajaran fisika: KURIKULUM INTERDISIPLINERDesain pembelajaran fisika: KURIKULUM INTERDISIPLINER
Desain pembelajaran fisika: KURIKULUM INTERDISIPLINER
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
rambu rambu penyusunan rpp
rambu rambu penyusunan rpprambu rambu penyusunan rpp
rambu rambu penyusunan rpp
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

Similar to Epe642 curriculum design & development

Materi Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptx
Materi Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptxMateri Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptx
Materi Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptx
vitifatimah47
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
一世 一生
 
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
zaidmunandar1
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
SupediSartono
 
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdfrefleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
Agus Saepulloh
 
Kurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranKurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaran
Purpple's Shalow
 
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Syaidah Ahnur
 
tugas kurikulum Ina Kurnia 2B PE
tugas kurikulum Ina Kurnia 2B PEtugas kurikulum Ina Kurnia 2B PE
tugas kurikulum Ina Kurnia 2B PE
ina_kurnia
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Muhammad Aizat
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaran
pidiani
 
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum PembelajaranKurikulum Pembelajaran
Kurikulum Pembelajaran
pidiani
 

Similar to Epe642 curriculum design & development (20)

Materi Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptx
Materi Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptxMateri Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptx
Materi Awal P5 SDN 2 Kias KEC. BATANG ALAI SELATAN.pptx
 
Penglolaan Kurikulum.pptx
Penglolaan Kurikulum.pptxPenglolaan Kurikulum.pptx
Penglolaan Kurikulum.pptx
 
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2Unit 4  Modul 1  Teras  Pengetahuan V2
Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2
 
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
 
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvMATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
MATERI 1 PRADIGMA.pptxvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
01. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxRefleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdfrefleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
refleksipembelajaranparadigmabaru-220821132830-d381b6e5.pdf
 
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
1 Buku Panduan Pendekatan Bertema (2).pptx
 
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan PendidikanGGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
GGGC6233 | Tugasan Individu Perancangan Pendidikan
 
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptxSosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
Sosialisasi Kurikulum Merdeka 2022.pptx
 
Kurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaranKurikulum dan pembelajaran
Kurikulum dan pembelajaran
 
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
Latar belakang perubahan kurikulum dari kurkulum cbsa sampai kurikulum 2013
 
Presentasi landasan pengembangan kurikulum
Presentasi landasan pengembangan kurikulumPresentasi landasan pengembangan kurikulum
Presentasi landasan pengembangan kurikulum
 
MODUL AJAR KEWIRAUSAHAAN SMANJA rev.pdf
MODUL AJAR KEWIRAUSAHAAN SMANJA rev.pdfMODUL AJAR KEWIRAUSAHAAN SMANJA rev.pdf
MODUL AJAR KEWIRAUSAHAAN SMANJA rev.pdf
 
tugas kurikulum Ina Kurnia 2B PE
tugas kurikulum Ina Kurnia 2B PEtugas kurikulum Ina Kurnia 2B PE
tugas kurikulum Ina Kurnia 2B PE
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaran
 
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum PembelajaranKurikulum Pembelajaran
Kurikulum Pembelajaran
 

More from Sayshare

More from Sayshare (20)

Buku panduan kecemasan
Buku panduan kecemasanBuku panduan kecemasan
Buku panduan kecemasan
 
STIHL MS 290, 310, 390
STIHL MS 290, 310, 390STIHL MS 290, 310, 390
STIHL MS 290, 310, 390
 
Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4Panjang - Matematik Tahun 4
Panjang - Matematik Tahun 4
 
Jisim - Matematik Tahun 4
Jisim - Matematik Tahun 4Jisim - Matematik Tahun 4
Jisim - Matematik Tahun 4
 
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
Isi Padu Cecair - Matematik Tahun 4
 
100 resepi masakan kuih muih malaysia
100 resepi masakan kuih muih malaysia100 resepi masakan kuih muih malaysia
100 resepi masakan kuih muih malaysia
 
Nota penolakan pecahan
Nota penolakan pecahanNota penolakan pecahan
Nota penolakan pecahan
 
Lembaran kerja 2: Penolakan Pecahan
Lembaran kerja 2:  Penolakan PecahanLembaran kerja 2:  Penolakan Pecahan
Lembaran kerja 2: Penolakan Pecahan
 
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
Lembaran kerja 1: Penolakan Pecahan Tahun 4
 
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
NOTA PENOLAKAN PECAHAN TAHUN 4 2021
 
Metodologi KT Kualitatif
Metodologi KT KualitatifMetodologi KT Kualitatif
Metodologi KT Kualitatif
 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
 
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
Modul PdPR M3 - 01-07 FEB 2021
 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4
 
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
MODUL PdPR MATEMATIK TAHUN 4 M44
 
PdPR MATEMATIK T4-NISBAH
PdPR MATEMATIK T4-NISBAHPdPR MATEMATIK T4-NISBAH
PdPR MATEMATIK T4-NISBAH
 
Pengurusan Risiko - IAB
Pengurusan Risiko - IABPengurusan Risiko - IAB
Pengurusan Risiko - IAB
 
MASA & WAKTU
MASA & WAKTU MASA & WAKTU
MASA & WAKTU
 
MASA & WAKTU TAHUN 4
MASA & WAKTU TAHUN 4MASA & WAKTU TAHUN 4
MASA & WAKTU TAHUN 4
 
FIZIK - NOTA BERFOKUS
FIZIK - NOTA BERFOKUSFIZIK - NOTA BERFOKUS
FIZIK - NOTA BERFOKUS
 

Epe642 curriculum design & development

  • 1. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT PART A : Read the article “The World Needs a New Curriculum” by Marc Perensky and write an essay summarising the main ideas. Pendahuluan Mark Prensky, penulis artikel yang bertajuk “The world Needs a New Curriculum” telah mengemukakan perkara ini dengan secara terperinci. Keseluruhan artikel yang dihasilkan oleh beliau secara amnya terbahagi kepada dua bahagian yang utama. Bahagian pertama menjelaskan tentang kelemahan pendidikan dan kurikulum dunia yang diguna pakai pada masa kini, seterusnya menjelaskan bahawa betapa perlunya membuat perubahan. Sementara bahagian kedua membincangkan mengenai ciri-ciri kurikulum baru yang dianggap boleh dijadikan sebagai pilihan terbaik bagi menggantikan kurikulum sedia ada pada masa sekarang. Kelemahan Kurikulum Sedia Ada Penulis artikel ini telah membincangkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti dalam sistem pendidikan dunia masa kini iaitu 1 Set proaksi yang telah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi pada masa kini. 2 Mentaliti dan idea kebanyakan pihak yang masih beranggapan bahawa pendidikan menumpukan kepada kebolehan individu dalam menguasai subjek teras. 3 Fokus dan tindakan dalam membuat perubahan tehadap kurikulum pendidikan. Penulis mendapati bahawa cabaran utama dalam sistem pendidikan masa kini ialah teras kurikulum tersebut. Realitinya, memang tidak dinafikan bahawa setiap individu itu perlu berupaya berfikir, boleh membuat hubung kait dan bertindak untuk mencapai sesuatu perkara secara efektif. Tetapi malang sekali kurikulum masa kini berdasarkan kepada satu set proaksi yang telah wujud sejak turun termurun, bukannya berdasarkan kepada keperluan pendidikan setiap individu. Keperluan pendidikan setiap individu tidak diberi penekanan dalam kurikulum semasa, sebaliknya disampaikan secar tidak langsung.Malahan apa yang lebih malang lagi ialah, kurikulum sedia ada tidak mengandungi set proaksi yang mendidik
  • 2. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT kemahiran-kemahiran penting speperti mana yang telah dikemukakan secara langsung kepada para pelajar. Dalam artikel ini penulis menyatakan bahawa para pelajar mempelajari pelajaran yang bukan semuanya dapat memberi manfaat kepada mereka. Pelajar memerlukan asas bagi membolehkan mereka lebih efektif dalam apa sahaja bidang yang ingin diceburi dan penting kepada mereka. Suatu masa dahulu set proksi amat dikehendaki dan cukup memadai kepada pelajar, sehingga tidak berupaya mencapai keperluan individu pada masa sekarang. Kesannya, kebanyakan pelajar menghadapi kekecewaan terhadap kurikulum pada masa kini kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Sebaliknya mereka terpaksa mempelajari sesuatu mengikut keperluan negara mereka. Penulis telah mengenal pasti kelemahan kedua dalam pendidikan masa kini ialah tentang mentaliti orang ramai yang memikirkan bahawa erti pendidikan ialah tentang subjek teras, misalnya subjek matematik, sains, seni bahasa dan pengajian sosial. Misalnya ujian PISA telah berhasil mengkategorikan negara-negara di dunia dengan berpandukan skor para pelajar yang berusia 14 tahun. Bagaimanapun ia tidak dapat membuktikan pencapaian individu yang sebenar dalam bidang akademik. Pada pendapat penulis, kemenjadian individu itu seperti menjadi lebih baik, berupaya, fleksibel, kemampuan memaksimakan bakat dan mencapai matlamat sendiri ialah erti pendidikan yang sebenar. Dengan erti kata lain, pendidikan ialah proses yang membantu seseorang untuk menguasai empat kemahiran yang utama iaitu 1 Berfikir secara efektif. 2 Bertindak secara efektif. 3 Mempunyai hubungan yang efektif. 4 Berupaya mencapai sesuatu dengan efektif. Sepanjang proses pendidikan ini terdapat pelbagai kemahiran lain yang akan diperolehi. Bagaimanapun, empat kemahiran yang telah dikemukakan adalah nyata sekali sebagai kemahiran yang utama. Kewarganegaraan, budaya, etika dan persediaan menuju ke alam pekerjaan juga merupakan kemahiran lain yang perlu diambil kira. Oleh yang demikian, tanggapan bahawa menguasai matematik, sains, seni bahasa dan pengajian sosial dalam pendidikan adalah sama sekali tidak benar dan perlu diubah.Maka itu pendidikan 2
  • 3. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT sepatutnya membantu pelajar menyedari kepentingan memenuhi keinginan dan keperluan mereka sendiri., serta mengetahui apa yang diharapkan daripada mereka. Penulis artikel ini juga membincangkan persoalan tentang “Adakah dengan menambahkan ’Kemahiran Abad Ke 21’ dalam subjek-subjek teras boleh membantu para pelajar menjadi seorang individu yang efektif?” Pada asasnya memang tidak dinafikan bahawa ’kemahiran’ ini cukup membantu kerana ia merupakan ’character based’ . Bagaimanapun kemahiran ini tidak terlaksana kerana masalah kurikulum sedia ada yang ’ovestuffed’, kurangnya kaedah menyatukan kemahiran tersebut dengan subjek teras semasa dan para guru yang belum lagi bersedia untuk mengamalkan kemahiran ini. Maka walaupun dengan penambahan ‘Kemahiran Abad Ke 21’, para pelajar masih tidak mampu dididik dengan kurikulum pendidikan yang sedia ada. Sejajar dengan itu pelbagai bentuk pedagogi pengajaran telah dicadangkan seperti ‘pembelajaran berpusatkan pelajar’ dan ‘pembelajaran berpusatkan masalah’. Pedagogi pengajaran ini menyarankan bahawa pembelajaran secara ‘bersama-sama’ adalah lebih baik dan boleh membantu. Bagaimanapun, ianya bukanlah suatu strategi pendidikan yang efektif atau suatu penyelesaian untuk masa hadapan kerana teras yang disampaikan masih sama. Selain implementasi pedagogi yang baru, pengenalan teknologi turut dianggap sebagai satu kaedah penyampaian pendidikan yang sangat membantu. Walaupun hakikatnya teknologi hanya akan menyekat peralihan kepada kurikulum baru atas sebab teras yang disampaikan tidak lagi relevan kepada pelajar masa kini. Oleh yang demikian jelaslah bahawa perubahan yang sepatutnya dilaksanakan ialah ‘apa’ yang diajar atau disampaikan, dan bukannya ‘bagaimana’ untuk menyampaikan pelajaran tersebut. Setelah kesemua kelemahan utama dibincangkan, penulis turut mengemukakan kurikulum baru yang mampu menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Bahagian ini dimulakan dengan ciri-ciri asas kurikulum baru ini, kemudiannya diikuti dengan kupasan kesemua empat subjek teras di dalamnya, serta membincangkan fungsi guru dan teknologi di dalam implementasi kurikulum ini. 3
  • 4. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Cadangan Kurikulum Baru Penulis artikel ini telah mencadangkan kurikulum baru yang berdasarkan kepada keperluan setiap individu untuk berjaya pada masa hadapan. Penulis menegaskan bahawa kurikulum baru itu bukanlah hanya berasaskan tradisi atau kepada subjek teras sebelum ini yang dihadkan dengan kemahiran abad ke 21. Namun tidak bermakna bahawa subjek teras sebelum ini disisihkan terus kerana beberapa kemahiran masih perlu dan akan dikekalkan. Set kurikulum baru disusun mengikut ‘key things’, di mana semuanya adalah penting bagi menentukan kejayaan seseorang dalam apa sahaja bidang yang diceburinya. Melibatkan 4 subjek iaitu pemikiran efektif, tindakan efektif, hubungan fektif dan pencapaian efektif. Sesiapa sahaja boleh mencapai setiap subjek tersebut, tidak mengira lokasi, latar belakang pekerjaan dan minat seseorang individu. Selama 13 tahun subjek ini akan dipelajari dan setiap pelajar akan diuji berdasarkan kebolehan mereka menguasai setiap subjek tersebut. Dalam kurikulum baru, setiap subjek teras dibahagikan kepada beberapa sub- kategori kecil. Sub-kategori bagi subjek pemikiran efektif ialah pemikiran secara kritikal, pemikiran saintifik dan pemikiran kreatif. Antara sub-kategori bagi subjek tindakan efektif ialah ‘The Habits of Highly Effective People’, innovatif dan pengurusan projek. Sub kategori bagi subjek hubungan efektif pula adalah komunikasi dan kerjasama, empati dan politik. Fokus utama bagi subjek pencapaian efektif adalah memupuk kebolehan individu melaksanakan projek dalam konteks dunia sebenar. Sub-kategorinya bergantung kepada minat dan kecenderungan pelajar sendiri, keperluan komuniti dan kemahiran yang dirasakan penting oleh guru, untuk dikuasai dan dicapai oleh pelajar. Matematik, seni bahasa, sains dan pengajian sosial iaitu subjek teras sebelum ini masih dipelajari tetapi tidak menggunakan kaedah penyampaian yang lama agar setiap pelajar dapat menerima kuantiti pelajaran yang mempunyai kelainan mengikut kekuatan, minat dan kecenderungan pelajar sendiri. Walau bagaimanapun, setiap pelajar pada setiap level akan diberikan empat subjek utama yang dicadangkan. Maka yang paling penting 4
  • 5. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT ialah setiap pelajar akan berusaha mencapai seberapa banyak kemahiran yang mereka mampu. Melalui kurikulum baru ini, pelajar dapat mengenalpasti kebolehan diri sendiri, lebih berkemahuan untuk meraih yang terbaik di kalangan rakan sebayanya. Kurikulum ini juga tidak lagi menekankan asas terpenting iaitu kebolehan membaca dan menulis kerana kewujudan teknologi komunikasi melalui rakaman suara dan video sama juga sama pentingnya. Maklumat-maklumat yang penting kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk format, berbanding sebelumnya yang hanya terdapat dalam bentuk teks. Kemudahan aplikasi suara ke teks dan sebaliknya menjadikan setiap orang, walau dalam situasi apapun boleh mencari maklumat dengan pantas dan mudah. Setiap persoalan penting mengenai kurikulum baru ini akan dijelaskan dan dihuraikan secara terperinci oleh penulis bagi setiap subje yang disarankan iaitu pemikiran efektif, tindakan efektif, hubungan efektif dan pencapaian efektif. Melalui subjek pemikiran efektif, terdapat 13 kategori yang bakal diperkenalkan kepada pelajar. Penulis menjelaskan bahawa selain daripada tiga sub-kategori (pemikiran kritikal, pemikiran matematikal dan pemikiran saintifik), dalam kurikulum K-12 sub- kategori yang lain sama sekali tidak diambil kira. Maknanya, sejak awal persekolahan lagi pelajar tidak diajar berfikir secara sistematik. Menerusi subjek ini, produk akhirnya ialah pelajar yang mampu berfikir secara efektif dalam apa juga masalah atau isu pelbagai cara. Di samping itu pelajar juga dapat mengenalpasti jenis-jenis pemikiran yang dapat dimanfaatkan dalam situasi tertentu. Tindakan efektif akan membimbing pelajar mempunyai tabiat atau perlakuan seperti mana yang telah dibukukan oleh penulisnya, Stephen Covey dalam ‘Seven habits of Highly Effective People’. Antara perlakuan yang dibincangkan ialah bermula dengan hasilnya di minda, lakukan yang utama dahulu, menjadi proaktif dan meneroka untuk memahami. Pemikiran positif, fleksibiliti, kesungguhan dan keusahawanan. Matlamat pendidikan dalam subjek hubungan efektif ialah membolehkan pelajar mengetahui langkah mewujudkan dan mengekalkan hubungan sesama mereka dengan efektif tanpa mengira samada di dalam keluarga, rakan sepasukan, komuniti, tempat kerja 5
  • 6. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT dan di dalam talian. Kemahiran yang menjurus kepada hubungan efektif seperti etika, empati, politik dan penyelesaian yang konflik akan dipelajari oleh pelajar. Pencapaian efektif memberi tumpuan dari segi kebolehan mencapai sesuatu atau projek sebenar dalam konteks dunia sebenar. Subjek ini membantu dan mendorong pelajar melaksanakan sesuatu secara sistematik sepanjang tahun K-12. Peranan Teknologi dan Guru Dalam Pendidikan Dalam implementasi kurikulum, teknologi berperanan penting sebagai asas yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh melaksanakan pembelajaran kendiri bagi kempat-empat subjek yang disarankan dengan lebih cepat dan teratur, melalui kemudahan teknologi. Pelajar menguasai pemikiran efektif, tindakan efektif, hubungan efektif dan pencapaian efektif berasaskan dorongan teknologi. Guru sebaliknya berperanan membantu pelajar memahami dan menganalisa contoh-contoh sebenar yang tidak dapat dirungkai oleh teknologi. Peranan guru juga ialah memotivasi, menghormati dan menyokong keinginan dan keperluan setiap pelajar (sebagai individu yang berbeza). membimbing cara belajar dan mencapai potensi diri. Rumusan Pelbagai masalah dan cabaran melibatkan kurikulum pendidikan masa kini dikenal pasti dan dikemukakan oleh Marc Prensky. Artikel tulisannya telah dapat membuka minda setiap pembaca, terutama sekali golongan guru yang merupakan peneraju utama di antara pelajar dan kurikulum itu sendiri. Beliau telah berjaya membongkar satu isu ketara yang sangat penting berkaitan kurikulum pendidikan semasa dunia. Apa yang menjadi persoalan selanjutnya ialah, adakah kurikulum baru yang disarankan ini akan dapat diterima dan dilaksanakan oleh semua pihak yang terlibat atau sebaliknya? Namun penulis telahpun mengemukakan dan menegaskan satu fakta yang memang tidak dapat dipertikaikan dalam artikel ini iaitu, matlamat utama pendidikan adalah untuk melahirkan generasi yang lebih baik, fleksibel dan mampu menghadapi apa jua bidang yang mereka ceburi agar pada akhirnya akan menjadikan dunia ini lebih baik untuk didiami oleh semua manusia. 6
  • 7. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT PART B : Watch the TWO attached videos by Sal Khan and write an essay on the following: “The Future of Education is the Video”. (You are free to express your views on the topic and use other sources) Pendahuluan Salman Khan dilahirkan pada 11 Oktober 1976 di New Orleans, Louisiana. Dibesarkan di Amerika oleh ayahnya Dr. Fakhrur Amir Khan, kelahiran Bangladesh dan ibunya Masuda Khan, kelahiran Calcutta, India. Salman Khan merupakan seorang pendidik yang berbangsa Amerika Bangladesh. Beliau juga merupakan seorang peniaga dan bekas penganalisis pelaburan. Salman Khan mendapat pendidikan awal di Grace King High School di Metairie, Louisiana. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah muda di Institut Teknologi di Massachusetts. Salman Khan juga mendapat sarjana dalam bidang matematik, kejuruteraan elektrik dan sains komputer. Selain daripada itu beliau juga mempunyai ijazah MBA dari Universiti Harvard. Pada tahun 2004, beliau memulakan tugas sebagai penganalisis pelaburan setelah menamatkan pengajian di Massachusetts Institute of Technology dan Harvard. Salman Khan merupakan pengasas Khan Academy, laman web interaktif yang kini menjadi tumpuan utama dalam proses pembelajaran di sekolah rendah dan sekolah menengah di Amerika. Beliau memulakan Khan Academy dengan aktiviti pembelajaran matematik dan sains dalam bentuk video yang dihasilkannya dari rumah dan disebarkan secara percuma di laman Youtube. Usaha beliau yang sungguh inovatif telah berkembang seiring dengan keperluan pembelajaran interaktif, menjadikannya semakin terkenal dan malahan turut dikagumi oleh Bill Gates. Sehingga 01 November 2014, Salman Khan telah memuat naik lebih 4 300 video pembelajaran yang boleh diakses dengan mudah dan bilangan pengunjung di saluran Youtubenya telah mencecah hampir dua juta orang. Pada tahun 2012 Salman Khan telah tersenarai dalam 10 orang paling berpengaruh di dunia 7
  • 8. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT melalui majalah Forbes yang bertemakan “$1 Trillion Opportunity”. Pada tahun 2011, Salman Khan bersama Bill Gates (salah satu penyumbang dana utama bagi Khan Academy) bergabung sebagai pengacara program siaran TED Talks, memperkenalkan Khan Academy dengan mottonya “You Can Learn Anything, For Free, For Everyone, Forever”. Definisi E-Pembelajaran E-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran elektronik, di mana pada peringkat awal ia berfungsi sebagai satu koleksi pakej pembelajaran dan informasi dalam pendidikan lanjutan. Ianya juga dapat dicapai pada bila-bila masa sahaja dan disampaikan secara elektronik (Dichantz, 2001). Dalam era teknologi masa kini, penyebaran maklumat berasaskan ilmiah berkembang dengan pesat. Seiring dengan perkembangan ini, semua pihak terutama pelajar perlu bersaing untuk memperoleh banyak maklumat bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka. E-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, iaitu program pendidikan yang bersandarkan media elektronik sebagai pengantara keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Berperanan sebagai alat bantu melalui kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi yang paling efektif, dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di kelas, di rumah atau di mana sahaja yang mempunyai kemudahan talian internet. Komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ialah bahan input dan outputnya. Contohnya makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian internet, bahan pengajaran pembelajaran elektronik seperti e-modul, multimedia courseware, nota kuliah, sumber audio video dan aplikasi sepeti power point. Sistem pengurusan e-pembelajaran seperti Blackboard, WebCT, VLC Frog, Edmodo, Learnmate, Lotus Learning Space serta komunikasi melalui email, forum, chat dan sms. E-pembelajaran berupaya memberikan hasil yang positif dan impak dalam menerapkan kemahiran abad ke 21, sekiranya dimanfaatkan oleh golongan pendidik, pelajar dan ibu bapa secara optimum. 8
  • 9. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Video adalah masa depan pendidikan Berdasarkan apa yang telah ditonton dalam video Salman Khan dan melalui penerokaan maklumat tentang Khan Academy, terdapat beberapa aspek yang boleh dikemukakan berkaitan masa depan bidang pendidikan melalui interaksi video. Penyataan bahawa “Video adalah masa depan pendidikan”, dalam erti kata lain menjelaskan bahawa video adalah pemangkin kemajuan bidang pendidikan pada masa depan. Video atas talian berperanan sebagai salah satu kaedah penyampaian dan pemindahan ilmu pengetahuan. Melalui apa yang ditonton, kita dapat melihat dan mendengar penjelasan terus berkaitan bahan yang ingin kita pelajari atau ketahui. Kenyataan ini amat jelas dan boleh dibuktikan melalui laman web Khan Academy.org/. Salman Khan sebenarnya berusaha memberikan semua hasil usaha murninya secara terbuka untuk mengubah persepsi dan kaedah lama pendidikan agar seiring, mampu bersaing dan boleh memenuhi keperluan era pendidikan masa kini yang semakin mencabar, melalui e-pembelajaran untuk kebaikan manusia sejagat. Sesiapa sahaja boleh meneroka dan memuat turun bahan soalan, latihan atau video tutor yang direka dan dimuat naik oleh Salman Khan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya, dengan hanya melayari internet. Kebanyakan bahan yang dimuat naik adalah hasil inovasi pemikiran Salman Khan sendiri. Laman web Khan Academy dicipta khas oleh Salman Khan untuk memberikan pendidikan atas talian secara percuma kepada semua pengunjung. Video berunsur pendidikan oleh Salman Khan boleh diakses secara atas talian melalui alamat ini di https://www.khanacademy.org/, seterusnya mencipta akaun baru, melalui akaun Facebook atau akaun Goggle untuk menerokai isi kandungannya. Apa yang menakjubkan, hanya terdapat seorang guru sahaja iaitu Salman Khan sendiri yang mengajar di laman web Khan Academy, menyediakan pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan maklumat seperti kalkulus, trigonometri, kimia, fizik, biologi dan malahan mengenai ekonomi, perang Napoleon dan resepi memasak kek. Sehingga kini Salman Khan telah menghasilkan sebanyak 1 630 tutorial dan berjaya menarik minat lebih kurang 70 ribu pengunjung sehari, melawati laman web Khan Academy. 9
  • 10. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Kelebihan Pembelajaran Melalui Video Khan Academy Di Youtube 1 Salman Khan merakam dan menunjukkan pelbagai aktiviti tutorial, panduan dan latihan yang dilaksanakan dengan memuat naik aktiviti beliau terus ke Youtube. Matlamat akademik Khan Academy adalah untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti dan boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja, tanpa batasan ilmu. 2 Video Khan Academy berbeza dan biasanya tentang kaedah matematik asas.hanyalah sebuah video panduan menjawab diikuti dengan latihan. Video tentang algebra contohnya boleh diakses di laman ini.Tidak ada batasan ilmu, disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami dan tidak memberi tekanan kepada pelajar yang lemah.. Pembelajaran seperti ini dapat menyokong pembelajaran kendiri pelajar dengan maklum balas dan peneguhan yang cepat. Pelajar boleh melakukan akses kendiri walau di mana sahaja dengan menggunakan kemudahan internet.semasa menonton video pendidikan Ibu bapa juga mendapati video tersebut membantu mereka untuk mengajar matematik kepada anak-anak di rumah. 3 Selepas mendaftar secara percuma sebagai ahli, pengunjung Khan Academy akan merasai sendiri pengalaman berada di pusat pengajian tinggi tanpa sebarang kos. Konsep laman ini mudah, menonton video dan mendengar Salman Khan memberi penjelasan atau kuliah untuk subjek yang sedang dipelajari. Selepas itu pelajar akan berinteraksi dengan menjawab ujian susulan secara atas talian. Ujian tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh aplikasi perisian yang merekod jawapan dan mencadangkan penyelesaian. Apabila subjek tersebut boleh dikuasai, barulah pelajar dibenarkan beralih ke topik yang lain. Objektif dalam video pembelajaran interaktif Salman Khan ialah memahami atau menguasai sepenuhnya subjek yang dipelajari dan melepasi ujian bagi membolehkan pelajar beralih ke topik seterusnya. 4 Khan Academy menawarkan pelbagai subjek bidang ilmu pendidikan, pengetahuan dan 10
  • 11. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT juga kemahiran secara percuma. Video di Youtube dan bahan rujukan yang terdapat dalam laman Khan Academy ini menyediakan kemudahan sumber rujukan dengan pemilihan pelbagai bahasa yang diterjemahkan selain bahasa inggeris, sebagai bahasa pengantarnya yang utama. Kemudahan tersebut membolehkan para pengunjung laman Khan Academy memilih bahasa mereka sendiri agar boleh mengaplikasikan segala bentuk keilmuan yang disediakan tanpa batasan. Ini kerana kemudahan memilih bahasa yang boleh difahami adalah salah satu kriteria penting yang menjadi daya tarikan pengunjung untuk melayari laman web tersebut. 5 Program pembelajaran dalam video youtube Khan Academy ini memberi pendidikan bermula dari konsep mudah kepada kompleks. Warna latar antara muka (interface), muzik latar dan animasi video menambahkan lagi kesan realistik pembelajaran yang menarik Dasar pendidikan Khan Academy menyatakan bahawa guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang memantau sementara pelajar pula memainkan peranan sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Kelemahan Pembelajaran Melalui E-Pembelajaran Atas Talian. 1 Menurut Hassan Mohd Ghazali (2006), terdapat kelemahan dalam penggunaan pembelajaran berasaskan elektronik atau e-pembelajaran. Antaranya ialah, sumber maklumat yang kurang menyakinkan kerana tiada autoriti dalam data asas. 2 Menimbulkan risiko gangguan belajar disebabkan sistem tersebut hanya mengkondisikan pelajar untuk belajar secara akses kendiri. Ini akan menyebabkan pelajar yang malas dan kurang berusaha hanya menerima bahan dari pelajar yang rajin mencari maklumat. 3 Kemudahan internet yang masih tidak mencukupi, terutama sekali di kawasan luar bandar yang belum mempunyai kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan elektrik. Situasi ini menyebabkan tidak semua pelajar di Malaysia dapat mengakses e- pembelajaran melalui video. 4 Pembelajaran tidak berlaku dalam bentuk bersekemuka dan aktiviti dalam tempoh 11
  • 12. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT singkat dan hanya sedikit pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar lebih banyak menumpukan kepada e-pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar itu sendiri. 6 Pembelajaran kendiri melalui video interaktif ini menyebabkan pelajar bersikap lebih individulistik dan melupakan pergaulan hidup bermasyarakat kerana leka dengan bahan e-pembelajaran atas talian. Di Malaysia, bukan semua pelajar mempunyai peluang dan kemudahan untuk berinteraksi secara interaktif dengan video pembelajaran. Fenomena kejutan budaya menyebabkan ada di kalangan pelajar yang mula mempertikaikan dan memandang rendah kebolehan guru untuk mendidik mereka berbanding interaksi pendidikan atas talian. 7 Kebanjiran dan longgokan maklumat bahan e-pembelajaran menyebabkan kebanyakan pelajar terlalu menumpukan aspek teknologi pendidikan dan mengenepikan aspek pendidikan sebenar yang berlaku di sekolah mereka. Keghairahan pelajar terhadap pendidikan berbentuk video di youtube akan mewujudkan proses pembelajaran yang banyak menumpukan aspek psikomotor, tanpa memberi perhatian kepada aspek afektif. Ini bercanggah sekali dengan proses pembelajaran di Malaysia yang mengambil kira aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). 8 Bagi negara sedang membangun seperti Malaysia, kemajuan pembangunan dari segi kemudahan talian internet berkelajuan tinggi masih di tahap kurang memuaskan atau tiada kemudahan internet terutama sekali di luar bandar. Situasi ini menyebabkan tidak semua pelajar di Malaysia dapat mengakses e-pembelajaran melalui video. Kesimpulan Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi atas talian, banyak merujuk kepada kebolehan pelajar dan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi, dan teknologi dalam pengajarannya. E-pembelajaran seperti mana yang disediakan oleh Khan Academy dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran dari segi pembangunan bahan pembelajaran, penyampaian pengajaran, program pengukuhan pembelajaran dan penilaian. Kemudahan e-pembelajaran dapat mengikis sikap para pelajar yang terlalu bergantung kepada pendidik semata-mata. 12
  • 13. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT PART C : Develop a course titled: “Motivating Staff in an Organisation” KERTAS KERJA KEM MOTIVASI & JATI DIRI PEGAWAS SEKOLAH, KETUA KELAS DAN PENOLONG KETUA KELAS. “PELAJAR PROAKTIF, PEMANGKIN KECEMERLANGAN” TARIKH: TEMPAT: ANJURAN: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, DENGAN KERJASAMA UNIT DISIPLIN, 1. PENGENALAN Kem Motivasi dan Jati Diri ini merupakan aktiviti tahunan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) dengan kerjasama Unit Disiplin ……………………………………………. Program ini melibatkan Pengawas 13
  • 14. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang berjumlah 60 orang. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada bakal-bakal pemimpin sekolah ini tentang tanggungjawab dan tugas-tugas yang bakal dilaksanakan. Pendedahan awal ini diharapkan dapat membantu pengendalian tugas dan dijadikan sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Program ini juga dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman sesama jurulatih dalam memantapkan lagi tahap profesionalisme mereka. Wujudnya kem ini sekaligus akan dapat melahirkan bakal pemimpin sekolah yang berdedikasi, berdikari, berdisiplin, yakin diri dan bijak membuat keputusan. Semoga usaha ini akan memberikan manfaat dan hasil yang cemerlang dalam menjalankan tugas murni mereka dari masa ke masa demi menjaga nama sekolah. 2. RASIONAL Jati diri merupakan elemen yang penting dan mesti dimiliki oleh setiap invdividu. Insan yang bermotivasi tinggi adalah insan yang bakal menyuburkan kekuatan momentum kejayaan dan kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Alangkah bertuah dan cemerlangnya jika sesebuah orgranisasi itu mampu membimbing semua tenaga kerjanya untuk sama-sama bersatu hati dan menggembleng tenaga ke arah mencapai impian dan matlamat organisasi tersebut. Program ini telah dirancang dengan teliti dan akan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, …………………………………….. bertujuan untuk membina motivasi dan jati diri peserta agar cemerlang di dunia dan di akhirat. Selain itu, kem ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang beriman, berdisiplin, berilmu, berkeyakinan diri serta berketrampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Para peserta akan diterapkan dengan erti sebenar permuafakatan dan kerjasama dalam melaksanakan tugas menerusi ceramah dan bengkel yang akan dijalankan. Insya Allah, dengan terlaksananya program ini, 14
  • 15. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas mampu menjadi contoh yang baik, efisyen dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas harian mereka. 3. OBJEKTIF Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan bakal pemimpin yang berkualiti dan cemerlang berdasarkan ilmu dan teknik yang diperoleh sepanajang program ini berjalan. Di akhir program ini, para peserta akan dapat : 3.1 Memantapakan pengetahuan sedia ada berkaitan dengan program jati diri. 3.2 Menjadi pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang berkualiti dan mempunyai kepimpinan diri yang cemerlang. 3.3 Membangunkan personaliti diri yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mempunyai daya komunikasi yang baik. 3.4 Membina keyakinan dan kepercayaan pada kemampuan diri bahawa dengan persediaan yang mantap, mereka juga mampu menyumbang ke arah peningkatan pencapaian akademik dan sahsiah diri serta rakan-rakan yang lain. 3.5 Menjana idea baru dalam melahirakan pemimpin sekolah yang berdedikasi dan berhemah tinggi. 3.6 Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap peserta apabila menjalankan tugas yang telah diamanahkan. 3.7 Memupuk nilai-nilai kreativiti dan semangat juang yang tinggi dalam proses melengkapkan diri dengan modul yang dijadualkan. 4. FAEDAH DAN KEPENTINGAN PROGRAM 4.1 Faedah dan kepentingan program ini adalah : 15
  • 16. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT 4.1.1 Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. 4.1.2 Melahirkan pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di sekolah. 4.1.3 Memupuk semangat kerjasama dan perasaan sayang akan bidang yang diceburi. 5. JANGKA MASA 5.1 Cadangan tempoh : 2 hari 1 malam 5.2 Cadangan tempat : Sekolah ............................................................. 5.3 Cadangan jangka masa : Bermula dari 7.00 pagi hari Sabtu dan berakhir pada 4.30 petang hari Ahad. 5.4 Cadangan tarikh : 27 dan 28 Februari 2016 6. SASARAN 6.1 Sasaran peserta : Semua pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas dari kelas Tahun 4 hingga Tahun 6. 6.2 Sasaran umur : 10 tahun hingga 12 tahun 6.3 Sasaran bilangan : 60 orang 7. KANDUNGAN KURSUS 7.1 Pengisian aktiviti dan kaedah pelaksanaan program. AKTIVITI KANDUNGAN NILAI / OBJEKTIF Pendaftaran / Taklimat • Pendaftaran perlu dilakukan untuk mengetahui bilangan, nama serta tempat peserta berkhidmat. • Pembahagian bilik penginapan (2 orang / 4 orang / 6 orang) sebilik dilakukan. • Sabar • Hormat- menghormati • Bertimbang rasa • Bermasyarakat 16
  • 17. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT • Pembahagian kumpulan juga dibuat semasa pendaftaran. • Penerangan tentang peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan perjalanan aktiviti selama dua hari satu malam. Mendirikan khemah • Peserta diminta untuk mendirikan khemah masing-masing mengikut kumpulan dengan bantuan fasilitator. • Setiap kumpulan diperuntukkan masa untuk menyelesaikan tugas mendirikan dan membersihkan tapak perkhemahan. • Kerjasama • Menghargai masa • Menurut perintah Rehat / Solat / Makan • Peruntukan masa selama dua jam akan diberikan untuk masa rehat, solat dan makan. • Peserta perlu memanfaatkan masa yang diberikan untuk melaksanakan ketiga-tiga aktiviti ini. • Solat akan dilakukan di ruang utama yang disediakan secara berjemaah. • Menghargai masa • Mematuhi dan mengikut arahan • Patuh pada suruhan agama • Kerjasama • Kepimpinan AKTIVITI KANDUNGAN NILAI / OBJEKTIF • Peserta lelaki dari setiap kumpulan perlu melaungkan azan setiap kali masa masuk waktu solat secara bergilir-gilir mengikut jadual yang telah ditetapkan. ‘Ice- breaking’ • Peserta akan memperkenalkan diri masing- masing. • Peserta diminta untuk berkongsi kekuatan dan kelemahan diri. • Peserta digalakkan untuk mengingat dan menyebut nama rakan-rakan yang lain. • Permainan dijalankan untuk memberi • Keyakinan • Keberanian • Jujur • Saling mempercayai • Kepimpinan 17
  • 18. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT peluang kepada peserta untuk mengenali dan beramah mesra antara satu sama lain. Solat / tazkirah • Solat akan dilakukan secara berjemaah. • Setiap kali masuk waktu, ahli kumpulan lelaki secara bergilir melaungkan azan. • Setiap kali selesai solat, sesi tazkirah akan dijalankan. • Bagi peserta yang bukan beragama Islam, sesi perkongsian dan pemantapan rohani akan dijalankan. • Patuh pada suruhan agama • Kepimpinan • Menepati masa Senaman • Aktiviti untuk menyihatkan badan seperti senamrobik dan permainan akan dijalankan. • Beberapa orang ahli dari setiap kumpulan akan diminta ke hadapan membantu co- ordinator senamrobik untuk mengendalikan aktiviti. • Gaya hidup sihat • Kepimpinan • Bersemangat AKTIVITI KANDUNGAN NILAI / OBJEKTIF Ceramah / motivasi • Menjalankan sesi ceramah dan sesi motivasi mengikut jadual dan modul yang telah ditetapkan. • Pakar motivasi dan ustaz dijemput untuk mengendalikan sesi ceramah dan sesi motivasi. • Ceramah berfokus untuk membangkitkan semangat dan jati diri peserta • Sesi soal jawab akan dibuat pada akhir sesi ceramah. • Pendekatan secara perbincangan/ perbualan tidak formal digunakan. • Yakin diri • Fokus • Tekun • Bersemangat 18
  • 19. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Latihan dalam kumpulan (LDK) • LDK dijalankan bertujuan untuk membentuk jati diri sebagai pekerja cemerlang. o Main peranan Situasi diberikan dan peserta perlu mengawal situasi bersesuaian dengan peranan yang diberikan. o Pembentangan Setiap kumpulan diberikan tajuk untuk dibincangkan dan dibentangkan. • Kepimpinan • Berani • Bersemangat • Bertanggungjawab • Yakin diri • Sopan santun Kesimpulan / Rumusan • Peserta diminta untuk menyatakan pengalaman dan perubahan yang diperoleh sepanjang program ini. • Peserta diminta untuk mengisi borang kaji selidik (rujuk lampiran) • Berani • Jujur 8. ORGANISASI PELAKSANAAN JAWATAN KUASA INDUK Pengerusi : ..................................................................................... (Guru Besar Cemerlang ……………………………..) Naib Pengerusi : En Jude bin Kuagang (Pen. Kanan Pentadbiran .............................................) ...................................................................................... (Pen. Kanan HEM ........................................................) Setiausaha : ....................................................................................... (Guru Pembimbing) Penolong Setiausaha : ................................ (Ketua Badan Pengawas Sekolah) Bendahari : ...................................................................................... JAWATAN KUASA PELAKSANA 19
  • 20. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Pendaftaran : Pn Noraishah Hanum Moeng Pn Mardiana Aris Makanan / Minuman : Pn Dg Hjh Noraine Hj Md Tajuddin Pn Normala Abdullah Pn Dk Norimah Hj Pg Ibrahim Pn Jurianah Nisbah Pn Ainon Sagong Siaraya : En Ak Sapri Yaakob En Ahmad Zinin Aktiviti Gerak Kerja : En Sumarddy Mastah En Julin Jaadin Disiplin / Keselamatan : En Nicholas Tay Chee Han En Mohammad Aiman Mohammad Sayuti Cik Rosnita Abari Pn Nordiana Abdullah Kebersihan : Pn Siti Rohani Seman En Maturidi Abdullah Jurufoto / Dokumentasi : En Clement Mansin En Mohamad Isa Bakri Fasilitator : Kumpulan 1 - .................................................... Kumpulan 2 - Pn Norzanah Salim Kumpulun 3 - Cik Rohana Capla Kumpulan 4 - Cik Wan Norkiah Wan Mohd Kumpulan 5 - En Ak Masazwan Ak Abul Kumpulan 6 - En Abd Adnan Taip Penceramah : Ceramah 1 - En Jailani Jais Ceramah 2 - Pn Zahrina Jimmy Ceramah 3 - Cik Harizah Husin 9. TENTATIF PROGRAM 20
  • 21. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT 27 FEBRUARI 2016 (SABTU) BIL MASA AKTIVITI CATATAN 1 07.00 – 07.30 Pagi Pendaftaran Peserta AJK Pendaftaran 2 07.30 – 10.00 Pagi Memasang Khemah Fasilitator 3 10.00 – 10.30 Pagi Kudupan AJK Makanan / Minuman 4 10.30 – 12.30 Tgh Hari Taklimat & Ice Breaking En Mohd Fadhiltullah 5 12.30 – 02.30 Petang Rehat / Makan Tengah Hari / Solat Zohor AJK Makanan / Minuman Ustaz Mohd Haris 6 02.30 – 04.30 Petang Ceramah / Motivasi 1 KEYAKINAN DIRI En Jailani (Penceramah Jemputan) 7 04.30 – 05.00 Petang Kudupan / Solat Asar AJK Makanan / Minuman Ustaz Azri 8 05.00 – 06.15 Petang Riadah / Senamrobik Cik Charothy 9 06.15 – 08.00 Malam Makan Malam / Solat Maghrib / Solat Isyak AJK Makanan / Minuman Ustaz Armizal 10 08.00 – 09.30 Malam Ceramah 2 TUGAS & TANGGUNGJAWAB PENGAWAS, KETUA KELAS Pn Zahrina Jimmy 11 09.30 – 11.00 Malam Ceramah 3 CIRI-CIRI & PERANAN PENGAWAS, KETUA KELAS Cik Harizah 12 11.00 – 11.30 Malam Kudupan AJK Makanan / Minuman 13 11.30 – 04.30 Pagi Istirehat 28 FEBRUARI 2016 (AHAD) BIL MASA AKTIVITI CATATAN 1 04.30 – 05.30 Pagi Qaimullai Ustaz Mohd Haris 2 05.30 – 07.00 Solat Subuh & Kuliah Subuh Ustaz Azri 21
  • 22. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT Pagi KETENANGAN JIWA 3 07.00 – 07.30 Pagi Minum Pagi AJK Makanan / Minuman 4 07.30 – 10.00 Pagi LDK I Fasilitator 5 10.00 – 10.30 Pagi Kudupan AJK Makanan / Minuman 6 10.30 – 12.30 Tgh Hari LDK II Fasilitator 7 12.30 – 02.30 Petang Rehat & Berkemas / Makan Tengah Hari / Solat Zohor AJK Makanan / Minuman AJK Kebersihan Ustaz Armizal 8 02.30 – 04.30 Petang Rumusan & Kesimpulan / Majlis Penutupan En Mohd Fadhiltullah 9 04.30 – 05.00 Petang BERSURAI 10. ANGGARAN PERUNTUKAN 10.1 Anggaran perbelanjaan Bagi melaksanakan dan menampung keperluan kursus seperti peralatan makan dan minum peserta serta keperluan lain, berikut adalah anggaran perbelanjaan yang diperlukan. Anggaran bilangan peserta : 60 orang Anggaran jurulatih / fasilitator : 15 orang Jumlah : 75 orang Bilangan hari : 2 hari 1 malam BIL PERKARA BILANGAN ITEM HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1 Makan dan minum peserta 75 orang RM18.00 x 75 orang x 2 hari 2,700.00 22
  • 23. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT 2 Alat Tulis Fail Pen Marker Kertas Mahjong Kertas A4 Gam Gunting Selotape Kertas Warna A4 60 keping 5 kotak 30 keping 1 rim 10 botol 10 pasang 5 gulung 10 paket RM1.00 RM25.00 RM1.00 RM15.00 RM1.50 RM2.00 RM1.20 RM5.00 60.00 125.00 30.00 15.00 15.00 20.00 6.00 50.00 3 Ubat-ubatan / Peralatan Kecemasan 1 set RM100.00 100.00 4 Luar Jangka - RM100.00 100.00 JUMLAH KESELURUHAN RM3,221.00 10.2 Anggaran peruntukan dan perbelanjaan DEBIT KREDIT BIL ANGGARAN PENDAPATAN JUMLAH (RM) BIL ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH (RM) 1 Yuran Penyertaan (RM30 x 60 peserta) 1,800.00 1 Makan dan minum peserta 2,700.00 2 Sumbangan UBK 921.00 2 Alat tulis 321.00 3 Sumbangan PIBG 500.00 3 Kecemasan 100.00 4 Luar Jangka 100.00 JUMLAH KESELURUHAN 3,221.00 JUMLAH KESELURUHAN 3,221.00 11. PENUTUP Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan ini dapat memberi pengetahuan dan menyuntik semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Menyedari betapa pentingnya ketrampilan dan keunggulan pengawas sekolah umumnya, serta pembentukan sahsiah diri yang mantap dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Pekan Telupid, diharapkan kem ini akan memudahkan dan mampu membantu ‘polis sekolah’ ini 23
  • 24. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT melaksanakan tugas mereka dengan lebih dedikasi dan sempurna. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan member manfaat serta kesan positif kepada para peserta. Ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini diharapkan dapat dijadikan bekalan dalam melengkapkan diri menempuh permasalahan murid di sekolah yang kian mencabar. Disediakan oleh : ................................................................................ (KAUNSELOR SEKOLAH) Disemak oleh : ........................................................................................ (PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID) Disahkan oleh : ........................................................................................... (......................................................................................) 24
  • 25. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK KEBERKESANAN KURSUS / LATIHAN NAMA : _____________________________________________________ KELAS : _____________________________________________________ JAWATAN : _____________________________________________________ TARIKH MULA : _________________ TARIKH AKHIR : _________________ TAJUK KURSUS : _____________________________________________________ TEMPAT KURSUS : _____________________________________________________ Sila gunakan skala di bawah untuk menyatakan pandangan anda terhadap perubahan yang berlaku pada diri anda setelah menghadiri kursus (sila bulatkan pada skala yang berkenaan). 0 – TIDAK BERKENAAN 1 – AMAT TIDAK MEMUASKAN 2 – TIDAK MEMUASKAN 3 – MEMUASKAN 4 – BAIK 5 – AMAT BAIK A Kandungan dan kesesuaian tajuk kursus SEBELUM LATIHAN 0 1 2 3 4 5 SELEPAS LATIHAN 0 1 2 3 4 5 B Sikap positif terhadap kerja SEBELUM LATIHAN 0 1 2 3 4 5 SELEPAS LATIHAN 0 1 2 3 4 5 C Pengetahuan terhadap perlaksanaan tugas dan pertambahan ilmu SEBELUM LATIHAN 0 1 2 3 4 5 SELEPAS LATIHAN 0 1 2 3 4 5 D Kemahiran dan kecekapan SEBELUM LATIHAN 0 1 2 3 4 5 SELEPAS LATIHAN 0 1 2 3 4 5 25
  • 26. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT E Perspektif mengenai latihan yang telah dihadiri SEBELUM LATIHAN 0 1 2 3 4 5 SELEPAS LATIHAN 0 1 2 3 4 5 F Impak keseluruhan perubahan pada diri peserta SEBELUM LATIHAN 0 1 2 3 4 5 SELEPAS LATIHAN 0 1 2 3 4 5 G Kemudahan dan layan dari pihak pengurusan 0 1 2 3 4 5 H Penyediaan sajian 0 1 2 3 4 5 I Kesesuaian tempat kursus dan bilik seminar 0 1 2 3 4 5 Cadangan latihan lanjutan yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran diri dan kerjaya. (Diisi oleh peserta) __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ Tarikh : ______________________ Tandatangan peserta : _____________________ TERIMA KASIH DI ATAS MASA YANG DIBERIKAN UNTUK MENGISI BORANG INI. Rujukan atas Talian: 1 Kurikulum kebangsaan, http://www.moe.gov.my/my/kurikulum-kebangsaan 26
  • 27. EPE642 CURRICULUM DESIGN & DEVELOPMENT 2 Kebaikan dan keburukan menggunakan youtube, https://prezi.com/rsh15t7-pm6p/5- kebaikan-keburukan-menggunakan-youtube/ 3 Marc Prensky, “The World Needs a New Curriculum”, 2014 4 Nota AeU Chapter 1 to Chapter 8 5 Perkembangan pendididikan di Malaysia, http://www.slideshare.net/mdnorihk/perkembangan-pendidikan-di-malaysia 6 Khan Academy, https://www.khanacademy.org/ 7 https://www.youtube.com/user/khanacademy 8 http://skpa3-bpa.blogspot.my/2013/11/pelajar-yang-berjaya-dalam-persekitaran.html 27