SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
1
2.0 IDDAH
2.1 Pengertian Iddah
 Bahasa : bilangan, kiraan
 Syarak : tempoh masa tertentu yang ditentukan oleh syarak setelah berlaku perceraian
kerana berlaku persetubuhan antara suami isteri pada perkahwinan yang sah atau pada
persetubuhan yang syubhah atau kematian suami. Iddah tidak wajib bagi perceraian
sebelum berlaku persetubuhan.
2.2 Hukum Iddah
 Hukum Iddah adalah wajib. Berdasarkan firman Allah :
‫ء‬ َ‫و‬ُ‫ر‬ُ‫ق‬ َ‫ة‬َ‫ث‬َ‫ال‬َ‫ث‬ َّ‫ن‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ْ‫ص‬َّ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ُ‫ات‬َ‫ق‬َّ‫ل‬َ‫ط‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬
Maksudnya :“ Wanita-wanita yang ditalak suaminya hendaklah menahan diri
(menunggu) tiga kali suci”.
2.3 Tujuan Iddah
1. Untuk mengetahui bersih rahim perempuan, sehingga tidak bercampur keturunan
seorang lelaki dengan yang lain. Iddah menjadi penting bagi kelahiran anak dan
keturunan yang bersih daripada unsur yang syubhah antara dua keturunan.
2. Untuk memberi kesempatan kepada suami isteri yang terlibat supaya melakukan
muhasabah diri dan jika mungkin kembali hidup bersama.
3. Untuk memberi ruang kepada isteri yang diceraikan atau ditinggalkan menilai dan
menghargai kebaikan dan bakti, kasih sayang dan pengorbanan yang pernah diberikan
oleh bekas suaminya. Lalu, timbullah keinsafan akan betapa tingginya erti suami dan
perkahwinan dalam hidupnya yang akan dijadikan teladan bagi anak dan keturunannya.
2
Seterusnya, menghargai segala-galanya yang pernah dicurahkan oleh bekas suaminya
dan doa untuknya.
4. Untuk menghapuskan amalan jahiliah yang mewajibkan isteri diceraikan dengan cerai
mati supaya mengurung dirinya di tempat gelap selama satu tahun, berpakaian hitam,
comot dan kotor.
5. Untuk memberi tempoh kepada suami mendapatkan ketenangan, meleraikan perkara
yang kusut, memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah serta mengharapkan
kurniaannya. Seterusnya, merancang kehidupan baru yang lebih baik dan diredai Allah.
6. Untuk memberi pengajaran kepada suami isteri dalam tempoh iddah bahawa perceraian
yang disebabkan oleh angkara sendiri akan menyusahkan diri sendiri.
2.4 Jenis-jenis Iddah
Iddah terbahagi dua iaitu, iddah wafat (kematian suami) dan iddah firaq (perpisahan semasa
hidup). Terdapat 6 jenis iddah seperti yang berikut:
a. Iddah isteri yang haid
b. Iddah isteri yang tiada haid
c. Iddah kematian suami
d. Iddah isteri yang hamil
e. Iddah isteri yang suaminya murtad
f. Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah
a. Iddah isteri yang haid
Iddah bagi isteri yang masih ada haid juga disebut iddah quru’ iaitu suci daripada tiga quru’
(tiga kali haid). Ini berdasarkan ayat Al-Quran :
Surah Al-Baqarah : 228
‫ء‬ َ‫و‬ُ‫ر‬ُ‫ق‬ َ‫ة‬َ‫ث‬َ‫ال‬َ‫ث‬ َّ‫ن‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ْ‫ص‬َّ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ُ‫ات‬َ‫ق‬َّ‫ل‬َ‫ط‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬
3
Artinya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri
mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).
Jika perempuan diceraikan pada masa suci, maka iddahnya selesai dengan haid yang ketiga. Jika
ia diceraikan pada masa haid, maka iddahnya selesai dengan haid yang keempat.
b. Iddah isteri yang tiada haid
Perempuan yang tiada haid sama ada setelah putus haid atau anak-anak yang belum baligh,
iddahnya tiga bulan. Sebab itu, iddah mereka disebut juga iddah bulan.
Surah At-Talak : 4
ِ‫ن‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫يض‬ ِ‫ح‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫ئ‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫ئ‬ َّ‫الال‬ َ‫و‬َّ‫ن‬ُ‫ه‬ُ‫ل‬َ‫ج‬َ‫ْل‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ح‬َ ْ‫اْل‬ ُ‫ت‬ َ‫َل‬ ْ‫و‬ُ‫أ‬ َ‫و‬ َ‫ن‬ْ‫ض‬ ِ‫ح‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ‫ي‬ِ‫ئ‬ َّ‫الال‬ َ‫و‬ ‫ر‬ُ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ ُ‫ة‬َ‫ث‬ َ‫ال‬َ‫ث‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬ُ‫ت‬َّ‫د‬ِ‫ع‬َ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ب‬َ‫ت‬ْ‫ار‬ ِ‫ن‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫س‬
‫ا‬ً‫ر‬ْ‫س‬ُ‫ي‬ ِ‫ه‬ ِ‫ر‬ْ‫م‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َّ‫ل‬ ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ج‬َ‫ي‬ َ َّ‫اَّلل‬ ِ‫ق‬َّ‫ت‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ْ‫م‬َ‫ح‬ َ‫ن‬ْ‫ع‬َ‫ض‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬
Ertinya: dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang berputus asa dari kedatangan
haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah kamu), maka iddahnya adalah tiga bulan,
dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-
perempuan mengandung tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang di
kandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan
memudahkan segala urusannya.
c. Iddah kematian suami
Iddah bagi perempuan yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari. Jika ada perempuan yang
ditalak raj’i lalu suaminya meninggal dunia, maka iddahnya bertukar menjadi iddah kematian
suami, yang dikira dari hari suaminya meninggal dunia, sebab waktu suaminya meninggal ia
masih dalam hukum isteri. Firman Allah:
Surah Al-Baqarah : 234
َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ‫ا‬ً‫ر‬ْ‫ش‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ‫ر‬ُ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫ة‬َ‫ع‬َ‫ب‬ْ‫ر‬َ‫أ‬ َّ‫ن‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ْ‫ص‬َّ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ‫ا‬ً‫ج‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ز‬َ‫أ‬ َ‫ون‬ُ‫ر‬َ‫ذ‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬َّ‫ف‬ َ‫و‬َ‫ت‬ُ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ََ‫َا‬‫ن‬ُ‫ج‬ َ‫ال‬َ‫ف‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ل‬َ‫ج‬َ‫أ‬ َ‫ن‬َْْ‫ل‬
4
Ertinya: dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan
isteri-isteri, hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama 4 bulan 10 hari.
d. Iddah isteri yang hamil
Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan
bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak
itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.
Contoh, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan
barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya.
Contoh lain, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan.
Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin
tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir.
Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa
perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat
4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian
suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu
menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang
Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat
Bukhari dan Muslim).
Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini.
Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri
tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika
tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah
selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan
5
10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin. Pandangan ini di bawa oleh sebilangan
kecil fuqaha.
e. Iddah isteri yang suaminya murtad
Murtad membatalkan hubungan perkahwinan. Bagi isteri yang berpisah dengan suami yang
disebabkan suaminya murtad, iddahnya :
i. Jika ia masih haid, iddahnya satu quru’ (sekali suci daripada haid).
ii. Jika ia mengandung, iddahnya setelah melahirkan kandungannya.
iii. Jika ia tiada haid, sama ada belum baligh atau sudah putus haid, iddahnya satu bulan.
f. Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah
Perempuan yang terlibat dengan pernikahan yang rosak yang telah disetubuhi lalau dipisahkan
dan perempuan yang disetubuhi dengan persetubuhan syubhah seperti lelaki yakin yang
disetubuhi isterinya, tetapi sebenarnya bukan, atau suami yang bersatu dengan isterinya,
kemudian ternyata nikahnya tidak sah sebab perempuan yang menjadi isterinya masih
muhrimnya, maka dalam kes ini perempuan tersebut mempunyai iddah :
i. Jika ia masih datang haid, iddahnya tiga kali suci daripada haid (quru’).
ii. Jika ia tiada haid, maka iddahnya ialah tiga bulan.
g. Iddah istihadhah
Perempuan yang mengalami masalah istihadhah (darah penyakit), maka iddahnya bergantung
pada keadaan:
i. Jika ia masih ada haid sebelum mengalami keadaan istihadhah, maka iddahnya tiga kali
suci daripada haid. Berdasarkan kelaziman iddah orang yang masih ada haid.
ii. Bagi perempuan yang tiada haid, tempoh iddahnya ialah tiga bulan.
6
Jadual tempoh berbagai-bagai-bagai-bagai jenis iddah
Jenis Iddah Tempoh
Iddah ada haid Tiga quru’ (tiga kali suci daripada haid)
Iddah tiada haid Tiga bulan
Iddah hamil Sehingga melahirkan anak
Iddah kematian suami Empat bulan 10 hari
Iddah murtad i. Ada haid, iddahnya satu quru’
ii. Tiada haid, iddahnya satu bulan
iii. Mengandung, iddah hamil
Iddah nikah yang rosak dan
persetubuhan syubhah
Seperti iddah perempuan yang masih ada
haid, perempuan tiada haid dan iddah
hamil.
Iddah istihadhah Seperti iddah seorang perempuan yang
masih ada haid dan perempuan yang tiada
haid.
2.5 Pertukaran iddah
Pertukaran atau perubahan iddah daripada satu jenis yang lain berlaku apabila seorang
perempuan sedang menjalani iddah lalu datang iddah yang baru berpunca daripada satu-satu
sebab. Dalam keadaan yang sedemikian ia wajib menukar kepada iddah yang baru seperti
pertukaran :
i. Iddah quru’ kepada iddah bulan
ii. Iddah bulan kepada iddah quru’
iii. Iddah quru’ kepada iddah hamil
iv. Iddah bulan kepada iddah hamil
7
v. Iddah talak raj’i kepada talak ba’in
Perempuan yang sedang menjalani iddah talak raj’i , sama ada iddah quru’ atau bulan-
bulan atau iddah hamil, lalu kematian suami, ia wajib melakukan iddah kematian. Namun,
Mazhab Al-Shafie’ berpendapat perempuan yang melakukan iddah quru’ wajib mengambil iddah
yang terlalu lama antara iddah quru’ dan iddah kematian suami kerana pertalian antara mereka
masih ada dalam hukum isteri.
Manakala iddah talak ba’in tidak berubah, walaupun berlaku kematian bekas suaminya,
kerana hubungan perkahwinan antara suami dan isteri telah putus, kecuali perceraian ketika
suami sakit tenat dan isteri sedang menjalani iddah ba’in, maka isteri kena bertukar kepada iddah
kematian kerana cerai ba’in dalam keadaan sakit diragui syarak, yang mungkin bertujuan untuk
menghalang daripada mendapat pusaka. Dengan bertukar iddah ba’in kepada iddah kematian,
isteri akan mendapat pusaka.
Iddah mengandung tidak akan berubah walaupun ada sebab-sebab yang menjadi faktor adanya
iddah yang baru.
2.6 Jadual pertukaran Iddah
Iddah Sebab Pertukaran iddah
Iddah quru’ Kematian suami Bertukar kepada iddah
kematian
Iddah quru’ Putus haid Bertukar kepada iddah putus
haid
Iddah bulan Datang haid Bertukar kepada iddah quru’
Iddah quru’ Mengandung Bertukar kepada iddah hamil
Iddah bulan Mengandung Bertukar kepada iddah hamil
8
2.7 Tempat tinggal dan nafkah semasa iddah
a) Talak raj’i
 Suami wajib menyediakan tempat tinggal
 Suami wajib memberi nafkah sama sebelum bercerai, seperti makan, pakaian,
 Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu. Firman Allah Taala:
b) Talak Ba’in isteri hamil
 Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri.
 Suami wajib memberi nafkah. Firman Allah Taala:
 Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu seperti membeli makanan.
c) Talak Ba’in isteri yang tidak mengandung
 Suami wajib menyediakan tempat tinggal.
 Suami tidak perlu memberi nafkah.
d) Talak suami meninggal
 Berkabung atas kematian suami iaitu tidak berhias diri, bersolek yang mendorong
kepada keghairahan atau menarik perhatian orang lain dan tidak memakai pakaian
berwarna-warni, tidak bercelak, dan tidak memakai pakaian emas dan perak atau
seumpamanya, jika dilakukan, maka ini berdosa.
2.8 Perkara-perkara yang dilarang semasa Iddah
a. Bertunang (secara berterus-terang)
Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun
dipinang dengan cara berterus terang. Namun, jika mahu dipinang dengan berkias, maka
ia diharuskan sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud, “ Tiada larangan ke
atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita.”
b. Berkahwin
9
Sebagaimana yang telah disebut, tujuan iddah adalah untuk memastikan rahim bersih dari
benih suami. Firman Allah S.W.T., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan
pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya). Ayat ini menjelaskan
bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh berkahwin sehingga tamat tempoh iddah
tersebut.
c. Berhias dan berwangi-wangian pada diri atau pakaian
Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada atau berhias-hias sama ada pada
tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan
kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki
kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkan daripada perkara-
perkara terlarang serta menghindari fitnah. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan
Muslim, Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana
(kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami
tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak
boleh menggunakan pewangi, kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit
haruman sahaja. Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami
dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai
barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri
daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana
dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam
tempoh larangan berkahwin. Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki
memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh
penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk
dia memakai pakaian berwarna lain. Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar
untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas
10
habis haid iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan,
tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang. Diwajibkan ke atas wanita
untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain
tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai
wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.
d. Tidur di rumah lain
Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga
iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi
kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Firman Allah SWT
maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut
masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan
kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan
janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas”. (Surah
al-Talaq: ayat 1). Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah
bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka
selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang
diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang
kebinasaan yang jelas seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang
lain. Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat
wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah
S.A.W. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah S.A.W.
memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis
iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda Baginda S.A.W., maksudnya: “Tinggallah tetap di
rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.
11
e. Keluar dari rumah tanpa tujuan (keperluan tertentu)
Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak
dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal
ini disepakati oleh majoriti fuqaha. Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim
menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah
diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah
melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu
Rasulullah S.A.W., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut
mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik”. Para
fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa
lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari
nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. Dalam satu hadis yang
lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah
S.A.W. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar
di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang
ke rumah kami”. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila
kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing”. Dalam kitab-
kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami
untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu
dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari
nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah
penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah-
menziarahi, dilarang keluar berdagang (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang
keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan,
pertunangan), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit
12
atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha
juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji dan umrah.
3.0 RUJUK
3.1 Pengertian Rujuk
*Rujuk adalah mengembalikan isteri yang telah ditalak pada pernikahan yang asal sebelum
diceraikan. Rujuk menurut bahasa bermaksud kembali. Adapun yang dimaksud rujuk disini
adalah mengembalikan status hukum perkawinan secara penuh setelah terjadi talak raj’i yang
dilakukan oleh bekas suami terhadap isterinya dalam masa iddahnya dengan ucapan tertentu.
*Menurut bahasa Arab, kata ruju’ berasal dari kata raja’ a-yarji’ u-rujk’an yang bererti kembali,
dan mengembalikan.
*Sedangkan secara terminology, ruju’ errtinya kembalinya seorang suami kepada isterinya yang
di talak raj’i, tanpa melalui perkawinan dalam masa ‘iddah.
*Ada pula para ulama mazhab berpendapat dalam istilah kata ruju’ itu adalah menarik kembali
wanita yang di talak dan mempertahankan (ikatan) perkawinannya. Hukumnya, menurut
kesepakatan para ulama mazhab, adalah boleh. Menurut para ulama mazhab ruju’ juga tidak
memerlukan wali, mas kawin, dan juga tidak kesediaan istri yang ditalak.
Firman Allah SWT :
“Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh
mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman
kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti
itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang
seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai
satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS
Al Baqarah :228)
Apabila seorang suami telah menceraikan isterinya, maka dia digalakkan untuk rujuk kembali
pada isterinya dengan syarat kedua-duanya betul-betul hendak kembali (islah) bersama. Dengan
kata lainnya bahawa keduanya benar-benar sama-sama saling mengerti dan penuh rasa tanggung
jawab antara satu dengan lainnya. Tetapi jika suami mempergunakan kesempatan rujuk itu bukan
untuk berbuat islah, bahkan bertujuan untuk menganiaya tanpa memberi nafkah, atau semata-
13
mata untuk menahan isteri agar tidak menikah dengan orang lain, maka suami tersebut tidak
berhak untuk merujuk isterinya itu, malah haram hukumnya.
3.2 Bahagian Rujuk
Rujuk dapat dibahagikan kepada 2 iaitu :
a. Rujuk untuk talak 1 dan 2 (talak raj’i)
Dalam suatu hadis disebutkan : dari Ibnu Umar r.a. waktu itu ia ditanya oleh seseorang, ia
berkata, “Adapun engkau yang telah menceraikan ( istri) baru sekali atau dua kali, maka
sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyuruhku merujuk istriku kembali” (H.R. Muslim)
Kerana besarnya hikmah yang terkandung dalam ikatan perkahwinan, maka apabila seorang
suami telah menceraikan isterinya, ia telah diperintahkan oleh Allah SWT agar merujuk kembali
Firman Allah SWT :
Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah
mereka dengan cara yang ma’ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf (pula).
janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, Karena dengan demikian kamu
menganiaya mereka.. barangsiapa berbuat demikian, Maka sungguh ia Telah berbuat zalim
terhadap dirinya sendiri. janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah
nikmat Allah padamu, dan apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al
hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya
itu. dan bertakwalah kepada Allah serta Ketahuilah bahwasanya Allah Maha mengetahui segala
sesuatu. (Q.S. Al-Baqarah : 231)
b. Rujuk untuk talak 3 (talak ba’in)
Hukum rujuk pada talak ba’in sama dengan pernikahan baru, iaitu tentang persyaratan adanya
mahar, wali, dan persetujuan. Hanya saja jumhur berpendapat bahawa utuk perkawinan ini tidak
dipertimbangkan berakhirnya masa iddah.
3.3 Rukun Rujuk
a. Suami yang merujuk.
Syarat-syarat suami sah merujuk:
* Berakal.
* Baligh.
14
* Dengan kemahuan sendiri.
* Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad.
b. Isteri yang dirujuk.
Syarat isteri yang sah dirujuk:
* Telah disetubuhi.
* Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh.
* Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khulu’.
* Belum dijatuhkan talak tiga.
* Baru dicerai 2 kali
Jika isteri telah ditalak tiga maka tidak sah rujuk lagi, melainkan harus telah menikah dengan
orang lain kemudian bercerai, barulah boleh rujuk kembali dengan akad yang baru.
Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah Talak yang kedua), Maka perempuan itu tidak
lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu
menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk
kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah
hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) Mengetahui.(Q.S. Al-Baqarah :
230)
c. Ucapan yang menyatakan rujuk
Syarat-syarat lafaz:
* Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami“aku rujuk engkau” atau “aku
kembalikan engkau kepada nikahku”.
* Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku
rujuk engkau jika engkau mahu”.Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu.
* Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”.
d. Syarat-syarat sah kawin semula selepas talak tiga ialah:
*. Selesai idah dari suami pertama.
*. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
15
*. Suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.
*. Bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah).
*. Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah
yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.
3.4 Prosedur Rujuk
1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku
dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut
kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari
daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya
dalam borang yang ditetapkan.
2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah
raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama
isteri dan dua orang saksi lelaki.
3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah
hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada
Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan.
4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku
secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah
pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes
perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal.
5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai
dan Ruju‘ Daerah.
6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar
Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘
Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai
Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan.
7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat
Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘.
8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai
dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E).
3.5 Permasalah Rujuk
Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'.
a. Rujuk perlu redha isteri
16
Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk
terima atau tidak"
Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama
seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami.
Imam Ibn Qudamah berkata :
‫أن‬ ‫..وجملته‬ . ‫يزيده‬ ‫صداق‬ ‫وَل‬ , ‫يحضره‬ ‫ولي‬ ‫بال‬ . ‫امرأتي‬ ‫راجعت‬ ‫قد‬ ‫أني‬ ‫اشهدا‬ : ‫المسلمين‬ ‫من‬ ‫لرجلين‬ ‫يقول‬ ‫أن‬ ‫والمراجعة‬
; ‫العلم‬ ‫أهل‬ ‫بإجماع‬ . ‫علمها‬ ‫وَل‬ , ‫المرأة‬ ‫رضى‬ ‫وَل‬ , ‫صداق‬ ‫وَل‬ , ‫ولي‬ ‫إلى‬ ‫تفتقر‬ ‫َل‬ ‫الرجعة‬
Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju'
kembali dengan isteriku"
Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya,
sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga
disyaratkan mesti pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al-
Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani)
Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang
sedikit berbeza apabila mereka mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang
disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8)
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa
perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'.
Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya.
Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut.
Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk
mendaftarkan ruju'.
Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi
hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali
kepada bekas isterinya.
Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri
apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan
sahaja dan tidak wajib: -
‫يشترط‬ ‫َل‬ ‫أنه‬ ‫والجديد‬‫بنا‬ ‫عليها‬ ) ‫اإلشهاد‬ ( ‫الرجعة‬ ‫لصحة‬‫لرضاها‬ ‫وَل‬ ‫لولي‬ ‫يحتج‬ ‫لم‬ ‫ثم‬ ,‫اَلستدامة‬ ‫حكم‬ ‫في‬ ‫أنها‬ ‫اْلصح‬ ‫على‬ ‫ء‬
‫يندب‬ ‫بل‬
Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju',
kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita
(isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 )
b. Bolehkah Ruju' Tanpa Melafaz?
Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di
hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.
17
Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya
persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.?
Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :-
Hanafi : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan
bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh
ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al-
Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain.
Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa
persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak
cukup untuk dianggap ruju'.
Syafie : Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada
persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie
berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih
dahulu adalah haram.
Imam As-Syafie berkata :-
‫وغيره‬ ‫جماع‬ ‫من‬ ‫الفعل‬ ‫دون‬ ‫بالكالم‬ ‫يكون‬ ‫;والرد‬ ‫بالرج‬ ‫يتكلم‬ ‫حتى‬ ‫امرأته‬ ‫على‬ ‫لرجل‬ ‫رجعة‬ ‫تثبت‬ ‫فال‬ ،‫كالم‬ ‫بال‬ ‫رد‬ ‫ْلنه‬‫كما‬ ،‫عة‬
‫الرجعة‬ ‫له‬ ‫ثبتت‬ ‫العدة‬ ‫في‬ ‫بها‬ ‫تكلم‬ ‫فإذا‬ ،‫بهما‬ ‫يتكلم‬ ‫حتى‬ ‫طالق‬ ‫وَل‬ َ‫نكا‬ ‫يكون‬ ‫َل‬
Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya,
kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita
sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz,
maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm)
Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan
persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak.
Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas,
Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju'
terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti.
c. Aurat Isteri Depan Suami Semasa Iddah
Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa
iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua.
Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib
berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam
Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 )
Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya?
Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu.
Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan
suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju'
dengan persetubuhan.
18
d. Ruju' Dalam Kes Tebus Talaq
Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak
mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan
perbezaan ijtihad ulama).
Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq.
Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama
bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq
Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah)
Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga
dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa,
namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al-
Qina', Al-Bahuti)
e. Perlukah Ruju' Kepada Saksi?
aea ebneb a fblaafa aa ae aa ili, eae eapib aa ae aa t pa nalea eblea amal
fbleamaial aa ae eae nt ta aaa aa na ie. dbnaaaanmal aa i pineal d aa a.n.:
ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ن‬ِ‫م‬ ‫ْل‬‫د‬َ‫ع‬ ْ‫ي‬ َ‫و‬َ‫ذ‬ ‫ُوا‬‫د‬ِ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ‫وف‬ُ‫ر‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ق‬ ِ‫ار‬َ‫ف‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ‫وف‬ُ‫ر‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ْ‫م‬َ‫أ‬َ‫ف‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ل‬َ‫ج‬َ‫أ‬ َ‫ن‬َْْ‫ل‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ف‬
Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik
atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 )
Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia
langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan
sahaja namun ia tidaklah wajib.
3.6 Hikmah Rujuk
a. Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan rumah
tangga.
b. Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian.
c. Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumah tangga
4. 0 PENUTUP
19
5.0 RUJUKAN
20
 Iddah, Terbitan Sinar Jimat Sdn Bhd, Cetakaan Modmidal Industries Sdn Bhd, muka
surat 138-148
 Tatarujuk Dalam Islam, diambil daripada:
http://abuhauramuafa.wordpress.com/2012/05/10/tata-cara-rujuk-dalam-islam/
 Talak dan rujuk, diambil daripada:
http://majalah-assunnah.com/index.php/soal-jawab/230-talak-dan-rujuk

More Related Content

What's hot

Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamShahirah Zafirah
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Nota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin Berjaya
Nota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin BerjayaNota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin Berjaya
Nota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin BerjayaNUR
 
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHHAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHradzimr
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahSharifah Nadia
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanNur ja
 
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamPelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamNUR
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifErwina Masir
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 

What's hot (20)

Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Institusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islamInstitusi kekeluargaan dalam islam
Institusi kekeluargaan dalam islam
 
Sisihan piawai
Sisihan piawaiSisihan piawai
Sisihan piawai
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Nota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin Berjaya
Nota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin BerjayaNota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin Berjaya
Nota Pelajaran 4 - Ciri-ciri Mukmin Berjaya
 
HAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAHHAJI DAN UMRAH
HAJI DAN UMRAH
 
Iman
ImanIman
Iman
 
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam IslamPelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
Pelajaran 14: Unit 1 - Wasiat Dalam Islam
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
pemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatifpemikiran kritis dan kreatif
pemikiran kritis dan kreatif
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 

Viewers also liked

Pandangan islam tentang iddah
Pandangan islam tentang iddahPandangan islam tentang iddah
Pandangan islam tentang iddahBahadur Bahadur
 
Nikah, talaq, cerai, & rujuk
Nikah, talaq, cerai, & rujukNikah, talaq, cerai, & rujuk
Nikah, talaq, cerai, & rujukAlfin Berrtrand
 
Aspek Al Qur'an
Aspek Al Qur'anAspek Al Qur'an
Aspek Al Qur'anMusripah
 
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-Norafsah Awang Kati
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)
Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)
Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)dionadya p
 
Rahsia A+ P.Islam SPM 2016
Rahsia A+ P.Islam SPM 2016Rahsia A+ P.Islam SPM 2016
Rahsia A+ P.Islam SPM 2016Yusri Yusoff
 
Ayat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos Kerja
Ayat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos KerjaAyat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos Kerja
Ayat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos KerjaNajib Faiq
 
Presentasi Fiqh 11 (Nikah)
Presentasi Fiqh 11 (Nikah)Presentasi Fiqh 11 (Nikah)
Presentasi Fiqh 11 (Nikah)Marhamah Saleh
 
Khuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakhKhuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakhRahmat Nie
 
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif IslamPengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif IslamMohd Firdaus Zakaria
 

Viewers also liked (20)

Iddah rujuk dan ihdad.
Iddah rujuk dan ihdad.Iddah rujuk dan ihdad.
Iddah rujuk dan ihdad.
 
Syariah ( iddah)
Syariah ( iddah)Syariah ( iddah)
Syariah ( iddah)
 
Talak & Rujuk
Talak & RujukTalak & Rujuk
Talak & Rujuk
 
Pandangan islam tentang iddah
Pandangan islam tentang iddahPandangan islam tentang iddah
Pandangan islam tentang iddah
 
Nikah, talaq, cerai, & rujuk
Nikah, talaq, cerai, & rujukNikah, talaq, cerai, & rujuk
Nikah, talaq, cerai, & rujuk
 
RUJUK
RUJUKRUJUK
RUJUK
 
Aspek Al Qur'an
Aspek Al Qur'anAspek Al Qur'an
Aspek Al Qur'an
 
Fasakh kel. 3
Fasakh kel. 3Fasakh kel. 3
Fasakh kel. 3
 
fasakh
fasakhfasakh
fasakh
 
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)
Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)
Surah ali imran (159) dan asy' syura (38)
 
Rahsia A+ P.Islam SPM 2016
Rahsia A+ P.Islam SPM 2016Rahsia A+ P.Islam SPM 2016
Rahsia A+ P.Islam SPM 2016
 
Talak
TalakTalak
Talak
 
Ayat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos Kerja
Ayat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos KerjaAyat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos Kerja
Ayat-Ayat Al-Qur’an tentang Etos Kerja
 
Presentasi Fiqh 11 (Nikah)
Presentasi Fiqh 11 (Nikah)Presentasi Fiqh 11 (Nikah)
Presentasi Fiqh 11 (Nikah)
 
Khuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakhKhuluk dan fasakh
Khuluk dan fasakh
 
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif IslamPengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
Pengajian Islam: Jenayah dari perspektif Islam
 
Talak
TalakTalak
Talak
 
Al-Talak
Al-Talak Al-Talak
Al-Talak
 

Similar to Iddah dan Rujuk

Similar to Iddah dan Rujuk (20)

Agama iddah & rujuk materi xii
Agama iddah & rujuk materi xiiAgama iddah & rujuk materi xii
Agama iddah & rujuk materi xii
 
Iddah
IddahIddah
Iddah
 
Munakahat
MunakahatMunakahat
Munakahat
 
Munakahat
MunakahatMunakahat
Munakahat
 
AIK 6 PERSOALAN PERNIKAHAN KELOMPOK 7.pptx
AIK 6 PERSOALAN PERNIKAHAN KELOMPOK 7.pptxAIK 6 PERSOALAN PERNIKAHAN KELOMPOK 7.pptx
AIK 6 PERSOALAN PERNIKAHAN KELOMPOK 7.pptx
 
Masa idah, hadanah, dan rujuk 2
Masa idah, hadanah, dan rujuk 2Masa idah, hadanah, dan rujuk 2
Masa idah, hadanah, dan rujuk 2
 
Iddah dan ihdad
Iddah dan ihdadIddah dan ihdad
Iddah dan ihdad
 
Munakahat - Agama
Munakahat - AgamaMunakahat - Agama
Munakahat - Agama
 
Pernikahan
PernikahanPernikahan
Pernikahan
 
Fiqih - perceraian
Fiqih - perceraianFiqih - perceraian
Fiqih - perceraian
 
iddah_klmp2-1.pptx di STIKES Surya global
iddah_klmp2-1.pptx di STIKES Surya globaliddah_klmp2-1.pptx di STIKES Surya global
iddah_klmp2-1.pptx di STIKES Surya global
 
Munahakat 12ipa 2
Munahakat 12ipa 2Munahakat 12ipa 2
Munahakat 12ipa 2
 
Munakahat (pernikahan)
Munakahat (pernikahan)Munakahat (pernikahan)
Munakahat (pernikahan)
 
BAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptx
BAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptxBAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptx
BAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptx
 
BAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptx
BAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptxBAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptx
BAB 6 Pernikahan dalam Islam.pptx
 
Masa nifas by Murniwati
Masa nifas by MurniwatiMasa nifas by Murniwati
Masa nifas by Murniwati
 
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluarga
 
Iddah
IddahIddah
Iddah
 
Rujuk dan Iddah
Rujuk dan IddahRujuk dan Iddah
Rujuk dan Iddah
 
Fikih - Talaq, Khuluk, Fasakh, Iddah dan Rujuk
Fikih - Talaq, Khuluk, Fasakh, Iddah dan RujukFikih - Talaq, Khuluk, Fasakh, Iddah dan Rujuk
Fikih - Talaq, Khuluk, Fasakh, Iddah dan Rujuk
 

More from an nur

Case study of 'wal mart women'
Case study of 'wal mart women'Case study of 'wal mart women'
Case study of 'wal mart women'an nur
 
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyahShariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyahan nur
 
AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...
AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...
AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...an nur
 
OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA
OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA
OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA an nur
 
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysiaIslamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysiaan nur
 
Islamic trade financing
Islamic trade financingIslamic trade financing
Islamic trade financingan nur
 
ISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKS
ISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKSISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKS
ISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKSan nur
 
THE DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
THE  DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTINGTHE  DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
THE DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTINGan nur
 
2. MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
2.	MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING2.	MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
2. MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTINGan nur
 
Al ghazali Thought in Economy
Al ghazali Thought in EconomyAl ghazali Thought in Economy
Al ghazali Thought in Economyan nur
 
Islamic Investment : Call warrant
Islamic Investment : Call warrantIslamic Investment : Call warrant
Islamic Investment : Call warrantan nur
 
Practices of financing in if is
Practices of financing in if isPractices of financing in if is
Practices of financing in if isan nur
 
Islamic accounting presentation
Islamic accounting presentationIslamic accounting presentation
Islamic accounting presentationan nur
 

More from an nur (13)

Case study of 'wal mart women'
Case study of 'wal mart women'Case study of 'wal mart women'
Case study of 'wal mart women'
 
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyahShariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
Shariah, fiqh and majalla al ahkam al-adliyyah
 
AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...
AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...
AL- IJTIHAD LA YANQUD BI IJTIHAD AND IZA IJTAMA’A AL-HALAL WA AL- HARAM GHALA...
 
OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA
OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA
OTHER RELATED MAXIMS ARISE FROM AL –UMUR BI MAQASIDIHA
 
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysiaIslamic law of inheritance (faraid) in malaysia
Islamic law of inheritance (faraid) in malaysia
 
Islamic trade financing
Islamic trade financingIslamic trade financing
Islamic trade financing
 
ISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKS
ISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKSISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKS
ISLAMIC HOUSING FINANCING AND CONVENTIONAL HOUSING LOAN BY BANKS
 
THE DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
THE  DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTINGTHE  DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
THE DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
 
2. MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
2.	MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING2.	MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
2. MAIN DIFFERENCES BETWEEN ISLAMIC ACCOUNTING AND CONVENTIONAL ACCOUNTING
 
Al ghazali Thought in Economy
Al ghazali Thought in EconomyAl ghazali Thought in Economy
Al ghazali Thought in Economy
 
Islamic Investment : Call warrant
Islamic Investment : Call warrantIslamic Investment : Call warrant
Islamic Investment : Call warrant
 
Practices of financing in if is
Practices of financing in if isPractices of financing in if is
Practices of financing in if is
 
Islamic accounting presentation
Islamic accounting presentationIslamic accounting presentation
Islamic accounting presentation
 

Iddah dan Rujuk

  • 1. 1 2.0 IDDAH 2.1 Pengertian Iddah  Bahasa : bilangan, kiraan  Syarak : tempoh masa tertentu yang ditentukan oleh syarak setelah berlaku perceraian kerana berlaku persetubuhan antara suami isteri pada perkahwinan yang sah atau pada persetubuhan yang syubhah atau kematian suami. Iddah tidak wajib bagi perceraian sebelum berlaku persetubuhan. 2.2 Hukum Iddah  Hukum Iddah adalah wajib. Berdasarkan firman Allah : ‫ء‬ َ‫و‬ُ‫ر‬ُ‫ق‬ َ‫ة‬َ‫ث‬َ‫ال‬َ‫ث‬ َّ‫ن‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ْ‫ص‬َّ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ُ‫ات‬َ‫ق‬َّ‫ل‬َ‫ط‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ Maksudnya :“ Wanita-wanita yang ditalak suaminya hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali suci”. 2.3 Tujuan Iddah 1. Untuk mengetahui bersih rahim perempuan, sehingga tidak bercampur keturunan seorang lelaki dengan yang lain. Iddah menjadi penting bagi kelahiran anak dan keturunan yang bersih daripada unsur yang syubhah antara dua keturunan. 2. Untuk memberi kesempatan kepada suami isteri yang terlibat supaya melakukan muhasabah diri dan jika mungkin kembali hidup bersama. 3. Untuk memberi ruang kepada isteri yang diceraikan atau ditinggalkan menilai dan menghargai kebaikan dan bakti, kasih sayang dan pengorbanan yang pernah diberikan oleh bekas suaminya. Lalu, timbullah keinsafan akan betapa tingginya erti suami dan perkahwinan dalam hidupnya yang akan dijadikan teladan bagi anak dan keturunannya.
  • 2. 2 Seterusnya, menghargai segala-galanya yang pernah dicurahkan oleh bekas suaminya dan doa untuknya. 4. Untuk menghapuskan amalan jahiliah yang mewajibkan isteri diceraikan dengan cerai mati supaya mengurung dirinya di tempat gelap selama satu tahun, berpakaian hitam, comot dan kotor. 5. Untuk memberi tempoh kepada suami mendapatkan ketenangan, meleraikan perkara yang kusut, memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah serta mengharapkan kurniaannya. Seterusnya, merancang kehidupan baru yang lebih baik dan diredai Allah. 6. Untuk memberi pengajaran kepada suami isteri dalam tempoh iddah bahawa perceraian yang disebabkan oleh angkara sendiri akan menyusahkan diri sendiri. 2.4 Jenis-jenis Iddah Iddah terbahagi dua iaitu, iddah wafat (kematian suami) dan iddah firaq (perpisahan semasa hidup). Terdapat 6 jenis iddah seperti yang berikut: a. Iddah isteri yang haid b. Iddah isteri yang tiada haid c. Iddah kematian suami d. Iddah isteri yang hamil e. Iddah isteri yang suaminya murtad f. Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah a. Iddah isteri yang haid Iddah bagi isteri yang masih ada haid juga disebut iddah quru’ iaitu suci daripada tiga quru’ (tiga kali haid). Ini berdasarkan ayat Al-Quran : Surah Al-Baqarah : 228 ‫ء‬ َ‫و‬ُ‫ر‬ُ‫ق‬ َ‫ة‬َ‫ث‬َ‫ال‬َ‫ث‬ َّ‫ن‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ْ‫ص‬َّ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ُ‫ات‬َ‫ق‬َّ‫ل‬َ‫ط‬ُ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬
  • 3. 3 Artinya : Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Jika perempuan diceraikan pada masa suci, maka iddahnya selesai dengan haid yang ketiga. Jika ia diceraikan pada masa haid, maka iddahnya selesai dengan haid yang keempat. b. Iddah isteri yang tiada haid Perempuan yang tiada haid sama ada setelah putus haid atau anak-anak yang belum baligh, iddahnya tiga bulan. Sebab itu, iddah mereka disebut juga iddah bulan. Surah At-Talak : 4 ِ‫ن‬ ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫يض‬ ِ‫ح‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫ئ‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫ئ‬ َّ‫الال‬ َ‫و‬َّ‫ن‬ُ‫ه‬ُ‫ل‬َ‫ج‬َ‫ْل‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ح‬َ ْ‫اْل‬ ُ‫ت‬ َ‫َل‬ ْ‫و‬ُ‫أ‬ َ‫و‬ َ‫ن‬ْ‫ض‬ ِ‫ح‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ‫ي‬ِ‫ئ‬ َّ‫الال‬ َ‫و‬ ‫ر‬ُ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ ُ‫ة‬َ‫ث‬ َ‫ال‬َ‫ث‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬ُ‫ت‬َّ‫د‬ِ‫ع‬َ‫ف‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬ْ‫ب‬َ‫ت‬ْ‫ار‬ ِ‫ن‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫س‬ ‫ا‬ً‫ر‬ْ‫س‬ُ‫ي‬ ِ‫ه‬ ِ‫ر‬ْ‫م‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ه‬َّ‫ل‬ ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ج‬َ‫ي‬ َ َّ‫اَّلل‬ ِ‫ق‬َّ‫ت‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫م‬ َ‫و‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ْ‫م‬َ‫ح‬ َ‫ن‬ْ‫ع‬َ‫ض‬َ‫ي‬ ‫ن‬َ‫أ‬ Ertinya: dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang berputus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah kamu), maka iddahnya adalah tiga bulan, dan (demikian) juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan- perempuan mengandung tempoh iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang di kandungnya. Dan (ingatlah) sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan segala urusannya. c. Iddah kematian suami Iddah bagi perempuan yang kematian suami adalah 4 bulan 10 hari. Jika ada perempuan yang ditalak raj’i lalu suaminya meninggal dunia, maka iddahnya bertukar menjadi iddah kematian suami, yang dikira dari hari suaminya meninggal dunia, sebab waktu suaminya meninggal ia masih dalam hukum isteri. Firman Allah: Surah Al-Baqarah : 234 َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ‫ا‬ً‫ر‬ْ‫ش‬َ‫ع‬ َ‫و‬ ‫ر‬ُ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫ة‬َ‫ع‬َ‫ب‬ْ‫ر‬َ‫أ‬ َّ‫ن‬ِ‫ه‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ْ‫ص‬َّ‫ب‬َ‫ر‬َ‫ت‬َ‫ي‬ ‫ا‬ً‫ج‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ز‬َ‫أ‬ َ‫ون‬ُ‫ر‬َ‫ذ‬َ‫ي‬ َ‫و‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬ ْ‫و‬َّ‫ف‬ َ‫و‬َ‫ت‬ُ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ََ‫َا‬‫ن‬ُ‫ج‬ َ‫ال‬َ‫ف‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ل‬َ‫ج‬َ‫أ‬ َ‫ن‬َْْ‫ل‬
  • 4. 4 Ertinya: dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama 4 bulan 10 hari. d. Iddah isteri yang hamil Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir. Contoh, katakanlah jika berlaku kematian ketika si isteri mengandung 2 bulan. Selepas 7 bulan barulah dia bersalin, maka itulah tempoh iddah yang perlu dilaluinya. Contoh lain, katakanlah pasangan suami isteri menaiki kenderaan dan berlaku kemalangan. Akibat hentaman yang kuat, si suami meninggal di tempat kejadian, manakala si isteri bersalin tidak sampai beberapa saat selepas itu, maka dengan serta merta juga iddahnya berakhir. Dalil ataupun hujah bagi hukum ini adalah seperti ayat Quran yang menyebut bahawa perempuan yang mengandung tempoh iddahnya ialah sehingga melahirkan anak (al-Talaq, ayat 4). Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah s.a.w. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Demikianlah pendirian majoriti fuqaha dalam kes seperti ini. Terdapat pula sebilangan fuqaha yang berpendapat bahawa dalam keadaan ini hendaklah si isteri tadi beriddah mengikut ab’ad al-ajalayn, iaitu tempoh yang paling panjang. Maksudnya, jika tempoh 4 bulan 10 hari lebih panjang dari tarikh bersalin, maka hendaklah wanita itu beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika tarikh bersalin lebih lewat/ terkemudian berbanding 4 bulan
  • 5. 5 10 hari, maka hendaklah dia beriddah hinggalah bersalin. Pandangan ini di bawa oleh sebilangan kecil fuqaha. e. Iddah isteri yang suaminya murtad Murtad membatalkan hubungan perkahwinan. Bagi isteri yang berpisah dengan suami yang disebabkan suaminya murtad, iddahnya : i. Jika ia masih haid, iddahnya satu quru’ (sekali suci daripada haid). ii. Jika ia mengandung, iddahnya setelah melahirkan kandungannya. iii. Jika ia tiada haid, sama ada belum baligh atau sudah putus haid, iddahnya satu bulan. f. Iddah sebab nikah rosak dan persetubuhan syubhah Perempuan yang terlibat dengan pernikahan yang rosak yang telah disetubuhi lalau dipisahkan dan perempuan yang disetubuhi dengan persetubuhan syubhah seperti lelaki yakin yang disetubuhi isterinya, tetapi sebenarnya bukan, atau suami yang bersatu dengan isterinya, kemudian ternyata nikahnya tidak sah sebab perempuan yang menjadi isterinya masih muhrimnya, maka dalam kes ini perempuan tersebut mempunyai iddah : i. Jika ia masih datang haid, iddahnya tiga kali suci daripada haid (quru’). ii. Jika ia tiada haid, maka iddahnya ialah tiga bulan. g. Iddah istihadhah Perempuan yang mengalami masalah istihadhah (darah penyakit), maka iddahnya bergantung pada keadaan: i. Jika ia masih ada haid sebelum mengalami keadaan istihadhah, maka iddahnya tiga kali suci daripada haid. Berdasarkan kelaziman iddah orang yang masih ada haid. ii. Bagi perempuan yang tiada haid, tempoh iddahnya ialah tiga bulan.
  • 6. 6 Jadual tempoh berbagai-bagai-bagai-bagai jenis iddah Jenis Iddah Tempoh Iddah ada haid Tiga quru’ (tiga kali suci daripada haid) Iddah tiada haid Tiga bulan Iddah hamil Sehingga melahirkan anak Iddah kematian suami Empat bulan 10 hari Iddah murtad i. Ada haid, iddahnya satu quru’ ii. Tiada haid, iddahnya satu bulan iii. Mengandung, iddah hamil Iddah nikah yang rosak dan persetubuhan syubhah Seperti iddah perempuan yang masih ada haid, perempuan tiada haid dan iddah hamil. Iddah istihadhah Seperti iddah seorang perempuan yang masih ada haid dan perempuan yang tiada haid. 2.5 Pertukaran iddah Pertukaran atau perubahan iddah daripada satu jenis yang lain berlaku apabila seorang perempuan sedang menjalani iddah lalu datang iddah yang baru berpunca daripada satu-satu sebab. Dalam keadaan yang sedemikian ia wajib menukar kepada iddah yang baru seperti pertukaran : i. Iddah quru’ kepada iddah bulan ii. Iddah bulan kepada iddah quru’ iii. Iddah quru’ kepada iddah hamil iv. Iddah bulan kepada iddah hamil
  • 7. 7 v. Iddah talak raj’i kepada talak ba’in Perempuan yang sedang menjalani iddah talak raj’i , sama ada iddah quru’ atau bulan- bulan atau iddah hamil, lalu kematian suami, ia wajib melakukan iddah kematian. Namun, Mazhab Al-Shafie’ berpendapat perempuan yang melakukan iddah quru’ wajib mengambil iddah yang terlalu lama antara iddah quru’ dan iddah kematian suami kerana pertalian antara mereka masih ada dalam hukum isteri. Manakala iddah talak ba’in tidak berubah, walaupun berlaku kematian bekas suaminya, kerana hubungan perkahwinan antara suami dan isteri telah putus, kecuali perceraian ketika suami sakit tenat dan isteri sedang menjalani iddah ba’in, maka isteri kena bertukar kepada iddah kematian kerana cerai ba’in dalam keadaan sakit diragui syarak, yang mungkin bertujuan untuk menghalang daripada mendapat pusaka. Dengan bertukar iddah ba’in kepada iddah kematian, isteri akan mendapat pusaka. Iddah mengandung tidak akan berubah walaupun ada sebab-sebab yang menjadi faktor adanya iddah yang baru. 2.6 Jadual pertukaran Iddah Iddah Sebab Pertukaran iddah Iddah quru’ Kematian suami Bertukar kepada iddah kematian Iddah quru’ Putus haid Bertukar kepada iddah putus haid Iddah bulan Datang haid Bertukar kepada iddah quru’ Iddah quru’ Mengandung Bertukar kepada iddah hamil Iddah bulan Mengandung Bertukar kepada iddah hamil
  • 8. 8 2.7 Tempat tinggal dan nafkah semasa iddah a) Talak raj’i  Suami wajib menyediakan tempat tinggal  Suami wajib memberi nafkah sama sebelum bercerai, seperti makan, pakaian,  Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu. Firman Allah Taala: b) Talak Ba’in isteri hamil  Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri.  Suami wajib memberi nafkah. Firman Allah Taala:  Isteri tidak boleh keluar rumah kecuali perlu seperti membeli makanan. c) Talak Ba’in isteri yang tidak mengandung  Suami wajib menyediakan tempat tinggal.  Suami tidak perlu memberi nafkah. d) Talak suami meninggal  Berkabung atas kematian suami iaitu tidak berhias diri, bersolek yang mendorong kepada keghairahan atau menarik perhatian orang lain dan tidak memakai pakaian berwarna-warni, tidak bercelak, dan tidak memakai pakaian emas dan perak atau seumpamanya, jika dilakukan, maka ini berdosa. 2.8 Perkara-perkara yang dilarang semasa Iddah a. Bertunang (secara berterus-terang) Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus terang. Namun, jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud, “ Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita.” b. Berkahwin
  • 9. 9 Sebagaimana yang telah disebut, tujuan iddah adalah untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah S.W.T., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya). Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh berkahwin sehingga tamat tempoh iddah tersebut. c. Berhias dan berwangi-wangian pada diri atau pakaian Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkan daripada perkara- perkara terlarang serta menghindari fitnah. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi, kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja. Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin. Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain. Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas
  • 10. 10 habis haid iaitu digunakan pada faraj. Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang. Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit. d. Tidur di rumah lain Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa. Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Firman Allah SWT maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas”. (Surah al-Talaq: ayat 1). Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain. Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah S.A.W. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah S.A.W. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda Baginda S.A.W., maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.
  • 11. 11 e. Keluar dari rumah tanpa tujuan (keperluan tertentu) Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha. Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah S.A.W., maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik”. Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka. Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah S.A.W. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami”. Rasulullah S.A.W. menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing”. Dalam kitab- kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah. Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah- menziarahi, dilarang keluar berdagang (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit
  • 12. 12 atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji dan umrah. 3.0 RUJUK 3.1 Pengertian Rujuk *Rujuk adalah mengembalikan isteri yang telah ditalak pada pernikahan yang asal sebelum diceraikan. Rujuk menurut bahasa bermaksud kembali. Adapun yang dimaksud rujuk disini adalah mengembalikan status hukum perkawinan secara penuh setelah terjadi talak raj’i yang dilakukan oleh bekas suami terhadap isterinya dalam masa iddahnya dengan ucapan tertentu. *Menurut bahasa Arab, kata ruju’ berasal dari kata raja’ a-yarji’ u-rujk’an yang bererti kembali, dan mengembalikan. *Sedangkan secara terminology, ruju’ errtinya kembalinya seorang suami kepada isterinya yang di talak raj’i, tanpa melalui perkawinan dalam masa ‘iddah. *Ada pula para ulama mazhab berpendapat dalam istilah kata ruju’ itu adalah menarik kembali wanita yang di talak dan mempertahankan (ikatan) perkawinannya. Hukumnya, menurut kesepakatan para ulama mazhab, adalah boleh. Menurut para ulama mazhab ruju’ juga tidak memerlukan wali, mas kawin, dan juga tidak kesediaan istri yang ditalak. Firman Allah SWT : “Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS Al Baqarah :228) Apabila seorang suami telah menceraikan isterinya, maka dia digalakkan untuk rujuk kembali pada isterinya dengan syarat kedua-duanya betul-betul hendak kembali (islah) bersama. Dengan kata lainnya bahawa keduanya benar-benar sama-sama saling mengerti dan penuh rasa tanggung jawab antara satu dengan lainnya. Tetapi jika suami mempergunakan kesempatan rujuk itu bukan untuk berbuat islah, bahkan bertujuan untuk menganiaya tanpa memberi nafkah, atau semata-
  • 13. 13 mata untuk menahan isteri agar tidak menikah dengan orang lain, maka suami tersebut tidak berhak untuk merujuk isterinya itu, malah haram hukumnya. 3.2 Bahagian Rujuk Rujuk dapat dibahagikan kepada 2 iaitu : a. Rujuk untuk talak 1 dan 2 (talak raj’i) Dalam suatu hadis disebutkan : dari Ibnu Umar r.a. waktu itu ia ditanya oleh seseorang, ia berkata, “Adapun engkau yang telah menceraikan ( istri) baru sekali atau dua kali, maka sesungguhnya Rasulullah SAW telah menyuruhku merujuk istriku kembali” (H.R. Muslim) Kerana besarnya hikmah yang terkandung dalam ikatan perkahwinan, maka apabila seorang suami telah menceraikan isterinya, ia telah diperintahkan oleh Allah SWT agar merujuk kembali Firman Allah SWT : Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan cara yang ma’ruf, atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf (pula). janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan, Karena dengan demikian kamu menganiaya mereka.. barangsiapa berbuat demikian, Maka sungguh ia Telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah padamu, dan apa yang Telah diturunkan Allah kepadamu yaitu Al Kitab dan Al hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkan-Nya itu. dan bertakwalah kepada Allah serta Ketahuilah bahwasanya Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (Q.S. Al-Baqarah : 231) b. Rujuk untuk talak 3 (talak ba’in) Hukum rujuk pada talak ba’in sama dengan pernikahan baru, iaitu tentang persyaratan adanya mahar, wali, dan persetujuan. Hanya saja jumhur berpendapat bahawa utuk perkawinan ini tidak dipertimbangkan berakhirnya masa iddah. 3.3 Rukun Rujuk a. Suami yang merujuk. Syarat-syarat suami sah merujuk: * Berakal. * Baligh.
  • 14. 14 * Dengan kemahuan sendiri. * Tidak dipaksa — tidak sah rujuk suami yang murtad. b. Isteri yang dirujuk. Syarat isteri yang sah dirujuk: * Telah disetubuhi. * Bercerai dengan talak, bukan dengan fasakh. * Tidak bercerai dengan khuluk — tidak sah dirujuk isteri yang bercerai dengan khulu’. * Belum dijatuhkan talak tiga. * Baru dicerai 2 kali Jika isteri telah ditalak tiga maka tidak sah rujuk lagi, melainkan harus telah menikah dengan orang lain kemudian bercerai, barulah boleh rujuk kembali dengan akad yang baru. Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah Talak yang kedua), Maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kawin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, Maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin kembali jika keduanya berpendapat akan dapat menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau) Mengetahui.(Q.S. Al-Baqarah : 230) c. Ucapan yang menyatakan rujuk Syarat-syarat lafaz: * Lafaz yang menunjukkan maksud rujuk, misalnya kata suami“aku rujuk engkau” atau “aku kembalikan engkau kepada nikahku”. * Tidak bertaklik — tidak sah rujuk dengan lafaz yang bertaklik, misalnya kata suami “aku rujuk engkau jika engkau mahu”.Rujuk itu tidak sah walaupun isteri mengatakan mahu. * Tidak terbatas waktu — seperti kata suami “aku rujuk engkau selama sebulan”. d. Syarat-syarat sah kawin semula selepas talak tiga ialah: *. Selesai idah dari suami pertama. *. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.
  • 15. 15 *. Suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya. *. Bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habis idah). *. Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat-syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan. 3.4 Prosedur Rujuk 1. Jika selepas perceraian yang boleh diruju‘kan (dalam ‘iddah raj‘iyy) dan ruju‘ telah berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal peruju‘kan tersebut kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkenaan dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh peruju‘kan berlaku serta menerangkan butir-butir yang berkaitan dengannya dalam borang yang ditetapkan. 2. Bagi pihak-pihak yang ingin memohon ruju‘ atas persetujuan bersama semasa di dalam ‘iddah raj‘iyy, pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah bersama isteri dan dua orang saksi lelaki. 3. Setiap ruju‘ yang hendak dibuat di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah hendaklah memastikan pemohon mengemukakan sijil cerai asal atau keputusan bercerai daripada Mahkamah Syari‘ah berkaitan sebelum ruju‘ dijalankan. 4. Apabila Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berpuashati bahawa ruju‘ tersebut berlaku secara sah dari segi hukum syara‘, baharulah pendaftaran atau permohonan ruju‘ diterima setelah pemohon menyertakan bersama-sama borang permohonan, salinan resit pendaftaran kes perceraiannya di Mahkamah atau Sijil Cerai yang asal. 5. Pendaftaran atau permohonan ruju‘ hendaklah dilakukan di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah. 6. Setiap ruju‘ yang telah didaftarkan, Sijil Cerai asal tersebut akan diambil oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan dan dihantar kepada Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah yang mengeluarkan untuk dibatalkan dan direkodkan di dalam Buku Daftar Cerai Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah berkaitan. 7. Pemohon yang telah didaftarkan ruju‘ mereka akan diserahkan kepada mereka Surat Keterangan Ruju‘ (Borang 2D) dan direkodkan di dalam Buku Daftar Serahan Keterangan Ruju‘. 8. Butir-butir peruju‘kan tersebut hendaklah dicatitkan dan disimpan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‘ Daerah dalam Buku Daftar Ruju‘ (Borang 2E). 3.5 Permasalah Rujuk Antara isu yang dikira paling keliru di kalangan masyarakat adalah bab ruju'. a. Rujuk perlu redha isteri
  • 16. 16 Ada wanita yang berkata, "suami saya ingin ruju', tetapi saya masih memikirkan samada untuk terima atau tidak" Ketahuilah, bahawa ruju' tidak memerlukan sebarang persetujuan wanita. Ia adalah ijma' ulama seluruhnya. Ruju' ini ibarat menjatuhkan talak yang hanya tertakluk kepada suami. Imam Ibn Qudamah berkata : ‫أن‬ ‫..وجملته‬ . ‫يزيده‬ ‫صداق‬ ‫وَل‬ , ‫يحضره‬ ‫ولي‬ ‫بال‬ . ‫امرأتي‬ ‫راجعت‬ ‫قد‬ ‫أني‬ ‫اشهدا‬ : ‫المسلمين‬ ‫من‬ ‫لرجلين‬ ‫يقول‬ ‫أن‬ ‫والمراجعة‬ ; ‫العلم‬ ‫أهل‬ ‫بإجماع‬ . ‫علمها‬ ‫وَل‬ , ‫المرأة‬ ‫رضى‬ ‫وَل‬ , ‫صداق‬ ‫وَل‬ , ‫ولي‬ ‫إلى‬ ‫تفتقر‬ ‫َل‬ ‫الرجعة‬ Ertinya : Ruju' adalah dengan cara seorang lelaki melafazkan (contohnya) : "Aku dengan ini ruju' kembali dengan isteriku" Tanpa diperlukan kehadiran wali, sebarang mahar tambahan, dan secara umumnya, sesungguhnya ruju' tidak memerlukan wali, mahar dan juga redha si isteri dan tidak juga disyaratkan mesti pemakluman kepada isteri, ia adalah dengan ijma' seluruh ahli ilmu." ( Al- Mughni, 7/405 ; Badai'e as-Sonaie', Al-Kasani) Namun, khabarnya Malaysia (mungkin Ijtihad Malaysia) mengambil pendekatan yang sedikit berbeza apabila mereka mengambil fatwa yang berbeza dengan ijma yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah tadi, ini adalah kerana berdasarkan Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang ingin meruju'. Pertamanya : suami hendaklah melafazkan niat untuk meruju' bekas isterinya. Kedua : bekas isteri perlu memberikan persetujuannya ke atas ruju' tersebut. Setelah itu, suami dikehendaki menghantar permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftarkan ruju'. Setelah itu, mahkamah akan mengeluarkan perintah supaya pasangan yang telah bercerai tadi hidup semula sebagai suami isteri. Setelah proses ruju' itu lengkap barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya. Namun apapun, pihak pemerintah Malaysia kelihatan membuat keputusan dan ijtihad sendiri apabila MEWAJIBKAN REDHA ISTERI. Anjuran mazhab Syafie hanyalah menggalakkan sahaja dan tidak wajib: - ‫يشترط‬ ‫َل‬ ‫أنه‬ ‫والجديد‬‫بنا‬ ‫عليها‬ ) ‫اإلشهاد‬ ( ‫الرجعة‬ ‫لصحة‬‫لرضاها‬ ‫وَل‬ ‫لولي‬ ‫يحتج‬ ‫لم‬ ‫ثم‬ ,‫اَلستدامة‬ ‫حكم‬ ‫في‬ ‫أنها‬ ‫اْلصح‬ ‫على‬ ‫ء‬ ‫يندب‬ ‫بل‬ Ertinya : Pandangan mazhab baru Syafie, tidak disyaratkan wujud saksi untuk sahnya ruju', kemudian, (ruju') juga tidak memerlukan kepada (persetujuan) wali dan juga persetujuan wanita (isteri), cuma ia digalakkan sahaja. ( Nihayatul Muhtaj, 1/59 ) b. Bolehkah Ruju' Tanpa Melafaz? Tidak terdapat khilaf bahawa rujuk yang dibuat secara berlafaz yang terang oleh suami di hadapan saksi adalah sah. Demikian juga secara bertulis.
  • 17. 17 Namun ada yang bertanya kepad asaya sama ada ada cara lain, bagaimana jika berlakunya persetubuhan dalam masa iddah tersebut sebelum lafaz.? Ulama mazhab berbeza fatwa dalam hal ini seperti berikut :- Hanafi : Sah ruju' sama ada dengan persetubuhan atau permulaan persetubuhan seperti sentuhan bersyahwat, ciuman, melihat kemaluan isteri dan lain-lain. Pandangan ini turut disebut oleh ramai ulama tabien seperti Sa'ad Ibn Musayyab, Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ato' Abi Rabah, Al- Awzai'e, Sufyan At-Thawry, As-Sya'biy dan lain-lain. Maliki : Sah ruju' dengan persetubuhan dengan syarat si suami ada niat ruju' semasa persetubuhan itu berlaku. Namun ciuman, sentuhan dan lain-lain dengan syahwat sahaja tidak cukup untuk dianggap ruju'. Syafie : Mazhab Syafie menolak ruju' melalui perlakuan tanpa lafaz secara total, sama ada persetubuhan, mahupun permulaannya sebagaimana pandangan Hanafi tadi. Mazhab Syafie berfatwa sebarang persetubuhan pada waktu ‘iddah tanpa lafaz ruju' yang jelas terlebih dahulu adalah haram. Imam As-Syafie berkata :- ‫وغيره‬ ‫جماع‬ ‫من‬ ‫الفعل‬ ‫دون‬ ‫بالكالم‬ ‫يكون‬ ‫;والرد‬ ‫بالرج‬ ‫يتكلم‬ ‫حتى‬ ‫امرأته‬ ‫على‬ ‫لرجل‬ ‫رجعة‬ ‫تثبت‬ ‫فال‬ ،‫كالم‬ ‫بال‬ ‫رد‬ ‫ْلنه‬‫كما‬ ،‫عة‬ ‫الرجعة‬ ‫له‬ ‫ثبتت‬ ‫العدة‬ ‫في‬ ‫بها‬ ‫تكلم‬ ‫فإذا‬ ،‫بهما‬ ‫يتكلم‬ ‫حتى‬ ‫طالق‬ ‫وَل‬ َ‫نكا‬ ‫يكون‬ ‫َل‬ Ertinya : Ruju mestilah dengan percakapan ( lafaz) dan bukannya dengan jima' dan lainnya, kerana tiada ruju' tanpa lafaz, maka tidak sah ruju' bagi seorang lelaki kepada wanita sehinggalah dia melafazkannya, sebagaimana tiada nikah dan talaq yang dibuat tanpa lafaz, maka jika si lelaki melafazkannya (ruju') semasa iddah barulah sah ruju'nya" (Al-Umm) Hanbali : Sah ruju' dengan persetubuhan namun tidak sah ruju' hanya dengan permulaan persetubuhan. Samada ia dilakukan dengan niat ruju' atau tidak. Kesimpulan : Apapun pendapat pelbagai mazhab, sebagaimana yang telah saya dedahkan di atas, Malaysia mengambil mazhab Syafie yang mensyaratkan suami MESTI melafazkan ruju' terlebih dahulu secara rasmi. Ia wajar dituruti. c. Aurat Isteri Depan Suami Semasa Iddah Benar, wajib secara sepakat seluruh ulama si isteri untuk tidak keluar dari rumah suami semasa iddah dalam penceraian raj'ie (normal boleh ruju') kali pertama dan kedua. Si suami juga haram untuk menghalau isteri keluar dalam tempoh itu, malah suami masih wajib berikan belanja zahir kepada isteri di waktu ‘iddah. ( Tafsir Al-Jassas, 5/348 : Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 18/154 ) Namun, timbul persoalan jika isteri duduk di rumah suaminya, bagaimana dengan hal auratnya? Jawapannya mudah, menurut mazhab Syafie, isteri wajib menutup auratnya di dalam rumah itu. Namun menurut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali; tiada aurat yang perlu ditutup di depan suaminya sepanjang tempoh iddah, kerana mereka masih dikira isteri dan akan automatik ruju' dengan persetubuhan.
  • 18. 18 d. Ruju' Dalam Kes Tebus Talaq Adapun tebus talaq ataupun khulu', penceraian itu yang dilakukan atas dasar ini tidak mempunyai peruntukan ruju', sama ada ia dianggap sebagai Fasakh atau Talaq (berdasarkan perbezaan ijtihad ulama). Namun majoriti ulama silam dan kontemporoari menyebutkan tiada rujuk bagi kes tebus talaq. Malah Imam As-Syawkani menyebut telah terdapat Ijma' (perspekatan penuh) seluruh ulama bahawa tidak ruju' bagi kes tebus talaq. Ini adalah kerana Talaq itu jatuh dalam kategori Talaq Bain dan bukan Talaq Raj'ie (yang boleh diruju'). (Nailul Awtar ; Mawsu'ah Al-Kuwaitiyah) Cuma bezanya kali ini, wanita ada hak untuk terima jika si bekas suami tadi ingin ruju' juga dalam kes tebus talaq. Ertinya, peruntukan asalnya suami tidak boleh ruju' seperti kes talaq biasa, namun dalam kes tebus talaq, lelaki hilang haknya untuk ruju' tanpa redha isteri. (Kasyyaf Al- Qina', Al-Bahuti) e. Perlukah Ruju' Kepada Saksi? aea ebneb a fblaafa aa ae aa ili, eae eapib aa ae aa t pa nalea eblea amal fbleamaial aa ae eae nt ta aaa aa na ie. dbnaaaanmal aa i pineal d aa a.n.: ْ‫م‬ُ‫ك‬‫ن‬ِ‫م‬ ‫ْل‬‫د‬َ‫ع‬ ْ‫ي‬ َ‫و‬َ‫ذ‬ ‫ُوا‬‫د‬ِ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫و‬ ‫وف‬ُ‫ر‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ق‬ ِ‫ار‬َ‫ف‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ‫وف‬ُ‫ر‬ْ‫ع‬َ‫م‬ِ‫ب‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ْ‫م‬َ‫أ‬َ‫ف‬ َّ‫ن‬ُ‫ه‬َ‫ل‬َ‫ج‬َ‫أ‬ َ‫ن‬َْْ‫ل‬َ‫ب‬ ‫ا‬َ‫ذ‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ Ertinya : Apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik.. ( At-Talaq : 2 ) Namun pendapat Abu Bakar r.a, Imam Malik dan Abu Hanifah, saksi tidak wajib kerana ia langsung tidak memerlukan persetujuan dari pihak lain. Justeru, saksi hanyalah digalakkan sahaja namun ia tidaklah wajib. 3.6 Hikmah Rujuk a. Dapat menyambung semula hubungan suami isteri untuk kepentingan kerukunan rumah tangga. b. Membolehkan seseorang berusaha untuk rujuk meskipun telah berlaku perceraian. c. Dapat menimbulkan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dalam soal rumah tangga 4. 0 PENUTUP
  • 20. 20  Iddah, Terbitan Sinar Jimat Sdn Bhd, Cetakaan Modmidal Industries Sdn Bhd, muka surat 138-148  Tatarujuk Dalam Islam, diambil daripada: http://abuhauramuafa.wordpress.com/2012/05/10/tata-cara-rujuk-dalam-islam/  Talak dan rujuk, diambil daripada: http://majalah-assunnah.com/index.php/soal-jawab/230-talak-dan-rujuk