SlideShare a Scribd company logo
1 of 50
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA:
1.0 Mengkaji Multimedia
TAHUN 4
Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2013
Cetakan Pertama 2013
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung
cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih
erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-
prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
iv
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Draf
020413
1
Standard
kandungan:
1.0 Mengkaji Multimedia
Standard
pembelajaran:
1.1 Menyenaraikan elemen multimedia
(teks, imej, audio, video dan animasi)
1.2 Membuat perbandingan saiz format fail
bagi setiap elemen multimedia seperti
untuk teks, imej (*.jpeg,*. bmp,*. tiff),
audio (*.midi, *.wav, *.mp3) dan video
(*.avi,*.mpeg).
Masa: 60 minit
MODUL EM1
Draf
020413
2
NOTA RUJUKAN
MULTIMEDIA
Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen
multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi.
Multimedia
AUDIO
Contoh: bunyi burung
VIDEO
Contoh: rakaman
berita
ANIMASI
Contoh : Boboi Boy
TEKS
Contoh: buku cerita
IMEJ
Contoh: gambar air
terjun
Draf
020413
3
ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA
Teks ialah sebarang aksara yang di taip pada komputer.
Aksara terdiri daripada:
Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Teks
berada dalam bentuk perkataan, ayat atau perenggan. Ia
digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau fakta.
1. Mukataip (Typeface)
Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara.
Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer.
Antaranya ialah:
1.1 Arial
1.2 Comic Sans MS
1.3 Times New Roman
Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi
daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu
persembahan multimedia yang dibuat.
2. Fon (Font)
Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip.
Contohnya:
2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip
berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14.
Abjad
(A hingga Z)
Aksara
Nombor (sebarang
nombor 0 hingga 9)
Contoh simbol:
-Tanda bacaan (. , ; : ‘ “)
-Tanda-tanda ( $ + - =)
Draf
020413
4
2.2 20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip
berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20.
3. Kategori Teks
Terdapat dua kategori teks iaitu:
3.1 Serif (ada dekoratif)
Serif merujuk kepada dekoratif pada hujung sesuatu
aksara.
Contoh:
Times New Roman
Ravie
Book Antiqua
Palatino Linotype
3.2 San Serif (tiada dekoratif)
Maksudnya tiada dekoratif pada hujung aksara.
Contoh:
Arial
Tahoma
Calibri
Century Gothic
Perkataan sans bermakna “tanpa” dalam
bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna
fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif.
ADA
DEKORATIF
(perhatikan pada
hujung aksara)
TIADA
DEKORATIF
(perhatikan
TAHUKAH ANDA?
Draf
020413
5
YANG MANA SATU?
A. Kategori teks manakah yang
sesuai untuk menulis KAD HARI JADI?
B. Kategori teks manakah yang
sesuai untuk menulis SURAT KIRIMAN
RASMI?
SERIF ATAU SANS SERIF?
4. Struktur Teks
Terdapat dua jenis struktur teks iaitu
4.1 Teks Linear
Teks Linear ialah teks biasa
4.2 Teks Tidak Linear
Teks Tidak Linear ialah teks yang menggunakan pautan
(links). Ia juga dikenali sebagai Hiperteks.
5. Format Fail Teks
Kamu akan mempelajari dua jenis format fail teks iaitu:
5.1 Text (*.txt)
Merupakan format teks yang paling asas. Ia hanya
memformat aksara asas tanpa sebarang gaya (style).
5.2 Rich Text Format (*.rtf)
Merupakan format teks yang memformatkan aksara
yang ditulis dalam pelbagai gaya (style). Maksudnya,
aksara boleh ditaip dengan meletakkan pelbagai jenis
mukataip, saiz mukataip dan kesan font seperti huruf
tebal atau huruf condong. Teks dalam format ini juga
boleh ditulis dalam bentuk perenggan dan boleh
diletakkan penjajaran (align text- kanan, kiri, tengah
atau kelarasan (justify).
Draf
020413
6
Tanpa Sebarang Gaya? Apa Maksudnya???
Maksudnya aksara yang ditaip tidak diletakkan sebarang kesan
font seperti :
-ditebalkan (bold) -dicondongkan ( italic)
-digariskan (underline) -dipotong (strikeout)
Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia
Pastikan Teks yang Digunakan Boleh Dibaca
Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian
Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian
Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat
Awasi Kuantiti Teks pada Paparan
6. Saiz Fail
Saiz fail Text( *.txt) lebih kecil berbanding saiz fail Rich Text
Format ( *.rtf).
menggunakan
perisian Notepad.
menggunakan
perisian
pemprosesan
perkataan.
.txt .rtf
Draf
020413
7
ELEMEN IMEJ DALAM MULTIMEDIA
1. Jenis Imej:
1.1 Fotograf atau gambar foto
1.2 Lukisan
1.3 Kartun
1.4 Graf atau carta
1.5 Ikon, simbol, garis dan butang
1.6 Diagram
2. Peranan imej dalam multimedia
2.1 Menghiburkan
2.2 Memberi maklumat
2.3 Media komunikasi
2.4 Menyampaikan cerita
2.5 Memujuk
2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi
3. Imej terbahagi kepada 2 kategori
3.1 Imej vektor
Imej vektor ialah imej jenis lukisan atau imej berasaskan
objek. Imej ini dihasilkan menggunakan perisian tertentu.
3.2 Imej bitmap
Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Imej ini
merupakan imej sebenar dalam kehidupan seharian kita
seperti gambar foto dari kamera digital,koleksi gambar
yang diimbas dengan pengimbas imej dan sebagainya.
Draf
020413
8
4. Perbezaan diantara imej vektor dan bitmap adalah seperti
jadual 1.1 dibawah:
Jadual 1.1
IMEJ VEKTOR IMEJ BITMAP
Saiz fail kecil Saiz fail besar
Mudah untuk diubahsuai Susah untuk diubahsuai
Terhasil melalui lakaran atau
lukisan
Mudah dihasilkan
menggunakan kamera digital,
pengimbas dan sebagainya
Sesuai untuk carta, graf dan
diagram.
Sesuai untuk memaparkan imej
dalam kualiti yang realistik
seperti foto.
5. Perbezaan diantara format fail imej digital dan bitmap adalah
seperti jadual 1.2 dibawah:
Jadual 1.2
Format fail imej vektor Format fail imej bitmap
*.cgm/CGM ( Computer
Graphics Metafile)
*.bmp/BMP (Windows
Bitmap)
*.dxf/DXF (Computer-Aided
Design)
*.png/PNG (Portable
Network Graphicd)
*.eps/EPS (Encapsulated
PostScript)
*.tga/TGA (Targa)
*.tiff/TIFF (Tagged Image File
Format)
*.jpeg/JPEG(Joint
Photographic Experts
Group)
*.gif/GIF (Graphics
Interchange Format)
6. Warna dalam imej
Imej boleh diwakili dengan warna 4 bit, 8 bit, 16 bit sehingga
bermillion warna.
Draf
020413
9
ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA
Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga
manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan
persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara
latar, muzik atau lagu.
1. Tujuan audio dalam multimedia
Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu
proses penyampaian lebih mantap dan berkesan. Ini kerana
audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid
tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik. Di samping
itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana
yang menarik dan ceria. Audio juga dapat meningkatkan
motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat
mengikuti sesuatu penyampaian maklumat.
Terdapat dua jenis audio di
dalam multimedia iaitu:
Mono – menggunakan satu
saluran audio sahaja.
Contohnya fail berformat MIDI.
Stereo – menggunakan dua
saluran audio. Contohnya fail
berformat mp3.
TAHUKAH ANDA?
Draf
020413
10
2. Jenis-jenis fail format audio
Perbezaan diantara tiga jenis format audio adalah seperti
jadual 1.3 dibawah:
Jadual 1.3
Fail wave Fail MIDI Fail MP3
waveform audio
file
musical instrument
digital interface
Moving picture
expert group level
3
*.wav *.mid *.mp3
Boleh dibuat
penyuntingan
Boleh dibuat
penyuntingan
Boleh mengecilkan
saiz fail bagi
format MIDI dan
wave
Saiz fail besar
Saiz fail kecil dan
padat
Saiz fail kecil dan
padat
Contoh :
negaraku.wav
Contoh :
negaraku.mid
Contoh :
negaraku.mp3
3. Penggunaan audio dalam multimedia
Walaupun kesan audio di dalam multimedia mempunyai
banyak kelebihan, namun penggunaannya perlu dirancang
dengan teliti. Berikut merupakan beberapa asas bagaimana
audio dapat digunakan dengan berkesan dalam sesebuah
persembahan multimedia.
3.1 Audio hanya digunakan jika bersesuaian dengan isi
kandungan persembahan.
3.2 Pastikan pengguna mempunyai kawalan yang penuh
terhadap audio yang digunakan. Contohnya,
pengguna berupaya untuk mengawal ketinggian bunyi
audio, memberhentikan audio dan sebagainya.
3.3 Gunakan saiz fail yang tidak terlalu besar bagi tujuan
rakaman atau semasa menyimpan fail audio.
3.4 Elakkan penggunaan audio yang sama di dalam
sesuatu persembahan untuk mengelakkan kebosanan.
Draf
020413
11
3.5 Elakkan menggunakan audio sekiranya boleh
mengganggu persembahan. Contohnya, slaid untuk
memberikan penerangan tentang sesuatu maklumat.
ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA
Video ialah satu siri imej yang disusun dan dimainkan dengan
pantas. Susunan imej ini dibuat secara beberapa siri imej dalam
satu saat (frame per second atau fps). Semakin banyak fps
semakin jelas paparan videonya. Walau bagaimanapun kejelasan
video bergantung kepada kepada piksel ataupun bit warnanya.
Antara resolusi warna yang biasa digunakan ialah 8 bit, 16 bit, 24
bit. Semakin tinggi resolusi warna semakin menarik dan jelas
warnanya. Rakaman video digunakan untuk hiburan, drama,
muzik, dokumentari, kartun, gambar animasi dan sebagainya.
Video dalam sistem operasi window disimpan dalam bentuk;
Jadual 1.4
Fail AVI Fail MPEG
Audio Video Interleave Motion Picture Expert Group
*.avi *.mpg / *.mpeg
Saiz fail yang besar Saiz fail yang kecil
Contoh:
pakmamat.avi
Contoh:
pakmamat.mpeg atau
pakmamat.mpg.
Draf
020413
12
ELEMEN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA
Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi
sesuatu objek. Ia merupakan suatu proses menjadikan sesuatu
objek kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada
sesuatu yang pada dasarnya adalah statik.
Penggunaan animasi mampu menceriakan proses penyampaian
dimana persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup
atau realistik. Ia juga mampu menarik minat murid dengan mudah
dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan.
1. Animasi GIF (Animated GIF)
Animasi GIF (Animated GIF) merujuk kepada siri imej statik
berformatkan gif dan ianya disusun berurutan dengan
menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan
menggunakan pelayar web, imej-imej statik akan kelihatan
bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ia
digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan
pengiklanan.
2. Animasi Berkomputer
Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk
dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan
elektronik. Kategori animasi berkomputer terdiri daripada
animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (2D).
Draf
020413
13
3. Animasi 2 Dimensi
Animasi 2 dimensi merujuk kepada pergerakan objek yang
mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Ia juga dikenali
sebagai animasi linear. Antara kaedah yang digunakan ialah:
3.1 Animasi Laluan (Path Animation)
Pergerakkan objek disepanjang laluan yang telah
ditetapkan pada skrin sama ada garisan lurus atau
lengkungan.
Biasanya objek yang bergerak tidak akan berubah
kepada objek yang lain namun berubah dari segi saiz
dan bentuk.
Contohnya: Pergerakan bentuk segitiga dari saiz kecil
ke besar dalam perisian MS Power Point.
3.2 Animasi Sel (Cell Animation)
Satu siri frame atau sel yang mana objeknya akan
dilukis berulangkali bagi menghasilkan satu ilusi
pergerakan.
Biasanya merujuk kepada subobjek dalam sesuatu
frame animasi.
Contohnya: pergerakan kaki, kaki dianggap satu sel.
3.3 Animasi Skrin atau Transaksi Objek
Merujuk kepada kaedah paparan sesebuah skrin yang
dipersembahkan.
Contohnya: Skrin berterbangan dari satu arah atau
skrin semakin kabur sebelum digantikan skrin
persembahan yang baru.
4.3 Animasi Fon dan Ikon
Animasi Fon merujuk kepada animasi kepada aksara
dan mampu menghidupkan persembahan elektronik.
Animasi Ikon dikenali sebagai animasi ’sprite’ yang
melibatkan pertukaran ikon yang sedia ada kepada
ikon lain.
Contohnya: Pergerakan yang bergoyang-goyang,
berkelip-kelip.
Draf
020413
14
4. Animasi 3 Dimensi (3D)
Animasi 3 dimensi merujuk kepada objek tiga dimensi
terbentuk menerusi permodelan atau formula matematik yang
mampu dipapar dari setiap sudut pandangan. Antara kaedah
yang digunakan ialah:
4.1 Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding)
4.2 Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lighting)
4.3 Pemetaan (Mapping)
4.4 Rendering dan Animasi
Antara fail format animasi ialah format daripada perisian
AutoDesk 3D Studio & Animator (*.fli, *.flc) dan Macromedia
Director (*.dir). Animasi juga disimpan sebagai klip video yang
mempunyai format fail Quick Time (*.mov) dan Video untuk
format Windows (*.avi).
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer Multimedia
KEPERLUAN PERISIAN
MS Paint, Real Player, MS PowerPoint, Notepad, MS Word
Draf
020413
15
AKTIVITI 1.1
Objektif: Membezakan antara huruf Serif dan Sans Serif
Langkah 1: Tulis satu perkataan dengan menggunakan mukataip
ciptaan anda sendiri dalam ruangan yang disediakan
di bawah atau menggunakan kertas lain.
Langkah 2: Cuba tentukan sama ada mukataip ciptaan kamu itu
berjenis Serif atau Sans Serif. Kenapa?
Draf
020413
16
AKTIVITI 1.2
Objektif: Membuat perbandingan saiz format fail rtf dantxt
Langkah 1: Murid membina satu folder dan diberi nama SAIZ FAIL
TEKS.
Langkah 2: Murid membuka perisian MS Word dan menaip satu
huruf menggunakan fon Calibri saiz 24. Contohnya
huruf s.
RAJAH 1.1
Langkah 3: Simpan fail tersebut dengan nama Contoh Fail Teks di
dalam folder yang dibina tadi. (semasa menyimpan fail
pastikan kamu memilih Plain Text (*.txt) pada ruangan
Save as type).
Draf
020413
17
Langkah 4: Murid membuka perisian MS Word dan menaip huruf
yang sama.
RAJAH 1.2
Langkah 5: Simpan (save) fail tersebut dengan nama Contoh Fail
RTF di dalam folder SAIZ FAIL TEKS. (semasa menyimpan
fail pastikan kamu memilih Rich Text Format (*.rtf) pada
ruangan Save as type).
Langkah 6: Buka folder SAIZ FAIL TEKS dan gerakkan kursor pada
fail Contoh Fail Teks. Klik tetikus sebelah kanan.
Perhatikan saiz fail pada ruangan ‘properties’ yang
tertera.
Langkah 7: Gerakkan pula kursor kepada fail Contoh Fail RTF. Klik
tetikus sebelah kanan. Perhatikan saiz fail pada
ruangan ‘properties’ yang tertera.
Langkah 8: Guru akan bertanya fail mana yang lebih besar dan
mana yang lebih kecil.
Draf
020413
18
AKTIVITI 2.1
Objektif: Murid mengkategorikan imej mengikut format imej.
RAJAH 1.3
1 2 3
6
9
12
8
54
7
10 11
13 1514
16 1817
Draf
020413
19
Langkah 1: Perhatikan imej di atas.
Langkah 2: Pilih imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam
persembahan multimedia anda berdasarkan tajuk
“Sekolahku” dan masukkan nombor gambar-gambar
tersebut ke dalam jadual di bawah.
Jadual 1.5
Tulis nombor imej seperti dalam
Rajah 1.3 mengikut jenisnya.
Vektor Bitmap
Langkah 3: Berdasarkan koleksi imej di atas, pilih beberapa keping
gambar.
Langkah 4: Berdasarkan gambar tersebut, fikirkan satu tajuk
persembahan dan jalan cerita yang sesuai.
Draf
020413
20
Jadual 1.6
Nombor bagi
setiap imej
Tajuk persembahan
AKTIVITI 2.2
Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut
format imej.
Langkah 1: Murid akan mencari satu imej menggunakan enjin
carian.
Langkah 2: Salin dan tampal imej tersebut ke dalam perisian MS
Paint.
Langkah 3: Simpan imej tersebut ke dalam 3 format berlainan iaitu
* .bmp, *.jpeg dan *.tiff.
Langkah 4: Bandingkan ketiga-tiga fail tersebut dari segi:
a) kualiti format imej
b) saiz fail setiap format
Draf
020413
21
AKTIVITI 3.1
Objektif: Murid membuat penyesuaian antara imej dan audio
untuk memberikan kesan bermakna kepada
persembahan multimedia.
Langkah 1: Murid menonton slaid PowerPoint audio.ppt yang
mengandungi elemen imej dan audio.
Langkah 2: Murid memberi pendapat tentang slaid yang ditonton.
Langkah 3: Murid diminta membuat penambahbaikan untuk fail
audio.ppt dan memilih elemen imej dan audio yang
terdapat dalam folder imej_akt3.1dan folder
audio_akt3.1.
Langkah 4: Murid boleh menggunakan kreativiti masing-masing
bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik
dan bermakna.
AKTIVITI 3.2
Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut
format audio.
Langkah 1: Guru meminta murid membuka folder em1 yang
mengandungi sekumpulan fail.
Draf
020413
22
Langkah 2: Murid mencari format fail audio.
Langkah 3: Murid mencari saiz fail dengan mengelik kanan tetikus
kepada fail-fail audio bagi membuka ‘properties’.
Langkah 4: Murid mengisi butiran yang didapati ke dalam jadual
1.7 di bawah.
Jadual 1.7
Nama Fail
negaraku_1 negaraku_1 negaraku_1
Jenis format
fail
Saiz fail
Langkah 5: Murid membandingkan saiz fail-fail audio berpandukan
pada jadual yang diisi.
Langkah 6: Murid membuat rumusan berkenaan format fail dari
segi:
a) kualiti format fail audio
b) saiz fail setiap format fail audio
Draf
020413
23
AKTIVITI 4
Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut
format video.
Langkah 1: Guru memaparkan kedua-dua fail video
pakmamat.mpeg dan pakmamat.avi) di skrin
menggunakan aplikasi windows media player.
Langkah 2: Murid mencatat maklumat yang diperoleh daripada
paparan video berdasarkan maklumat dan diisi di
dalam jadual 1.8 di bawah:
Jadual 1.8
Perbandingan pakmamat.avi pakmamat.mpeg
Saiz Fail
Kualiti Paparan
(Jelas / Kurang
Jelas)
Peratus (%)
perbezaan
penjimatan saiz
Kesimpulan
Draf
020413
24
AKTIVITI 5
Objektif: Murid membuat lakonan dan teknik selak kertas untuk
memahami konsep animasi.
“Lakonan Animasi”
Langkah 1: Murid dibahagi kepada empat kumpulan.
Langkah 2: Guru menyerahkan kad tugasan yang mengandungi
arahan kepada setiap kumpulan.
Langkah 3: Berpandukan kad tugasan yang diberi oleh guru, murid
berbincang tentang apa yang perlu dilakukan.
Langkah 4: Setiap kumpulan perlu mencipta dan membuat
pergerakan berpandukan kad tugasan.
KKUMPULAN 1
ANDA DIKEHENDAKI
MELAKONKAN
PERGERAKAN “KAPAL
TERBANG MENDARAT”
KKUMPULAN 22
ANDA DIKEHENDAKI
MELAKONKAN
PERGERAKAN “PROSES
BUNGA BERKEMBANG”
Draf
020413
25
Langkah 5: Sesi persembahan dijalankan.
Langkah 6: Murid perlu menyatakan jenis animasi yang
dipersembahkan.
Langkah 7: Berdasarkan animasi yang telah dilakonkan, murid perlu
mencipta satu pergerakan yang melambangkan
animasi setiap kumpulan.
Langkah 8: Terjemahkan Langkah 1 hingga Langkah 7 dengan
menggunakan teknik selak kertas.
Nota guru: 1. Guru perlu menyediakan kad huruf dan kad yang berwarna
sebelum aktiviti dijalankan.
2. Guru akan meminta murid menyediakan kertas selak.
KKUMPULAN 3
ANDA DIKEHENDAKI
MELAKONKAN
PERGERAKAN “KAD
BERLAINAN WARNA
YANG BERTERBANGAN”
KKUMPULAN 4
ANDA DIKEHENDAKI
MELAKONKAN
PERGERAKAN “ALUNAN
OMBAK BAGI KAD
HURUF”
Draf
020413
26
AKTIVITI 6
Objektif: Murid membuat NEMONIK elemen multimedia yang telah
dipelajari.
Langkah 1: Guru menerangkan elemen multimedia menggunakan
kaedah NEMONIK untuk memudahkan murid
mengingat.
Contoh:
a. Teks
b. Imej
c. Audio
d. Video
e. Animasi
Contohdalam bentuk ayat :
Toyota Grandis Adalah Van Ayah
Langkah 2: Secara berkumpulan, murid cuba kaedah NEMONIK
sendiri yang lebih mudah untuk diingat.
Langkah 3: Secara berkumpulan, murid cuba pula buat kaedah
NEMONIK sendiri untuk mengingat.
Draf
020413
27
PENILAIAN 1
1. Senaraikan lima elemen multimedia yang telah anda pelajari.
a) _____________
b) _____________
c) _____________
d) _____________
e) _____________
1. Tandakan (√) pada teks berjenis Serif dan (X) pada teks berjenis
Sans Serif.
a) EKSPLORASI MULTIMEDIA
b) EKSPLORASI MULTIMEDIA
c) EKSPLORASI MULTIMEDIA
d) EKSPLORASI MULTIMEDIA
2. Nyatakan 2 kategori imej.
a) ___________________
b) ___________________
Draf
020413
28
3. Suaikan fail audio di bawah dengan jenis format audio yang
sesuai.
4. Namakan 2 format video.
a) ___________________
b) ___________________
5. Berikan 2 kategori animasi 2 dimensi (2D) yang telah anda
pelajari.
a) ___________________
b) ___________________
negaraku.mid
negaraku.mp3
negaraku.wav
Moving picture
expert group level 3
waveform audio
file
musical instrument
digital interface
Draf
020413
29
PENILAIAN 2
Langkah 1: Klik folder elemen imej.
Langkah 2: Di dalam kumpulan, perhati dan rekodkan saiz fail imej
(bmp, jpeg, tiff) di dalam folder imej, saiz fail audio
(wav, mp3, midi) di dalam folder audio dan saiz folder
video (mpeg dan avi) di dalam folder video ke dalam
jadual yang disediakan di bawah.
Langkah 3: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan
perbandingan imej dengan 3 format fail berlainan
(bmp,jpeg,tiff), audio (midi,wave,mp3) dan video
(avi,mpeg) menggunakan slaid persembahan
(em1.ppt) untuk menunjukkan perbezaan sebenar
setiap fail dalam format yang berlainan.
Perbandingan saiz format fail yang berlainan
ELEMEN FORMAT FAIL SAIZ FAIL
Imej
*.bmp
*.jpeg
*.tiff
Audio
*.wav
*.mp3
*.mid
Video
*.mpeg
*.avi
Draf
020413
30
Langkah 4: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan
Perbandingan saiz format fail yang berlainan dengan
menggunakan simbol (>) untuk lebih daripada dan (<)
untuk kurang daripada kedalam kotak yang
disediakan
ELEMEN FORMAT FAIL
Imej
Audio
Video
*.bmp *.jpeg
*.bmp *.tiff
*.tiff *.jpeg
*.wav *.mp3
*.wav *.mid
*.mp3 *.mid
*.mpeg *.avi
Draf
020413
31
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
Nama Murid:
Tahun:
Kelas
Modul: Eksplorasi Multimedia
Standard
Kandungan: 1.0 Mengkaji Multimedia
Standard
Pembelajaran:
1.1 Menyenaraikan elemen multimedia (teks,
imej, audio, video dan animasi)
1.2 Membuat perbandingan saiz format fail
bagi setiap elemen multimedia seperti
untuk teks, imej (jpeg, bmp, tiff), audio
(midi,wav,mp3) dan video (avi,mpeg).
Bil Perkara yang dinilai
Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1
Menyenaraikan elemen
multimedia
2
Membuat perbandingan saiz
format fail bagi setiap elemen
multimedia
KEPUTUSAN
(CAPAI /
TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru:
Tandatangan &
Tarikh
Disahkan
oleh:
Tandatangan &
Tarikh
Draf
020413
32
Standard
kandungan:
1.0 Mengkaji Multimedia
Standard
pembelajaran:
1.3 Membezakan persembahan linear dan
tak linear
Masa: 60 minit
MODUL EM2
Draf
020413
33
NOTA RUJUKAN
REKABENTUK ASAS MULTIMEDIA
Dua rekabentuk utama multimedia ialah persembahan linear dan
persembahan tak linear. Persembahan linear adalah pada rajah
1.4 dan tak linear pada rajah 1.5.
1. Persembahan Linear
RAJAH 1.4
2. Persembahan Tak Linear
RAJAH 1.5
Mula Berterusan Tamat
SLAID 1 TAMAT
SLAID 2
SLAID 3
SLAID 4
SLAID 5
SLAID 1 SLAID 2 SLAID 3 SLAID 4 TAMAT
Draf
020413
34
3. Perbezaan Antara Persembahan Linear Dan Tak Linear
Persembahan Linear PersembahanTak Linear
Pengguna tidak mempunyai
kawalan sepenuhnya terhadap
persembahan
Pengguna boleh mengawal
persembahan
Persembahan linear biasanya
akan bermula dari awal hingga
akhir dan ia akan mengulang
semula maklumat
Pengguna bebas untuk
pergi ke mana-mana
bahagian maklumat yang
dikehendaki melalui butang
navigasi
Persembahan ini digunakan
untuk menyampaikan sesuatu
maklumat kepada sekumpulan
orang ramai ke atas skrin besar
atau monitor televisyen
Persembahan ini disusun
dalam bentuk menu dan
pengguna boleh pergi ke
mana-mana bahagian
secara terus.
Tidak interaktif Interaktif
Contoh : video, animasi dan
papan iklan digital (billboard)
Contoh : perisian kursus,
laman web dan portal.
KEPERLUAN PERKAKASAN
Komputer Multimedia
KEPERLUAN PERISIAN
MS PowerPoint
Draf
020413
35
AKTIVITI 1
Objektif: Membuat perbandingan antara persembahan linear dan
persembahan tak linear.
Langkah 1 : Guru menunjukkan dua jenis persembahan
menggunakan MS PowerPoint iaitu (em2-1.ppt) dan
(em2-2.ppt)
Langkah 2: Murid menentukan yang mana satu persembahan
linear dan persembahan tak linear.
Langkah 3 : Catatkan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua
persembahan tersebut ke dalam jadual 1.9 yang
disediakan.
Jadual 1.9
Persembahan 1 Persembahan 2
Jenis
Persembahan
Jenis
Pergerakan
(searah /
pelbagai arah)
Butang (ada /
tiada)
Menu
(ada/tiada)
Interaktiviti
(ada/tiada)
Draf
020413
36
AKTIVITI 2
Objektif: Melakarkan idea persembahan tak linear ke dalam rajah
ranting.
Langkah 1 : Gambarajah di bawah disediakan berdasarkan
persembahan dalam aktiviti 1 (em-2-2.ppt). Isikan
tempat kosong berdasarkan slaid persembahan
tersebut.
RAJAH 1.6
Langkah 2 : Bina satu persembahan tak linear berpandukan
kepada contoh em2-2.ppt dan bentangkan di dalam kelas.
Elemen
Multimedia
Teks
Imej
Audio
Video
Animasi
Tamat
Draf
020413
37
Nota guru: 1. Guru hendaklah menunujuk cara bagaimana membuat
pautan(hyperlink) dalam persembahan.
AKTIVITI 3
Objektif: Murid memahami konsep persembahan linear melalui
permainan atau sukan.
Langkah 1 : Guru memanggil satu kumpulan murid yang terdiri
daripada 6 orang.
Langkah 2 :Murid perlu berdiri dalam satu bulatan. Setiap murid
diberikan tag nombor untuk dikalungkan di leher.
Langkah 3 : Guru memberikan 1 baton kepada murid pertama.
Langkah 4 : Murid pertama perlu menghantar baton tersebut
kepada rakan di sebelah dan seterusnya sehingga
murid yang terakhir.
Contoh:
Murid 1
(slaid 1)
baton
Murid 2
(slaid 2)
Murid 3
(slaid 3)
Murid 4
(slaid 4)
Murid 5
(slaid 5)
Murid 6
(slaid 6)
Draf
020413
38
Langkah 4 : Semua murid diminta meneka jenis persembahan yang
dilakonkan oleh rakan mereka itu.
Langkah 5 : Guru menjelaskan kaitan lakonan murid dengan
konsep persembahan linear.
Langkah 6: Murid memberikan contoh permainan atau sukan
yang menggambarkan konsep persembahan linear.
Nota guru: Contoh konsep persembahan linear dalam permainan atau sukan
ialah: lari berganti-ganti dan lari dalam guni.
AKTIVITI 4
Objektif: Murid memahami konsep persembahan tak linear
melalui permainan atau sukan.
Langkah 1 : Guru memanggil 6 orang murid dan berdiri secara
rawak.
Langkah 2 : Setiap murid diberikan tag nombor untuk dikalungkan
di leher.
Langkah 3 : Sebiji bola diberikan kepada seorang murid. Murid
tersebut perlu membaling bola itu kepada mana-
mana rakan yang disukai.
Langkah 4 : Rakan yang mendapat bola perlu membaling semula
bola kepada mana-mana rakan yang disukai.
Begitulah seterusnya sehingga guru mengarahkan
murid untuk berhenti.
Draf
020413
39
Contoh:
Langkah 5: Murid memberikan contoh permainan atau sukan
yang menggambarkan konsep persembahan tak
linear.
Nota guru: Contoh konsep persembahan tak linear dalam permainan atau
sukan ialah: bola sepak dan ular dan tangga (snake and ladder).
Murid 1
(Slaid 1)
Murid 2
(Slaid 2)
Murid 3
(Slaid 3)
Murid 4
(Slaid 4)
Murid 5
(Slaid 5)
Murid 6
(Slaid 6)
Draf
020413
40
PENILAIAN
Suaikan jawapan yang betul.
Persembahan
Linear
PersembahanTak
Linear
Tidak interaktif
Mempunyai butang
navigasi
Pengguna bebas
kemana-mana slaid.
Pergerakan pelbagai
arah
Tiada butang navigasi
Penggunatidakmempunyaik
awalansepenuhnya
Menu
Interaktif
Draf
020413
41
LAPORAN PENCAPAIAN MURID
NamaMurid:
Tahun:
Kelas
Modul:
Eksplorasi Multimedia
Standard
Kandungan:
1.0 Mengkaji Multimedia.
Standard
Pembelajaran:
1.3 Membezakanpersembahan linear dantak
linear.
Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan
Ya Tidak
1 Membezakanpersembahan
linear dantak linear
KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI)
TARIKH
Nama Guru: Tandatangan&Tarikh
Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh
Multimedia modul 1 bm
Multimedia modul 1 bm
Multimedia modul 1 bm

More Related Content

Viewers also liked

Introductory Psychology: Biopsychology
Introductory Psychology: BiopsychologyIntroductory Psychology: Biopsychology
Introductory Psychology: BiopsychologyBrian Piper
 
Chapter 2 biopsychology
Chapter 2 biopsychologyChapter 2 biopsychology
Chapter 2 biopsychologycandyvdv
 
Unit 2 Biopsychology PowerPoint
Unit 2 Biopsychology PowerPointUnit 2 Biopsychology PowerPoint
Unit 2 Biopsychology PowerPointMrTimBradley
 
Ch. 3: Biopsychology
Ch. 3: BiopsychologyCh. 3: Biopsychology
Ch. 3: Biopsychologyjbodford
 
Control and co-ordination of body (neuro)
Control and co-ordination of body (neuro)Control and co-ordination of body (neuro)
Control and co-ordination of body (neuro)Yesha Savla
 

Viewers also liked (6)

Introductory Psychology: Biopsychology
Introductory Psychology: BiopsychologyIntroductory Psychology: Biopsychology
Introductory Psychology: Biopsychology
 
Chapter 2 biopsychology
Chapter 2 biopsychologyChapter 2 biopsychology
Chapter 2 biopsychology
 
Biopsychology Chart I
Biopsychology Chart IBiopsychology Chart I
Biopsychology Chart I
 
Unit 2 Biopsychology PowerPoint
Unit 2 Biopsychology PowerPointUnit 2 Biopsychology PowerPoint
Unit 2 Biopsychology PowerPoint
 
Ch. 3: Biopsychology
Ch. 3: BiopsychologyCh. 3: Biopsychology
Ch. 3: Biopsychology
 
Control and co-ordination of body (neuro)
Control and co-ordination of body (neuro)Control and co-ordination of body (neuro)
Control and co-ordination of body (neuro)
 

Similar to Multimedia modul 1 bm

Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Danjuro Hamada
 
Presentation (18).pptx
Presentation (18).pptxPresentation (18).pptx
Presentation (18).pptxDanielSyahmi1
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Harries Har
 
Slot 2 elemen multimedia
Slot 2   elemen multimediaSlot 2   elemen multimedia
Slot 2 elemen multimediaramly5597
 
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Harries Har
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnalAmy Myza
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedialyeyana
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedialyeyana
 
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)Yen Lee Lew
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedialyeyana
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimediaasasmultimedia
 

Similar to Multimedia modul 1 bm (20)

Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1Modul asas media ting 1
Modul asas media ting 1
 
Presentation (18).pptx
Presentation (18).pptxPresentation (18).pptx
Presentation (18).pptx
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
 
Definisi multimedia
Definisi multimediaDefinisi multimedia
Definisi multimedia
 
Slot 2 elemen multimedia
Slot 2   elemen multimediaSlot 2   elemen multimedia
Slot 2 elemen multimedia
 
Slot 2 Elemen Multimedia
Slot 2   Elemen MultimediaSlot 2   Elemen Multimedia
Slot 2 Elemen Multimedia
 
Unit 2.5: Audio
Unit 2.5: AudioUnit 2.5: Audio
Unit 2.5: Audio
 
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 5  audio untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 5 audio untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Ciri perisian
Ciri perisianCiri perisian
Ciri perisian
 
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
Tmk 4-1-konsep-multimedia-130528194506-phpapp02
 
Analisis jurnal
Analisis jurnalAnalisis jurnal
Analisis jurnal
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
Kuliah2 pengenalan konsep_multimedia (1)
 
4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia4.1konsep multimedia
4.1konsep multimedia
 
Topik 1.0
Topik 1.0Topik 1.0
Topik 1.0
 
Topik 1.0
Topik 1.0Topik 1.0
Topik 1.0
 
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada MultimediaTopik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
Topik 1.0 : Pengenalan Kepada Multimedia
 
08(a) interaksi 1
08(a) interaksi 108(a) interaksi 1
08(a) interaksi 1
 
08(a) interaksi 1
08(a) interaksi 108(a) interaksi 1
08(a) interaksi 1
 

More from Rosazali Irwan Muhamad Ros (8)

Instrumen saringan membaca tahun 1
Instrumen saringan membaca tahun 1Instrumen saringan membaca tahun 1
Instrumen saringan membaca tahun 1
 
Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data
Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan DataModul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data
Modul 8 Pengenalan Kepada Pangkalan Data
 
Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data
Modul 9 Pembangunan Pangkalan DataModul 9 Pembangunan Pangkalan Data
Modul 9 Pembangunan Pangkalan Data
 
Multimedia modul 3 bm
Multimedia modul 3 bmMultimedia modul 3 bm
Multimedia modul 3 bm
 
Multimedia modul 2 bm
Multimedia modul 2 bmMultimedia modul 2 bm
Multimedia modul 2 bm
 
Multimedia modul 3 bm
Multimedia modul 3 bmMultimedia modul 3 bm
Multimedia modul 3 bm
 
Modul 5 dunia komputer bm
Modul 5 dunia komputer bmModul 5 dunia komputer bm
Modul 5 dunia komputer bm
 
English Year 4 Unit 5
English Year 4 Unit 5English Year 4 Unit 5
English Year 4 Unit 5
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Multimedia modul 1 bm

  • 1.
  • 2.
  • 3. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Kurikulum Standard Sekolah Rendah TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI MODUL EKSPLORASI MULTIMEDIA: 1.0 Mengkaji Multimedia TAHUN 4 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2013
  • 4. Cetakan Pertama 2013 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. iii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6. iv Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 7. Draf 020413 1 Standard kandungan: 1.0 Mengkaji Multimedia Standard pembelajaran: 1.1 Menyenaraikan elemen multimedia (teks, imej, audio, video dan animasi) 1.2 Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti untuk teks, imej (*.jpeg,*. bmp,*. tiff), audio (*.midi, *.wav, *.mp3) dan video (*.avi,*.mpeg). Masa: 60 minit MODUL EM1
  • 8. Draf 020413 2 NOTA RUJUKAN MULTIMEDIA Multimedia merujuk kepada gabungan dua atau lebih elemen multimedia iaitu teks, imej, audio, video dan animasi. Multimedia AUDIO Contoh: bunyi burung VIDEO Contoh: rakaman berita ANIMASI Contoh : Boboi Boy TEKS Contoh: buku cerita IMEJ Contoh: gambar air terjun
  • 9. Draf 020413 3 ELEMEN TEKS DALAM MULTIMEDIA Teks ialah sebarang aksara yang di taip pada komputer. Aksara terdiri daripada: Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat. Teks berada dalam bentuk perkataan, ayat atau perenggan. Ia digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea atau fakta. 1. Mukataip (Typeface) Mukataip (typeface) ialah rekabentuk sesuatu aksara. Terdapat pelbagai jenis mukataip di dalam komputer. Antaranya ialah: 1.1 Arial 1.2 Comic Sans MS 1.3 Times New Roman Perbagai jenis mukataip (typefaces) dan fon (font) memberi daya tarikan kepada sesuatu teks dalam sesuatu persembahan multimedia yang dibuat. 2. Fon (Font) Fon (font) ialah saiz-saiz yang tertentu bagi mukataip. Contohnya: 2.1 14 point Times New Roman bermaksud muka taip berjenis Times New Roman dan saiznya ialah 14. Abjad (A hingga Z) Aksara Nombor (sebarang nombor 0 hingga 9) Contoh simbol: -Tanda bacaan (. , ; : ‘ “) -Tanda-tanda ( $ + - =)
  • 10. Draf 020413 4 2.2 20 point Lucida Handwriting bermaksud mukataip berjenis Lucida Handwriting dan saiznya ialah 20. 3. Kategori Teks Terdapat dua kategori teks iaitu: 3.1 Serif (ada dekoratif) Serif merujuk kepada dekoratif pada hujung sesuatu aksara. Contoh: Times New Roman Ravie Book Antiqua Palatino Linotype 3.2 San Serif (tiada dekoratif) Maksudnya tiada dekoratif pada hujung aksara. Contoh: Arial Tahoma Calibri Century Gothic Perkataan sans bermakna “tanpa” dalam bahasa Perancis, maka fon sans serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau tanpa serif. ADA DEKORATIF (perhatikan pada hujung aksara) TIADA DEKORATIF (perhatikan TAHUKAH ANDA?
  • 11. Draf 020413 5 YANG MANA SATU? A. Kategori teks manakah yang sesuai untuk menulis KAD HARI JADI? B. Kategori teks manakah yang sesuai untuk menulis SURAT KIRIMAN RASMI? SERIF ATAU SANS SERIF? 4. Struktur Teks Terdapat dua jenis struktur teks iaitu 4.1 Teks Linear Teks Linear ialah teks biasa 4.2 Teks Tidak Linear Teks Tidak Linear ialah teks yang menggunakan pautan (links). Ia juga dikenali sebagai Hiperteks. 5. Format Fail Teks Kamu akan mempelajari dua jenis format fail teks iaitu: 5.1 Text (*.txt) Merupakan format teks yang paling asas. Ia hanya memformat aksara asas tanpa sebarang gaya (style). 5.2 Rich Text Format (*.rtf) Merupakan format teks yang memformatkan aksara yang ditulis dalam pelbagai gaya (style). Maksudnya, aksara boleh ditaip dengan meletakkan pelbagai jenis mukataip, saiz mukataip dan kesan font seperti huruf tebal atau huruf condong. Teks dalam format ini juga boleh ditulis dalam bentuk perenggan dan boleh diletakkan penjajaran (align text- kanan, kiri, tengah atau kelarasan (justify).
  • 12. Draf 020413 6 Tanpa Sebarang Gaya? Apa Maksudnya??? Maksudnya aksara yang ditaip tidak diletakkan sebarang kesan font seperti : -ditebalkan (bold) -dicondongkan ( italic) -digariskan (underline) -dipotong (strikeout) Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia Pastikan Teks yang Digunakan Boleh Dibaca Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat Awasi Kuantiti Teks pada Paparan 6. Saiz Fail Saiz fail Text( *.txt) lebih kecil berbanding saiz fail Rich Text Format ( *.rtf). menggunakan perisian Notepad. menggunakan perisian pemprosesan perkataan. .txt .rtf
  • 13. Draf 020413 7 ELEMEN IMEJ DALAM MULTIMEDIA 1. Jenis Imej: 1.1 Fotograf atau gambar foto 1.2 Lukisan 1.3 Kartun 1.4 Graf atau carta 1.5 Ikon, simbol, garis dan butang 1.6 Diagram 2. Peranan imej dalam multimedia 2.1 Menghiburkan 2.2 Memberi maklumat 2.3 Media komunikasi 2.4 Menyampaikan cerita 2.5 Memujuk 2.6 Menzahirkan perasaan dan emosi 3. Imej terbahagi kepada 2 kategori 3.1 Imej vektor Imej vektor ialah imej jenis lukisan atau imej berasaskan objek. Imej ini dihasilkan menggunakan perisian tertentu. 3.2 Imej bitmap Imej bitmap juga dikenali sebagai imej raster. Imej ini merupakan imej sebenar dalam kehidupan seharian kita seperti gambar foto dari kamera digital,koleksi gambar yang diimbas dengan pengimbas imej dan sebagainya.
  • 14. Draf 020413 8 4. Perbezaan diantara imej vektor dan bitmap adalah seperti jadual 1.1 dibawah: Jadual 1.1 IMEJ VEKTOR IMEJ BITMAP Saiz fail kecil Saiz fail besar Mudah untuk diubahsuai Susah untuk diubahsuai Terhasil melalui lakaran atau lukisan Mudah dihasilkan menggunakan kamera digital, pengimbas dan sebagainya Sesuai untuk carta, graf dan diagram. Sesuai untuk memaparkan imej dalam kualiti yang realistik seperti foto. 5. Perbezaan diantara format fail imej digital dan bitmap adalah seperti jadual 1.2 dibawah: Jadual 1.2 Format fail imej vektor Format fail imej bitmap *.cgm/CGM ( Computer Graphics Metafile) *.bmp/BMP (Windows Bitmap) *.dxf/DXF (Computer-Aided Design) *.png/PNG (Portable Network Graphicd) *.eps/EPS (Encapsulated PostScript) *.tga/TGA (Targa) *.tiff/TIFF (Tagged Image File Format) *.jpeg/JPEG(Joint Photographic Experts Group) *.gif/GIF (Graphics Interchange Format) 6. Warna dalam imej Imej boleh diwakili dengan warna 4 bit, 8 bit, 16 bit sehingga bermillion warna.
  • 15. Draf 020413 9 ELEMEN AUDIO DALAM MULTIMEDIA Audio ialah gelombang bunyi yang boleh ditafsir oleh telinga manusia. Melalui audio, pengguna boleh menjadikan persembahan mereka lebih interaktif dengan memasukkan suara latar, muzik atau lagu. 1. Tujuan audio dalam multimedia Penggunaan audio dalam multimedia dapat membantu proses penyampaian lebih mantap dan berkesan. Ini kerana audio boleh menjadi medium bahan bantu sekiranya murid tidak berkeupayaan untuk melihat dengan baik. Di samping itu, penggunaan audio juga boleh menimbulkan suasana yang menarik dan ceria. Audio juga dapat meningkatkan motivasi di kalangan murid-murid agar lebih berminat mengikuti sesuatu penyampaian maklumat. Terdapat dua jenis audio di dalam multimedia iaitu: Mono – menggunakan satu saluran audio sahaja. Contohnya fail berformat MIDI. Stereo – menggunakan dua saluran audio. Contohnya fail berformat mp3. TAHUKAH ANDA?
  • 16. Draf 020413 10 2. Jenis-jenis fail format audio Perbezaan diantara tiga jenis format audio adalah seperti jadual 1.3 dibawah: Jadual 1.3 Fail wave Fail MIDI Fail MP3 waveform audio file musical instrument digital interface Moving picture expert group level 3 *.wav *.mid *.mp3 Boleh dibuat penyuntingan Boleh dibuat penyuntingan Boleh mengecilkan saiz fail bagi format MIDI dan wave Saiz fail besar Saiz fail kecil dan padat Saiz fail kecil dan padat Contoh : negaraku.wav Contoh : negaraku.mid Contoh : negaraku.mp3 3. Penggunaan audio dalam multimedia Walaupun kesan audio di dalam multimedia mempunyai banyak kelebihan, namun penggunaannya perlu dirancang dengan teliti. Berikut merupakan beberapa asas bagaimana audio dapat digunakan dengan berkesan dalam sesebuah persembahan multimedia. 3.1 Audio hanya digunakan jika bersesuaian dengan isi kandungan persembahan. 3.2 Pastikan pengguna mempunyai kawalan yang penuh terhadap audio yang digunakan. Contohnya, pengguna berupaya untuk mengawal ketinggian bunyi audio, memberhentikan audio dan sebagainya. 3.3 Gunakan saiz fail yang tidak terlalu besar bagi tujuan rakaman atau semasa menyimpan fail audio. 3.4 Elakkan penggunaan audio yang sama di dalam sesuatu persembahan untuk mengelakkan kebosanan.
  • 17. Draf 020413 11 3.5 Elakkan menggunakan audio sekiranya boleh mengganggu persembahan. Contohnya, slaid untuk memberikan penerangan tentang sesuatu maklumat. ELEMEN VIDEO DALAM MULTIMEDIA Video ialah satu siri imej yang disusun dan dimainkan dengan pantas. Susunan imej ini dibuat secara beberapa siri imej dalam satu saat (frame per second atau fps). Semakin banyak fps semakin jelas paparan videonya. Walau bagaimanapun kejelasan video bergantung kepada kepada piksel ataupun bit warnanya. Antara resolusi warna yang biasa digunakan ialah 8 bit, 16 bit, 24 bit. Semakin tinggi resolusi warna semakin menarik dan jelas warnanya. Rakaman video digunakan untuk hiburan, drama, muzik, dokumentari, kartun, gambar animasi dan sebagainya. Video dalam sistem operasi window disimpan dalam bentuk; Jadual 1.4 Fail AVI Fail MPEG Audio Video Interleave Motion Picture Expert Group *.avi *.mpg / *.mpeg Saiz fail yang besar Saiz fail yang kecil Contoh: pakmamat.avi Contoh: pakmamat.mpeg atau pakmamat.mpg.
  • 18. Draf 020413 12 ELEMEN ANIMASI DALAM MULTIMEDIA Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Ia merupakan suatu proses menjadikan sesuatu objek kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya adalah statik. Penggunaan animasi mampu menceriakan proses penyampaian dimana persembahan yang disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik. Ia juga mampu menarik minat murid dengan mudah dan pembelajaran akan lebih menyeronokkan. 1. Animasi GIF (Animated GIF) Animasi GIF (Animated GIF) merujuk kepada siri imej statik berformatkan gif dan ianya disusun berurutan dengan menggunakan perisian-perisian animasi gif. Apabila dimainkan menggunakan pelayar web, imej-imej statik akan kelihatan bergerak mengikut susunan yang telah ditetapkan. Ia digunakan terutamanya bagi tujuan penghasilan papan pengiklanan. 2. Animasi Berkomputer Animasi berkomputer merujuk kepada animasi yang dibentuk dan dihasilkan dengan menggunakan teknologi komputer dan elektronik. Kategori animasi berkomputer terdiri daripada animasi 2 Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (2D).
  • 19. Draf 020413 13 3. Animasi 2 Dimensi Animasi 2 dimensi merujuk kepada pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah skrin paparan. Ia juga dikenali sebagai animasi linear. Antara kaedah yang digunakan ialah: 3.1 Animasi Laluan (Path Animation) Pergerakkan objek disepanjang laluan yang telah ditetapkan pada skrin sama ada garisan lurus atau lengkungan. Biasanya objek yang bergerak tidak akan berubah kepada objek yang lain namun berubah dari segi saiz dan bentuk. Contohnya: Pergerakan bentuk segitiga dari saiz kecil ke besar dalam perisian MS Power Point. 3.2 Animasi Sel (Cell Animation) Satu siri frame atau sel yang mana objeknya akan dilukis berulangkali bagi menghasilkan satu ilusi pergerakan. Biasanya merujuk kepada subobjek dalam sesuatu frame animasi. Contohnya: pergerakan kaki, kaki dianggap satu sel. 3.3 Animasi Skrin atau Transaksi Objek Merujuk kepada kaedah paparan sesebuah skrin yang dipersembahkan. Contohnya: Skrin berterbangan dari satu arah atau skrin semakin kabur sebelum digantikan skrin persembahan yang baru. 4.3 Animasi Fon dan Ikon Animasi Fon merujuk kepada animasi kepada aksara dan mampu menghidupkan persembahan elektronik. Animasi Ikon dikenali sebagai animasi ’sprite’ yang melibatkan pertukaran ikon yang sedia ada kepada ikon lain. Contohnya: Pergerakan yang bergoyang-goyang, berkelip-kelip.
  • 20. Draf 020413 14 4. Animasi 3 Dimensi (3D) Animasi 3 dimensi merujuk kepada objek tiga dimensi terbentuk menerusi permodelan atau formula matematik yang mampu dipapar dari setiap sudut pandangan. Antara kaedah yang digunakan ialah: 4.1 Penghasilan Papan Cerita (Storyboarding) 4.2 Pemodelan (Modelling) dan Pencahayaan (Lighting) 4.3 Pemetaan (Mapping) 4.4 Rendering dan Animasi Antara fail format animasi ialah format daripada perisian AutoDesk 3D Studio & Animator (*.fli, *.flc) dan Macromedia Director (*.dir). Animasi juga disimpan sebagai klip video yang mempunyai format fail Quick Time (*.mov) dan Video untuk format Windows (*.avi). KEPERLUAN PERKAKASAN Komputer Multimedia KEPERLUAN PERISIAN MS Paint, Real Player, MS PowerPoint, Notepad, MS Word
  • 21. Draf 020413 15 AKTIVITI 1.1 Objektif: Membezakan antara huruf Serif dan Sans Serif Langkah 1: Tulis satu perkataan dengan menggunakan mukataip ciptaan anda sendiri dalam ruangan yang disediakan di bawah atau menggunakan kertas lain. Langkah 2: Cuba tentukan sama ada mukataip ciptaan kamu itu berjenis Serif atau Sans Serif. Kenapa?
  • 22. Draf 020413 16 AKTIVITI 1.2 Objektif: Membuat perbandingan saiz format fail rtf dantxt Langkah 1: Murid membina satu folder dan diberi nama SAIZ FAIL TEKS. Langkah 2: Murid membuka perisian MS Word dan menaip satu huruf menggunakan fon Calibri saiz 24. Contohnya huruf s. RAJAH 1.1 Langkah 3: Simpan fail tersebut dengan nama Contoh Fail Teks di dalam folder yang dibina tadi. (semasa menyimpan fail pastikan kamu memilih Plain Text (*.txt) pada ruangan Save as type).
  • 23. Draf 020413 17 Langkah 4: Murid membuka perisian MS Word dan menaip huruf yang sama. RAJAH 1.2 Langkah 5: Simpan (save) fail tersebut dengan nama Contoh Fail RTF di dalam folder SAIZ FAIL TEKS. (semasa menyimpan fail pastikan kamu memilih Rich Text Format (*.rtf) pada ruangan Save as type). Langkah 6: Buka folder SAIZ FAIL TEKS dan gerakkan kursor pada fail Contoh Fail Teks. Klik tetikus sebelah kanan. Perhatikan saiz fail pada ruangan ‘properties’ yang tertera. Langkah 7: Gerakkan pula kursor kepada fail Contoh Fail RTF. Klik tetikus sebelah kanan. Perhatikan saiz fail pada ruangan ‘properties’ yang tertera. Langkah 8: Guru akan bertanya fail mana yang lebih besar dan mana yang lebih kecil.
  • 24. Draf 020413 18 AKTIVITI 2.1 Objektif: Murid mengkategorikan imej mengikut format imej. RAJAH 1.3 1 2 3 6 9 12 8 54 7 10 11 13 1514 16 1817
  • 25. Draf 020413 19 Langkah 1: Perhatikan imej di atas. Langkah 2: Pilih imej yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam persembahan multimedia anda berdasarkan tajuk “Sekolahku” dan masukkan nombor gambar-gambar tersebut ke dalam jadual di bawah. Jadual 1.5 Tulis nombor imej seperti dalam Rajah 1.3 mengikut jenisnya. Vektor Bitmap Langkah 3: Berdasarkan koleksi imej di atas, pilih beberapa keping gambar. Langkah 4: Berdasarkan gambar tersebut, fikirkan satu tajuk persembahan dan jalan cerita yang sesuai.
  • 26. Draf 020413 20 Jadual 1.6 Nombor bagi setiap imej Tajuk persembahan AKTIVITI 2.2 Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut format imej. Langkah 1: Murid akan mencari satu imej menggunakan enjin carian. Langkah 2: Salin dan tampal imej tersebut ke dalam perisian MS Paint. Langkah 3: Simpan imej tersebut ke dalam 3 format berlainan iaitu * .bmp, *.jpeg dan *.tiff. Langkah 4: Bandingkan ketiga-tiga fail tersebut dari segi: a) kualiti format imej b) saiz fail setiap format
  • 27. Draf 020413 21 AKTIVITI 3.1 Objektif: Murid membuat penyesuaian antara imej dan audio untuk memberikan kesan bermakna kepada persembahan multimedia. Langkah 1: Murid menonton slaid PowerPoint audio.ppt yang mengandungi elemen imej dan audio. Langkah 2: Murid memberi pendapat tentang slaid yang ditonton. Langkah 3: Murid diminta membuat penambahbaikan untuk fail audio.ppt dan memilih elemen imej dan audio yang terdapat dalam folder imej_akt3.1dan folder audio_akt3.1. Langkah 4: Murid boleh menggunakan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan satu persembahan yang menarik dan bermakna. AKTIVITI 3.2 Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut format audio. Langkah 1: Guru meminta murid membuka folder em1 yang mengandungi sekumpulan fail.
  • 28. Draf 020413 22 Langkah 2: Murid mencari format fail audio. Langkah 3: Murid mencari saiz fail dengan mengelik kanan tetikus kepada fail-fail audio bagi membuka ‘properties’. Langkah 4: Murid mengisi butiran yang didapati ke dalam jadual 1.7 di bawah. Jadual 1.7 Nama Fail negaraku_1 negaraku_1 negaraku_1 Jenis format fail Saiz fail Langkah 5: Murid membandingkan saiz fail-fail audio berpandukan pada jadual yang diisi. Langkah 6: Murid membuat rumusan berkenaan format fail dari segi: a) kualiti format fail audio b) saiz fail setiap format fail audio
  • 29. Draf 020413 23 AKTIVITI 4 Objektif: Murid membuat perbandingan kualiti dan saiz mengikut format video. Langkah 1: Guru memaparkan kedua-dua fail video pakmamat.mpeg dan pakmamat.avi) di skrin menggunakan aplikasi windows media player. Langkah 2: Murid mencatat maklumat yang diperoleh daripada paparan video berdasarkan maklumat dan diisi di dalam jadual 1.8 di bawah: Jadual 1.8 Perbandingan pakmamat.avi pakmamat.mpeg Saiz Fail Kualiti Paparan (Jelas / Kurang Jelas) Peratus (%) perbezaan penjimatan saiz Kesimpulan
  • 30. Draf 020413 24 AKTIVITI 5 Objektif: Murid membuat lakonan dan teknik selak kertas untuk memahami konsep animasi. “Lakonan Animasi” Langkah 1: Murid dibahagi kepada empat kumpulan. Langkah 2: Guru menyerahkan kad tugasan yang mengandungi arahan kepada setiap kumpulan. Langkah 3: Berpandukan kad tugasan yang diberi oleh guru, murid berbincang tentang apa yang perlu dilakukan. Langkah 4: Setiap kumpulan perlu mencipta dan membuat pergerakan berpandukan kad tugasan. KKUMPULAN 1 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN “KAPAL TERBANG MENDARAT” KKUMPULAN 22 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN “PROSES BUNGA BERKEMBANG”
  • 31. Draf 020413 25 Langkah 5: Sesi persembahan dijalankan. Langkah 6: Murid perlu menyatakan jenis animasi yang dipersembahkan. Langkah 7: Berdasarkan animasi yang telah dilakonkan, murid perlu mencipta satu pergerakan yang melambangkan animasi setiap kumpulan. Langkah 8: Terjemahkan Langkah 1 hingga Langkah 7 dengan menggunakan teknik selak kertas. Nota guru: 1. Guru perlu menyediakan kad huruf dan kad yang berwarna sebelum aktiviti dijalankan. 2. Guru akan meminta murid menyediakan kertas selak. KKUMPULAN 3 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN “KAD BERLAINAN WARNA YANG BERTERBANGAN” KKUMPULAN 4 ANDA DIKEHENDAKI MELAKONKAN PERGERAKAN “ALUNAN OMBAK BAGI KAD HURUF”
  • 32. Draf 020413 26 AKTIVITI 6 Objektif: Murid membuat NEMONIK elemen multimedia yang telah dipelajari. Langkah 1: Guru menerangkan elemen multimedia menggunakan kaedah NEMONIK untuk memudahkan murid mengingat. Contoh: a. Teks b. Imej c. Audio d. Video e. Animasi Contohdalam bentuk ayat : Toyota Grandis Adalah Van Ayah Langkah 2: Secara berkumpulan, murid cuba kaedah NEMONIK sendiri yang lebih mudah untuk diingat. Langkah 3: Secara berkumpulan, murid cuba pula buat kaedah NEMONIK sendiri untuk mengingat.
  • 33. Draf 020413 27 PENILAIAN 1 1. Senaraikan lima elemen multimedia yang telah anda pelajari. a) _____________ b) _____________ c) _____________ d) _____________ e) _____________ 1. Tandakan (√) pada teks berjenis Serif dan (X) pada teks berjenis Sans Serif. a) EKSPLORASI MULTIMEDIA b) EKSPLORASI MULTIMEDIA c) EKSPLORASI MULTIMEDIA d) EKSPLORASI MULTIMEDIA 2. Nyatakan 2 kategori imej. a) ___________________ b) ___________________
  • 34. Draf 020413 28 3. Suaikan fail audio di bawah dengan jenis format audio yang sesuai. 4. Namakan 2 format video. a) ___________________ b) ___________________ 5. Berikan 2 kategori animasi 2 dimensi (2D) yang telah anda pelajari. a) ___________________ b) ___________________ negaraku.mid negaraku.mp3 negaraku.wav Moving picture expert group level 3 waveform audio file musical instrument digital interface
  • 35. Draf 020413 29 PENILAIAN 2 Langkah 1: Klik folder elemen imej. Langkah 2: Di dalam kumpulan, perhati dan rekodkan saiz fail imej (bmp, jpeg, tiff) di dalam folder imej, saiz fail audio (wav, mp3, midi) di dalam folder audio dan saiz folder video (mpeg dan avi) di dalam folder video ke dalam jadual yang disediakan di bawah. Langkah 3: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan perbandingan imej dengan 3 format fail berlainan (bmp,jpeg,tiff), audio (midi,wave,mp3) dan video (avi,mpeg) menggunakan slaid persembahan (em1.ppt) untuk menunjukkan perbezaan sebenar setiap fail dalam format yang berlainan. Perbandingan saiz format fail yang berlainan ELEMEN FORMAT FAIL SAIZ FAIL Imej *.bmp *.jpeg *.tiff Audio *.wav *.mp3 *.mid Video *.mpeg *.avi
  • 36. Draf 020413 30 Langkah 4: Setelah murid merekodkan hasil, guru menunjukkan Perbandingan saiz format fail yang berlainan dengan menggunakan simbol (>) untuk lebih daripada dan (<) untuk kurang daripada kedalam kotak yang disediakan ELEMEN FORMAT FAIL Imej Audio Video *.bmp *.jpeg *.bmp *.tiff *.tiff *.jpeg *.wav *.mp3 *.wav *.mid *.mp3 *.mid *.mpeg *.avi
  • 37. Draf 020413 31 LAPORAN PENCAPAIAN MURID Nama Murid: Tahun: Kelas Modul: Eksplorasi Multimedia Standard Kandungan: 1.0 Mengkaji Multimedia Standard Pembelajaran: 1.1 Menyenaraikan elemen multimedia (teks, imej, audio, video dan animasi) 1.2 Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia seperti untuk teks, imej (jpeg, bmp, tiff), audio (midi,wav,mp3) dan video (avi,mpeg). Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1 Menyenaraikan elemen multimedia 2 Membuat perbandingan saiz format fail bagi setiap elemen multimedia KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI) TARIKH Nama Guru: Tandatangan & Tarikh Disahkan oleh: Tandatangan & Tarikh
  • 38. Draf 020413 32 Standard kandungan: 1.0 Mengkaji Multimedia Standard pembelajaran: 1.3 Membezakan persembahan linear dan tak linear Masa: 60 minit MODUL EM2
  • 39. Draf 020413 33 NOTA RUJUKAN REKABENTUK ASAS MULTIMEDIA Dua rekabentuk utama multimedia ialah persembahan linear dan persembahan tak linear. Persembahan linear adalah pada rajah 1.4 dan tak linear pada rajah 1.5. 1. Persembahan Linear RAJAH 1.4 2. Persembahan Tak Linear RAJAH 1.5 Mula Berterusan Tamat SLAID 1 TAMAT SLAID 2 SLAID 3 SLAID 4 SLAID 5 SLAID 1 SLAID 2 SLAID 3 SLAID 4 TAMAT
  • 40. Draf 020413 34 3. Perbezaan Antara Persembahan Linear Dan Tak Linear Persembahan Linear PersembahanTak Linear Pengguna tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap persembahan Pengguna boleh mengawal persembahan Persembahan linear biasanya akan bermula dari awal hingga akhir dan ia akan mengulang semula maklumat Pengguna bebas untuk pergi ke mana-mana bahagian maklumat yang dikehendaki melalui butang navigasi Persembahan ini digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada sekumpulan orang ramai ke atas skrin besar atau monitor televisyen Persembahan ini disusun dalam bentuk menu dan pengguna boleh pergi ke mana-mana bahagian secara terus. Tidak interaktif Interaktif Contoh : video, animasi dan papan iklan digital (billboard) Contoh : perisian kursus, laman web dan portal. KEPERLUAN PERKAKASAN Komputer Multimedia KEPERLUAN PERISIAN MS PowerPoint
  • 41. Draf 020413 35 AKTIVITI 1 Objektif: Membuat perbandingan antara persembahan linear dan persembahan tak linear. Langkah 1 : Guru menunjukkan dua jenis persembahan menggunakan MS PowerPoint iaitu (em2-1.ppt) dan (em2-2.ppt) Langkah 2: Murid menentukan yang mana satu persembahan linear dan persembahan tak linear. Langkah 3 : Catatkan perbezaan yang terdapat pada kedua-dua persembahan tersebut ke dalam jadual 1.9 yang disediakan. Jadual 1.9 Persembahan 1 Persembahan 2 Jenis Persembahan Jenis Pergerakan (searah / pelbagai arah) Butang (ada / tiada) Menu (ada/tiada) Interaktiviti (ada/tiada)
  • 42. Draf 020413 36 AKTIVITI 2 Objektif: Melakarkan idea persembahan tak linear ke dalam rajah ranting. Langkah 1 : Gambarajah di bawah disediakan berdasarkan persembahan dalam aktiviti 1 (em-2-2.ppt). Isikan tempat kosong berdasarkan slaid persembahan tersebut. RAJAH 1.6 Langkah 2 : Bina satu persembahan tak linear berpandukan kepada contoh em2-2.ppt dan bentangkan di dalam kelas. Elemen Multimedia Teks Imej Audio Video Animasi Tamat
  • 43. Draf 020413 37 Nota guru: 1. Guru hendaklah menunujuk cara bagaimana membuat pautan(hyperlink) dalam persembahan. AKTIVITI 3 Objektif: Murid memahami konsep persembahan linear melalui permainan atau sukan. Langkah 1 : Guru memanggil satu kumpulan murid yang terdiri daripada 6 orang. Langkah 2 :Murid perlu berdiri dalam satu bulatan. Setiap murid diberikan tag nombor untuk dikalungkan di leher. Langkah 3 : Guru memberikan 1 baton kepada murid pertama. Langkah 4 : Murid pertama perlu menghantar baton tersebut kepada rakan di sebelah dan seterusnya sehingga murid yang terakhir. Contoh: Murid 1 (slaid 1) baton Murid 2 (slaid 2) Murid 3 (slaid 3) Murid 4 (slaid 4) Murid 5 (slaid 5) Murid 6 (slaid 6)
  • 44. Draf 020413 38 Langkah 4 : Semua murid diminta meneka jenis persembahan yang dilakonkan oleh rakan mereka itu. Langkah 5 : Guru menjelaskan kaitan lakonan murid dengan konsep persembahan linear. Langkah 6: Murid memberikan contoh permainan atau sukan yang menggambarkan konsep persembahan linear. Nota guru: Contoh konsep persembahan linear dalam permainan atau sukan ialah: lari berganti-ganti dan lari dalam guni. AKTIVITI 4 Objektif: Murid memahami konsep persembahan tak linear melalui permainan atau sukan. Langkah 1 : Guru memanggil 6 orang murid dan berdiri secara rawak. Langkah 2 : Setiap murid diberikan tag nombor untuk dikalungkan di leher. Langkah 3 : Sebiji bola diberikan kepada seorang murid. Murid tersebut perlu membaling bola itu kepada mana- mana rakan yang disukai. Langkah 4 : Rakan yang mendapat bola perlu membaling semula bola kepada mana-mana rakan yang disukai. Begitulah seterusnya sehingga guru mengarahkan murid untuk berhenti.
  • 45. Draf 020413 39 Contoh: Langkah 5: Murid memberikan contoh permainan atau sukan yang menggambarkan konsep persembahan tak linear. Nota guru: Contoh konsep persembahan tak linear dalam permainan atau sukan ialah: bola sepak dan ular dan tangga (snake and ladder). Murid 1 (Slaid 1) Murid 2 (Slaid 2) Murid 3 (Slaid 3) Murid 4 (Slaid 4) Murid 5 (Slaid 5) Murid 6 (Slaid 6)
  • 46. Draf 020413 40 PENILAIAN Suaikan jawapan yang betul. Persembahan Linear PersembahanTak Linear Tidak interaktif Mempunyai butang navigasi Pengguna bebas kemana-mana slaid. Pergerakan pelbagai arah Tiada butang navigasi Penggunatidakmempunyaik awalansepenuhnya Menu Interaktif
  • 47. Draf 020413 41 LAPORAN PENCAPAIAN MURID NamaMurid: Tahun: Kelas Modul: Eksplorasi Multimedia Standard Kandungan: 1.0 Mengkaji Multimedia. Standard Pembelajaran: 1.3 Membezakanpersembahan linear dantak linear. Bil Perkara yang dinilai Pencapaian Catatan Ya Tidak 1 Membezakanpersembahan linear dantak linear KEPUTUSAN (CAPAI / TIDAK CAPAI) TARIKH Nama Guru: Tandatangan&Tarikh Disahkanoleh: Tandatangan&Tarikh