SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
PENGENALAN
Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah
diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark
dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan
yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu.
Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang
pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan
dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang
bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali
sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan)
telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov.
PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING
Peringkat Kebangsaan (Malaysia)
Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada
sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia
bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan
kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang
dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus
bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-
guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah.
Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984
dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi
perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik
telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat
kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu
permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan
Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang
mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New
Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar
Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan
antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman.
Peringkat Sekolah dan Maktab
Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk
melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan
kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada
tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil
permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin
menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di
Kuala Lumpur.
Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan
dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai
45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan
kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di
kalangan penuntut maktab.
PERALATAN PERMAINAN
PENGENALAN
Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan
yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau
gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang
sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan.
GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN
PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan
boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen
atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk
segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol.
Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu
garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang
berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-
putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol.
Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan
gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol
ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan
panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam
gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm.
BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna
yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah
seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)
Bola saiz 3.
Berat antara 425 g sehingga 475 g.
Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga
16 tahun)
Bola saiz 2.
Berat antara 325 g hingga 375 g.
Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun)
Bola saiz 1.
Berat antara 290 g hingga 330 g.
Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.
Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan
disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan
tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat
antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.
TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri
daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.
Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya
3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan
dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan
palang ialah 8 cm.
PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju
lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua
pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang
perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya
dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada
pemain-pemain adalah tidak dibenarkan.
Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10
orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan
memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk
penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain
gelanggang.
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Mengelecek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol
Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas
dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3
kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola
2. Menangkap bola
3. Menjaring
KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA
Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang
sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola
jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
a) Hantaran bahu
b) Hantaran lantun
c) Hantaran aras dada
d) Hantaran lompat
e) Hantaran sisi
HANTARAN BAHU
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan
Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan
cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau
memusingkan badannya.
HANTARAN LANTUN
Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah
bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini
biasanya dilakukan dengan sebelah tangan.
HANTARAN ARAS DADA
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang.
Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil
tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
HANTARAN LOMPAT
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang.
Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang
membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola
tidak terlepas kepada pihak lawan.
HANTARAN SISI
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan
pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah
penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak
melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang
mempunyai tapak tangan yang besar.
PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA
Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari
sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut:
a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan?
b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya?
c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif?
d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh
pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola?
PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas
ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan
kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk
menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam
permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas
kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau
menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu
sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan.
Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran
menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan
pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku
sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu,
jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan
bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku
dengan cepat.
KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan
bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan
kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks.
Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap
tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis
hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul
bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi
permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu
jari berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang
selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan
kaki belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam
kedudukan seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan
jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola
yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada
jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut
membengkok dan tangan terbalik.
Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi,
hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.
CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya
hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan
dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua
belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala
ke bawah semasa menangkap bola.
3. Menangkap bola dengan sebelah tangan
Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi
tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima
hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang
kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang
bola.
4. Menangkap bola tinggi
Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor
yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa
yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik
sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya
dengan lebih kemas.
KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu
jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.
MEMEGANG BOLA
Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih
daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan
gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu
memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan
digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya.
Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan
mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan
pemain melakukan gerakan yang seterusnya.
Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan
dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar
tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada
pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan.
PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum
pertama Newton iaitu Humum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak
akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia
akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika
diganggu oleh daya luar.
Konsep – konsep Penting dalam Inersia
1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang
sedang bergerak.
3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat
(menyerap momentum)
Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola
dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut.
Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah
terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan
berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.
KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu
pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya
dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah
gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka,
bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh
semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada
pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.
Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan
melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada
barisan belakang yang akan menjaringkan bola.
Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama
yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran
dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah
berputus asa.
PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol
dalam permainan bola baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak
dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.
5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu.
6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol.
JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala
Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta
mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-
pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan
kedudukan bergerak atau berlari.
Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke
atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran.
Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia
boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi.
Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau
pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.
Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut:
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan.
Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala,
tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak
tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan,
terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan
yang berbahaya.
Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh
daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya,
jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.
Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain
memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat
jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala.
Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.
Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan
sendiri boleh mengelirukan penjaga gol.
2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara
memusingkan bahu dan lengannya.
3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di
celah-celah kaki penjaga gol.
4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka
sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang.
Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan
yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,
dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat
pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol
atau pemain pertahanan.
Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan
lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini
membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol
pihak lawan.
Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan
lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal.
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.
Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri
dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan
sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di
bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut.
Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain
baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada
aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma.
Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan
badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.
Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang-
undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan.
Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung
untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang
memperoleh bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika
terjadi serangan pantas.
Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang
terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang
kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk
menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika
hendak membuat jaringan bola.
Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana
salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau
halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:
1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan
gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai
beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas
bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan
tepat ke sasaran.
2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk
memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan
memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah
sasaran dengan tepat.
Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran
pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada
jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh
badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan
objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut
lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang.
LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat
a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak,
angkat tangan kanan)
c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan
(bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3
orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol).
Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
Teaching Games for Understanding
(TGfU) Approach
The Teaching Games for Understanding (TGfU) approach was developed by researchers at
Loughborough University in the United Kingdom to tap into children’s inherent desire to
play. Bunker and Thorpe (1982) developed TGfU around the concept of teaching kids
games by playing games. Butler et al. (2008) identified six Basic TGfU Concepts:
1. Teach games through games.
2. Break games into their simplest format - then increase complexity.
3. Participants are intelligent performers in games.
4. Every learner is important and is involved.
5. Participants need to know the subject matter.
6. Need to match participants’ skill and challenge.
Recent approaches to TGfU have advocated for a thematic approach to teaching games.
Rather than teaching sport-specific units (e.g., volleyball unit, soccer unit), children and
youth gain skills and knowledge to apply to different sports by playing a variety of games
associated with 4 game categories:
 Target Games in which the participant propels an object, preferably with a high degree of
accuracy, at a target.
 Net/Wall Games in which the participant propels an object into space trying to make it
difficult for an opponent to return it.
 Striking/Fielding Games in which the participant strikes an object so it is placed away from
defenders in the field.
 Territory Games in which participants invade an opponent's territory to score.
These categories represent games and activities that are similar in structure. By exposing
children and youth to the primary rules, fundamental skills, and tactical problems associated
with each category, they become literate in a variety of games, activities and sports and
develop an understanding and competency of the skills and tactics associated with playing
sports.
The skills and strategies used in the PlaySport activities are applicable to several different
sports. For example, if a child understands the basic concept behind keeping possession of
an object in an territory game (e.g., use short passes, shield the ball, support the player with
the ball), this will help them to play a variety of territory games whose tactics can be applied
to related sports (e.g., basketball, soccer, handball, lacrosse, wheelchair basketball,
goalball).
In PlaySport, activities have been grouped into specific categories which represent games
and sports which are similar in structure and include aspects of certain sports. For example:
Target
 Boccia
 Bowling
 Golf
Net/Wall
 Badminton
 Sitting Volleyball
 Squash
 Tennis
 Volleyball
 Wheelchair Tennis
Striking/
Fielding
 Baseball
 Cricket
 Softball
Territory
 Basketball
 Goalball
 Handball
 Hockey
 Lacrosse
 Soccer
 Wheelchair Basketball
Individual
Pursuits
 Yoga
 Gymnastics
 Athletics
To promote lifelong healthy, active living for all, it is important not to limit children and youth
to game and sport activities. Many children and youth prefer activities that do not involve
team play, and these can provide plenty of opportunities for fun through the development of
fitness and movement skills related to control of body rhythm, movement aesthetics,
creativity, sequencing, composition and stability. With this in mind, PlaySport also includes
Individual Pursuit activities. These are games in which children work individually with their
own equipment, or in some cases interact with others, monitoring their own behaviour,
movements and physical expenditure.
Teaching Games for Understanding is a child-centred approach where the leader acts as a
facilitator and the participants make their own adaptations in order to maximize the level of
challenge and fun! The following steps are elements of a Teaching Games for
Understanding approach:
 Activity Appreciation: trying out a version of the activity in a small-group
 Tactical Awareness: developing understanding of common elements of games and tactics
needed for success
 Decision-Making: learning and practising making decisions in action, in response to
different situations
 Application of Skills: identifying and practising the skills needed to improve play
 Performance: putting it all together, applying the skills, decision-making and tactics in
game situations
The process is a cyclical one with participants continuing to adapt and change as needed
for the best playing experience.
http://www.ausport.gov.au/sportscoachmag/coaching_processes/teaching_games_for_understanding
http://www.playsport.net/about-playsport/teaching-games-understanding-tgfu
http://web.uvic.ca/~thopper/WEB/articles/Advante/TGFUmotorlearn.pdf
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA
SURAT
1.0 Pengenalan TGFU
1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU
1.2 Perkembangan TGFU
1.2.1 Sasaran (Target)
1.2.2 Striking/ Fielding
1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall)
1.2.4 Serangan (Invasion)
1.3 Permainan Jaring/ Dinding
1.3.1 Bola Tampar
1.3.2 Sepak Takraw
1.3.3 Skuasy
1.3.4 Tenis
1.3.5 Tenis Meja
1.3.6 Badminton
1
2
3
4
5
2.0 Kategori Jaring/ Dinding
2.1 Matlamat
2.2 Objektif
2.3 Tarikh
2.4 Jangka Masa
2.5 Tempat
2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak)
2.7 Bilangan Peserta
2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan
2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja
2.8.2 Senarai Nama Peserta
2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan
Permainan
- Senarai Semak Peralatan
- Senarai Semak Sebelum Permainan
- Senarai Semak Semasa Permainan
- Senarai Semak Selepas Permainan
2.8.4 Senarai Alatan
2.8.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan
2.8.5.1Pelan Kedudukan Pelaksanaan
Permainan
2.8.5.2Langkah-langkah Pelaksanaan
6
7
8
9
10
11
12
13
13
14
Permainan
2.8.5.3Peraturan dan Syarat-syarat
Permainan
2.8.5.4Sistem Permarkahan 15
3.0 Rumusan 16
4.0 Refleksi Kendiri
Chai Xiao Min
Chow Yin Yin
Chuah Xue Li
Kong Yee Ming
Lim Feng Ying
17
19
21
23
25
5.0 Bibliografi 27
6.0 Lampiran 28
1.0 Pengenalan TGFU
Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran
yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh.
TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan
perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk
kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)
TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap
permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.
TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU
supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas
Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta
bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan
permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.
Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan
menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan
yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih
bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan
pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.
1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU
Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang membuat
kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom. Terdapat beberapa faktor yang mendorong
mereka untuk berusaha dalam mengkaji TGFU.
Pada masa itu, pencapaian permainan adalah kurang memuaskan.Murid-murid kurang
menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan oleh guru. Murid-murid adalah bersifat
lebih pasif dan tidak aktif dalam permainan.
Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan.
Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan. Permainan
yang dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapat mempelajari
sesuatu melalui permainan.
Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam
membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang
banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan.
Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa itu adalah terlalu
bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Mereka ingin mengkaji satu set
kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab kadar perkembangan
dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang
mementingkan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha untuk
mengkaji TGFU.
(rujuk kepada http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf)
1.2 Perkembangan TGFU
Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk
menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah
menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama:
1.2.1 Sasaran (Target)
- menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid
mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh
permainan adalah seperti bowling, achery dan golf
1.2.2 Striking/ Fielding
- perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan
striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding
akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata
dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang
ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket.
1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall)
- permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan suatu alat
manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan
dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh
permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.
1.2.4 serangan (Invasion)
- Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak
lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti soccer, basketball dan handball. (Rujuk
kepadahttp://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf)
1.3 Permainan Net and Wall
1.3.1 Bola tampar
Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi
menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar
sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain
dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam
gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan
betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain
menyentuh bola di atas jaring, kebolehanmelompat ditekankan dalam permainan ini.
1.3.2 Sepak Takraw
Sepak Takraw adalah jenis olahraga campuran dari sepak bola dan bola volley, dimainkan di
lapangan ganda badminton, dan pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan. Permainan ini
berasal dari abad ke-15 dan disebut Takraw dalam bahasa Thai dan Sepak Raga dalam bahasa
Melayu.Bola terbuat dari anyaman rotan dan pemain berdiri membentuk lingkaran. Pada tahun
1940-an hal ini berubah dengan menggunakan jaring dan peraturan angka. Di Filipina permainan ini
disebut Sipa, di Burma Chinlone, di Laos Kator.
1.3.3 Skuasy
Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets",
satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan
dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa
empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu
bola getah yang kecil dan berongga.
1.3.4 Tenis
Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah
gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Pertandingan diadakan mengikut jantina dan
jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan
wanita, bergu (di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta bergu campuran(di mana dua
pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam
empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding.
1.3.5 Tenis meja
Tenis meja, atau ping pong (sebuah merek dagang), adalah suatu olahraga raket yang dimainkan
oleh dua orang (untuk tunggal) atau dua pasangan (untuk ganda) yang berlawanan. Di Republik
Rakyat Cina, nama resmiolahraga ini ialah "bola ping pong". Bola tenis meja adalah gery. Raket
merupakan untuk peralatan memukul bola, dikenal sebagai istilah bat, padle.Raket terdiri dari dua
bahagian iaitu blade dan rubber.
1.3.6 Badminton
Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain
bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (bergu), yang mana posisi
pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring.
Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia
dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu
tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia
melepasi atas jaring.
2.0 Kategori Jaring/ Dinding
2.1 Matlamat
Melalui aktiviti permainan ini, murid- murid dapat:
2.1.1 Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal mereka pada
setiap peringkat perkembangannya.
2.1.2 Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat dicungkil melalui aktiviti
permainan dengan berbagai- bagai cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan
senaman biasa.
2.1.3 Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep- konsep tertentu serta pelbagai
latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu
permainan yang baru.
2.1.4 Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan ketangkasan pergerakan
serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan
yang penuh saingan.
2.1.5 Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka.
2.1.6 Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat.
2.1.7 Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggota tubuh badan dan memahami
mekanisme serta fungsi otot- otot badan dalam tubuh badan mereka.
2.1.8 Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan sesama ahli
dalam kumpulan.
2.2 Objektif
Melalui aktiviti permainan, murid- murid dapat :
2.2.1 Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori permainan
kanak-kanak.
2.2.2 Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang betul dan selamat dalam
sesuatu aktiviti permainan.
2.2.3 Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara kominunikasi dengan
pelajar yang lain.
2.2.4 Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan- permainan lama yang boleh
membantu mereka dalam usaha menyelesaikan masalah.
2.2.5 Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk mencipta sesuatu
permainan yang bermakna serta menyeronokkan.
2.2.6 Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi segala kemahiran
mereka.
2.2.7 Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka boleh belajar dalam
suasana yang menggembirakan dan selesa.
2.2.8 Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur ketika sesuatu aktiviti
permainan dijalankan.
2.2.9 Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalam penyelesaian sesuatu
masalah.
2.3 Tarikh
Permainan ini dijalankan pada 9 Oktober 2008.
2.4 Jangka Masa
Masa yang dijangka bagi permainan ini adalah 30 minit.
2.5 Tempat
Permainan ini digalakkan dijalankan di kawasan yang lapang. Kawasan yang paling sesuai untuk
menjalankan permainan ini ialah di gelanggang tenis.
2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak)
Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun.
2.7 Bilangan Peserta
Dalam permainan ini, pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dalam setiap pusingan. Setiap
kumpulan sekurang-kurangnya mesti mempunyai 6 orang peserta dan seorang ketua akan dilantik
bagi kumpulan masing-masing.
2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan
2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja
Pengelola : Chow Yin Yin
AJK Mencatat Markah : Chuah Xue Li
AJK Peralatan : Chai Xiao Min
AJK Menjaga Masa : Lim Feng Ying
Pengadil : Kong Yee Ming
2.8.2 Senarai Nama Peserta
2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan
Permainan
Bil. Perkara Tindakan
Sebelum Semasa Selepas
1 Perbincangan tentang permainan
(jaring/dinding) diadakan antara
ahli-ahli kumpulan.

2 Perancangan pelan permainan. 
3 Prosedur dan syarat-syarat
ditetapkan bagi permainan.
 
Kumpulan A Kumpulan B
Ho Tet Foong Teh HuiXin
Loh Nan Xi Ng Ke Jun
Ooi Kheng Yee Tan Min Aik
Lim Wei Xiu Furzanne Goh
Ooi Yin Qi Ng Yu Jie
Leong Shi Tian Kong Yau Yau
4 Pemilihan dan penyediaan
peralatan yang sesuai untuk
permainan.

5 Persiapan untuk tapak
permainan.

6 Langkah- langkah keselamatan
yang diambil kira.  
7 Refleksi dibuat bersama-sama
dengan ahli kumpulan. 
SENARAI SEMAK PERALATAN
Bil. Alatan Bil. Alatan Semakan
1. Bola Gymnasium 2
2. Jaring 1
3. Skitel 28
SENARAI SEMAK SEBELUM PERMAINAN
Bil. Perkara Semakan
1. Tempat perlaksanaan permainan dikosongkan.
2. Peralatan disediakan.
3. Semua peserta melaporkan diri.
4. Peserta berpakaian sukan.
5. Memanaskan badan sebelum memulakan permainan.
SENARAI SEMAK SEMASA PERMAINAN
Bil. Jawatan Kuasa dan Perkara Semakan
1. Pengelola memberi penerangan tentang cara
permainan.
2. Pengira markah menerangkan cara pengiraan mata.
3. Pemantau menerangkan peraturan permainan.
4. Pengadil pastikan bilangan peserta mencukupi.
5. Pengadil pastikan permainan dijalankan dengan adil.
SENARAI SEMAK SELEPAS PERMAINAN
Bil. Perkara Semakan
1. Pengira markah mengira dan mengumumkan jumlah
mata.
2. Peralatan dikemas dan dipulangkan.
3. Refleksi bersama peserta permainan dijalankan
Sebelum permainan
2.8.3.1 Pastikan tempat perlaksanaan permainan dikosongkan supaya tidak digunakan
ataupun diganggu oleh pihak lain sebelum atau semasa aktiviti permainan dijalankan.
2.8.3.2 Semua peralatan perlu disediakan terlebih dahulu.
2.8.3.3 Peserta perlu melaporkan diri di gelanggang tennis sebelum 7:45 a.m.
2.8.3.4 Semua peserta diminta berpakaian pakaian sukan yang kemas.
2.8.3.5 Semua peserta diminta memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan
pemainan.
Semasa permainan
2.8.3.6 Semua peserta akan diberi penerangan tentang cara permainan dijalankan,
peraturan, cara pengiraan mata kepada peserta terlebih dahulu.
2.8.3.7 Pengelola perlu memastikan semua peserta memahami cara permainan dijalankan.
2.8.3.8 Mengira bilangan peserta dan pastikan mencukupi.
2.8.3.9 Pencatat markah perlu sentiasa peka terhadap pengiraan mata dan masa permainan.
2.8.3.10 Pengadil perlu memastikan tiada perlanggaran peraturan berlaku semasa pertandingan
dijalankan.
Selepas permainan
2.8.3.11 AJK permarkahan mengira dan mengumumkan markah selepas tamatnya permainan.
2.8.3.12 Semua peralatan dikemaskan dan dipulangkan ke tempat asal.
2.8.3.13 Pastikan tiada peserta yang cedera semasa permainan dijalankan.
2.8.3.14 Semua paserta duduk bersama dan sesi refleksi dijalankan.
2.8.4 Senarai Alatan
Dalam permainan ini, kumpulan saya akan menyediakan:
- 2 biji bola gymnasium
- Jaring (telah disediakan di gelanggang tenis)
- 28 skitel
2.8.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan
2.8.6 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan (rujuk lampiran 1)
2.8.7 Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan
2.8.7.1 Mula-mula, 12 orang pelajar akan dibahagikan kepada 2 pasukan di mana setiap
kumpulan terdiri daripada 6 orang pelajar.
2.8.7.2 Pengelola akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang
bermula dulu.
2.8.7.3 Apabila arahan diberi, peserta yang memulakan bola pertama akan baling ke pihak lawan
sambil menyebut perkataan yang diminta. (tercatat dalam Peraturan Permainan)
2.8.7.4 Peserta yang lain hendaklah menyambut bola yang dihantar oleh pasukan lawan
sebelum bola tersebut dilantunkan di atas lantai.
2.8.7.5 Seterusnya pemain yang mendapatkan bola itu perlu menghantarkan bola kepada pihak
lawan sambil menyebut perkataan yang diarahkan.
2.8.7.6 Peserta yang memegang bola tidak boleh melebihi 3 saat. Peserta harus hantar balik
kepada pihak lawan dengan segera tanpa berhenti.
2.8.8 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan
2.8.8.1 Peserta bebas berdiri di mana-mana tempat asalkan dalam lingkungan gelanggang
yang ditetapkan.
2.8.8.2 Pengelola akan memberikan satu “Tema” untuk permainan dan semua peserta akan
menyebut perkataan yang berkaitan dengan tema tersebut setiap kali peserta
menghantar bola kepada pihak lawan.
2.8.8.3 Contohnya, tema diberi ialah “Buah-buahan”, maka perkataan yang disebut boleh jadi
“durian”, “rambutan”, “pisang” dan sebagainya.
2.8.8.4 Jika peserta yang memegang bola salah menyebut perkataan, memegang bola melebihi
3 saat, gagal menyambut bola, gagal melambung bola melepasi jaring, maka markah
akan diberi kepada pihak lawan.
2.8.8.5 Bola yang dilantun ke atas lantai dikira kalah. Markah akan diberi kepada pihak lawan.
2.8.8.6 Tema permainan ditentukan oleh pengelola dan boleh diubah bila-bila masa.
2.8.9 Sistem Pemarkahan
Pasukan dikira kalah jika:
a. Peserta gagal melambungkan bola melepasi tali ke kawasan pihak lawan.
b. Bola terkeluar daripada kawasan gelanggang.
c. Bola dilantunkan atas lantai (pasukan yang menyambut bola).
d. Peserta salah menyebut perkataan yang berkaitan dengan Tema.
Dengan itu, pasukan lawan akan mendapat 1 markah. Pasukan yang berjaya
mengumpul 10 markah dikira menang.
3.0 RUMUSAN
Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak
melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka
kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan
dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar
yang belajar pada peringkat sekolah rendah.
Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti
permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini.
Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam
sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang
hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam
permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan
menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya,
program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan
dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan
aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan
yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus
memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam
situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian,
kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran
kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu.
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang
penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya
mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari
gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek
kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani
kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi
pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat
persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran
terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.
3.0 BIBIOGRAFI
Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan Jasmani
Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications
Sdn. Bhd.
Rujukan Elektronik
Dr. Paul Webb, Dr. Phil Pearson, Greg Forrest
Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical
education.
http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf
Accessed on 24 September 2008
James L. Mandigo, Nicholas L. Holt (2002)
The Inclusion of Optimal Challenge in Teaching Games for
Understanding http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf
Accessed on 29 September 2008
James Mandigo, Joanna Sheppard
Children's Affective Experiences in TGFU Game
Environments.http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.p
df Accessed on 29 September 2008
Overview of TGFU Modal
http://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Games
Acessed on 30 September 2008
Lampiran 1
Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

More Related Content

What's hot (17)

Teknik Kemahiran Asas Hoki
Teknik Kemahiran Asas HokiTeknik Kemahiran Asas Hoki
Teknik Kemahiran Asas Hoki
 
Bola besar
Bola besarBola besar
Bola besar
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
bola sepak
 bola sepak bola sepak
bola sepak
 
91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar91456967 bola-tampar
91456967 bola-tampar
 
Kliping bola volvy 2
Kliping bola volvy 2Kliping bola volvy 2
Kliping bola volvy 2
 
uitm~hockey1
uitm~hockey1uitm~hockey1
uitm~hockey1
 
Permainan bola basket
Permainan bola basketPermainan bola basket
Permainan bola basket
 
Kliping basket
Kliping basketKliping basket
Kliping basket
 
Makalah Tentang Sejarah Sepak Bola
Makalah Tentang Sejarah Sepak BolaMakalah Tentang Sejarah Sepak Bola
Makalah Tentang Sejarah Sepak Bola
 
permainan bola voli, basket, sepak bola
permainan bola voli, basket, sepak bolapermainan bola voli, basket, sepak bola
permainan bola voli, basket, sepak bola
 
Pjk
PjkPjk
Pjk
 
Gambar kliping
Gambar klipingGambar kliping
Gambar kliping
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
Kemahiran asas hoki
Kemahiran asas hokiKemahiran asas hoki
Kemahiran asas hoki
 
Materi penjasorkes kelas x
Materi penjasorkes kelas xMateri penjasorkes kelas x
Materi penjasorkes kelas x
 
kemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjangkemahiran permainan bola keranjang
kemahiran permainan bola keranjang
 

Viewers also liked

KEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARINGKEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARING
Farah Latiff
 
Kajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..heheKajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..hehe
amir hebat
 
Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)
shah man
 
contoh lesson plan
contoh lesson plancontoh lesson plan
contoh lesson plan
Nuril Ekma
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
Ckg Nizam
 
perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal
perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikalperkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal
perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal
Nur Fateha
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Fanera Jeffery
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Arra Asri
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
fairyzan
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
takdir10
 

Viewers also liked (19)

KEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARINGKEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARING
 
Sofbol
SofbolSofbol
Sofbol
 
Kajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..heheKajian tindakan..hehe
Kajian tindakan..hehe
 
bola keranjang
bola keranjangbola keranjang
bola keranjang
 
Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)Prposal tgfu (1)
Prposal tgfu (1)
 
1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor
 
contoh lesson plan
contoh lesson plancontoh lesson plan
contoh lesson plan
 
Lesson plan (rph) minggu 2
Lesson plan (rph) minggu 2Lesson plan (rph) minggu 2
Lesson plan (rph) minggu 2
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal
perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikalperkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal
perkembangan kanak kanak-perkembangan fizikal
 
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola JaringTopik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
Topik 4 Kemahiran Asas Bola Jaring
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAHRANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PRASEKOLAH
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandinganPanduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
Panduan tugas-jawatankuasa-pertandingan
 
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
Kertas kerja lawatan ke kl jun 2011
 
Force summation powerpoint
Force summation powerpointForce summation powerpoint
Force summation powerpoint
 

Similar to Bahan proposal sem 7

02bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp01
02bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp0102bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp01
02bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp01
Anuar Ibrahim
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
Afzan Razali
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
Ryan Gotil
 
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeTugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Nazirah Umar
 
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
QKS2115 Kumpulan 1
 

Similar to Bahan proposal sem 7 (20)

02bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp01
02bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp0102bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp01
02bolabaling 100705195408-phpapp02-110504041702-phpapp01
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
 
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balinghbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
 
Pjm3111
Pjm3111Pjm3111
Pjm3111
 
Permainan bola tampar
Permainan bola tamparPermainan bola tampar
Permainan bola tampar
 
Bola jaring
Bola jaringBola jaring
Bola jaring
 
HandBall.pdf
HandBall.pdfHandBall.pdf
HandBall.pdf
 
Sejarah bola basket
Sejarah bola basketSejarah bola basket
Sejarah bola basket
 
Asal usul permainan bola basket
Asal usul permainan bola basketAsal usul permainan bola basket
Asal usul permainan bola basket
 
ppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptxppt bola basket.pptx
ppt bola basket.pptx
 
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptxMATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
MATERI_PERMAINAN_BOLA_VOLI_BAGUS.pptx
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
Sepak bola
Sepak bolaSepak bola
Sepak bola
 
Makalah Bola basket
Makalah Bola basketMakalah Bola basket
Makalah Bola basket
 
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpeTugasan kontemporari model bunker and thorpe
Tugasan kontemporari model bunker and thorpe
 
Materi Penjasorkes Lengkap
Materi Penjasorkes LengkapMateri Penjasorkes Lengkap
Materi Penjasorkes Lengkap
 
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kump. 1
 
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
Modul Bola Keranjang QKS2115 Kumpulan 1
 

Bahan proposal sem 7

  • 1. PENGENALAN Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. PERKEMBANGAN SUKAN BOLA BALING Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru- guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman. Peringkat Sekolah dan Maktab Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling untuk melatih guru-guru dari semua negeri di Malaysia dalam aspek pengadilan dan kejurulatihan. Kursus pertama telah diadakan di Kompleks TUDM di Lumut, Perak pada
  • 2. tahun 1985 bagi melatih guru-guru yang berminat menjadi jurulatih dan pengadil permainan. Pada tahun 1986, satu lagi kursus untuk melatih guru-guru yang ingin menjdi pengadil permainan telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor di Kuala Lumpur. Di peringkat maktab perguruan pula, permainan bola baling telah mula aktif dan dipertandingkan dalam Pestarama Maktab pada tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah menghadiri satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha memperkenal dan mempopularkan permainan ini di kalangan penuntut maktab. PERALATAN PERMAINAN PENGENALAN Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau luar dewan. Peralatan yang diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang diperlukan ialah padang atau gelanggang (tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal permainan. GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG (KAWASAN PERMAINAN) Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup. Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah. Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6 meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus- putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran selebar 5 cm. BOLA Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut : 1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas)
  • 3. Bola saiz 3. Berat antara 425 g sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm. 2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g. Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm 3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm. Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. TIANG GOL Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang ialah 8 cm. PEMAIN DAN PAKAIAN Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek, stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan. Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk
  • 4. penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang. KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING 1. Berlari 2. Melompat 3. Hantaran bola 4. Menyambut bola 5. Mengelecek bola dengan tangan 6. Mengadang 7. Menjaring 8. Menjaga gol Di dalam kerja kursus ini, saya akan menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran asas dalam Bola Baling dan prinsip sains yang berkaitan dengan kemahiran tersebut. 3 kemahiran asas tersebut ialah : 1. Hantaran bola 2. Menangkap bola 3. Menjaring KEMAHIRAN PERTAMA : HANTARAN BOLA Dalam permainan Bola Baling terdapat beberapa cara penghantaran bola yang sama dengan cara-cara yang digunakan dalam permainan bola keranjang dan bola jaring. Jenis hantaran yang biasa digunakan adalah seperti berikut : a) Hantaran bahu b) Hantaran lantun c) Hantaran aras dada d) Hantaran lompat e) Hantaran sisi HANTARAN BAHU Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya, cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh. Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan bersedia, pemain boleh terus mengelecek, menjaring, menukar hala hantaran atau memusingkan badannya. HANTARAN LANTUN
  • 5. Dilakukan apabila membuat hantaran secara mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan sebelah tangan. HANTARAN ARAS DADA Berasal daripada kemahiran yang sama dalam permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan hendaklah ikut lajak di akhir tolakan. HANTARAN LOMPAT Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari permainan bola keranjang. Biasanya apabila seorang penyerang melompat untuk menjaring tidak berpeluang membuat demikian, ia akan membuat hantaran terus kepada kawannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan. HANTARAN SISI Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak perlu memusingkan badannya untuk menghadap ke arah penerima hantarannya apabila hantaran sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar. PRINSIP ASAS HANTARAN BOLA Keberkesanan sesuatu hantaran bola oleh seorang pemain bola dilihat dari sejauh mana hantaran itu memenuhi prinsip-prinsip asas yang berikut: a) Suai-masa (timing) – bilakah bola patut dilepaskan? b) Ketepatan – adakah bola ditujukan kepada sasarannya? c) Arah – ke manakah bola dihantar supaya permainan menjadi positif? d) Kekuatan – sekuat manakah boal patut dibaling dalam situasi yang dihadapi oleh pemain supaya sesuai dengan jarak dan kedudukan pemain yang menerima bola? PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk
  • 6. menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut: a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi. b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep – konsep Penting dalam Sistem Tuas 1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya. 2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan itu sendiri. 3. Paksi/fulkrum – sendi 4. Lengan daya dan lengan beban. a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat. b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih dihasilkan. Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu, jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan hantaran bola itu berlaku dengan cepat. KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA Prinsip utama dalam menangkap bola ialah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat atau sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut: 1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya. 2. Kedua-dua belah tangan direnggangkan dan dihulurkan ke arah bola. 3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari berfungsi sebagai penahan bola. 4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
  • 7. 5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki belakang. 6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan seimbang. 7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. CARA MENANGKAP BOLA 1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik. 2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa menangkap bola. 3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola hendaklah berada di belakang bola. 4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya dengan lebih kemas.
  • 8. KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA 1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan. 2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang. 3. Tidak menggunakan pergelangan tangan. 4. Genggaman yang tidak kemas. 5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan. MEMEGANG BOLA Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan memegangnya tidak lebih daripada 3 saat sebelum menghantarnya kepada rakan atau terus membuat jaringan gol. Dalam masa yang singkat ini, pemain menguasai bola sepenuhnya. Pemain perlu memegang bola dengan kedua-dua belah tangannya kerana jika sebelah tangan digunakan, kemungkinan bola terlepas daripada pegangannya. Apabila bola dirapatkan ke dada, ia dipegang erat oleh jari-jari yang dibuka dan mengarah ke depan. Pegangan yang kukuh ini adalah penting bagi membolehkan pemain melakukan gerakan yang seterusnya. Umumnya, memegang bola hendaklah menggunakan kedua-dua belah tangan dan berkedudukan pada aras dada. Pegangan ini hendaklah sekejap mungkin agar tidak mengganggu pergerakan bola serta memberikan masa dan kesempatan kepada pemain pertahanan pasukan lawan mengatur pertahanannya atau mematah serangan. PRINSIP SAINS DALAM MENANGKAP BOLA Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum pertama Newton iaitu Humum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika diganggu oleh daya luar. Konsep – konsep Penting dalam Inersia 1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil. 2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum) objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum) Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut. Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.
  • 9. KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam sesuatu permainan bola baling ialah 40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol. Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol. Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola. Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan tidak mudah berputus asa. PRINSIP – PRINSIP UTAMA Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola baling. Antaranya ialah: 1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap pemain. 2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan dalam tempoh permainan. 3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada gerakan yang hendak dilaksanakan. 4. Pemain mengikut lajak. 5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran tertentu. 6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan kedudukan penjaga gol. JENIS JARINGAN Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain- pemain baru. Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan kedudukan bergerak atau berlari. Teknik melakukan jaringan dari atas kepala ialah: 1. Pemain bergerak satu langkah ke depan. 2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan membengkok. 3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.
  • 10. 4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke arah sasaran. 5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas membuat hantaran. Jaringan dari Bawah Lengan Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol. Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan. Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti berikut: 1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah aras bahu. 2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar dengan kuat ke sasaran. 3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan tangan kanan dilepaskan. Jaringan Lompat Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas kepala, tetapi perkara yang terpenting ialah dalam jaringan lompat ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan, banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan. Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan. 2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu daripada empat penjuru gol pihak lawan. 3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan. 4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak. Kelebihan-kelebihan yang ada pada jaringan lompat adalah seperti berikut: 1. Dari mula bergerak hingga membuat lompatan, penjaring yang membuat lompatan sendiri boleh mengelirukan penjaga gol. 2. Penjaring atau penyerang gol boleh menukar arah jaringan dengan pantas secara memusingkan bahu dan lengannya. 3. Pemain boleh melontar bola ke tanah untuk dilantunkan dan bergolek ke dalam gol di celah-celah kaki penjaga gol.
  • 11. 4. Oleh sebab penjaring terpaksa melompat untuk membuat jaringan gol, maka mereka sudah tentu mempunyai kelebihan psikologi dan peluang. Jaringan pada Aras Paha Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol. Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan. Jaringan Sisi Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut. Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik, hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain membengkokkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut jaringan. Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut: 1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol. 2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya ke udara menuju ke kawasan gol. 3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat. 4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.
  • 12. Jaringan Penalti Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini terhad mengikut undang- undang penting, iaitu kaki penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat selepas pengadil meniupkan wisel. Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti berikut: 1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan. 2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol pihak lawan. 3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik membuat jaringan melambung untuk menjaring. 4. Pemain melakukannya mengikut lajak. Jaringan Lambung Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan begini, iaitu: 1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan daripada lontaran penalti. 2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk menandingi pemain lawan yang memperoleh bola untuk membuat jaringan. 3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan pantas. Jaringan Voli Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat. Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti berikut: 1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain melompat ke arah bola hantaran. 2. Semasa melompat, pemain menangkap bola dengan kedua-dua belah tangan. 3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat. PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah kelajuan sesuatu beban atau halangan atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan.
  • 13. Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat: 1. Ketika membuat jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan ke atas bola. Lengan memberikan daya yang kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan tepat ke sasaran. 2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan bergerak 3 langkah ke hadapan untuk memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan daya yang kuat supaya bola dapat bergerak dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan terakhir objek berkadar terus kepada jumlah masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan daya menggerakkan tubuh badan digunakan dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak memastikan pelepasan objek berlaku bersama dengan pergerakan momentum maksimum tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka daya yang diberi kepada objek adalah kurang. LATIHAN ANSUR MAJU Jaringan Lompat a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki. b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas (jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c) Seperti latihan (b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol). Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari belakang bahu. d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa melemparkannya. e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola kepada kawan di hadapan. f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal (latihan ini memerlukan 3 orang). g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga gol). Jaringan – jaringan Lain a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol, bola baling antara 2 orang. b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di dinding) melalui gelung. c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara berdiri) d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara bergerak 3 langkah) e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan penjaga gol.
  • 14. Teaching Games for Understanding (TGfU) Approach The Teaching Games for Understanding (TGfU) approach was developed by researchers at Loughborough University in the United Kingdom to tap into children’s inherent desire to play. Bunker and Thorpe (1982) developed TGfU around the concept of teaching kids games by playing games. Butler et al. (2008) identified six Basic TGfU Concepts: 1. Teach games through games. 2. Break games into their simplest format - then increase complexity. 3. Participants are intelligent performers in games. 4. Every learner is important and is involved. 5. Participants need to know the subject matter. 6. Need to match participants’ skill and challenge. Recent approaches to TGfU have advocated for a thematic approach to teaching games. Rather than teaching sport-specific units (e.g., volleyball unit, soccer unit), children and youth gain skills and knowledge to apply to different sports by playing a variety of games associated with 4 game categories:  Target Games in which the participant propels an object, preferably with a high degree of accuracy, at a target.  Net/Wall Games in which the participant propels an object into space trying to make it difficult for an opponent to return it.  Striking/Fielding Games in which the participant strikes an object so it is placed away from defenders in the field.  Territory Games in which participants invade an opponent's territory to score. These categories represent games and activities that are similar in structure. By exposing children and youth to the primary rules, fundamental skills, and tactical problems associated with each category, they become literate in a variety of games, activities and sports and
  • 15. develop an understanding and competency of the skills and tactics associated with playing sports. The skills and strategies used in the PlaySport activities are applicable to several different sports. For example, if a child understands the basic concept behind keeping possession of an object in an territory game (e.g., use short passes, shield the ball, support the player with the ball), this will help them to play a variety of territory games whose tactics can be applied to related sports (e.g., basketball, soccer, handball, lacrosse, wheelchair basketball, goalball). In PlaySport, activities have been grouped into specific categories which represent games and sports which are similar in structure and include aspects of certain sports. For example: Target  Boccia  Bowling
  • 16.  Golf Net/Wall  Badminton  Sitting Volleyball  Squash  Tennis  Volleyball  Wheelchair Tennis Striking/ Fielding
  • 17.  Baseball  Cricket  Softball Territory
  • 18.  Basketball  Goalball  Handball  Hockey  Lacrosse  Soccer  Wheelchair Basketball Individual Pursuits
  • 19.  Yoga  Gymnastics  Athletics To promote lifelong healthy, active living for all, it is important not to limit children and youth to game and sport activities. Many children and youth prefer activities that do not involve team play, and these can provide plenty of opportunities for fun through the development of fitness and movement skills related to control of body rhythm, movement aesthetics, creativity, sequencing, composition and stability. With this in mind, PlaySport also includes Individual Pursuit activities. These are games in which children work individually with their own equipment, or in some cases interact with others, monitoring their own behaviour, movements and physical expenditure. Teaching Games for Understanding is a child-centred approach where the leader acts as a facilitator and the participants make their own adaptations in order to maximize the level of
  • 20. challenge and fun! The following steps are elements of a Teaching Games for Understanding approach:  Activity Appreciation: trying out a version of the activity in a small-group  Tactical Awareness: developing understanding of common elements of games and tactics needed for success  Decision-Making: learning and practising making decisions in action, in response to different situations  Application of Skills: identifying and practising the skills needed to improve play  Performance: putting it all together, applying the skills, decision-making and tactics in game situations The process is a cyclical one with participants continuing to adapt and change as needed for the best playing experience.
  • 22. ISI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 Pengenalan TGFU 1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU 1.2 Perkembangan TGFU 1.2.1 Sasaran (Target) 1.2.2 Striking/ Fielding 1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall) 1.2.4 Serangan (Invasion) 1.3 Permainan Jaring/ Dinding 1.3.1 Bola Tampar 1.3.2 Sepak Takraw 1.3.3 Skuasy 1.3.4 Tenis 1.3.5 Tenis Meja 1.3.6 Badminton 1 2 3 4 5 2.0 Kategori Jaring/ Dinding 2.1 Matlamat 2.2 Objektif 2.3 Tarikh 2.4 Jangka Masa 2.5 Tempat 2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak) 2.7 Bilangan Peserta 2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan 2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja 2.8.2 Senarai Nama Peserta 2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Permainan - Senarai Semak Peralatan - Senarai Semak Sebelum Permainan - Senarai Semak Semasa Permainan - Senarai Semak Selepas Permainan 2.8.4 Senarai Alatan 2.8.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan 2.8.5.1Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan 2.8.5.2Langkah-langkah Pelaksanaan 6 7 8 9 10 11 12 13 13 14
  • 23. Permainan 2.8.5.3Peraturan dan Syarat-syarat Permainan 2.8.5.4Sistem Permarkahan 15 3.0 Rumusan 16 4.0 Refleksi Kendiri Chai Xiao Min Chow Yin Yin Chuah Xue Li Kong Yee Ming Lim Feng Ying 17 19 21 23 25 5.0 Bibliografi 27 6.0 Lampiran 28 1.0 Pengenalan TGFU Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar.
  • 24. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. 1.1 Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFU Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom. Terdapat beberapa faktor yang mendorong mereka untuk berusaha dalam mengkaji TGFU. Pada masa itu, pencapaian permainan adalah kurang memuaskan.Murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakan oleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam permainan. Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan. Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan. Permainan yang dirancangkan hendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan. Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif dalam permainan. Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa itu adalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Mereka ingin mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha untuk mengkaji TGFU. (rujuk kepada http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf) 1.2 Perkembangan TGFU
  • 25. Falsafah TGFU masih diubahsuai dan diperkembangkan dari semasa ke semasa untuk menghasilkan suatu idea yang lagi cemerlang. Pada tahun 2004 Webb dan Pearson telah menkategorikan permainan kepada 4 kategori utama: 1.2.1 Sasaran (Target) - menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata. Murid-murid mempunyai sasaran tertentu dan permainan ini berfokus terhadap tempat sasaran itu. Contoh permainan adalah seperti bowling, achery dan golf 1.2.2 Striking/ Fielding - perlawanan yang melibatkan dua pihak iaitu pasukan striking dan pasukan fielding. Pasukan striking akan bermain dengan bersungguh untuk mendapat markah manakala pasukan fielding akan cuba sedaya upaya untuk menghalang pasukan striking mendapat lebih markah. Mata dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contoh permainan adalah seperti baseball, softball dan criket. 1.2.3 Jaring/ dinding (net/wall) - permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak bermian dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis. 1.2.4 serangan (Invasion) - Permainan berpasukan. Dalam jangkaan masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan pihak lawan dan mengumpulkan mata. Contoh permainan seperti soccer, basketball dan handball. (Rujuk kepadahttp://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf) 1.3 Permainan Net and Wall 1.3.1 Bola tampar Bola tampar merupakan satu sukan di mana dua pasukan yang dipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau bahagian badan lain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada lawan [1]. Setiap pasukan yang mempunyai enam pemain dibenarkan memukul bola tersebut tiga kali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawan melakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak serangan memerlukan pemaain menyentuh bola di atas jaring, kebolehanmelompat ditekankan dalam permainan ini. 1.3.2 Sepak Takraw Sepak Takraw adalah jenis olahraga campuran dari sepak bola dan bola volley, dimainkan di lapangan ganda badminton, dan pemain tidak boleh menyentuh bola dengan tangan. Permainan ini
  • 26. berasal dari abad ke-15 dan disebut Takraw dalam bahasa Thai dan Sepak Raga dalam bahasa Melayu.Bola terbuat dari anyaman rotan dan pemain berdiri membentuk lingkaran. Pada tahun 1940-an hal ini berubah dengan menggunakan jaring dan peraturan angka. Di Filipina permainan ini disebut Sipa, di Burma Chinlone, di Laos Kator. 1.3.3 Skuasy Skuasy ialah satu sukan berraket dalaman yang mana dulunya dikenali sebagai "Squash Rackets", satu rujukan kepada bola lembut yang boleh dipenyek (bahasa Inggeris: squashable), digunakan dalam perlawanan skuasy. Permainan ini dimainkan oleh dua pemain (atau dalam sesuatu masa empat pemain bagi beregu) dengan raket 'piawai' dalam gelanggang berdinding empat dengan satu bola getah yang kecil dan berongga. 1.3.4 Tenis Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring. Pertandingan diadakan mengikut jantina dan jumlah pemain. Kategori bagi pertandingan biasanya termasuk perseorangan lelaki, perseorangan wanita, bergu (di mana dua pemain yang sama jantina bermain), serta bergu campuran(di mana dua pemain berlainan jantina bermain). Terdapat juga pertandingan untuk orang kurang upaya. Dalam empat pertandingan 'grand slam' hanya 128 peserta akan bertanding. 1.3.5 Tenis meja Tenis meja, atau ping pong (sebuah merek dagang), adalah suatu olahraga raket yang dimainkan oleh dua orang (untuk tunggal) atau dua pasangan (untuk ganda) yang berlawanan. Di Republik Rakyat Cina, nama resmiolahraga ini ialah "bola ping pong". Bola tenis meja adalah gery. Raket merupakan untuk peralatan memukul bola, dikenal sebagai istilah bat, padle.Raket terdiri dari dua bahagian iaitu blade dan rubber. 1.3.6 Badminton Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (bergu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
  • 27. 2.0 Kategori Jaring/ Dinding 2.1 Matlamat Melalui aktiviti permainan ini, murid- murid dapat: 2.1.1 Memperkembangankan dari segi pertumbuhan fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal mereka pada setiap peringkat perkembangannya. 2.1.2 Mengembangkan potensi yang terpendam dan bakat mereka juga dapat dicungkil melalui aktiviti permainan dengan berbagai- bagai cara dan tidak lagi hanya terbatas kepada pergerakan fizikal dan senaman biasa. 2.1.3 Memperolehi kemahiran- kemahiran baru, lebih memahami konsep- konsep tertentu serta pelbagai latar perhubungan bagi sesuatu permainan ketika mereka mencipta dan merangka sesuatu permainan yang baru. 2.1.4 Mempelajari cara-cara untuk mengawal pergerakan, mempertingkatkan ketangkasan pergerakan serta berupaya menggunakan anggota badan dan minda sebagai alat dalam sesuatu permainan yang penuh saingan. 2.1.5 Membentuk dan memperkembangkan personaliti dan kognitif mereka. 2.1.6 Membina situasi dan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. 2.1.7 Menambah pengetahuan tentang bahagian- bahagian anggota tubuh badan dan memahami mekanisme serta fungsi otot- otot badan dalam tubuh badan mereka. 2.1.8 Penghayatan dan amalan nilai murni dapat dipupuk semasa menjalankan permainan sesama ahli dalam kumpulan. 2.2 Objektif Melalui aktiviti permainan, murid- murid dapat : 2.2.1 Memperolehi pengetahuan asas tentang peraturan, kemahiran dan taktik dalam kategori permainan kanak-kanak. 2.2.2 Berupaya menggunakan pelbagai jenis alat permainan dengan gaya yang betul dan selamat dalam sesuatu aktiviti permainan.
  • 28. 2.2.3 Memperkembangkan kemahiran sosialisasi mereka dan meningkatkan cara kominunikasi dengan pelajar yang lain. 2.2.4 Mencipta aktiviti permainan atau menggubah variasi dalam permainan- permainan lama yang boleh membantu mereka dalam usaha menyelesaikan masalah. 2.2.5 Melahirkan perasaan dan memperkembangkan daya imaginasi mereka untuk mencipta sesuatu permainan yang bermakna serta menyeronokkan. 2.2.6 Berlatih dalam suatu permainan yang dirancang untuk mengeksploitasi segala kemahiran mereka. 2.2.7 Mewujudkan peluang bermain sambil belajar kepada murid agar mereka boleh belajar dalam suasana yang menggembirakan dan selesa. 2.2.8 Menyedari kepentingan nilai murni seperti nilai kerjasama dan tolak-ansur ketika sesuatu aktiviti permainan dijalankan. 2.2.9 Menyemaikan rasa keyakinan diri dan ketenangan diri terutamanya dalam penyelesaian sesuatu masalah. 2.3 Tarikh Permainan ini dijalankan pada 9 Oktober 2008. 2.4 Jangka Masa Masa yang dijangka bagi permainan ini adalah 30 minit. 2.5 Tempat Permainan ini digalakkan dijalankan di kawasan yang lapang. Kawasan yang paling sesuai untuk menjalankan permainan ini ialah di gelanggang tenis. 2.6 Kumpulan Sasaran (Tahap Umur Kanak-kanak) Permainan ini sesuai dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun. 2.7 Bilangan Peserta Dalam permainan ini, pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dalam setiap pusingan. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya mesti mempunyai 6 orang peserta dan seorang ketua akan dilantik bagi kumpulan masing-masing.
  • 29. 2.8 Panduan Pelaksanaan Permainan 2.8.1 Jawatan Kuasa Kerja Pengelola : Chow Yin Yin AJK Mencatat Markah : Chuah Xue Li AJK Peralatan : Chai Xiao Min AJK Menjaga Masa : Lim Feng Ying Pengadil : Kong Yee Ming 2.8.2 Senarai Nama Peserta 2.8.3 Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Pelaksanaan Permainan Bil. Perkara Tindakan Sebelum Semasa Selepas 1 Perbincangan tentang permainan (jaring/dinding) diadakan antara ahli-ahli kumpulan.  2 Perancangan pelan permainan.  3 Prosedur dan syarat-syarat ditetapkan bagi permainan.   Kumpulan A Kumpulan B Ho Tet Foong Teh HuiXin Loh Nan Xi Ng Ke Jun Ooi Kheng Yee Tan Min Aik Lim Wei Xiu Furzanne Goh Ooi Yin Qi Ng Yu Jie Leong Shi Tian Kong Yau Yau
  • 30. 4 Pemilihan dan penyediaan peralatan yang sesuai untuk permainan.  5 Persiapan untuk tapak permainan.  6 Langkah- langkah keselamatan yang diambil kira.   7 Refleksi dibuat bersama-sama dengan ahli kumpulan.  SENARAI SEMAK PERALATAN Bil. Alatan Bil. Alatan Semakan 1. Bola Gymnasium 2 2. Jaring 1 3. Skitel 28 SENARAI SEMAK SEBELUM PERMAINAN Bil. Perkara Semakan 1. Tempat perlaksanaan permainan dikosongkan. 2. Peralatan disediakan. 3. Semua peserta melaporkan diri. 4. Peserta berpakaian sukan. 5. Memanaskan badan sebelum memulakan permainan. SENARAI SEMAK SEMASA PERMAINAN Bil. Jawatan Kuasa dan Perkara Semakan 1. Pengelola memberi penerangan tentang cara permainan.
  • 31. 2. Pengira markah menerangkan cara pengiraan mata. 3. Pemantau menerangkan peraturan permainan. 4. Pengadil pastikan bilangan peserta mencukupi. 5. Pengadil pastikan permainan dijalankan dengan adil. SENARAI SEMAK SELEPAS PERMAINAN Bil. Perkara Semakan 1. Pengira markah mengira dan mengumumkan jumlah mata. 2. Peralatan dikemas dan dipulangkan. 3. Refleksi bersama peserta permainan dijalankan Sebelum permainan 2.8.3.1 Pastikan tempat perlaksanaan permainan dikosongkan supaya tidak digunakan ataupun diganggu oleh pihak lain sebelum atau semasa aktiviti permainan dijalankan. 2.8.3.2 Semua peralatan perlu disediakan terlebih dahulu. 2.8.3.3 Peserta perlu melaporkan diri di gelanggang tennis sebelum 7:45 a.m. 2.8.3.4 Semua peserta diminta berpakaian pakaian sukan yang kemas. 2.8.3.5 Semua peserta diminta memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan pemainan. Semasa permainan 2.8.3.6 Semua peserta akan diberi penerangan tentang cara permainan dijalankan, peraturan, cara pengiraan mata kepada peserta terlebih dahulu. 2.8.3.7 Pengelola perlu memastikan semua peserta memahami cara permainan dijalankan. 2.8.3.8 Mengira bilangan peserta dan pastikan mencukupi. 2.8.3.9 Pencatat markah perlu sentiasa peka terhadap pengiraan mata dan masa permainan.
  • 32. 2.8.3.10 Pengadil perlu memastikan tiada perlanggaran peraturan berlaku semasa pertandingan dijalankan. Selepas permainan 2.8.3.11 AJK permarkahan mengira dan mengumumkan markah selepas tamatnya permainan. 2.8.3.12 Semua peralatan dikemaskan dan dipulangkan ke tempat asal. 2.8.3.13 Pastikan tiada peserta yang cedera semasa permainan dijalankan. 2.8.3.14 Semua paserta duduk bersama dan sesi refleksi dijalankan. 2.8.4 Senarai Alatan Dalam permainan ini, kumpulan saya akan menyediakan: - 2 biji bola gymnasium - Jaring (telah disediakan di gelanggang tenis) - 28 skitel 2.8.5 Prosedur Pelaksanaan Permainan 2.8.6 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan (rujuk lampiran 1) 2.8.7 Langkah-langkah Pelaksanaan Permainan 2.8.7.1 Mula-mula, 12 orang pelajar akan dibahagikan kepada 2 pasukan di mana setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang pelajar. 2.8.7.2 Pengelola akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang bermula dulu. 2.8.7.3 Apabila arahan diberi, peserta yang memulakan bola pertama akan baling ke pihak lawan sambil menyebut perkataan yang diminta. (tercatat dalam Peraturan Permainan) 2.8.7.4 Peserta yang lain hendaklah menyambut bola yang dihantar oleh pasukan lawan sebelum bola tersebut dilantunkan di atas lantai. 2.8.7.5 Seterusnya pemain yang mendapatkan bola itu perlu menghantarkan bola kepada pihak lawan sambil menyebut perkataan yang diarahkan.
  • 33. 2.8.7.6 Peserta yang memegang bola tidak boleh melebihi 3 saat. Peserta harus hantar balik kepada pihak lawan dengan segera tanpa berhenti. 2.8.8 Peraturan dan Syarat-syarat Permainan 2.8.8.1 Peserta bebas berdiri di mana-mana tempat asalkan dalam lingkungan gelanggang yang ditetapkan. 2.8.8.2 Pengelola akan memberikan satu “Tema” untuk permainan dan semua peserta akan menyebut perkataan yang berkaitan dengan tema tersebut setiap kali peserta menghantar bola kepada pihak lawan. 2.8.8.3 Contohnya, tema diberi ialah “Buah-buahan”, maka perkataan yang disebut boleh jadi “durian”, “rambutan”, “pisang” dan sebagainya. 2.8.8.4 Jika peserta yang memegang bola salah menyebut perkataan, memegang bola melebihi 3 saat, gagal menyambut bola, gagal melambung bola melepasi jaring, maka markah akan diberi kepada pihak lawan. 2.8.8.5 Bola yang dilantun ke atas lantai dikira kalah. Markah akan diberi kepada pihak lawan. 2.8.8.6 Tema permainan ditentukan oleh pengelola dan boleh diubah bila-bila masa. 2.8.9 Sistem Pemarkahan Pasukan dikira kalah jika: a. Peserta gagal melambungkan bola melepasi tali ke kawasan pihak lawan. b. Bola terkeluar daripada kawasan gelanggang. c. Bola dilantunkan atas lantai (pasukan yang menyambut bola). d. Peserta salah menyebut perkataan yang berkaitan dengan Tema. Dengan itu, pasukan lawan akan mendapat 1 markah. Pasukan yang berjaya mengumpul 10 markah dikira menang. 3.0 RUMUSAN Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
  • 34. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah. Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang seuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu. Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.
  • 35. 3.0 BIBIOGRAFI Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications Sdn. Bhd. Rujukan Elektronik Dr. Paul Webb, Dr. Phil Pearson, Greg Forrest Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical education. http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf Accessed on 24 September 2008 James L. Mandigo, Nicholas L. Holt (2002) The Inclusion of Optimal Challenge in Teaching Games for Understanding http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf Accessed on 29 September 2008 James Mandigo, Joanna Sheppard Children's Affective Experiences in TGFU Game Environments.http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.p df Accessed on 29 September 2008 Overview of TGFU Modal http://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Games Acessed on 30 September 2008 Lampiran 1 Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan