Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
(1) Dokumen ini memberikan panduan untuk tugasan projek kursus Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu bagi Program Pengijazahan Guru; (2) Tugasan ini melibatkan penjelasan konsep kemahiran bahasa, penyediaan rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar, serta demonstrasi langkah pengajaran dan pembelajaran; (3) Pelajar perlu mematuhi panduan peny
1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU,KAMPUS RAJA MELEWAR
TUGASAN PROJEK
PROGRAM :
PROGRAM PENGIJAZAHAN GURU
(PPG)
NAMA GURU PELATIH :
KOD DAN NAMA KURSUS :
(BMM 3043)
PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
SEMESTER : 4 (Ambilan Jun 2011)
UNIT: PJK1/PJK2/PKB
TARIKH MULA 25 JULAI 2014 TARIKH HANTAR 25 OGOS 2014
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
kemahiran bahasa,tatabahasa dan seni bahasa berdasarkan kurikulum Bahasa
Melayu sekolah rendah.
2. Menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian.
3. Membina bahan bantu mengajar.
4. Menggunakan bahan bantu mengajar yang dibina.
5. Membuat latihan penilaian kemahiran bahasa.
Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4
Objektif Kerja Kursus
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,
kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa berdasarkan maklumat
daripada pelbagai sumber termasuk jurnal pendidikan;
2. Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran
dan pembelajaran salah satu kemahiran bahasa yang dipilih;
3. Menunjuk cara satu langkah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan rancangan
pengajaran yang disediakan dan kemahiran bahasa yang dipilih.
4. Membuat latihan penilaian kemahiran-kemahiran bahasa.
1
2. Tugasan Projek (80%)
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis,
aspek seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada
penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting dalam
proses pengajaran dan pempelajaran supaya berjalan dengan lancar dan berkesan.
Penguasaan terhadap kesemua kemahiran berbahasa ini penting terhadap murid-murid
dalam memastikan input yang diberikan adalah sejajar dengan apa yang dikehendaki
dan termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah. Sehubungan itu, berdasarkan maklumat daripada pelbagai
sumber termasuk jurnal pendidikan, anda dikehendaki:
1. Menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca,
kemahiran menulis, aspek seni bahasa dan tatabahasa secara terperinci (20%);
2. Menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan bantu mengajar untuk pengajaran
dan pembelajaran salah satu kemahiran bahasa yang dipilih (30%);
3. Menunjuk cara satu langkah pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca
berdasarkan kaedah membaca yang dipilih secara individu (30%).
Tugasan 2-Kuiz (20%)
Tarikh:05/09/2014
Satu kuiz yang mengandungi 4 soalan struktur(HP1-4)
Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus
1. Panjang esei adalah 1,500 patah perkataan dan tidak melebihi15 muka
surat.Esei perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11, dan langkau 1.5 baris.
2. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.
3. Rujukan prosuder mengikut format dan gaya APA (American Psyhological
4. Esei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu tinggi.
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
6 Muka depan esei merangkumi:
i. Nama pelajar
ii. Angka giliran
iii. No.Kad Pengenalan
iv. Kumpulan /Unit
v. Kod dan Nama Kursus
vi. Tajuk Tugasan Projek
vii. Nama Pensyarah Akademik
viii. Tarikh hantar
Sila rujuk panduan muka hadapan yang dilampirkan.
7. Sila rujuk kepada “Panduan untuk tugasan”
2
3. 8. Tugasan ini ditaksir berdasarkan kriteria berikut:
Liputan dan kandungan
Kualiti Review
Organisasi
Kualiti Sumber
9. Sila rujuk kepada kriteria pemarkahan.
Tugasan disediakan oleh Disahkan oleh
_______________________ ______________________________
(Ibrahim Bin Yusof) (Encik Azmi Bin Ayub)
Penyelaras BMM3043 Ketua Jabatan
PISMP Semester 4 Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar Kampus Raja Melewar
Seremban Negeri Sembilan Seremban. Negeri Sembilan
Disemak oleh:
................................................
(Hajah Rafeah Binti Daud)
Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Raja Melewar
3