SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
2006-2010 (RMK-9)
* Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya
oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26
Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya

1.0

PIPP DAN WAWASAN 2020
1.1

1.2

2.0

Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah
mencapai Wawasan 2020 ( Hasrat menjadi sebuah negara maju
mengikut acuan sendiri).
Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah
untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh
itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat
besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat
menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain
daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan
berkemahiran.

PIPP DAN MISI NASIONAL
2.1

Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan
modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama
bagi melonjak ke status negara maju.

2.2

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi
Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:Teras 2

:

Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’

Teras 3

:

Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi
yang berterusan secara membina dan produktif

1
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
3.0

PENDIDIKAN KEBANGSAAN: PERLETAKAN ASAS
3.1

Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan
daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan
dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program
pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara
yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak
mulia.

3.2

Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras
utama berikut:•
•
•
•

3.3

Akses kepada pendidikan
Ekuiti dalam pendidikan
Kualiti dalam pendidikan
Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan

Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan
dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat
pendidikan. Antaranya:•
•
•
•
•
•

Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi
melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek (JERI).
Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan
dan bertaraf dunia.
Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat
antarabangsa

2
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
4.0

PENDIDIKAN KEBANGSAAN: MELANGKAH KE HADAPAN
4.1

Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat:•
•
•

Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan
masyarakat Bangsa Malaysia yang maju
Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang
agenda pendidikan dapat diteruskan
Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem
dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada Tahun 2020

4.2

PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang
meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan
tenaga manusia.

4.3

Pendekatan PIPP
Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti
untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang
tempoh RMK-9 iaitu:Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai
dan Kesamarataan Peluang Pendidikan
•

Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan
saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya,
Orang Asli dan suku minoriti lain.

•

Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir
daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di
kawasan luar bandar dan pedalaman.

•

Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan
untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya
capaian kepada internet.

3
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
PENDEKATAN KEDUA : KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN
•

KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah
mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan
mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih
tinggi).

•

KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah
Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolahsekolah Putrajaya dan Cyberjaya.

Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
ASAS PEMBANGUNAN
•
•
•
•
•

Misi Nasional
Dasar-dasar
Pembangunan Negara
Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Islam Hadhari
Pelan Integriti
Nasional

PENDEKATAN
•
•

TERAS STRATEGIK PIPP
•
•
•

TERAS ASAS
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
•
•
•
•

Akses
Ekuiti
Kualiti
Kecekapan dan
Keberkesanan
Pengurusan
Pendidikan

•
•
•

Membina Negara
Bangsa
Membangunkan Modal
Insan
Memperkasakan
Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang
Pendidikan
Memartabatkan
Profesion Keguruan
Melonjakkan
Kecemerlangan
Institusi Pendidikan

MATLAMAT
Pendidikan Berkualiti
Untuk Semua

FAKTOR KRITIKAL
KEJAYAAN
•
•

Rajah 1 :
Kerangka Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan
2006-2010

Kesamarataan
Peluang
Kecemerlangan
Institusi Pendidikan

•
•

Kerjasama dan
Komitmen Warga
Pendidikan
Kerjasama dan
Komitmen Pihak
Berkepentingan
Sistem Penyampaian
Pendidikan
Sistem Pemantauan
dan Penilaian

4

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
4.4

Teras Strategik PIPP
6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem
pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:-

Teras
Teras
Teras
Teras
Teras
Teras

5.0

1
2
3
4
5
6

JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP
Membina Negara Bangsa
Membangunkan Modal Insan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang Pendidikan
Memartabatkan Profesion Keguruan
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

Membina Negara Bangsa
KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal
persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta
menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa.
5.1

Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan
negara. KPM berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar
dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia.

5.2

Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum,
program kurikulum dan sukan.

5.3

Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang
mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan
ancaman globalisasi dan leberalisasi.

5.4

Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha
berikut:•
•
•
•

Memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan
dan bahasa ilmu
Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa
Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam
Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan

5
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
6.0

Membangunkan Modal Insan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan
modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan negara maju 2020.
6.1

Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia
dengan seluas-luas peluang bagi ;
•
•
•

6.2

Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri
pelajar dengan;
•
•
•
•
•

6.3

memperkembangkan potensi diri
melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang
membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan
mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

kemahiran komunikasi berkesan
kebolehan menggunakan ICT dengan baik
berfikir secara kreatif dan kritis
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat
nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin
berkesan dalam keluarga dan masyarakat

Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya berupaya untuk berfikir
kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan
berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai
ketahanan
serta kebolehan untuk berhadapan dengan
persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

6
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
6.4

Fokus dan Strategi Pelaksanaan Membangunkan Modal Insan

Mengadakan lebih banyak
pilihan pendidikan kepada ibu
bapa dan pelajar
• Meneruskan kewujudan
pelbagai jenis sekolah,
aliran mata pelajaran dan
pengkhususan
• Meningkatkan peruntukan
ekolah
belanja mengurus kepada
Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan
• Meneruskan pendaftaran SAR
dan SAN di seluruh negara
• memperluas dan
memantapkan lagi
pelaksanaan MPV di sekolahsekolah

Memupuk pelajar memiliki
kemahiran dan keterampilan
• Melengkapkan diri pelajar
dengan pelbagai kemahiran
’hard & soft skills’
• Membina penampilan diri
yang positif
• Memupuk pelajar
menghayati dan
mengamalkan nilai-nilai
murni, budi bahasa dan adab
• Menekankan aspek
keselamatan, kesihatan dan
kebersihan (3K) dalam
pengajaran dan
pembelajaran aktiviti
kokurikulum
• Memastikan sekolah
memberi penekanan
keselamatan, kebersihan
ganda
dan kesihatan pelajar
• Melipatgandakan program
pembangunan insan bagi
menangani gejala sosial
melalui penerapan nilai-nilai
murni
• Memantapkan program 3K

Meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan
• Mengkaji pelaksanaan KBSR
dan KBSM supaya lebih
menekankan kemahiran
berfikir aras tinggi
• Memupuk budaya cintakan
ilmu pengetahuan
• Melaksanakan program
pembestarian sekolah

Fokus dan
Strategi
Membangunkan
Modal Insan

Memantapkan Program
Kokurikulum dan Sukan
• Menambah baik aktiviti
sukan dan kokurikulum
• Meningkatkan semangat
patriotik dengan
memastikan Rukun Negara
dipelajari dan dihayati
bermula daripada peringkat
awal persekolahan
• Memperkasakan sukan di
sekolah ke arah sukan untuk
semua
• Menggalakkan penglibatan
pelajar yang lebih
menyeluruh dalam aktiviti
kokurikulum
• Memantapkan program
keguruan dalam kokurikulum
dan sukan serta
kejurulatihan
• Menyediakan infrastruktur
dan peralatan yang lebih
lengkap di sekolah, pusat
kokurikulum, kolej
matrikulasi dan IPG
• Meningkatkan kerjasama
KPM dengan kementerian
dan pihak luar KPM
7

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
Memantapkan sistem
pentaksiran dan penilaian
supaya lebih holistik
• Menyediakan pentaksiran
alternatif
• Mengkaji semula sistem
pentaksiran dan penilaian
untuk menjadikan
persekolahan tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan
• Memantapkan kualiti sistem
pentaksiran dan penilaian

Memperkukuhkan disiplin
pelajar
• Penggubalan peraturan
disiplin baru
• Menubuhkan Jawatankuasa
Induk Menangani Gejala
Disiplin Murid dan
Sekretariat Tetap menangani
gejala salah laku murid
• Memantau sekolah-sekolah
yang menghadapi masalah
disiplin
• Meningkatkan kerjasama
antara KPM dengan agensi
keselamatan berkaitan
• Memperkukuh usaha
menangani gejala disiplin
melalui Jawatankuasa
Bertindak

Mempercepat perkhidmatan
sistem aduan masalah disiplin
• Mempelbagaikan saluran
aduan terus

Meningkatkan kerjasama KPM
dengan pelbagai agensi
• Pelaksanaan aktiviti dengan
pelbagai agensi

Fokus dan
Strategi
Membangunkan
Modal Insan

Memantapkan kurikulum
• Meneruskan pelaksanaan
mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral
serta Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan
• Penyediaan infrastruktur dan
perkakasan mencukupi bagi
pembestarian sekolah

8
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
7.0

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK)
7.1

Di dalam PPIP, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan
sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai
sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia.

7.2

KPM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK supaya SK
kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia.

7.3

Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan
menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih
beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai
bidang dan meningkatkan kualiti prasarana.

7.4

Ciri-ciri SK perkasa adalah seperti dalam rajah 2 berikut:-

INFRASTRUKTUR LENGKAP
DAN BERKUALITI

PEMIMPIN DAN GURU CEKAP,
TERLATIH DAN BERKUALITI

MENAWARKAN
BAHASA CINA
DAN TAMIL

PENAWARAN DAN
PELAKSANAAN
KURIKULUM
BERASASKAN
PELANGGAN

PENCAPAIAN
AKADEMIK
CEMERLANG

SEKOLAH
PERKASA

PENAWARAN &
PELAKSANAAN
KOKURIKULUM
YANG BERKESAN

SISTEM
SOKONGAN
YANG KUAT DAN
MENCUKUPI

PENCAPAIAN
SAHSIAH
CEMERLANG

IKLIM DAN BUDAYA
SEKOLAH SIHAT
SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M

BERASPIRASI NASIONAL

Rajah 2 : Ciri-Ciri SK Perkasa

9
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
7.5

Fokus dan Strategi Memperkasakan SK
Pemantapan Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar dan
Kualiti Guru
• Memantapkan kepimpinan
Pengetua / Guru Besar
• Meningkatkan kualiti guru

Perluasan Program Prasekolah
• Menambah bilangan kelas
prasekolah KPM
• Menggunakan kurikulum
Prasekolah Kebangsaan
• Memastikan murid
berkeperluan khas mendapat
program prasekolah
• Memastikan guru dan
pembantu guru mencukupi
dan terlatih

Pemantapan Kurikulum
• Memastikan semua murid
Tahap 1 menguasai 3M
• Memperluas j-QAF
• Memperkenalkan Bahasa
Cina dan Tamil
• Memperkenalkan program
bagi pelajar berkeperluan
khas
• Meningkatkan akses dan
pilihan program di peringkat
menengah

Penambahbaikan Sistem
Sokongan
• Menambahbaik sistem
sokongan
• Menambah bilangan pembantu
guru

Fokus dan Strategi
Memperkasakan SK

Pengukuhan Budaya Sekolah
• Mewujudkan SK yang
berbudaya cemerlang, iklim
dan budaya sekolah yang sihat
MENINGKATKAN
KECEMERLANGAN
SEKOLAH
KEBANGSAAN

Peningkatan Prestasi Akademik
SK
• Memastikan semua pelajar
mendapat peluang bersekolah
• Memantapkan program
intervensi

Pemantapan Aktiviti
Kokurikulum dan Sukan
• Menambahbaik aktiviti
kokurikulum dan sukan
• Meningkatkan penyertaan
pelajar

Meningkatkan Kualiti
Prasarana dan Prestasi SK
• Meningkatkan kualiti
prasarana SK
• Meningkatkan kualiti
infrastruktur dan kemudahan
pendidikan
• Menambah bilangan sekolah
satu sesi sekolah rendah dan
menengah

10
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
8.0

MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
8.1

Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara
lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.
Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan
pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu
dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.
Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut:Jurang antara
tahap
pencapaian
pelajar

Jurang bandar
dan luar
bandar

Jurang digital

MERAPATKAN
JURANG
PENDIDIKAN

Jurang antara
pelajar
normal &
berkeperluan
khas

Jurang
sosioekonomi

11
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
8.2

Fokus dan strategi KPM untuk merapatkan jurang pendidikan
adalah seperti berikut:1

Membangunkan
infrastruktur dan
kemudahan luar bandar

• Menyediakan infrastruktur dan
kemudahan asas seperti bekalan
elektrik dan air teutama di sekolahsekolah luar bandar dan pedalaman
• Menambah baik Sekolah Kurang
Murid (SKM) dengan perluasan
pelaksanaan Sekolah Pusat,
mewujudkan norma baru untuk guru
di SKM & mengkaji pemberian geran
perkapita
• Merapatkan jurang pencapaian
akademik dengan menambah
bilangan komputer, makmal
komputer, kemudahan perkakasan
dan tenaga kerja
• Merapatkan jurang digital dengan
menyediakan makmal komputer,
Pusat Akses, pembestarian sekolah
luar bandar, menambah baik TV
Pendidikan & merintis penggunaan
‘video teleconferencing’

2

Meningkatkan kadar
penyertaan dan
mengurangkan risiko
keciciran

2.1 Penguasaan 3M
• memperluas Program KIA2M
untuk Tahun 1
• Menambah baik Program
Pemulihan Khas Tahap 1
• Menggiatkan Program Gerak
Gempur
• Program khusus Orang Asli dan
suku minoriti
2.2 Pengurangan kadar keciciran
• Menguatkuasakan pendidikan
wajib
• Memperluas MPV di SM Harian
• Pemuafakatan sekolah,
keluarga & komuniti
• memperkenalkan pentaksiran
dan penilaian yang sesuai

12
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
2.3 Pemantapan program bagi pelajar
kurang upaya
• Meminda Peraturan-Peraturan
Pendidikan Khas 1997 untuk
menerima pelajar dua
kecacatan
• Memantapkan program
Pendidikan Khas Inklusif
• Membuka kelas khas bagi murid
autisme dan ADHD serta yang
mempunyai dua kecacatan
• Menyediakan kaedah penilaian
yang diiktiraf
• Menyediakan kemudahan
pengangkutan untuk murid
pendidikan khas
2.4 Penyediaan pendidikan bagi
pelajar mengikut keperluan
• Mewujudkan Sekolah Seni
• Merintis program khusus bagi
pelajar pintar cerdas dan
berbakat
• Kemudahan pendidikan kepada
pelajar yang kini berada di
Pusat Pemulihan Komuniti
3

Meningkatkan bilangan
guru terlatih &
mengikut opsyen di
kawasan pedalaman

• Mewajibkan guru baru berkhidmat
di kawasan pedalaman
• Menambah baik insentif kepada
guru yang berkhidmat di kawasan
pedalaman
• Menyediakan asurans kepada guruguru yang berkhidmat di luar
bandar
• Menyediakan rumah guru dan
kemudahan asas yang sempurna

4

Menambah baik sistem
pengagihan bantuan
kepada pelajar miskin,
berkeperluan khas dan
kumpulan minoriti

Pemantapan sistem pengagihan
bantuan
• Memantapkan Sistem Maklumat
Murid (SSM)
• Mewujudkan Majlis Tindakan
Pendidikan Daerah (MTPD)
• Menggalakkan kerjasama antara
sekolah, sektor awam dan swasta

13
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
9.0

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
9.1

Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar
kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan
dan sumber inspirasi kepada pelajar.

9.2

Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem
penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan.

9.3

Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan
dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan
guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan
dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang
dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara.

9.4

Fokus dan strategi memartabatkan profesion keguruan adalah
seperti berikut:1

Menambah baik sistem
pemilihan calon guru

• memperketat syarat dan kriteria
pengambilan calon guru
• pemantapan proses perlantikan dan
pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi
memastikan setiap guru mencapai
standard minimum

2

Memantapkan latihan
perguruan

• menaik taraf Maktab Perguruan
kepada Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang menawarkan program
pada peringkat ijazah sarjana muda
pendidikan
• Mereka bentuk dan menggubal
kurikulum pendidikan IPG secara
berpusat dan mendapat kelulusan
Majlis Kurikulum Pendidikan Guru
• Meningkatkan pemantapan dan
perluasan kursus / latihan
• Meluaskan dan meningkatkan
Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D)
14

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
3

Memantapkan kerjaya
guru

• Menambah baik penjawatan guru
• Menambah perjawatan dan
perluasan naik pangkat untuk PPPS
di KPM / JPN / PPD/G

4

Menambah baik
persekitaran kerja dan
kebajikan guru

• Menyediakan persekitaran kerja
yang kondusif ( projek membina dan
menaik taraf )
• Memperkasa peranan Yayasan Guru
Malaysia untuk menjaga
kepentingan dan kebajikan guru
• Mensifarkan GSTT
• Memantapkan pelaksanaan Guru
Simpanan
• Mengkaji keperluan kemudahan
asurans bagi guru-guru yang
berkhidmat di kawasan pedalaman
• Mewujudkan tambahan jawatan
kumpulan sokongan bagi
meringankan beban tugas guru
dalam kerja-kerja pentadbiran

5

Memantapkan
perancangan dan
pengurusan sumber
manusia

Penyediaan mekanisme bekalan guru
• Mewujudkan kerjasama dengan IPT
tentang latihan guru
• Memantapkan mekanisme unjuran
guru
• Menambah baik sistem maklumat
guru
• Mewajibkan guru baru berkhidmat
di kawasan pedalaman

15
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
10.0

MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN

10.1

Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM.
KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf
dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk
bersaing dalam era yang sangat mencabar.

10.2

Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan
penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan
keperluan kluster institusi pendidikan yang ada.

10.3

Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi
model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam
kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi
showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu
usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan
Pendidikan.

10.4

Institusi-institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam
kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih
mengikut elemen utama dan elemen sokongan.
Elemen Utama
•

kurikulum
berdasarkan
pencapaian
purata
dalam
peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturutturut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A
serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam mata
pelajaran tertentu

•

Pencapaian kokurikulum peringkat daerah, kebangsaan dan
luar negara serta anugerah-anugerah khas.

Elemen Sokongan
•

Pengurusan
dan
pentadbiran
sekolah
berdasarkan
kecekapan, penambahbaikan berterusan serta mempunyai
perancancangan yang komprehensif dan sistematik.

•

Keterampilan pengetua, Guru Besar dan guru-guru.

•

Pengurusan
berhemah.

kewangan

yang

berkesan,

amanah

dan

16
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
•

•

Pengurusan asrama berdasarkan program untuk pelajar dan
tahap disiplin pelajar.

•

Prasarana lengkap, berfungsi dan terkini.

•

Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat.

•

10.5

Iklim sekolah berdasarkan suasana sekolah dan P&P yang
kondusif, keselamatan dan tahap disiplin yang memuaskan ,
mempunyai semangat kekitaan dan kaya maklumat.

Nilai sejarah, tradisi, keunikan sejarah, penglibatan alumni
dan tokoh yang merupakan bekas pelajar dan persepsi
masyarakat.

Bagi sekolah-sekolah yang dipilih, fokus akan diberikan kepada
perkara-perkara berikut:•

Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan
-

Pemilihan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan
berdasarkan kualiti profesional dan peribadi

-

•

Pengenalpastian Pengetua, Guru Besar dan Penolong
Kanan dibuat lebih awal

KPM berasama-sama Pengetua, Guru Besar dan Penolong
Kanan akan menentukan KPI yang perlu dicapai

Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan
berkemahiran tinggi
-

•

Pemilihan melalui iklan, permohonan dan temuduga
Pengekalan jawatan guru dan jurulatih berdasarkan
prestasi

Memberi lebih autonomi kepada sekolah
-

Pemilihan Pengetua dan pihak pengurusan

-

Pemilihan tenaga pengajar

-

Perlantikan staf sokongan tanpa mengikut norma
perjawatan biasa

-

Penawaran kurikulum, kaedah P&P dan tempoh P&P yang
bersesuaian dengan pengkhususan

17
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
-

•

kebebasan memilih bahan pengajaran dan bahan-bahan
tambahan yang diperlukan
Penjanaan dan pengurusan kewangan untuk peningkatan
keupayaan sekolah

Mewujudkan sistem akauntabiliti
-

•

Memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai
prestasi sekolah secara terus oleh Jemaah Nazir Sekolah,
Bahagian Audit Sekolah dan Bahagian Sekolah

Mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikan
contoh kepada negara membangun dan maju
-

•

Meningkatkan kecemerlangan sekolah dan institusi
pendidikan melalui pengurusan perubahan
Mengenalpasti amalan terbaik seperti melaksanakan
standard dan penanda aras baru, menjalankan kajian
impak dan mengadakan konvensyen untuk mempromosi
kejayaan kepada sekolah-sekolah lain

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan
- Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang
dalam dan luar negara

-

Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan
antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat
pelajar dan ekspatriat negara luar

-

Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat
meningkatkan daya saing dalam bidang pendidikan di
rantau Asia

-

Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan
kokurikulum kokurikulum pada peringkat antarabangsa

-

Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan
pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA

-

Mempakej dan memasarkan IPG secara berkesan agar
negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru

18
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
•

Merintis perubahan dan pembaharuan
-

Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran

-

Mengurangkan tempoh pendidikan menengah

-

11.0

Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah

Mengkaji kesesuaian sistem persekolahan 12 tahun

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN

11.1

Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat
bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama.

11.2

Setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang
jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang
ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan
dilaksanakan.

11.3

Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan
setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai
projek kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu
bahagian.

11.4

Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah
untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai
tanggungjawab bersama semua pihak.

11.5

Strategi dan Tumpuan Masa Hadapan :Projek Berimpak Tinggi –
Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar
Khusus kepada usaha melonjakkan pendidikan luar bandar bagi
merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya semua
sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk
cemerlang.
Projek-projek berimpak tinggi meliputi aspek infrastruktur,
peralatan, guru, kurikulum dan program bantuan serta khidmat
sokongan.

19
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
PROJEK
BERIMPAK
TINGGI

•
•
•
•
•
•
•
•
•

Memperluas program pendidikan prasekolah KPM
Memperbaiki penyediaan kemudahan asas (bekalan elektrik
24 jam dan bekalan air bersih)
Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar
(mencukupi dan berkualiti)
Menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama
sedia ada
Mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar
Memperluas penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Membestarikan sekolah di luar bandar
Tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Menyediakan insentif bagi guru yang berkhidmat di luar
bandar

Sistem Penyampaian Pendidikan
Strategi pelaksanaan bagi meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan sistem penyampaian pendidikan
Fokus

Strategi Pelaksanaan

Meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan
pengurusan, pentadbiran
dan kepimpinan
pendidikan

• Penstrukturan semula organisasi KPM
• Peningkatan infrastruktur dan kemudahan ICT
• penyediaan kemudahan pejabat pendidikan yang
mencukupi
• Pemantapan pembangunan sumber manusia

Meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan
pengurusan kewangan
pendidikan

Pemantapan pengurusan kewangan melalui:• pemberian autonomi dan mengurangkan karenah
birokrasi
• mengkaji norma perjawatan pengurusan
kewangan
• Penggunaan ICT dalam pengurusan kewangan

20
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
Fokus

Strategi Pelaksanaan

Memantapkan sistem
pemantauan dan penilaian
program pendidikan

Pemantapan pengurusan pemantauan dan penilaian
program pendidikan seperti:• meningkatkan penarafan kendiri sekolah
menerusi SKPM
• meningkatkan aktiviti penaziran
• meningkatkan penilaian program
penganugerahan guru dan sekolah cemerlang

Sistem Pemantauan dan Penilaian
•
•
•
•
•

Setiap Ketua Jabatan dan Bahagian di KPM, JPN, PPD/G dan
sekolah perlu menyediakan KPI(Key Performance Indicator)
masing-masing.
Sistem pangkalan data bersepadu akan dibangunkan agar
prestasi individu, bahagian dan jabatan dapat dinilai secara
telus.
Penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan PIPP yang
dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran
Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat KPM yang
dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM
Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat negeri yang
dipengerusikan oleh Pengarah JPN

MELANGKAH KE HADAPAN

•

Tempoh lima tahun RMK-9 adalah tempoh yang sangat
signifikan bagi membangunkan modal insan minda kelas
pertama untuk mencapai hasrat Wawasan 2020.

•

PIPP dirangka untuk memenuhi matlamat pendidikan dan
negara ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang maju
mengikut acuan sendiri.

•

Kejayaan PIPP bergantung kepada kefahaman dan
komitmen warga KPM terhadap dasar dan strategi
pelaksanaannya.

21
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
•

PIPP merupakan panduan kepada seluruh warga KPM agar
dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masingcmasing secara lebih terancang, terarah dan berfokus.

•

PIPP penting kerana ia akan menyediakan asas yang kukuh
untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang
lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.

Sekian

“Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di

persada dunia” (YAB Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad
Badawi, Perdana Menteri Malaysia)

22
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010:
’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’

More Related Content

What's hot

Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0
Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0
Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0Mohamed Amin Embi
 
Kertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internshipKertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internshipPensil Dan Pemadam
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083FaFai S.
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananashamville
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKcwanrzzwt
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdfTOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdfDPMPAK10621Nurhafiza
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 
Contoh jadual waktu kspk prasekolah
Contoh jadual waktu kspk prasekolahContoh jadual waktu kspk prasekolah
Contoh jadual waktu kspk prasekolahTengku Hezlin
 
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikanKepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikanNanHm
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Alya Ismahani
 
Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)
Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)
Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)Nur Farhana Azman
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hiburDeen Jack
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4Ym Ghufran
 

What's hot (20)

Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0
Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0
Aplikasi Kuiz & Pentaksiran Web 2.0
 
Kertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internshipKertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internship
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
Asas vokal dan pengucapan (DRAMA DALAM PENDIDIKAN BMMB3083
 
Rph bola tampar
Rph bola tamparRph bola tampar
Rph bola tampar
 
Buku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawananBuku panduan elemen keusahawanan
Buku panduan elemen keusahawanan
 
Elemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMKElemen Merentas Kurikulum EMK
Elemen Merentas Kurikulum EMK
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
PPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakanPPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakan
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdfTOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
TOPIK 5 - PERANAN GURU DLM PEMBANGUNAN TADBIR URUS INSAN.pdf
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Contoh jadual waktu kspk prasekolah
Contoh jadual waktu kspk prasekolahContoh jadual waktu kspk prasekolah
Contoh jadual waktu kspk prasekolah
 
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikanKepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
Kepentingan inovasi dan perubahan pendidikan
 
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
Falsafah pendidikan islam dan falsafah pendidikan timur
 
Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)
Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)
Dskp sejarah tahun 5 (kssr semakan)
 
DSKP PAI TAHUN 2.pdf
DSKP PAI TAHUN 2.pdfDSKP PAI TAHUN 2.pdf
DSKP PAI TAHUN 2.pdf
 
Didik hibur
 Didik hibur Didik hibur
Didik hibur
 
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
DSKP PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4
 

Similar to PIPP

Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaJoyce Robert
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara Farah Rahman
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprintAmylia Ismail
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmZahari Zabri
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmHunter Malaya
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 

Similar to PIPP (20)

Pipp
PippPipp
Pipp
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Modal insan
Modal insanModal insan
Modal insan
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan MalaysiaLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
 
Preliminary blueprint
Preliminary blueprintPreliminary blueprint
Preliminary blueprint
 
Pppm
PppmPppm
Pppm
 
Pppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bmPppm preliminary blueprint-bm
Pppm preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 

More from ly infinitryx

Doa hari peperiksaan ii
Doa hari peperiksaan iiDoa hari peperiksaan ii
Doa hari peperiksaan iily infinitryx
 
Doa hari peperiksaan i
Doa hari peperiksaan iDoa hari peperiksaan i
Doa hari peperiksaan ily infinitryx
 
Doa hari peperiksaan iv
Doa hari peperiksaan  ivDoa hari peperiksaan  iv
Doa hari peperiksaan ivly infinitryx
 
Doa hari peperiksaan iii
Doa hari peperiksaan  iiiDoa hari peperiksaan  iii
Doa hari peperiksaan iiily infinitryx
 
Doa hari bakat tadika az zahrah 2004
Doa hari bakat tadika az zahrah 2004Doa hari bakat tadika az zahrah 2004
Doa hari bakat tadika az zahrah 2004ly infinitryx
 
Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005
Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005
Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005ly infinitryx
 
Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005ly infinitryx
 
Doa ceramah kesihatan
Doa ceramah kesihatanDoa ceramah kesihatan
Doa ceramah kesihatanly infinitryx
 
Doa bulan kemerdekaan
Doa bulan kemerdekaanDoa bulan kemerdekaan
Doa bulan kemerdekaanly infinitryx
 
Doa bersama pelanggan
Doa bersama pelangganDoa bersama pelanggan
Doa bersama pelangganly infinitryx
 
Doa audit sirim petang
Doa audit sirim petangDoa audit sirim petang
Doa audit sirim petangly infinitryx
 
Doa anugerah perkhidmatan cemerlang
Doa anugerah perkhidmatan cemerlangDoa anugerah perkhidmatan cemerlang
Doa anugerah perkhidmatan cemerlangly infinitryx
 
Doa khatam al qur'an
Doa khatam al qur'anDoa khatam al qur'an
Doa khatam al qur'anly infinitryx
 
Doa solat sunat dhuha
Doa solat sunat dhuhaDoa solat sunat dhuha
Doa solat sunat dhuhaly infinitryx
 

More from ly infinitryx (20)

Doa hari peperiksaan ii
Doa hari peperiksaan iiDoa hari peperiksaan ii
Doa hari peperiksaan ii
 
Doa hari peperiksaan i
Doa hari peperiksaan iDoa hari peperiksaan i
Doa hari peperiksaan i
 
Doa hari peperiksaan iv
Doa hari peperiksaan  ivDoa hari peperiksaan  iv
Doa hari peperiksaan iv
 
Doa hari peperiksaan iii
Doa hari peperiksaan  iiiDoa hari peperiksaan  iii
Doa hari peperiksaan iii
 
Doa hari keluarga
Doa hari keluargaDoa hari keluarga
Doa hari keluarga
 
Doa hari guru 2002
Doa hari guru 2002Doa hari guru 2002
Doa hari guru 2002
 
Doa hari bakat tadika az zahrah 2004
Doa hari bakat tadika az zahrah 2004Doa hari bakat tadika az zahrah 2004
Doa hari bakat tadika az zahrah 2004
 
Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005
Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005
Doa gotong royong perdana kg sg udang 2005
 
Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005Doa gotong royong perdana jps 2005
Doa gotong royong perdana jps 2005
 
Doa ceramah kesihatan
Doa ceramah kesihatanDoa ceramah kesihatan
Doa ceramah kesihatan
 
Doa bulan kemerdekaan
Doa bulan kemerdekaanDoa bulan kemerdekaan
Doa bulan kemerdekaan
 
Doa bersama pelanggan
Doa bersama pelangganDoa bersama pelanggan
Doa bersama pelanggan
 
Doa awal pagi
Doa awal pagiDoa awal pagi
Doa awal pagi
 
Doa audit sirim petang
Doa audit sirim petangDoa audit sirim petang
Doa audit sirim petang
 
Doa audit sirim
Doa audit sirimDoa audit sirim
Doa audit sirim
 
Doa anugerah perkhidmatan cemerlang
Doa anugerah perkhidmatan cemerlangDoa anugerah perkhidmatan cemerlang
Doa anugerah perkhidmatan cemerlang
 
Tasbih kaffarah
Tasbih kaffarahTasbih kaffarah
Tasbih kaffarah
 
Doa khatam al qur'an
Doa khatam al qur'anDoa khatam al qur'an
Doa khatam al qur'an
 
Doa solat terawih
Doa solat terawihDoa solat terawih
Doa solat terawih
 
Doa solat sunat dhuha
Doa solat sunat dhuhaDoa solat sunat dhuha
Doa solat sunat dhuha
 

Recently uploaded

PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxYUSYAILABINTIYUNUSMo
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxsitimahida2
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3NurulAliah35
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NurulAliah35
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 

Recently uploaded (7)

PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

PIPP

  • 1. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010 (RMK-9) * Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah disempurnakan pelancarannya oleh Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 bersamaan 26 Zulhijah 1427 di Putrajaya International Convention Centre (PICC),Putrajaya 1.0 PIPP DAN WAWASAN 2020 1.1 1.2 2.0 Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020 ( Hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri). Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. PIPP DAN MISI NASIONAL 2.1 Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan ‘Minda Kelas Pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. 2.2 Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan teras Misi Nasional terutama bagi Teras 2 dan Teras 3 iaitu:Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’ Teras 3 : Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif 1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 2. 3.0 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: PERLETAKAN ASAS 3.1 Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. 3.2 Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut:• • • • 3.3 Akses kepada pendidikan Ekuiti dalam pendidikan Kualiti dalam pendidikan Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya:• • • • • • Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 3. 4.0 PENDIDIKAN KEBANGSAAN: MELANGKAH KE HADAPAN 4.1 Dalam tempoh 15 tahun akan datang KPM berhasrat:• • • Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia yang maju Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada Tahun 2020 4.2 PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan yang meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia. 4.3 Pendekatan PIPP Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan utama telah dikenalpasti sepanjang tempoh RMK-9 iaitu:Pendekatan Pertama : Menyelesaikan Tugas Yang Masih Belum Selesai dan Kesamarataan Peluang Pendidikan • Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira lokasi, kaum, kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain. • Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada sistem pendidikan akibat kemiskinan, berada di kawasan luar bandar dan pedalaman. • Perluasan ke semua jenis sekolah dan lokasi akan ditingkatkan untuk memastikan semua pelajar mendapat akses ICT khususnya capaian kepada internet. 3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 4. PENDEKATAN KEDUA : KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN • KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang (mengekalkan kecemerlangan dan mampu mempertingkatkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi). • KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Premier, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah 100 tahun (Centennial), Sekolah Bestari serta sekolahsekolah Putrajaya dan Cyberjaya. Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ASAS PEMBANGUNAN • • • • • Misi Nasional Dasar-dasar Pembangunan Negara Dasar Pendidikan Kebangsaan Islam Hadhari Pelan Integriti Nasional PENDEKATAN • • TERAS STRATEGIK PIPP • • • TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN • • • • Akses Ekuiti Kualiti Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan • • • Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan MATLAMAT Pendidikan Berkualiti Untuk Semua FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN • • Rajah 1 : Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Kesamarataan Peluang Kecemerlangan Institusi Pendidikan • • Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan Kerjasama dan Komitmen Pihak Berkepentingan Sistem Penyampaian Pendidikan Sistem Pemantauan dan Penilaian 4 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 5. 4.4 Teras Strategik PIPP 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti jadual 1 berikut:- Teras Teras Teras Teras Teras Teras 5.0 1 2 3 4 5 6 JADUAL 1 : TERAS STRATEGIK PIPP Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Membina Negara Bangsa KPM berhasrat untuk membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. 5.1 Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. KPM berhadapan dengan cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. 5.2 Harapan KPM adalah memupuk jati diri melalui kurikulum, program kurikulum dan sukan. 5.3 Sistem pendidikan perlu melahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untuk menghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan leberalisasi. 5.4 Fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha berikut:• • • • Memperkasakan Bahasa Kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan 5 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 6. 6.0 Membangunkan Modal Insan Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia , berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. 6.1 Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi ; • • • 6.2 Pembangunan modal insan juga termasuk melengkapkan diri pelajar dengan; • • • • • 6.3 memperkembangkan potensi diri melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan kemahiran komunikasi berkesan kebolehan menggunakan ICT dengan baik berfikir secara kreatif dan kritis mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat nilai yang tinggi supaya berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat Modal insan yang ingin dilahirkan akhirnya berupaya untuk berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. 6 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 7. 6.4 Fokus dan Strategi Pelaksanaan Membangunkan Modal Insan Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar • Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan pengkhususan • Meningkatkan peruntukan ekolah belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan • Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara • memperluas dan memantapkan lagi pelaksanaan MPV di sekolahsekolah Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan • Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai kemahiran ’hard & soft skills’ • Membina penampilan diri yang positif • Memupuk pelajar menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab • Menekankan aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) dalam pengajaran dan pembelajaran aktiviti kokurikulum • Memastikan sekolah memberi penekanan keselamatan, kebersihan ganda dan kesihatan pelajar • Melipatgandakan program pembangunan insan bagi menangani gejala sosial melalui penerapan nilai-nilai murni • Memantapkan program 3K Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan • Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi • Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan • Melaksanakan program pembestarian sekolah Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan Memantapkan Program Kokurikulum dan Sukan • Menambah baik aktiviti sukan dan kokurikulum • Meningkatkan semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati bermula daripada peringkat awal persekolahan • Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua • Menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum • Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan • Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG • Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM 7 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 8. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik • Menyediakan pentaksiran alternatif • Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan • Memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian Memperkukuhkan disiplin pelajar • Penggubalan peraturan disiplin baru • Menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan Sekretariat Tetap menangani gejala salah laku murid • Memantau sekolah-sekolah yang menghadapi masalah disiplin • Meningkatkan kerjasama antara KPM dengan agensi keselamatan berkaitan • Memperkukuh usaha menangani gejala disiplin melalui Jawatankuasa Bertindak Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin • Mempelbagaikan saluran aduan terus Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi • Pelaksanaan aktiviti dengan pelbagai agensi Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan Memantapkan kurikulum • Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan • Penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi bagi pembestarian sekolah 8 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 9. 7.0 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) 7.1 Di dalam PPIP, SK merujuk kepada sekolah rendah kebangsaan dan sekolah menengah harian yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah-sekolah ini ditubuhkan sebagai sekolah aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia. 7.2 KPM telah memperkenalkan Dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia. 7.3 Fokus memperkasakan SK pada peringkat sekolah rendah dan menengah adalah untuk menjadikan sekolah-sekolah ini lebih beraspirasi nasional, meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana. 7.4 Ciri-ciri SK perkasa adalah seperti dalam rajah 2 berikut:- INFRASTRUKTUR LENGKAP DAN BERKUALITI PEMIMPIN DAN GURU CEKAP, TERLATIH DAN BERKUALITI MENAWARKAN BAHASA CINA DAN TAMIL PENAWARAN DAN PELAKSANAAN KURIKULUM BERASASKAN PELANGGAN PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG SEKOLAH PERKASA PENAWARAN & PELAKSANAAN KOKURIKULUM YANG BERKESAN SISTEM SOKONGAN YANG KUAT DAN MENCUKUPI PENCAPAIAN SAHSIAH CEMERLANG IKLIM DAN BUDAYA SEKOLAH SIHAT SEMUA PELAJAR MENGUASAI 3M BERASPIRASI NASIONAL Rajah 2 : Ciri-Ciri SK Perkasa 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 10. 7.5 Fokus dan Strategi Memperkasakan SK Pemantapan Kepimpinan Pengetua / Guru Besar dan Kualiti Guru • Memantapkan kepimpinan Pengetua / Guru Besar • Meningkatkan kualiti guru Perluasan Program Prasekolah • Menambah bilangan kelas prasekolah KPM • Menggunakan kurikulum Prasekolah Kebangsaan • Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah • Memastikan guru dan pembantu guru mencukupi dan terlatih Pemantapan Kurikulum • Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M • Memperluas j-QAF • Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil • Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas • Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah Penambahbaikan Sistem Sokongan • Menambahbaik sistem sokongan • Menambah bilangan pembantu guru Fokus dan Strategi Memperkasakan SK Pengukuhan Budaya Sekolah • Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat MENINGKATKAN KECEMERLANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN Peningkatan Prestasi Akademik SK • Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah • Memantapkan program intervensi Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan • Menambahbaik aktiviti kokurikulum dan sukan • Meningkatkan penyertaan pelajar Meningkatkan Kualiti Prasarana dan Prestasi SK • Meningkatkan kualiti prasarana SK • Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan • Menambah bilangan sekolah satu sesi sekolah rendah dan menengah 10 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 11. 8.0 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN 8.1 Dasar KPM adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Matlamat KPM adalah untuk memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. KPM telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Jurang-jurang tersebut adalah seperti berikut:Jurang antara tahap pencapaian pelajar Jurang bandar dan luar bandar Jurang digital MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Jurang antara pelajar normal & berkeperluan khas Jurang sosioekonomi 11 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 12. 8.2 Fokus dan strategi KPM untuk merapatkan jurang pendidikan adalah seperti berikut:1 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan luar bandar • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air teutama di sekolahsekolah luar bandar dan pedalaman • Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM) dengan perluasan pelaksanaan Sekolah Pusat, mewujudkan norma baru untuk guru di SKM & mengkaji pemberian geran perkapita • Merapatkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, makmal komputer, kemudahan perkakasan dan tenaga kerja • Merapatkan jurang digital dengan menyediakan makmal komputer, Pusat Akses, pembestarian sekolah luar bandar, menambah baik TV Pendidikan & merintis penggunaan ‘video teleconferencing’ 2 Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran 2.1 Penguasaan 3M • memperluas Program KIA2M untuk Tahun 1 • Menambah baik Program Pemulihan Khas Tahap 1 • Menggiatkan Program Gerak Gempur • Program khusus Orang Asli dan suku minoriti 2.2 Pengurangan kadar keciciran • Menguatkuasakan pendidikan wajib • Memperluas MPV di SM Harian • Pemuafakatan sekolah, keluarga & komuniti • memperkenalkan pentaksiran dan penilaian yang sesuai 12 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 13. 2.3 Pemantapan program bagi pelajar kurang upaya • Meminda Peraturan-Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan • Memantapkan program Pendidikan Khas Inklusif • Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan • Menyediakan kaedah penilaian yang diiktiraf • Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas 2.4 Penyediaan pendidikan bagi pelajar mengikut keperluan • Mewujudkan Sekolah Seni • Merintis program khusus bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat • Kemudahan pendidikan kepada pelajar yang kini berada di Pusat Pemulihan Komuniti 3 Meningkatkan bilangan guru terlatih & mengikut opsyen di kawasan pedalaman • Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman • Menambah baik insentif kepada guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman • Menyediakan asurans kepada guruguru yang berkhidmat di luar bandar • Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna 4 Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti Pemantapan sistem pengagihan bantuan • Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SSM) • Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD) • Menggalakkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta 13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 14. 9.0 MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN 9.1 Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan telah bertukar kepada guru sebagai pemudah cara dalam P&P, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. 9.2 Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian P&P menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. 9.3 Dasar KPM adalah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi masa hadapan negara. 9.4 Fokus dan strategi memartabatkan profesion keguruan adalah seperti berikut:1 Menambah baik sistem pemilihan calon guru • memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru • pemantapan proses perlantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum 2 Memantapkan latihan perguruan • menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda pendidikan • Mereka bentuk dan menggubal kurikulum pendidikan IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru • Meningkatkan pemantapan dan perluasan kursus / latihan • Meluaskan dan meningkatkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) 14 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 15. 3 Memantapkan kerjaya guru • Menambah baik penjawatan guru • Menambah perjawatan dan perluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM / JPN / PPD/G 4 Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru • Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif ( projek membina dan menaik taraf ) • Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk menjaga kepentingan dan kebajikan guru • Mensifarkan GSTT • Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan • Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman • Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi meringankan beban tugas guru dalam kerja-kerja pentadbiran 5 Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia Penyediaan mekanisme bekalan guru • Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru • Memantapkan mekanisme unjuran guru • Menambah baik sistem maklumat guru • Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman 15 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 16. 10.0 MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN 10.1 Pendidikan berkualiti untuk semua merupakan agenda utama KPM. KPM berhasrat untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat mencabar. 10.2 Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada. 10.3 Matlamat KPM adalah untuk membangunkan institusi-institusi model yang dapat dicontohi oleh institusi-institusi di dalam kelompok yang sama. Institusi-institusi ini diharapkan menjadi showcase pada peringkat antarabangsa dan seterusnya membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. 10.4 Institusi-institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenalpasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan. Elemen Utama • kurikulum berdasarkan pencapaian purata dalam peperiksaan awam sekurang-kurangnya tiga tahun berturutturut, gred purata sekolah, bilangan pelajar mendapat A serta mempunyai sejarah kecemerlangan dalam mata pelajaran tertentu • Pencapaian kokurikulum peringkat daerah, kebangsaan dan luar negara serta anugerah-anugerah khas. Elemen Sokongan • Pengurusan dan pentadbiran sekolah berdasarkan kecekapan, penambahbaikan berterusan serta mempunyai perancancangan yang komprehensif dan sistematik. • Keterampilan pengetua, Guru Besar dan guru-guru. • Pengurusan berhemah. kewangan yang berkesan, amanah dan 16 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 17. • • Pengurusan asrama berdasarkan program untuk pelajar dan tahap disiplin pelajar. • Prasarana lengkap, berfungsi dan terkini. • Penglibatan ibu bapa dan masyarakat setempat. • 10.5 Iklim sekolah berdasarkan suasana sekolah dan P&P yang kondusif, keselamatan dan tahap disiplin yang memuaskan , mempunyai semangat kekitaan dan kaya maklumat. Nilai sejarah, tradisi, keunikan sejarah, penglibatan alumni dan tokoh yang merupakan bekas pelajar dan persepsi masyarakat. Bagi sekolah-sekolah yang dipilih, fokus akan diberikan kepada perkara-perkara berikut:• Memastikan kepimpinan teguh dan berkesan - Pemilihan Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan berdasarkan kualiti profesional dan peribadi - • Pengenalpastian Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan dibuat lebih awal KPM berasama-sama Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan akan menentukan KPI yang perlu dicapai Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi - • Pemilihan melalui iklan, permohonan dan temuduga Pengekalan jawatan guru dan jurulatih berdasarkan prestasi Memberi lebih autonomi kepada sekolah - Pemilihan Pengetua dan pihak pengurusan - Pemilihan tenaga pengajar - Perlantikan staf sokongan tanpa mengikut norma perjawatan biasa - Penawaran kurikulum, kaedah P&P dan tempoh P&P yang bersesuaian dengan pengkhususan 17 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 18. - • kebebasan memilih bahan pengajaran dan bahan-bahan tambahan yang diperlukan Penjanaan dan pengurusan kewangan untuk peningkatan keupayaan sekolah Mewujudkan sistem akauntabiliti - • Memantapkan penyediaan mekanisme untuk menilai prestasi sekolah secara terus oleh Jemaah Nazir Sekolah, Bahagian Audit Sekolah dan Bahagian Sekolah Mewujudkan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh kepada negara membangun dan maju - • Meningkatkan kecemerlangan sekolah dan institusi pendidikan melalui pengurusan perubahan Mengenalpasti amalan terbaik seperti melaksanakan standard dan penanda aras baru, menjalankan kajian impak dan mengadakan konvensyen untuk mempromosi kejayaan kepada sekolah-sekolah lain Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan - Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara - Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa secara berkesan untuk menarik minat pelajar dan ekspatriat negara luar - Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing dalam bidang pendidikan di rantau Asia - Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum kokurikulum pada peringkat antarabangsa - Penglibatan yang lebih aktif dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA - Mempakej dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru 18 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 19. • Merintis perubahan dan pembaharuan - Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran - Mengurangkan tempoh pendidikan menengah - 11.0 Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah Mengkaji kesesuaian sistem persekolahan 12 tahun FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN 11.1 Semua pihak sewajarnya menyedari dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan bersama. 11.2 Setiap warga pendidikan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang dasar, matlamat dan sasaran yang ingin dicapai serta strategi dan pelan tindakan yang akan dilaksanakan. 11.3 Semangat kerja sepasukan dan rasa sepunya akan membolehkan setiap pihak melihat segala projek yang dilaksanakan sebagai projek kementerian bukan projek individu atau pun sesuatu bahagian. 11.4 Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab bersama semua pihak. 11.5 Strategi dan Tumpuan Masa Hadapan :Projek Berimpak Tinggi – Lonjakan Perdana Pendidikan Luar Bandar Khusus kepada usaha melonjakkan pendidikan luar bandar bagi merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar supaya semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan untuk cemerlang. Projek-projek berimpak tinggi meliputi aspek infrastruktur, peralatan, guru, kurikulum dan program bantuan serta khidmat sokongan. 19 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 20. PROJEK BERIMPAK TINGGI • • • • • • • • • Memperluas program pendidikan prasekolah KPM Memperbaiki penyediaan kemudahan asas (bekalan elektrik 24 jam dan bekalan air bersih) Meningkatkan kemudahan bilik darjah luar bandar (mencukupi dan berkualiti) Menyediakan asrama sekolah baru dan memperbaiki asrama sedia ada Mempertingkatkan kelas pemulihan di luar bandar Memperluas penawaran Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Membestarikan sekolah di luar bandar Tambahan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Menyediakan insentif bagi guru yang berkhidmat di luar bandar Sistem Penyampaian Pendidikan Strategi pelaksanaan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian pendidikan Fokus Strategi Pelaksanaan Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan pendidikan • Penstrukturan semula organisasi KPM • Peningkatan infrastruktur dan kemudahan ICT • penyediaan kemudahan pejabat pendidikan yang mencukupi • Pemantapan pembangunan sumber manusia Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan pendidikan Pemantapan pengurusan kewangan melalui:• pemberian autonomi dan mengurangkan karenah birokrasi • mengkaji norma perjawatan pengurusan kewangan • Penggunaan ICT dalam pengurusan kewangan 20 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 21. Fokus Strategi Pelaksanaan Memantapkan sistem pemantauan dan penilaian program pendidikan Pemantapan pengurusan pemantauan dan penilaian program pendidikan seperti:• meningkatkan penarafan kendiri sekolah menerusi SKPM • meningkatkan aktiviti penaziran • meningkatkan penilaian program penganugerahan guru dan sekolah cemerlang Sistem Pemantauan dan Penilaian • • • • • Setiap Ketua Jabatan dan Bahagian di KPM, JPN, PPD/G dan sekolah perlu menyediakan KPI(Key Performance Indicator) masing-masing. Sistem pangkalan data bersepadu akan dibangunkan agar prestasi individu, bahagian dan jabatan dapat dinilai secara telus. Penubuhan Jawatankuasa Khas Pemantauan PIPP yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPM Penubuhan Jawatankuasa Kerja pada peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah JPN MELANGKAH KE HADAPAN • Tempoh lima tahun RMK-9 adalah tempoh yang sangat signifikan bagi membangunkan modal insan minda kelas pertama untuk mencapai hasrat Wawasan 2020. • PIPP dirangka untuk memenuhi matlamat pendidikan dan negara ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan sendiri. • Kejayaan PIPP bergantung kepada kefahaman dan komitmen warga KPM terhadap dasar dan strategi pelaksanaannya. 21 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’
  • 22. • PIPP merupakan panduan kepada seluruh warga KPM agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab masingcmasing secara lebih terancang, terarah dan berfokus. • PIPP penting kerana ia akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia. Sekian “Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di persada dunia” (YAB Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia) 22 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)2006-2010: ’Merintis Pembaharuan- Satu Misi Nasional’