SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 5 Cemerlang
Bilangan Murid : 36 orang
Tema : Kebudayaan
Tajuk : Perayaan di Malaysia
Tarikh : 10 Mac 2014
Masa : 60 minit
Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut
perayaan secara lisan
ii. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan
mengenai perayaan di Malaysia
iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka
menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan
ayat majmuk yang betul.
Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat,
sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan
didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan
intonasi berdasarkan tanda baca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan
penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan
ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberi.
Kemahiran Bahasa
(KB) : Kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan
intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan
Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
Kemahiran Bernilai
Tambah (KBT) : i) Kemahiran Berfikir
Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran
mengkategori.
ii) Kemahiran Belajar
Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
iii) Kecerdasan Pelbagai
Kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan emosi.
iv) Pembelajaran Kontekstual
Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman
mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia
dengan cara berdialog dan membina ayat dengan
menggunakan ayat mudah.
v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P.
BBM : Powerpoint, buku latihan dan alat tulis.
Konsep 5P : i) Penggabung jalinan
ii) Penyerapan
iii) Pengayaan
iv) Pemulihan
v) Penilaian
Langkah/
Masa
Isi pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan
Set induksi
(5 minit)
Murid ditayangkan power
point yang berkaitan dengan
jenis-jenis perayaan yang
terdapat di Malaysia.
i) Murid diminta untuk
melihat paparan power
point dan
menghayatinya.
ii) Murid diminta untuk
membezakan jenis
perayaan mengikut
kaum dan menceritakan
pengalaman mereka
iii) Guru menjelaskan
tujuan aktiviti dan tajuk
pengajaran yang akan
diajar pada hari
tersebut.
5P:
Penggabung jalinan
dan penyerapan
KBT:
Kemahiran berfikir -
membuat perbezaan
Pembelajaran
kontekstual - kaitan
tajuk dengan
pengalaman murid
BBM:
Power point
Langkah 1
(15 minit)
Guru memberi teks cerita
yang bertajuk “Perayaan di
Malaysia” melalui power
point
Petikan : Perayaan Di Malaysia
Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India. Semua
kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing. Bagi masyarakat Melayu, mereka menyambut perayaan
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Tahun Baru Cina pula disambut oleh masyarakat Cina, manakala
Kaum India akan merayakan Deepavali.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam juga dikenali
sebagai Hari Raya Puasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan.
Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih
pada sebelah malamnya. Hari Raya ini disambut dengan kesyukuran. Umat Islam bermaaf-maafan dan
kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.
Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Islam di
seluruh dunia. Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-sepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada
kalendar Hijrah Islam. Selepas bersembahyang, ibadah korban dengan menyembelih lembu, kerbau,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum
dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin.
Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Setiap tahun perayaan
Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi
makna dan tuahnya yang tersendiri. Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul
beramai-ramai untuk makan bersama . Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan
dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan
tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh.
Manakala Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’.
Pada pagi hari masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala
dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas sembahyang mereka
berkunjung ke rumah kaum keluarga. Biasanya suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi
manisan dan akan dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara –mara mereka.
i) Murid dikehendaki
untuk mengklik salah
satu pautan yang
disediakan.
ii) Murid diminta membaca
petikan secara individu
dengan kuat dan
mengikut intonasi serta
gaya yang betul.
iii)Murid-murid yang lain
dikehendaki mendengar
dan meneliti teks sambil
memahami petikan
tersebut.
iv) Kemudian guru bersoal
jawab dengan murid
berkaitan dengan
petikan tersebut.
KBT:
Kemahiran Teknologi
Maklumat - murid
mendapat peluang
menggunakan
komputer untuk klik
pautan.
BBM:
Teks petikan dan
power point
KB:
Kemahiran
mendengar, bertutur
dan membaca
Langkah 2
(15 minit)
Guru mengadakan
perbincangan kumpulan
antara murid-murid dan
melakukan pembentangan
melalui power point.
i) Murid dibahagikan
kepada beberapa
kumpulan.
ii) Murid diminta untuk
berada dalam kumpulan
dan membuat
perbincangan.
iii)Murid dikehendaki
membentangkan
perbezaan antara
perayaan yang terdapat
di Malaysia dan
bandingkan dengan
pengetahuan dan
pengalaman mereka.
iv) Kemudian kumpulan
yang berjaya
menyiapkan dahulu
akan membentangkan
hasil perbincangan
mereka dan mereka
akan mendapat
ganjaran.
v) Guru bertanya
berkaitan dengan tajuk
dan pengetahuan sedia
ada mereka.
KBT:
Menghubung kait,
pembelajaran
kontekstual dan
menjana idea
NILAI:
Hormat-menghormati
dan kerjasama.
BBM:
Power point
Langkah 3
(20 minit)
Guru memberi latihan
kepada murid-murid.
Aktiviti Pengayaan:
Mencari makna perkataan,
menjawab soalan
berdasarkan petikan yang
diberi dan menulis karangan
i) Guru terlebih dahulu
menyoal murid sama
ada mereka memahami
tajuk pengajaran pada
hari tersebut atau tidak.
ii) Guru memberi latihan
kepada murid iaitu
mencari makna
5P:
Penggabung jalinan,
pengayaan,
pemulihan dan
penilaian
KBT:
Kemahiran berfikir -
membuat inferens
pendek berdasarkan tajuk
yang diberi
Aktiviti Pemulihan:
Menyiapkan petikan yang
diberikan dengan mengisi
tempat kosong.
perkataan, menjawab
soalan berdasarkan
petikan dan menulis
karangan pendek.
iii)Guru membimbing
kumpulan murid yang
memerlukan pemulihan
dengan menyediakan
teks cerita yang perlu
dilengkapkan dengan
mengisi tempat kosong.
KB:
Kemahiran menulis,
dan bertutur.
NILAI:
Menghargai,
kerjasama dan
tekun.
BBM:
Lembaran kerja/
kertas latihan
Penutup
(5 minit)
Guru membuat rumusan
mengenai pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan soalan kepada
murid akan apa yang telah
mereka pelajari.
Guru juga menanyakan
nilai-nilai murni yang
terdapat semasa sesi P&P.
i) Murid digalakkan
supaya mengumpul
maklumat tambahan
daripada bahan-bahan
yang lain bagi
menambahkan
pengetahuan mereka.
ii) Murid juga
menyatakan nilai-nilai
murni yang telah
dipelajari pada hari
tersebut.
Nilai-nilai murni:
- Menghargai
- Bersyukur
- Menghormati
- bekerjasama
REFLEKSI
Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat
serta keizinannya saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu BMM3117 Kaedah
Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Elektif). Saya juga ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membantu dalam memurnikan
lagi tugasan saya ini. Selain itu, saya juga ingin merakankan jutaan terima kasih kepada
rakan-rakan guru di sekolah saya kerana telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu
saya menjalankan pengajaran mikro di sekolah. Memandang tugasan ini adalah tugasan
berkumpulan, saya banyak berdepan dengan masalah sepanjang menyiapkan tugasan ini
terutamanya sewaktu hendak melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas. Ini adalah
kerana kami terdiri dari guru yang berlainan sekolah dan jarak antara kami juga sangat
jauh. Namun setelah berbincang dengan pensyarah tentang masalah yang kami hadapi,
akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kami dibenarkan untuk
melaksanakan pengajaran mikro kami di sekolah masing-masing menggunakan RPH
Bahasa Melayu yang sama dengan strategi, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai
tambah yang menarik.
Pada peringkat awal menyiapkan tugasan ini kami sama-sama berbincang untuk
mengenal pasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa untuk menghasilkan sebuah
esei yang baik. Bagi menghasilkan esei ini kami terpaksa membuat banyak rujukan
samada melalui buku, jurnal dan juga internet untuk mendapatkan maklumat tentang teori
tersebut. Kami juga perlu menghuraikan setiap konsep strategi, kaedah dan teknik serta
pengisian elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu. Setelah segala maklumat diperolehi kami seterusnya membuat perbincangan
mengenai rancangan pengajaran harian yang akan kami laksanakan pengajaran mikro di
sekolah.
Kami mengambil keputusan untuk menyediakan RPH Bahasa Melayu untuk Tahun
5 dengan tema Kebudayaan. Kami menggunakan teknik pengajaran Assure di mana
dalam RPH ini kami banyak menggunakan teknologi maklumat semasa PdP. Untuk
melaksanakan pengajaran mikro ini saya sekali lagi menghadapi masalah kerana saya
tidak mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Setelah berbincang dengan Ketua Panitia
Bahasa Melayu di sekolah serta sedikit pengalaman yang saya ada sewaktu mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan
pengajaran tersebut dengan jayanya.
Sepanjang pengajaran mikro yang saya lakukan saya dapati murid-murid sangat
gembira dan teruja terutama sewaktu saya menayangkan power point tentang perayaan di
Malaysia. Mereka juga sangat seronok sewaktu perbincangan yang diadakan
menggunakan pawer point. Saya dapati penerapan elemen kemahiran bernilai tambah
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik kerana ia dapat memupuk
potensi murid yang kritis, kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat sewaktu saya menjalankan
pengajaran mikro saya. Di sini saya dapati semua murid dapat menonjolkan potensi
mereka masing-masing menggunakan teknologi makumat.
Akhir kata sebagai seorang guru saya akan pastikan setiap pengajaran dan
pembelajaran yang akan berlangsung saya perlu pelbagaikan pengaplikasian pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan
yang berilmu dan mempunyai potensi diri.
AKTIVITI SEPANJANG PENGAJARAN MIKRO
Rph bahasa melayu tahap 2

More Related Content

What's hot

Rph kssr thn 2 tatabahasa
Rph kssr thn 2 tatabahasaRph kssr thn 2 tatabahasa
Rph kssr thn 2 tatabahasa
Azual Hamdan
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
mabaa73
 
Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2
Nztl_Ash
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
Suhaida Anior
 
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSRRph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Puyam Sabar
 

What's hot (20)

Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 
Rph kssr thn 2 tatabahasa
Rph kssr thn 2 tatabahasaRph kssr thn 2 tatabahasa
Rph kssr thn 2 tatabahasa
 
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
Pengenalan asas drama (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083)
 
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan MalaysiaSejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
Sejarah Perkembangan Drama Di Dunia dan Malaysia
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAH
 
RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Rph menulis
Rph menulisRph menulis
Rph menulis
 
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
Asas lakonan (watak dan perwatakan) - Drama dalam Pendidikan BMMB3083
 
Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2Rph sajak tingkatan 2
Rph sajak tingkatan 2
 
Rph pengakap m2
Rph pengakap m2Rph pengakap m2
Rph pengakap m2
 
Contoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikumContoh penulisan jurnal praktikum
Contoh penulisan jurnal praktikum
 
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
 
Teori Nahu Tradisional
Teori Nahu TradisionalTeori Nahu Tradisional
Teori Nahu Tradisional
 
07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa07 aspek-tatabahasa
07 aspek-tatabahasa
 
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
RPH KSSR BM (kemahiran mendengar dan bertutur)
 
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSRRph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
 
04 kemahiran membaca
04   kemahiran membaca 04   kemahiran membaca
04 kemahiran membaca
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
 
Contoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mpContoh rpi pk mp
Contoh rpi pk mp
 

Viewers also liked

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
zahorien
 
RPH KSSR BM (didik hibur)
RPH KSSR BM (didik hibur)  RPH KSSR BM (didik hibur)
RPH KSSR BM (didik hibur)
Suhaida Anior
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Nor Hasnizah Abd Razak
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
lizapandi
 
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihanContoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
muhammad
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
andry_dwi
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan
keryman313
 

Viewers also liked (20)

Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
 
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
Contoh Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
RPH KSSR BM (didik hibur)
RPH KSSR BM (didik hibur)  RPH KSSR BM (didik hibur)
RPH KSSR BM (didik hibur)
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
 
Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)Skrip (kisah dan teladan)
Skrip (kisah dan teladan)
 
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
Ujian 1 BM Pemahaman Tahun 5
 
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
 
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu
Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Penggal 2 STPM Baharu
 
L10 week 12 - berbelanja
L10   week 12 - berbelanjaL10   week 12 - berbelanja
L10 week 12 - berbelanja
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3
RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3
RPH Bahasa Melayu KKSR Tahun 3
 
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihanContoh rph bahasa melayu pemulihan
Contoh rph bahasa melayu pemulihan
 
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2 Soalan Peperiksaan  Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
Soalan Peperiksaan Bahasa Melayu Tingkatan 5 kertas 2
 
Kertas konsep bercerita
Kertas konsep berceritaKertas konsep bercerita
Kertas konsep bercerita
 
Cerita pendek kanak
Cerita pendek kanakCerita pendek kanak
Cerita pendek kanak
 
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan
 

Similar to Rph bahasa melayu tahap 2

RPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitar
RPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitarRPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitar
RPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitar
Amalia si amal
 

Similar to Rph bahasa melayu tahap 2 (20)

Kpd 3016
Kpd 3016Kpd 3016
Kpd 3016
 
Rph 1
Rph 1Rph 1
Rph 1
 
Bm2
Bm2Bm2
Bm2
 
Kerja kursus rph tema alam sekitar selamatkan bumi
Kerja kursus rph tema alam sekitar selamatkan bumiKerja kursus rph tema alam sekitar selamatkan bumi
Kerja kursus rph tema alam sekitar selamatkan bumi
 
RPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitar
RPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitarRPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitar
RPP Tematik bermain dengan benda-benda sekitar
 
RPH BM TAHUN 4 TEMA EKONOMI BERWAWASAN
RPH BM TAHUN 4 TEMA EKONOMI BERWAWASAN RPH BM TAHUN 4 TEMA EKONOMI BERWAWASAN
RPH BM TAHUN 4 TEMA EKONOMI BERWAWASAN
 
401a Desain Pembelajaran SOSBUD MI.pptx
401a Desain Pembelajaran SOSBUD MI.pptx401a Desain Pembelajaran SOSBUD MI.pptx
401a Desain Pembelajaran SOSBUD MI.pptx
 
RPP iman kepada k itab allah
RPP iman kepada k itab allahRPP iman kepada k itab allah
RPP iman kepada k itab allah
 
Iman kepada kitab Allah
Iman kepada kitab AllahIman kepada kitab Allah
Iman kepada kitab Allah
 
RPP Iman kepada Kitab Allah
RPP Iman kepada Kitab AllahRPP Iman kepada Kitab Allah
RPP Iman kepada Kitab Allah
 
01 iman kepada kitab allah
01 iman kepada kitab allah01 iman kepada kitab allah
01 iman kepada kitab allah
 
01 iman kepada kitab allah
01 iman kepada kitab allah01 iman kepada kitab allah
01 iman kepada kitab allah
 
01 iman kepada k itab allah
01 iman kepada k itab allah01 iman kepada k itab allah
01 iman kepada k itab allah
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran 1
Rencana pelaksanaan pembelajaran 1Rencana pelaksanaan pembelajaran 1
Rencana pelaksanaan pembelajaran 1
 
Rpp narrattive kelas X SMK
Rpp narrattive kelas X SMKRpp narrattive kelas X SMK
Rpp narrattive kelas X SMK
 
Rph
RphRph
Rph
 
RPH BM
RPH BMRPH BM
RPH BM
 
01 iman-kepada-kitab-allah
01 iman-kepada-kitab-allah01 iman-kepada-kitab-allah
01 iman-kepada-kitab-allah
 
01 iman-kepada-kitab-allah
01 iman-kepada-kitab-allah01 iman-kepada-kitab-allah
01 iman-kepada-kitab-allah
 
RPP KELAS X SEMESTER 2 baru.pdf
RPP KELAS X SEMESTER 2 baru.pdfRPP KELAS X SEMESTER 2 baru.pdf
RPP KELAS X SEMESTER 2 baru.pdf
 

More from Nor Laili Razali (8)

Topeng muka
Topeng mukaTopeng muka
Topeng muka
 
Rph sains thn 3
Rph sains thn 3Rph sains thn 3
Rph sains thn 3
 
Bentuk fasa bulan
Bentuk fasa bulanBentuk fasa bulan
Bentuk fasa bulan
 
Borang bajukasut
Borang bajukasutBorang bajukasut
Borang bajukasut
 
Senarai semak penerimaan susu 1 malaysia
Senarai semak penerimaan susu 1 malaysiaSenarai semak penerimaan susu 1 malaysia
Senarai semak penerimaan susu 1 malaysia
 
Fail meja 3 k
Fail meja 3 kFail meja 3 k
Fail meja 3 k
 
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-160505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
 
Laporan amali 1 batuan email kelas
Laporan amali 1 batuan email kelasLaporan amali 1 batuan email kelas
Laporan amali 1 batuan email kelas
 

Recently uploaded

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Recently uploaded (20)

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 

Rph bahasa melayu tahap 2

  • 1. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHAP 2 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 5 Cemerlang Bilangan Murid : 36 orang Tema : Kebudayaan Tajuk : Perayaan di Malaysia Tarikh : 10 Mac 2014 Masa : 60 minit Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat; i. menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan ii. membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia iii. menulis karangan pendek mengenai pengalaman mereka menyambut perayaan masing-masing dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. Fokus P&P : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi berdasarkan tanda baca. Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca. 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk yang diberi. Kemahiran Bahasa (KB) : Kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar. Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonasi. Ilmu : Bahasa Melayu, Kebudayaan Nilai : Kesenian, menghayati, menghormati dan menghargai.
  • 2. Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) : i) Kemahiran Berfikir Membuat perbezaan, membuat inferens dan kemahiran mengkategori. ii) Kemahiran Belajar Menerima maklumat, memproses dan melaporkan. iii) Kecerdasan Pelbagai Kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan emosi. iv) Pembelajaran Kontekstual Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai perayaan yang terdapat di Malaysia dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah. v) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Murid dapat menggunakan teknologi semasa P&P. BBM : Powerpoint, buku latihan dan alat tulis. Konsep 5P : i) Penggabung jalinan ii) Penyerapan iii) Pengayaan iv) Pemulihan v) Penilaian
  • 3. Langkah/ Masa Isi pelajaran Aktiviti Pelajaran Catatan Set induksi (5 minit) Murid ditayangkan power point yang berkaitan dengan jenis-jenis perayaan yang terdapat di Malaysia. i) Murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya. ii) Murid diminta untuk membezakan jenis perayaan mengikut kaum dan menceritakan pengalaman mereka iii) Guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajar pada hari tersebut. 5P: Penggabung jalinan dan penyerapan KBT: Kemahiran berfikir - membuat perbezaan Pembelajaran kontekstual - kaitan tajuk dengan pengalaman murid BBM: Power point Langkah 1 (15 minit) Guru memberi teks cerita yang bertajuk “Perayaan di Malaysia” melalui power point Petikan : Perayaan Di Malaysia Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum majoriti iaitu Melayu, Cina, dan India. Semua kaum mempunyai hari kebesaran masing-masing. Bagi masyarakat Melayu, mereka menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban. Tahun Baru Cina pula disambut oleh masyarakat Cina, manakala Kaum India akan merayakan Deepavali. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama Islam juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Hari Raya ini disambut dengan kesyukuran. Umat Islam bermaaf-maafan dan kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Islam di seluruh dunia. Hari Raya Korban jatuh pada hari ke-sepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Selepas bersembahyang, ibadah korban dengan menyembelih lembu, kerbau, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya golongan fakir miskin. Tahun Baru Cina pula disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina. Setiap tahun perayaan Tahun Baru Cina akan disebut dengan nama-nama haiwan yang tertentu. Setiap haiwan ini memberi makna dan tuahnya yang tersendiri. Pada malam Tahun Baru Cina semua ahli keluarga berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama . Sepanjang Tahun Baru Cina berlangsung, Tarian Singa dimainkan dari rumah ke rumah dan kedai-kedai untuk memberi berkat kepada mereka yang merayakan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah Perayaan Chap Goh Meh. Manakala Deepavali pula disambut oleh masyarakat Hindu. Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Pada pagi hari masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil. Selepas sembahyang mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Biasanya suri rumah akan menyediakan kotak-kotak kecil berisi manisan dan akan dibawa bersama apabila berkunjung ke rumah saudara –mara mereka. i) Murid dikehendaki untuk mengklik salah satu pautan yang disediakan. ii) Murid diminta membaca petikan secara individu dengan kuat dan mengikut intonasi serta gaya yang betul. iii)Murid-murid yang lain dikehendaki mendengar dan meneliti teks sambil memahami petikan tersebut. iv) Kemudian guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan petikan tersebut. KBT: Kemahiran Teknologi Maklumat - murid mendapat peluang menggunakan komputer untuk klik pautan. BBM: Teks petikan dan power point KB: Kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
  • 4. Langkah 2 (15 minit) Guru mengadakan perbincangan kumpulan antara murid-murid dan melakukan pembentangan melalui power point. i) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii) Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. iii)Murid dikehendaki membentangkan perbezaan antara perayaan yang terdapat di Malaysia dan bandingkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka. iv) Kemudian kumpulan yang berjaya menyiapkan dahulu akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan mereka akan mendapat ganjaran. v) Guru bertanya berkaitan dengan tajuk dan pengetahuan sedia ada mereka. KBT: Menghubung kait, pembelajaran kontekstual dan menjana idea NILAI: Hormat-menghormati dan kerjasama. BBM: Power point Langkah 3 (20 minit) Guru memberi latihan kepada murid-murid. Aktiviti Pengayaan: Mencari makna perkataan, menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi dan menulis karangan i) Guru terlebih dahulu menyoal murid sama ada mereka memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut atau tidak. ii) Guru memberi latihan kepada murid iaitu mencari makna 5P: Penggabung jalinan, pengayaan, pemulihan dan penilaian KBT: Kemahiran berfikir - membuat inferens
  • 5. pendek berdasarkan tajuk yang diberi Aktiviti Pemulihan: Menyiapkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong. perkataan, menjawab soalan berdasarkan petikan dan menulis karangan pendek. iii)Guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan teks cerita yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong. KB: Kemahiran menulis, dan bertutur. NILAI: Menghargai, kerjasama dan tekun. BBM: Lembaran kerja/ kertas latihan Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang telah mereka pelajari. Guru juga menanyakan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi P&P. i) Murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan yang lain bagi menambahkan pengetahuan mereka. ii) Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut. Nilai-nilai murni: - Menghargai - Bersyukur - Menghormati - bekerjasama
  • 6. REFLEKSI Pertama sekali syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinannya saya dapat menyiapkan tugasan saya iaitu BMM3117 Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Elektif). Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya yang banyak membantu dalam memurnikan lagi tugasan saya ini. Selain itu, saya juga ingin merakankan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru di sekolah saya kerana telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu saya menjalankan pengajaran mikro di sekolah. Memandang tugasan ini adalah tugasan berkumpulan, saya banyak berdepan dengan masalah sepanjang menyiapkan tugasan ini terutamanya sewaktu hendak melaksanakan pengajaran mikro di dalam kelas. Ini adalah kerana kami terdiri dari guru yang berlainan sekolah dan jarak antara kami juga sangat jauh. Namun setelah berbincang dengan pensyarah tentang masalah yang kami hadapi, akhirnya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kami dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran mikro kami di sekolah masing-masing menggunakan RPH Bahasa Melayu yang sama dengan strategi, kaedah dan teknik serta kemahiran bernilai tambah yang menarik. Pada peringkat awal menyiapkan tugasan ini kami sama-sama berbincang untuk mengenal pasti teori-teori huraian dan pemerolehan bahasa untuk menghasilkan sebuah esei yang baik. Bagi menghasilkan esei ini kami terpaksa membuat banyak rujukan samada melalui buku, jurnal dan juga internet untuk mendapatkan maklumat tentang teori tersebut. Kami juga perlu menghuraikan setiap konsep strategi, kaedah dan teknik serta pengisian elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setelah segala maklumat diperolehi kami seterusnya membuat perbincangan mengenai rancangan pengajaran harian yang akan kami laksanakan pengajaran mikro di sekolah. Kami mengambil keputusan untuk menyediakan RPH Bahasa Melayu untuk Tahun 5 dengan tema Kebudayaan. Kami menggunakan teknik pengajaran Assure di mana dalam RPH ini kami banyak menggunakan teknologi maklumat semasa PdP. Untuk melaksanakan pengajaran mikro ini saya sekali lagi menghadapi masalah kerana saya tidak mengajar Bahasa Melayu di sekolah. Setelah berbincang dengan Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah serta sedikit pengalaman yang saya ada sewaktu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dahulu Alhamdulillah, saya dapat melaksanakan pengajaran tersebut dengan jayanya.
  • 7. Sepanjang pengajaran mikro yang saya lakukan saya dapati murid-murid sangat gembira dan teruja terutama sewaktu saya menayangkan power point tentang perayaan di Malaysia. Mereka juga sangat seronok sewaktu perbincangan yang diadakan menggunakan pawer point. Saya dapati penerapan elemen kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat baik kerana ia dapat memupuk potensi murid yang kritis, kreatif dan inovatif. Ini dapat dilihat sewaktu saya menjalankan pengajaran mikro saya. Di sini saya dapati semua murid dapat menonjolkan potensi mereka masing-masing menggunakan teknologi makumat. Akhir kata sebagai seorang guru saya akan pastikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang akan berlangsung saya perlu pelbagaikan pengaplikasian pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan modal insan yang berilmu dan mempunyai potensi diri.