Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
1. Laporan ini membahas tentang aktivitas drama bahasa Inggris yang diadakan untuk meningkatkan minat siswa terhadap bahasa Inggris dan pencapaian akademik mereka. 2. Acara tersebut diikuti oleh seluruh siswa tingkat 4 dan berlangsung di aula sekolah pada tanggal 17 Mei 2016. 3. Kompetisi drama didasarkan pada cerita pendek bahasa Inggris
1. 1
LAPORAN AKTIVITI
DRAMA BAHASA INGGERIS
MINGGU AKADEMIK
TINGKATAN 4
2016
1.0 RASIONAL
Kecemerlangan dan prestasi Bahasa Inggeris di setiap sekolah berpotensi untuk dipertingkatkan dengan
menanamkan minat pelajar terhadap subjek, memahami kepentingannya dalam kegunaan seharian serta
menjalankan aktiviti yang dapat merangsang minda dan fizikal mereka menggunakan bahasa
tersebut.Sebagai satu cara supaya murid-murid lebih meminati Bahasa Inggeris, program
seperti drama bahasa Inggeris perlu diadakan untuk mencungkil bakat dan mendidik pelajar-
pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin dalam kehidupan seharian.
Melalui aktiviti yang dianjurkan ini diharap dapat meningkatkan tahap penguasaan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua dan seterusnya mencapai matlamat MBMMBI.
2.0 MATLAMAT
2.1Input yang dirangka khusus dalam program ini dengan matlamat untuk menyuntik minat pelajar
terhadap subjek Bahasa Inggeris agar dapat memperkukuhkan bahasa tersebut. Kerberkesanannya dapat
dilihat melalui pencapaian prestasi akademik dan juga jati diri. Selain daripada itu pelajar juga dapat
berkongsi pengetahuan dan idea sesama mereka semasa aktiviti dijalankan kerana mereka akan
2. 2
bekerjasama dalam kumpulan masing-masing dan bertanding secara sihat dengan kelas-kelas tingkatan
empat yanglain.
2.2Menanam minat para pelajar untuk mendalami Bahasa Inggeris.
2.3Menambah pengetahuan para pelajar dalam bidang bahasa dan drama.
2.4Menggalakkan pembelajaran Bahasa Inggeris secara tidak langsung.
3.0 OBJEKTIF
3.1Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang pentingnya Bahasa Inggeris untuk
kegunaan seharian.
3.2Pelajar-pelajar melatih diri memahami kaedah yang mudah dan jelas untuk memperkukuhkan Bahasa
Inggeris
3.3Pelajar-pelajarmenjalankanaktiviti yangdirancangsecara santai danmenyeronokkan
3.4 Pelajardapat berinteraksi sesamasendiri menggunakanbahasa Inggeris semasaaktiviti dijalankan
3.5 Memberi keyakinan kepada pelajar untuk bertutur dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris tanpa rasa
takut dan bimbangdanini akanmeningkatkankemahiranberkomunikasi dalam bahasa Inggeris.
3. 3
3.6 Memberi peluang kepada menunjukkan bakat dalam lakonan drama serta dapat memupuk
keyakinan dan ketrampilan diri pelajar.
4.0TEMPAT DAN HARI
HARI- RABU
TARIKH- 17.5.2016
TEMPAT- DEWAN SRI KANDI
GURU-GURU YANG TERLIBAT
SEMUA GURU BAHASA INGGERIS TINGKATAN 4
GURU KELAS
PN NUR HAFEZA 4SC 3, 4TK 1
PN SUGGUNA
MUNISAMY
4 TK3, 4SC1
PN CECILIA
GERTRUDE
SALAIS
4SC2, 4TS, 4 TK2
5.0 AKTIVITI
Pertandingan drama ini dipertandingkan berdasarkan teks komsas Bahasa Inggeris tingkatan
Iaitu daripada short story ”Tanjong Rhu”.
4. 4
6.0 PERBELANJAAN
SUMBER KEEWANGAN
Sumber keewangan diperolehi dari panitia Bahasa Inggeris sekolah.
7.0 KEBERKESANAN
100% murid tingkatan 4 terlibat
8.0 KEKUATAN
8.1 Murid menunjukkan minat yang mendalam terhadap aktiviti yang dianjurkan
terutamanya dalam kerjasama yang diberikan sepanjang aktiviti dijalankan
adalah baik sekali.
8.2 Murid berjaya membuat inovasi dalam persembahan drama mereka.
8.3 Murid memberi kerjasama yang baik dalam kumpulan.
9.0 CABARAN/MASALAH
9.1 Masa yang diberikan adalah singkat dan ada pelajar yang terlupa dialog
semasa persembahan drama diadakan tetapi ini tidak mematahkan semangat
mereka untuk memberi persembhan yang terbaik semasa aktiviti dijalankan.
10.0 PENUTUP
10.1 Secara keseluruhannya program yang telah dirancang ini mendapat sambutan
yang amat menggalakkan daripada semua pelajar tingkatan 4 . Para
pelajar telah memberi kerjasama serta penglibatan yang menyeluruh semasa
aktiviti dijalankan. Di harapkan pelajar dapat menjadikan minggu akademik
sebagai batu loncatan untuk lebih meminati subjek Bahasa Inggeris dan
seterusnya mencapai gred A dalam peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
2016. Akhir sekali diharapkan juga program ini akan menjana kecemerlangan
bahasa Inggeris di kalangan para pelajar dan seterusnya membantu para pelajar
mencintai bahasa Inggeris dan juga dapat berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris dengan lebih berkayakinan.
5. 5
Disediakan oleh: Disemak oleh:
…………………………. ………………………….
Pn Nur Hafeza binti Mohd Idris Pn Cecilia Gertrude Salais
Ketua Panitia B.Inggeris
SKK SMK Convent, Taiping