SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Latarbelakang

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat
 Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti
sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar
Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961.

Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula
Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah
diterbitkan dalam tahun 1979.


Rasional

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan
 pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan
berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara
asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin
secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia
didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan
kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.


Objektif

Objektif   dasar   ini   dinyatakan   dalam   Pendahuluan   kepada   Akta   Pelajaran,   1961,   iaitu:

"BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah
 untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..."

Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan
berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya
sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja
("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan
bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat
memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih.


 Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan
secara bertulis baru - baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insane yang berilmu
 dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
 sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat
penting sistem pendidikan kebangsaan.


Strategi Pelaksanaan

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan
seperti berikut:

   I.   Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama;

  II.   Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;

 III.   Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;

 IV.    Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;

  V.    Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
        menyeluruh, seimbang dan bersepadu;

 VI.    Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun;

VII.    Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan
        secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan
        kawasan luar bandar atau pendalaman;

VIII.   Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
        berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada
        kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama
        kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu
        pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
IX.    Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum
        Sekolah Vokasional pada tahun 1978;

  X.    Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama
        dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;

 XI.    Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;

XII.    Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar
        di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa - bahasa
        lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan

XIII.   Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet
        tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.


Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan
memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah          selaras
dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian
dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan
telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini.
Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian
Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa        Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan,
Sebaran         Pendidikan           dan          Pusat          Perkembangan           Kurikulum.


Penutup

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat
masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap Negara
perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan
swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya.
 Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi
 juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat
 secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan
untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan
penyertaan swasta secara aktif.

More Related Content

What's hot

2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Hamidah Adong
 
bab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanbab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanVince Here
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996660209085732
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996yim96kim
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996Kyrah Shafii
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008PAKLONG CIKGU
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysiaHalif Md Saleh
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Habibi Syamsuddin
 

What's hot (19)

2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
Refleksi unit modul kpf 3012.hamidah asbulleh.d2010204959
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
bab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanbab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikan
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Unit 2
Unit 2Unit 2
Unit 2
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996Banding beza akta 1961 dan 1996
Banding beza akta 1961 dan 1996
 
Sjh 3101
Sjh 3101Sjh 3101
Sjh 3101
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia(10) dasar dasar kerajaan malaysia
(10) dasar dasar kerajaan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
Nota temuduga ppps edisi kedua (1) (1)
 

Viewers also liked

งานคอมมมมมม...
งานคอมมมมมม...งานคอมมมมมม...
งานคอมมมมมม...Lupin F'n
 
Lesson 8 charts presentation aa
Lesson 8 charts presentation aaLesson 8 charts presentation aa
Lesson 8 charts presentation aaAlaniz_Andres
 
Question 2
Question 2Question 2
Question 2Amy1903
 
ข้อสอบ O net ไทย ปี2553
ข้อสอบ O net ไทย ปี2553ข้อสอบ O net ไทย ปี2553
ข้อสอบ O net ไทย ปี2553Lupin F'n
 
ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54 ปีการศึกษา 2553
ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54  ปีการศึกษา 2553ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54  ปีการศึกษา 2553
ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54 ปีการศึกษา 2553Lupin F'n
 
โครงงาน คอม
โครงงาน คอมโครงงาน คอม
โครงงาน คอมLupin F'n
 
Employability Gap In Indian IT Industry
Employability Gap In Indian IT IndustryEmployability Gap In Indian IT Industry
Employability Gap In Indian IT IndustryIT Pathshala
 
แนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศ
แนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศแนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศ
แนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศLupin F'n
 

Viewers also liked (10)

งานคอมมมมมม...
งานคอมมมมมม...งานคอมมมมมม...
งานคอมมมมมม...
 
Lesson 8 charts presentation aa
Lesson 8 charts presentation aaLesson 8 charts presentation aa
Lesson 8 charts presentation aa
 
Question 2
Question 2Question 2
Question 2
 
ข้อสอบ O net ไทย ปี2553
ข้อสอบ O net ไทย ปี2553ข้อสอบ O net ไทย ปี2553
ข้อสอบ O net ไทย ปี2553
 
Rules
RulesRules
Rules
 
ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54 ปีการศึกษา 2553
ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54  ปีการศึกษา 2553ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54  ปีการศึกษา 2553
ข้อสอบวิชาคณิตศาสตร์ O net 54 ปีการศึกษา 2553
 
โครงงาน คอม
โครงงาน คอมโครงงาน คอม
โครงงาน คอม
 
Employability Gap In Indian IT Industry
Employability Gap In Indian IT IndustryEmployability Gap In Indian IT Industry
Employability Gap In Indian IT Industry
 
Sistem periodik unsur
Sistem periodik unsurSistem periodik unsur
Sistem periodik unsur
 
แนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศ
แนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศแนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศ
แนวข้อสอบคอมพิวเตอร์และเทคโนโลยีสารสนเทศ
 

Similar to 09 dasar pendidikan_kebangsaan

Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanxue er tui
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)Temeji Sabu
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Pieja Hanhae
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 

Similar to 09 dasar pendidikan_kebangsaan (20)

Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Ctu dasar2
Ctu dasar2Ctu dasar2
Ctu dasar2
 
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduanSistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
Sistem pendidikan malaysia_dan_perpaduan
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 

09 dasar pendidikan_kebangsaan

  • 1. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Rasional Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri. Objektif Objektif dasar ini dinyatakan dalam Pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
  • 2. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru - baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insane yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. Strategi Pelaksanaan Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: I. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; II. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; III. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; IV. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; V. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; VI. Mengadakan peluang pendidikan asas selama Sembilan tahun; VII. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan member perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; VIII. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
  • 3. IX. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; X. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; XI. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; XII. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa - bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan XIII. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain. Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Penutup Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan, dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan swasta secara aktif.