Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2

2,468 views

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,468
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
131
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Unit 4 Modul 1 Teras Pengetahuan V2

  1. 1. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 53 UNIT 4 TERAS PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURUHASIL PEMBELAJARANDi akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud pengajaran untuk kefahaman 2. Membincangkan perananan guru dalam mencapai matlamat pengajaran untuk kefahaman 3. Menerangkan maksud teras pengetahuan dan kemahiran guru 4. Membincangkan beberapa jenis teras pengetahuan dan kemahiran yang mesti diperoleh guru 5. Membincangkan bagaimana teras pengetahuan dan kemahiran guru memainkan peranan penting dalam mengalakkan kefahaman murid. 6. Membincangkan model pengajaran UPSI dan memberi contoh langkah- langkahnya dalam persediaan pengajaran.PENGENALAN Sebagai seorang guru tidakkah anda berasa teruja melihat wajah murid anda seperti diatas, begitu yakin dan bersemangat untuk menjawab soalan yang anda kemukakan bagimempamerkan kefahamannya? Sudah tentu jawabnya “Ya” tetapi bagaimana mewujudkan suasanaseperti ini?
  2. 2. 54 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2P engajaran untuk kefahaman merupakan satu cabaran yang paling hebat dan sukar untuk dilaksanakan (Bransford et al. 1999; NCR 2000; Wiske 1998) oleh semua guru. Sememangnya kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa sepatutnya pendidikan adalah berkenaan denganpengajaran untuk kefahaman. Dalam mencapai matlamat pengajaran untuk kefahaman atau “teachingfor understanding” guru dan murid akan terlibat dalam perbincangan satu idea penting dan aktivitipenyelesaian masalah dalam satu konteks yang bermakna (Janssen et al. 2009). Kefahaman adalahsuatu konsep yang ilusif dan mempunyai makna yang pelbagai kepada orang yang berbeza(Blumenfeld et al. 1997; Bereiter 2002; NCR 2000).
Kefahaman dikaitkan dengan murid apabila merekadapat membuat hubungkait pengetahuan yang dipelajari dan membentuk struktur konsepsi yangmenyeluruh dan bersepadu (Daniel 1999). Murid yang mempunyai kefahaman dapat menggunakanpemahaman mereka untuk mengenal pasti dan mengaplikasi prinsip dan fakta, definisi istilah, bandingbeza konsep berkenaan dan memupuk kreativiti (Effandi & Zanaton 2007). Apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran untuk kefahaman dan bagaimanamelaksanakannya? Apakah pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh guru untuk memastikanpengajarannya mencapai matlamat kefahaman murid? Mari kita bincangkan perkara ini dengan lebihlanjut.ISI KANDUNGANApakah peranan guru dalam mencapai pengajaran untuk kefahaman murid?M engajar merupakan satu aktiviti kompleks yang melibatkan lebih daripada satu siri tindakan oleh guru (Loughran, Berry & Mulhall 2006). Sesetengah pendapat menyatakan “telling is not teaching and listening is not learning”. Hal ini menunjukkan untuk membolehkan seseorangguru itu mengajar dengan berkesan ia memerlukan satu siri pengetahuan dan kemahiran khas. Perkarainilah yang membezakan, misalnya, antara seorang saintis yang pakar dalam suatu bidang denganguru yang pakar dalam mata pelajaran bidang tersebut.Dalam usaha membantu murid untuk memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru
mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut, termasuk bagaimana ideatersebut berkait dengan idea lain dalam sesuatu disiplin (Grossman & Schoenfeld 2005). Perkara inijuga disokong oleh penyelidik lain yang menemui hubungan positif antara pengetahuan isi kandunganguru dengan pencapaian murid (Abell 2007; Darling-Hammond 2000). Jadi, untuk mencapaipengajaran untuk kefahaman, mempunyai pengetahuan isi kandungan yang mendalam merupakansyarat utama yang mesti dipatuhi semua guru.Bagaimanapun, pengetahuan yang mendalam sahaja tidak mencukupi bagi mencapai pengajaranuntuk kefahaman. Guru haruslah mampu mentransformasi pengetahuan yang ada dalam mindanyakepada bentuk pengetahuan untuk pengajaran. Proses mentransformasi ini memerlukan gurumenerang, menunjuk atau membuat demontrasi, melakon atau mempersembahkan idea supaya murid
  3. 3. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 55yang tidak faham akan menjadi faham dan yang tidak berkemahiran akan berkemahiran (Shulman1987). Denga lain perkataan, pengetahuan isi kandungan harus disusun dan diorganisasi supaya dapatdisampaikan dalam bentuk yang difahami murid. Murid harus diberi peluang menjalani satu siri aktivitidi bawah tanggungjawab sendiri dan berakhir dengan terbinanya kefahaman baru bagi murid (Lijnse &Klaassen 2004). Hal ini disebut sebagai pengajaran untuk kefahaman.Pengetahuan dan kemahiran guruD alam konteks ini, Shulman (1987) berpendapat, untuk menggalakkan kefahaman murid, guru mestilah mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis pengetahuan profesional untuk pengajaran iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan tentang murid.Shulman (1987) juga telah menyenaraikan tujuh kategori pengetahuan teras guru yang diperlukan bagimencapai tahap pengajaran untuk kefahaman ini, iaitu: 1. Pengetahuan isi kandungan 2. Pengetahuan pedagogi umum yang merujuk kepada prinsip dan strategi pengurusan bilik darjah dan organisasi merentasi bidang dan mata pelajaran 3. Pengetahuan kurikulum dengan bahan dan program yang bertindak sebagai “tools of trade” kepada guru 4. Pengetahuan pedagogikal isi kandungan (PPIK) iaitu gabungan isi kandungan dan pedagogi membentuk pengetahuan profesional guru 5. Pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri mereka 6. Pengetahuan tentang konteks pendidikan iaitu bermula dari bekerja secara kumpulan, bilik darjah, pentadbiran dan kewangan sekolah, karektor masyarakat dan budaya 7. Pengetahuan tentang matlamat pendidikan iaitu tujuan, nilai, falsafah dan sejarah asal.Antara ketujuh-tujuh komponen pengetahuan, PPIK mempunyai ciri yang tersendiri kerana iamerupakan gabungan pengetahuan isi kandungan dan pedagogi umum. PPIK membincangkanbagaimana topik, masalah atau isu tertentu diorganisasi, dipersembah dan diubahsuai mengikutpelbagai minat dan kebolehan murid. PPIK juga disebut sebagai satu bentuk pengetahuan profesionalyang unik kepada seseorang guru. Rajah 4.1 menunjukkan secara ringkas konsep PPIK ini. Rajah 4.1 Model PPIK Shulman (1986)
  4. 4. 56 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan guru (PPIK)S eperti yang dinyatakan sebelum ini, PPIK dicetuskan Shulman sebagai gabungan pengetahuan isi kandungan dan pengetahuan pedagogi. PPIK adalah bentuk pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam bidangnya dengan seorang yang bukanguru malah dengan seorang guru biasa. PPIK ialah kebolehan guru untuk menterjemah sesuatukonsep ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikannya mudah difahami. Shulman(1986, 1987) menyatakan bahawa pengetahuan yang mantap tentang subjek diperlukan oleh gurusemasa merancang kurikulum, rancangan pelajaran, dan strategi instruksional berkaitan dalammenangani keperluan belajar murid. Shulman (1986) juga menyatakan PPIK sebagai satu perkarayang perlu peroleh guru untuk mengajar. Shulman (1986) menghuraikan PPIK sebagai “The most useful forms of (content) representation ..., the most powerful analogies, illustrations, examples, explanations and demontrations in a words, the way of representing and formulating the subject that makes it comprehensible for others”.Menurut Shulman, (1986) PPIK merangkumi kesedaran untuk mengkonsepi suatu mata pelajaranuntuk mengajar. Beliau juga mengkonsepsi PPIK sebagai: “Understanding the central topics in each subject as it is generally taught to children of a particular grade level and being able to ask the following kinds of questions about each topic: what are the core concepts, skills and attitudes which this topic has the potential of conveying to students? What are the aspects of this topic that are most difficult to understand for students? What is the greatest intrinsic interest? What analogies, metaphors, examples, similes, demonstrations, simulations, manipulations, or the like, are most effective in communicating the appropriate understandings or attitudes of this topic to students of particular backgrounds and prerequisites? What students preconceptions are likely to get in the way of learning? (1986 ms. 9)”Ini bermakna guru perlu untuk meningkatkan pengetahuan profesional mereka sendiri untukpengajaran, contohnya apakah aspek dalam topik yang menjadi kesukaran murid untukmemahaminya? Apakah pengetahuan sedia ada murid sebelum mereka belajar? Guru bukan sahajaperlu untuk mengetahui aspek pengajaran bilik darjah secara umum dan teknik mengajar tetapi jugaperlu mengetahui kaedah yang spesifik untuk sesuatu subjek dan topik. Ini bermakna, adalah pentingpengetahuan isi kandungan sesuatu mata pelajaran dibina bersama pengetahuan untukmenyampaikan mata pelajaran tersebut kepada murid sehingga terhasilnya kefahaman yangbermakna.PPIK membolehkan guru mempersembahkan sesuatu topik atau konsep dengan menggunakananalogi, ilustrasi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang paling berkesan atau mempersembahkandan memformulasi sesuatu subjek itu supaya boleh difahami oleh orang lain (Ellison 2007; Mulhall,Berry & Loughran 2003). Ia juga termasuk kefahaman tentang aspek-aspek yang membuatkanpembelajaran topik itu senang dan susah, miskonsepsi murid tentang topik dan pengetahuan tentang
  5. 5. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 57strategi pengajaran yang efektif Shulman (1986). Oleh kerana tidak ada satu cara persembahan ilmuyang terbaik maka, seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam pelbagai kaedah, strategi danteknik pengajaran untuk menyampaikan ilmu kepada murid dengan berkesan.Menurut Shulman lagi, PPIK juga boleh dilihat sebagai: "aspects of content that are relevant to teaching for a particular topics in the subject matter. This pedagogical content knowledge includes among other things, the ways of communicating and presenting those ideas so that it is comprehensible for the pupils and also an understanding of what makes the learning of that particular topics easy or difficult to learn…".PPIK Shulman (1986) telah dikonsepsi lebih lanjut, diperluaskan merangkumi komponen baru dandiselidiki oleh penyelidik lain (misalnya Veal & MaKinster 1999; Segall 2004; Barnett & Hodson 2001;De Jong 2009; Magnusson, Krajcik & Borko 1999). Grossman (1990) misalnya mencadangkan empatkomponen PPIK:
 1. pengetahuan untuk pengajar topik tertentu pada tahap yang berbeza, 
 2. pengetahuan tentang pemahaman murid dan miskonsepsi, 3. pengetahuan tentang bahan kurikulum yang sedia untuk mengajar topik tertentu dan 4. pengetahuan tentang strategi pembelajaran dan perwakilan untuk mengajar topik tertentu.Magnusson, Krajcik dan Borko (1999) mentakrifkan lima komponen PPIK: 

 1. orientasi terhadap pengajaran sains, 
 2. pengetahuan dan kepercayaan tentang kurikulum sains, 3. pengetahuan dan kepercayaan tentang pemahaman murid terhadap topik sains tertentu, 4. pengetahuan dan kepercayaan tentang penilaian dalam sains dan 5. pengetahuan dan kepercayaan tentang strategi pengajaran untuk mengajar sains.Loughran et al. (2006) pula berpendapat PPIK ialah gabungan pengetahuan isi kandungan danpengetahuan pedagogi dalam bentuk masing-masing dan berinteraksi antara satu sama lain, yangmempastikan apa yang diajar dan bagaimana ia berguna dalam pengajaran suatu konsep spesifikdifahami murid kerana pengajaran telah dirancang, dianalisis dan disampaikan dengan baik.
 Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PPIK lawati laman web berikut: http://people.ucsc.edu/~ktellez/shulman.pdf http://www.leeshulman.net/domains-pedagogical-content-knowledge.html http://www.csun.edu/science/ref/pedagogy/pck/index.html
  6. 6. 58 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Bagaimana membina PPIK?S etelah memahami tentang PPIK, mungkin anda memikirkan bagaimana PPIK guru dibina. PPIK biasanya dibina daripada dua mekanisma iaitu (a) melalui kebijaksanaan pelaksananya iaitu guru menerusi pemerhatian sebagai seorang guru dan murid tentang karier mereka dalam satujangka masa yang panjang; (b) melalui kajian tentang situasi yang terkawal oleh penyelidik dalambidang pendidikan (Kastens 2004). PPIK berkembang melalui pembelajaran guru, pelaksanaan danrefleksi, kolaborasi dengan guru lain. Bagaimanapun, pengetahuan guru ini bersifat praktikal keranamelalui proses penambahbaikan berasaskan kepada ‘wisdom and practice’ untuk satu jangka masayang tertentu (Shulman 1987). Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapalangkah iaitu: 1. Kefahaman 2. Tranformasi 3. Pengajaran 4. Penilaian 5. Refleksi 6. Kefahaman baru.KefahamanUntuk mengajar sesuatu mata pelajaran seorang guru itu mestilah mempunyai kefahaman isikandungan pelajaran dan muridnya. Memahami murid bermaksud memahami tahap perkembangandan kebolehan murid.TransformasiKemudian isi kandungan pelajaran yang difahami ditukarkan dalam bentuk yang boleh difahami olehmurid dengan menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai. Transformasi isi kandungan dalam bentukpengajaran memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana kefahaman tersebutdapat ditunjukkan oleh murid.PengajaranPengajaran pula melibatkan aspek pedagogi, organisasi, pengurusan bilik darjah, penerangan, huraianyang jelas, tugasan, motivasi dan sebagainya. Guru boleh menggunakan sebarang pendekatan,kaedah, strategi dan teknik pengajaran yang sesuai dengan kemampuan dan keadaan muridnya.PenilaianBagi melihat hasil pengajaran yang telah dilaksanakan guru boleh menjalankan penilaian secaraformatif atau summatif berdasarkan kepada objektif dan hasil pembelajaran yang dikehendaki.RefleksiRefleksi adalah melihat kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku, membina semula,melakon semula dan mengingat semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses refleksi ini adalahlandasan yang digunakan guru profesional untuk belajar daripada pengalamannya dan memperbaikipengetahuan PPIKnya. Refleksi membantu guru mendokumentasikan dan menerangkan tindakan
  7. 7. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 59mereka; membuktikan pengetahuan profesional mereka, bagaimana dan mengapa mereka melakukansesuatu tindakan (Loughran & Corrigan, 1995).Kefahaman baruAkhirnya dalam pembinaan PPIK adalah kefahaman baru, iaitu satu permulaan baru melalui langkah-langkah yang telah disebutkan iaitu kefahaman, tranformasi, pengajaran, penilaian, refleksi. Guru akanmempunyai kefahaman yang lebih jelas mengenai isi kandungan dan pengajaran yang bersesuaiandengan muridnya.Komponen PPIKS elepas kita membincangkan evolusi konsepsi PPIK, dapatlah dirumuskan bahawa PPIK terdiri daripada empat komponen utama iaitu pengetahuan tentang isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang murid dan pengetahuan tentang konteks (Cochran et al. 1993;De Jong 2009; Shulman 1986, 1987; Rosnidar 2010). Mari kita lihat apakah yang terkandung dalamsetiap komponen tersebut.Pengetahuan isi kandungan guruPengetahuan isi kandungan mata pelajaran (subject matter knowledge atau content knowledge) telahdikenali sebagai satu aspek penting dalam pengajaran bagi semua disiplin ilmu. Malah, telah terbuktipengetahuan isi kandungan guru memainkan peranan penting terhadap pencapaian murid (Darling-Hammond 2000; Sanders & Rivers 1996; Rosnidar 2010; Wright et al. 1997). Pengetahuan isikandungan yang dijelaskan Shulman (1986) merangkumi: • Pengetahuan tentang topik, peraturan, struktur bagi disiplin tertentu dan teori yang mendasarinya • Pengetahuan tentang nilai dan keperluan bagi suatu isi kandungan yang spesifik • Pengetahuan tentang perubahan terkini dalam disiplin tersebut dan • Pengetahuan tentang kegunaan bukti untuk menyokong, menyanggah dan membina suatu tuntutan (claims).Pengetahuan isi kandungan distrukturkan kepada struktur substantif dan struktur sintaktik (Schwab1978) iaitu “mengetahui apa” dan “mengetahui bagaimana”. Struktur substantif sesuatu disiplinmerangkumi fakta dan konsep yang terdapat di dalamnya dan rangka atau paradigma yang digunakanbagi menyusun idea dan maklumat (Turner-Bisset 2004). Struktur substantif juga adalah cara faktaatau konsep disusun menjadi kerangka yang kemudiannya membantu penyiasatan. Contohnya, dalammata pelajaran fizik, konsep atom, elektron dan zarah difahami dari segi kerangka penyusunan yangdisebut sebagai teori KinetikManakala, struktur sintaktik adalah cara bagaimana pengetahuan usulan atau pengetahuan substantifdihasilkan dan dibentuk. Struktur sintaktik adalah prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya‘kebenaran’ diterima. Ia juga melibatkan falsafah yang terdapat di sebalik ilmu itu, peranan bukti yang
  8. 8. 60 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2menunjukkan sejarah bagaimana ilmu tersebut diperoleh dan kesahan sesuatu ilmu itu (Smith 1999).Contohnya dalam mata pelajaran biologi bagi topik respirasi, struktur sintaktik adalah pengetahuantentang penemuan ilmu tersebut oleh Ibnu Sina.Tahukah anda pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang baik diperlukan untuk membolehkanguru merancang kurikulum, rancangan pengajaran dan mengaitkan strategi pengajaran untukmemenuhi keperluan murid. Namun, kebanyakkan guru menunjukkan kesukaran untuk menyatakanperhubungan antara idea pedagogikal dan konsep isi kandungan pelajaran (Gess-Newsome &Lederman 1995); mempunyai pengetahuan isi kandungan yang terbatas tentang mata pelajaran (Ball1990; Stoddart et al. 1993); dan miskonsepsi dalam mata pelajaran yang diajar (Graeber, Tirosh &Glover 1989). Pilih satu topik dalam bidang pengkhususan anda dan senaraikan pengetahuan isi kandungan anda tentang topik tersebut.Komponen pengetahuan pedagogi guruKomponen pengetahuan pedagogi merujuk kepada pengetahuan tentang prinsip-prinsip dan kaedahmengajar, merangkumi segala aspek yag berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalambilik darjah seperti pendekatan, kaedah, teknik, strategi, kurikulum dan sukatan pelajaran, pengujiandan penilaian, pemulihan dan menggayaan. Ia dibahagikan kepada pengetahuan pedagogi umum danpengetahuan pedagogi topik spesifik. Pengetahuan pedagogi umum meliputi pengetahuan umum untukpengajaran seperti pengurusan bilik darjah, dan strategi pengajaran umum yang boleh diguna pakaidalam pelbagai tatacara pendidikan yang luas seperti kemahiran menyoal, kemahiran menerangkan.Pengetahuan pedagogi umum juga meliputi pengetahuan tentang teori umum pembelajaran;pengetahuan tentang strategi pengajaran; pengetahuan tentang matlamat pendidikan secara umumdan penilaian dan pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah secara umum.Manakala, pengetahuan pedagogi topik spesifik merujuk kepada pengetahuan pedagogi yang spesifikatau khusus untuk mengajar sesuatu topik atau konsep tertentu. Contohnya menjalankan eksperimenpembedahan katak untuk menunjukkan sistem respirasi katak dalam mata pelajaran biologi.Menjalankan amali sembelihan dalam mata pelajaran pendidikan Islam dalam topik sembelihan. Berdasarkan topik yang telah anda pilih dalam bidang mengkhususan anda. Senaraikan pengetahuan pedagogi topik spesifik yang boleh digunakan dalam pengajaran topik tersebut.Komponen pengetahuan tentang muridDalam usaha memastikan pengajaran disampaikan dapat memberi kefahaman kepada murid, satu lagiperkara yang perlu dititk beratkan oleh guru adalah pengetahuan tentang murid. Pengetahuan tentangmurid membincangkan pengetahuan umum tentang murid, kesukaran pembelajaran dan miskonsepsiyang dihadapi oleh murid. Guru perlu mempunyai pengetahuan umum tentang muridnya seperti latarbelakang murid, tahap kognitif murid dan sikap murid agar proses pengajaran dan pembelajaran dapatdirancang bersesuai dengan keperluan, kehendak dan kemampuan murid. Begitu juga dengan
  9. 9. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 61kesukaran pembelajaran dan miskonsepsi yang dihadapi murid khusus bagi topik yang bakal dpelajari.Contohnya dikenalpasti dalam sesuatu topik, murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan eseimaka dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu mengambil inisiatif untuk mengatasikesukaran pembelajaran murid tersebut dengan member lebih banyak latihan esei. Begitu juga denganmiskonsepsi murid. Sebelum memulakan pengajaran guru perlu mengenalpasti apakah miskonsepsiyang biasa berlaku dalam topik yang diajar agar beliau dapat merancang pengajaran atau aktiviti untukmengatasi masalah miskonsepsi tersebut.Komponen pengetahuan tentang konteksPengetahuan tentang konteks membincangkan tentang pengetahuan tentang kominiti, persekitaransekolah dan budayanya yang berkaitan pengajaran topik yang diajar. Guru haruslah menggunakanpengetahuan tentang konteks bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan releven dengankehidupan pelajar. Contoh dalam pengajaran biologi konsep “struktur sel dan fungsi sel” tingkatan satu,guru boleh menggunakan pelbagai analogi seperti keadaan dalam sebuah kilang, keadaan keluargadalam sebuah rumah, organisasi sekolah bagi menerangkan konsep tersebut. Pengetahuan tentangkonteks guru menjadikan pengajaran di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan ataumembolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan mereka di dalam bilik darjah.Pengetahuan tentang kontek juga membolehkan guru menggunakan kemudahan dan persekitaranyang ada untuk pengajaran. Contohnya, seorang guru biologi yang mengajar di kawasan kampungyang kaya dengan fauna dan flora dapat menggunakan persekitaran tersebut dengan membawa muridbelajar di luar bilik darjah menggunakan sumber yang ada di sekitarnya. Berikut dikemukakan contohPPIK untuk mengajar topik Respirasi Biologi tingkatan 4 dalam Rajah 4.1. Senaraikan pengetahuan tentang konteks yang anda ketahui boleh digunakan dalam pengajaran isi kandungan yang telah nyatakan sebelum ini?
  10. 10. 62 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2 Isi
Kandungan
 Substantif
 • Proses
respirasi
dalam
 penghasilan
tenaga

 • Struktur
respirasi
dan
 mekanisme
pernafasan
 bagi
haiwan
dan
manusia;

 • Mekanisme
kawal
atur
 dalam
respirasi

 • Respirasi
dalam
tumbuhan

 Sintaktik

 • Sejarah
penemuan
ilmu
 respirasi
oIeh
Ibnu
Sina
 
 Pedagogi
 Umum
 • Kemahiran
menerang
 Pengetahuan tentang konteks • Kemahiran
menyoal
 • Pengurusan
bilik
darjah

 • Menggunakan tumbuhan
 
 Khusus
 yang
ada
disekitar
 • Eksperimen
sistem
 sekolah
sebagai
contoh
 PPIK
 respirasi
ikan,
katak
 • Kemudahan
makmal
 Respirasi
 • Analogi

pernafasan
 
 manusia

 • Pokok
padi
ditengelami
air
 untuk
menunjukkan
 respirasi
tumbuhan
 
 Pengetahuan
tentang
pelajar
 
 Miskonsepsi
 • Perbezaan
 antara
 respirasi
 tumbuhan
dan

fotosintesis
 • Mekanisme
pernafasan
 • Respirasi
 adalah
 menarik
 dan
menghembus
nafas
 Latar
belakang
pelajar
 Tahap
kognitif
pelajar
 Kesukaran
pembelajaran
 • kesukaran
mengingati
 nama
struktur
 respirasi
dan
 mekanisma
respirasi
 • menjawab
soalan
esei
 Rajah 4.1 PPIK Respirasi (Rosnidar 2010)Aplikasi PPIK pada peringkat perancangan pengajaranM ari kita lihat bagaimana PPIK ini diaplikasi pada peringkat perancangan pengajaran. Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan oleh guru mengikut kesesuaian isi kandungan yang diajar. Sebagai contohnya kita boleh menggunakan model pengajaran UPSI(2009) seperti mana yang dibincangkan dalam Unit 1. Seperti yang dinyatakan dalam Unit 1, terdapatlapan komponen utama yang perlu diambil kira dalam merancang pengajaran sesuatu topik iaitu: 1. analisis keperluan dan kesediaan murid 2. analisis isi kandungan topik yang hendak diajar (dari segi ‘pengetahuan’ dan ‘kemahiran’ )
  11. 11. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 63 3. tentukan hasil pembelajaran 4. susun unit-unit pengajaran 5. pilih dan guna pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai 6. bina, pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai 7. sedia latihan sesuai dan mencukupi 8. bina, pilih dan guna alat dan kaedah penaksiran yang sesuaiAnalisis keperluan dan kesedian muridMenganalisis kesediaan murid dari segi pengetahuan sedia ada dan/atau miskonsepsi murid denganmemberi ujian ringkas atau pra ujian mengenai topik itu; menyoal murid secara lisan, melihat rekod danbuku latihan murid serta maklumat dari guru.Analisis isi kandungan topik yang hendak diajarMembuat analisis tentang pengetahuan isi kandungan topik iaitu konsep, fakta, klasifikasi, prosedur,prinsip, dan teori. Juga menganalisis kemahiran yang terlibat dalam pengajaran topik tersebut sepertimelukis peta, rajah, graf, menulis laporan, membuat eksperimen dan projek.Hasil pembelajaranGuru mesti menentukan hasil pembelajaran iaitu mengenal pasti objektif spesifik berdasarkanTaksonomi Bloom: 6 aras, pemikiran induktif dan deduktif, objektif domain afektif (sikap) dan objektifkemahiran: domain psikomotorSusun unit-unit pengajaranUnit pengajaran mesti disusun agar terdapat kesinambungan dan turutan antara satu topik dengantopik yang lain. Jadual penentuan kandungan boleh dibina untuk sesuatu unit pengajaran. Rujuk Unit 3untuk melihat semula tentang jadual penentuan kandungan (JPK).Pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuaiGuru boleh menggunakan mana-mana pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan isikandungan; tahap, kemampuan dan minat murid; dan konteks pembelajaran murid. Antara pendekatanpengajaran yang boleh diguna seperti pendekatan konstruktivisme, pendekatan masteri, pendekataninkuiri penemuan dan sebagainya. Kaedah yang boleh digunakan pula seperti kajian kes, pembelajaranberasaskan masalah dan pembelajaran beasaskan projek. Manakala, teknik pengajaran yang bolehdigunakan seperti peta konsep, peta minda, analogi, pembentangan pelajar dan sebagai.Pemilihan alat bantu mengajar yang sesuaiSeperti mana pendekatan, kaedah dan teknik, guru boleh mengunakan alat bantu mengajar yangsesuai dengan topik yang diajar, pelajar dan konteks pembelajaran. Misalnya menggunakan alatmultimedia dan bukan multimedia dalam pengajaran semua mata pelajaran, menggunakan fauna danflora yang terdapat di sekitar sekolah dalam pengajaran sains dan biologi.
  12. 12. 64 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Latihan yang sesuai dan mencukupiUntuk mempastikan pengajaran yang disampaikan kepada murid berkesan, difahami dan mencapaiobjektif pembelajaran, guru boleh menguji kefahaman mereka dengan memberi latihan sebagai satucara penilaian. Latihan juga boleh diberi kepada murid sebagai satu cara pemulihan, pengukuhan danpengayaan. Latihan boleh dilakukan dalam setiap sesi pengajaran atau di akhir sesuatu unitpengajaran, pada akhir semester dan sebagainya. Ia juga boleh dijalankan secara individu danberkumpulan. Masa yang mencukupi perlu diberikan kepada murid untuk mempastikan mereka dapatmenyelesaikan latihan dengan sempurna.Kaedah penaksiran yang sesuaiPenaksiran dilakukan untuk mempastikan objektif pembelajaran dicapai. Ia juga boleh digunakansebagai refleksi kepada guru itu sendiri untuk menguji keberkesanan proses pengajaran yang telahdilaksanakan. Penaksiran boleh dilaksanakan secara formatif dan summatif. Penaksiran formatifdilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran dan penaksiran summatif dinilaiberasaskan rujukan kriteria dan rujukan norma. Analisis langkah-langkah yang telah dikemukakan, kenal pasti apakah komponen PPIKyang terdapat dalam langkah tersebut. Cuba rancang pengajaran satu topik dalam mata pelajaran yangkamu ajar mengguna langkah-langkah di atas.RUMUSAN 1. Shulman telah mengariskan tujuh pengetahuan profesional guru yang diperlukan oleh guru untuk mengajar sesuatu mata pelajaran dengan berkesan. 2. PPIK adalah pengetahuan yang membezakan antara seorang guru yang pakar dalam suatu mata pelajaran bidang tertentu dengan seorang yang bukan guru tetapi pakar dalam bidang tersebut (contohnya seorang saintis) 3. Empat komponen PPIK guru adalah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan pengetahuan tentang konteks. 4. Proses pembinaan PPIK menurut Shulman (1987) melibatkan beberapa langkah iaitu kefahaman, tranformasi, pengajaran, penilaian, refleksi dan kefahaman baru.KATA KUNCI 1. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan 2. Pengetahuan Pedagogi 3. Pengetahuan Isi Kandungan 4. Pengetahuan tentang Konteks
  13. 13. Teras Pengetahuan dan Kemahiran Guru / 65PENILAIAN KENDIRI 1. Jelaskan apakah peranan guru dalam usaha meningkatkan kefahaman pelajar. 2. Dengan menggunakan ayat anda sendiri beri definisi pengetahuan pedagogikal isi kandungan. 3. Nyatakan dan jelaskan langkah-langkah pembinaan PPIK menurut Shulman? 4. Sebelum memulakan sesuatu pengajaran senaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda memulakan pengajaran satu topik yang dipilih. 5. Berpandu kepada rajah 4.1 jana PPIK anda bagi satu topik dalam mata pelajaran tumpuan anda.RUJUKANAbell, S. K. 2007. Research on science teacher knowledge. In S. K. Abell & N. G. Lederman (Eds.). Handbook of Research on Science Education (00. 1105-1149). Mahwah, NJ/ London: Lawrence Erlbaum Associates, Publishers.Bereiter, C. 2002. Education and mind in the knowledge age. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.Bransford, J., Brown, A., & Cocking, R.R. 1999. How people learn: Brain, mind, experience and school. Washington, DC: National Academy Press.Blumenfeld, P., Marx, R., Patrick, H., Krajcik, J., & Soloway, E. 1997. Teaching for understanding. In B. J. Biddle, T. L. Good & I. F. Goodson (Eds.), International handbook of teachers and teaching, 819– 878. Dordrecht: Kluwer Academic Publishers.Daniel, E.G.S. 1999.Corak konsepsi pelajar bagi konsep ‘pertumbhan’. Tesis Doktor falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Darling-Hammond, L. 2000, Teacher Quality and Student Achievement: A Review of State Policy Evidence (Education Policy Analysis Archives, http://epaa.asu.edu/epaa/v8n1/ 2000).Effandi Zakaria & Zanaton Iksan. 2007. Promoting Cooperative learning in science mathematics education: A Malaysia perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science& Technology Education, 2007, 3(1), 35-39.Grossman, P. L. 1990. The Making of a Teacher: Teacher Knowledge and Teacher Education. New York: Teachers College Press.
  14. 14. 66 / Modul 1 KPD3016 & KPD3026 : Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1 & 2Grossman, P., & Schoenfeld, A. 2005. Teaching subject matter. In L. Darling-Hammond & J. Bransford (Eds.), Preparing teachers for a changing world (pp. 201–230). San Francisco: Jossey-Bass.Kastens, K. 2004. Making DLESE into the Source for Pedagogical Content Knowledge Pertaining to the Earth and Environment. White Paper for DLESE Quality Workshop. http://dlese.org/documents/papers/KK_PedContKnow_WP.pdf 25 April.2007Lijnse, P. L., & Klaassen, C. W. J. M. 2004. Didactical structures as an outcome of research on teaching-learning sequences. International Journal of Science Education, 26, 537–554.Loughran, J. J. Mulhall, P., & Berry, A.. 2006. Understanding and Developing Science Teacher’s Pedagogical Content Knowledge. Sense Publishers: Rotterdam.Magnusson, S., Krajcik, J., & Borko, H. 1999. Nature, sources, and development of pedagogical content knowledge for science teaching In J. Gess-Newsome & N.G. Lederman (Eds.), Yearbook of The Association For The Education Of Teachers Of Science. Boston: Kluwer.National Research Council. 2000. Inquiry and the national science education standards. Washington, DC: National Academy Press.Rosnidar Mansor. 2010. Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan Guru dan Kefahaman Konseptual Pelajar dalam Topik Respirasi. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan MalaysiaSegall, A. 2004. Revisiting pedagogical content knowledge: The pedagogy of content or the content of pedagogy. Teaching and teacher education, 20(5), 489-504.Shulman, L.S, 1986. Paradigms and Research Programs in the Study of Teaching: A Contemporary Perspective. In M. C. Wittrock (Ed), Handbook of Research on Teaching (3rd Edition), New York: McMillian Publishing Company.Shulman, L. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 57, 1-22.Wiske, M.S. 1998. What is teaching for understanding? In Wiske, M.S.(Ed.) Teaching for understanding: Linking reseach with practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishing.Janssen F.J.J.M., Tigelaar. D.E.H., & Verloop N. 2009. Developing Biology Aimed at Teaching Understanding: A domain-specific Heuristic for Student Teachers. Journal of Science Teacher Education . 20:1-20.Veal, W. R., & MaKinster, J. G. 1999. Pedagogical content knowledge taxonomies. Electronic Journal of Science Education 3(4).


×