1. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
76. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Program Rakan Muda yang diilhamkan oleh kerajaan dapat membantu melahirkan remaja
yang berkualiti. Sebagai contohnya, gaya hidup Rakan Rekreasi menyediakan pelbagai aktiviti
yang mencabar. Aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung, merentasi hutan atau berkayak
akan dapat membentuk dan memupuk sifat berani, cekal hati serta yakin kepada diri sendiri.
Semua aktiviti tersebut berteraskan disiplin diri yang tinggi. Selain itu, melalui program Rakan
Cipta, para remaja berpeluang menonjolkan kebolehan mereka cipta pelbagai alat atau penemuan
baru dengan berdasarkan kreativiti masing-masing. Hal ini tentu sekali berguna kepada diri
sendiri, bangsa dan negara pada suatu masa kelak.
Melalui program Rakan Muda, para remaja dapat juga memupuk semangat kerjasama,
seperti pahat dengan penukul, dan bersatu padu bagai aur dengan tebing. Nilai-niali murni ini
penting demi menjamin tercapainya hasrat utama kerajaan, iaitu membina perpaduan bagsa yang
erat. Jelaslah di sini bahawa program Rakan Muda banyak membawa kebaikan kepada para
remaja. Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan peranan agar menyokong program ini
sepenuhnya demi kebaikan bersama.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti berusaha untuk
memantapkan keperibadian, rohani, dan jasmani bagi menjadi insan berkualiti. Kita juga mesti
menyertai aktiviti lasak bagi menyuntik ketahanan mental dan fizikal bagi membentuk waja diri
yang mantap dan berwawasan. Semangat yakin diri dan tabah menghadapi rintangan merupakan
agenda utama dan menjadi prinsip hidup kita. Justeru, amalan hidup sihat serta mempunyai
disiplin diri yang mantap adalah sebagai pencetus kecemerlangan diri kita. Bakat terpendam dan
kebolehan sedia ada pada kita juga boleh dikembangkan melalui pelbagai aktiviti yang berfaedah.
Oleh sebab itu, kita mesti memberi sokongan terhadap program yang telah direncanakan yang
bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 76 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
76
76
2. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
77. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di bandar Teluk Intan. Ibu
terpaksa bekerja untuk menyara hidup kami berdua. Aku amat menghargai pengorbanan ibu. Jauh
di sudut hatiku, aku bertekad untuk membalas segala pengorbanan dan curahan kasih sayang ibu
kepadaku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu. Hal ini demikian
kerana ibu membeli pakaian tersebut dengan potongan harga yang istimewa di tempat kerjanya.
Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku. Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun
tidur dan memasak juadah bagi sarapan pagi dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku
dan ibu menikmati sarapan bersama-sama. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke
sekolah. “Emak, Sham ke sekolah ya. Doakan Sham agar berjaya dalam pelajaran ya mak,”
barulah tangan ibu kulepaskan dan aku mencapai basikalku. Aku mengayuh basikalku bagi
mencari sinar-sinar gemilang yang amat kuidam-idamkan.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti menghormati jasa dan
pengorbanan ibu kita. Kita juga mesti berterima kasih kerana ibu sanggup menyara kita di
samping memberi belaian kasih sayang. Justeru, kita mestilah menghargai segala asuhan dan
didikan ibu yang sungguh sempurna kepada kita. Pengorbanan ibu tunggal amat besar kepada
keluarganya, kita seharusanya menghargai pengorbanan beliau itu. Kita mesti menghargai jasa
ibu yang menyediakan makanan dan minuman untuk kita setiap hari. Oleh sebab itu, kita mesti
berusaha untuk membalas jasa ibu dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dengan
cemerlang. Kesimpulannya, kita mestilah berusaha untuk mengembirakan hatinya, kita juga perlu
berusaha untuk menjadi seorang anak yang berjaya dalam kehidupan dan berhemah tinggi.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 77 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
77
77
3. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
78. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri
oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu
perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya,
perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba,
Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih
kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid
membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya
bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan olehnya kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan
yang tidak diingini. Dia juga sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya. Budak itu menerima
teguran Normah dengan hati yang terbuka dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan
tersebut. Normah tersenyum mendengar pengakuan budak tersebut.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mencontohi sikap
Normah bijak mengurus masa. Kita juga seharusnya peka dan menghargai masa. Justeru, kita
juga seharusnya mudah mesra dan sedia memberi kerjasama dan bantuan jika diperlukan. Oleh
itu, kita juga disarankan agar senantiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, berpekerti mulia
dan menghormati orang lain. Selain itu, kita mestilah menunjukkan sikap yang baik dan boleh
dicontohi oleh rakan-rakan kita yang lain. Kita juga perlu tegas dan berdisiplin. Oleh sebab itu, kita
perlu berani menegur kesalahan orang lain dengan cara yang sopan dan berhemah. Lantaran itu,
kita juga perlu memberi nasihat dan tunjuk ajar atas kesalahan yang dilakukan oleh sahabat kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 78 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
78
78
4. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
79. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Zainal mengayuh basikalnya dengan cermat. Kegopohan boleh menyebabkan kuih seri
muka dan air oren yang dibawanya terjatuh. Setelah sampai di sawah, Zainal berhati-hati meniti
batas-batas bendang yang kecil dan berlubang-lubang itu.
“Kenapa lambat sangat? Lihat di sana tu, mereka telah pun siap menuai padi kita,” kata
Pak Musa agak separuh merungut dan rasa terkilan.
Zainal meminta maaf kepada bapanya. Di tepi batas kelihatan deretan guni yang berisi padi
yang baru dituai. Zainal tersenyum melihat deretan padi yang banyak itu.
“Syukurlah, tahun ini padi kita menjadi. Tahun ini kita memperoleh 90 guni padi. Tahun
lepas kita hanya mendapat kurang satu pertiga daripada hasil tahun ini,” jelas Pak Musa kepada
anak tunggalnya dengan nada yang agak ceria.
“Tampaknya, rezeki kita lebih sedikit tahun ini,” sampuk Zainal.
“Begitulah nampaknya Zainal. Oh, ya! Tolong belikan ayah dua bungkus nasi berlaukkan
ikan keli masak pedas dan dua bungkus milo ais di Warung Wak Sarif. Nasi bungkus dan milo ais
tersebut ayah nak sedekahkan kepada kedua-dua pemandu jentera penuai itu. Nah, ambil duit
sepuluh ringgit ini! Hantar cepat nasi bungkus dan milo ais tu nanti,” pinta Pak Musa kepada
Zainal dengan nada yang riang.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti berhati-hati semasa
melakukan sesuatu kerja. Justeru, masa itu emas, kita mesti menepati masa kerana masa itu
amat berharga, masa penentu kejayaan. Oleh itu, kita mesti sanggup mengakui akan kesalahan
kita dan cepat-cepat meminta maaf. Namun demikian, kita perlu bersyukur atas rezeki yang
dikurniakan kepada kita. Kita hendaklah melakukan kerja yang disuruh oleh ibu bapa kita dengan
segera dan dengan senang hati. Lebih-lebih lagi, suka bersedekah adalah satu daripada amalan
yang mulia dan disanjung tinggi. Di samping itu, kita akan berasa gembira jika sesuatu kerja yang
telah kita lakukan membuahkan hasil dan mencapai matlamatnya.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 79 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
79
79
5. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
80. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Sampah sarap bertaburan di merata-rata tempat. Sampah sarap ini bukan sahaja dibuang
di tangga, malah di beranda beberapa buah rumah pangsa di situ. Selain itu terdapat segelintir
penduduk di tingkat atas turut membuang sampah melalui tingkap tanpa memperdulikan orang
yang lalu-lalang di kawasan rumah pangsa tersebut. Perbuatan ini dikhuatiri akan memberi imej
yang kurang baik kepada rakyat di negara ini. Bagaimana pula tanggapan pelancong asing
apabila melihat keadaan dan situasi yang kotor dan tidak terurus itu. Sudah tentulah pelbagai
tanggapan negatif akan dilemparkan kepada penghuni rumah pangsa tersebut. Tambahan pula,
keadaan yang kotor itu menyebabkan nyamuk, lipas, tikus, dan lalat membiak serta menimbulkan
bau yang sungguh busuk. Hal ini sekali gus mengganggu keselesaan para penduduk di kawasan
ini. Oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada
penduduk yang tidak menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti menjaga kebersihan
kawasan kediaman dan persekitaran rumah kita. Oleh itu, kita seharusnya membuang sampah
sarap di tempat yang disediakan. Tambahan pula, kita disarankan untuk menjaga kebersihan
tempat tinggal kita, kebersihan mengambarkan keperibadian kita. Di samping itu, kita sepatutnya
tidak membiarkan tempat tinggal kita dicemari oleh sampah sarap kerana kekotoran ini boleh
menimbulkan bau yang busuk. Lebih-lebih lagi, kita sepatutnya menjaga imej baik tempat tinggal
kita dengan mengutamakan kebersihan tempat tinggal kita. Kawasan yang kotor dan berbau
busuk boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat, lipas, dan tikus. Oleh sebab itu, kita juga
sepatutnya menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal kita kerana kebersihan menjamin
kesihatan dan kesejahteraan hidup.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 80 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
80
80
6. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
81. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Semasa Sirajuddin berusia lapan tahun, dia mempunyai masalah lambat dan tidak sukar
menguasai kemahiran membaca. Dia tidak dapat membaca dengan lancar seperti rakan-rakan
sekelasnya yang lain. Kadang kala dia ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya. Namun begitu,
Sirajuddin tidak pernah berputus asa. Dia berazam untuk belajar membaca sehingga lancar.
Setiap hari, dia akan membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang terdapat di rumahnya. Ibu dan
bapanya juga sering membelikannya buku-buku cerita dan majalah kanak-kanak. Mereka sentiasa
memberikan sokongan yang padu kepadanya.
Lama-kelamaan, pembacaannya semakin lancar, akhirnya Sirajuddin berjaya menguasai
kemahiran membaca dengan baik. Sejak hari itu, rakan-rakannya tidak lagi mentertawakannya.
Dia bersyukur kepada Tuhan kerana memberinya kekuatan dan semangat untuk terus berusaha
sehingga berjaya. Kini, Sirajuddin telah bergelar mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia
dan dia berazam untuk menjadi seorang jurutera yang terkenal.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita sepatutnya peka dengan
asam garam kehidupan seharian kita, bukan semua yang kita impikan boleh dicapai dengan
mudah. Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya berputus asa sekiranya belum mencapai sesuatu
yang dihajati. Namun demikian, kita juga perlulah berusaha secara berterusan untuk mencapai
kejayaan. Lebih-lebih lagi, kita mesti mempunyai keazaman serta berusaha bersungguh-sungguh
untuk memperoleh kejayaan. Justeru, kita mestilah menghargai sokongan Ibu bapa yang memberi
dorongan kepada kita untuk berjaya. Dalam pada itu, kita seharusnya tidak mempersenda dan
memperkecil kebolehan orang lain, sebaliknya kita perlu memberikan bantuan untuk memajukan
dirinya. Kesimpulannya, kita juga harus bersyukur atas kurniaan Tuhan kepada kita sehingga kita
berjaya pada tahap yang paling gemilang.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 81 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
81
81
7. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
82. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Seramai 36 orang anggota Persatuan Bahasa Melayu SK Sungai Jejawi dan empat orang
guru pengiring telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Orang Tua-tua Seri Kenangan Bakti.
Aktiviti lawatan ini diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan 2006 pada tahun ini. Ketua
rombongan, Muhammad Lokhman bin Sulaiman menegaskan aktiviti ini adalah untuk memupuk
nilai menghargai warga emas dalam diri para peserta program.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan sebagai menjalin ikatan kasih sayang antara golongan muda
dengan warga emas di sini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi beramah mesra, makan
tengah hari bersama-sama, dan mengemas sekitar tempat kediaman penghuni rumah tersebut. Di
akhir lawatan, para peserta turut menghadiahkan biskut dalam tin, buah-buahan, dan sedikit wang
saku kepada warga emas tersebut. Semua hadiah yang diberi adalah sumbangan anggota
Persatuan Bahasa Melayu serta derma ikhlas daripada PIBG SK Sungai Jejawi.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita patut mencontohi sikap prihatin
murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi terhadap warga emas. Sikap mereka yang
berhemah tinggi apabila mereka sanggup mendampingi warga emas yang tiada pertalian saudara
dengan mereka. Oleh sebab itu, sikap ramah mesra murid-murid tersebut semasa mengunjungi
warga emas dapat menghiburkan hati mereka. lebih-lebih lagi, mereka mengamalkan sikap baik
hati ketika mereka membantu warga emas membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal
insan yang kurang bernasib baik itu. Di samping itu, mereka juga bersikap pemurah apabila sudi
menghulurkan hadiah dan cenderamata kepada warga emas tanpa mengharapkan sebarang
balasan. Tambahan pula, sikap sayang-menyayangi antara satu sama lain perlu dipupuk bagi
merapatkan talian persahabatan serta persaudaraan sesama insan.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 82 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
82
82
8. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
83. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang lelaki tua. Dengan tidak semena-
mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua barang yang dibawanya telah bertaburan di atas jalan raya.
Saya segera membantunya, saya mengutip barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya itu.
Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik
kerana mengalami luka kecil sahaja.
Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah anaknya.
Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di
situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia mempelawa saya masuk ke dalam
rumah. Dia menghidangi saya segelas minuman sejuk dan beberapa keping biskut. Kami minum
bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya terhadapnya. Sejurus
selepas itu, saya pun minta diri untuk pulang.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita patut mengamalkan sikap
ringan tulang dan mudah untuk menghulurkan bantuan. Kita sepatutnya mengamalkan perilaku
yang baik, tutur bicara yang bersopan serta peribadi yang berhemah sebagai hiasan diri kita.
Namun begitu, segala pertolongan dan bantuan yang kita hulurkan mestilah dengan ikhlas.
Tambahan pula, keikhlasan menolong seseorang merupakan satu daripada amalan mulia lagi
terpuji. Justeru, menolong orang dalam kesusahan merupakan satu amalan yang perlu dicontohi
dan diteladani. Lebih-lebih lagi, ilmu pengetahuan yang tinggi, gaya hidup yang beradab dan tutur
kata yang manis perlu disemai dalam hati setiap insan. Lantaran itu, kita mestilah mengucapkan
terima kasih atas pertolongan atau pemberian orang kepada kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 83 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
83
83
9. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
84. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Internet membolehkan pengguna di seluruh pelosok dunia berhubung dengan mudah. Bagi
pelajar-pelajar Malaysia yang berada di seberang laut, kemudahan Internet menyenangkan
mereka untuk berhubung dengan keluarga. Ibu bapa pula dapat mengetahui tentang pelajaran
anak mereka dengan lebih kerap. Tambahan pula, bayaran perkhidmatan Internet lebih murah
berbanding dengan perkhidmatan telefon. Selain itu, kita berpeluang berkenalan dan bertukar-
tukar fikiran dengan seluruh masyarakat dunia melalui ruangan berborak di Internet.
Oleh itu, nyatalah Internet mempunyai kebaikan kepada kehidupan manusia. Manusia
perlu bijak memilih bahan-bahan yang disiarkan di dalam laman web di Internet demi kebaikan
bersama. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kemajuan Internet turut menyumbang kepada
perkembangan intelek manusia. Kebaikan internet juga ditentukan oleh para pengguna sendiri.
Pengguna yang bijak tidak akan tersesat semasa melakukakan perayauan di internet. Semasa
meneroka dan merayau di dunia tanpa sempadan ini, seseorang perlu mempunyai disiplin diri
yang mantap dan sikap yang berhemah supaya tidak terbabas ke laman web yang tidak beretika
yang boleh merosakkan ahlak para remaja.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti bijak menggunakan
internet kerana internet merupakan alat perhubungan yang mudah, cepat, dan murah. Tambahan
pula, melalui internet kita boleh berhubung pada bila-bila masa walaupun di mana-mana sahaja
kita berada. Internet juga menawarkan bayaran yang jauh lebih murah serta perkhidmatannya
mesra pengguna. Selain itu, internet juga mampu mendekatkan yang jauh dengan menyediakan
perkhidmatan ruangan berborak yang boleh dilayari sepanjang masa. Dalam pada itu, pelbagai
bahan akademik juga boleh dicapai dengan pantas dan cepat melalui jaringan internet. Internet
juga boleh diibaratkan sebagai sebuah gedung ilmu yang memberi perkhidmatan sepanjang
masa, sepanjang zaman. Oleh sebab itu, kita sebagai pengguna yang bakal menentukan baik dan
buruknya internet, tepuk dada tanya selera. Kita mesti melayari laman web yang bermaanfaat.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 84 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
84
84
10. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
85. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Surat khabar merupakan salah satu sumber media cetak dan bahan bacaan yang sangat
digemari. Surat khabar amat berguna sebagai media penyebar maklumat tambahan dan ilmu
pengetahuan. Surat khabar memuatkan pelbagi jenis berita terkini yang berlaku di dalam negara
dan yang berlaku di luar negara. Selain itu, surat khabar juga dapat dijadikan sumber hiburan
kepada para pembaca. Hal ini demikian kerana surat khabar memuatkan ruangan komik, cerpen,
berita hiburan, ruangan sukan, dan lain-lain lagi.
Di dada akhbar juga dimuatkan pelbagai jenis, seperti iklan jawatan kosong, iklan barangan
tertentu, iklan kenderaan terpakai dan ratusan jenis iklan terkandung di dada akhbar. Pastinya
pembaca akan mendapat hiburan, maklumat, dan ilmu pengetahuan dengan hanya mengeluarkan
sejumlah perbelanjaan yang kecil. Bukan itu sahaja, surat khabar juga mudah dibawa ke mana-
mana. Sesuai dibaca ketika berehat atau bersantai di anjung rumah setelah pulang dari bekerja.
Surat khabar juga boleh dijadikan alas atau lapik tempat duduk semasa bersantai di tepi pantai.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya membaca surat
untuk mengetahui pelbagai berita dan peristiwa. Oleh sebab itu, surat khabar juga mudah untuk
dibawa dan boleh dibaca di mana-mana sahaja. Surat khabar juga memuatkan pelbagai artikel
untuk tatapan umum. Tambahan pula, surat khabar ada menyediakan berbagai-bagai ruangan
mengikut kesesuaian dan cita rasa seseorang. Selain itu, di dada-dada akhbar juga termuat berita
dalam dan berita luar negara. Dalam pada itu, ruangan iklan, hiburan, sukan, perniagaan, dan
politik juga termuat di dada-dada surat khabar untuk tatapan para pembaca. Harga surat khabar
berpatutan dan boleh dibeli oleh semua lapisan masyarakat. Justeru, kita juga boleh membaca
surat khabar sewaktu bersantai di tepi pantai atau sewaktu berehat pada waktu petang.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 85 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
85
85
11. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
86. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan
seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga
sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita
dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat, riang,
dan gembira serta selamat sepanjang masa.
Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat
pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita.
Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat
kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat
kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan
tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mestilah menghargai
pengorbanan ibu yang terlalu tinggi nilainya dalam kepada kita. Dalam pada itu, ibu juga memiliki
sifat penyayang dan pengasih semasa menjaga dan mengasuh kita. Tambahan pula, ibu sanggup
berkorban masa dan tenaga untuk menjaga dan mengasuh kita sejak dari lahir lagi. Oleh sebab
itu, ibu juga sanggup mengadai nyawa semasa melahirkan kita. Pengorbanan ibulah yang telah
mengasuh kita, memberi ilmu pengetahuan, dan menyuntik budi pekerti mulia. Oleh sebab itu,
pengorbanan ibu terlalu agung, tidak mampu dibalas oleh anak-anak sekalipun dengan harta yang
bertimbun. Lantaran itu, jagalah hati ibu supaya ceria dan gembira selalu di samping kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 86 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
86
86
12. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
87. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Nurul dan rakan-rakannya pergi ke kantin untuk membeli makanan dan minuman. Suasana
pada ketika itu agak sibuk kerana semua murid berpusu-pusu untuk membeli makanan. Ketika
Nurul dan rakan-rakannya sedang makan, Nurul ternampak seorang murid lelaki menangis
teresak-esak. Nurul terus berhenti makan. Nurul menghampiri murid tersebut untuk mendapatkan
kepastian. Nurul menyatakan hasratnya untuk membantu budak itu. Budak tersebut memberitahu
Nurul bahawa nasi lemak yang dibelinya telah terjatuh ke lantai. Malangnya, budak itu tidak
mempunyai wang lagi untuk membeli makanan pada hari itu. Perasaan sedih itulah yang
menyebabkan budak itu mengalirkan air mata. Kebetulan pada ketika itu, Nurul masih mempunyai
wang belanja, Nurul meminta seorang rakannya untuk membelikan sebungkus nasi lemak sebagai
ganti. Nurul memujuk budak itu supaya bersabar dan tidak menangis lagi. Budak itu mengucapkan
terima kasih kepada Nurul kerana sudi membelikannya sebungkus nasi lemak.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti dan perlu
bersikap prihatin dengan suasana di persekitaran kita. Lantaran itu, kita seharusnya peka dengan
kesusahan yang dialami oleh orang lain. Oleh sebab itu, kita mestilah sedia menawarkan atau
menghulurkan bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Kita juga patut bersikap murah hati,
contohnya membelikan sebungkus nasi lemak bagi menggantikan nasi lemak seorang murid yang
terjatuh di atas lantai. Mungkin, keikhlasan kita membantu budak itu merupakan satu contoh budi
pekerti yang mulia dan terpuji. Dalam pada itu, kita juga mesti menghargai budi baik orang kepada
kita. Selain itu, kita sewajarnya menyatakan atau mengucapkan terima kasih atas pertolongan dan
bantuan yang telah dihulurkan kepada kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 87 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
87
87
13. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
88. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Tanggungjawab menuntut ilmu pengetahuan perlu ketekunan, kesungguhan, kesabaran,
ketabahan, dan pengorbanan. Setiap orang murid perlu memberi perhatian semasa guru-guru
mengajar. Dengan itu, kita akan mudah memahami dan mengingati pelajaran yang diajar. Semua
latihan yang diberi oleh guru perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan suka melewat-lewatkan
kerja atau menangguhkan kerja sekolah yang diberi oleh para guru. Selesaikan amanah tersebut
dengan segera. Proses menyelesaikan latihan ini merupakan satu ulang kaji yang berkesan.
Kita juga perlu membuat latihan tambahan bagi mengukuhkan kefahaman kita terhadap
sesuatu pelajaran. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, rujuklah guru atau rakan-rakan
yang lebih mahir daripada kita. Di samping itu, kita perlu mendisiplinkan diri dengan belajar
mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Kita mesti bijak merancang masa dan mengurus
masa dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah. Kejayaan banyak bergantung
kepada usaha dan kecekalan seseorang. Usaha tangga kejayaan.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti tekun belajar.
Justeru, kita juga sepatutnya belajar bersungguh-sungguh serta memberi tumpuan semasa guru
sedang mengajar. Tambahan pula, kita mesti rajin, kita perlu membuat latihan tambahan sebagai
proses belajar yang berkesan. Oleh itu, kita mesti berdisiplin, kita sepatutnya menyiapkan semua
latihan di rumah. Kita juga mesti mempunyai kesedaran, kita sepatutnya sedar akan kelemahan
diri kita dan berusaha memperbaikinya. Selain itu, kita mesti prihatin, kita sepatutnya bertanya
pada guru dan kawan-kawan, jika menghadapi masalah. Jadi, kita mesti bijak merancang masa,
menentukan aktiviti mengikut keutamaan. Di samping itu, kita mesti rasional, kita sepatutnya lebih
berfikiran terbuka dan menerima hakikat bahawa kejayaan tidak akan datang menggolek.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 88 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
88
88
14. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
89. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Tidur dan riadah yang secukupnya sangat penting untuk kesihatan kita. Semasa tidur,
tubuh kita mendapat rehat bagi menghilangkan keletihan dan ketegangan persaaan. Sekiranya
tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan akan bertambah. Keadaan ini akan menyebabkan
sistem imunisasi badan kita menjadi lemah. Lantaran itu, kita berasa tidak bermaya, letih serta
mudah dijangkiti penyakit. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja juga terbatas.
Melakukan kerja dalam keadaan mengantuk boleh mengakibatkan kemalangan. Mengantuk
semasa memandu kenderaan boleh mengundang padah atau bahaya. Bukan itu sahaja,
perbuatan tersebut juga boleh membahayakan orang lain. Walau bagaimanapun, keperluan tidur
manusia tidak sama antara satu sama lain. Ada yang berasa segar dan selesa walaupun tidur
selama enam jam sahaja. Ada pula yang perlukan tujuh jam tidur dalam sehari. Namun demikian,
bagi murid-murid sekolah rendah, mereka perlu tidur lebih kurang lapan jam sehari.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu tidur dan rehat
yang secukupnya. Oleh itu, kita mesti bijak mengurus masa, jika kita kurang tidur, kesihatan kita
akan terganggu. Kita mesti berdisiplin, kita sepatutnya merancang masa kerja, riadah, dan tidur
yang seimbang. Dalam pada itu, kita mesti mempunyai kesedaran, badan yang letih dan mata
yang mengantuk boleh mengundang kemalangan kepada kita. Justeru, kita perlu bijak mengatur
masa kerja, riadah, dan tidur yang seimbang bagi tujuan kesihatan rohani dan jasmani kita.
Tambahan pula, kita mesti cergas dan cerdas, badan yang cergas dan otak yang cerdas adalah
kunci kejayaan diri seseorang. Di samping itu, kita mesti menjaga kesihatan mental dan fizikal,
kesihatan fizikal akan mempengaruhi kesihatan fikiran, kedua-duanya perlu dijaga dengan baik.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 89 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
89
89
15. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
90. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Pada petang itu, Syahmi dalam perjalanan pulang dari aktiviti kokurikulum. Tiba-tiba dia
ternampak seekor kucing. Badan kucing itu basah kuyup dan penuh dengan lumpur. Syahmi
menghampiri kucing itu, dia berasa amat kasihan melihat keadaan kucing yang kesejukan itu. Dia
membawa kucing itu balik ke rumahnya. Sampai di rumahnya, Syahmi mencuci dan memandikan
kucing itu. Bulu kucing itu dlapnya sehingga kering. Syahmi memberi kucing itu minum air susu
yang dibancuhnya sendiri. Selepas itu, Syahmi memberi kucing itu makan nasi yang dicampur
dengan sedikit ikan goreng. Setelah selesai makan nasi, barulah kucing itu nampak cergas dan
bermaya. Syahmi berhasrat untuk membela kucing itu. Ayah dan emak Syahmi juga bersetuju
dengan keputusan anaknya itu. Mereka bercadang untuk membelikan sebuah sangkar sebagai
tempat tidur kucing itu pada waktu malam. Syahmi sangat sayang akan kucing itu.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu mempunyai sikap
belas kasihan terhadap binatang. Oleh itu, kita mesti menolong serta menyelamatkan binatang
yang dalam kesusahan. Kita seharusnya prihatin melihat bintang yang cedera, contohnya seekor
kucing yang kesejukkan. Lantaran itu, kita sepatutnya memberi rawatan, makanan, dan minuman
kepada binatang tersebut. Justeru, jika kita hendak memelihara binatang, kucing contohnya,
peliharalah binatang itu dengan baik dan sempurna. Dalam pada itu, kita seharusnya berterima
kasih kepada keluarga yang memberi sokongan moral, merestui hasrat dan tindakan yang kita
ambil untuk memelihara kucing. Tambahan pula, kita seharusnya berasa bangga apabila ibu bapa
kita sanggup mengeluarkan wang untuk membeli sangkar tempat tinggal kucing peliharaan kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 90 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
90
90
16. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
91. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari menghadiri kelas bimbingan, saya dan
kawan-kawan saya terperangkat dalam hujan lebat. Kami singgah di sebuah rumah untuk tumpang
berteduh. Tuan rumah itu sungguh baik hati. Dia mempelawa kami masuk ke rumahnya. Dia
berbual-bual mesra dengan kami. Dia memuji sikap kami yang tidak meneruskan perjalanan
pulang ke rumah kerana hujan yang amat lebat dan diikuti dengan guruh yang sabung-
menyabung. Keadaan sebegini boleh menyebabkan kemalangan, katanya lagi. Pak Abu dengan
murah hati menjamu kami minum petang dan hidangan pisang goreng.
Setelah hujan reda, kami minta diri daripada Pak Abu. Kami juga mengucapkan terima
kasih atas budi baik Pak Abu. Pak Abu melayan kami dengan begitu mesra walaupun kami bersua
dengannya lebih kurang empat puluh lima minit sahaja. Kami dapat rasakan kemesraan yang
ditujukkkan oleh Pak Abu seolah-olah beliau mengenali kami sudah begitu lama. Inilah agaknya...
yang dikatakan orang “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu bersikap tabah
dan bijak menghadapi sebarang dugaan, contohnya ketika kita terperangkap dalam hujan lebat.
Oleh sebab itu, kita juga mesti pintar membuat keputusan seperti mencari tempat berteduh untuk
kebaikan diri sendiri. Kita juga mesti menghargai pertolongan orang yang sanggup mempelawa
kita masuk ke rumahnya untuk berteduh. Dalam pada itu, segala budi baik orang itu perlu kita
kenang dan hargai. Justeru, kita juga mesti bersyukur atas pertolongan orang kepada kita ketika
kita dalam kesusahan. Kita juga sepatutnya menunjukkan kemesraan semasa berbual atau
bergaul dengan orang yang lebih tua daripada kita. Tambahan pula, kita mestilah bersopan santun
dan berbudi bahasa ketika menjadi tetamu di mana-mana sahaja.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 91 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
91
91
17. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
92. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Norhan banyak mempelajari tentang masyarakat di negeri Terengganu. Masyarakatnya
peramah dan suka tolong-menolong. Mereka juga sangat mementingkan hubungan kekeluargaan
dan kejiranan. Itulah yang membuatkan hati Norhan tertambat di daerah kecil Marang. Rakan-
rakannya pula banyak membantunya dalam pelajaran dan bidang keagamaan. Begitu juga
dengan cikgu-cikgunya yang baik hati dan pemurah. Jasa cikgu dan rakan-rakan akan tetap
terpahat di hati Norhan.
Norhan dan keluarganya akan berpindah ke negeri Johor pada bulan hadapan. Dia
berkemungkinan tidak akan berjumpa dengan teman-temannya di Marang ini lagi. Namun
demikian, dia berharap hubungan mereka akan tetap terjalin. Dia juga mengharapkan semoga
teman-teman yang sekelas dengannya tidak akan melupakannya walaupun dia berada jauh di
mata. Norhan berjanji akan menulis surat setibanya di Pontian nanti. Norhan sungguh menghargai
persahabatan yang telah mereka jalin selama hampir enam tahun. Dia menganggap kawa-
kawanya adalah sebahagian daripada resepi istimewa kehidupannya.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita perlu mengamalkan
sikap sebagai seorang murid yang baik budi pekerti dan tingkah laku. Justeru, kita seharusnya
memilih kawan-kawan yang baik budi bahasanya. Oleh itu, kita juga seharusnya berasa gembira
kerana mempunyai jiran tetangga yang baik hati. Lantaran itu, kebaikan kawan-kawan, jiran-jiran
serta guru-guru membuatkan hati kita amat berat untuk berpisah dengan mereka. Di samping itu,
kita juga patut mempunyai perasaan sayang menyayangi antara satu sama lain. Kita sepatutnya
patuh dan taat akan keputusan yang diambil oleh keluarga kita. Selain itu, kita juga hendaklah
meneruskan tali persahabatan dengan kawan-kawa kita walaupun kita telah berada jauh daripada
mereka. Kesimpulannya, rakan-rakan yang baik umpama mutiara yang berharga.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 92 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
92
92
18. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
93. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Semasa pulang daripada menjalani latihan sukan, Hasnul terjumpa sebuah telefon bimbit
di tepi jalan. Telefon bimbit itu masih baik dan masih boleh berfungsi. Dia membawa telefon bimbit
itu pulang ke rumahnya. Setelah sampai di rumahnya, dia menceritakan tentang telefon bimbit
yang dijumpainya kepada ayahnya. Setelah melihat telefon bimbit tersebut, ayah Hasnul
mencadangkan agar telefon bimbit tersebut diserahkan kepada pihak polis. Mereka menghantar
telefon bimbit tersebut ke balai polis yang berhampiran. Pihak polis yang menerima telefon bimbit
itu mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Pegawai polis itu meminta maklumat Hasnul
bagi memudahkan urusan komunikasi.
Keesokan harinya, Hasnul dipanggil oleh Guru Besar. Seorang lelaki ingin berjumpa
dengannya. Lelaki itu adalah pemilik telefon bimbit yang dijumpai Hasnul. Lelaki itu memberi
hadiah dan mengucapkan terima kasih atas kejujuran Hasnul. Guru Besar juga sangat berbangga
dengan sikap jujur Hasnul. Sikap jujur Hasnul itu telah mengharumkan nama sekolahnya.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti berlaku jujur dan
sedia memulangkan barang yang kita jumpai. Justeru, kita mesti bersikap amanah, kita perlu
menjaga harta benda orang lain dan mengembalikannya dalam keadaan yang sempurna. Oleh itu,
kita mesti bersikap adil, kita sepatutnya meminta pendapat orang lain jika sukar untuk membuat
sebarang keputusan. Tambahan pula, kita juga mesti berhemah tinggi, tingkah laku kita yang
berhemah akan menjadi contoh dan teladan. Kita mesti bersikap baik hati, kita melakukan sesuatu
bukan mengharapkan apa-apa balasan. Dalam pada itu, kita juga perlu melahirkan rasa kasih
sayang, menyatakan terima kasih atas budi baik orang kepada kita. Lebih-lebih lagi, kita mesti
bersikap prihatin dan menghargai sumbangan serta pengorbanan orang kepada kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 93 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
93
93
19. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
94. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Pada minggu lalu, saya dan keluarga saya berkunjung ke pameran buku dan peralatan
komputer di sebuah pasar raya terkenal di ibu kota. Kami pergi ke sana kerana ada tujuan yang
tertentu. Ayah bercadang untuk membeli sebuah komputer riba jika harga yang tertawarkan
berpatutan. Saya pula bercadang untuk membeli buku-buku rujukan UPSR. Fokus utama saya ke
pameran tersebut adalah untuk mencari buku-buku format baharu UPSR Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Emak membantu saya memilih buku-buku yang sesuai. Saya sudah mendapat
beberapa buah buku yang sesuai dan isinya menepati format baharu UPSR Tahun 2006 ini.
Tiba-tiba, suara ayah memanggil kami. Ayah mengajak saya dan emak saya ke sebuah
gerai yang menjual peralatan komputer. Ayah meminta pandangan dan pendapat kami tentang
sebuah komputer riba yang ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Emak dan saya juga
tertarik pada bentuk dan saiz komputer riba tersebut. Setelah mendengar pandangan dan
pendapat kami, akhirnya ayah bersetuju untuk membeli sebuah komputer riba yang berjenama
Toshiba. Sebelum pulang, ayah mengajak kami makan tengah hari di gerai nasi kandar.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti mempunyai
tujuan yang nyata semasa berkunjung kesesuatu tempat. Oleh itu, kita mesti bijak menentukan
harga patut barangan yang dijual sebelum kita membelinya. Tambahan pula, membeli buku-buku
pelajaran adalah satu keputusan yang bijak. Di samping itu, berkunjung ke pameran buku dan
komputer adalah satu aktiviti yang baik dan berfaedah. Lebih-lebih lagi, membeli sebuah komputer
riba merupakan satu langkah pintar yang boleh mendatangkan banyak manfaat. Kita sepatutnya
meminta pandangan dan idea orang lain sebelum membuat apa-apa keputusan merupakan satu
tindakan yang bijak. Dalam pada itu, belanja makan tengah hari kepada keluarga merupakan satu
daripada sedekah yang sangat mulia.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 94 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
94
94
20. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
95. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Rizal seorang anak petani. Bapanya mengusahakan beberapa hekter kebun kelapa sawit.
Jika ada masa lapangan Rizal selalu membantu ayahnya di kebun. Dia sudah biasa berbakti
kepada tanah. Dia gembira membantu ayahnya di kebun kelapa sawit tersebut. Setiap kali
selepas buah kelapa sawit dijual, ayahnya pasti memberi Rizal sedikit wang sagu hati. Rizal
menyimpan kesemua pemberian ayahnya itu ke dalam tabungnya. Bukan sahaja rajin berkerja di
kebun, Rizal juga rajin belajar.
Di sekolahnya dia sering dijadikan murid contoh sebagai ikutan kepada kawan-kawannya.
Dia sering memperoleh keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian. Sedikit-sedikit, lama-lama
jadi bukit. Hasil tabungan Rizal sudah mencecah dua ribu ringgit. Rizal mengambil keputusan
untuk membeli sebuah komputer menggunakan duit tabungannya itu. Dia bercita-cita untuk
meneroka ilmu yang lebih mendalam melalui perayauan di internet.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita patut mencontohi sikap
rajin dan mudah menghulurkan bantuan. Di samping itu, sikap ringan tulang melambangkan budi
perkerti mulia seseorang insan. Lebih-lebih lagi, sikap pemurah, memberi sagu hati kepada
seseorang merupakan amalan yang mulia. Oleh sebab itu, sikap suka berjimat cermat perlu
diamalkan demi masa hadapan yang lebih terjamin. Tambahan pula, cemerlang dalam pelajaran
merupakan sasaran yang mesti dicapai oleh setiap orang murid. Selain itu, suka mengejar
kemajuan agar tidak ketinggalan dalam era teknologi maklumat dan komunikasi yang amat
mencabar kemampuan seseorang adalah visi dan misi kita. Dalam pada itu, kita juga seharusnya
menjadi insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 95 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
95
95
21. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
96. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Zakaria seorang pelajar yang sangat rajin dan kuat semangat. Ayahnya telah meninggal
dunia dua tahun yang lalu akibat penyakit asma. Setiap pagi Zakaria ke sekolah bersama-sama
adiknya. Pada sebelah petangnya pula, dia bekerja sambilan sebagai pembantu di sebuah kedai
makan. Zakaria akan mengulang kaji pelajarannya pada waktu malam. Semua duit gaji yang
diterima oleh Zakaria akan diberi kepada ibunya untuk perbelanjaan keluarga mereka. Zakaria
terpaksa melakukan kerja-kerja sambilan ini adalah untuk membantu ibunya kerana pendapatan
ibunya sebagai pekerja kilang elektronik itu tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga
mereka. Walaupun Zakaria bekerja sambilan tetapi dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya
dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar. Dia juga telah membuktikan kecemerlangannya
dalam pelajaran. Dia merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mesti mempunyai rasa
bertanggungjawab terhadap keluarga. Justeru, kita juga perlu bantu-membantu antara satu sama
lain. Oleh itu, kita perlu rajin berusaha dan kuat semangat untuk berjaya dalam hidup walaupun
serba kekurangan. Selain itu, kita juga perlu memahami perasaan orang lain. Tambahan pula, kita
perlu bersikap baik hati dan ringan tulang kerana amalan tolong-menolong adalah satu amalan
yang baik. Di samping itu, kita mesti tahu menghargai budi baik orang dan tidak lupa pula untuk
membalas jasa-jasa tersebut. Kesimpulannya, janganlah kita jadi seperti kacang lupakan kulit.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 96 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
96
96
22. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
97. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Siti Liyana baru sahaja pulang dari sekolah. Pada minggu ini, dia terpaksa melakukan kerja-
kerja rumah kerana emaknya sedang mengikuti kursus di Pulau Langkawi. Dia menjaga adik-
adiknya dengan baik. Sebagai anak yang sulung, dia sentiasa mendengar nasihat dan teguran
daripada kedua-dua ibu bapanya. Dia melayan adik-adiknya dengan layanan yang baik dan penuh
kasih sayang. Dia memikul tanggungjawab tersebut dengan penuh kerelaan.
Setiap pagi sebelum bersiap ke sekolah, dia akan memastikan bilik tidurnya kemas dan
bersih. Dia amat mementingkan kebersihan diri dan kebersihan tempat tinggalnya. Pakaian
sekolahnya nampak bersih dan kemas. Uniform sekolah adik-beradiknya juga kelihatan bersih dan
kemas. Dialah yang membasuh dan menggosok pakaian tersebut. Pada waktu petang pula, Siti
Liyana dan adik-adiknya menyiram pokok-pokok bunga dan membersihkan persekitaran rumah
mereka. Dia menyapu sampah sarap dan mengumpulkannya di dalam plastik. Dia amat sangat
gembira jika kawasan tempat tinggal mereka kelihatan bersih dan cantik.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita hendaklah ikhlas
melakukan kerja rumah bagi meringankan bebanan ibu kita. Justeru, kita mesti melayan adik-adik
kita dengan layanan yang baik, mesra, dan penuh kasih sayang. Oleh sebab itu, kita hendaklah
mengemas bilik tidur kita sebelum pergi ke sekolah. Di samping itu, kita mesti mementingkan
kebersihan diri, tempart tinggal, dan persekitaran kita. Tambahan pula, pakaian sekolah dan
pakaian sekolah adik-adik kita mesti sentiasa bersih dan kemas. Dalam pada itu, kita seharusnya
menjaga bunga-bunga di halaman rumah kita supaya kelihatan cantik dan menarik. Oleh itu, kita
mesti menyiram pokok-pokok bunga tersebut supaya tidak layu. Lantaran itu, kita berasa gembira
melihat persekitaran rumah yang bersih dan cantik.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 97 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
97
97
23. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
98. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita, terutamanya kepada
murid-murid sekolah. Setelah letih belajar sepanjang hari, bersenam boleh membantu murid-murid
menghilangkan ketegangan dan membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid
yang jarang bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh badan.
Semasa belajar, murid-murid amat banyak menghabiskan masa duduk di atas kerusi. Ini boleh
menyebabkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya, badan menjadi letih di samping
tidak berupaya untuk berfikir dan mengingati apa yang dipelajari.
Kita haruslah menanamkan satu kesedaran di dalam diri tentang kepentingan bersenam.
Murid-murid yang selalu bersenam didapati lebih cergas, cerdas, dan kebiasaannya dapat
menyelesaikan masalah dengan baik. Mereka juga dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-
rakan sebaya. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak rakan-rakan
supaya mengamalkan senaman setiap hari.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita mestilah bersenam
kerana aktiviti ini sunggguh baik untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang. Oleh sebab itu,
melakukan aktiviti senaman dengan cara yang betul dapat menghilangkan ketegangan dan
tekanan yang kita alami. Lagipun, besenam dapat menghilangkan perasaan bimbang terhadap
sesuatu. Tambahan pula, bersenam juga dapat mengelakkan diri daripada penyakit selesema,
batuk, dan lenguh-lenguh badan. Dalam pada itu, jika kita melakukan senaman, badan kita akan
lebih cergas dan minda kita juga lebih cerdas. Kecergasan rohani dan jasmani dapat melahirkan
individu yang berfikiran sihat serta bertindak dengan cara yang lebih matang. Kesimpulannya, jika
badan kita cergas dan minda kita cerdas segala permasalahan dapat ditangani dengan baik.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 98 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
98
98
24. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
99. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu
dalam satu perenggan.
Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat membangun. Walaupun rakyatnya
berbilang kaum, tetapi mereka hidup bersatu-padu dan dalam suasana yang aman serta harmoni.
Hal ini demikian kerana sikap rakyatnya yang bertoleransi dan hormat-menghormati antara satu
sama lain. Sikap dan budaya inilah juga yang membawa Malaysia di ambang kemajuan dalam
masa yang agak singkat. “Malaysia Boleh” bukan satu khayalan tetapi merupakan satu kenyataan.
Para pelancong asing juga menjadikan negara Malaysia sebagai satu daripada destinasi
pilihan untuk mereka bercuti dan berehat. Integrasi antara semua lapisan masyarakat di Malaysia
telah berjaya menyemai sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Amalan bersopan santun
dan berbudi bahasa rakyat Malaysia inilah yang menjadi satu daripada tarikan pelancong asing
untuk datang ke rantau ini. Oleh sebab itulah, Malaysia juga merupakan sebuah negara yang
disegani dan dihormati oleh masyarakat dunia.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita sebagai rakyat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan boleh hidup dalam suasana harmoni, aman dan
damai. Justeru, budaya saling menghormati yang diamalkan oleh penduduk Malaysia juga telah
mengharumkan nama Malaysia. Oleh sebab itu, kita seharusnya mengekalkan amalan budaya
bersopan santun serta berbudi bahasa. Lagipun, slogan “Malaysia Boleh” bukan satu igauan
semata-mata, perkara ini telah dijelmakan dan dibuktikan melalui kejayaan demi kejayaan rakyat
Malaysia mencipta nama di pesada dunia. Lantaran itu, para pelancong asing telah mengiktiraf
kejayaan intergrasi antara kaum di negara kita. Tambahan pula, rakyat Malaysia yang bersopan
santun sungguh disenangi oleh para pelancong yang berkunjung ke negara kita. Dalam pada itu,
para pelancong terpaut pada keperibadian unggul dan cara hidup rakyat Malaysia yang berbilang
kaum. Selain itu, rakyat Malaysia juga hidup dalam suasana aman dan damai.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 99 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
99
99
25. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
100. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Isu kemerosotan disiplin pelajar-pelajar pada hari ini sedang hangat diperkatakan. Malah
perkara ini membimbangkan semua pihak kerana keadaan ini telah menimbulkan berbagai-bagai
masalah sosial. Antaranya seperti merokok, penyalahgunaan dadah, kegiatan samseng di
sekolah, mencuri, peras ugut dan sebagainya. Dalam soal ini, siapakah yang sepatutnya
dipersalahkan? Kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah berpunca daripada faktor-faktor
tertentu. Antaranya ialah sikap pelajar-pelajar itu sendiri. Mereka seolah-olah terlalu terikut-ikut
dengan budaya kuning para remaja dari barat yang inginkan kebebasan. Sekali gus, sikap ini
boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan-peraturan sekolah yang mereka anggap terlalu
mengongkong kehidupan mereka.
Di samping itu, ibu bapa juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menangani
masalah kemerosotan disiplin pelajar-pelajar. Terdapat sesetengah ibu bapa yang menganggap
kasih sayang anak-anak dapat dibeli dengan wang ringgit. Mereka mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai model dan ketua keluarga. Malahan, mereka tidak mengambil berat tentang
pelajaran anak-anak mereka. Keadaan inilah menyebabkan anak-anak mereka menjadi liar dan
bergaul dengan golongan yang tidak berdisiplin.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mestilah menangani masalah
kemerosotan disiplin para pelajar dengan cara yang bijak. Tambahan pula, masalah ini jika tidak
dibendung akan menjadi lebih parah apabila gejala sosial mula bertapak di sanubari para pelajar.
Di samping itu, kita mesti peka kerana pelbagai masalah sosial boleh berlaku dan perkara ini
sungguh mengaibkan serta boleh menjatuhkan imej, maruah, dan harga diri seseorang pelajar.
Justeru, sebelum gejala sosial ini menular, ibu bapa seharusnya bertindak dan berperanan lebih
aktif dalam memastikan anak-anak mereka berada di landasan yang betul. Oleh itu, kita (ibu bapa)
hendaklah memberi perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak kerana perkara tersebut
akan menjadi benting kepada keruntuhan moral muda mudi sekarang ini. Selain itu, kita mestilah
meluangkan masa untuk bermesra dengan anak-anak bagi membentuk keluarga bahagia.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 100 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
100
100
26. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
101. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Zainal bin Othman murid Tahun Enam Merah, Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak,
ibarat permata yang berharga kepada sekolah dan guru-gurunya. Hal ini kerana dia bukan sahaja
cemerlang dalam akademik, malah turut memiliki pelbagai bakat yang terpendam. Zainal aktif
berpersatuan dan sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Dia mula mewakili
sekolah dalam pelbagai pertandingan sejak tahun satu lagi. Antara kejayaan yang dicapainya,
menjadi johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Daerah Hilir Perak dan Peringkat
Negeri. Dia juga menjadi johan dalam Pertandingan Catur peringkat daerah. Zainal juga dipilih
menjadi ketua kumpulan “Choral Speaking” yang berjaya mendapat tempat kedua dalam
pertandingan peringkat negeri Perak.
Bukan itu sahaja, Zainal juga berbakat dalam bidang seni. Dia mahir dalam tarian
tradisional Melayu dan bermain piano. Bakatnya terserlah semasa dia membuat persembahan
sempena Hari Anugerah Cemerlang di sekolahnya tahun lalu. Sikapnya yang peramah dan
periang disenangi seluruh warga sekolah. Walaupun sibuk, dia juga masih mempunyai masa
untuk melakukan dua lagi aktiviti kegemarannya, bermain badminton dan berbasikal. Zainal
bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang yang berjaya.
CADANGAN JAWAPAN
Beberapa pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya
mencontohi keperibadian Zainal Othman yang mempunyai potensi cemerlang dalam bidang
akademik dan kokurikulum akademik. Oleh itu, kita mestilah berusaha untuk mendapat tempat
pertama dalam peperiksaan. Dalam pada itu, kita berasa bangga dan gembira apabila berjaya
mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri. Tambahan pula, kejayaan yang dicapai
oleh murid-murid sekolah menjadi kebanggaan para guru. Selain itu, kita akan dihormati oleh
rakan-rakan kerana sikap kita yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Oleh
sebab itu, kita juga harus melibatkan diri dalam bidang sukan. Lebih-lebih lagi, kita mesti ada cita-
cita dan perancangan masa depan.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 101 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
101
101
27. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
102. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Membuat sesuatu kerja dengan lambat tetapi hasilnya amat memuaskan adalah lebih baik
daripada membuat sesuatu kerja dengan cepat tetapi hasilnya tidak elok. Biasanya, jika kita ingin
mendapatkan hasil kerja dengan cepat, kita akan melakukannya dengan tergopoh-gapah. Bekerja
secara tergesa-gesa akan menyebabkan banyak berlaku kesilapan. Kita tepaksa mengulangi kerja
itu semula. Lantaran itu, masa yang kita ambil tentulah lebih lama lagi. Andaikan, kita sedang
menjalani latih tubi mata pelajaran Matematik, jika pelaksanaannya secara tergopoh-gapah
berkemungkinan kita melakukan kesilapan dan menyebabkan pilihan jawapan kita salah. Begitu
juga semasa kita menulis karangan, kita hendaklah berhati-hati, ambil sedikit masa untuk
menyemak hasil cetusan idea kita agar sifar kesalahan daripada aspek ejaan, tanda baca, dan
gramatis bahasanya.
Selain itu, ketika kita menyeberangi jalan raya umpamanya, kita perlu melihat ke kiri, ke
kanan dan ke kiri semula sebelum melintas. Andainya kita tidak berbuat demikian,
berkemungkinan kita akan ditimpa kemalangan. Keadaan ini tidak akan berlaku sekiranya kita
berhati-hati. Begitulah juga dengan kemalangan yang sering berlaku. Para pemandu memandu
kenderaan dengan laju untuk cepat sampai ke destinasi mereka tanpa menghiraukan keselamatan
orang lain. “Biar Lambat Asalkan Selamat”.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya melakukan
kerja dengan cermat walaupun terpaksa mengambil masa lebih sedikit. Namun, ada kalanya kita
perlu penelitian dan ketekunan semasa membuat kerja. Oleh sebab itu, kerja yang dilakukan
dengan tekun dan teliti memerlukan kesabaran. Di samping itu, kelewatan menyiapkan sesuatu
kerja itu bukan sengaja dilambat-lambatkan tetapi inginkan hasil yang berkualiti. Lantaran itu,
bukan semua kerja perlu pantas, ada yang perlukan perhatian dan penelitian, kelalaian kita
melakukan kerja kadang-kadang boleh mendatangkan padah dan mudarat. Tambahan pula, jika
kerja itu perlu kepada penelitian, ambilah sedikit masa untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik
dan terjamin pula kualitinya. Biar lambat asalkan selamat.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 102 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
102
102
28. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
103. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Gotong-royong merupakan satu daripada amalan yang baik dan memberi pelbagai faedah
kepada masyarakat. Sikap bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran tempat tinggal
contohnya, kita akan dapat mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes dan pencemaran alam
sekitar. Begitulah juga apabila kita bekerjasama menjaga dan membersihkan persekitaran taman
permaianan. Cara ini akan mengurangkan kos untuk membaiki semula alat-alat permainan
tersebut. Justeru, kos dan upah pembinaan semula tidak perlu lagi dikeluarkan dan peruntukan
tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lain pula.
Sesuatu kerja yang dilakukan secara bergotong-royong juga dapat dilaksanakan dalam
jangka masa yang ditetapkan. Amalan gotong-royong juga dapat menjalin semangat kejiranan di
kalangan penduduk setempat. Amalan ini juga dapat merealisasikan semangat muhibah antara
kaum. Melalui aktiviti seumpama ini jaga dapat mengeratkan lagi perpaduan dan memupuk
kemesraan antara kaum.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya melakukan
kerja gotong-royong kerana aktiviti murni ini boleh memupuk perpaduan di kalangan masyarakat
setempat. Selain itu, aktiviti ini seharusnya kita praktikkan dan jalankan bagi membina suasana
yang harmoni di kalangan jiran tetangga. Oleh itu, orang ramai sepatutnya sanggup meluangkan
masa untuk menjayakan aktiviti kemasyarakatan ini. Lagipun, aktiviti gotong-royong ini mampu
menangani masalah sosial di kalangan masyarakat. Tambahan pula, aktiviti gotong-royong juga
dapat meringankan bebanan sesuatu kerja. Di samping itu, ketika melaksanakan program gotong-
royong ini, orang ramai dapat beramah mesra, saling mengenali antara satu sama lain. Lebih-lebih
lagi, aktiviti ini juga mampu menjelmakan semangat muhibah, toleransi, dan perpaduan antara
kaum di negara kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 103 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
103
103
29. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
104. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Bas bertolak meninggalkan kawasan sekolah. Sepanjang perjalanan kami menyanyi
dengan iringan petikan gitar oleh Cikgu Sazali. Kira-kira satu jam perjalanan, kami sampai di tapak
perkhemahan. Kami diarahkan mengangkut segala peralatan seperti khemah, peralatan
memasak, dan bekalan makanan. Selepas itu, setiap kumpulan diminta memasang khemah
dengan bantuan beberapa orang guru. Cikgu Ng Mei Kwan, Cikgu Faezah, dan beberapa orang
murid perempuan sibuk memasak. Masakan yang mereka masak itu adalah untuk hidangan
makan tengah hari.
Setelah juadah siap dimasak, kami pun makan tengah hari. Walaupun hanya berlaukkan
sardin dan telur goreng, kami makan dengan begitu berselera. Selepas makan kami berehat.
Selepas itu, kami dibawa meredah hutan. Perjalanan agak sukar dan mencabar. Pegawai Jabatan
Hutan Pengkalan Hulu yang mengetuai kami turut menerangkan tentang beberapa jenis pokok
hutan dan kegunaannya. Tiba-tiba... kami terdengar jeritan yang sangat kuat. Rupa-rupanya
beberapa orang budak perempuan terserempak dengan seekor biawak bukit.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya berasa
riang kerana berpeluang mengikuti program kokurikulum di luar kawasan sekolah. Oleh sebab itu,
kita mestilah menjalankan aktiviti dan kerja-kerja yang telah ditentukan dengan penuh rasa
tanggungjawab. Kita seharusnya berkerjasama mendirikan khemah. Di samping itu, kita mestilah
patuh pada peraturan dan jadual yang telah ditentukan. Lantaran itu, kita mesti melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Justeru, kita sepatutnya berterima kasih kepada
rakan-rakan yang menyediakan makanan dan minuman semasa perkhemahan tersebut. Dalam
pada itu, pengalaman dan kesulitan yang telah kita dilalui sebenarnya telah mendewasakan kita.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 104 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
104
104
30. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
105. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
KUALA KUBU BHARU, 23 Februari – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, secara rasminya
melancarkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) menegaskan, kerajaan memberi nilai
tinggi kepada generasi muda dan mengiktiraf peranan mereka sebagai bakal pemimpin masa
depan. Perdana Menteri berkata, golongan muda yang mewakili 60 peratus rakyat negara ini akan
berperanan di barisan hadapan membawa negara ke mercu kejayaan. Lebih-lebih lagi, apabila
Malaysia mencapai status negara maju 15 tahun akan datang.
PLKN, katanya adalah usaha terbaru kerajaan untuk melahirkan generasi muda Malaysia
yang baik, berdisiplin, berpekerti mulia, bercita-cita tinggi, malah berkeupayaan untuk berjaya
dalam segala bidang yang diceburi. “Kita berharap, mereka yang menjalani Program Latihan
Khidmat Negara ini akan menjadi anak muda yang lebih bertanggungjawab, jujur, amanah,
berdisiplin, dan berpekerti mulia,” katanya ketika melancarkan program itu di Kem Bina Semangat
Yayasan Selangor, semalam. Harapan Perdana Menteri ini juga menjadi satu daripada agenda
kerajaan bagi menyediakan tenaga muda yang berkemahiran tinggi, berketrampilan, berilmu, dan
berpekerti mulia.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menyokong
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah direncanakan kerana program ini bertujuan
untuk memantapkan, memperkukuh, dan memperkasa mental serta fizikal generasi muda. Oleh
sebab itu, kita perlukan generasi muda yang berilmu kerana mereka bakal dan akan mewarisi
pemerintahan negara. Di samping itu, kita perlukan generasi muda yang bersedia berada di
barisan hadapan bagi menjayakan hasrat Malaysia sebagai negara maju pada Tahun 2020 nanti.
Tambahan pula, pihak kerajaan telah berusaha menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana
kepada generasi muda untuk melatih dan membimbing mereka ke arah pembentukkan disiplin
yang baik, bertanggungjawab dan berpekerti mulia. Lebih-lebih lagi, jika nilai murni ini dapat kita
semai dan praktikkan, nescaya negara kita dapat melahirkan para pemimpin yang berkaliber,
berilmu pengetahuan, dan berhemah tinggi.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 105 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
105
105
31. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
106. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Wahai kawan dengarlah pesanan,
Agar hidup selamat selalu;
Ke mana pergi menjadi teladan,
Di sanjung orang setiap waktu.
Ke mana pergi menjadi teladan,
Disanjung orang setiap waktu;
Berbudi bahasa menjadi sanjungan,
Jadikan hiasan buat dirimu.
Berbudi bahasa menjadi sanjungan,
Jadikan hiasan buat dirimu;
Penuhkan dada dengan bekalan,
Carilah ilmu dari gurumu.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mendengar akan
pesanan orang tua-tua kepada anak cucunya supaya menjaga adat, tutur kata, dan tingkah laku
ketika berada di perantauan. Oleh itu, segala perilaku yang baik, tutur bicara yang bersopan serta
peribadi yang berhemah haruslah kita jadikan hiasan diri. Justeru, segala tindak tanduk dan
perlakuan yang baik haruslah dijadikan teladan dan pegangan hidup. Di samping itu, keperibadian
mulia yang dipertontonkan merupakan satu teladan yang amat tinggi nilainya kepada masyarakat.
Lebih-lebih lagi, masyarakat menilai seseorang individu melalui tingkah lakunya, budi bahasanya,
dan pergaulannya. Lagipun, ilmu pengetahuan yang tinggi dan gaya hidup yang beradab serta
tutur kata yang manis akan menjadi ikutan. Tambahan pula, orang yang berilmu dan beramal
dengan ilmu yang baik sungguh disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 106 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
106
106
32. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
107. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Negeri Melaka tempat Cik Nyonya,
Cik Nyonya berasal keluarga berada;
Kecemerlangan akademik banyak gunanya,
Meletak bangsaku tinggi di pesada.
Manis tersenyum tiada terkata,
Tarikan Si Dara dahulu kala;
Motivasi diri mula diwarta,
Kecemerlangan minda turut terbela.
Nasib murid tidak dilupakan,
Majlis disambut penuh gemilang;
Hari anugerah perlu diadakan,
Penghargaan buat murid cemerlang.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menguasai
kecemerlangan. Oleh sebab itu, ilmu pengetahuan adalah lambang ketamadunan dan ketinggian
mertabat sesuatu bangsa. Tambahan pula, kesedaran dan motivasi diri perlu diserapkan kepada
seluruh anggota masyarakat agar mereka mempunyai wawasan dan hala tuju yang jelas lagi
nyata. Di samping itu, motivasi juga dapat menyedarkan anggota masyarakat akan pentingnya
ilmu pengetahuan dalam dunia yang serba canggih ini. Selain itu, penghargaan diberi kepada
pendukung ilmu akademik di peringkat sekolah semasa Hari Anugerah Cemerlang. Lebih-lebih
lagi, hari Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah bertujuan untuk mewujudkan budaya saing
yang sihat di kalangan murid-murid. Yang bijak dihargai, yang lemah dibimbing dan diasuh.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 107 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
107
107
33. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
108. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Palpa rumbia dibuat sagu,
Sagu diadun dijadikan lepat;
Hati sedih bertambah sayu,
Banjir kilat longkang tersumbat.
Panjat kelapa menggunakan sigai,
Sigai dicipta oleh Pak Nayan;
Sisa toksik berlimpahan di sungai,
Pembangunan menggugat rezeki nelayan.
Gula melaka si nira tebu,
Lopes enak menambat selera;
Ozon menipis menebal jerebu,
Mencemaran udara, musnah belantara.
Bunga mawar berwarna-warni,
Mawar merah jadi pilihan;
Inikah budi masyarakat madani,
Pentingkan laba musnahkan keindahan.
Putat, pegaga dibuat ulam,
Tumbuh subur di tepi jemuran;
Marilah teman mencintai alam,
Menjaga kebersihan elakkan pencemaran.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan di atas ialah, kita sepatutnya menjaga
kebersihan persekitaran tempat tinggal. Justeru, kita mesti menjaga sistem perparitan supaya
tidak berlaku banjir kilat akibat longkang yang tersumbat. Oleh itu, kita juga mesti memelihara
sungai daripada dicemari oleh sisa toksik, pencemaran ini boleh menyekat rezeki para nelayan. Di
samping itu, kita juga semestinya menjaga udara daripada sebarang pencemaran, udara yang
tercemar boleh mengundang jerebu yang tebal. Tambahan pula, sikap segelintir manusia yang
mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan kemusnahan alam sekitar perlu diawasi. Selain
itu, kita jangan sesekali mencemari alam sekitar. Dengan itu, kita semestinya menjaga kebersihan
alam sekitar dan cuba mengelakkan sebarang pencemaran. Kebersihan asas kesihatan.
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 108 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
108
108
34. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
109. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Ibu
Jasamu berpanjangan
Membimbing, mendidik
Penuh belaian kasih abadi
Dari kecil hinggalah dewasa
Menjadi manusia
Ibu
Kau tetap menyayangi
Walau aku nakal
Kau tetap mengasihi
Walau sudah berjauhan
Ibu
Kini aku telah berjaya
Baktimu akan aku balas
Sebelum ibu menutup mata.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya menghargai jasa
dan pengorbanan ibu sangat tinggi dan mulia kepada kita. Oleh itu, segala jasa dan pengorbanan
ibu kepada kita mestilah setulus hati. Tambahan pula, ibu telah mencurahkan segala kasih dan
sayangnya kepada kita sepenuh hati. Selain itu, ibu membelai kita sejak kecil, mengasuh dan
memberi pendidikan sehingga kita menjadi seorang insan yang berjaya. Lebih-lebih lagi, ibu
banyak berperanan mendorong kita menjadi manusia yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Lantaran itu, sebagai seorang anak, kita mesti rasa terhutang budi atas jasa dan pengorbanan ibu
kepada kita. Dalam pada itu, kita juga sepatutnya mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu kita.
Kita sepatutnya menjaganya dan memberi perhatian terhadap kesihatan serta perasaannya di
kala ibu kita berada pada usia emas.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 109 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
109
109
35. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis nilai murni yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
110. Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Anak-anaku
Ayunlah langkahmu segera
Mendaki gunung cita-cita
Biar lelah, biar merana
Biar luka, biar cedera
Biar seribu ranjau menimpa
Namun jangan sekali-kali mengaku kalah
Jika engkau terjatuh
Ayuh, segera bangkit semula!
Ayunkah langkah perkasamu semula
Kerana perjalananmu masih jauh
Anak-anaku
Perjalanan ini memang pahit
Telanlah agar menjadi penawar
Kelak nanti ...
Pasti kau akan merasa manisnya.
CADANGAN JAWAPAN
Nilai murni yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita mesti tabah menghadapi
sebarang dugaan dan rintangan. Justeru, ketabahan mengharungi dugaan merupakan langkah
pertama untuk menuju kejayaan. Kita juga mestilah tekal dan kuat semangat untuk mengejar
kejayaan walaupun terpaksa berhadapan dengan rintangan dan kegagalan. Di samping itu, bagi
memperoleh kejayaan, kita perlu berusaha dengan gigih, tabah menghadapi segala dugaan, dan
bersungguh-sungguh melakukan sesuatu pekerjaan. Tambahan pula, di sebalik kepahitan ada
manisnya, kita perlu berusaha sehingga cita-cita kita tercapai. Lagipun, jika cita-cita kita tercapai,
kita akan berasa puas dan gembira. Oleh sebab itu, kejayaan merupakan impian setiap insan.
20
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 110 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
110
110
36. Membuat ulasan – menyenarai dan menulis pengajaran yang diperoleh daripada petikan.
Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
111. Tulis beberapa pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.
Teman …
Kaulah rakan sejati
Engkau adalah pendorong
Semangat dan ketabahan buatku
Kuharungi onak ranjau kehidupan
Kukenali keperitan dan kepayahan
Pabila aku rebah kecundang
Engkau rela bersama-samaku
Pabila aku ketawa girang
Engkau turut berkongsi gembira
Teman ...
Susah senang kehidupan ini
Bersama-sama kita harungi
Ke bukit dan ke lembah nan jurang
Kita tempuhi penuh ketabahan
Tapi teman …
Aku mengerti, aku pasrah
Kita sama-sama ada hala tujuan
Punyai matlamat yang terbentang
Kita sama-sama ada wawasan.
CADANGAN JAWAPAN
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada petikan ialah, kita seharusnya mempunyai
beberapa orang kawan. Oleh sebab itu, kita seharusnyanya bijak memilih kawan kerana kawan
boleh menyebabkan kita berjaya dan sebaliknya. Lagipun, kawan yang sanggup berkongsi apa-
apa sahaja tidak mengira yang suka atau yang duka, itulah kawan sejati. Lantaran itu, kawan
sejati sanggup berkongsi suka dan duka dan sedia menegur kesalahan kita. Di samping itu,
kawan sejati juga sanggup berkongsi masalah dan cuba sedaya upaya untuk mencari jalan
penyelesaian. Tambahan pula, kawan sejati boleh diibaratkan “cubit paha kanan, paha kiri pun
sakit juga”. Kawan sejati, jika kita menempuhi kepayahan, sama-sama dilalui dengan penuh
ketabahan dan kecekalan. Lebih-lebih lagi, jika beroleh kejayaan, sama-sama dikongsi nikmat
kegembiraannya. Itulah erti sebuah persahabatan sejati.
111 ASUHAN PENULISAN LESTARI UPSR 111 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN C
111
111