SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV
MBE 12503
TAJUK TUGASAN INDIVIDU:
PHOTO TALK
DISEDIAKAN UNTUK:
EN. GHAZALLY BIN SPAHAT
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA

:

NORMANHISHAM BIN SUDIN

NO KP

:

781022-03-5445

NO MATRIK

:

GB 130149

KURSUS

:

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL
(REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI)

TAHUN

:

SEMESTER 1 / 2013

1
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN .............................................................................................................................2
1.0 PENDAHULUAN.........................................................................................................................2
2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN......................................................................................................4
3.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN...............................................................................................5
4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN.................................................................................................6
4.1 Jenis Pembelajaran Bloom.........................................................................................................6
4.2 Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge.......................................................................................7
4.3 Jenis Pembelajaran Gagne .........................................................................................................7
5.0 PRINSIP PEMBELAJARAN.........................................................................................................7
6.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN...............................................................................................8
6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme.............................................................................................8
6.2 Teori Pembelajaran Sosial........................................................................................................10
6.3 Teori Pembelajaran Kognitif....................................................................................................10
7.0 KESIMPULAN............................................................................................................................12
8.0 RUJUKAN...................................................................................................................................13

1.0 PENDAHULUAN

2
Gambar 1 : Pelajar – pelajar tengah membuat amali kerja kayu
Gambar di atas menunjukkan beberapa pelajar sekolah saya sedang menjalankan kerja amali
bagi kelas ketukangan kayu. Walaupun kelas ini mengambil masa yang begitu lama iaitu selama 3
jam. Para pelajar masih lagi menunjukkan ketekunan dalam melaksanakan setiap kerja dengan baik.
Saya melihat tiada pelajar yang cuba curi tulang semasa proses pembelajaran ini. Walaupun ada
setengah pihak mengatakan pelajar – pelajar ini IQ nya rendah ataupun pada tahap sederhana tetapi
apabila melihat kepada hasil kerja tangan mereka dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Malahan
mereka dapat memahami setiap arahan yang disampaikan dengan sempurna tanpa perlu diulang
banyak kali. Apatah lagi mereka ini dapat memahami arahan tersebut dengan baik.

Gambar 2 : Pelajar – pelajar yang tidur pada waktu prep
Gambar yang saya ambil ini pula menunjukkan satu situasi pelajar sekolah saya yang tidur
pada waktu yang disediakan untuk mereka belajar iaitu waktu prep. Waktu ini disediakan bagi
3
mereka untuk mengulangkaji pelajaran yang telah mereka pelajari sebelum ini secara kendiri.
Setelah diamati ramai pelajar yang tidak menggunakan waktu ini sebaik mungkin. Oleh sebab itulah
bila peperiksaan bertulis dijalankan ramai pelajar tidak mencapai keputusan yang baik. Apabila
saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka berkelakuan begini pelbagai alasan di terima
antaranya saya tak tahu apa yang perlu saya baca … saya dah baca tapi macam tak masuk saja…
banyaknya nak baca dan pelbagai lagi….
Bila saya nilaikan saya rasa mereka ini gagal menetapkan matlamat. Oleh itu saya lanjutkan
photo talk saya ini dengan mencari apakah mana pembelajaran itu sebenarnya….
Pembelajaran adalah merupakan satu proses sepanjang hayat. Dalam era globalisasi, peranan
guru ini dilihat semakin mencabar malah guru juga perlu peka khususnya terhadap aspek
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, bertitik tolak dari sinilah seseorang murid dapat
dibimbing dan dibentuk dengan lebih berkesan. Pembelajaran adalah satu proses perolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan.
Proses pembelajaran berlaku secara berterusan dan ia bukan sahaja merangkumi penguasaan
kemahiran tetapi dari segi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan ciri dalaman juga
dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan kepada diri seseorang sama ada
perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun begitu, masalah sering dihadapi oleh guru
masa kini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan
kemahiran yang berguna apabila dewasa kelak (Slavin, 1997).

2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN
Terdapat pelbagai tokoh telah memberikan definisi tentang konsep pembelajaran.
Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman
(Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Namun begitu, perubahan akibat perkembangan fizikal
seperti ketinggian bukanlah merupakan satu proses pembelajaran.
Manakala, menurut Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan
tiga kriteria yang penting, iaitu:
i)

Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku.

ii)

Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran.

iii)

Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan.
Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan

tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia
berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada
situasi baru.
4
Manakala, mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan,
tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980)
dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang
berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang
sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Morgan dan King (1975) Introduction to Psychology, menakrifkan pembelajaran sebagai
sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh
seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Definisi pembelajaran juga turut dikemukakan oleh
E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L.Atkinson (1975) Introduction to Psychology, mengatakan
pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini
mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini.
Pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian.
Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut , dapatlah
disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama
lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan
kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. Cuma saya
tertanya tingkahlaku berdasarkan matapelajaran ke atau tingkah laku diri kesan pembelajaran yang
berubah.

3.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya
pembelajaran boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:


Pembelajaran Formal



Pembelajaran Informal (Tidak Formal)



Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal)

Pembelajaran formal ialah pembelajaran yang diperoleh melalui satu sistem pendidikan yang
dilembagakan dan disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu.
Tujuan pembelajaran fomal berlaku adalah untuk mengembangkan domain kognitif ( aspek mental),
afektif ( nilai dan sikap ) dan psikomotor ( kemahiran ) seseorang murid atau pelajar. Kebiasaannya,
pembelajaran formal dikelolakan oleh seseorang individu yang terlatih seperti guru-guru di
peringkat rendah, menengah, dan pensyarah di peringkat universiti.
5
Selain itu, konsep pembelajaran formal lebih memberi penekanan kepada aspek penilaian.
Oleh itu, tenaga pengajar sering mengadakan ujian dan peperiksaan. Antara ciri-ciri pembelajaran
formal ialah pembelajarannya berlaku secara disedari murid, dilakukan secara nyata dan
disengajakan. Selain itu, pembelajaran formal lebih berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum
yang digubal mengikut dasar dan aspirasi negara. Ciri-ciri pembelajaran formal juga berasaskan
struktur yang tertentu, iaitu dengan tujuan, cara perlaksanaan dan cara penilaian yang nyata.
Manakala, pembelajaran informal atau tidak formal pula adalah perlakuan yang terlaksana
secara tidak langsung atau secara tidak sedar. Pelajar-pelajar mendapat pengetahuan dengan didikan
dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, mendengar radio dan menonton
televisyen. Pembelajaran informal juga diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang
sukatan pelajaran.
Proses pembelajaran seterusnya pula ialah pembelajaran nonformal. Pembelajaran ini lebih
bersifat secara sampingan dengan tujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal.
Pembelajaran ini juga memerlukan perancangan dan pengendalian teliti. Antara ciri-ciri
pembelajaran nonformal ialah wujud keperluan pertingkatkan kepakaran pelajar. Untuk
mengukuhkan proses pembelajaran ini institusi akan menganjurkan kursus pendek, ceramah, forum,
bengkel dan seminar. Penyertaannya memerlukan bayaran untuk jangkamasa beberapa hari. Pihak
penganjur juga akan menyediakan kandungan kursus secara lebih mendalam.

4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
4.1

Jenis Pembelajaran Bloom.
Dari pengertian pembelajaran yang telah diberikan oleh beberapa ahli psikologi pendidikan,

jelaslah pada kita bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh
berlaku dari segi fizikal, emosi dan juga sosial. Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat,
Benjamin S. Bloom menyatakan bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang iaitu
bidang kognitif ,bidang afektif dan bidang psikomotor.
Melalui bidang kognitif, contoh yang terlibat dalam aspek kognitif seperti menyelesaikan
masalah matematik dan sains, memberi hujah bagi menyokong sesuatu perbincangan yang bersifat
akademik. Dari sudut afektif pula ia lebih mengutamakan penggunaan aspek sosial dan emosi, suka
berinteraksi dengan orang lain dan mendalami emosi diri sendiri untuk belajar bertolak ansur,
bertanggungjawab, belas kasihan dan sifat-sifat sosial yang lain. Manakala, dari aspek psikomotor
pula ia lebih mengutamakan penggunaan aspek fizikal dan melibatkan koordinasi antara otak, saraf
6
dan anggota badan. Contohnya, belajar menulis, bermain bolasepak, menunggang basikal,
membaiki kereta dengan perkakas, menjahit dan sebagainya.

4.2

Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge
Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu dilihat dari sudut cara

sesuatu pembelajaran itu berlaku pada manusia. Berdasarkan fahaman ini, W. M. Ryburn dan K. B.
Forge di dalam bukunya

“Principles of Teaching” bahawa pembelajaran manusia boleh

diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu:
i)

Belajar dengan cara meniru dan bermain.

ii)

Belajar dengan cara pragmatis iaitu sesuatu perbuatan yang menuju praktikal.

iii)

Belajar dengan cara pengamatan, perseps, tanggapan atau konsep.

iv)

Belajar dengan cara akademik iaitu pembelajaran Induktif dan Deduktif

v)

Belajar dengan cara penghubungan (seperti mengingati tarikh tentang sesuatu peristiwa.

vi)

Belajar dengan cara membuat sesuatu.

4.3

Jenis Pembelajaran Gagne

Gagne (1977) mengemukakan lapan jenis pembelajaran dalam bukunya “The Conditions Of
Learning” berdasarkan tahap kerumitan pembelajaran; bermula dari pembelajaran yang paling
mudah kepada pembelajaran yang kompleks, menurut hierarki kemahiran kecerdasan yang telah
diperkenalkan oleh beliau.

5.0 PRINSIP PEMBELAJARAN.
Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor
yang mempengaruhinya. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran,
terdapat beberapa prinsip pembelajaran yang perlu diambi kira untuk memastikan proses
pembelajaran berkesan. Antaranya ialah kesediaan pembelajaran. Melalui aspek ini pelajar harus
mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum mereka belajar sesuatu pelajaran.
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila dilakukan berasas pengetahuan dan pengalaman
7
sedia ada pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan memberi perhatian
kepadanya sebelum guru tersebut memulakan pengajaran.
Prinsip yang kedua pula menekankan aspek pengalaman. Melalui aspek ini, konsep
konstruktivisme diamalkan bagi menggalakkan belajar melalui membuat iaitu murid-murid
hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mata, telinga, hidung
atau jari. Pembelajaran begini akan meninggalkan kesan yang lebih lama. Seterusnya, unsur jenaka
juga perlu diterapkan oleh seseorang guru kepada murid kerana kebanyakan murid menyukai guru
yang boleh berjenaka. Mereka akan menanti kedatangan guru tersebut dan memberikan perhatian
kepadanya. Hal ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.
Prinsip pembelajaran juga turut menekankan aspek motivasi. Untuk menjayakan proses
pembelajaran, guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian
mereka terhadap pengajaran. Hal ini boleh terhasil apabila guru menggunakan peneguhan positif
dan negatif di dalam pengajarannya. Seterusnya, guru harus mengambil kira aspek objektif
pembelajaran. Pelajar-pelajar hendaklah disedarkan atau diberitahu tentang objektif pembelajaran
pada hari tersebut supaya mereka dan guru dapat bekerjasama mencapai objektif tersebut. Prinsip
pembelajaran terakhir ialah menyusun pengajaran. Guru perlu menyusun pengajaran dan
penerangannya mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara daripada yang diketahui kepada
yang tidak diketahui, daripada senang kepada susah, daripada dekat kepada jauh atau daripada
konkrit kepada abstrak. Dalam kes pelajar saya lemah sukar untuk belajar sendiri kerana dalam diri
mereka tiada motivasi dan gagal menetapkan matlamat pembelajaran mereka.

6.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada cara pelajar
tersebut mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Untuk melihat kepada keadaan ini,
beberapa orang ahli psikologi mengkaji dan mewujudkan beberapa teori. Antara teori-teori yang
terlibat ialah Teori Pembelajaran Behaviorisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Pembelajaran
Kognitif.

6.1

Teori Pembelajaran Behaviorisme

8
Secara umumnya, Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku
dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku
yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula
berlaku ketika awal lahir sehingga ke peringkat tua. Di dalam teori ini, terkandung beberapa teori
yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Antara teori yang diperkenalkan ialah Teori
Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.
Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.
Contohnya, guru akan silih berganti masuk keluar kelas. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di
rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan keluar bilik memerhati ahli
keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan
manakala tingkah laku guru adalah gerak balas. Mengikut teori ini juga, Pavlov membuat satu
eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman,
semasa pelaziman dan selepas pelaziman.
Teori Pembelajaran Behavioral juga turut diperkenalkan seorang ahli psikologi lain selain
Ivan Pavlov iaitu J.B. Watson. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi
manusia juga dapat dilazimkan secara klasik. Beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi
pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang
positif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang
menyeronokkan. Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial and error) atau memilih dan
saling menghubungkait (selecting and connecting). Eksperimen yang telah diperkenalkan oleh
beliau ini merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner.
Selain itu, Teori Pelaziman Operan Thorndike juga merupakan salah satu teori yang
dipekenalkan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Melalui eksperimen yang dijalankan oleh
Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R,
iaitu stimulus (rangsangan)

dan response (gerak

balas).

Thorndike

menyarankan

bahawa

pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran.
Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum
Latihan dan Hukum Kesan.
Menurut Thorndike, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan
yang perlu ada, sebelum seseorang individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari
tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan
kognitif. Melalui Hukum Latihan pula, menurut Thorndike, ia merupakan perkaitan antara
9
rangsangan dan gerak balas (R-G) dan akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang.
Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan
bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan. Manakala, Hukum Kesan pula menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh
sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan
meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas
akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan
melemahkan pertalian antara R-G.
Teori Pelaziman Operan Skinner juga merupakan salah satu teori yang terdapat dalam Teori
Pembelajaran Behaviorisme. Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan
oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan
daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku
manusia adalah pasif iaitu merujuk kepada individu yang tidak dapat mengawal tingkahlakunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan
kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya
berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat
manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan hasil kajiannya, Skinner telah
mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam
kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan.
6.2

Teori Pembelajaran Sosial
Teori pembelajaran sosial ini telah dipelopori oleh Albert Bandura, seorang ahli psikologi

yang berkhidmat di Universiti Stanford. Beliau telah memperkenalkan Model Determinisme Timbal
Balik dan Teori Peniruan. Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui proses
peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku seperti berjalan, makan,
minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Teori ini juga turut menekankan
aspek kognitif. Contohnya, bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana
persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. Melalui perkaitan ini, Bandura
mengatakan bahawa pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur iaitu,individu (kognitif),
persekitaran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008).
6.3

Teori Pembelajaran Kognitif
10
Melalui Teori Pembelajaran Kognitif, terdapat pelbagai kajian oleh ahli-ahli psikologi
sehingga wujudnya beberapa teori yang menjadi rujukan untuk individu kini. Antara teori-teori
yang wujud seperti Teori Pembelajaran Gestalt, Model Pemprosesan Maklumat,Teori Pembelajaran
Gagne, Teori Pembelajaran Ausubel,Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme.

Mengikut

kajian

oleh Wolfgang

Kohler

(1887-1967),

beliau

banyak

menekankan pembelajaran celik akal. Melalui perkaitan ini, beliau telah menjalankan kajian ke atas
lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah
mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk
mencari perhubungan menuju penyelesaian.
Manakala menurut Jerome Seymour Bruner (1915) yang merupakan tokoh utama revolusi
kognitif sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan. Beliau mengatakan bahawa pembelajaran
adalah satu proses sosial aktif. Proses ini berlaku mengikut tiga langkah iaitu enaktif, ikonik dan
simbolik. Beliau turut mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu
pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Tegas beliau, persekitaran memainkan peranan
penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep. Murid juga
lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri.
Teori Pembelajaran Kognitif yang dikemukakan oleh David Ausubel (1963) telah
mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya
dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali
sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan
berrmakna termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenal
sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel telah menekankan tentang
penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan
menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya
berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada
contoh (Woolfolk, 1998). Manakala, penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh
Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran
optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah
memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang
11
menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi
penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang
perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep
baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal,
iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara
konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep
berkaitan yang telah dipelajari.

7.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak
kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh
pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti penyakit. Prinsip
pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktorfaktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna
untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan.
Guru dilihat berperanan untuk menerbitkan rasa keilmua dalam diri pelajar. Gambar pertama
itu menjelaskan kepada kita bahawa pembelajaran secara ‘hands on’ ini amatlah digemari oleh
pelajar. Pelajar masa kini tidak gemar untuk duduk dan hanya mendengar apa yang disampaikan
oleh guru. Pelajar hendak merasa atau melalui sendiri pengalaman pembelajaran itu. Pelajar tidak
mahu belajar secara static. Mereka mahukan pergerakan. Pelajar yang sederhana akan dapat
menumpukan perhatian apabila anggota mereka bergerak bersama dalam proses pembelajaran
tersebut.
Gambar kedua dan ketiga pula mengambarkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai
matlamat dan motivasi akan hanyut dibuai masa. Guru perlu memainkan peranan untuk menjana
matlamat pelajar supaya pelajar tersebut boleh nampak apakah hasil pembelajaran tersebut.
Motivasi intrinsic dan ektrinsik perlu disemai dalam jiwa pelajar supaya pelajar ini boleh bergerak
sendiri tanpa perlu ditunggu atau dipantau sentiasa. Makna dan kepentingan pembelajaran itu mesti
dipupuk dan pelajar ini mesti sentiasa dibimbing. Guru tidak boleh berputus asa dalam mendidik
pelajar – pelajar ini.

12
8.0

RUJUKAN

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda Yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit
UTM.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Teori Pembelajaran Ausubel. (Ogos, 2010). teorikognitif-mab.blogspot.com
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2011).Edisi Kedua :
HBEF2103Psikologi Pendidikan. Penerbit OUM: Fakulti Pendidikan dan Bahasa.
Teori Pembelajaran Kognitif (September, 2009). http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/ teoripembelajaran-kognitif.html
Slavin, R.E. (1997). Education for all. Lisse, The Netherlands: Swets & Zeitlinger.

13

More Related Content

What's hot

Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiHELMIZAM
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniAisyah Zainudin
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariL Adul Lalut Adul
 
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tambTajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tambHashimah68
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranLee Hua
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Nonie Mislan
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanshockgadof
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 

What's hot (20)

Complete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaranComplete pengurusan pembelajaran
Complete pengurusan pembelajaran
 
Uji minda
Uji mindaUji minda
Uji minda
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayatiModel pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
Model pengajaran behaviorisme disediakan oleh norhayati
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
Laporan pelaksanaan pengaplikasian teori pembelajaran konstruktivisme dalam p...
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tambTajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
Tajuk 1 konsep pengajaran & pembelajaran tamb
 
Kps 3014
Kps 3014Kps 3014
Kps 3014
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid Pengurusan penasihatan murid
Pengurusan penasihatan murid
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043Artikel 39 kpt 6043
Artikel 39 kpt 6043
 
Laporan isu-kps
Laporan isu-kpsLaporan isu-kps
Laporan isu-kps
 
pengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulanpengurusan pembelajaran kumpulan
pengurusan pembelajaran kumpulan
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Soalan erc431
Soalan erc431Soalan erc431
Soalan erc431
 

Viewers also liked

American Schools
American SchoolsAmerican Schools
American Schoolsdarbonens
 
Test driven, why not?
Test driven, why not?Test driven, why not?
Test driven, why not?irenella89
 
Sociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých škol
Sociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých školSociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých škol
Sociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých školBoris Múdry
 
La Silla Roja
La Silla Roja La Silla Roja
La Silla Roja darbonens
 
JavaScript CodeRetreat
JavaScript CodeRetreatJavaScript CodeRetreat
JavaScript CodeRetreatirenella89
 
Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000
Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000
Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000Rodrigo de Castro Sarto
 
Sponsorships JavaScript CodeRetreat
Sponsorships JavaScript CodeRetreatSponsorships JavaScript CodeRetreat
Sponsorships JavaScript CodeRetreatirenella89
 
Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2
Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2
Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2Rosario Sierra
 
As You Like It - Costume Design
As You Like It - Costume DesignAs You Like It - Costume Design
As You Like It - Costume DesignAndrea Segovia
 
TDD (Test Driven Development) and coding QUOTES
TDD (Test Driven Development) and coding QUOTESTDD (Test Driven Development) and coding QUOTES
TDD (Test Driven Development) and coding QUOTESirenella89
 
Bhiwadi: The promising destinations for real estate investment
Bhiwadi: The promising destinations for real estate investmentBhiwadi: The promising destinations for real estate investment
Bhiwadi: The promising destinations for real estate investmentSkc Model Town Bhiwadi
 
Oman International Container Terminal- Recommendation Letter
Oman International Container Terminal- Recommendation LetterOman International Container Terminal- Recommendation Letter
Oman International Container Terminal- Recommendation Letterbahdousheh
 
Intro cat
Intro catIntro cat
Intro catfapac
 
Issue Investigation Skill
Issue Investigation SkillIssue Investigation Skill
Issue Investigation Skillmrkid863
 
NTURAIL-hiroshima slide_1312
NTURAIL-hiroshima slide_1312NTURAIL-hiroshima slide_1312
NTURAIL-hiroshima slide_1312rail02000
 
1 Our New Spice Unit at Guna-1
1 Our New Spice Unit at Guna-11 Our New Spice Unit at Guna-1
1 Our New Spice Unit at Guna-1Rajeev Mahendru
 

Viewers also liked (20)

American Schools
American SchoolsAmerican Schools
American Schools
 
Test driven, why not?
Test driven, why not?Test driven, why not?
Test driven, why not?
 
Sociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých škol
Sociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých školSociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých škol
Sociální sítě a jak je používat pro komunikaci vysokých škol
 
La Silla Roja
La Silla Roja La Silla Roja
La Silla Roja
 
Espiritualidade crista
Espiritualidade cristaEspiritualidade crista
Espiritualidade crista
 
JavaScript CodeRetreat
JavaScript CodeRetreatJavaScript CodeRetreat
JavaScript CodeRetreat
 
Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000
Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000
Receptor Antena parabólica visiontec_vt1000
 
Sponsorships JavaScript CodeRetreat
Sponsorships JavaScript CodeRetreatSponsorships JavaScript CodeRetreat
Sponsorships JavaScript CodeRetreat
 
Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2
Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2
Presentación the werfen group_2015-02-9 - v2
 
Sinamics g120 treinamento (en)
Sinamics g120 treinamento (en)Sinamics g120 treinamento (en)
Sinamics g120 treinamento (en)
 
Pile foundation
Pile foundationPile foundation
Pile foundation
 
As You Like It - Costume Design
As You Like It - Costume DesignAs You Like It - Costume Design
As You Like It - Costume Design
 
Advocacy Report
Advocacy ReportAdvocacy Report
Advocacy Report
 
TDD (Test Driven Development) and coding QUOTES
TDD (Test Driven Development) and coding QUOTESTDD (Test Driven Development) and coding QUOTES
TDD (Test Driven Development) and coding QUOTES
 
Bhiwadi: The promising destinations for real estate investment
Bhiwadi: The promising destinations for real estate investmentBhiwadi: The promising destinations for real estate investment
Bhiwadi: The promising destinations for real estate investment
 
Oman International Container Terminal- Recommendation Letter
Oman International Container Terminal- Recommendation LetterOman International Container Terminal- Recommendation Letter
Oman International Container Terminal- Recommendation Letter
 
Intro cat
Intro catIntro cat
Intro cat
 
Issue Investigation Skill
Issue Investigation SkillIssue Investigation Skill
Issue Investigation Skill
 
NTURAIL-hiroshima slide_1312
NTURAIL-hiroshima slide_1312NTURAIL-hiroshima slide_1312
NTURAIL-hiroshima slide_1312
 
1 Our New Spice Unit at Guna-1
1 Our New Spice Unit at Guna-11 Our New Spice Unit at Guna-1
1 Our New Spice Unit at Guna-1
 

Similar to Phototalk

2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakanguest410d715
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridJANGAN TENGOK
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Bab5 pengurusan murid
Bab5 pengurusan  muridBab5 pengurusan  murid
Bab5 pengurusan muridzuraidanasri
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budayazuraidanasri
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
Motivasi dan pembelajaran
Motivasi dan pembelajaranMotivasi dan pembelajaran
Motivasi dan pembelajaranSahferi Suot
 
Model arcs (j
Model arcs (jModel arcs (j
Model arcs (jfizah1212
 
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptxPembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptxsathurubajnaniee
 

Similar to Phototalk (20)

2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan muridK01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
K01947 20180426221902 k5 pengurusan murid
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Pembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadiPembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadi
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Bab5 pengurusan murid
Bab5 pengurusan  muridBab5 pengurusan  murid
Bab5 pengurusan murid
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
 
Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)Pentaksiran rbt asimen (2)
Pentaksiran rbt asimen (2)
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 12
 
Pentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimenPentaksiran rbt asimen
Pentaksiran rbt asimen
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Motivasi dan pembelajaran
Motivasi dan pembelajaranMotivasi dan pembelajaran
Motivasi dan pembelajaran
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Model arcs (j
Model arcs (jModel arcs (j
Model arcs (j
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptxPembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
Pembudayaan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 2021 (1).pptx
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Phototalk

  • 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV MBE 12503 TAJUK TUGASAN INDIVIDU: PHOTO TALK DISEDIAKAN UNTUK: EN. GHAZALLY BIN SPAHAT DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NORMANHISHAM BIN SUDIN NO KP : 781022-03-5445 NO MATRIK : GB 130149 KURSUS : SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL (REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI) TAHUN : SEMESTER 1 / 2013 1
  • 2. ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN .............................................................................................................................2 1.0 PENDAHULUAN.........................................................................................................................2 2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN......................................................................................................4 3.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN...............................................................................................5 4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN.................................................................................................6 4.1 Jenis Pembelajaran Bloom.........................................................................................................6 4.2 Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge.......................................................................................7 4.3 Jenis Pembelajaran Gagne .........................................................................................................7 5.0 PRINSIP PEMBELAJARAN.........................................................................................................7 6.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN...............................................................................................8 6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme.............................................................................................8 6.2 Teori Pembelajaran Sosial........................................................................................................10 6.3 Teori Pembelajaran Kognitif....................................................................................................10 7.0 KESIMPULAN............................................................................................................................12 8.0 RUJUKAN...................................................................................................................................13 1.0 PENDAHULUAN 2
  • 3. Gambar 1 : Pelajar – pelajar tengah membuat amali kerja kayu Gambar di atas menunjukkan beberapa pelajar sekolah saya sedang menjalankan kerja amali bagi kelas ketukangan kayu. Walaupun kelas ini mengambil masa yang begitu lama iaitu selama 3 jam. Para pelajar masih lagi menunjukkan ketekunan dalam melaksanakan setiap kerja dengan baik. Saya melihat tiada pelajar yang cuba curi tulang semasa proses pembelajaran ini. Walaupun ada setengah pihak mengatakan pelajar – pelajar ini IQ nya rendah ataupun pada tahap sederhana tetapi apabila melihat kepada hasil kerja tangan mereka dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Malahan mereka dapat memahami setiap arahan yang disampaikan dengan sempurna tanpa perlu diulang banyak kali. Apatah lagi mereka ini dapat memahami arahan tersebut dengan baik. Gambar 2 : Pelajar – pelajar yang tidur pada waktu prep Gambar yang saya ambil ini pula menunjukkan satu situasi pelajar sekolah saya yang tidur pada waktu yang disediakan untuk mereka belajar iaitu waktu prep. Waktu ini disediakan bagi 3
  • 4. mereka untuk mengulangkaji pelajaran yang telah mereka pelajari sebelum ini secara kendiri. Setelah diamati ramai pelajar yang tidak menggunakan waktu ini sebaik mungkin. Oleh sebab itulah bila peperiksaan bertulis dijalankan ramai pelajar tidak mencapai keputusan yang baik. Apabila saya bertanya kepada mereka, kenapa mereka berkelakuan begini pelbagai alasan di terima antaranya saya tak tahu apa yang perlu saya baca … saya dah baca tapi macam tak masuk saja… banyaknya nak baca dan pelbagai lagi…. Bila saya nilaikan saya rasa mereka ini gagal menetapkan matlamat. Oleh itu saya lanjutkan photo talk saya ini dengan mencari apakah mana pembelajaran itu sebenarnya…. Pembelajaran adalah merupakan satu proses sepanjang hayat. Dalam era globalisasi, peranan guru ini dilihat semakin mencabar malah guru juga perlu peka khususnya terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, bertitik tolak dari sinilah seseorang murid dapat dibimbing dan dibentuk dengan lebih berkesan. Pembelajaran adalah satu proses perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku secara berterusan dan ia bukan sahaja merangkumi penguasaan kemahiran tetapi dari segi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan kepada diri seseorang sama ada perubahan ke arah kebaikan atau sebaliknya. Namun begitu, masalah sering dihadapi oleh guru masa kini ialah bagaimana hendak mengajar pelajar supaya dapat menguasai maklumat, konsep dan kemahiran yang berguna apabila dewasa kelak (Slavin, 1997). 2.0 DEFINISI PEMBELAJARAN Terdapat pelbagai tokoh telah memberikan definisi tentang konsep pembelajaran. Pembelajaran biasanya didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Namun begitu, perubahan akibat perkembangan fizikal seperti ketinggian bukanlah merupakan satu proses pembelajaran. Manakala, menurut Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran berlaku berdasarkan tiga kriteria yang penting, iaitu: i) Pembelajaran harus menampakkan perubahan di dalam tingkah laku. ii) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. iii) Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Definisi pembelajaran menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. 4
  • 5. Manakala, mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Morgan dan King (1975) Introduction to Psychology, menakrifkan pembelajaran sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Definisi pembelajaran juga turut dikemukakan oleh E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L.Atkinson (1975) Introduction to Psychology, mengatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan tingkah laku baru ini. Pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian. Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut , dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. Cuma saya tertanya tingkahlaku berdasarkan matapelajaran ke atau tingkah laku diri kesan pembelajaran yang berubah. 3.0 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:  Pembelajaran Formal  Pembelajaran Informal (Tidak Formal)  Pembelajaran Non-Formal (Bukan Formal) Pembelajaran formal ialah pembelajaran yang diperoleh melalui satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Tujuan pembelajaran fomal berlaku adalah untuk mengembangkan domain kognitif ( aspek mental), afektif ( nilai dan sikap ) dan psikomotor ( kemahiran ) seseorang murid atau pelajar. Kebiasaannya, pembelajaran formal dikelolakan oleh seseorang individu yang terlatih seperti guru-guru di peringkat rendah, menengah, dan pensyarah di peringkat universiti. 5
  • 6. Selain itu, konsep pembelajaran formal lebih memberi penekanan kepada aspek penilaian. Oleh itu, tenaga pengajar sering mengadakan ujian dan peperiksaan. Antara ciri-ciri pembelajaran formal ialah pembelajarannya berlaku secara disedari murid, dilakukan secara nyata dan disengajakan. Selain itu, pembelajaran formal lebih berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang digubal mengikut dasar dan aspirasi negara. Ciri-ciri pembelajaran formal juga berasaskan struktur yang tertentu, iaitu dengan tujuan, cara perlaksanaan dan cara penilaian yang nyata. Manakala, pembelajaran informal atau tidak formal pula adalah perlakuan yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar. Pelajar-pelajar mendapat pengetahuan dengan didikan dan asuhan ibu bapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, mendengar radio dan menonton televisyen. Pembelajaran informal juga diterima secara tidak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. Proses pembelajaran seterusnya pula ialah pembelajaran nonformal. Pembelajaran ini lebih bersifat secara sampingan dengan tujuan menambah dan melengkapkan pembelajaran formal. Pembelajaran ini juga memerlukan perancangan dan pengendalian teliti. Antara ciri-ciri pembelajaran nonformal ialah wujud keperluan pertingkatkan kepakaran pelajar. Untuk mengukuhkan proses pembelajaran ini institusi akan menganjurkan kursus pendek, ceramah, forum, bengkel dan seminar. Penyertaannya memerlukan bayaran untuk jangkamasa beberapa hari. Pihak penganjur juga akan menyediakan kandungan kursus secara lebih mendalam. 4.0 JENIS-JENIS PEMBELAJARAN 4.1 Jenis Pembelajaran Bloom. Dari pengertian pembelajaran yang telah diberikan oleh beberapa ahli psikologi pendidikan, jelaslah pada kita bahawa pembelajaran bukan sahaja berlaku dari segi mental, malah ia boleh berlaku dari segi fizikal, emosi dan juga sosial. Ahli psikologi pendidikan Amerika Syarikat, Benjamin S. Bloom menyatakan bahawa pembelajaran manusia berlaku dalam 3 bidang iaitu bidang kognitif ,bidang afektif dan bidang psikomotor. Melalui bidang kognitif, contoh yang terlibat dalam aspek kognitif seperti menyelesaikan masalah matematik dan sains, memberi hujah bagi menyokong sesuatu perbincangan yang bersifat akademik. Dari sudut afektif pula ia lebih mengutamakan penggunaan aspek sosial dan emosi, suka berinteraksi dengan orang lain dan mendalami emosi diri sendiri untuk belajar bertolak ansur, bertanggungjawab, belas kasihan dan sifat-sifat sosial yang lain. Manakala, dari aspek psikomotor pula ia lebih mengutamakan penggunaan aspek fizikal dan melibatkan koordinasi antara otak, saraf 6
  • 7. dan anggota badan. Contohnya, belajar menulis, bermain bolasepak, menunggang basikal, membaiki kereta dengan perkakas, menjahit dan sebagainya. 4.2 Jenis Pembelajaran Ryburn dan Forge Terdapat pendapat yang menyarankan bahawa pembelajaran perlu dilihat dari sudut cara sesuatu pembelajaran itu berlaku pada manusia. Berdasarkan fahaman ini, W. M. Ryburn dan K. B. Forge di dalam bukunya “Principles of Teaching” bahawa pembelajaran manusia boleh diklasifikasikan kepada enam jenis iaitu: i) Belajar dengan cara meniru dan bermain. ii) Belajar dengan cara pragmatis iaitu sesuatu perbuatan yang menuju praktikal. iii) Belajar dengan cara pengamatan, perseps, tanggapan atau konsep. iv) Belajar dengan cara akademik iaitu pembelajaran Induktif dan Deduktif v) Belajar dengan cara penghubungan (seperti mengingati tarikh tentang sesuatu peristiwa. vi) Belajar dengan cara membuat sesuatu. 4.3 Jenis Pembelajaran Gagne Gagne (1977) mengemukakan lapan jenis pembelajaran dalam bukunya “The Conditions Of Learning” berdasarkan tahap kerumitan pembelajaran; bermula dari pembelajaran yang paling mudah kepada pembelajaran yang kompleks, menurut hierarki kemahiran kecerdasan yang telah diperkenalkan oleh beliau. 5.0 PRINSIP PEMBELAJARAN. Situasi pembelajaran meliputi semua aspek persekitaran seseorang pelajar dan semua faktor yang mempengaruhinya. Berdasarkan pemerhatian daripada kajian terhadap proses pembelajaran, terdapat beberapa prinsip pembelajaran yang perlu diambi kira untuk memastikan proses pembelajaran berkesan. Antaranya ialah kesediaan pembelajaran. Melalui aspek ini pelajar harus mempunyai kesediaan fizikal, mental dan emosi sebelum mereka belajar sesuatu pelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan apabila dilakukan berasas pengetahuan dan pengalaman 7
  • 8. sedia ada pelajar. Guru perlu memastikan semua pelajar telah duduk dan memberi perhatian kepadanya sebelum guru tersebut memulakan pengajaran. Prinsip yang kedua pula menekankan aspek pengalaman. Melalui aspek ini, konsep konstruktivisme diamalkan bagi menggalakkan belajar melalui membuat iaitu murid-murid hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mata, telinga, hidung atau jari. Pembelajaran begini akan meninggalkan kesan yang lebih lama. Seterusnya, unsur jenaka juga perlu diterapkan oleh seseorang guru kepada murid kerana kebanyakan murid menyukai guru yang boleh berjenaka. Mereka akan menanti kedatangan guru tersebut dan memberikan perhatian kepadanya. Hal ini akan menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Prinsip pembelajaran juga turut menekankan aspek motivasi. Untuk menjayakan proses pembelajaran, guru perlu terlebih dahulu menarik perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran. Hal ini boleh terhasil apabila guru menggunakan peneguhan positif dan negatif di dalam pengajarannya. Seterusnya, guru harus mengambil kira aspek objektif pembelajaran. Pelajar-pelajar hendaklah disedarkan atau diberitahu tentang objektif pembelajaran pada hari tersebut supaya mereka dan guru dapat bekerjasama mencapai objektif tersebut. Prinsip pembelajaran terakhir ialah menyusun pengajaran. Guru perlu menyusun pengajaran dan penerangannya mengenai sesuatu tajuk pengajaran dengan cara daripada yang diketahui kepada yang tidak diketahui, daripada senang kepada susah, daripada dekat kepada jauh atau daripada konkrit kepada abstrak. Dalam kes pelajar saya lemah sukar untuk belajar sendiri kerana dalam diri mereka tiada motivasi dan gagal menetapkan matlamat pembelajaran mereka. 6.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN Pendekatan pengajaran guru di dalam bilik darjah amat bergantung kepada cara pelajar tersebut mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Untuk melihat kepada keadaan ini, beberapa orang ahli psikologi mengkaji dan mewujudkan beberapa teori. Antara teori-teori yang terlibat ialah Teori Pembelajaran Behaviorisme, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Pembelajaran Kognitif. 6.1 Teori Pembelajaran Behaviorisme 8
  • 9. Secara umumnya, Teori Pembelajaran Behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku dan persekitaran. Menurut ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses ini akan mula berlaku ketika awal lahir sehingga ke peringkat tua. Di dalam teori ini, terkandung beberapa teori yang dikemukakan oleh beberapa orang tokoh. Antara teori yang diperkenalkan ialah Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Mengikut teori ini, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Contohnya, guru akan silih berganti masuk keluar kelas. Tingkah laku ini akan terbawa-bawa di rumah jika guru tersebut terdengar loceng di pintu beliau akan keluar bilik memerhati ahli keluarganya. Hal ini menunjukkan bahawa bunyi loceng adalah merupakan faktor rangsangan manakala tingkah laku guru adalah gerak balas. Mengikut teori ini juga, Pavlov membuat satu eksperimen dengan menggunakan seekor anjing dalam tiga peringkat iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Teori Pembelajaran Behavioral juga turut diperkenalkan seorang ahli psikologi lain selain Ivan Pavlov iaitu J.B. Watson. Beliau telah menjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga dapat dilazimkan secara klasik. Beliau menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan. Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial and error) atau memilih dan saling menghubungkait (selecting and connecting). Eksperimen yang telah diperkenalkan oleh beliau ini merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner. Selain itu, Teori Pelaziman Operan Thorndike juga merupakan salah satu teori yang dipekenalkan dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Melalui eksperimen yang dijalankan oleh Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukum-hukum pembelajaran ini dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Menurut Thorndike, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum seseorang individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Melalui Hukum Latihan pula, menurut Thorndike, ia merupakan perkaitan antara 9
  • 10. rangsangan dan gerak balas (R-G) dan akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Manakala, Hukum Kesan pula menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Teori Pelaziman Operan Skinner juga merupakan salah satu teori yang terdapat dalam Teori Pembelajaran Behaviorisme. Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah pasif iaitu merujuk kepada individu yang tidak dapat mengawal tingkahlakunya. Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan hasil kajiannya, Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan. 6.2 Teori Pembelajaran Sosial Teori pembelajaran sosial ini telah dipelopori oleh Albert Bandura, seorang ahli psikologi yang berkhidmat di Universiti Stanford. Beliau telah memperkenalkan Model Determinisme Timbal Balik dan Teori Peniruan. Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang bertingkah laku seperti berjalan, makan, minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman. Teori ini juga turut menekankan aspek kognitif. Contohnya, bagaimana kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak. Melalui perkaitan ini, Bandura mengatakan bahawa pembelajaran secara peniruan melibatkan tiga unsur iaitu,individu (kognitif), persekitaran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008). 6.3 Teori Pembelajaran Kognitif 10
  • 11. Melalui Teori Pembelajaran Kognitif, terdapat pelbagai kajian oleh ahli-ahli psikologi sehingga wujudnya beberapa teori yang menjadi rujukan untuk individu kini. Antara teori-teori yang wujud seperti Teori Pembelajaran Gestalt, Model Pemprosesan Maklumat,Teori Pembelajaran Gagne, Teori Pembelajaran Ausubel,Teori Pembelajaran Bruner dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Mengikut kajian oleh Wolfgang Kohler (1887-1967), beliau banyak menekankan pembelajaran celik akal. Melalui perkaitan ini, beliau telah menjalankan kajian ke atas lima ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan. Antara dapatan beliau ialah mengikut kebiasaan apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah, haiwan akan berusaha untuk mencari perhubungan menuju penyelesaian. Manakala menurut Jerome Seymour Bruner (1915) yang merupakan tokoh utama revolusi kognitif sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan. Beliau mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses sosial aktif. Proses ini berlaku mengikut tiga langkah iaitu enaktif, ikonik dan simbolik. Beliau turut mengatakan bahawa pengetahuan dan kemahiran diperoleh mengikut satu pola yang disifatkan sebagai pecutan dan rehat. Tegas beliau, persekitaran memainkan peranan penting dalam menentukan kadar proses pemahaman dan penguasaan satu-satu konsep. Murid juga lebih mudah untuk memperoleh pengetahuan apabila mereka menemui sendiri. Teori Pembelajaran Kognitif yang dikemukakan oleh David Ausubel (1963) telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan berrmakna termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenal sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel telah menekankan tentang penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998). Manakala, penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia merupakan struktur yang 11
  • 12. menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. 7.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal, akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan sementara seperti penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktorfaktor yang mempengaruhi pembelajaran. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan. Guru dilihat berperanan untuk menerbitkan rasa keilmua dalam diri pelajar. Gambar pertama itu menjelaskan kepada kita bahawa pembelajaran secara ‘hands on’ ini amatlah digemari oleh pelajar. Pelajar masa kini tidak gemar untuk duduk dan hanya mendengar apa yang disampaikan oleh guru. Pelajar hendak merasa atau melalui sendiri pengalaman pembelajaran itu. Pelajar tidak mahu belajar secara static. Mereka mahukan pergerakan. Pelajar yang sederhana akan dapat menumpukan perhatian apabila anggota mereka bergerak bersama dalam proses pembelajaran tersebut. Gambar kedua dan ketiga pula mengambarkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai matlamat dan motivasi akan hanyut dibuai masa. Guru perlu memainkan peranan untuk menjana matlamat pelajar supaya pelajar tersebut boleh nampak apakah hasil pembelajaran tersebut. Motivasi intrinsic dan ektrinsik perlu disemai dalam jiwa pelajar supaya pelajar ini boleh bergerak sendiri tanpa perlu ditunggu atau dipantau sentiasa. Makna dan kepentingan pembelajaran itu mesti dipupuk dan pelajar ini mesti sentiasa dibimbing. Guru tidak boleh berputus asa dalam mendidik pelajar – pelajar ini. 12
  • 13. 8.0 RUJUKAN Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda Yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM. Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Teori Pembelajaran Ausubel. (Ogos, 2010). teorikognitif-mab.blogspot.com Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2011).Edisi Kedua : HBEF2103Psikologi Pendidikan. Penerbit OUM: Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Teori Pembelajaran Kognitif (September, 2009). http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/ teoripembelajaran-kognitif.html Slavin, R.E. (1997). Education for all. Lisse, The Netherlands: Swets & Zeitlinger. 13