1. Taktik Umum Permainan
• seseorang pemain haruslah bersedia untuk mengubah corak permainan jika ketinggalan
mata, sebaliknya, seseorang pemain tidak perlu mengubah corak permainannya
sekiranya mata mendahului pihak lawan.
• setiap pemain haruslah mengetahui bahawa, pemain itu mesti mengejar bulu tangkis
dan bukan menunggu bulu tangkis menuju kepadanya. Pukul bulu tangkis pada titik
pukulan paling tinggi.
• memudahkan seorang pemain dapat membalas dengan secepat yang mungkin sehingga
mengakibatkan pihak lawan tidak sempat untuk bertindak kembali.
• seseorang pemain haruslah menguasai sepenuhnya gelanggang untuk menyerang dan
mengawal keseluruhan keadaan.
3. menggunakan servis tinggi kerana bulu tangkis yang dipukul akan jatuh paling
hampir dengan bahagian belakang gelanggang.
taktik yang sesuai digunakan untuk melakukan servis ialah, seseorang pemain
haruslah berdiri pada kedudukan yang paling hampir dengan garisan tengah dan
kira-kira lima kaki berada di belakang garisan depan.
4. Smash
smash digunakan untuk menamatkan satu rali atau untuk
memaksa pemain lawan melakukan pukul balik yang lemah dan
kemudian menamatkan rali.
Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan mengakibatkan pukul
balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan smash.
Pemain itu juga mengambil masa yang lebih panjang untuk
mengatur posisi bagi pukulan yang seterusnya selepas satu smash
dilakukan berbanding dengan pukulan jenis lain.
Pukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan-garisan
tepi dan jauh daripada pemain.
Pergerakan ini memerlukan kekuatan kaki yang kuat, masa yang
baik dan imbangan yang sempurna semasa mendarat supaya
boleh bergerak untuk mengambil pukulan yang seterusnya.
5. Permainan Beregu (double)
Permainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan perseorangan
kerana ia memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan memerlukan
jangkaan terhadap apa yang pasangan kita dan lawan kita akan lakukan.
Kerjasama di antara pasangan adalah penting dengan kedua-dua pasangan
tersebut boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing yang lebih
baik dan kuat.
Seorang pemain juga boleh membantu pasangannya dalam posisi atau
pukulannya yang lemah.
6. Taktik asas permainan beregu
• Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak ke arah
bulutangkis.
• Pukul bulu tangkis pada titik pukulan yang paling tinggi.
• Ambil inisiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan.
• Komunikasi di antara pasangan
• Cuba tukar permainan tahanan kepada serangan secepat mungkin.
7. Tiang
Tiang-tiang hendaklah tingginya 1.55 meter dari permukaan
gelanggang.
Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka
hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis
sempadan tepi di mana garis itu lalu di bawah jaring, misalnya dengan
menggunakan tiang nipis atau jalur bahan, lebarnya 40mm yang
dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring.
Pada gelanggang yang ditandakan untuk beregu, tiang-tiang atau jalur-jalur
bahan itu hendaklah diletakkan di garis sempadan tepi untuk
beregu, tidak kirasama ada permainan perseorangan atau beregu yang
dimainkan.