KULIAH 8 DASAR-DASAR SOSIAL DI MALAYSIA (*1 Soalan Exam Untuk Bahagian Ini) MATLAMAT UTAMA KULIAH:  Kuliah ini akan memfokuskan kepada tiga dasar utama iaitu:  Memperkenalkan Dasar-Dasar yang berkaitan dengan sosial, masyarakat dan etika yang diperkenalkan dan diamalkan di Malaysia Perbincangan akan merujuk kepada elemen-elemen seperti: a) Latarbelakang b) Rasional Pengenalan c) Matlamat  c) Cadangan/Amalan/Strategi Perlaksanaan d) Pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kependudukan Nasional Kuliah ini bermatlamat untuk:
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
PENGENALAN Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979
RASIONAL Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri
Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: OBJEKTIF "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan STRATEGI PERLAKSANAAN Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;  (c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; (d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;  (e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;  (f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; (g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;  Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978;  (j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;  (k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; (l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan  (m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain
Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini Antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum  PENCAPAIAN Di dalam menilai pencapaian semasa, dua matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan yang hendak dilihat ialah:  Sama ada pelaksanaan sistem pendidikan dan kurikulum yang ada sekarang dapat melahirkan keperluan tenaga rakyat dalam jangka pendek dan jangka panjang yang diperlukan oleh negara Sama ada sistem pendidikan negara telah dapat melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
PENCAPAIAN  (SAMBUNGAN…) Untuk mengetahui dengan tepat sama ada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat adalah satu perkara yang sukar Hakikat ini diakui oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan 1974 Antara sebab-sebab yang dinyatakan ialah kurangnya kajian-kajian dibuat khusus untuk meneliti kedudukan dan keperluan tenaga rakyat negara ini Keperluan tenaga rakyat yang bergantung kepada perkembangan ekonomi negara memang sukar ditentukan memandangkan perkembangan itu sangat dipengaruhi oleh iklim ekonomi dunia yang berubah- ubah Namun begitu, hasil dari pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini, tenaga rakyat yang dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga telah dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di dalam sektor awam ataupun swasta. Di samping itu ianya telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya bagi kaum bumiputera yang berpendidikan
Mengenai matlamat melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih, ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ini telah tercapai Misalnya kurikulum yang sama dan bercorak kebangsaan telah sedikit sebanyak menimbulkan dan memupuk perasaan dan kesedaran kebangsaan Malaysia di kalangan mereka yang melalui sistem pendidikan kebangsaan Namun demikian, sukar dipastikan sama ada perasaan dan kesedaran itu telah membuahkan perpaduan, Malah, walaupun perpaduan wujud sekarang ini, sukar hendak dikatakan bahawa ia adalah hasil daripada sistem pendidikan semata-mata kerana perpaduan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja-Bukan pendidikan sahaja Pendidikan dan Latihan di Bawah Rancangan Malaysia akan dimaju dan dipertingkatkan  Contoh: di bawah Rancangan Malaysia Keenam (91-95) untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan terlatih. Setiap individu akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai, tetapi juga untuk melahirkan warganegara yang bertangungjawab serta mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang kukuh. Penyediaan lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah, ini akan meningkatkan pendapatan dan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan dan selanjutnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan
PENUTUP Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif  Sumber: Jabatan Perdana Menteri
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
LATARBELAKANG Kebudayaan  merupakan  keseluruhan  cara  hidup  manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia  di  mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan  politik.   Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang    kaum seperti  di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan  nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara RASIONAL Penggubalan  Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah  negara  membangun  dan  yang  mempunyai penduduk berbilang  kaum seperti Malaysia  Dasar ini nanti akan dapat menjadi garispanduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa Dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan serantau dan kedudukan negara sebagai pusat pertembungan tamadun dan perdagangan sejak beribu-ribu tahun yang lampau   Berteraskan kebudayaan asal rakyat negara ini    
Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan     RASIONAL  (sambungan…) OBJEKTIF Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi  
STRATEGI PERLAKSANAAN Pemulihan,    pemeliharaan    dan   pembangunan kebudayaan    ke  arah   menguatkan   asas-asas Kebudayaan   Kebangsaan   melalui     usahasama penyelidikan,      pembangunan,     pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya   Meningkat  dan  mengukuhkan  kepimpinan  budaya melalui   usaha-usaha  membimbing  dan  melatih peminat,  mendokong  dan  menggerak  kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; Mewujudkan   komunikasi   yang  berkesan ke arah kesedaran     kebangsaan,     kenegaraan    dan nasionalisme Malaysia Memenuhi keperluan sosiobudaya Meninggikan taraf dan mutu kesenian
PENUTUP Penggubalan  dan  pelaksanaan  Dasar  Kebudayaan Kebangsaan perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam mewujudkan dan membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalakn identiti negara di mata dunia Namun  demikian  pelaksanaannya  adalah rumit dan tidak mengambil masa yang singkat Kesedaran  dan  kefahaman  yang  luas  akan  membantu tercapainya  hasrat  dan  cita-cita  pelaksanaan  dasar  ini kerana dengan keinsafan sahaja Kebudayaan Kebangsaan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas  suku  kaum dan memperlihatkan  keperibadian  kebangsaan  Malaysia  itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
DASAR KEPENDUDUKAN NASIONAL (KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK)
LATARBELAKANG Matlamat kependudukan 70  juta  telah  disarankan  oleh Y.A.B.    Perdana  Menteri  Seri  Dr.  Mahathir Mohamad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung  UMNO  dalam bulan   September  1982.  Beliau  berpendapat  bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta  Saranan ini kemudiannya  telah  dijelaskan  dan dikemukakan sekali  lagi  oleh  beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Empat pada 29 Mac 1984 Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun   RASIONAL Jumlah  penduduk  Malaysia  adalah  masih kecil dan ada faedah-faedah   besar    jika   kependudukan   Malaysia dibesarkan (tenaga kerja, ekonomi dan lain-lain) Untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan   Pertumbuhan sebagai  modal  yang  utama  untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga  dapat meningkatkan   daya  pengeluaran  ekonomi    
OBJEKTIF STRATEGI PERLAKSANAAN Mewujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta Meminda Undang Undang Buruh mengenai cuti bersalin (sebelum 1984: cuti bersalin 3 kali, Selepas 1984: cuti bersalin 5 kali, Jumlah hari 60 hari, jumlah anak kemudahan nrawatan 5 orang) Penubuhan LPPKN: berfungsi untuk memberi penekanan tentang perlunya menambah kelahiran    IMPLIKASI LAIN YANG MUNGKIN TIMBUL Bekalan Makanan Penyediaan Perumahan Peluang Pekerjaan Isu Kesihatan Penyediaan Kemudahan Pelajaran Bekalan Utiliti dan Tenaga  CADANGAN AWAL ATASI IMPLIKASI Dasar Pembangunan Ekonomi Dasar Tenaga Manusia Dasar Sosial Dasar Makanan, Air dan Pertanian Dasar Tenaga Dasar Alam Sekitar
ANALISIS PENCAPAIAN DASAR HINGGA 1990) Analisis dari 1984-1990 (6 tahun): Kadar kesuburan wanita telah merosot ( 1981: 3.8, 1990: 3.6) Kadar kesuburan Bangsa Melayu (1990)  melebihi matlamat sasaran, manakala kaum-kaum lain tidak sebaliknya Kadar kematian merosot Kadar kematian bayi juga merosot Jangka hayat meningkat MASALAH YANG DIHADAPI: PERLAKSANAAN DASAR Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan Perlaksanaan Dasar
PENUTUP Malaysia  adalah  dalam  golongan  negeri-negeri   yang  kecil    yang    secara    tegasnya   mempunyai   dasar  kependudukan Untuk matlamat dasar  kependudukan  ini secara  berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar serentak       dalam       bidang-bidang       ekonomi, sosial,gunatenaga,    alam   sekitar,   makanan,   air, pertanian,  tenaga  dan  lain-lain  secara  menyeluruh Dengan  itu  adalah  perlu  supaya  semua  pihak  iaitu Kerajaan,  sektor  swasta  dan  yang   paling   penting daripada     rakyat    sendiri,    memainkan    peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran   yang   penting   dan    radikal    mengenai kependudukan  iaitu  daripada  dasar  pertumbuhan  yang berbentuk 'restrictive' kepada yang  berbentuk  'promotive’
SEKIAN KULIAH TAMAT

Dasar penddkan

  • 1.
    KULIAH 8 DASAR-DASARSOSIAL DI MALAYSIA (*1 Soalan Exam Untuk Bahagian Ini) MATLAMAT UTAMA KULIAH: Kuliah ini akan memfokuskan kepada tiga dasar utama iaitu: Memperkenalkan Dasar-Dasar yang berkaitan dengan sosial, masyarakat dan etika yang diperkenalkan dan diamalkan di Malaysia Perbincangan akan merujuk kepada elemen-elemen seperti: a) Latarbelakang b) Rasional Pengenalan c) Matlamat c) Cadangan/Amalan/Strategi Perlaksanaan d) Pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kependudukan Nasional Kuliah ini bermatlamat untuk:
  • 2.
  • 3.
    PENGENALAN Dalam tahun-tahunmenuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979
  • 4.
    RASIONAL Sistem pendidikandi zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan suppress semangat pembangunan rakyat tempatan Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri
  • 5.
    Objektif dasar inidinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: OBJEKTIF "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih
  • 6.
    Falsafah Pendidikan Negarayang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru- baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan STRATEGI PERLAKSANAAN Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; (c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; (d) Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; (e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; (f) Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; (g) Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
  • 7.
    (h) Menyediakan pendidikanrendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; (j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; (k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; (l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa- bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan (m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain
  • 8.
    Di samping strategiini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini Antaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum PENCAPAIAN Di dalam menilai pencapaian semasa, dua matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan yang hendak dilihat ialah: Sama ada pelaksanaan sistem pendidikan dan kurikulum yang ada sekarang dapat melahirkan keperluan tenaga rakyat dalam jangka pendek dan jangka panjang yang diperlukan oleh negara Sama ada sistem pendidikan negara telah dapat melahirkan rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
  • 9.
    PENCAPAIAN (SAMBUNGAN…)Untuk mengetahui dengan tepat sama ada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan telah dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat adalah satu perkara yang sukar Hakikat ini diakui oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan 1974 Antara sebab-sebab yang dinyatakan ialah kurangnya kajian-kajian dibuat khusus untuk meneliti kedudukan dan keperluan tenaga rakyat negara ini Keperluan tenaga rakyat yang bergantung kepada perkembangan ekonomi negara memang sukar ditentukan memandangkan perkembangan itu sangat dipengaruhi oleh iklim ekonomi dunia yang berubah- ubah Namun begitu, hasil dari pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan selama ini, tenaga rakyat yang dihasilkan pada keseluruhannya dapat memenuhi keperluan gunatenaga negara kecuali di beberapa bidang tertentu Selaras dengan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga telah dapat merapatkan jurang pengenalan bidang pekerjaan mengikut kaum sama ada di dalam sektor awam ataupun swasta. Di samping itu ianya telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan terutamanya bagi kaum bumiputera yang berpendidikan
  • 10.
    Mengenai matlamat melahirkanrakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih, ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa ini telah tercapai Misalnya kurikulum yang sama dan bercorak kebangsaan telah sedikit sebanyak menimbulkan dan memupuk perasaan dan kesedaran kebangsaan Malaysia di kalangan mereka yang melalui sistem pendidikan kebangsaan Namun demikian, sukar dipastikan sama ada perasaan dan kesedaran itu telah membuahkan perpaduan, Malah, walaupun perpaduan wujud sekarang ini, sukar hendak dikatakan bahawa ia adalah hasil daripada sistem pendidikan semata-mata kerana perpaduan bukannya bergantung kepada satu faktor sahaja-Bukan pendidikan sahaja Pendidikan dan Latihan di Bawah Rancangan Malaysia akan dimaju dan dipertingkatkan Contoh: di bawah Rancangan Malaysia Keenam (91-95) untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan terlatih. Setiap individu akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai, tetapi juga untuk melahirkan warganegara yang bertangungjawab serta mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang kukuh. Penyediaan lebih banyak peluang pendidikan dan latihan akan diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah, ini akan meningkatkan pendapatan dan peluang mereka untuk mendapat pekerjaan dan selanjutnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan
  • 11.
    PENUTUP Dasar PendidikanKebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif Sumber: Jabatan Perdana Menteri
  • 12.
  • 13.
    LATARBELAKANG Kebudayaan  merupakan keseluruhan  cara  hidup  manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia  di  mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan  politik.   Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang   kaum seperti  di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat ke Malaysiaan Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara RASIONAL Penggubalan  Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah  negara  membangun  dan  yang  mempunyai penduduk berbilang  kaum seperti Malaysia Dasar ini nanti akan dapat menjadi garispanduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara dikalangan dunia antarabangsa Dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan serantau dan kedudukan negara sebagai pusat pertembungan tamadun dan perdagangan sejak beribu-ribu tahun yang lampau Berteraskan kebudayaan asal rakyat negara ini    
  • 14.
    Unsur-unsur kebudayaan lainyang wajar dan sesuai boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan     RASIONAL (sambungan…) OBJEKTIF Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi  
  • 15.
    STRATEGI PERLAKSANAAN Pemulihan,   pemeliharaan    dan   pembangunan kebudayaan    ke  arah   menguatkan   asas-asas Kebudayaan   Kebangsaan   melalui     usahasama penyelidikan,      pembangunan,     pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya   Meningkat  dan  mengukuhkan  kepimpinan  budaya melalui   usaha-usaha  membimbing  dan  melatih peminat,  mendokong  dan  menggerak  kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan; Mewujudkan   komunikasi   yang  berkesan ke arah kesedaran     kebangsaan,     kenegaraan    dan nasionalisme Malaysia Memenuhi keperluan sosiobudaya Meninggikan taraf dan mutu kesenian
  • 16.
    PENUTUP Penggubalan  dan pelaksanaan  Dasar  Kebudayaan Kebangsaan perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan mengamalkan budaya yang berbeza Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam mewujudkan dan membentuk satu bangsa yang bersatu padu serta mengekalakn identiti negara di mata dunia Namun  demikian  pelaksanaannya  adalah rumit dan tidak mengambil masa yang singkat Kesedaran  dan  kefahaman  yang  luas  akan  membantu tercapainya  hasrat  dan  cita-cita  pelaksanaan  dasar  ini kerana dengan keinsafan sahaja Kebudayaan Kebangsaan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas  suku  kaum dan memperlihatkan  keperibadian  kebangsaan  Malaysia  itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
  • 17.
    DASAR KEPENDUDUKAN NASIONAL(KE ARAH 70 JUTA PENDUDUK)
  • 18.
    LATARBELAKANG Matlamat kependudukan70  juta  telah  disarankan  oleh Y.A.B.    Perdana  Menteri  Seri  Dr.  Mahathir Mohamad ketika beliau berucap di Perhimpunan Agung  UMNO  dalam bulan   September  1982.  Beliau  berpendapat  bahawa Malaysia akan lebih berjaya dengan penduduk sebanyak 70 juta Saranan ini kemudiannya  telah  dijelaskan  dan dikemukakan sekali  lagi  oleh  beliau dalam ucapannya semasa membentangkan kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke Empat pada 29 Mac 1984 Matlamat kependudukan ini diharapkan dicapai dalam tempoh 115 hingga 120 tahun   RASIONAL Jumlah  penduduk  Malaysia  adalah  masih kecil dan ada faedah-faedah   besar    jika   kependudukan   Malaysia dibesarkan (tenaga kerja, ekonomi dan lain-lain) Untuk menyediakan satu asas permintaan dan pasaran bagi keluaran industri-industri tempatan Pertumbuhan sebagai  modal  yang  utama  untuk kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara, disamping itu ianya juga  dapat meningkatkan   daya  pengeluaran  ekonomi  
  • 19.
    OBJEKTIF STRATEGI PERLAKSANAANMewujudkan jumlah penduduk Malaysia seramai 70 juta Meminda Undang Undang Buruh mengenai cuti bersalin (sebelum 1984: cuti bersalin 3 kali, Selepas 1984: cuti bersalin 5 kali, Jumlah hari 60 hari, jumlah anak kemudahan nrawatan 5 orang) Penubuhan LPPKN: berfungsi untuk memberi penekanan tentang perlunya menambah kelahiran   IMPLIKASI LAIN YANG MUNGKIN TIMBUL Bekalan Makanan Penyediaan Perumahan Peluang Pekerjaan Isu Kesihatan Penyediaan Kemudahan Pelajaran Bekalan Utiliti dan Tenaga  CADANGAN AWAL ATASI IMPLIKASI Dasar Pembangunan Ekonomi Dasar Tenaga Manusia Dasar Sosial Dasar Makanan, Air dan Pertanian Dasar Tenaga Dasar Alam Sekitar
  • 20.
    ANALISIS PENCAPAIAN DASARHINGGA 1990) Analisis dari 1984-1990 (6 tahun): Kadar kesuburan wanita telah merosot ( 1981: 3.8, 1990: 3.6) Kadar kesuburan Bangsa Melayu (1990) melebihi matlamat sasaran, manakala kaum-kaum lain tidak sebaliknya Kadar kematian merosot Kadar kematian bayi juga merosot Jangka hayat meningkat MASALAH YANG DIHADAPI: PERLAKSANAAN DASAR Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Yang Rendah Keperluan Memperkukuhkan Penyelarasan Perlaksanaan Dasar
  • 21.
    PENUTUP Malaysia  adalah dalam  golongan  negeri-negeri   yang  kecil    yang    secara    tegasnya   mempunyai   dasar  kependudukan Untuk matlamat dasar  kependudukan  ini secara  berkesan, adalah penting mengadakan dasar-dasar serentak       dalam       bidang-bidang       ekonomi, sosial,gunatenaga,    alam   sekitar,   makanan,   air, pertanian,  tenaga  dan  lain-lain  secara  menyeluruh Dengan  itu  adalah  perlu  supaya  semua  pihak  iaitu Kerajaan,  sektor  swasta  dan  yang   paling   penting daripada     rakyat    sendiri,    memainkan    peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab Dasar ini sebenarnya memperlihatkan satu perubahan pemikiran   yang   penting   dan    radikal    mengenai kependudukan  iaitu  daripada  dasar  pertumbuhan  yang berbentuk 'restrictive' kepada yang  berbentuk  'promotive’
  • 22.