Paragraf pertama membahas tentang proses pembelajaran seni visual di mana murid belajar tentang fungsi dan aplikasi garis dalam lukisan. Paragraf kedua membahas tentang kombinasi elemen-elemen yang dapat menghasilkan desain interior yang kokoh. Paragraf ketiga membahas tentang proses merekabentuk ruang interior yang melibatkan analisis ruang, pengguna, dan perabot.
1. 14
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Setelah beberapa prinsip difahami, murid mula membuat
lakaran yang menggunakan garisan. Sekali lagi mereka
terpaksa memikirkan fungsi garisan dan cara mana untuk
mengaplikasikan dalam bentuk lukisan. Sekali lagi ia
melibatkan struktur intelek murid. Irama yang terbina melalui
kefahaman konsep perspektif akan memandu murid membuat
lakaran dan lukisan menterjemahkan idea. Proses semasa
membuat lakaran dalam pembelajaran secara Konstruktivis me
adalah proses murid membuat interpretasi supaya secocok
dengan aturan dan peraturan yang dikehendaki dalam mereka
bentuk hiasan dalaman.
2. 15
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kombinasi daripada elemen-elemen di atas dapat
menghasilkan satu rekabentuk hiasan dalaman yang mantap.
Kemantapan ruang dari aspek estetik dan fungsi juga
bergantung kepada ruang yang dipilih.
Proses merekabentuk (design process) ruang dalaman (interior
space). Perlu membuat pertimbangan dalam kriteria ‘design’
seperti:
Membuat analisa ruang
• saiz ruang
• jenis ruang
• kenalpasti pengguna
• siapa pengguna
• jumlah pengguna
• kenalpasti perabot
• jenis perabot
• jumlah perabot
• kualiti dan w arna
Katakan lakaran begini telah dibuat, bagaimana kita akan
memulakan kerja membuat model hiasan dalaman?
Apakah bahan yang akan digunakan? Saiz pula
bagaimana? Warna pilihan antara perabot dengan w arna
dinding dan lantainya? Semuanya ini akan menyebabkan
kita berfikir dan konstrukkan dalam fikiran sebelum
memulakan kerja. Kefahaman tentang konsep rekaan
dengan berpandukan struktur asas akan memudahkan
kita melaksanakan tugasan.