Dokumen tersebut merangkum peraturan dan prosedur pertandingan pertolongan cemas peringkat sekolah kebangsaan. Ia menjelaskan peraturan penyertaan, senario latihan, kriteria penilaian dan skema pemarkahan untuk pertandingan tersebut.
1. PERTANDINGAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TAHUN 2014
1. PENYERTAAN
1.1. Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua pasukan Unit Beruniform SK
Bandar yang menyertai Perkhemahan Tahunan.
1.2. Setiap pasukan akan diwakili 2 kategori kumpulan iaitu kumpulan lelaki dan
perempuan dengan jumlah peserta seramai 5 peserta bagi setiap kumpulan.
2. PERATURAN PERTANDINGAN
2.1. Masa pertandingan sepenuhnya bagi setiap pasukan adalah 30 minit.
2.1.1. Tiada pemberian markah pada sebarang persembahan selepas
jangkamasa pertandingan tamat.
2.1.2. Senario akan diberikan kepada ketua pasukan selepas melapor
kepada Ketua Pengadil.
2.1.3. Selepas senario diberikan, pasukan yang bertanding dikehendaki
berada di garisan permulaan dan membaca senario (masa 2 minit
diberikan).
2.1.4. Masa pertandingan dikira apabila tiupan wisel dibunyikan (masa mula
diambil). Pasukan mengambil peralatan dan seterusnya bergerak ke
arah mangsa dan membuat penilaian keselamatan dan seterusnya
memberi rawatan. (Rujuk Gambarajah)
2.1.5. Selepas selesai rawatan, mangsa akan dipindahkan ke pengusung dan
dibawa ke garisan penamat. (Masa Tamat)
2.1.6. Isyarat Tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa
dengan satu kali tiupan wisel amaran dalam minit ke 28 dan dua kali
tiupan wisel diminit ke 30.
2. 2.1.7. Pasukan hendaklah berada atau berdiri secara static di zon yang
ditandakan apabila selesai gerak kerja atau masa telah tamat seperti
Lampiran 1.
2.1.8. Penilaian dan Pemarkahan bagi setiap ikatan balutan dan peralatan
yang digunakan akan dilakukan di garisan penamat.
3. PEMARKAHAN
3.1 Markah akan diberikan mengikut:
3.1.1. Kecekapan dan penelitian dalam penetapan sifat penyakit.
3.1.2. Melakukan dengan betul dan berhasil rawatan yang berpadanan.
3.1.3. Kecekapan dan ketangkasan angkat usungan atau lain-lain cara
mengangkat.
3.1.4. Penalti bagi setiap kesalahan :
3.1.4.1. Terlebih masa yang ditetapkan ( tolak 1 markah)
3.1.4.2. Penggunaan peralatan yang tidak betul (tolak 1 markah)
3.1.4.3. Ikatan pada anduh yang tidak betul (tolak 1 markah setiap
kesalahan)
3.1.4.4. Kaedah pemindahan mangsa yang salah (tolak 2 markah)
3.1.4.5. Tidak membawa mangsa dengan cara yang betul menggunakan
pengusung (4 orang pengusung) (tolak 3 markah)
3.1.4.6. Mangsa terjatuh dari pengusung (DIBATALKAN)
*Markah akan dipotong sekiranya rawatan tidak mengikut
peraturan semasa memberi pertolongan cemas kepada
mangsa/pesakit.
3. SOALAN
SENARIO
Semasa aktiviti “Jungle Trekking” dijalankan, seorang peserta mengalami
kecederaan yang parah dan mengalami kepatahan yang serius. Mangsa
masih berada di dalam keadaan sedar. Sila berikan rawatan.
Kecederaan yang dialami adalah seperti berikut:
1. Patah tangan kanan
2. Luka pada tapak kaki kiri
3. Kecederaan pada kepala
Pindahkan mangsa ke atas usungan dengan cara pemindahan yang betul.
SELAMAT BERJAYA!!!!
4. SKEMA PEMARKAHAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS
PERKHEMAHAN TAHUNAN SK BANDAR, KOTA TINGGI 2014
KATEGORI : LELAKI / PEREMPUAN
NAMA KUMPULAN :…………………………………………………………………..
BIL KRITERIA MARKAH
WAJARAN
MARKAH
DIPEROLEHI
PERGERAKAN KE ARAH MANGSA (12 MARKAH)
1 Memastikan tempat selamat 3
2 Ketua memberi arahan kepada ahlinya 3
3 Meminta bantuan 3
4 Mengawal orang ramai 3
PRA-RAWATAN (6 MARKAH)
1 Penilaian keadaan pesakit 3
2 Mendapatkan maklumat 3
RAWATAN BAHAGIAN ATAS (70 MARKAH)
1 Perawatan 1 (patah tangan kanan) 10
2 Perawatan 2 (luka pada tapak kaki kiri) 10
3 Perawatan 3 (kecederaan kepala) 10
4 kekemasan balutan 20
5 Kerjasama dalam kumpulan 10
6 Komunikasi dengan mangsa 10
PENGANGKUTAN (12 MARKAH)
1 Memindahkan mangsa ke pengusungan 4
2 Menyelimutkan mangsa 4
3 Mengusung mangsa 4
MARKAH DIPEROLEHI
Pengadil Penilaian
___________________________________
( )
5. JUSTIFIKASI
BIL KRITERIA MARKAH
WAJARAN
MARKAH
DIPEROLEHI
PERGERAKAN KE ARAH MANGSA (12 MARKAH)
1 Memastikan tempat selamat
- Ketua kumpulan perlu memastikan tiada sebarang
halangan pada mangsa
- Tiada sebarang objek tajam pada persekitaran
- Tiada sebarang halangan pada kawasan perawatan
3
2 Ketua memberi arahan kepada ahlinya
- Arahkan ahli memulakan rawatan
- Ketua membahagikan tugas kepada ahli
- Ketua mengarahkan ahli mengambil peralatan yang
betul
3
3 Meminta bantuan
- Bantuan orang ramai bagi menghubungi ambulan
3
4 Mengawal orang ramai
- Membuat perimeter kawasan selamat
3
PRA-RAWATAN (6 MARKAH)
1 Penilaian keadaan pesakit
- Guna kaedah pertanyaan (Verbal)
3
2 Mendapatkan maklumat
- Sejarah perubatan mangsa
- Butiran diri mangsa
3
RAWATAN BAHAGIAN ATAS (70 MARKAH)
1 Perawatan 1 (patah tangan kanan) 10
2 Perawatan 2 (luka pada tapak kaki kiri) 10
3 Perawatan 3 (kecederaan kepala) 10
4 kekemasan balutan
- Ikatan yang betul
- Penggunaan peralatan yang betul
- Kedudukan ikatan yang betul
20
5 Kerjasama dalam kumpulan
- Bekerjasama
- Patuh arahan ketua
10
6 Komunikasi dengan mangsa
- Selalu berkomunikasi dengan mangsa agar
mangsa tidak pengsan
10
PENGANGKUTAN (12 MARKAH)
1 Memindahkan mangsa ke pengusungan
- Kaedah pemindahan mangsa yang betul
agar mangsa tidak cedera lebih teruk
4
2 Menyelimutkan mangsa
- Menyelimutkan mangsa di atas usungan
agar tidak sejuk dan rasa selamat
4
3 Mengusung mangsa
- Mengusung mangsa dengan betul
berdasarkan kedudukan kepala
mangsa
4
MARKAH DIPEROLEHI