2. Etnografi bermaksud "Ethnos" dari
perkataan Greek yang membawa makna
manusia, bangsa atau budaya. Manakala
maksud Grafi pula berasal dari perkataan
Graphien iaitu bermaksud penghuraian
(Tarwotjo M.Sc, 1994)
3. Etnografi bermaksud penjelasan yang direkodkan
secara bertulis mengenai sesuatu budaya adat,
kepercayaan dan tingkah laku yang berdasarkan
kepada maklumat-maklumat yang diambil dan
dikumpulkan dari kerja lapangan (Sabitha
Marican, 2005). Etnografi juga bermaksud suatu
kajian tentang sesuatu bangsa di suatu tempat dan
waktu yang tertentu (Freebody P.2003).
4. Etnografi juga bermaksud satu kajian yang
praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan
seperti pendidikan, kepercayaaan, tingkah
laku dan bahasa. Ia juga merupakan bentuk
kajian kuantitatif yang digunakan untuk
menerang, menganalisa dan
menginterpretasi bentuk perkongsian
budaya seperti kepercayaan dan tingkah
laku (Creswell, 2009).
5. Selain daripada itu etnografi ialah kajian lapangan
yang berbentuk pemerhatian yang sering
digunakan dalam kajian sosiologi dan juga kajian
antropologi. Untuk mengenali dan memahami
masyarakat, adalah satu tugasan yang amat
mencabar dan sangat sukar serta adakalanya
memerlukan masa yang amat panjang. Ianya akan
memberi keputusan dan perspektif yang sangat
berbeza. Etnografi adalah suatu usaha yang
dilakukan oleh manusia yang mempunyai
kepelbagaian dari segi komitmen kerana setiap
manusia mempunyai latar belakang, biografi dan
identiti yang berbeza.
6. Pada abad ke 20, seorang penyelidik perlu
menghabiskan masa sekitar 2 hingga 3
tahun untuk memperolehi gambaran dan
penjelasan mengenai masyarakat dan
budayanya. salah satu contoh kajian yang
dijalankan oleh Taylor (1983) ialah kajian
etnografi secara terperinci selama 3 tahun
ke atas 6 buah keluarga. Setiap satu
keluarga mempunyai seorang kanak-kanak
berumur antara 6 hingga 7 tahun.
7. Kanak-kanak ini dianggap oleh ibu bapa mereka
sebagai sudah boleh belajar membaca dan
menulis. Penyelidik tersebut telah terlibat untuk
menyoal secara literasi terhadap kanak-kanak
tersebut dan juga ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Penyelidik akan terlibat secara lansung dalam
masyarakat yang dikaji olehnya. Kajian etnografi
dibuat oleh penyelidik dan juga pengkaji
berkisarkan kepada memahami budaya
masyarakat tersebut dan membanding beza ciri-
ciri budaya itu dan melihat gambaran dan
penjelasan mengenai masyarakat yang lain.