Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                 1KOMPONEN DAN PIAWAIAN MULTIMEDIA...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                   2                              ...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                 3           o Secara asasnya, kom...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                    42.2     Ingatan Utama (Main M...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                      5                          ...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                      6                   o Ruang ...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                        7                         ...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                    8                          Se...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                                                  92.6     Software   PLATFORM    ...
TTM312 (ASAS MULTIMEDIA)                                     10                           Prepared by: Pn Azreen Binti Ahm...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Topik 2.0 : Piawaian dan Komponen Multimedia

2,089 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Topik 2.0 : Piawaian dan Komponen Multimedia

  1. 1. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 1KOMPONEN DAN PIAWAIAN MULTIMEDIA2.0 KOMPONEN DAN PIAWAIAN MULTIMEDIA o Kitaran IPOS mewakili perkataan Input, Proses, Output dan Storan. o Kesemua peranti tersebut terlibat secara langsung dengan proses pembangunan aplikasi multimedia. PEMPROSESAN INPUT OUTPUT STORAN Rajah 2.1 : Komponen Sistem Multimedia KOMPONEN PENERANGANPERANTI INPUT o Peranti Input digunakan untuk tujuan kemasukan data atau maklumat ke dalam computer. o Contohnya ialah: Papan Kekunci (Keyboard), Tetikus (Mouse), Pengimbas (Scanner), Kamera Digital dan sebagainya.PEMPROSES o Merujuk kepada peranti-peranti yang terlibat dalam proses pemprosesan data atau maklumat yang dimasukkan melalui peranti input. o Antara peranti yang dikategorikan sebagai peranti pemprosesan adalah papan induk, ingatan capaian rawak (RAM), CPU, Talian Bas dan lain-lain. o Semua peranti pemprosesan ini terletak di papan induk (Motherboard)PERANTI OUPUT o Selepas data atau maklumat dimasukkan melalui Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  2. 2. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 2 peranti kemasukan (Input) dan diproses di dalam peranti pemprosesan, data atau maklumat tersebut boleh dipaparkan melalui peranti output. o Contohnya ialah monitor, speaker dan pencetak.PERANTI STORAN o Semua data dan maklumat yang telah dipaparkan dalam peranti output adakalanya perlu disimpan di dalam ruang penyimpanan yang sesuai dengan saiz fail yang dihasilkan. o Justeru itu, ruang penyimpanan yang sesuai perlu dipilih apabila sesuatu kerja telah dihasilkan agar ianya boleh digunakan di masa yang lain. o Penggunaan disket (cakera liut) tidak lagi digunakan sebagai peranti storan yang popular. o Antara peranti storan yang sering digunakan ialah pen drive, thumb drive. o Ini kerana ia mempunyai ruang storan yang sangat besar dan mudah dibawa. o Bagi aplikasi multimedia, penggunaan cakera pada CD-ROM masih digunakan walaupun DVD ROM telah berada dipasaran. Jadual 2.1 : Komponen Sistem Multimedia Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  3. 3. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 3 o Secara asasnya, komponen system multimedia terbahagi kepada 2 iaitu perkakasan dan perisian multimedia. o Kedua-dua komponen ini saling bergantungan dalam menghasilkan aplikasi multimedia yang baik dan berkualiti. PERKAKASAN MULTIMEDIA PERISIAN MULTIMEDIAMelibatkan peranti-peranti seperti Melibatkan perisian-perisian khususmonitor, pemproses, papan induk, dalam pembangunan aplikasitetikus, papan digital pengimbas, multimedia seperti Macromediakamera digital Authorware, Macromedia Director, Adobe Flash CS3, Tool box, Adobe Phitoishop, 3D Studio Max.2.1 Pemproses (Processor) o Projek membangunkan media seperti grafik, animasi, audio dan video amat memerlukan computer dengan kuasa pemproses serta jam system yang pantas. o Jenis dan keupayaan pemproses mikro yang digunakan menentukan kepantasan data diproses dan dipindahkan. o Jam Sistem (System Clock) mewakili bagaimana pemproses mikro berfungsi. o Kepantasan Jam (Clock Speed) atau kadar jam (clock rate) mewakili kepantasan pemproses mikro melaksanakan arahan. o Model Pentium 4 dengan kepantasan lebih dari 2 GHz amatlah dicadangkan bagi menjamin kelancaran dan kepantasan kerja. o Semakin tinggi kuasa pemproses mikro semakin selesa dan mudah tugas-tugas yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi multimedia. Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  4. 4. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 42.2 Ingatan Utama (Main Memory) o Proses membangunkan aplikasi multimedia amat memerlukan ingatan utama yang tinggi. o Ingatan utama atau main memory merupakan komponen computer yang berperanan untuk memegang data atau set arahan sebelum dan semasa ianya diproses. o Saiz ingatan utama memainkan peranan yang penting di dalam menentukan keupayaan sesebuah computer. o Semakin tinggi saiz ingatan utama, semakin tinggi keupayaan sesebuah computer. o Ingatan utama pada aras 256MB adalah yang minima manakala 512MB, 1GB atau 2GB amat digalakkan. o Ianya juga mempengaruhi kualiti persembahan yang berorientasikan multimedia seperti grafik, video, animasi dan sebagainya.2.3 Storan (Storage) o Pemacu Cakera Padat  Teknologi cakera padat atau cakera optic mempertingkatkan kaedah sesebuah computer menyimpan dan mencapai data.  Cakera liut (disket) digunakan di awal kemunculan aplikasi computer.  CD-ROM (Compact Disk – Read Only Memory) mampu menyimpan data sebanyak 1.44 MB dan hanya boleh ditulis sekali sahaja, data yang ada padanya adalah kekal serta tidak boleh diubah atau dipadamkan.  Pemacu cakera padat berfungsi sebagai pemain cakera audio seperti mendengar muzik dari CD audio dan dalam masa yang sama melakukan kerja-kerja lain dalam computer. Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  5. 5. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 5  Pemacu cakera padat diukur berdasarkan kepantasannya memindahkan data dari cakera kepada system computer.  Single Speed beroperasi dengan kepantasan yang sama dengan pemain cakera padat audio (CD Audio).  Double Speed memindahkan data dengan kepantasan 300 Kbps (dua kali ganda kepantasan pemacu asal). o Digital Video Disk (DVD)  DVD merujuk Digital Video Disk dan telah diganti kepada Digital Versatile Disk.  Ini kerana, teknologinya tidak lagi tertumpu kepada video sebaliknya ia lebih serbaguna (Versatile) dan mampu menyimpan data dalam pelbagai bentuk.  DVD kini dilihat sebagai pengganti teknologi CD-ROM dan bakal menggantikan teknologi VHS serta cakera laser dalam pengeluaran video digital atau filem kerana kualiti gambar video dari DVD adalah lebih pantas, jelas dan bemutu tinggi.  Kelebihan DVD ialah muatan atau simpanan datanya berkali- kali ganda lebih besar daripada CD-ROM dan mampu menyimpan data di antara 4.7 GB sehingga 17 GB. o Cakera Keras o Semua perisian yang menghasilkan elemen audio, video, grafik, animasi, pengarangan memerlukan ruang storan yang agak besar. o Sebagai contoh : perisian grafik yang popular digunakan ialah Adobe Photoshop CS memerlukan kira-kira 200 MB. o Justeru itu, ruang cakera keras yang besar sangat diperlukan bagi memastikan ia dapat menampung perisian multimedia yang digunakan. o Selain menyimpan perisian, ruang storan juga diperlukan bagi menyimpan hasil kerja yang sedang atau telah anda bangunkan. Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  6. 6. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 6 o Ruang cakeran keras minimum yang diperlukan bagi sesebuah system pembangunan multimedia ialah kira-kira 40 GB manakala saiz yang lebih besar (80 GB, 120 GB, 200 GB).2.4 Display o Monitor atau skrin paparan  Monitor atau skrin paparan merupakan komponen asas yang utama kerana ianya menyediakan kemudahan paparan yang utama kepada pengguna.  Beberapa piawaian telah disediakan bagi menentukan resolusi paparan dan jumlah warna yang diperlukan.  Terdapat beberapa jenis skrin paparan utama yang digunakan dalam memaparkan sesebuah aplikasi multimedia iaitu skrin CGA, skrin EGA, skrin VGA, Super VGA ,skrin XGA ,Super XGA, CRT dan LCD.  Melalui skrin paparan dengan teknologi LCD atau Liquid Crystal Display, imej-imej yang dihasilkan akan terus kepada cakera plastic yang rata dan ini akan menghasilkan kualiti paparan imej yang lebih tajam, jelas dengan resolusi yang tinggi. o Resolusi  Resolusi merujuk kepada kepadatan susunatur atau jumlah dot atau piksel yang ada pada keseluruhan skrin paparan.  Contohnya: skrin yang mempunyai resolusi 640 x 480 mampu memaparkan sebanyak 640 piksel pada setiap baris mendatar di sepanjang 480 baris menegak. Ini bermakna terdapat lebih kurang 300 000 piksel secara keseluruhan.  Resolusi mewakili bagaimana kepadatan piksel yang ada pada sesebuah skrin monitor.  Semakin padat atau semakin banyak jumlah piksel, semakin tinggi kualiti imej atau semakin jelas imej yang dipaparkan. Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  7. 7. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 7 Mod Paparan Resolusi SVGA (Super VGA) 800 X 600 piksel XGA(Extended Grpahics Array) 1024 X 768 piksel SXGA (Super XGA) 1280 x 1024 piksel Ultra XGA 1600 x 1200 piksel  Antara faktor yang menentukan resolusi maksimum yang mampu dipaparkan ialah jenis kad paparan atau kad grafik. Jadual 2.2 : Mod paparan dan hubungannya dengan resolusi o Saiz Skrin  Biasanya monitor dikeluarkan dalam saiz 14, 15, 16, 17 dan 21 inci.  Monitor yang bersaiz besar lebih mahal harganya dan sesuai bagi kegunaan penerbitan atau percetakan, penerbitan multimedia.  Saiz skrin monitor yang digunakan juga turut nemberi kesan kepada resolusi paparan yang digunakan. Jadual 3 : Saiz Skrin dan hubungannya dengan Resolusi SkrinSaiz Resolusi Skrin (piksel) 800 x 600 1024 x 768 1152 x 882 1280 x 1024 1600 x 1200 1800 x 1440Skrin15 in YA YA17 in YA YA YA YA19 in YA YA YA21 in YA YA o Dot Pitch  Dot Pitch merupakan jumlah ruang kosong atau jarak antara setiap piksel. Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  8. 8. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 8  Semakin kecil nilai dot-pitch, semakin tajam atau jelas kualiti gambar.  Biasanya monitor yang mempunyai nilai Dot Pitch 0.28 atau yang kurang mampu menghasilkan kualiti paparan imej yang memuaskan. o Kadar Kepantasan Tindakbalas (Refresh Rate)  Refresh Rate mewakili kepantasan monitor untuk memaparkan kembali atau mengemaskini imej pada paparannya. Mod Paparan Resolusi SVGA (Super VGA) 800 X 600 piksel XGA(Extended Grpahics Array) 1024 X 768 piksel SXGA (Super XGA) 1280 x 1024 piksel Ultra XGA 1600 x 1200 piksel  Semakin tinggi nilai Refresh Rate bagi sesebuah monitor, semakin rendah flicker atau gangguan paparan pada skrin. Refresh Rate biasanya diukur dalam Unit Hertz(Hz).  Monitor yang mempunyai Refresh Rate 72 Hz atau lebih tinggi adalah digalakkan penggunaannya. Jadual 2.3 : Mod paparan dan hubungannya dengan resolusi2.5 Audio o Kad audio atau Sound Card digunakan untuk memastikan sesebuah system computer mampu mengeluarkan bunyi atau menerima bunyi sebagai salah satu sumber masukan data. o Mikrofon dan peti suara (speaker) adalah perkakasan yang digunakan untuk menerima dan mengeluarkan audio. Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  9. 9. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 92.6 Software PLATFORM KETERANGANWINDOWS o Kebanyakan syarikat menghasilkan perisian-perisian multimedia menyokong kepada platform windows. o Windows adalah antara system pengoperasian yang terawal menyediakan antaramuka bergrafik (GUI – Grapichal User Interface) bagi memudahkan pengguna menggunakannnya. o Contoh Perisian antara muka grafik : Windows Vista, Windows XP, Windows ME o Contoh Perisian pangkalan data : Windows 2000 Server dan Windows NT.MACINTOSH o Perisian pertama yang menawarkan kemudahan GUI – Grapichal User Interface secara keseluruhan paparannya. o Kebanyakan syarikat yang mengeluarkan perisian multimedia menggunakan platform Macintosh. Jadual 2.4 : Platform Windows dan Macintosh Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
  10. 10. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 10 Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan

×