bola-tampar

7,709 views

Published on

Published in: Sports

bola-tampar

  1. 1. BOLA TAMPARSEJARAH Permainan bola tampar ialah gabungan dua jenis permainan iaitu penggunaaannet dari sukan lawn tennis dan bola daripada bola keranjang. Permainan ini telahdiperkenalkan oleh William G.Morgan pada tahun 1985. pada awalnya, permainan inidikenali sebagai “minonette” sebelum digantikan dengan nama “volleyball” oleh AlfredHalstead pada tahun 1896. Bola tampar merupakan satu sukan Olimpik di mana dua pasukan yangdipisahkan oleh satu jaring tinggi menggunakan tangan atau (jarang) bahagian badanlain untuk memukul atau menampar sebiji bola melangkaui jaring kepada tersebut tigakali berturut-turut. Mata dikira apabila bola jatuh ke dalam gelanggang lawan, lawanmelakukan kesalahan atau lawan gagal mengembalikan bola dengan betul. Bola tampar merupakan satu sukan aktif. Disebabkan banyak seranganmemerlukan pemain menyentuh bola di atas jaring, kebolehan melompat ditekankandalam permainan ini. Dalam sesuatu pertandingan bola tampar, kejayaan sesebuah pasukanbergantung pada strategi permainan, penguasaan kemahiran, kecergasan fizikal yangtinggi dan kekuatan mental. Selain itu, persefahaman yang tinggi dan komunikasi yangberkesan antara pemain juga merupakan faktor yang mendorong kepada kejayaansesebuah pasukan.Sejarah Bola Tampar Antarabangsa. Pada tahun 1895, William C.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes,telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhu keperluanahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalumemenatkan. Nama asal permainan ini ialah ‘minoneete’ dan kemudiandigantikan dengan nama “Volleyball” oleh Dr.A.Halstead pada tahun 1896.
  2. 2. Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainanrekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanyadiperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembanganyang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut:- • 1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan. • 1912 - Sistem ‘bergilir’ (rotation) diperkenalkan. • 1916 - Undang-undang pemainan diterbitkan. • 1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan. • 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. • 1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. • 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan. • 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa kini. • 1947 - • IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. • 1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. • 1964 -Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Semasa
  3. 3. perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk pertandingan yang memenatkan.Sejarah Bola Tampar Malaysia Di Malaysia, permainan ini diperkenalkan oleh pasukan pelawat dariHong Kong dan Negara China pada tahun 1930-an. Ketika itu banyakperlawanan persahabatan dan pertunjukan telah diadakan di Bandar Utamaseperti Pulau Pinang, Kuala Lempeu dan Singapura atas usaha persatuan dankelab kebajikan di Tionghua yang wujud pada masa itu. Di Malaysia, permainanbola tampar dikawal oleh Kesatuan Bola Tampar Amatur Malaysia (MalaysiaAmateur Volleyball Association) yang ditubuhkan pada tahun 1959. Pada tahun1927, Kejohanan pertama bola tampar di Malaysia yang dikenali sebagai LigaSelangor telah dianjurkan. Di peringkat sekolah-sekolah, pertandingan bola tampar dianjur ataudikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).Peralatan Bola TamparGelanggangPermukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan diperbuat daripada simenatau sebarang permukaan sintetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bolatampar juga boleh dibuat di atas padang berumput dan permukaan tanah liat.Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran 18 X 9m,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan satu ruangbebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-sekurangnya 7m daripermukaan permainan.Jaring, Tiang dan Antena
  4. 4. Jaring bola tampar adalah 1m lebar dan 9.50m panjang yang diletakkan di ataspaksi garisan tengah. Dua jalur putih, 5cm lebar dan 1m panjang dilekatkantegak pada jaring dan diletakkan di atas setiap garisan tepi. Ia dikira sebagaisebahagian daripada jaring dan mengehadkan ruang lintasan. Tinggi jaring adalah2.43m bagi lelaki dan 2.24m bagi wanita. Ia diukur dari tengah gelanggangbermain dengan sebatang pengukur. Kedua-dua hujung jaring (di atas garisantepi,) mesti sama tinggi daripada permukaan bermain dan tidak melebihi 2cmdaripada tinggi rasmi.Tiang-tiang yang menyangga jarring mestilah bulat dan licin,dengan tingginya 2.55m, seelok-eloknya yang dapat dilaraskan. Ia mesti dipasangpada tanah pada jarak antara 0.50-1.00m daripada setiap garisan tepi. Sepasangantena diletakkan di kedua-dua hujung jaring serenjang dengan garisan tepigelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.BolaBola tampar hendaklah berbentuk sfera dan diperbuat daripada lapisan kulitfleksibel dengan satu pundi getah atau bahan sintetik yang ringan dan lembut.Baham ini penting untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.Kesesuaian tekanan angin dapat ditentukan dengan menjatuhkan bola dariketinggian aras kepala. Bola tersebut akan melantun semula pada ketinggianaras pinggang. Berat bola antara 260-280gram. Ukur lilit dalam lingkungan 65-67cm. Manakala warnanya seragam dan cerah.Undang-undang dan Peraturan Pertandingan bola tampar dilaksanakan mengikut Undang-undang PersatuanBola Tampar Amatur Malaysia (MAVA) dan peraturan-peraturan am Majlis SukanSekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Antara undang-undang asas permainan bolatampar adalah seperti berikut: 1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua orang pengadil, iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.
  5. 5. 2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya enam orang pemain dan tidak melebihi 12 orang pemain yang berdaftar.3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama meniup wisel.4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran yang sah.5. Pemain yang melakukan servis tidak dibenarkan memijak garisan belakang.6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain boleh menyentuh bola dengan mana-mana bahagian badan.7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh atau memainkan bola dengan tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelanggang pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi mengadang.8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan hadapan.9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi dari luar kawasan serangan.10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring atau memasuki kawasan pihak lawan.11. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dalam setiap set permainan bila-bila masa dengan kebenaran pengadil. Pemain yang ditukar perlu diganti dengan pemain yang sama apabila pertukaran dibuat semula.12. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time-out” dalam satu set permainan dengan kebenaran pengadil.13. Mata kemenangan ialah 25 mata yang dikira secara pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dengan lebihan dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
  6. 6. 15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada dalam kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan pihak lawan. 16. Setiap pasukan hendaklah memakai jersey yang mempunyai nombor. 17. Permainan akan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh ‘International Volley Ball Association’. SUKAN DAN REKREASI Ford (1981) mendefinisikan rekreasi sebagai program yang meliputipenggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran danpembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembanganpengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Hammerman et.at (1985) telah mendefinisikan sukan rekreasi sebagailandasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkandalam situasi seharian. Knapp (1981) menyatakan bahawa sukan rekreasi sebagai alat untukmencapai matlamat dan objektif pendidikan.Sukan rekreasi telah diubahsuai selaras dengan matlamat ”humanization og education”iaitu eprkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekananyang sama dengan aspek jasmani. Sukan rekreasi adalah untuk membina danmengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan sosial yang sihat serta melahirkanwarganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu.
  7. 7. Peralatan dan KeperluanAlatan perkhemahan -Khemah-khemah dan tali-temali -Alatan pertukangan seperti parang, cangkul, penggali dan lain-lain -Lampu -Wisel -KompasAlatan dapur dan memasak -Periuk belanga -Pinggan mangkuk, sudu, cawan -Besen-besen, bekas air dan lain-lain -Pisau, parang dan sebagainya -Bekalan makanan (beras, roti, biskut, garam, gula dan lain-lain)

×