Kertas Kerja Hari Kemerdekaan Menggunakan Kuiz ict
1. KERTAS KERJA KUIZ HARI KEMERDEKAAN MENGGUNAKAN ICT
1.0 PENDAHULUAN
Pembestarian Pendidikan merupakan satu agenda utama Kementerian Pelajaran dalam
pendidikan pada masa ini. Kejayaan Pembestarian Pendidikan sangat bergantung kepada
sokongan dan pelaksanaan konsep pembestarian di sekolah yang berteraskan kepada
penggunaan teknologi pendidikan secara berkesan dalam Pembelajaran dan Pengajaran.
Kuiz menggunakan ICT dapat membawa kemahiran – kemahiran abad ke 21 yang
menjadi salah satu pengukur kejayaan Pembestarian Pendidikan kepada sekolah dan
masyarakat luar Bandar khususnya di Daerah Tangkak. Justeru, SJKT Ladang Bekoh ingin
mengadakan satu prertandingan Kuiz menggunakan ICT dalam usaha untuk memberi
kesedaran kepada para pelajar tentang pentingnya ICT dalam dunia pendidikan di sekolah.
2.0 NAMA PROGRAM
Kuiz ICT Sekolah
3.0 OBJEKTIF
3.1 Berkongsi idea dan kemahiran dalam menggunakan teknologi untuk
memperkasakan pembelajaran dan pengajaran
3.2 Memperoleh pengetahuan sejarah dan kemahiran ICT secara kritis dan kreatif
untuk membantu pelajar dalam pembelajaran dan kehidupan harian.
3.3 Mempererat hubungan silaturrahim dan semangat kerjasama di kalangan pelajar
melalui aktiviti yang diadakan.
4.0 TEMA
“Teknologi Pemangkin Kecemerlangan Pendidikan Bestari”
5.0 SASARAN
Semua pelajar
6.0 PENGANJUR
Panitia Teknologi Maklumat
Panitia Sejarah
Unit ICT sekolah dan FROG VLE
7.0 TARIKH
21 Ogos 2018 – 29 Ogos 2018
8.0 MASA
11.30-12.30
9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Pn R.Premah a/p Ramasamy (Guru Besar)
Naib Pengerusi : En Prem a/l Panirselvam (Guru Penolong Kanan
Kurikulum)
Penyelaras : Cik Valarmathy a/p Kunasekaran
Setiausaha : Cik Nanthini a/p Kanapathy
AJK Perakam : En. Yoganandhan a/l Sugumaran
AJK Dokumentasi : Pn Ananthi a/p Manogaran
AJK Hadiah : Pn Letchumi a/p Kuppusamy
2. 10.0 BELANJAWAN
Perkara
Anggaran Perbelanjaan ( RM )
Unit Harga Seunit
Jumlah
Hadiah 3 RM 3.00 RM 9.00
JUMLAH HARGA RM 9.00
11.0 PENUTUP
Semoga segala objektif dapat dicapai dan memberikan impak yang positif pada para
peserta program ini.
Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,
.....................................…. ..........................................…
(K.Nanthini) (Pn Premah a/p Ramasay)
Setiausaha Guru Besar
Panitia Teknologi Maklumat SJKT Ladang Bekoh