SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
KELUARGA KREATIF
TEMA 1
KEKELUARGAAN
KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI
A Baca dengan teliti dan fahami petikan di bawah ini.
Labu Sayung Mak Yang Ani
Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di negeri Perak telah mula dikenali sejak
zaman-berzaman. Perusahaan seni tembikar tradisional ini masih hidup di beberapa tempat di
daerah Kuala Kangsar dan di daerah Perak Tengah. Melalui kudrat tangan dan ketajaman
ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang
sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraf
tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan
serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik.
Mak Yang Ani telah mengusahakan perusahaan seni tembikar tradisional ini sejak
turun-temurun. Tembikar yang dihasilkan oleh keluarga Mak Yang Ani lebih dikenali sebagai
Labu Sayung. Labu Sayung yang dipamerkan di gerai kraf tangan Mak Yang Ani pula terdiri
daripada pelbagai saiz, corak dan warna yang cantik dan menarik.
Perusahaan keluarga ini terletak di Kampung Sayung, di daerah Kuala Kangsar, Perak.
Malah sebut sahaja Labu Sayung, maka tergambarlah akan keindahan bentuk seni labu yang
berwarna kehitaman serta berkilauan. Mengikut sejarahnya, wujudnya labu hitam ini adalah
daripada buah labu tua yang telah dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas
untuk menyimpan air minuman oleh masyarakat Melayu ketika itu.
Suatu masa dahulu, labu hitam merupakan alat penting sebagai bekas menyimpan air
minuman dalam majlis kenduri. Keistimewaan air yang disimpan di dalam labu hitam ini, airnya
sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam
panas. Labu Sayung juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.
Pembuatan Labu Sayung menekankan sifat semula jadi dengan menggunakan tanah
liat yang terbaik. Mak Yang Ani juga menampilkan hiasan permukaan Labu Sayung dengan
motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga corak
geometri yang harmoni. Labu Sayung Mak Yang Ani tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja
kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan seninya yang unik dan menarik
berasaskan nilai estetika barangan tembikar tersebut.
1 kudrat - kuasa, tenaga, kekuatan
2 ilham - petunjuk daripada Tuhan
3 tembikar - barangan daripada tanah liat
4 motif - dasar atau corak pada lukisan
5 harmoni - sesuai, sepadan, selaras
6 estetika - berkaitan keindahan, cita rasa
1.1 Aras 1 (i) - Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan sesuatu topik.
5.1 Aras 1 (i) - Membaca perkataan, rangkai kata, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
LESTARI KOSA KATA
BIDANG ILMU
• Kemahiran Hidup
NILAI MURNI
• Kerajinan
KEWARGANEGARAAN
• Berusaha dan Produktif
Kemahiran Merujuki Kamus
1
HHP : 1.1 Aras 1 (i) dan 5.1 Aras 1 (i)
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
B Jawab soalan-soalan yang berikut.
1
2
3
Apakah proses terakhir bagi menghasilkan
barangan kraf tangan daripada tembikar?
A Diuli C Diterap
B Diasap D Dibakar
Gerai Kraf Tangan Tembikar Tradisional
Mak Yang Ani terletak di
A Negeri Perak
B Perak Tengah
C Kuala Kangsar
D Kampung Sayung
Air minuman yang disimpan di dalam labu
hitam boleh mengubati penyakit
A batuk C jantung
B sawan D selesema
4
5
Apakah bahan utama yang digunakan
untuk membuat Labu Sayung?
A Tanah liat
B Tanah hitam
C Tanah merah
D Tanah gambut
Rekaan corak yang biasa terdapat pada
permukaan pada Labu Sayung, kecuali
A bunga padi
B pucuk rebung
C pokok cengkih
D corak geometri
PENGUASAAN PEMBENTUKAN KATA - KATA SEERTI
C Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris dalam ayat di bawah.
1
2
3
4
Walaupun baru berumur tiga tahun, adik
Norhana petah bercakap.
Perkataan seerti bagi petah ialah
A laju C fasih
B bijak D lancar
Rumah nenek masih kukuh walaupun telah
lama dibina.
Perkataan seerti bagi kukuh ialah
A kuat C segak
B ceria D usang
Wak Lamin melontar seketul batu ke arah
lembu yang memasuki kebun sayurnya.
Perkataan seerti bagi melontar ialah
A merejam C menyambut
B membaling D melambung
Mayat seorang wanita ditemukan dalam
keadaan rentung di sebuah belukar.
Perkataan seerti bagi rentung ialah
A kejur C kejang
B lebam D hangus
5
6
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.
Kereta mainan kawalan jauh itu sangat
laris di pasaran.
Perkataan seerti bagi laris ialah
A laku
B cepat
C murah
D untung
Sup daging lembu itu dimamah oleh Nordin
berkali-kali sebelum ditelannya.
Perkataan seerti bagi dimamah ialah
A digigit
B digerit
C ditelan
D dikunyah
5.2 Aras 1 (ii) - Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
6.1 Aras 1 (i) – Merujuki kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan kata yang tepat.
HHP : 5.2 Aras 1 (ii)
HHP : 6.1 Aras 1 (i)
2
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
PENGUASAAN PEMBENTUKAN KATA - kata hubung
D Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.
1
2
3
4
Liza suka makan laksa ________ adiknya
suka makan kueteow goreng.
A lalu C tetapi
B serta D kerana
Pasukan Naza akan menentang pasukan
Perak FC ________ hari tidak hujan.
A jika C kerana
B hingga D sementara
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.
Ikmal tekun belajar ________ memperoleh
keputusan yang cemerlang.
A agar C kecuali
B serta D kerana
Helmi dan Loh berteduh di perhentian bas
________ hujan turun dengan lebat.
A bila C apabila
B maka D manakala
5
6
7
8
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.
Nani ________ Noni tidak mahu terlepas
peluang menyertai pertandingan tarian itu.
A biarpun C sekalipun
B ataupun D mahupun
Erna melompat-lompat ________ bertepuk
tangan apabila melihat kakak pulang.
A lalu C sambil
B malah D dengan
Keluarga Manogaran mungkin berpindah
ke Johor ________ ke Melaka.
A dan C serta
B atau D kerana
Encik Edward Hoo menebas semak samun
________ isterinya menyapu sampah.
A apabila C manakala
B walaupun D sedangkan
E
1 Makanlah sayur-sayuran kerana ia mengandungi banyak protein.
Makanlah sayur-sayuran kerana sayur-sayuran mengandungi banyak protein.
2 Rahmat tidak datang latihan hoki petang semalam kerana ianya sakit perut.
Rahmat tidak datang latihan hoki petang semalam kerana ia / dia sakit perut.
3 “Aku hendak ke Pusat Sumber Sekolah”, kata Atirah kepada Cikgu Roshidah.
“Saya hendak ke Pusat Sumber Sekolah”, kata Atirah kepada Cikgu Roshidah.
4 “Mengapakah dikau berkumpul di sini?” Wawa bertanya kepada budak-budak itu.
“Mengapakah kalian berkumpul di sini?” Wawa bertanya kepada budak-budak itu.
5 “Laksanakan perintah baginda itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah kepada Hang Tuah.
“Laksanakan perintah beta itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah kepada Hang Tuah.
8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
9.3 Aras 3 (i) - Menentukan kesesuaian susunan maklumat dengan mengemukakan alasan. 3
HHP : 8.1 Aras 2 (i)
RANJAU BAHASA Betulkan kesalahan bahasa di bawah ini. HHP : 9.3 Aras 3 (i)
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
PEMBUGARAN PENGGUNAAN KATA
Soalan 1 hingga Soalan 14
Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.
1
2
3
4
5
6
7
Sebagai ________, Baiduri Hashim telah
berjaya menghasilkan sepuluh buah novel
remaja.
A penyair C penyajak
B pendeta D pengarang
Tuan Haji Osman Saim dipilih sebagai
“________ Jaya” pada tahun ini.
A Pengail C Pemburu
B Pelawat D Peladang
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.
Jamal dan Radzi sedang menaikkan
________ di padang bola sepak
berhampiran rumah mereka.
A guli C bola
B wau D gasing
Encik Ahmad Redzuan bekerja sebagai
________ di Pejabat Pos Desa Pangkalan
Baharu.
A polis C posmen
B jurutera D wartawan
“Taklimat Pertanian Akuakultur yang
disampaikan oleh ________ jelas
sungguh,” kata ayah.
A dia C kalian
B kita D beliau
“Kakak memanggil ________?” tanya
Kalla Dewi dan Shanthi kepada kakaknya.
A aku C kami
B kita D saya
Penemuan bekas tapak kaki ________ di
kebun limau itu mengemparkan penduduk
kampung.
A Si Jalak C Pak Belang
B Si Comel D Sang Rangkak
8
9
10
11
12
13
14
Zaidi mendapat pulangan lumayan hasil
usahanya mengerjakan beberapa bidang
________.
A dusun C sawah
B kolam D lombong
Mak Cik Piah mengambil ________ beras
untuk diberi kepada anak-anak ayam
peliharaannya.
A sesuap C selonggok
B sekepal D segenggam
Beberapa ________ senapang lama
kepunyaan tentera Jepun dijumpai di
dalam gua itu.
A kaki C bilah
B laras D batang
Pemuda itu sedang mengikat beberapa
________ pandan untuk dimasukkan ke
dalam raga buluh.
A ruas C pohon
B kuntum D rumpun
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah ini.
“Berapakah harga ________ serai ini?”
tanya Mak Cik Suraya kepada penjual itu.
A seikat C serumpun
B sepapan D semayang
Mohan membelikan ________ cincin
berlian untuk hadiah hari lahir isterinya
yang ke-25 esok.
A seutas C sebilah
B seuntai D sebentuk
Adik mengesat warna air yang tertumpah di
atas meja itu dengan ________ kain.
A secebis C sebidang
B selembar D sepasang
BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : UNIT 1 – KELUARGA KREATIF 4
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
KEMAHIRAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.
CARA-CARA MENGHIAS KAWASAN RUMAH
1 menggantung langsir 2 menyusun sofa 3 menyapu sampah
4 menyiram pokok bunga 5 mengecat pagar
KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT
Siapa ? / Yang Mana? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa
1 Puan Mahani hendak menggantung langsir baharu yang baru siap dijahitnya.
2 Encik Sazali sedang mengemas dan menyusun sofa di ruang tamu rumahnya.
3 Philip Han sedang menyapu sampah sarap di halaman rumahnya pada hari itu.
4 Micheal Han Ai Mei sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman mini tersebut.
5 Puan Han mengecat pintu pagar rumah mereka kerana catnya sudah mulai pudar.
3.1 Aras 2 (ii) - Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
8.2 Aras 1 (i) - Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.
HHP : 3.1 Aras 2 (ii) dan 8.2 Aras 1 (i)
PANDUAN : SUNTIKAN KOSA KATA
5
KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)
• Menjana idea
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
KEMAHIRAN MELAHIRKAN IDEA
Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana
di pasar raya tersebut ketika itu.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.
KERANGKA IDEA
Info mengikut keluarga – ke sebuah pasar raya – sempena “Karnival Jualan Murah”
Idea 1 promosi menarik hati – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun kemas
Idea 2 barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – harus bijak membuat pilihan
Idea 3 keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, menjimatkan
Idea 4 berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra jurujual
Penutup berasa amat gembira – hajat telah tercapai – ayah membelikan permainan komputer
Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawaban yang betul.
4 digantung 6 meriah 0 permainan 1 jualan 8 beratur
2 hati 9 layanan 7 potongan 5 bijak 3 iklan
SUASANA DI PASAR RAYA
Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah.
Pasar raya itu mengadakan .....(1)..... mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga
barangan daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih.
Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik
.....(2)..... para pelanggan. Pelbagai .....(3)..... digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu.
Barangan yang disusun dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari
dan memilih barangan yang dikehendaki.
Sebahagian barangan .....(4)..... dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak
atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para
pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk membuat penilaian.
Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Para pelanggan meninjau harga
barangan tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai .....(7)..... harga
dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga.
Para pelanggan terpaksa .....(8)..... panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar
raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki.
Mereka sentiasa memberi .....(9)..... mesra kepada para pelanggan.
Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat
bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... komputer yang saya
idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga
sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut.
8.1 Aras 1 (i) - Menulis pelbagai jenis ayat.
10.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan penggunaan kata dan struktur ayat.
HHP : 8.1 Aras 1 (i) dan 10.2 Aras 2 (i)
6
KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)
• Menghubung kait
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
KEMAHIRAN MELAHIRKAN IDEA
Kamu dan keluarga kamu pergi bercuti dan berkelah di tepi pantai. Ceritakan suasana semasa
perkelahan kamu dan keluarga kamu itu.
Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya.
PANDUAN KERANGKA IDEA (NARATIF)
Info berkelah di pantai Teluk Batik – sungguh menyeronokkan – dapat melapangkan fikiran
Idea 1 sampai di tempat perkelahan – ombak memukul pantai – tidak sabar hendak mandi
Idea 2 menukar pakaian – berlari membawa pelampung – mandi di tempat selamat, cetek
Idea 3 naik ke tebing pantai – Ibu sudah menyiapkan makanan – makan berselera sekali
Idea 4 pelbagai gelagat pengunjung – berenang, bermain bola – membina istana pasir
Penutup matahari hampir terbenam – berangkat pulang – perkelahan yang menyeronokkan
TELUK BATIK LOKASI PERKELAHAN YANG MENARIK
Saya dan keluarga saya telah pergi berkelah ke pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Berkelah di
kawasan pantai yang popular itu sungguh menyeronokkan. Malahan, semasa kita berkelah kita
juga dapat mengungkai fikiran yang kusut.
Kami sampai di destinasi perkelahan kira-kira pada pukul 9:00 pagi. Alunan ombak yang
memukul pantai seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami. Saya dan abang tidak sabar-
sabar lagi untuk melabuhkan kaki di gigi pantai.
Selepas menukar pakaian, ayah mengajak kami mandi. Apa lagi, kami pun berlari ke
pantai dengan membawa pelampung masing-masing. Ibu berteriak sambil mengingatkan kami
supaya tidak pergi jauh dari tepi pantai.
Setelah puas berenang, kami naik ke tebing pantai. Ibu sudah pun menyiapkan
makanan. Wah, memang amat berselera sekali kami makan pada tengah hari itu! Kemudian,
kami berjalan menyusuri pantai dengan perasaan riang dan gembira.
Ketika kami mengharungi pantai, pelbagai gelagat pengunjung dapat kami lihat. Ada
yang berenang, bermain bola dan menunggang skuter air. Kanak-kanak pula begitu riang
membina istana pasir dan mengutip kulit-kulit karangan laut.
Apabila matahari hampir terbenam, kami sekeluarga pun berangkat pulang. Saya
tertidur sepanjang perjalanan tersebut. Perkelahan yang kami lalui memang menyeronokkan
walaupun kami keletihan.
8.1 Aras 1 (i) - Menulis pelbagai jenis ayat.
10.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan penggunaan kata dan struktur ayat.
HHP : 8.1 Aras 1 (i) dan 10.2 Aras 2 (i) KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)
• Menghubung kait
7
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGULAS
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawaban kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawaban kamu dalam satu perenggan.
Yanie merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan
penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Yanie juga sangat rajin
membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Yanie akan menjaga
adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya amat manja dengan Yanie. Dia juga ringan tulang
membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah.
Di sekolah, Yanie sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang
baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Yanie juga seorang yang berdisiplin.
Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari
sentiasa ceria dan bersih. Yanie juga sangat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka
berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Yanie dan kawan-
kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam
pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah.
APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA
Penanda Wacana
(Murid Mesti Ingat)
Kata Bantu
(Murid Mesti Ingat)
Aspek Nilai
(Ditentukan Daripada Teks)
Huraian {Idea Teks / Petikan}
(Keterangan Tentang Aspek Nilai)
Antaranya ... kita mestilah bertanggungjawab terhadap anggota keluarga
Selain itu ... kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu di rumah
Seterusnya ... kita haruslah penyayang menjaga adik-adiknya
Justeru ... kita dikehendaki berhemah tinggi menjaga kebersihan kelas
Akhir sekali ... kita amat wajar berwawasan berusaha mencapai kejayaan
Lima pengajaran untuk menjana modal insan. Antaranya, kita mestilah bertanggungjawab
terhadap seluruh anggota keluarga. Selain itu, kita sepatutnya ringan tulang membantu
ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang dengan
cara menjaga adik-adik ketika ibu sedang sibuk. Justeru, kita dikehendaki berhemah tinggi
seperti menjaga kebersihan kelas. Akhir sekali, kita amat wajar berwawasan seperti
berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
11.2 Aras 1 (ii) - Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca.
HHP : 8.1 Aras 2 (i) dan 11.2 Aras 1 (ii)
8
PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN
KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)
• Merumus & Menilai
BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14
KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGULAS
Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan
jawaban kamu dalam satu perenggan.
Asyraf dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka.
Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula sedang mencuci longkang dan menyapu sampah.
Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Asyraf mengutip botol kosong dan tin-tin
kosong untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput
yang telah dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi
mengelakkan pembakaran terbuka. Amalan melakukan pembakaran terbuka akan
mencemarkan alam sekitar.
Di samping itu, bapa Asyraf menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong
kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu
dimasukkan ke dalam tabung Asyraf dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam
pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan
rumah mereka. Bau bunga yang wangi akan menyegarkan udara di persekitarannya.
Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria.
Aspek Nilai
(Ditentukan Daripada Teks)
Huraian {Idea Teks / Petikan}
(Keterangan Tentang Aspek Nilai)
Nilai Yang
Dihuraikan
Tolong-menolong membersihkan kawasan rumah /
Menjaga kebersihan mencuci longkang dan menyapu sampah /
Prihatin mengutip tin-tin kosong, elak nyamuk membiak /
Bertanggungjawab mengelakkan pembakaran terbuka
Peka menjual surat khabar lama
Menjaga alam sekitar memelihara kebersihan alam sekitar /
Ringan tulang menanam pelbagai jenis bunga /
Jimat cermat duit jualan barangan kitar semula ditabungkan
Cinta akan keindahan dapat menceriakan kawasan halaman rumah
Berasa seronok rumah mereka bersih dan ceria
Lima pengajaran yang dapat dijadikan panduan. Antaranya, kita mestilah tolong-menolong
untuk membersihkan kawasan rumah. Selain itu, kita sepatutnya menjaga kebersihan
seperti mencuci longkang dan menyapu sampah sarap. Seterusnya, kita haruslah prihatin
supaya mengelakkan pembakaran terbuka. Justeru, kita dikehendaki menjaga alam
sekitar seperti memelihara kebersihannya daripada sebarang bentuk pencemaran. Akhir
sekali, kita wajarlah ringan tulang bagi menceriakan kawasan rumah dengan menanam
pelbagai jenis bunga.
8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung.
11.2 Aras 1 (ii) - Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca. 9
HHP : 8.1 Aras 2 (i) dan 11.2 Aras 1 (ii) KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR)
• Merumus & Menilai

More Related Content

What's hot

Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k15868iss
 
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012Edi Topan
 
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1Zaenuddin Chanafie
 
Program Skor A
Program Skor AProgram Skor A
Program Skor AAmbo Anep
 
22636960 pemahaman-tahun-3
22636960 pemahaman-tahun-322636960 pemahaman-tahun-3
22636960 pemahaman-tahun-3Riza Yunos
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Muhammad Sufian
 
Latihan 1 bm tatabahasa
Latihan 1 bm tatabahasaLatihan 1 bm tatabahasa
Latihan 1 bm tatabahasaRosli Dol Haji
 
Paket+soal+kisi kisi+terbaru
Paket+soal+kisi kisi+terbaruPaket+soal+kisi kisi+terbaru
Paket+soal+kisi kisi+terbaruGus Fendi
 

What's hot (17)

Bm (1) Gerak Gempur Perak
Bm (1)  Gerak Gempur PerakBm (1)  Gerak Gempur Perak
Bm (1) Gerak Gempur Perak
 
Kertas i -pemahaman
Kertas i -pemahamanKertas i -pemahaman
Kertas i -pemahaman
 
Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1Latihan pksr bm k1
Latihan pksr bm k1
 
Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013Bm thun 5 pksr 2 2013
Bm thun 5 pksr 2 2013
 
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012 soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
soal-un-bahasa-indonesia-smp-2012
 
Bahan bm th 4
Bahan bm th 4Bahan bm th 4
Bahan bm th 4
 
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
 
Up2 bm k1
Up2 bm k1Up2 bm k1
Up2 bm k1
 
Program Skor A
Program Skor AProgram Skor A
Program Skor A
 
22636960 pemahaman-tahun-3
22636960 pemahaman-tahun-322636960 pemahaman-tahun-3
22636960 pemahaman-tahun-3
 
Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1Pemahaman sk set 1
Pemahaman sk set 1
 
A soalan bmk1_model6
A soalan bmk1_model6A soalan bmk1_model6
A soalan bmk1_model6
 
Bm SK Kertas 1
Bm  SK Kertas 1Bm  SK Kertas 1
Bm SK Kertas 1
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Latihan 1 bm tatabahasa
Latihan 1 bm tatabahasaLatihan 1 bm tatabahasa
Latihan 1 bm tatabahasa
 
Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2Pemahaman sk set 2
Pemahaman sk set 2
 
Paket+soal+kisi kisi+terbaru
Paket+soal+kisi kisi+terbaruPaket+soal+kisi kisi+terbaru
Paket+soal+kisi kisi+terbaru
 

Viewers also liked

klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1fadhramli
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaMd Ramli Sabran
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2fadhramli
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2fadhramli
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2fadhramli
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1fadhramli
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1afadhramli
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1fadhramli
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1fadhramli
 

Viewers also liked (20)

klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1klinik pintar BM - HOTS 1
klinik pintar BM - HOTS 1
 
Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2Item modul AKAR - 2
Item modul AKAR - 2
 
Gerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar BerbahasaGerbang Pintar Berbahasa
Gerbang Pintar Berbahasa
 
BM "MAMPU"
BM "MAMPU"BM "MAMPU"
BM "MAMPU"
 
klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2klinik pintar BM - HOTS 2
klinik pintar BM - HOTS 2
 
Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1Item modul AKAR - 1
Item modul AKAR - 1
 
Bahagian012 C
Bahagian012 CBahagian012 C
Bahagian012 C
 
TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1TACEM 012 Set-B1
TACEM 012 Set-B1
 
TACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_CTACEM 012 Set_C
TACEM 012 Set_C
 
TACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_ATACEM 012 Set_A
TACEM 012 Set_A
 
TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2TACEM 012 Set-B2
TACEM 012 Set-B2
 
Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3Carta BM012 tahun2&3
Carta BM012 tahun2&3
 
Bahagian012 B
Bahagian012 BBahagian012 B
Bahagian012 B
 
Bahagian012 A
Bahagian012 ABahagian012 A
Bahagian012 A
 
B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2B4ujian percubaan-2
B4ujian percubaan-2
 
B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2B4 skema percubaan-bm012_2
B4 skema percubaan-bm012_2
 
A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1A4 skema percubaan-bm012_1
A4 skema percubaan-bm012_1
 
A1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1aA1 ujian percubaan-bm011_1a
A1 ujian percubaan-bm011_1a
 
A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1A3 skema percubaan-bm011_1
A3 skema percubaan-bm011_1
 
A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1A2 ujian percubaan-bm012_1
A2 ujian percubaan-bm012_1
 

Similar to Seni Tembikar Tradisional Labu Sayung

soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6Shika Nara
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Mia Aleesya
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Ruslaili Ibrahim
 
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANUnit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANNoor Jehan Mustapa
 
Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011lidman
 
BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)
BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)
BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)Erica Leenya
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01LinZie Muslimah Centre
 
28. kata ganda 2 sk bandar
28. kata ganda 2  sk bandar28. kata ganda 2  sk bandar
28. kata ganda 2 sk bandarRajes Kanni Raji
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRar-rifke.com
 
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSULatihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSUKamil Kamilriah
 
Latihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa MelayuLatihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa Melayuchowteetan
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)sktjj1
 

Similar to Seni Tembikar Tradisional Labu Sayung (20)

soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
 
SOAL BAHASA INDONESIA KELAS XII
SOAL BAHASA INDONESIA KELAS XIISOAL BAHASA INDONESIA KELAS XII
SOAL BAHASA INDONESIA KELAS XII
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHANUnit 1 keluarga kreatif LATIHAN
Unit 1 keluarga kreatif LATIHAN
 
Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2Latihan pemahaman sjk set 2
Latihan pemahaman sjk set 2
 
A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08
 
Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011Bm 1 exam 1 2011
Bm 1 exam 1 2011
 
BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)
BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)
BIB3083 Tisih Pelajar Jaku Iban Sekula Primari (Semester 4)
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
 
28. kata ganda 2 sk bandar
28. kata ganda 2  sk bandar28. kata ganda 2  sk bandar
28. kata ganda 2 sk bandar
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
Presentation 5 november 12
Presentation 5 november 12Presentation 5 november 12
Presentation 5 november 12
 
7 b jawa
7  b jawa7  b jawa
7 b jawa
 
Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8
Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8
Bank soal pts, pat bhs jawa kelas 8
 
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSRKertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
Kertas Soalan Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 5 KSSR
 
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSULatihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
Latihan Bahasa Melayu Tahun 3 SKSU
 
Latihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa MelayuLatihan Bahasa Melayu
Latihan Bahasa Melayu
 
Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)Bm pem a (pengesanan t6)
Bm pem a (pengesanan t6)
 

More from Md Ramli Sabran

More from Md Ramli Sabran (9)

Syarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduanSyarahan piala perpaduan
Syarahan piala perpaduan
 
konsep bicara_berirama
konsep bicara_beriramakonsep bicara_berirama
konsep bicara_berirama
 
Kertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato dirajaKertas konsep pidato diraja
Kertas konsep pidato diraja
 
Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013Kertas konsep pantun2013
Kertas konsep pantun2013
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012Modul LADAP bm2-2012
Modul LADAP bm2-2012
 
Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01Klinik UPSR 011skor-a-01
Klinik UPSR 011skor-a-01
 
Kesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosialKesalahan morfologisosial
Kesalahan morfologisosial
 
Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013Kertas konseppantun2013
Kertas konseppantun2013
 

Seni Tembikar Tradisional Labu Sayung

  • 1. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KELUARGA KREATIF TEMA 1 KEKELUARGAAN KEMAHIRAN MEMBACA DAN MEMAHAMI A Baca dengan teliti dan fahami petikan di bawah ini. Labu Sayung Mak Yang Ani Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di negeri Perak telah mula dikenali sejak zaman-berzaman. Perusahaan seni tembikar tradisional ini masih hidup di beberapa tempat di daerah Kuala Kangsar dan di daerah Perak Tengah. Melalui kudrat tangan dan ketajaman ilham manusia, maka terbentuklah tembikar yang memaparkan keindahan warisan tradisi yang sebahagian besarnya disempurnakan oleh kaum wanita. Seni tembikar ialah hasil seni kraf tangan yang diperbuat daripada tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diasapkan serta dibakar untuk menghasilkan satu rupa bentuk yang sungguh berseni dan unik. Mak Yang Ani telah mengusahakan perusahaan seni tembikar tradisional ini sejak turun-temurun. Tembikar yang dihasilkan oleh keluarga Mak Yang Ani lebih dikenali sebagai Labu Sayung. Labu Sayung yang dipamerkan di gerai kraf tangan Mak Yang Ani pula terdiri daripada pelbagai saiz, corak dan warna yang cantik dan menarik. Perusahaan keluarga ini terletak di Kampung Sayung, di daerah Kuala Kangsar, Perak. Malah sebut sahaja Labu Sayung, maka tergambarlah akan keindahan bentuk seni labu yang berwarna kehitaman serta berkilauan. Mengikut sejarahnya, wujudnya labu hitam ini adalah daripada buah labu tua yang telah dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air minuman oleh masyarakat Melayu ketika itu. Suatu masa dahulu, labu hitam merupakan alat penting sebagai bekas menyimpan air minuman dalam majlis kenduri. Keistimewaan air yang disimpan di dalam labu hitam ini, airnya sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan demam panas. Labu Sayung juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan. Pembuatan Labu Sayung menekankan sifat semula jadi dengan menggunakan tanah liat yang terbaik. Mak Yang Ani juga menampilkan hiasan permukaan Labu Sayung dengan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga cengkih dan juga corak geometri yang harmoni. Labu Sayung Mak Yang Ani tetap dikagumi dan diminati bukan sahaja kerana penggunaannya semata-mata tetapi kerana keindahan seninya yang unik dan menarik berasaskan nilai estetika barangan tembikar tersebut. 1 kudrat - kuasa, tenaga, kekuatan 2 ilham - petunjuk daripada Tuhan 3 tembikar - barangan daripada tanah liat 4 motif - dasar atau corak pada lukisan 5 harmoni - sesuai, sepadan, selaras 6 estetika - berkaitan keindahan, cita rasa 1.1 Aras 1 (i) - Berinteraksi dengan pihak lain berkaitan sesuatu topik. 5.1 Aras 1 (i) - Membaca perkataan, rangkai kata, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. LESTARI KOSA KATA BIDANG ILMU • Kemahiran Hidup NILAI MURNI • Kerajinan KEWARGANEGARAAN • Berusaha dan Produktif Kemahiran Merujuki Kamus 1 HHP : 1.1 Aras 1 (i) dan 5.1 Aras 1 (i)
  • 2. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 B Jawab soalan-soalan yang berikut. 1 2 3 Apakah proses terakhir bagi menghasilkan barangan kraf tangan daripada tembikar? A Diuli C Diterap B Diasap D Dibakar Gerai Kraf Tangan Tembikar Tradisional Mak Yang Ani terletak di A Negeri Perak B Perak Tengah C Kuala Kangsar D Kampung Sayung Air minuman yang disimpan di dalam labu hitam boleh mengubati penyakit A batuk C jantung B sawan D selesema 4 5 Apakah bahan utama yang digunakan untuk membuat Labu Sayung? A Tanah liat B Tanah hitam C Tanah merah D Tanah gambut Rekaan corak yang biasa terdapat pada permukaan pada Labu Sayung, kecuali A bunga padi B pucuk rebung C pokok cengkih D corak geometri PENGUASAAN PEMBENTUKAN KATA - KATA SEERTI C Pilih kata seerti bagi kata yang bergaris dalam ayat di bawah. 1 2 3 4 Walaupun baru berumur tiga tahun, adik Norhana petah bercakap. Perkataan seerti bagi petah ialah A laju C fasih B bijak D lancar Rumah nenek masih kukuh walaupun telah lama dibina. Perkataan seerti bagi kukuh ialah A kuat C segak B ceria D usang Wak Lamin melontar seketul batu ke arah lembu yang memasuki kebun sayurnya. Perkataan seerti bagi melontar ialah A merejam C menyambut B membaling D melambung Mayat seorang wanita ditemukan dalam keadaan rentung di sebuah belukar. Perkataan seerti bagi rentung ialah A kejur C kejang B lebam D hangus 5 6 Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini. Kereta mainan kawalan jauh itu sangat laris di pasaran. Perkataan seerti bagi laris ialah A laku B cepat C murah D untung Sup daging lembu itu dimamah oleh Nordin berkali-kali sebelum ditelannya. Perkataan seerti bagi dimamah ialah A digigit B digerit C ditelan D dikunyah 5.2 Aras 1 (ii) - Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca. 6.1 Aras 1 (i) – Merujuki kamus untuk mencari makna, sebutan yang betul, ejaan dan penggunaan kata yang tepat. HHP : 5.2 Aras 1 (ii) HHP : 6.1 Aras 1 (i) 2
  • 3. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 PENGUASAAN PEMBENTUKAN KATA - kata hubung D Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai. 1 2 3 4 Liza suka makan laksa ________ adiknya suka makan kueteow goreng. A lalu C tetapi B serta D kerana Pasukan Naza akan menentang pasukan Perak FC ________ hari tidak hujan. A jika C kerana B hingga D sementara Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini. Ikmal tekun belajar ________ memperoleh keputusan yang cemerlang. A agar C kecuali B serta D kerana Helmi dan Loh berteduh di perhentian bas ________ hujan turun dengan lebat. A bila C apabila B maka D manakala 5 6 7 8 Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini. Nani ________ Noni tidak mahu terlepas peluang menyertai pertandingan tarian itu. A biarpun C sekalipun B ataupun D mahupun Erna melompat-lompat ________ bertepuk tangan apabila melihat kakak pulang. A lalu C sambil B malah D dengan Keluarga Manogaran mungkin berpindah ke Johor ________ ke Melaka. A dan C serta B atau D kerana Encik Edward Hoo menebas semak samun ________ isterinya menyapu sampah. A apabila C manakala B walaupun D sedangkan E 1 Makanlah sayur-sayuran kerana ia mengandungi banyak protein. Makanlah sayur-sayuran kerana sayur-sayuran mengandungi banyak protein. 2 Rahmat tidak datang latihan hoki petang semalam kerana ianya sakit perut. Rahmat tidak datang latihan hoki petang semalam kerana ia / dia sakit perut. 3 “Aku hendak ke Pusat Sumber Sekolah”, kata Atirah kepada Cikgu Roshidah. “Saya hendak ke Pusat Sumber Sekolah”, kata Atirah kepada Cikgu Roshidah. 4 “Mengapakah dikau berkumpul di sini?” Wawa bertanya kepada budak-budak itu. “Mengapakah kalian berkumpul di sini?” Wawa bertanya kepada budak-budak itu. 5 “Laksanakan perintah baginda itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah kepada Hang Tuah. “Laksanakan perintah beta itu dengan segera,” Raja Melaka bertitah kepada Hang Tuah. 8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 9.3 Aras 3 (i) - Menentukan kesesuaian susunan maklumat dengan mengemukakan alasan. 3 HHP : 8.1 Aras 2 (i) RANJAU BAHASA Betulkan kesalahan bahasa di bawah ini. HHP : 9.3 Aras 3 (i)
  • 4. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 PEMBUGARAN PENGGUNAAN KATA Soalan 1 hingga Soalan 14 Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai. 1 2 3 4 5 6 7 Sebagai ________, Baiduri Hashim telah berjaya menghasilkan sepuluh buah novel remaja. A penyair C penyajak B pendeta D pengarang Tuan Haji Osman Saim dipilih sebagai “________ Jaya” pada tahun ini. A Pengail C Pemburu B Pelawat D Peladang Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini. Jamal dan Radzi sedang menaikkan ________ di padang bola sepak berhampiran rumah mereka. A guli C bola B wau D gasing Encik Ahmad Redzuan bekerja sebagai ________ di Pejabat Pos Desa Pangkalan Baharu. A polis C posmen B jurutera D wartawan “Taklimat Pertanian Akuakultur yang disampaikan oleh ________ jelas sungguh,” kata ayah. A dia C kalian B kita D beliau “Kakak memanggil ________?” tanya Kalla Dewi dan Shanthi kepada kakaknya. A aku C kami B kita D saya Penemuan bekas tapak kaki ________ di kebun limau itu mengemparkan penduduk kampung. A Si Jalak C Pak Belang B Si Comel D Sang Rangkak 8 9 10 11 12 13 14 Zaidi mendapat pulangan lumayan hasil usahanya mengerjakan beberapa bidang ________. A dusun C sawah B kolam D lombong Mak Cik Piah mengambil ________ beras untuk diberi kepada anak-anak ayam peliharaannya. A sesuap C selonggok B sekepal D segenggam Beberapa ________ senapang lama kepunyaan tentera Jepun dijumpai di dalam gua itu. A kaki C bilah B laras D batang Pemuda itu sedang mengikat beberapa ________ pandan untuk dimasukkan ke dalam raga buluh. A ruas C pohon B kuntum D rumpun Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah ini. “Berapakah harga ________ serai ini?” tanya Mak Cik Suraya kepada penjual itu. A seikat C serumpun B sepapan D semayang Mohan membelikan ________ cincin berlian untuk hadiah hari lahir isterinya yang ke-25 esok. A seutas C sebilah B seuntai D sebentuk Adik mengesat warna air yang tertumpah di atas meja itu dengan ________ kain. A secebis C sebidang B selembar D sepasang BAHASA MELAYU TAHUN ENAM : UNIT 1 – KELUARGA KREATIF 4
  • 5. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KEMAHIRAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah. CARA-CARA MENGHIAS KAWASAN RUMAH 1 menggantung langsir 2 menyusun sofa 3 menyapu sampah 4 menyiram pokok bunga 5 mengecat pagar KAEDAH TRILAJUR MAKLUMAT Siapa ? / Yang Mana? Buat Apa ? Alasan / Tempat / Masa 1 Puan Mahani hendak menggantung langsir baharu yang baru siap dijahitnya. 2 Encik Sazali sedang mengemas dan menyusun sofa di ruang tamu rumahnya. 3 Philip Han sedang menyapu sampah sarap di halaman rumahnya pada hari itu. 4 Micheal Han Ai Mei sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman mini tersebut. 5 Puan Han mengecat pintu pagar rumah mereka kerana catnya sudah mulai pudar. 3.1 Aras 2 (ii) - Menyusun dan menyampaikan maklumat dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai. 8.2 Aras 1 (i) - Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. HHP : 3.1 Aras 2 (ii) dan 8.2 Aras 1 (i) PANDUAN : SUNTIKAN KOSA KATA 5 KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR) • Menjana idea
  • 6. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KEMAHIRAN MELAHIRKAN IDEA Kamu dan keluarga kamu pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Ceritakan suasana di pasar raya tersebut ketika itu. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya. KERANGKA IDEA Info mengikut keluarga – ke sebuah pasar raya – sempena “Karnival Jualan Murah” Idea 1 promosi menarik hati – iklan digantung dan ditampal – barangan disusun kemas Idea 2 barangan dipamerkan – keselesaan para pelanggan – harus bijak membuat pilihan Idea 3 keadaan agak bising – meninjau harga barangan – potongan harga, menjimatkan Idea 4 berbaris, membuat bayaran – sibuk memilih barangan – layanan mesra jurujual Penutup berasa amat gembira – hajat telah tercapai – ayah membelikan permainan komputer Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah dengan pilihan jawaban yang betul. 4 digantung 6 meriah 0 permainan 1 jualan 8 beratur 2 hati 9 layanan 7 potongan 5 bijak 3 iklan SUASANA DI PASAR RAYA Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga saya ke sebuah pasar raya untuk membeli-belah. Pasar raya itu mengadakan .....(1)..... mega sempena “Karnival Jualan Murah”. Potongan harga barangan daripada 10% hingga 70% diberi bagi barangan terpilih. Barangan yang dipromosikan disusun dengan kemas, rapi, dan kreatif bagi menarik .....(2)..... para pelanggan. Pelbagai .....(3)..... digantung dan ditampalkan pada rak-rak tertentu. Barangan yang disusun dengan sempurna dapat memudahkan para pembeli untuk mencari dan memilih barangan yang dikehendaki. Sebahagian barangan .....(4)..... dan sebahagiannya pula dipamerkan di dalam kotak atau rak khas. Pelbagai cara dilakukan untuk keselesaan para pelanggan. Namun begitu, para pembeli juga haruslah .....(5)..... untuk membuat penilaian. Keadaan di pasar raya itu juga amat .....(6)..... sekali. Para pelanggan meninjau harga barangan tersebut sebelum membelinya. Membeli barangan yang mempunyai .....(7)..... harga dapat menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah keluarga. Para pelanggan terpaksa .....(8)..... panjang untuk membuat bayaran. Jurujual di pasar raya itu pula sibuk melayan para pelanggan untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka sentiasa memberi .....(9)..... mesra kepada para pelanggan. Selepas memilih beberapa jenis barang yang dihajatkan, emak beratur untuk membuat bayaran. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat membeli .....(10)..... komputer yang saya idam-idamkan. Ayah bersetuju membelikan permainan tersebut kerana diberi potongan harga sebanyak 30% oleh pihak pasar raya tersebut. 8.1 Aras 1 (i) - Menulis pelbagai jenis ayat. 10.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan penggunaan kata dan struktur ayat. HHP : 8.1 Aras 1 (i) dan 10.2 Aras 2 (i) 6 KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR) • Menghubung kait
  • 7. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KEMAHIRAN MELAHIRKAN IDEA Kamu dan keluarga kamu pergi bercuti dan berkelah di tepi pantai. Ceritakan suasana semasa perkelahan kamu dan keluarga kamu itu. Tuliskan karangan kamu itu selengkapnya. PANDUAN KERANGKA IDEA (NARATIF) Info berkelah di pantai Teluk Batik – sungguh menyeronokkan – dapat melapangkan fikiran Idea 1 sampai di tempat perkelahan – ombak memukul pantai – tidak sabar hendak mandi Idea 2 menukar pakaian – berlari membawa pelampung – mandi di tempat selamat, cetek Idea 3 naik ke tebing pantai – Ibu sudah menyiapkan makanan – makan berselera sekali Idea 4 pelbagai gelagat pengunjung – berenang, bermain bola – membina istana pasir Penutup matahari hampir terbenam – berangkat pulang – perkelahan yang menyeronokkan TELUK BATIK LOKASI PERKELAHAN YANG MENARIK Saya dan keluarga saya telah pergi berkelah ke pantai Teluk Batik, Lumut, Perak. Berkelah di kawasan pantai yang popular itu sungguh menyeronokkan. Malahan, semasa kita berkelah kita juga dapat mengungkai fikiran yang kusut. Kami sampai di destinasi perkelahan kira-kira pada pukul 9:00 pagi. Alunan ombak yang memukul pantai seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami. Saya dan abang tidak sabar- sabar lagi untuk melabuhkan kaki di gigi pantai. Selepas menukar pakaian, ayah mengajak kami mandi. Apa lagi, kami pun berlari ke pantai dengan membawa pelampung masing-masing. Ibu berteriak sambil mengingatkan kami supaya tidak pergi jauh dari tepi pantai. Setelah puas berenang, kami naik ke tebing pantai. Ibu sudah pun menyiapkan makanan. Wah, memang amat berselera sekali kami makan pada tengah hari itu! Kemudian, kami berjalan menyusuri pantai dengan perasaan riang dan gembira. Ketika kami mengharungi pantai, pelbagai gelagat pengunjung dapat kami lihat. Ada yang berenang, bermain bola dan menunggang skuter air. Kanak-kanak pula begitu riang membina istana pasir dan mengutip kulit-kulit karangan laut. Apabila matahari hampir terbenam, kami sekeluarga pun berangkat pulang. Saya tertidur sepanjang perjalanan tersebut. Perkelahan yang kami lalui memang menyeronokkan walaupun kami keletihan. 8.1 Aras 1 (i) - Menulis pelbagai jenis ayat. 10.2 Aras 2 (i) - Mengenal pasti dan membetulkan kesilapan penggunaan kata dan struktur ayat. HHP : 8.1 Aras 1 (i) dan 10.2 Aras 2 (i) KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR) • Menghubung kait 7
  • 8. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGULAS Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawaban kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawaban kamu dalam satu perenggan. Yanie merupakan anak sulung dalam keluarganya. Dia seorang kakak yang baik hati dan penyayang. Dia sering membimbing dan mengasuh adik-adiknya. Yanie juga sangat rajin membantu ibu dan ayahnya di rumah. Apabila ibunya memasak, Yanie akan menjaga adiknya yang masih kecil. Adik-adiknya amat manja dengan Yanie. Dia juga ringan tulang membantu adik-adiknya menyiapkan kerja sekolah. Di sekolah, Yanie sangat disenangi oleh rakan-rakannya kerana sikapnya yang baik hati dan peramah. Bukan sahaja pintar tetapi Yanie juga seorang yang berdisiplin. Setiap hari dia membersihkan kelasnya bersama-sama rakannya. Kelas Enam Bestari sentiasa ceria dan bersih. Yanie juga sangat gemar belajar secara berkumpulan. Mereka berbincang dan menyelesaikan masalah pembelajaran bersama-sama. Yanie dan kawan- kawannya mempunyai azam yang tinggi untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Merekalah yang bakal mengharumkan nama sekolah. APLIKASI EMPAT LAJUR IDEA Penanda Wacana (Murid Mesti Ingat) Kata Bantu (Murid Mesti Ingat) Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Antaranya ... kita mestilah bertanggungjawab terhadap anggota keluarga Selain itu ... kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu di rumah Seterusnya ... kita haruslah penyayang menjaga adik-adiknya Justeru ... kita dikehendaki berhemah tinggi menjaga kebersihan kelas Akhir sekali ... kita amat wajar berwawasan berusaha mencapai kejayaan Lima pengajaran untuk menjana modal insan. Antaranya, kita mestilah bertanggungjawab terhadap seluruh anggota keluarga. Selain itu, kita sepatutnya ringan tulang membantu ibu bapa kita mengemas rumah. Seterusnya, kita haruslah bersikap penyayang dengan cara menjaga adik-adik ketika ibu sedang sibuk. Justeru, kita dikehendaki berhemah tinggi seperti menjaga kebersihan kelas. Akhir sekali, kita amat wajar berwawasan seperti berusaha untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. 8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 11.2 Aras 1 (ii) - Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca. HHP : 8.1 Aras 2 (i) dan 11.2 Aras 1 (ii) 8 PANDUAN MENENTUKAN ASPEK NILAI DAN HURAIAN KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR) • Merumus & Menilai
  • 9. BAHASA MELAYU KBSR - TAHUN ENAM RUJUKAN BUKU TEKS HALAMAN 1 - 14 KEMAHIRAN MEMAHAMI DAN MENGULAS Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawaban kamu dalam satu perenggan. Asyraf dan keluarganya selalu bekerjasama membersihkan kawasan rumah mereka. Ayahnya memesin rumput. Ibunya pula sedang mencuci longkang dan menyapu sampah. Kakaknya biasanya mengelap tingkap sementara Asyraf mengutip botol kosong dan tin-tin kosong untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Bapanya pula mengumpulkan rumput yang telah dimesin dan sampah sarap untuk ditanam. Mereka berbuat demikian bagi mengelakkan pembakaran terbuka. Amalan melakukan pembakaran terbuka akan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, bapa Asyraf menjual surat khabar lama, botol dan tin kosong kepada pihak kilang kitar semula. Selain dapat memelihara alam sekitar, hasil jualan itu dimasukkan ke dalam tabung Asyraf dan kakaknya. Selain itu, ibunya juga menanam pelbagai jenis bunga di halaman rumah mereka. Halaman yang cantik dapat menceriakan rumah mereka. Bau bunga yang wangi akan menyegarkan udara di persekitarannya. Mereka sekeluarga amat gembira kerana rumah mereka bersih dan ceria. Aspek Nilai (Ditentukan Daripada Teks) Huraian {Idea Teks / Petikan} (Keterangan Tentang Aspek Nilai) Nilai Yang Dihuraikan Tolong-menolong membersihkan kawasan rumah / Menjaga kebersihan mencuci longkang dan menyapu sampah / Prihatin mengutip tin-tin kosong, elak nyamuk membiak / Bertanggungjawab mengelakkan pembakaran terbuka Peka menjual surat khabar lama Menjaga alam sekitar memelihara kebersihan alam sekitar / Ringan tulang menanam pelbagai jenis bunga / Jimat cermat duit jualan barangan kitar semula ditabungkan Cinta akan keindahan dapat menceriakan kawasan halaman rumah Berasa seronok rumah mereka bersih dan ceria Lima pengajaran yang dapat dijadikan panduan. Antaranya, kita mestilah tolong-menolong untuk membersihkan kawasan rumah. Selain itu, kita sepatutnya menjaga kebersihan seperti mencuci longkang dan menyapu sampah sarap. Seterusnya, kita haruslah prihatin supaya mengelakkan pembakaran terbuka. Justeru, kita dikehendaki menjaga alam sekitar seperti memelihara kebersihannya daripada sebarang bentuk pencemaran. Akhir sekali, kita wajarlah ringan tulang bagi menceriakan kawasan rumah dengan menanam pelbagai jenis bunga. 8.1 Aras 2 (i) - Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. 11.2 Aras 1 (ii) - Menyatakan pendapat mengenai penggunaan ayat yang menarik serta nilai dan pengajaran yang terdapat dalam karya yang dibaca. 9 HHP : 8.1 Aras 2 (i) dan 11.2 Aras 1 (ii) KBT (KEMAHIRAN BERFIKIR) • Merumus & Menilai